Sumbangan Daeng Lima Bersaudara

Embed Size (px)

DESCRIPTION

lima bersaudara

Citation preview

TUGASAN KUMPULANKUMPULAN 8SOALAN : SOALAN 4NILAIKAN SUMBANGAN DAENG LIMA BERSAUDARA KEPADA PERKEMBANGAN SEJARAH TANAH MELAYU PADA ABAD KE-18 KURSUS : HSM 3013MELAKA HINGGA NEGERI-NEGERI MELAYU baruBIL.NAMANO KAD MATRIK

PENGENALANBugis sudah berada di Tanah Melayu sejak zaman kesultanan melayu Melaka lagi. Bugis merupakan satu kaum yang berasal dari Makasar atau Sulawesi Selatan. Pada abad ke18, kelima-lima orang putera Lamadusalad itu telah keluar dari negara mereka dan mengembara ke seluruh Alam Melayu dan akhirnya mereka dan keturunan mereka , berjaya menempatkan diri masing-masing dalam arena politik dan pemerintahan kerajaan-kerajaan Melayu terutama di bahagian barat alam Melayu sejak kurun ke-18 lagi termasuklah Empayar Johor Riau . Menurut Buyung Adil kedatangan mereka adalah bertujuan untuk mendapatkan kuasa politik untuk memerintah di negeri yang bebas dari kuasa pemerintahan Sulawesi selatan . Kedatangan Bugis dipengaruhi juga akibat daripada perang saudara yang berlarutan yang memerlukan orang bugis campurtangan ekoran daripada jemputan pembesar-pembesar tanah melayu yang meminta bantuan bugis dalam perang saudara . Untuk pengetahuan kita semua sebelum Johor diperintah oleh Raja Kecil, tersebutlah kisah anak-anak raja Bugis yang menjadi Kelana Perajurit Agong di sebelah Timur. Anak-anak Bugis itu ialah putera-putera Upu Tenderi Burung anak Lamdu Salat, raja Negeri Luwok di tanah Bugis. Nama-nama upu-upu Bugis ini ialah Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi.[footnoteRef:1] [1: Shaharom Husain. 1995. Sejarah Johor Kaitannya Dengan Negeri Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 29]

Etnik Bugis ini juga cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Daeng lima bersaudara ini memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu.KEDATANGAN BUGIS KE JOHORPada tahun 1718, Raja Kecik daripada kerajaan Siak, yang mendakwa dirinya sebagai putera Almarhum Sultan Mahmud Shah Mangkat Dijulang. Beliau telah mengumpul orang Bengkalis dan meminta bantuan Raja Bugis dalam komplot serangan ke Johor. Daeng Parani telah meminta supaya ia dijadikan Yang Di-Pertuan Muda jika mereka berjaya menawan Johor. Oleh itu, Daeng Parani telah menuntut semula janjinya daripada baginda namun baginda menolaknya disebabkan alasannya ialah Daeng Parani tidak membantu dan memberi sumbangan dalam serangan untuk mengembalikan takhta Johor kembali. Oleh itu, Daeng Perani telah memberi kerjasama dengan Raja Sulaiman dan Tengku Tengah dalam melakukan serangan terhadap Riau.[footnoteRef:2] Mereka telah merancang suatu helah di mana mereka telah melarikan Tengku Kamariah yang mana ini telah mencetuskan peperangan. Yang dipertuan Johor (Raja Kecil) telah melarikan diri ke Riau dan telah diserang oleh Daeng Perani Dalam melancarkan serangan tersebut Daeng Menampuk dijadikan ketua perang oleh daeng Parani. Daeng Celak pula dijadikan panglima besar, Daeng Menambun dan Daeng Kemasi menjadi panglima kanan dan panglima kiri. Daeng-daeng ini telah memberi arahan kepada Raja Kecil supaya keluar ke hulu Riau untuk berperang. Selepas itu baginda berundur pula ke Lingga dan cuba menyerang Bugis namun baginda telah dikalahkan disebabkan tipu muslihat Bugis. [2: Muhammad Yusoff Hashim. 1992. Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. hlm. 97.]

Daeng Perani dan Raja Sulaiman telah menyerang Raja Kecil yang membawa diri ke Lingga dan disebabkan perbuatan itu Raja Kecil berasa tertekan lalu telah mengamuk di Riau. Pada waktu itu, orang Bugis dan Minangkabau telah berperang di Riau dan pada waktu itu juga telah datang seorang Makasar bernama Encik Yahya yang ingin berhamba dengan Raja Kecil. Oleh sebab orang Bugis hampir tertewas, Daeng Parani telah memainkan peranannya untuk menakluki Linggi. Raja Kecil juga telah pergi ke sana untuk menolong orang Minangkabau tetapi Bugis telah balik ke Riau dan menaklukinya semula.Sultan Abdul Jalil IV serta puteranya, Raja Sulaiman sangat dukacita setelah kerajaannya terserah ke tangan Raja Kecil. Untuk menutup malu yan kuasanya telah dirampas oleh Raja Kecil, Raja Sulaiman terpaksa meminta bantuan daripada anak-anak raja Bugis lima Bersaudara itu. Kedua-dua pihak berjanji, kiranya berjaya menghalau Raja Kecil keluar dari Johor, salah seorang daripada anak-anak raja Bugis itu akan dilantik menjadi Yang Dipertuan Muda Johor, Riau dan Lingga hingga kepada keturunannya. Untuk merapatkan lagi hubungan tali persaudaraan antara kedua-dua belah pihak, Tengku Tengah, puteri Sultan Abdul Jalil IV telah dikahwinkan dengan Daeng Perani. Semenjak itu, Raja Kecil berasa dirinya seolah-olah cemburu kepada anak-anak raja Bugis itu. Baginda merasakan dirinya seolah-olah akan menerima ancaman daripada pengaruh mereka yang tersedia menyebelah Raja Sulaiman. Tidak lama kemudian, Daeng Merewah beserta saudar-maranya meminta izin daripada sultan keluar dari Johor untuk belayar ke Siantan.[footnoteRef:3] [3: Shaharom Husain. 1995. Sejarah Johor Kaitannya Dengan Negeri Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 30]

Kisah mengenai kejayaan putera Raja Bugis lima bersaudara yang telah membantu Sultan Sulaiman mendapatkan kembali tahkta kerajaan Johor telah tersebar luas dirantau ini. Pada masa itu, dua daripada putera Bugis yang bernama Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi telah pun meninggalkan Riau pergi ke Mempawah dan Sambas di Kalimantan dan masing masing menjadi Raja disana. Pada 1723, Sultan Kedah telah menulis surat meminta bantuan daripada Opu Daeng Perani, saudara yang tua daripada putera Raja Bugis untuk mendapatkan kembali tahkta kerajaan Kedah yang telah dirampas oleh adinda baginda Sultan Kedah. Tidak lama kemudian, dengan bantuan Opu Daeng Parani berserta adindanya, Yang Dipertuan Muda Daeng Merewah and Opu Daeng Chelak, Sultan Kedah dapat semula menaiki tahkta baginda.Apabila selesai sahaja anak-anak raja Bugis melantik Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, maka bermuafakatlah Sultan Sulaiamn dengan Bendahara Seri Maharaja Tun Abas bagi membalas jasa mereka yang telah banyak berbakti dan berjasa untuk mendapatkan kembali takhta Kerajaan Johor daripada musuhnya, Raja Kecil. Baginda telah meminta salah seorang daripada anak-anak raja Bugis lima bersaudara itu menjadi Yang Dipertuan Muda untuk memerintah Johor, Pahang, Riau dan Lingga. Akhirnya, Daeng Merewah (Upu Kelana Jaya Putera) telah dilantik memegang jawatan Yang Dipertuan Muda dengan gelaran Yamtuan Muda Riau I dan Daeng Perani dikahwinkan dengan dengan adinda Sultan Sulaiman, Tengku Tengah. Daeng Kemboja pula akhirnya menjadi Yamtuan Muda Riau III dan Daeng Chelak pula dikahwinkan dengan adindanya Tengku Mandak.[footnoteRef:4] [4: Ibid. hlm. 34]

Walaupun membantu raja Melayu mendapatkan kembali takhta Johor, Bugis tetap berbalah dengan sebahagian anak-anak Raja Melayu. Terdapat dua perbalahan yang berlaku sewaktu pemerintahan Yamtuan Muda Daeng Kemboja yang kedua-duanya melibatkan menantu Sultan Sulaiman iaitu Sultan Mansor Shah Terengganu. Perbalahan pertama berlaku apabila Sultan Mansur tidak berpuas hati dengan tindakan Sultan Sulaiman melantik Bugis menjadi Yamtuan Muda. Bagi mengelakkan peperangan, Yamtuan Muda Daeng Kemboja telah keluar dari Riau. Sultan Mansor kemudiannya berpakat dengan Belanda untuk menghalau Bugis dari Johor dengan mengatakan bahawa baginda ialah wakil Sultan Saulaiman yang meminta bantuan. Yamtuan Muda Daeng Kemboja diserang di Linggi dan tewas namun perdamaian berlaku akhirnya apabila Belanda menerangkan sebab mereka campur tangan menyerang Bugis kepada Sultan Sulaiman.KEDATANGAN BUGIS KE SELANGOR Kehadiran Orang Bugis iaitu Daeng Lima Bersaudara di Selangor merupakan detik permulaan kuasa Kesultanan Selangor.Pada tahun 1728, orang Bugis telah menjadikan Selangor sebagai pangkalan untuk meluaskan lagi kuasa mereka di Tanah Melayu.Daeng Parani yang telah berkahwin dengan puteri Yamtuan Selangor terlibat dalam peperangan antara Sultan Kedah dan Raja Kecil yang telah membantu saudara muda Sultan Kedah untukmerampas takhta Kerajaan Kedah.Pada masa yang sama,Daeng Marewa telah membantu Raja Muzaffar Shah dari Bernam untuk menyerang kekanda baginda iaitu Sultan perak.[footnoteRef:5] [5: Siti Rosnah Haji Ahmad. 2003. Pemerintah Dan Pemimpin Kerajaan-kerajaan Negeri. Selangor: Golden Books Centre Sdn Bhd. hlm.31 ]

Pada tahun 1740,Daeng Cellak yang menjadi Yamtuan Muda II di Riau telah berkunjung ke Selangor.Ketika berada di Selangor,Daeng Cellak telah menyerang angkatan Siak dan Minangkabau.Ini menyebabkan kuasa dan kedudukan orang Bugis di Selangor menjadi semakin kuat.[footnoteRef:6] Pada tahun 1745,Daeng Cellak meninggal dunia.Beliau meninggalkan dua orang putera iaitu Raja Haji dan Raja Lumu.Kedua-dua orang puteranya ini masih kecil untuk mentadbir Selangor.Oleh itu,pentadbiran Selangor dijalankan oleh pemangku Raja iaitu Daeng Lakani,Raja Said(anak Daeng Marewa) dan sebuah badan yang dianggotai oleh orang tua-tua.Di bawah pentadbiran Bugis,Selangor menjadi sebuah petempatan yang makmur.[footnoteRef:7] [6: Ibid. hlm.32] [7: Ibid]

Raja Lumu mempunyai cita-cita untuk membebaskan Selangor dari naungan Johor dan mewujudkan kesultanan Selangor bebas.Raja Lumu,sudah pasti menyedari adalah tidak mungkin baginya mendapatkan pengiktirafan sebagai pemerintah Selangor dari kerajaan Johor.Daeng Kemboja,Yamtuan Muda Johor tidak akan mudah melepaskan Selangor dari naungan Johor.Pada ketika itu pula,Sultan Johor , masih lagi kecil.Raja Lumu juga menyedari bahawa tidak mungkin baginya mendapatkan pengiktirafan dari Terengganu kerana Sultan Mansur I(1734-1793) berselisih faham dengan orang-orang Bugis.Dalam pada itu juga,adalah tidak munasabah baginya untuk mendapatkan pengiktirafan dari Kedah kerana di antara keluarga diraja Kedah dengan Selangor telah pun wujud tali persaudaraan melalui perkahwinan Tunku Abdullah,putera Sultan Muhammad Jiwa dengan puteri Raja Lumu.Menyedari semua itu,dan merasakan kedudukannya sebagai orang luar,menyebabkan beliau berasa tidak berhak ke atas takhta kerajaan Selangor malah ketiadaan alat-alat kebesaran(seperti nobat dan cop mohor),Raja Lumu telah berusaha seboleh mungkin untuk mendapatkan pengiktirafan dari Perak.Perak dipilih kerana ia mempunyai beberapa keistimewaan selain daripada Sultan Mahmud (sebelum ini dikenali sebagai Raja Kimas) yang mempunyai kecenderungan mewujudkan hubungan persahabatan dengan negeri-negeri jiran.KEDATANGAN BUGIS KE KEDAHProses kedatangan bugis ke Kedah adalah berkait rapat dengan perebutan kuasa yang berlaku dalam kerabat diraja Kedah . Konflik antara kerabat diraja telah berlaku beberapa kali dan peristiwa paling awal berlaku adalah yang melibatkan adinda Sultan Dhiauddin, iaitu Dato Padang Seri Jana yang telah cuba untuk mengguling saudaranya dengan bantuan orang Bugis dari Selangor. Walaubagaimanapun, percubaan merampas kuasa ini dikatakan telah gagal dan ini telah menunjukkan telah berlaku campurtangan kuasa asing dalam pentadbiran di Kedah dan kuasa yang pertama terlibat itu adalah kuasa Bugis. Setelah perebutan tersebut, berlaku lagi beberapa konflik dalam kerabat diraja Kedah yang seterusnya masih lagi menyebabkan berlakunya campurtangan daripada orang Bugis. Pada abad ke-18, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa II (1710-1778), telah berlaku satu konflik di dalam kerabat diraja Kedah di mana baginda telah menghadapi tekanan daripada adinda tirinya iaitu Raja Nambang. Dalam konflik ini, Raja Nambang telah mendakwa bahawa beliaulah yang berhak menduduki takhta yang sekarang ini telah dipegang oleh Sultan Muhammad Jiwa II. Disebabkan tercetusnya konflik ini, kedua-dua belah pihak telah cuba mendapatkan bantuan dari luar di mana Sultan Muhammad Jiwa II telah meminta bantuan daripada orang Bugis yang dipimpin oleh Daeng Parani, manakala Raja Nambang telah mendapatkan bantuan dari Raja Kecil dari Siak, Minangkabau.[footnoteRef:8] [8: Shaharom Husain. 1995. Sejarah Johor Kaitanya dengan Negeri Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 35]

Penglibatan bermula apabila Daeng Parani telah menerima surat Raja Kedah iaitu Sulatan Muhammad Jiwa II bagi mendapatkan bantuan dalam usaha menentang adinda tirinya , Raja Nambang yang berusaha untuk merampas kerajaan Kedah daripadanya. Daeng Parani yang mengetuai anak-anak raja Bugis talah membuat keputusan dengan melantik putera raja Kedah yang tua ini sebagai sultan Kedah. Raja Nambang yang tidak berpuas hati dengan perlantikan tersebut telah meminta bantuan dari Raja Kecil dari Siak bagi menentang orang Bugis dan juga Sultan Muahammad Jiwa . Peperangan ini dilihat berkait rapat dengan permusuhan yang pernah berlaku diantara orang Bugis dengan Raja Kecil dari Siak itu dalam perebutan takhta yang berlaku di Johor di samping ia juga merupaka satu lagi peristiwa penglibatan Bugis dalam hal ehwal pentadbiran negeri Kedah. Walaubagaimanapun, perang ini dikatakan telah menjadi tenang selepas tahun 1724, apabila pasukan Bugis balik ke Selangor dan Raja Kecil berundur ke Siak. MELERAIKAN PERANG SAUDARA DI KEDAHRaja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan hal takhta , maka baginda telah meminta pertolongan daripada Opu Daeng Lima Bersaudara iaitu Daeng Perani untuk meleraikannya. Daeng Perani sanggup menghulurkan pertolongan kepada Yang Amtuan Raja Kedah bagi mendapatkan takhtanya dan baginda juga berjanji akan memberikan setiap seorang Daeng tersebut lima belas bahara sebagai balasan kerana menolongnya. Dengan kejayaan dalam peperangan ini Opu-opu Bugis ini telah diberikan habuan oleh raja Kedah berbentuk mata wang.[footnoteRef:9] Sebagai imbalannya, Daeng Lima Bersaudara pula telah meminta para pedagang yang terdapat di Kedah terutamanya orang dari Bugis, Mangkasar dan Mandura diletakkan di bawah perintahnya, tetapi Raja Kedah menyatakan bahawa baginda memerlukan tempoh masa untuk mengumpul sekumpulan pedagang yang dimaksudkan itu untuk Opu Daeng Lima Bersaudara. Opu Daeng telah berjaya mengumpul pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah. Selepas tiga hari, rombongan Daeng Lima Bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yang Amtuan Kedah.[footnoteRef:10] Tetapi masih terdapat saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju tentang isu pelantikan tersebut. Saudara-saudara baginda ingin menyerang baginda dan peperangan berlarutan selama tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari dan kemenangan akhirnya berpihak kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baru telah mengahwinkan Opu Daeng Parani dengan saudara perempuannya dan membayar sejumlah tiga bahara kepada Opu Daeng Berlima seperti yang telah dijanjikan pada awalnya. [9: VIirginia Matheson Hooker. 1991. Tuhfat Al Nafis Sejarah Melayu Islam.(terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.154] [10: Ibid.hlm. 219]

MENGAWAL PERAIRAN MELAKAOrang Bugis terlibat dalam aktiviti ekonomi khususnya dalam perdagangan. Mereka mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran dan ilmu laut yang membuatkan mereka dapat mengatasi kebolehan orang laut. Suatu ketika dahulu, orang laut merupakan orang yang menguasai perairan Selat Melaka.[footnoteRef:11] Hal ini menyebabkan orang Bugis mengambil alih tugas orang laut untuk mengawal perairan Melaka pada waktu itu.Francis Light pernah menyatakan bahawa mereka adalah saudagar yang terbaik di kepulauan Timur . Nilai kargo mereka yang tinggi telah menyebabkan tibaan mereka sentiasa ditunggu oleh semua kaum peniaga.[footnoteRef:12] Pelangganan orang-orang Bugis di sesebuah pelabuhan akan menjadi anak kunci kepada pelabuhan tersebut. Tentera upahan merupakan salah satu sumber ekonomi bagi orang Bugis pada abad ke-17 dan ke-18. [11: Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia .Petaling Jaya: Macmillan Publishers(M) Sdn. Bhd. hlm. 377] [12: Ibid.hlm.92]

PENUTUPSebagai kesimpulannya, lima Daeng bersaudara ini sangat memainkan peranan yang penting dalam membantu perkembangan sejarah di Tanah Melayu.Mereka ini banyak membantu dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.Hasil kedatangan mereka ke Tanah Melayu banyak memberi impak yang besar kerana Daeng Lima Bersaudara yang merupakan warga Bugis adalah merupakan suatu kuasa yang besar dan kuat yang datang dengan tujuan bagi mendapatkan kuasa dan kekayaan yang terdapat di Tanah Melayu.Kesulitan yang berlaku di Tanah Melayu akibat daripada perebutan kuasa politik ini telah memberi kesempatan dan peluang kepada Daeng Lima Bersaudara untuk membantu dan turut mengambil peluang untuk mencelah masuk ke dalam sistem pentadbiran Tanah Melayu.Mereka juga dikatakan adalah merupakan penyumbang besar dalam berlakunya perkembangan ekonomi di Tanah Melayu terutamanya di Selat Melaka.Dengan ini, menyebabkan perkembangan ekonomi lebih berjalan dengan lancar.

BIBLIOGRAFIAndaya Barbara Watson dan Andaya Y. Leonard. 1983.Sejarah Malaysia .Petaling Jaya: Macmillan Publishers(M) Sdn. Bhd.

Hooker Vlirginia Matheson. 1991. Tuhfat Al Nafis Sejarah Melayu Islam.(terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Yusoff Hashim. 1992. Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Norhalim Hj. Ibrahim. 1998. Sejarah Linggi . Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shaharom Husain. 1995. Sejarah Johor Kaitanya dengan Negeri Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Siti Rosnah Haji Ahmad. 2003. Pemerintah Dan Pemimpin Kerajaan-kerajaan Negeri. Selangor: Golden Books Centre Sdn. Bhd.