Sumbangan Zaba

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/31/2019 Sumbangan Zaba

    1/8

    SUMBANGAN ZA`BA DALAM BIDANG BAHASA DAN PERSURATAN

    Sumbangan Pemikiran Zaba dalam Pelanjutan Tradisi Linguistik Melayu

    oleh Prof. Dr. Awang Sariyan

    [Dlm. Abdul Hamid Mahmood et al. 2005. Memartabatkan Warisan Pendeta Za`ba. Tanjung

    Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (hlm. 12 19)]

    Tradisi linguistik Melayu yang diupayakan oleh tokoh setempat dan serantau di Alam

    Melayu dapat dikesan titik awalnya pada pertengahan abad ke-19, iaitu dengan mengambil

    tarikh terhasilnya karya tatabahasa Melayu oleh Raja Ali Haji, tokoh persuratan di Pulau

    Penyengat, Riau. Karya itu berjudul Kitab Bustan al-Katibin dan bertarikh 1857. Karya

    tersebut merupakan buku pelajaran ejaan dan tatabahasa Melayu. Pada tahun 1859, Raja

    Ali Haji menghasilkan Kitab Pengetahuan Bahasa pula, iaitu karya yang dapat

    dikategorikan sebagai kamus dan sekali gus tatabahasa Melayu. Sesudah Raja Ali Haji,

    kurang jelas perkembangan penulisan linguistik Melayu oleh anak watan Melayu,

    sehinggalah kira-kira satu abad kemudian muncul seorang tokoh yang cukup gigih dan giat

    berusaha memantapkan sistem bahasa Melayu formal melalui penyusunan sistem ejaan

    Jawi dan Rumi, tatabahasa dan retorik. Tokoh itu ialah Zaba, yang lahir pada 16

    September 1895 di Batu Kikir, Jempul, Negeri Sembilan.

    Zaba ( Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad ) diiktiraf oleh masyarakat dan negara

    Malaysia, khususnya dan Alam Melayu, umumnya sebagai tokoh cendekiawan yang cukup

    berwibawa. Beliau pemikir dan pencetus beberapa gagasan besar dalam pelbagai bidang

    agama, ekonomi, bahasa, sastera, politik, pendidikan, dan kebudayaan sebagai suatu

    keseluruhan yang menandai tamadun Melayu. Dalam bidang agama, beliau dapat

    digolongkan sebagai cendekiawan yang mendukung gerakan islah. Dalam bidang politik

    barangkali ada yang tidak tahu bahawa beliau penggerak aktif dalam menyatukan orang

    http://1.bp.blogspot.com/_m0Ilqnv4tAs/TA3KieqA6uI/AAAAAAAABHM/aOFBJDwHInw/s1600/30248_1391336716348_1620033811_925116_1846295_s.jpg
  • 7/31/2019 Sumbangan Zaba

    2/8

    Melayu untuk menolak gagasan Malayan Union kerajaan Inggeris.

    Daripada sekian banyak bidang uang diceburinya, bidang bahasalah yang tampaknya

    paling banyak dipertalikan orang dengan ketokohan dan sumbangannya. Sehingga kini

    nama Zaba seakan-akan bersinonim dengan bahasa Melayu. Hal ini tidak menghairankan

    kerana memang Zabalah yang meletakkan asas sistem bahasa Melayu baharu, baik dalam

    bidang ejaan mahupun tatabahasa Melayu. Zabalah yang menandai awal babak

    perkembangan ilmu bahasa atau linguistik Melayu baharu sejak tahun 1920-an, sezaman

    dengan tokoh linguistik Amerika yang cukup berpengaruh dalam dunia linguistik Barat pada

    satu waktu dahulu, iaitu Leonard Bloomfield.

    Taraf Zaba sebagai perintis bahasa Melayu baharu diungkapkan dengan menarik sekali

    oleh Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam pidato umum pengurniaan ijazah

    Doktor Kehormat Persuratan kepada Zaba oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada

    tahun 1973 dengan kata-kata Karangannya yang diberi nama Pelita Bahasa Melayu itu

    sungguh benar pelita yang menerang suasana kelam keliru dan menunjuk jalan ke arah

    kesedaran orang Melayu akan nilai bahasanya yang merupakan jiwa bangsa itu. Dialah

    pemukul rebana kalbu masyarakat kita dalam Dewan Persuratan dan nyaring debarannya

    masih terdengar ke hari ini! Seorang sarjana besar dari Indonesia Prof. Dr. Harimurti

    Kridalaksana (1986) mengangkat Zaba sebagai Bapa Tata Bahasa Tradisional MelayuMalaysia, setaraf dengan Sasrasoeganda yang digelar Bapa Tata Bahasa Tradisional

    Indonesia. Pengangkatan taraf itu berasaskan pada pengaruh tatabahasa yang disusun

    oleh Zaba yang cukup luas dalam sistem pendidikan di negara ini.

    Prof. Dr. Asmah Haji Omar (1975), dengan berasaskan peranan buku tatabahasa karangan

    zaba yang dijadikan buku pegangan dalam sistem pendidikan di negara ini, menganggap

    buku Pelita Bahasa Melayu sebagai bible bagi guru-guru bahasa Melayu.

    Menurut Prof. Asmah lagi, sehingga tahun 1968 semua buku teks bahasa Melayu yang

    digunakan di sekolah disusun dengan berasaskan buku tatabahasa Zaba. Hal ini bererti

    bahawa pengaruh Zaba melampaui tempoh paling tidak 30 tahun dalam perkembangan

    bahasa Melayu di Malaysia. Malah sesudah munculnya pelbagai aliran linguistik dalam

    percubaan menganalisis jalan bahasa Melayu ketika ini, tatabahasa yang disusun oleh

  • 7/31/2019 Sumbangan Zaba

    3/8

    Zaba masih tetap dirujuki. Sering juga kedengaran kata-kata sebilangan sarjana linguistik

    sendiri bahawa setengah-setengah konsep yang diperkatakan kini sebenarnya telah sedia

    ada dalam buku Zaba tetapi tidak disedari oleh setengah-setengah ahli linguistik moden

    yang kadang-kadang tidak suka menoleh ke belakang untuk mengambil manfaat daripada

    hasil kerja orang terdahulu. Sebahagian analisis Zaba yang ternyata masih dapat dijadikan

    sandaran untuk analisis bahasa Melayu kini telah saya kemukakan dalam kertas kerja yang

    berjudul Penyusunan Tata Bahasa Melayu di Malaysia : Dari Pelita Bahasa Melayu ke

    Tatabahasa Dewan untuk Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu di Universiti

    Malaya pada tahun 1989.

    Sebelum terbitnya Pelita Bahasa Melayu dalam tiga penggal ( pada tahun 2000 buku

    tersebut telah diterbitkan semula dalam edisi ejaan baharu oleh Dewan Bahasa dan

    Pustaka ), Zaba sebenarnya telah menghasilkan buku Ilmu Bahasa Melayu pada tahun

    1926 dan 1927. Buku Pelita Bahasa Melayu Penggal I yang terbit pada tahun 1940 telah

    mula ditulis pada tahun 1934 dan 11 bab selesai pada tahun 1936. Pelita Bahasa Melayu

    Penggal II pula siap ditulis pada tahun 1942 tetapi ditangguhkan penerbitannya ke tahun

    1946 sesudah dibaiki dan disemak. Setahun kemudian terbit pula Pelita Bahasa Melayu

    Penggal III. Ketiga-tiga buku beliau inilah yang menjulang namanya sebagai pengasas

    bahasa Melayu baharu. Maka memang kena pada tempatnya beliau dianugerahi gelar

    Pendeta dalam Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956.

    Keunggulan Zaba terletak pada kekuatan dan ketajaman intuisi serta pemerhatiannya

    terhadap sistem bahasa Melayu. Walaupun beliau tidak terdedah secara formal dalam

    disiplin linguistik, khususnya linguistik moden, analisis yang dihasilkannya membuktikan

    bahawa gagasan-gagasan penting dalam bidang ilmu itu ada dalam intuisinya. Apatah

    dihairankan kerana segala gagasan yang dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik ternama di

    Barat itu pun sebenarnya hasil renungan dan pemikiran mereka juga. Dan kita di Alam

    Melayu ternyata memiliki pemikir yang setanding dengan sarjana di Barat. Pada saat istilah

    fonologi belum dikenal orang di negara in pada tahun 1930-an, Zaba telah

    mengemukakannya lewat analisisnya tentang sistem ejaan bahasa Melayu. Orang yang

    tidak memiliki intuisi tentang fonologi tidak mungkin dapat mengetengahkan analisis sistem

    ejaan sesuatu bahasa, kerana ejaan atau huruf merupakan lambang atau gambaran sistem

    bunyi bahasa.

  • 7/31/2019 Sumbangan Zaba

    4/8

    Prof. Asmah Haji Omar (1976) dapat mengesan beberapa prinsip fonologi yang melandasi

    analisis Zaba tentang sistem ejaan bahasa Melayu. Antaranya termasuklah :

    a. Keutamaan ucapan di atas tulisan (kewujudan bunyi mendahului tulisan)

    Maka sungguhpun ada beberapa banyak bangsa seperti Semang, Sakai dan

    sebagainya yang tiada mengerti pada jalan tulis-menulis tetapi sekaliannya

    bangsa-bangsa itu tahu juga bersuara dan bercakap.

    ( Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Bab 1, pecahan 3 )

    b. Huruf sebagai lambang untuk bunyi

    Manusia itu tatkala bertambah-tambah majunya dapatlah ia merupakan tiap-tiap

    suatu bunyi yang disebutnya itu dengan suatu gambar gunanya untuk

    menampakkan percakapan itu kepada mata, supaya dapat difahamkan dengan

    dipandang sahaja oleh orang yang tiada mendengar seperti orang yang jauh jarak

    tempatnya atau masanya daripada orang yang punya percakapan itu.

    ( Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Bab 1, pecahan 5 )

    c. Hubungan antara fikiran dengan mekanisme bahasa

    ...Bunyi itu masuk ke telinga mereka langsung terus kepada otaknya. Maka denganserta-merta otak itu mengenal akan dia dan mengerti akan maksudnya. Begitulah

    juga pada segala bunyi-bunyi lain yang ada bermakna bagi orang yang punya bahasa

    itu.

    ( Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Bab 1, pecahan 1 2 )

    Dalam mengemukakan sistem ejaan bagi bahasa Melayu, Zaba turut memperlihatkan

    ketajaman intuisinya tentang konsep-konsep fonetik, walaupun dengan cara yang cukup

    sederhana. Zaba sudah memperkenalkan adanya perbedaan bunyi vokal ( yang

    diistilahkannya sebagai huruf saksi ) dan bunyi konsonan ( yang diistilahkannya sebagai

    huruf benar ). Tentang huruf ( sebenarnya bunyi ) saksi, Zaba mengenal pasti adanya

    bunyi vokal sempit atau tinggi ( seperti bunyi u dan i ). Zaba menggolongkan bunyi a, e, o

    sebagai bunyi kasar dan e pepet, e, u sebagai bunyi halus.

  • 7/31/2019 Sumbangan Zaba

    5/8

    Demikian juga Zaba telah mengetengahkan konsep diftong dan vokal rangap ( istilah beliau

    bunyi berkait rapat dan bunyi berkait renggang ), ciri suprasegmental ( seperti kepanjangan

    bunyi ) yang menurutnya bukan sifat bahasa Melayu, dan keharmonian vokal. Tentang

    keharmonian vokal yang menjadi asas pengejaan kata dua suku kata dan lebih, prinsip

    Zaba berdasar pada keselarasan vokal halus lawan halus dan vokal kasar lawan kasar.

    Katanya :

    Pakailah saksi halus di hujung jika bunyi yang dahulunya halus, dan

    pakailah saksi kasar di hujung jika bunyi yang dahulunya kasar.

    ( Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Bab V, pecahan 54 )

    Analisis Zaba yang cukup berpengaruh dalam menentukan jalan bahasa Melayu ialah

    dalam bidang tatabahasa. Analisis beliau tentang tatabahasa dapat dibahagi kepada dua

    komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis, walaupun beliau tidak menggunakan istilah

    tersebut. Selaras dengan pengaruh tatabahasa tradisional yang ketika itu mendominasi

    disiplin linguistik, analisis Zaba ternyata banyak yang terikat oleh pendekatan tersebut.

    Oleh sebab itu istilah-istilah tatabahasa yang digunakannya dan cara beliau menjelaskan

    sesuatu konsep tatabahasa seluruhnya berdasar pada makna, iaitu ciri utama linguistik

    tradisional.

    Dalam membicarakan kata, Zaba menggolongkan kata kepada lima golongan yang utama,

    iaitu nama, perbuatan, sifat, sendi, dan seruan. Setiap golonga utama itu dipecah-pecahkan

    kepada subgolongan. Misalnya di bawah nama ada nama betul dan ganti nama. Di bawah

    kedua-duanya ada pula pecahan yang lebih kecil, iaitu nama am atau nama nika dan nama

    khas. Tentang perbuatan pula, dipecahkannya golongan itu kepada perbuatan melampau

    dan perbuatan tidak melampau, yang kini kita kenal sebagai kata kerja transitif dan kata

    kerja tak transitif. Antara gagasan Zaba yang menarik tentang perbuatan yang dapat

    menduduki fungsi nama, iaitu yang disebutnya perbuatan nama dan nama perbuatan. Jelas

    bahawa hal yang kini dibincangkan oleh ahli linguistik moden sebagai bentuk nominal telah

    dibincangkan jauh lebih awal oleh Zaba.

    Tentang sifat pula, Zaba membahaginya kepada sifat nama dan sifat kata. Yang pertama

  • 7/31/2019 Sumbangan Zaba

    6/8

    merujuk kepada golongan kata yang dikenal sebagai adjektif, sementara yang kedua

    merujuk kepada adverba. Dalam keriuhan perancang bahasa dan pengguna bahasa

    mendapati tiadanya golongan kata adverba dalam Tatabahasa Dewan, maka sekali lagi

    tatabahasa yang disusun Zaba dirujuki untuk mengambil keputusan memasukkan

    golongan kata itu dalam edisi baharu buku tatabahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

    itu.

    Tentang kata sendi pula, Zabalah yang meletakkan asas penggunaan kata sendi yang

    tepat, misalnya antara pada dengan di, ke dengan kepada, dari dengan daripada, dan yang

    lain. Hingga kini ketetapan yang dibuat Zaba itu menjadi pegangan pendidik dan pelajar

    serta masyarakat umum.

    Analisis Zaba tentang ayat bahasa Melayu berkisar di sekitar ayat selapis, ayat berlapis,

    ayat berkait, dan ayat bercampur. Penggolongan ayat sedemikian tidak jauh berbeda

    dengan yang berlaku dalam bahasa-bahasa lain, dan hal ini memenuhi salah satu ciri asas

    kesejagatan bahasa. Ayat selapis merujuk kepada konsep ayat tunggal, iaitu ayat ayat yang

    terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat berlapis samalah dengan ayat

    gabungan, sementara ayat berkait ialah padanan istilah bagi ayat pancangan walaupun

    konsep ayat berkait Zaba lebih banyak berkaitan dengan ayat pancangan keterangan

    sahaja. Ayat bercampur samalah dengan ayat campuran, iaitu ayat yang terdiri daripada

    pelbagai binaan ayat. Jelaslah bahawa analisis ayat atau sintaksis yang terdapat dalambuku-buku tatabahasa kini masih tetap berasas pada analisis yang dibuat oleh Zaba. Yang

    membezakannya hanya soal istilah dan kerangka pendekatannya sahaja. Sebagai contoh,

    sementara Zaba menggunakan pendekatan tradisional, Tatabahasa Dewan, khususnya

    dalam aspek sintaksis, disusun berasaskan pendekatan transformasi generatif.

    Jenis-jenis ayat yang terbahagi kepada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat

    seruan pun telah dianalisis oleh Zaba. Demikian juga ragam ayat yang dikenal sebagai

    ayat aktif dan ayat pasif telah digarap oleh Zaba dengan istilah ayat bangun membuat dan

    ayat bangun kena buat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa rumus-rumus ayat

    pasif bahasa Melayu yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana linguistik moden tidak ada

    perbezaannya sama sekali dengan yang telah dikemukakan oleh Zaba lebih setengah

    abad yang silam.

  • 7/31/2019 Sumbangan Zaba

    7/8

    Selain berjasa besar dalam meletakkan asas sistem bahasa Melayu dalam bidang ejaan

    dan tatabahasa, Zaba berjasa besar juga dalam mengetengahkan ilmu retorik. Karyanya

    Ilmu Mengarang Melayu yang mula terbit pada tahun 1934 telah dicetak ulang sebanyak

    enam kali dalam edisi Jawi sehingga tahun 1956 dan terbit pula dalam edisi Rumi ( dengan

    pindaan dan pembaikan ) pada tahun 1962. Buku tersebut memberikan pedoman yang

    cukup praktis dalam kerja karang-mengarang, baik dalam bentuk prosa mahupun puisi.

    Prof. Dr. Hashim Awang dalam kertas kerjanya Retorika Melayu dari Tanggapan Zaba

    untuk Kongres Bahasa Melayu Sedunia ( 2125 Ogos 1995 ) mengangkat Zaba sebagai

    tokoh dan pelopor retorik Melayu. Kata beliau, buku Ilmu Mengarang Melayu Zaba

    mendahului buku tokoh retorik Inggeris Cleanth Brooks dan Robert Penn Warren, iaitu

    Modern Rhetoric yang terbit enam tahun sesudah buku Zaba itu.

    Pembicaraan tentang pemikiran dan kesarjanaan Zaba tidak mungkin terungkapkan dalam

    kertas kerja sesederhana ini. Kajian yang mendalam lagi analitis dan kritis diperlukan untuk

    menghargai jasa dan sumbangan Zaba dalam bidang bahasa dan persuratan. Usahlah kita

    sekadar mengagumi Ferdinand de Saussure, Leonard Bloomfield, Noam A. Chomsky, M. A.

    K. Halliday, John Lyons, dan yang lain dari dunia barat sehingga lupa akan kehebatan

    Zaba dalam meletakkan asas perkembangan ilmu bahasa atau linguistik di Malaysia dan di

    Alam Melayu. Usaha Universiti Pendidikan Sultan Idris mewujudkan Kursi Zaba dalam

    rangka mengimarahkan dunia kesarjanaan dalam bidang pengajian Melayu merupakanusaha yang terpuji, bukan sahaja sebagai mengenang jasa bakti beliau sebagai antara

    tokoh yang menjadi tonggak Sultan Idris Training College yang merupakan institusi awal

    universiti tersebut, malah sebagai penghargaan yang hak baginya sebagai perintis bahasa

    Melayu baharu. Demikian juga, usaha kerajaan Negeri Sembilan mewujudkan Teratak

    Zaba yang bersifat muzium tokoh seakan-akan muzium Hemingway di England itu akan

    dapat mengabadikan sumbangan Zaba dalam melanjutkan tradisi keilmuan di rantau

    berbahasa Melayu ini.

    Rujukan

    Asmah Haji Omar, 1976. Zaba dalam Linguistik : Satu Tinjauan mengenai Aspek-aspek

    Bahasa

  • 7/31/2019 Sumbangan Zaba

    8/8

    Yang Diutarakannya dlm. Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu ( Esei-esei

    Penghormatan kepada Pendeta Zaba ). Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan , Belia

    Dan Sukan.

    Awang Sariyan, 1977. Tatabahasa Zaba dan Tatabahasa Asmah Haji Omar : Satu

    Perbandingan

    dan Penilaian dari Segi Analisa Ayat Melayu. Latihan Ilmiah, Institut Bahasa,

    Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu : Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Awang Sariyan, 1996. Penyusunan Tatabahasa Melayu : Dari Pelita Bahasa Melayu ke

    Tatabahasa Dewan dlm. Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia.

    Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Harimurti Kridalaksana, 1986. Kelas Kata dalam Bahasa Indonesia. Jakarta : Penerbit PT

    Gramedia.

    Hashim Awang, 1995. Retorika Melayu dari Tanggapan Zaba. Kertas Kerja Kongres

    Bahasa

    Melayu Sedunia ( 21- 25 Ogos 1995 ), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1976. Pendeta Zaba : Suatu Penghormatan dlm.

    Bahasa,

    Kesusasteraan, dan Kebudayaan ( Esei-esei Penghormatan kepada Pendeta Zaba ).

    Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan