22
Mechanical Engineering Professional Student Club (MECHAPRO) Universiti Malaysia Pahang 26600 Pekan Tel : 09-4246200 PAHANG DARUL MAKMUR Faks : 09-4246222 Melalui, En Nasrul Hadi Bin Johari Penasihat Mechanical Engineering Professional Student Club (MECHAPRO), Universiti Malaysia Pahang, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur. Kepada Yang Berkenaan, Date: 6 Feb. 2013 Tuan, MEMOHON TAJAAN BAGI PROGRAM JAMUAN MAKAN MALAM FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN MAJLIS PENYERAHAN ANUGERAH DEKAN Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Malaysia Pahang akan mengadakan satu majlis bagi meraikan pelajar tahun akhir serta pelajar yang mendapat anugerah dekan pada ketetapan berikut: Tarikh : 2 MAC 2013 Masa : 8.30 malam – 11.00 tengah malam

Surat Tajaan Dan Kertas Kerja

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Surat Tajaan Dan Kertas Kerja

Citation preview

Mechanical Engineering Professional Student Club (MECHAPRO)Universiti Malaysia Pahang26600 Pekan Tel : 09-4246200PAHANG DARUL MAKMUR Faks : 09-4246222

Melalui,

En Nasrul Hadi Bin JohariPenasihat Mechanical EngineeringProfessional Student Club (MECHAPRO),Universiti Malaysia Pahang,26600 Pekan,Pahang Darul Makmur.

Kepada Yang Berkenaan, Date: 6 Feb. 2013

Tuan,

MEMOHON TAJAAN BAGI PROGRAM JAMUAN MAKAN MALAM FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN MAJLIS PENYERAHAN ANUGERAH DEKAN

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Malaysia Pahang akan mengadakan satu majlis bagi meraikan pelajar tahun akhir serta pelajar yang mendapat anugerah dekan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 2 MAC 2013Masa : 8.30 malam 11.00 tengah malamTempat : Hotel M.S Garden, Kuantan.

2)Program ini diadakan untuk mendekatkan dan merapatkan hubungan di antara pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal khususnya pelajar tahun akhir dengan wakil-wakil daripada persatuan Mechapro dan pihak pengurusan fakulti. Selain itu, program ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan penerima Anugerah Dekan.3)Bagi menjayakan program ini, pihak kami sedang mencari dana tambahan bagi menampung kos perbelanjaan kami. Justeru itu, dengan rasa rendah diri pihak kami ingin memohon penajaan daripada pihak tuan bagi menjayakan program ini. Kami juga ada menyediakan pakej tajaan di bahagian lampiran bagi memudahkan pihak tuan untuk membuat penilaian. Untuk makluman tuan, pemberian tajaan ini akan dikecualikan daripada cukai dan bersifat berterusan, dimana ianya diadakan pada setiap tahun oleh fakulti kami.

4)Sehubungan itu, tajaan boleh dibuat atas nama penasihat MECHAPRO En. Nasrul Hadi Bin Johari. Maklum balas daripada pihak tuan amat kami nantikan dengan besar hati. Kami amat berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi maklum balas kepada pihak kami melalui fax atau email kami [email protected].

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya,

MOHD SHAHRUL IZUAN BIN ABD RAHMANAjk PelaksanaJamuan Makan Malam Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Penyerahan Anugerah Dekan (2012/2013),University Malaysia Pahang(013-4512745)

Kerjasama pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

.(MOHD SHAHRUL IZUAN BIN ABD RAHMAN)Ajk PelaksanaJamuan Makan Malam Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Penyerahan Anugerah Dekan (2012/2013),University Malaysia Pahang(013-4512745)

LAMPIRAN 1PAKEJ PLATINUM(RM 2,000 DAN KE ATAS)

Dengan nilai tajaan sebanyak RM 2000 dan ke atas syarikat tuan akan mendapat faedah seperti berikut:

1) Akan disenaraikan sebagai PENAJA EKSLUSIF bagi program kami.

2) Publisitii. Nama serta logo syarikat tuan akan dipaparkan pada website program, bunting, montaj, dan banner rasmi untuk program ini.ii. Profil syarikat akan disiarkan semasa program ini berlangsung melalui montaj atau video korporat.iii. Risalah syarikat tuan akan diedarkan semasa majlis makan malam ini.

3) Lain-lain keistimewaan.i. Kami menjemput 2 orang wakil daripada syarikat tuan untuk hadir ke majlis makan malam ini.ii. Wakil daripada pihak tuan juga akan duduk semeja bersama tetamu jemputan VIP kami.iii. Logo syarikat tuan akan disiarkan bersama-sama logo Universiti Malaysia Pahang di bahagian penaja.iv. Sijil penghargaan akan di berikan daripada pihak kami kepada tuan.v. Cenderahati akan diberikan tanda penghargaan daripada pihak kami. 4) Pengecualian Cukai atas sumbangan yg diberikan.

PAKEJ EMAS(RM 1,000 HINGGA RM 1999)

Dengan nilai tajaan sebanyak RM 1000 RM 1999, syarikat tuan akan mendapat faedah seperti berikut:

1) Akan disenaraikan sebagai PENAJA EMAS bagi program kami.

2) Publisiti

i. Nama serta logo syarikat tuan akan dipaparkan pada website program, bunting, montaj, dan banner rasmi untuk program ini.ii. Profil syarikat akan disiarkan semasa program ini berlangsung melalui montaj atau video korporat.3) Lain-lain keistimewaan.i. Kami menjemput 2 orang wakil daripada syarikat tuan untuk hadir ke majlis makan malam ini.ii. Logo syarikat tuan akan disiarkan bersama-sama logo Universiti Malaysia Pahang di bahagian penaja.iii. Sijil penghargaan akan di berikan daripada pihak kami kepada tuan.iv. Cenderahati akan diberikan tanda penghargaan daripada pihak kami. 4) Pengecualian Cukai atas sumbangan yg diberikan.

PAKEJ PERAK(RM 500 HINGGA RM 999)

Dengan nilai tajaan sebanyak RM 500 RM 999, syarikat tuan akan mendapat faedah seperti berikut:

1. Akan disenaraikan sebagai PENAJA PERAK bagi program kami.

2. Publisitii. Nama serta logo syarikat tuan akan dipaparkan pada website program, bunting, montaj, dan banner rasmi untuk program ini.ii. Profil syarikat akan disiarkan semasa program ini berlangsung melalui montaj atau video korporat.

3. Lain-lain keistimewaan.i. Kami menjemput 1 orang wakil daripada syarikat tuan untuk hadir ke majlis makan malam ini.ii. Logo syarikat tuan akan disiarkan bersama-sama logo Universiti Malaysia Pahang di bahagian penaja.iii. Sijil penghargaan akan di berikan daripada pihak kami kepada tuan.iv. Cenderahati akan diberikan tanda penghargaan daripada pihak kami.

4. Pengecualian Cukai atas sumbangan yg diberikan.

KERTAS KERJA

________________________________________________________________

JAMUAN MAKAN MALAM FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN MAJLIS PENYERAHAN ANUGERAH DEKAN________________________________________________________________

TARIKH :

2 MAC 2013

TEMPAT :

M.S GARDEN HOTEL

ANJURAN :

MECHANICAL ENGINEERING PROFESSIONAL STUDENT CLUB (MECHAPRO)UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DENGAN KERJASAMA :

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKALUNIVERSITI MALAYSIA PAHANG&JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI (JHEPA) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

1.0 TUJUAN1.0 Mendapatkan kelulusan dan sokongan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA),Pihak Pengurusan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal serta daripada pihak-pihak yang berkenaan dalam menjayakan program ini1.2 Mendapatkan peruntukan dan tajaan daripada pihak tuan.

2.0 PENGENALANProgram Jamuan Makan Malam Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Majlis Penyampaian Anugerah Dekan adalah merupakan satu usaha yang bakal diadakan bertujuan untuk meraikan para pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Mekanikal serta para penerima anugerah dekan di samping dapat merapatkan hubungan di antara para pelajar dan wakil-wakil daripada Mechapro. Melalui program ini juga, ahli-ahli persatuan dapat beramah mesra bersama pelajar-pelajar lain dan pada masa yang sama boleh digunakan sebagai medium untuk suai kenal di samping mewujudkan budaya positif. Program ini juga berupaya menjadi medan menguji, mengasah, dan menonjolkan bakat, menerapkan sikap bertanggungjawab dan bekerjasama di antara satu sama lain.

3.0 OBJEKTIF3.1 Mendekatkan dan merapatkan hubungan di antara pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal khususnya pelajar tahun akhir dengan wakil-wakil daripada persatuan Mechapro dan pengurusan fakulti.3.2 Sebagai tanda penghargaan kepada pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan penerima Anugerah Dekan.3.3 Menerapkan nilai-nilai murni seperti berdisiplin, bekerjasama dan bertolak ansur3.4 Menyuntik semangat para pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal untuk lebih maju demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik.3.5 Merupakan salah satu medium kepada pelajar tentang cara etika pemakanan dalam majlis rasmi.

4.0 JUSTIFIKASIPenganjuran aktiviti ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelajar tahun akhir dan penerima anugerah dekan di samping dapat merapatkan hubungan wakil pelajar dan pengurusan fakulti dengan pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Pada masa yang sama, peluang ini dapat digunakan oleh setiap pelajar sebagai satu penyuntik semangat untuk terus maju dan berdaya saing dalam bidang akademik. Tambahan pula, program ini merupakan salah satu mekanisme latihan etika di meja makan buat para pelajar. Selain itu, program ini juga dapat memupuk kerjasama antara pelajar supaya dapat menjalankan sesuatu aktiviti dengan lebih berjaya.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT PROGRAMTarikh : 2 MAC 2013Masa : 8.30 malam 11.00 tengah malamTempat : Hotel M.S Garden, Kuantan.

6.0 PESERTAPelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal khususnya pelajar tahun akhir dan penerima anugerah dekan serta pihak pengurusan fakulti.

7.0 TENTATIF PROGRAMRujuk Lampiran I

8.0 STRUKTUR ORGANISASI

8.1 JAWATANKUASA INDUKRujuk lampiran 2

8.2 JAWATANKUASA PELAKSANARujuk lampiran 3

9.0 TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANARujuk lampiran 4

10.0 IMPLIKASI KEWANGANRujuk lampiran 5

11.0 RINGKASAN EKSEKUTIFRujuk lampiran 6

12.0 ULASAN PENASIHATRujuk lampiran 7

13.0 PENUTUP

Kertas kerja ini disediakan bagi mendapatkan penajaan daripada pihak Yayasan Pahang untuk menjalankan program yang telah dirancang. Semoga pihak tuan dapat memberi kerjasama sepenuhnya untuk melancarkan program yang telah dirancang ini. Dengan terlaksananya program seperti ini, diharapkan objektif sebenar universiti sebagai sebuah taman ilmu akan tercapai. Akhir kata, menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian kerana ia merupakan tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni selain menjadi manifestasi keteguhan iman seseorang kepada Allah S.W.T.

Lampiran 1

TENTATIFJAMUAN MAKAN MALAM FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKALDANMAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKAN

PERKARAMASA

KETIBAAN PELAJAR8.00 MALAM

KETIBAAN PIHAK PENGURUSAN FAKULTI DAN STAFF AKADEMIK8.15 MALAM

KETIBAAN TETAMU VVIP,VIP DAN DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL8.30 MALAM

BACAAN DOA8.35 MALAM

UCAPAN PENGERUSI MECHAPRO8.40 MALAM

UCAPAN DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL 8.50 MALAM

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKAN 9.10 MALAM

JAMUAN MAKAN MALAM SERTA PERSEMBAHAN9.30 MALAM

MAJLIS BERSURAI11.00 MALAM

Lampiran 2

JAWATANKUASA INDUKPENASIHATEN NASRUL HADI BIN JOHARI

PENGARAH PROGRAMAHMAD ZARIF BIN AHMAD FAUZI

TIMBALAN PENGARAH PROGRAMNAJWA BINTI MOHAMAD SHARIFFNOOR SITI ZULAIHA BINTI ABD MUHIN

SETIAUSAHAKHALIJAH BINTI KHALIDMUHAMAD AMIRULSHAFIQ BIN MOHAMMAD SABRI

BENDAHARIKATERINA MAWAR BINTI ABD HAFIDZKHAIRUNISA BINTI TAHER

Lampiran 3

JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK CENDERAHATICINDY BINTI OLINAMIRAH FATIN BINTI AMRAN

AJK LOGISTIKFAUZY BIN MUSAMUHAMMAD NASIRUDDIN BIN MANSOR

AJK PROTOKOLKATERINA MAWAR BINTI ABD HAFIDZKHAIRUNISA BINTI TAHER

AJK PUBLISITI & PROMOSIHAMDI HARIZ BIN MOHD SAYUTHISITI NOR DIANA BINTI ROHMAT

AJK MAKANANMOHD SHAHRUL IZUAN BIN ABD RAHMANNURUL 'IZZATI HUSNA BINTI MOHD YUSOFF

AJK PERSIAPAN PENTAS DAN PENGURUSAN MAJLISNAJWA BINTI MOHAMAD SHARIFFNOOR SITI ZULAIHA BINTI ABD MUHIN

AJK MULTIMEDIAMOHAMAD NAZRI BIN ABDULLAHMUHAMMAD AMIN BIN MOHD FAUDZI

Lampiran 4TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

1.0 Pengarah ProgramPengarah merupakan ketua bagi perjalanan tentatif segala urusan berkenaan dengan program, dimana pengarah akan menentukan arah tuju dan memastikan program berjalan dengan lancar.

2.0 Timbalan Pengarah Timbalan pengarah bertugas membantu pengarah mengorganisasikan perjalanan program. Timbalan pengarah akan mengambil alih tugasan pengarah sekiranya pengarah tiada sewaktu diperlukan.

3.0 SetiausahaSetiausaha bertugas mencatatkan isu-isu yang dibentangkan dalam perbincangan. Setiausaha juga menyediakan segala dokumen termasuk minit mesyuarat, laporan aktiviti dan surat menyurat yang berkaitan.

4.0 BendahariBendahari merupakan penjaga kewangan bagi sesuatu program. Bendahari akan mengawal pengeluaran dan kemasukan duit bagi perjalanan program serta menyediakan kunci kira-kira.

5.0 AJK CenderahatiAJK Cenderahati berperanan untuk menempah dan menyediakan cenderahati kenang-kenangan buat semua tetamu yang hadir.

6.0 AJK LogistikAJK Logistik bertugas mencari dan menyediakan segala peralatan dan perkhidmatan bas yang perlu digunakan semasa perjalanan program.

7.0 AJK ProtokolAJK Protokol bertugas untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengn lancar dan memastikan pergerakan siswa siswi mendapatkan makanan secara teratur.

8.0 AJK Publisiti & PromosiAJK Publisiti & Promosi bertugas untuk mempromosikan program ini selain menghebahkan sebarang maklumat berkaitan program ini di samping bertugas untuk mengambil gambar dan rakaman video sepanjang program ini dijalankan.

9.0 AJK MakananAJK Makanan bertugas untuk mencari pembekal makanan yang ingin ditempah selain memastikan bekalan makanan semasa majlis mencukupi.

10.0 AJK Persiapan Pentas dan Pengurusan Majlis AJK Persiapan Pentas dan Pengurusan Majlis ditugaskan untuk menghias dan menceriakan pentas bersesuaian dengan tema majlis serta menguruskan pejalanan majlis.

11.0 AJK Muktimedia AJK Multimedia memainkan peranan dalam membuat persembahan montaj ketika majlis hal- hal yang berkaitan dengan audio visual.

Lampiran 5Anggaran PerbelanjaanButiran PerbelanjaanPerkaraBilanganAnggaran Seunit(RM)Jumlah(RM)

MakananHidangan Pelajar

33050.0016,500.00

Hidangan Jemputan VIP

1555.00825.00

Hidangan Tetamu Jemputan Khas

20

50.00

1000.00

CenderahatiCenderahati Pelajar

33010.003,300.00

Cenderahati Jemputan

3515.00525.00

Hamper

530.00150.00

PublisitiBanner1150150.00

Sijil

601.0060.00

JUMLAH22,510.00

KONTIGENSI (10% dari anggaran perbelanjaan keseluruhan)

10% x RM22,510.00

2251.00

JUMLAH KESELURUHAN24,761.00

Permohonan untuk sumbangan dari pihak tuan,Bil.PerkaraBilanganAnggaran seunit(RM)Jumlah(RM)

1.Cabutan Bertuah(Baucer Penginapan/Makan/ sumbangan kewangan)5200.001000.00

1000.00

Lampiran 6RINGKASAN EKSEKUTIF UNTUK PERMOHONANPENAJAAN BAGI PROGRAM JAMUAN MAKAN MALAM FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKANIPTAUniversiti Malaysia Pahang

TAJUK PROGRAMJamuan makan malam Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan penyampaian anugerah dekan

JENIS PROGRAMJamuan Makan Malam Fakulti Kejuruteraan Mekanikal untuk pelajar khususnya pelajar tahun akhir dan penerima anugerah dekan serta pihak pengurusan fakulti

MATLAMATBertujuan untuk meraikan pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan penerima anugerah dekan serta merapatkan hubungan antara persatuan Mechapro dan para pelajar

TARIKH DAN TEMPAT2 MAC 2013 (SABTU)HOTEL M.S GARDEN, KUANTAN

BIL. PESERTAPara pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal khususnya pelajar tahun akhir dan penerima anugerah dekan serta pihak pengurusan fakulti.

ANGGARAN KOSRM 1000.00

LAMPIRAN 7

TAJUK PROGRAMJamuan Makan Malam Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Penyampaian Anugerah Dekan

TARIKH PROGRAM2 MAC 2013 (SABTU)

TEMPATHOTEL M.S. GARDEN,KUANTAN

Disediakan oleh :AJK Pelaksana ProgramJamuan Makan Malam Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Penyampaian Anugerah Dekan 2012/2013Universiti Malaysia Pahang

(MOHD SHAHRUL IZUAN BIN ABD RAHMAN)