4
Joyce Ting Chin, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Encik Tang, Pengurus, Rumah Orang Tua Jubilee Perak, Jalan Sungai Dua, 11700 Penang. 4 Mac 2015 Tuan, Memohon Untuk Menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa 3 Siri 1/2015 di Rumah Orang Tua Jubilee Perak Merujuk kepada perkara di atas, saya Joyce Ting Chin, sebagai setiausaha Program Bina Insan Guru Fasa 3 Siri 1/2015 IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam ingin memohon kebenaran Tuan untuk menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) di Rumah Orang Tua Jubilee Perak. 2. Program ini dijangkakan akan diadakan pada 3 April 2015 (Jumaat). Seramai 34 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah pengiring akan menyertai program ini.

Surat Rasmi Siver Jubile Home

Embed Size (px)

Citation preview

Joyce Ting Chin,Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun,14000 Bukit Mertajam,Pulau Pinang.

Encik Tang,Pengurus,Rumah Orang Tua Jubilee Perak,Jalan Sungai Dua,11700 Penang. 4 Mac 2015

Tuan, Memohon Untuk Menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa 3 Siri 1/2015 di Rumah Orang Tua Jubilee Perak Merujuk kepada perkara di atas, saya Joyce Ting Chin, sebagai setiausaha Program Bina Insan Guru Fasa 3 Siri 1/2015 IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam ingin memohon kebenaran Tuan untuk menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) di Rumah Orang Tua Jubilee Perak. 2. Program ini dijangkakan akan diadakan pada 3 April 2015 (Jumaat). Seramai 34 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah pengiring akan menyertai program ini. 3. Tujuan program ini adalah untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang positif di dalam melahirkan insan-insan yang berketerampilan, mapan, berilmu dan bertaqwa sebagai persediaan membentuk personaliti bakal guru yang unggul. Kami percaya bahawa program yang dijalankan di Rumah Orang Tua Jubilee Perak akan membawa ribuan manfaat kepada guru pelatih. 4. Berikut ialah jadual aktiviti yang telah kami rancang. Sebarang cadangan penambahbaikan daripada pihak Tuan tentang aktiviti yang telah kami rancang akan kami terima dengan hati terbuka.

MasaAktiviti

9.00 pagiTiba di Rumah Orang Tua Jubilee Perak

9.00 9.30 pagiTaklimat daripada pensyarah pengiring

9.30 11.00 pagiGotong-royong

11.00 pagi -1.00 petang Jamuan makan bersama orang tua. Persembahan daripada guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun. Sesi interaksi dengan orang tua Pemberian cenderamata kepada orang tua.

1.00 2.00 Majlis penutupan

4. Kami secara ikhlasnya ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk menjemput seramai 17 orang warga emas untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang telah kami anjurkan. Kami percaya bahawa penyertaan warga-warga emas akan memeriahkan lagi aktiviti kami. Untuk menyempurnakan program ini, kami ingin memohon kebenaran tuan untuk menggunakan dewan di Rumah Orang Tua Jubilee Perak bagi kegunaan aktiviti yang telah dirancang. 5. Jika tuan tidak keberatan, kami ingin memohon izin tuan untuk menggunakan penyapu, mop lantai dan PA sistem (sekiranya ada) yang sedia ada di Rumah Orang Tua Jubilee Perak untuk tujuan gotong-royong dan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. 6. Untuk menjamin kelancaran program BIG, pihak pengelola program ini dijangka akan melawat ke Rumah Orang Tua Jubilee Perak pada 24 Mac 2015 (Selasa) untuk perbincangan selanjutnya tentang aktiviti yang akan dijalankan. 7. Kami berjanji akan memastikan setiap peserta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan tuan. 8. Sebarang pertanyaan sila hubungi Juliet Coji Siew, pengerusi Program BIG melalui nombor telefon 016-3881517. Kami amat berharap permohonan ini akan mendapat maklum balas yang positif daripada pihak tuan. Segala usaha tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,___________________(JOYCE TING CHIN)Naib Setiausaha,Program Bina Insan Guru Fasa 3 Siri 1/2015,Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.