Upload
justinaong
View
1.292
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kerja kursus kenegaraan
Citation preview
Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbqwertyuiopasdfghjkl
zxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqw
ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuio
HNS2013 TUGASAN1
HNS 2013 KENEGARAAN
[ TUGASAN 1]
Sumbangan Dato’ Onn Jaafar Dalam Proses Kemerdekaan Negara Kita
KOHORT 3 SEMESTER1 A112PJJ
KUMPULAN
JHR.BHRU06
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
ONG LENG YIM D20112053027 016-7435591
NAMA TUTOR E-LEARNING: Dr. Haryati binti Hasan
TARIKH SERAH: 5-5-2012
D20112053027 Page 1
HNS2013 TUGASAN1
Pengenalan
LATAR BELAKANG DATO' ONN BIN JAAFAR
Keluarga
Dato’ Onn Jaafar dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Johor Bahru. Bapanya Dato’
Jaafar Haji Muhammad (1838–1919) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama dan
pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor sementara ibunya, Hanim Rogayah berasal dari
Scarcia, Turki. Dato’ Onn Jaafar berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara
Kerajaan Melaka. Oleh itu beliau mendapat keistimewaan sebagai kerabat raja. Tambahan
pula, beliau telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim bin Sultan Abu Bakar (Sultan Johor pada
ketika itu) sebagai anak angkatnya dan bergaul dengan kerabat raja Johor sejak kecil.
Keluarga beliau merupakan antara keluarga yang paling berpengaruh di Johor semenjak lewat
abad ke 19 dan sehingga hari ini. Beliau mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan
perempuan yang seibu sebapa, sebapa dan juga seibu sahaja.
Pendidikan
Dato’ Onn mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Johor Bahru sebelum
melanjutkan pelajarannya di England. Beliau juga belajar bahasa Inggeris dengan wanita
Inggeris yang menjaga beliau bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku
Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad. Pada tahun 1903, Beliau telah
melanjutkan pelajarannya di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Dia ke sana
sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor. Oleh itu, Sultan Ibrahim telah membiayai
pengajian beliau di England dan beliau merupakan pelajar terbaik dalam bahasa Inggeris dan
Perancis. Dato Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air (1910-1911) di
Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk mendalami pengajian Bahasa Melayu.
Hidup berumahtangga
Dato’ Onn mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah binti Hussein pada 3 Mei 1921.
Perkahwinan ini ialah kali yang ketiga bagi Dato’ Onn dan kali kedua bagi Datin Halimah.
Mereka hidup teman-meneman selama 41 tahun sehingga ke akhir hayatnya. Dato’ Onn
berkahwin bagi kali pertamanya dengan Rafi’ah, salah seorang anak angkat kepada Dato’
D20112053027 Page 2
HNS2013 TUGASAN1
Jaafar. Hasil perkongsian hidup ini lahirlah tiga orang anak perempuan. Mereka ialah Hawa,
Rokiah dan Salehah. Rafi’ah meninggal dunia semasa anak bongsu mereka, Salehah berumur
10 hari. Daripada isteri yang kedua, Dato’ Onn mendapat seorang anak perempuan lagi, tetapi
anaknya itu meninggal dunia semasa bayi lagi. Beliau bercerai hidup dengan isteri kedua ini.
Datin Halimah ialah seorang balu yang jelita apabila Dato’ Onn mengahwininya pada 1921.
Suami Datin Halimah yang pertama ialah Muhammad, salah seorang saudara tua Dato’ Onn.
Setelah isteri pertamanya, Rafi’ah, meninggal dunia dengan meninggalkan tiga orang anak
yag masih kecil, Datin Halimahlah yang menolong memelihara anak-anak Dato’ Onn tanpa
beza-membeza dengan anak-anak kandungnya sendiri, Abid dan Abidin. Anak Dato’ Onn
bersama dengan Datin Halimah ialah Hussein, Ja’afar, Gharieb, Nel, Nurziah dan Tahir.
Dato’ Onn sentiasa memberi kepercayaan penuh kepada isterinya, terutama sekali dalam
urusan rumah tangga. Beliau sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak dan isteri. Dato’
Onn menanggap isteri bukan sahaja sebagai teman kelamin tetapi sebagai kawan dan teman
yang paling damping dalam hidup seseorang manusia. Beliau mengetahui apa yang patut
diketahui oleh isteri dan apa yang perlu disampaikan oleh suami kepada isteri untuk
pengetahuannya. Dalam masa berehat di rumah atau masa lapang, Dato’ Onn suka sekali
berbual-bual dengan isterinya akan hal-hal yang berlaku seharian. Beliau tetap berpegang
kepada pendapat bahawa isteri itulah tempat mengadu hal dan mencari keimbuhan hati.
Rumah tangga yang bahagia dengan kelamin yang saling kasih-mengasihi sudah tentu dapat
melahirkan keluarga yang kasih mesra, sentosa dan bahagia. Dato’ Onn sebagai seorang bapa
telah berjaya menanam semangat kekeluargaan, persahabatan dan kemasyarakatan dalam
jiwa anak-anaknya, baik lelaki ataupun perempuan. Beliau sentiasa kelihatan riang gembira
apabila berada di sisi anak-anak dan isterinya. Dato’ Onn yakin bahawa sebaik-baik cara
membentuk anak adalah dengan cara ibubapa itu sendiri menunjukkan contoh dan teladan
yang baik dan memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang praktis.
Kecemerlangan kerjaya ahli keluarga
Anakanda beliau, Allahyarham Tun Hussein Onn (1922-1990) mengikut jejak langkah untuk
aktif dalam politik dan akhirnya menjadi Presiden UMNO ke IV dan Perdana Menteri
Malaysia ke III (Januari 1976- Julai 1981) manakala cucunya Dato’ Seri Hishamuddin Tun
Hussein merupakan ahli jawatankuasa tertinggi UMNO dan kini sedang menjawat jawatan
Menteri Dalam Negeri. Antara ahli-ahli keluarga Dato Onn lain yang mencapai
kecermerlangan dalam kerjaya dan bidang masing-masing ialah anakanda beliau, Lt. Jen. (B)
Dato’ Jaafar Onn, mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Prof. DiRaja Ungku Aziz
D20112053027 Page 3
HNS2013 TUGASAN1
Hamid, mantan Naib Canselor Univerisiti Malaya, Allahyarham Prof. Syed Hussein Al Attas,
pengasas Parti Gerakan dan mantan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dr. Syed Naguib
Al Attas, pakar ternama falsafah dan pemikiran Islam dan Tan Sri Datuk Dr. Zeti Akhtar
Aziz, Gabenor Bank Negara (juga Gabenor Bank Negara wanita pertama di seluruh
Commonwealth).
Keperibadian
Sebagai seorang nasionalis, beliau seorang yang tenang tetapi tegas. Beliau telah
membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang
Melayu. Kehidupannya di hutan bersama orang kampung semasa pemerintahan Jepun, telah
mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dilanda
peperangan. Apabila perang tamat, beliau menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke
arah mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat
menubuhkan Malayan Union. Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik yang
berkarisma kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini
tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideology politik. Sifatnya yang tenang dan
tidak terburu-buru dalam mendapatkan kemerdekaan ini telah digunakan oleh saingan
politiknya yang sering meniupkan semangat kemerdekaan dengan mengangkat senjata.
Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan seorang yang rajin. Beliau sangat
degil dan pantang mengubah haluan sesudah menetapkan pedoman menuju matlamatnya.
Pada kebiasaannya beliau tidak akan berpatah balik daripada segala keputusan yang telah
dibuat. Dato Onn juga merupakan seorang yang rendah diri. Beliau tidak makan pujian dalam
melakukan sesuatu pekerjaan. Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab
dan amanah. Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang
rasa dan tidak mementingkan pangkat. Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakan seorang
pemimpin yang tabah dan berani dalam mengharungi saat-saat yang getir. Ekoran peristiwa
tersebut beliau mengalami pahit getir hidup yang belum pernah dirasainya ketika berada di
Singapura. Peristiwa ini jelas memperlihatkan keperibadiannya yang tinggi dan sanggup
mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Namun beliau dilihat sentiasa
mementingkan sultan. Sikapnya tidak pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil sesuatu
tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa manusia yang tidak berdosa
daripada terkorban dengan sia-sia. Dalam hal ini, keselamatan dirinya sendiri telah menjadi
perhitungan yang kedua kepadanya.
D20112053027 Page 4
HNS2013 TUGASAN1
Sumbangan Dato’ Onn Jaafar dalam proses kemerdekaan
Tanah Melayu Selepas Perang Dunia Ke Dua
Tentera Jepun di Tanah Melayu telah menyerah diri pada 12 September 1945 di bangunan
Perbandaran Singapura. Pendudukan Jepun telah membawa kesengsaraan dalam semua aspek
kehidupan penduduk negara kita. Ia memberi pengajaran kepada kita untuk menolak semua
bentuk penjajahan sama ada dari Barat atau Timur. Tanah Melayu mengalami kekosongan
politik sebaik sahaja tentera Jepun meninggalkan Tanah Melayu. Parti Komunis Malaya
(PKM) melalui cawangan tenteranya yang dikenali sebagai Malayan Peoples’ Anti-Japanese
Army (MPAJA) telah mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu selama 14 hari. Dalam
tempoh tersebut, PKM telah melakukan banyak keganasan sehingga menimbulkan keadaan
huru-hara. Pentadbiran Tentera British (PTB) telah menjadi penyelamat kepada huru-hara ini.
Pentadbiran Tentera British (PTB)
Kekalahan British di tangan Jepun dalam tempoh yang singkat menyedarkan British terhadap
kelemahan pentadbiran mereka di Tanah Melayu sebelum perang dunia kedua. Oleh itu,
pentadbiran bercorak ketenteraan, iaitu Pentadbiran Tentera British (PTB) telah
diperkenalkan oleh British pada September 1945. Pentadbiran Tentera British (PTB)
bertujuan melaksanakan suatu pentadbiran peralihan sebelum Malayan Union diperkenalkan.
Selepas penjajahan Jepun, semangat nasionalisme masyarakat menjadi tinggi tanpa mengira
kaum.
Malayan Union 1946
Pentadbiran Malayan Union telah diisythiharkan oleh British di King’s House (Carcosa Seri
Negara), Kuala Lumpur pada 1 April 1946. Ia telah mengubah status Tanah Melayu daripada
negeri naungan kepada sebuah Tanah Jajahan Mahkota. Pengisytiharan Malayan Union ini
secara rasminya menggantikan Pentadbiran Tentera British. Pembentukan Malayan Union
telah dilihat sebagai salah satu cara yang diguna oleh British untuk mengambil alih kuasa
Sultan dan cubaan menghapuskan hak istimewa bangsa Melayu. Ia merupakan bentuk
penjajahan secara mutlak dan usaha pihak British untuk mengukuhkan pengaruh politik dan
ekonomi mereka di Tanah Melayu. Ini telah membangkitkan kemarahan orang Melayu dan
mendorong gerakan nasionalisme Melayu sampai ke kemuncaknya.
D20112053027 Page 5
HNS2013 TUGASAN1
Cara Penentang Malayan Union
Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union boleh dilihat dalam tiga bentuk, iaitu
secara individu, melalui akhbar dan secara kolektif. Ketika Inggeris kembali ke Tanah
Melayu dengan idea pemerintahan Malayan Union yang melenyapkan keistimewaan dan hak-
hak orang Melayu, Dato’ Onn segera menubuhkan Kesatuan Melayu Semenanjung Johor
yang akhirnya berjaya menyatupadukan persatuan dan kesatuan Melayu seluruh Tanah
Melayu bagi menghalang pencabulan Inggeris dan menentang Malayan Union. Pada 23
Januari 1946, Dato’ Onn Jaafar telah menulis surat kepada Utusan Melayu menyeru orang
Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan United Malays Organization (U.M.O.)
sebagai pertubuhan menentang Malayan Union. Dato Onn kemudiannya telah menubuhkan
Kongres Melayu Se-Malaya untuk menyatukan orang Melayu bagi menentang Malayan
Union. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Kongres secara sebulat suara. Kongres ini
telah diadakan pada 1 Mac 1946 hingga 3 Mac 1946. Ia telah dihadiri oleh 41 buah
pertubuhan Melayu. Antara persetujuan yang telah dicapai oleh Kongres tersebut ialah
memulaukan Malayan Union dan berkabung selama tujuh hari dengan memakai songkok
yang mempunyai jalur putih. Dato Onn telah memulakan langkah penyatuan Melayu dengan
tertubuhnya UMNO untuk menentang Malayan Union. Beberapa persidangan dan kongres
telah diadakan dan di Kongres Melayu di Johor Bahru pada 11 Mei 1946, UMNO dengan
rasminya telah ditubuhkan. Dato’ Onn telah dilantik menjadi Yang DiPertua. Melalui
UMNO, beliau menyusun strategi dan aktiviti menentang Malayan Union sehinggga Inggeris
terpaksa membubarkannya pada 1 Februari 1948 dan digantikan dengan Persekutuan Tanah
Melayu.
Penubuhan UMNO
Proses Kemerdekaan bermula apabila Dato’ Onn Jaafar (yang menubuhkan Persatuan Melayu
Semenajung Johor pada 3 Januari 1946) berjaya mengumpulkan orang-orang Melayu (yang
telahpun menunjukkan ketidak-puasan hati apabila kertas putih Malayan Union 6274, yang
diluluskan oleh House of Lords, Westminster telah disiarkan dalam Utusan Melayu, 24 Jan-
uari 1946) untuk bersatu teguh sebagai entiti politik Melayu yang kuat. UMNO yang di-
tubuhkan secara prinsipnya pada 1 Mac 1946 setelah pelbagai persatuan-persatuan Melayu
seluruh Tanah Melayu diwakili dan datang bersidang dan meluahkan pendapat ke atas isu-isu
berkenaan. UMNO berjaya ditubuhkan secara rasmi, setelah yang diberi naungan DYMM
Sultan Sir Ibrahim Almahrum Sultan Seri Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada 11 Mei
D20112053027 Page 6
HNS2013 TUGASAN1
1946 di Istana Besar, Johor Bahru. Objektif asalnya ialah untuk menolak Malayan Union
dengan mengesa Raja-Raja Melayu yang pada masa itu sudahpun menandatangani Perjanjian
MacMichael, dimana British berjaya mendapatkan ‘persetujuan’ seorang demi seorang Raja-
Raja Melayu keatas cadangan Malayan Union bermula dari 20 Oktober 1945 sehingga 21
Disember 1946, walaupun ramai baginda Raja-Raja sebenar tidak setuju dengan cadangan
Malayan Union ini. Namun pemerintah BMA menggunakan ‘ugutan’ seperti mendakwa
Raja-Raja Melayu yang enggan bersetuju dan menandatangani Perjanjian MacMichael ini
akan didakwa bekerjasama dengan pihak Tentera Jepun dan diturunkan dari takhta.
Objektif utama UMNO semasa penubuhanya agar Malayan Union yang diisytiharkan pada 1
April 1946 itu ditolak dan gagalkan. Ini kerana Malayan Union mengambil kuasa dan
juriduksi sepenuhnya Raja-Raja Melayu (kecuali hal ehwal agama Islam dan adat resam
Melayu), proses pemberian kerakyatan yang begitu longgar dan orang-orang Melayu hilang
taraf sebagai pribumi selamanya. Dato’ Onn Jaafar telah dilantik menjadi Presiden UMNO
yang pertama dari 1946 hingga 1951. Usaha Dato’ Onn seawal Januari 1946 mengumpulkan
orang-orang Melayu untuk menentang cadangan Malayan Union mencetus gerakan politik di
kalangan rakyat negara ini yang kemudian berjaya mencapai kemerdekaan tiga belas tahun
kemudian. Setelah UMNO berjaya ditubuhkan, Dato’ Onn mengetuai orang-orang Melayu
dan bermulalah gerakan politik orang-orang Melayu yang didukung sebilangan besar
keturunan Melayu sehingga hari ini. Dato’ Onn telah berjasa menentang dan mengbuburkan
Malayan Union.
Kebangkitan perasaan tidak puas hati orang-orang Melayu diterajui Dato’ Onn yang berjaya
bermulakan perhimpunan di Batu Pahat pada 10 Februari 1946. Setelah UMNO ditubuhkan,
Dato’ Onn berjaya mengesa Raja-Raja Melayu untuk memulaukan majlis perlantikan Sir Ed-
ward Gent sebagai Gabenor Malayan Union pertama dan ini adalah tindakan signifikan ker-
ana pihak Whitehall mula memberikan perhatian serius kepada isu ini. Signifikan moral
penubuhan UMNO dan kejayaan menafikan Malayan Union dari diteruskan merupakan kali
pertama sekalian hamba rakyat di kalangan orang-orang Melayu mengambil peranan penting
dalam proses politik, yang selama ini merupakan peranan, hak dan kuasa mutlak dan ek-
sklusif golongan keluarga DiRaja dan bangsawan sepenuhnya. Ini juga permulaan proses
‘demokrasi’ di Tanah Melayu, di mana sekalian hamba rakyat kemudianya mempunyai hak
dan kuasa menentukan masa depan mereka.
D20112053027 Page 7
HNS2013 TUGASAN1
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Raja-raja dan rakyat Melayu telah menentang habis-habisan Malayan Union sehingga British
bersetuju untuk membubarkan Malayan Union. Perundingan itu akhirnya telah melahirkan
Persekutuan Tanah Melayu yang berpelembagaan pada 1 Feb 1948 bagi menggantikan
Malayan union. Penubuhan ini adalah kejayaan penting orang Melayu dalam mendapatkan
semula kedudukan politik dan maruah mereka di Tanah Melayu. Antara artikel-artikel pent-
ing dari Perjanjian Persekutuan itu ialah perwujudan Majlis Raja-Raja Melayu, yang berhak
membincangkan soal-soal dasar Persekutuan Talayuh Melayu seperti mengenai kemasukan
dan kerakyatan orang-orang dagang, rang undang berkenaan negeri-negeri Melayu dan
perkara- perkara yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan itu.
Perjuangan dan Perkembangan UMNO
Apabila UMNO sendiri sebagai wadah dan tunggak utama, perjuangan utama orang-orang
Melayu mengalami proses pengalihan tampuk Kepimpinan setelah Dato’ Onn Jaafar sebagai
Yang DiPertua (Presiden) meletakan jawatanya pada Ogos 1951, seorang putera raja, Tunku
Abdul Rahman Putra pula diangkat oleh orang-orang Melayu untuk memimpin UMNO. Per-
alihan ini melihatkan slogan UMNO berubah dari “Hidup Melayu” kepada “Merdeka”. Ini
bermakna, orang-orang Melayu mula bergerak secara serius untuk mencapai kemerdekaan
Tanah Melayu dari Great Britain.
Pada tahun 1951, Dato’ Onn mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada semua bangsa
bagi mengatasi masalah perkauman dalam politik. Cadangan ini telah dibantah oleh ahli
UMNO. Dato Onn telah meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO pada tahun 1951.
Perletakan jawatan Dato’ Onn ini merupakan satu kehilangan besar kepada kepimpinan
UMNO pada saat itu kerana orang Melayu masih berada di tahap ketinggalan dalam semua
bidang pada masa itu.
Dato’ Onn membawa konsep ‘bekerjasama’ dalam perjuangan politik dengan bukan Melayu
seawal 1951 namun tidak diterima ahli-ahli UMNO pada masa itu. Maka beliau secara
sukarela meninggalkan UMNO pada 28 Ogos 1951 dan menubuhkan Independent Malayan
Party (IMP) pada 16 September 1951 sebagai wadah perjuangan politik tanpa kaum dan
keturunan. IMP menempa kegagalan, terutama dalam Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur
1952 dan beliau kemudian menubuhkan Parti Negara (PN) pada Februari 1954. PN gagal
D20112053027 Page 8
HNS2013 TUGASAN1
memenagi sebarang kerusi dalam Piliharaya Umum pertama 1955. Namun begitu, pada
Pilihanraya Umum 1959, PM berjaya meraih satu kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan
Undangan Negeri. Dato’ Onn menjadi ‘Ketua Pembangkang’ dalam Dewan Rakyat dengan
kemenangan ulung PN ini.
Idea ‘bekerjasama’ yang dipelupuri Dato’ Onn ini akhirnya dilaksanakan oleh penganti beliau
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, apabila UMNO bekerjasama dan kemudian
‘berkongsi kuasa’ dengan MCA dan MIC, dibawah panji Parti Perikatan. Kejayaan
‘berkongsi kuasa’ ini menghasilkan mandat besar bagi Parti Perikatan pada Pilihanraya
Umum 1955 dan Tunku menggunakan ini sebagai ‘senjata utama’ dalam rundingan
Kemerdekaan dan ianya menunjukkan hasil pada 31 Ogos 1957.
Perjuangan Dato’ Onn Ke Arah Kemerdekaan
Sumbangan Dato’ Onn dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara pada hakikatnya tidak
boleh dinafikan. Meskipun ada suara-suara yang melabelkan beliau sebagai pemecahbelah
perpaduan UMNO dan pembunuh semangat kemerdekaan yang amat gairah diperjuangkan
oleh orang-orang Melayu, beliau tetap merupakan seorang tokoh Melayu terulung yang mem-
punyai wawasan yang begitu jauh. Kemerderkaan hari ini yang tercapai pada 31 Ogos 1957
meskipun tidak dianggap sebagai buah tangan darinya, tetapi sebenarnya adalah merupakan
hasil asas yang dibinanya. Asas dan rangka kemerdekaan yang dilakar oleh Dato’Onn tetap
menjadi ikon perintis jalan kepada bangsa Melayu walaupun beliau tidak dianggap sebagai
pemimpin Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan. Peranan mencapai Kemerdekaan
yang dipelupuri orang-orang Melayu semenjak pasca Perang Dunia kedua dan kemudian sudi
dan sanggup bertolak-ansur dan bekerjasama dengan kaum-kaum lain, terutama di bawah
prinsip ‘perkongsian kuasa’ perlu difahami, hargai dan hayati. Kejayaan kerana peranan
utama yang dimainkan penduduk majoriti Tanah Melayu ini adalah rujukan utama di mana
Negara ini bermula. Ini adalah proses mencapai Kemerdekaan sebenarnya dan seluruh warga
Malaysia wajar memahami, menghargai dan menghayati proses disamping bersedia mengisi
dan mempertahankan Kemerdekaan yang berjaya dicapai itu, dengan seluruh semangat patri-
otisma.
Dato’ Onn Jaafar telah menyedarkan orang Melayu bahawa Malayan Union adalah satu
ancaman yang akan melenyapkan bangsa di tanah airnya sendiri. Pelaksanaan Malayan Union
menyebabkan negara ini terus diperintah secara langsung dari United Kingdom dan kita kekal
D20112053027 Page 9
HNS2013 TUGASAN1
dijajah. Ia bermakna terhakisnya kuasa Raja-Raja Melayu, lenyaplah kerajaan-kerajaan
Melayu dan hilanglah identiti Melayu di buminya sendiri. Setiap negeri-negeri Melayu, yang
asalnya terdiri daripada kerajaan-kerajaan Melayu dalam sistem pemerintahan Raja-Raja
Melayu, dipecah perintah secara berasingan oleh Inggeris. Kerakyatan terbuka kepada semua
orang, tidak kira siapa sahaja yang datang mahu bermastautin di negara ini. Hampir dua tahun
lamanya, Dato’ Onn berhadapan dengan Inggeris, memujuk Raja-Raja Melayu,
mengumpulkan kekuatan suara dan perpaduan orang Melayu untuk menggagalkan Malayan
Union. Gerakan mendesak Inggeris tanpa mengenal jemu dan penat lelah itu, akhirnya
membuahkan hasil apabila penjajah akur untuk menguburkan Malayan Union selepas 21
bulan dilaksanakan dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Idea kenegaraan Dato’ Onn diterima oleh Inggeris dalam merencanakan Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam proses menyediakan perjanjian itu, beliau
mengetuai pasukan orang Melayu memastikan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa
Melayu dan hak istimewa orang Melayu menjadi dasarnya. Idea ini menjadi teras dalam
perjuangan Umno dan orang Melayu, sekalipun beliau meninggalkan parti dalam usaha
mencari strategi lain pula untuk mendapatkan kemerdekaan. Beliau menyedari bahawa
Inggeris mahu melihat ada kerjasama antara kaum sebagai syarat kemerdekaan, berikutan
penentangan terhadap Malayan Union dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, tidak
pun mendapat sokongan kaum lain. Dato’ Onn memilih keluar dari UMNO apabila
cadangannya membuka pintu parti kepada kaum lain tidak dapat diterima oleh orang Melayu.
Orang Melayu ketika itu berasa ganjil dengan idea tersebut, tanpa dapat memahami ia
bertujuan meletakkan semua kaum di bawah satu naungan. Tapi, apabila akhirnya idea
pakatan antara parti dicetuskan melalui penubuhkan Perikatan, Dato’ Onn menubuhkan Parti
Negara, namun masa sudahpun beredar dan tidak mengizinkan beliau kembali ke arus
perdana.
Begitupun, yang jelas ialah idea kenegaraan Dato’ Onn itu terus diwarisi dan diamalkan oleh
kepimpinan UMNO selepasnya. Ia menjadi petunjuk dan panduan dalam pembentukan
sebuah negara bangsa. Dari idea perjuangan itulah kita beroleh pengiktirafan sempadan
negara kita sendiri apabila mendapat kemerdekaan. Sebab itu, Dato’ Onn tidak sehaluan
dengan beberapa pemimpin politik sezamannya, yang cenderung menerima konsep Indonesia
Raya untuk mencapai kemerdekaan bersama dengan negara jiran.
D20112053027 Page 10
HNS2013 TUGASAN1
Pembentukan negara bangsa menjadi lebih jelas apabila kita dipandu oleh Perlembagaan
Negara yang dimasyhurkan pada tahun 1957 sempena menempa kemerdekaan. Asas-Asas
Perlembagaan Persekutuan itu diambil bulat-bulat daripada Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu yang diusahakan oleh Dato’ Onn. Maka, terbelalah Raja Melayu, terpeliharalah
Agama Islam, diiktiraf kedudukan bahasa Melayu dan kekal hak-hak orang Melayu
dibuminya. Perkembangan kependudukan di Tanah Melayupun menjadi terkawal dengan
adanya peraturan kewarganegaraan. Kaum pendatang yang masuk beramai-ramai di zaman
penjajah, ditawarkan keistimewaan sebagai warganegara negara ini dan dilindungi serta
mempunyai suara di bawah sistem demokrasi. Ketiga-ketiga ciri utama tadi iaitu kedaulatan
sempadan negara, Perlembagaan Negara dan kewarganegaraan adalah asas pembentukan
negara bangsa, yang diasaskan perjuangannya oleh Dato’ Onn. Inggeris menerima usaha
tersebut dengan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial, yang sudah
sekian lama wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Lantas ia berperanan menstabilkan sistem
politik negara.
HILANGNYA SEORANG PAHLAWAN
Berita kematian jaguh politik kebangsaan yang ulung itu diterima dengan rasa sedih yang
amat sangat oleh rakyat jelata seluruh negara. Pada saat keharuannya itu, Perdana Menteri,
Tunku Abdul Rahman dengan serta-merta mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan
akan memberi penghormatan terakhir kepada Dato’ Onn dengan mengadakan istiadat
pengkebumian negara kerana mengenangkan jasanya yang tidak ternilai kepada bangsa dan
nusa. Dato’ Onn dilahirkan dalam zaman tanah tempat tumpah darahnya masih berada di
bawah pemerintahan asing, iaitu penjajahan British. Tetapi beliau meninggal dunia semasa
bangsa dan nusa yang dicintainya mencapai kemerdekaan dan wujud dengan penuh
kedaulatan, hasil daripada perjuangan keringat dan semangat serta pengorbanan rakyat jelata
di seluruh negara. Dato’ Onn dalam masa hidupnya menempuh dua zaman ; zaman
penjajahan dan zaman kemerdekaan, dengan dirinya terlibat secara lansung dengan aktifnya.
Beliau mengalami rentak ragam dan gaya kedua-dua zaman itu dengan memperlihatkan sikap
D20112053027 Page 11
HNS2013 TUGASAN1
keperwiraan dan kebijaksanaan yang sukar dicari taranya di kalangan tokoh politik atau
pemimpin kebangsaan yang segenerasi atau semasa dengannya. Dato’ Onn dalam arena
politik, membumbung tinggi mengatasi dan jauh ke hadapan mendahului rakan-rakan
seperjuangan dan lawan-lawannya. Tetapi yang lebih penting daripada itu ialah Dato’ Onn
mengambil bahagian yang lebih besar, dan meninggalkan banyak kesan dalam bidang
pentadbiran, sosial dan kebudayaan; dan dalam arena politik semasa dalam penjajahan dan
selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Jasa Dato’ Onn yang paling besar kepada
bangsa dan nusa, yang tidak akan dilupai zaman, ialah kejayaannya menyatupadukan seluruh
umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda oleh malapetaka politik yang paling besar pernah
menimpa bangsa Melayu. Beliau membina landasan untuk mereka meneruskan perjuangan ke
arah kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat dan konsep perjuangan
kebangsaan daripada ”Hidup Melayu” kepada“Merdeka”. Dato’ Onn berjaya mendapatkan
sokongan rakyat dan pemerintah untuk mewujudkan satu dasar negara yang menjadikan
bahasa Melayu bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Ini adalah satu sumbangan yang paling
besar Dato’ Onn kepada Negara. Catatan sejarah adalah sumber yang tidak bias kepada
mana-mana pihak. Persepsi dan pandangan adalah mengikut tahap pemikiran dan keadaan
semasa. Sehubungan itu adalah baik sekali jika rakyat diperkenalkan kepada Dato’ Onn
mengikut ringkasan biografi beliau supaya rakyat mendapat input dan menilai sendiri
ketokohan Dato’ Onn.
D20112053027 Page 12
HNS2013 TUGASAN1
Kesimpulan
Barangkali dalam tanggapan kebanyakan kita, lebih-lebih lagi generasi muda, Dato’ Onn
Jaafar telah gagal dalam perjuangan politiknya. Asas tanggapan ini adalah kerana beliau
memilih untuk tidak terus memimpin Umno, dan kerananya tidak pula dapat memimpin
negara sebagai Perdana Menteri, sebagaimana penggantinya sebagai Yang Dipertua Umno,
Almarhum Tunku Abdul Rahman. Namun, apakah perjuangan seseorang tokoh politik itu
hanya wajar dinilai sebagai berjaya apabila ia memegang tampuk kekuasaan negara? Walhal,
begitu ramai pemimpin muncul silih berganti, zaman-berzaman, mencurahkan bakti
perjuangan dalam sejarah panjang pembentukan negara kita, yang bebas lagi merdeka ini.
Lalu, Umno Johor mengangkat Dato’ Onn sebagai tokoh yang perlu diberikan tempat yang
sewajarnya sempena 60 tahun usia parti, kerana baktinya sebagai pelopor perjuangan
kemerdekaan. Dato’ Onn bukan teraju negara apabila tanahair ini merdeka pada 1957, tetapi
beliau meninggalkan pengaruh dan pemikirannya sebagai warisan kepada bangsa.
Walaupun Dato’ Onn dalam sejarah politiknya keluar dari Umno, pernah menubuhkan dua
parti lain, menjadi pembangkang dalam dewan perwakilan, tetapi inti perjuangannya terpahat
dengan teguh. Laungan perjuangan Hidup Melayu yang dicetuskannya, lebih 60 tahun lalu,
tidak sekadar satu slogan, tetapi sarat dengan isi perjuangan membela kedudukan Raja-Raja,
agama, bahasa, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan hak-hak istimewa orang Melayu.
Sewajarnya kita berterima kasih kerana idea kenegaraan itu telah menghasilkan formula yang
memupuk perpaduan Melayu, mencetus semangat nasionalisme, menggerak perpaduan kaum,
menebus maruah bangsa, menegak keadilan ekonomi dan kesejahteraan sosial.
Saya berharap generasi muda dapat menghayati idea kenegaraan ini, sebagai bekalan dan
pedoman untuk memahami erti mewarisi perjuangan, agar ia terus subur dan segar dalam
menempa kemajuan masa depan.
D20112053027 Page 13
HNS2013 TUGASAN1
Bibliografi
1. Prof. Datuk Dr. Ramlah binti Adam, Abdul Hakim bin Samuri dan Muslimin bin Fadzil.
Sejarah Tingkatan 3 (Buku Teks). Kementerian Pelajaran Malaysia: Penerbitan Dewan
Bahasa Dan Pustaka (2005).
2. Muslimin Fadzil, Wan Napsiah Wan Yusof, Lew Hee Men, Zulkifli Abdul Ghaffar dan
Mansor Hasan. Sukses Sejarah PMR. Selangor: Penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.
(2007).
3. Haji Nasir Haji Sulaiman, Mary Tan Swee Ee dan Ros Maria Chin. Pendekatan
Diagramatik Sejarah PMR. Petaling Jaya: Penerbitan Sasbadi Sdn. Bhd. (2007).
4. UPSI (2011). Modul Sekolah Rendah SEM 1 (HNS2013 : Kenegaraan) dalam Unit 4 & 5.
PPG UPSI.
5. Ucapan Dato’ Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor di majlis Perasmian
Persidangan Kebangsaan. Dato’ Onn Pengasas Negara Bangsa (4 Disember 2006).
Dicapai atas talian: http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index2.php?
option=com_content&task=view&id=321&pop=1&page=0&Itemid=29
6. Commentary (September 2007). Dato’ Onn Jaafar Tokoh Anak Gemilang Malaysia. Di-
capai atas talian: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/09/02/dato-onn-jaafar-tokoh-
anak-gemilang-malaysia/
D20112053027 Page 14