4
Ruj.Tuan: Ruj.kami: Bil (27)dlm PTKT(Per)1 J. Takwim: 18 Rejab 1432 Tarikh : 20 Jun 2011. Yang Berbahagia Dato' Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Langkasuka Aras 1, Blok E, Wisma Makmur 05503 Alor Bulan Langkasuka Dato', SOKONGAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN /OPERASI) GRED N17 KEPADA PUTRI BALQIS B. ABU HURAIRAH. Adalah saya merujuk kepada perkara diatas sukacita dimaklumkan saya difahamkan Puan Putri Balqis telah memohon jawatan tersebut. 2. Untuk makluman Dato', beliau telah berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir Rendah Gred N11 (Sementara) pada tahun 2005 dan ditempatkan sebagai Pembantu Peribadi Pentadbir Tanah selama setahun 7 bulan. Pada 01.08.2006 pula, beliau Berjaya mendapat jawatan Pembantu Tadbir N17 (Sementara) dan bertugas di Unit Kewangan sebagai Pembantu Unit Kewangan mulai tahun 2007 sehinggalah sekarang. 3. Saya telah berkesempatan bersama pemohon ini selama 5 bulan di bawah pengawasan saya secara langsung. Semasa berkhidmat di Jabatan ini beliau telah menghadiri pelbagai bengkel

Surat Sokongan 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

surat sokongan ketua jabatan

Citation preview

Ruj.Tuan: Ruj.kami: Bil (27)dlm PTKT(Per)1 J.Takwim: 18 Rejab 1432 Tarikh : 20 Jun 2011.

Yang Berbahagia Dato' PengerusiSuruhanjaya Perkhidmatan Awam LangkasukaAras 1, Blok E, Wisma Makmur05503 Alor BulanLangkasuka

Dato',

SOKONGAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN /OPERASI) GRED N17 KEPADA PUTRI BALQIS B. ABU HURAIRAH.

Adalah saya merujuk kepada perkara diatas sukacita dimaklumkan saya difahamkan Puan Putri Balqis telah memohon jawatan tersebut.

2. Untuk makluman Dato', beliau telah berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir Rendah Gred N11 (Sementara) pada tahun 2005 dan ditempatkan sebagai Pembantu Peribadi Pentadbir Tanah selama setahun 7 bulan. Pada 01.08.2006 pula, beliau Berjaya mendapat jawatan Pembantu Tadbir N17 (Sementara) dan bertugas di Unit Kewangan sebagai Pembantu Unit Kewangan mulai tahun 2007 sehinggalah sekarang.

3. Saya telah berkesempatan bersama pemohon ini selama 5 bulan di bawah pengawasan saya secara langsung. Semasa berkhidmat di Jabatan ini beliau telah menghadiri pelbagai bengkel dan kursus yang di anjurkan oleh Kerajaan Negeri Langjasuka dan lain-lain agensi. Antara kursus/bengkel yang dihadiri oleh beliau adalah :- Dipilih sebagai petugas /sukarelawan SUKMA IX- Langkasuka tahun 2006; Bengkel kecemerlangan organisasi Pejabat Tanah Tua tahun 2006; . Bengkel pengurusan perpustakaan jabatan anjuran PSUK dan perpustakaan awam Negeri Langkasuka, Kursus pengurusan kewangan perolehan dan aset anjuran Kementerian Kewangan Malaysia dan PSUK. . Taklimat perlaksanaan sistem bayaran pukal Petronas Dagangan; . Taklimat Pengurusan Akaun Deposit kerajaan Negeri Kedah; . Taklimat zakat pendapatan berkaitan potongan cukai berjadual (PCB).

4. Disamping menjalankan tugas-tugas hakiki di Unit Kewangan beliau juga dilantik sebagai urusetia jawatankuasa kecil Taks Force Hasil baru bagi kes Langgar Syarat keatas Tanah Pertanian Daerah Kuala Muda.

5. Beliau juga diarahkan untuk mengurus perjalanan mesyuarat kes Langgar Syarat ini dari masa kesemasa, menyelaras dan merekod laporan tanah oleh Penolong-Penolong Pegawai Tanah, membuka resit untuk pelanggan yang datang berurusan tentang kes tersebut serta mengeluarkan Fi Permit sementara.

6. Selain itu, beliau juga telah dilantik menjadi ahli dan pencatit minit untuk Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perlaksanaan Star Rating' Pejabat Tanah Kuala Tua

7. Apa yang saya hendak maklumkan disini ialah pegawai ini telah menunjukkan mutu kerja yang tinggi semasa melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan. Beliau boleh menerima dengan senang hati akan tugas yang diarahkan walupun kadang-kadang kerja tersebut akan menambahkan lagi beban tugasnya. Dari pemerhatian saya secara langsung beliau juga adalah seorang yang berdisiplin, mempunyai hubungan yang baik dengan pegawai atasan dan rakan sekerja serta tidak berkira dalam urusan-urusan kerja di pejabat tanah. Orang seperti ini saya rasa amat diperlukan dalam sesebuah organisasi seperti pejabat tanah ini. Beliau juga seorang yang berilmu tinggi dan berpengetahuan luas.

8. Adalah merupakan satu kerugian kepada jabatan jika pegawai seperti ini tidak dipilih ke jawatan yang dipohon tersebut memandangkan beliau telah terbukti didepan mata boleh bekerja dengan baik dan memuaskan ketua jabatan. Disamping itu kerajaan telah berbelanja besar untuk melatih dan menghantar mengikuti pelbagai kursus bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahirannya dalam tugas seharian.

9. Oleh itu saya amat-amat mengharapkan pihak Dato' dan sekalian Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Langkasuka dapat memberikan pertimbangan yang utama untuk memilih beliau ke jawatan yang dipohon tersebut. Sekian,terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''

Saya Yang Menjalankan Tugas,

(MOHD. ASRI REDHA BIN ABDUL RAHMAN, AMK., BCK.)Pentadbir Tanah Kuala Tua,Negeri Langkasuka