Susunan Assignment Pentaksiran Hantar

Embed Size (px)

Citation preview

PEMARKAHAN1. 2 3 4 BAHAN PP ESEI FORUM JUMLAH

KPD3016 DAN KPD3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN

GROUP EL A01

NAMA ROHAIMI BTE. DOLLAH TUTOR E-LEARNING DATE LINE

NO.ID D049381 : DR. LOY CHEE LUEN : 9 DISEMBER 2011

NO. TELEFON 012-5298556

1

ISI KANDUNGAN Muka surat Isi Kandungan 2 1.0 Hierarki Struktur Pengetahuan 2.0 Jadual Penentu Kandungan 3

3.0 Esei Faktor Mempengaruhi Pilihan Kaedah Pengajaran

5

4.0 Rancangan Pengajaran Harian 9

5.0 Set Bahan Penilaian

39

6.0 Esei Ilmiah 6.1 Refleksi Guru 6.2 Konsep Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru (PPIK)

49

7.0 Cetakan jawapan dan respon /interaksi soalan forum

60

2

2 ( i) HIERARKI STRUKTUR PENGETAHUAN. Mata pelajaran Tajuk : Pendidikan Islam Tahun 1 : Wuduk

FAKTA Pengertian wuduk, tujuan berwuduk, lafaz dan niat wuduk , anggota-anggota wuduk. Rukun wuduk, sunat wuduk dan cara-cara berwuduk. Perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan perkara-perkara yang makruh dalam wuduk.

KONSEP Menjamin bahawa diri kita sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas dan najis. GENERALISASI Kita perlu sentiasa mengekalkan diri kita dalam keadaan berwuduk supaya diri kita sentiasa bersih dan suci daripada hadas dan naj

3

JADUAL PENENTU KANDUNGAN

PENGETAHUAN UNIT FAKTA * Pengertian wuduk KONSEP/ ISTILAH Membasuh anggotaanggota tertentu dengan menggunakan air mutlak. Solat, memegang AlQuran. Tawaf. UNIT 1 Wuduk *Lafaz niat wuduk. *Anggotaanggota wuduk . *Tujuan berwuduk Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala GENERALISASI Membolehkan seseorang itu melakukan ibadat seperti solat, memegang AlQuran dan Tawaf. . KOGNITIF -Dapat menerangkan pengertian wuduk dengan betul.

KEMAHIRAN

PSIKOMOTOR -Menulis lafaz niat wuduk dengan betul.

SOSIAL Bekerjasama Tolong menolong. Murid berkomunikasi dengan cara bersoaljawab dengan guru dan rakan.

-Dapat menyatakan tujuan-tujuan berwuduk. -Menghafaz lafaz niat wuduk.

Mewarnakan tujuan berwuduk

Menyenaraikan anggota wuduk

3

UNIT 2 Wuduk

*Rukun /sunat wuduk * cara berwuduk

Niat, membasuh muka, membasuh tangan hingga ke siku, menyapu air ke kepala, membasuh kaki, tertib.

Mengetahui rukun wuduk dan sunat wuduk.

Menyenaraikan rukun wuduk dan sunat wuduk.

Mengelaskan rukun wuduk dan sunat wuduk.

Mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan.

UNIT 3 wuduk

Perkaraperkara makruh

-Bercakap, mendahulukan yang kiri, berlebihan menggunakan air,mengelap air wuduk,membasuh anggota melebihi tiga kali *Keluar sesuatu dari qubul,dubur,bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa berlapik,tidur yang tidak tetap punggungnya,hilang akal,sentuh kemaluan

Murid-murid dapat mengenalpasti perkara-perkara makruh dan perkara-perkara yang membatalkan wuduk.

Menyenaraikan perkara makruh ketika berwuduk.

Mengelaskan perkara makruh dan perkara yang membatalkan dalam wuduk. Menulis perkara yang membatalkan wuduk pada peta konsep. Mewarnakan perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan perkara makruh wuduk dengan warna yang berbeza.

Bekerjasma dalam kumpulan dan bersoaljawab dengan guru dan rakan sekelas.

*Perkaraperkara yang membatalkan wuduk

Menerangkan perkara-perkara yang membatalkan wuduk.

4

5

FAKTOR PENENTU KAEDAH PENGAJARAN Kaedah pengajaran adalah peringkat sesuatu teori pengajaran itu cuba dipraktikkan. Pemilihan kaedah dibuat untuk

menentukan kemahiran-kemahiran tertentu yang hendak diajar.Terdapat pelbagai kaedah yang bolehdigunakan oleh guru untuk menyampaikan pelajaran. Walau bagaimanapun, guru perlu memilih kaedah yang tepat dan sesuai supaya penyampaiannya lebih berkesan dan menarik kerana tidak ada satu kaedah yang boleh dikatakan kaedah terbaik . Jadi, guru perlu bijak merancang pengajarannya dengan memilih kaedah yang benar-benar bersesuaian dengan murid mereka.

Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira

agar kaedah itu lebih berjaya dan berkesan. Menurut Pierce dan Lorber

(1977) terdapat lima faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar. Faktor yang pertama ialah objektif pengajaran yang hendak dicapai. Objektif pengajaran merupakan perkara utama yang perlu difikirkan dalam menentukan kaedah pengajaran guru. Guru perlu memikirkan apakah objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai. Setelah memastikan objektif yang hendak dicapai, barulah guru menentukan apakah kaedah yang paling sesuai digunakan untuk mencapai objektif tersebut. Penyediaan objektif mestilah berdasarkan isi kandungan dalam sukatan mata pelajaran tersebut. Jumlah objektif adalah tertakluk kepada kelas yang diajar, bagi kelas yang baik pencapaian pelajarnya, bilangan objektif pengajaran mungkin lebih daripada kelas yang agak lemah pencapaian pelajarnya. Sebagai contoh, bagi tajuk wuduk, objektif pengajaran ialah murid-murid dapat memahami pengertian wuduk dan apakah tujuan berwuduk. Selain itu murid juga dapat melafazkan niat wuduk serta mengetahui anggpota-anggota wuduk.

Faktor yang kedua yang mempengaruhi guru membuat pemilihan tentang apakah kaedah yang sesuai diajar berdasarkan isi pelajaran yang telah dipilih ialah jangkamasa pengajaran. Bagi sekolah rendah jangka masa satu masa pengajaran adalah 30 minit manakala sekolah menengah selama 40 minit atau 60 minit dan 80 minit sekiranya pelajaran tersebut diberikan dua masa yang

6

berturutan. Dengan jangka masa yang telah ditetapkan itu, guru perlu menyesuaikan kaedah dalam pengajaran tersebut.Beberapa kaedah perlu diubah suai agar pelajar tidak melebihi masa yang ditetapkan.Contohnya, sekiranya guru memilih kaedah perbincangan yang bercorak perbahasan, sebaik-baiknya menggunakan dua masa pelajaran.Jumlah pelajar yang terlibat dalam menyampaikan hujah-hujah perlu diambik kira agar perbahasan dapat dijalankan dalam jangka masa yang sepatutnya. Sehubungan dengan itu juga, sekiranya guru hendak melakukan demontrasi ataupun tunjuk cara untuk sub topik cara-cara mengambil wuduk, masa yang lebih panjang diperlukan supaya murid-murid diberi peluang merasai sendiri pengalaman mengambil wuduk. Guru perlu bijak mengagihkan masa bagi setiap aktiviti yang akan dijalankan supaya objektif yang telah dirancang dapat dicapai dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, bahan pengajaran yang hendak digunakan juga merupakan faktor penentuan yang mendorong guru memilih kaedah yang bersesuaian dengan tajuk yang hendak disampaikan pada hari tersebut. Selain isi pelajaran, alat-alat bantu mengajar juga termasuk dalam bahan pengajaran. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Sekiranya isi pelajaran berbentuk kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kaedah yang sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut. Jika guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendaklah sesuai digunakan dengan kaedah yang dipilih. Guru juga perlu meninjau kelengkapan yang ada di sekolah supaya boleh menggunakannya dan memastikan kelengkapan tersebut dalam keadaan yang baik apabila diperlukan. Alat-alat seperti carta , sebaik-baiknya dibuat sendiri agar sesuai dengan objektif dan kaedah yang dipilih. Sebagai contoh, penggunaan selipar, air dan tempat mengambil wuduk yang sebenar merupakan bahan yang penting ketika aktiviti tersebut dijalankan supaya hasil pembelajaran dapat dicapai oleh murid seperti yang dirancang.

7

Dalam konteks ini juga, latar belakang murid juga merupakan penentu kepada kaedah yang hendak dipilih oleh guru. Kaedah pengajaran yang dipilih mestilah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkara yang perlu diambil kira dan diberi perhatian ialah umur, jantina dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar. Kaedah yang agak rumit seperti kaedah penyelesaian masalah yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian sesuatu masalah, tentulah tidak sesuai bagi murid-murid di sekolah rendah. Guru boleh mengetahui latar belakang pelajar dengan bertanya kepada guru kelas atau guru mata pelajaran. Cara lain ialah dengan menjalankan ujian pada hari pertama untuk mengetahui tahap pencapaian kelas tersebut. Bagi murid-murid sekolah rendah, kaedah berkumpulan paling sesuai digunakan kerana kebolehan murid yang pelbagai dan mereka sesuai belajar dalam lingkungan umur yang sebaya. Murid yang lebih pandai akan membantu rakan-rakan yang agak lambat dalam pembelajaran. Murid-murid didapati lebih mudah faham sesuatu topik yang dipelajari apabila mereka mengadakan sesi Mentor Menti dan Pembimbing Rakan Sebaya. Selain itu, guru juga memilih kaedah permainan kerana murid-murid peringkat rendah lebih sesuai belajar sambil bermain. Faktor yang juga turut membantu untuk pemilihan kaedah pengajaran ialah jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar. Kelas yang agak ramai jumlah pelajarnya, biasanya menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran.Walau bagaimanapun guru boleh mengubah suai kaedah yang digunakan supaya pelajar tidak menjadi halangan bagi memilih kaedah. Contohnya untuk mengajar cara-cara mengambil wuduk, guru membawa murid ke tempat wuduk yang sebenar supaya murid boleh merasai sendiri cara yang sebenar mengambil wuduk. Ini akan membantu murid mengingat dengan lebih cepat dan berkesan. Tempat duduk pelajar yang mudah alih boleh membantu kaedah pengajaran. Selain bilik darjah, guru juga boleh menggunakan tempat lain yang sesuai seperti di dewan, di pusat sumber atau di persekitaran sekolah.

8

Secara keseluruhannya, banyak faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran yang kebijaksanaan seorang guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai matlamat yang jelas dan dapat memberi pengetahuan dan pemahaman kepada murid. Guru yang bijak ialah guru yang akan menilai semula keseluruhan pengajaran yang telah dijalankan supaya dapat memperbaiki pengajarannya di masa akan datang.

9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1 SUBTOPIK 1Mata pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan murid Bidang pelajaran : Pendidikan Islam : 1 Pintar : 05 Jun 2011 : 10:30 11:30 pagi : 15 orang : Ulum Syariah (Ibadat) : Wuduk Pengertian wuduk, tujuan berwuduk dan lafaz niat wuduk,

Objektif pembelajaran : Memahami pengertian wuduk, tujuan berwuduk dan lafaz niat wuduk Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat : A. Menguasai pengetahuan Menyenaraikan tujuan berwuduk dengan betul. Mengenalpasti pengertian wuduk dengan betul. Menyatakan lafaz niat wuduk dengan betul.

B.

Menguasai kemahiran Kognitif Menerangkan pengertian wuduk dengan betul. Menyenaraikan 3 perkara tujuan berwuduk dengan betul. Menyebut semula lafaz niat wuduk dengan betul. Psikomotor

10

Menulis lafaz niat wuduk dengan betul . Mewarnakan 3 perkara tujuan berwuduk dengan tepat. Menyusun kad perkataan pengertian wuduk dan tulis semula dengan betul.

Afektif Membiasakan diri dalam keadaan berwuduk Berwuduk sebelum menyentuh Al-Quran. C. Mengamalkan sikap dan nilai murni serta pemikiran kreatif Menjaga kebersihan diri Bekerjasama dan saling membantu ketika menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran .

Bahan, peralatan dan bahan sumber : 1. Gambar untuk mencungkil idea murid mengenai wuduk. 2. Carta pengertian wuduk 3. Lembaran kerja mengenai wuduk. 4. Kad perkataan.

Pengetahuan sedia ada : 1. Murid pernah melihat ibu bapa , abang dan kakak mengambil wuduk sebelum solat.

11

Langkah/ Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Guru menunjukkan gambar Murid melihat gambar yang sungai. Guru mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dan mencungkil idea murid mengenai kegunaan sungai ditunjukkan oleh guru dan membuat inferens serta bandingan berdasarkan ramalan dan pengetahuan sedia ada murid. Murid menyatakan pemerhatian mereka tentang gambar yang ditunjukkan. Murid menyatakan air mutlak boleh dibuat berwuduk.

Catatan Strategi/Teknik : Penyoalan untuk mencungkil idea murid mengenai wuduk.

Sumber : Gambar untuk mencungkil idea murid mengenai wuduk.

Permulaan / Mencung kil idea (5 minit)

melalui teknik (POE) dan penyoalan. Soalan ransangan : Apakah yang kamu dapat perhatikan apabila melihat gambar ini? Jelaskan apakah kegunaan air sungai ? Air sungai termasuk dalam air mutlak. Air mutlak ialah air yang suci dan boleh menyucikan.

12

Pengertian wuduk Wuduk ialah membasuh anggota tertentu dengan menggunakan air mutlak.

Guru menjelaskan kepada murid tentang pengertian wuduk

Murid membaca pengertian wuduk melalui carta yang dipamirkan oleh guru.

Strategi/Teknik : Penerangan Sumbangsaran. Sumber : Carta pengertian wuduk Gambar anggotaanggota wuduk.

Guru meminta murid menyebut pengertian wuduk secara kelas.

Murid menyebut semula pengertian wuduk secara kelas , kumpulan dan individu.

Anggota-anggota wuduk

Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk menyatakan pengertian wuduk.

Murid menyebut anggotaanggota wuduk secara kelas, kumpulan dan individu.

Muka, tangan, kepala dan kaki

Guru megemukakan soalan .kepada murid berkaitan

Langkah 1 (10 minit)

anggota wuduk berdasarkan pengetahuan sedia ada murid. Guru meminta murid menyebut anggota-anggota wuduk secara kelas, kumpulan dan individu.

13

Tujuan berwuduk Soalan rangsangan ? Kenapa kita semua perlu berwuduk? Solat Menyentuh dan membawa Al-Quran Tawaf

Guru meminta murid memberi sumbangsaran tentang tujuan berwuduk.

Murid memberi pendapat dan idea tentang tujuan berwuduk. Murid membaca secara berkumpulan lafaz niat wuduk. Penyoalan Strategi/Teknik : Perbincangan kumpulan

Guru memberi arahan supaya murid membentuk tiga kumpulan pelbagai kebolehan.

Aktiviti pengukuhan Murid yang telah menguasai terus maju dengan menjawab soalan latihan

sumbangsaran. Sumber : Lembaran kerja Lembaran lafaz niat wuduk

Guru mengedarkan lembaran mengenai lafaz niat wuduk. Guru memberikan arahan dan meminta murid membaca dan

Langkah 2 (15 minit)

Lafaz niat wuduk Ertinya: Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala.

menghafaz secara berkumpulan. Guru memberikan bimbingan dan membetulkan sebutan dan bacaan murid. Guru meminta setiap kumpulan menghafaz lafaz niat wuduk dan guru memberi nilaian bintang untuk setiap kumpulan.

Aktiviti pemulihan Murid yang belum menguasai mendengar penerangan guru dan menghafaz lafaz niat wuduk secara latih tubi dengan bimbingan guru dalam kumpulan kecil.

Guru memilih murid secara rawak mengikut kumpulan

14

menghafaz lafaz niat wuduk . Guru memberikan bimbingan pemulihan kepada murid yang belum dapat menguasai lafaz niat wuduk. Gerak kerja berkumpulan Pengertian berwuduk Tujuan berwuduk Lafaz niat wuduk. Guru memberikan arahan kepada murid apa yang perlu dilakukan. Guru mengedarkan kertas majung dan marker pen kepada setiap kumpulan. Langkah 3 (10 minit) Guru meminta murid menulis semula pengertian wuduk, tujuan berwuduk dan lafaz niat wuduk di atas kertas majung. Guru memantau dan memberi bimbingan. Guru memberi markah persembahan murid berupa bintang mengikut kreativiti murid. Murid mendengar penerangan guru mengenai tugasan berkumpulan. Murid menulis di atas kertas majung berdasarkan arahan guru. Murid mempersembahkan hasil kerja di hadapan kelas megikut kumpulan. Carta lafaz niat wuduk. Kertas majung Marker pen. Strategi/Teknik : Penerangan Soal jawab Kaedah berkumpulan.

Sumber :

15

Penilaian Sumatif satu unit pembelajaran (Pentaksiran Sumatif)

Guru mengedarkan soalan bertulis kepada murid dan meminta murid menjawab mengikut masa yang telah ditetapkan.

Murid menjawab dengan tekun setiap soalan yang diberikan oleh guru.

Strategi/Teknik : Pentaksiran sumatif Sumber : Lembaran kerja& borang rubrik pentaksiran melibatkan satu unit pembelajaran.

Murid menukar skrip jawapan dan menyemak jawapan yang betul.

Guru meminta murid bertukar skrip jawapan dengan ahli kumpulan yang lain.

Murid menanda jawapan dan membuat pembetulan kepada jawapan yang salah.

Aplikasi Idea (15 minit)

Guru meminta murid menyemak jawapan dan memberikan jawapan yang betul kepada pelajar. Guru meminta membuat pembetulan jawapan yang salah.

Murid membantu guru mengira markah. Pelajar memberikan tindak balas kepada pengumuman markah yang diumumkan oleh guru dengan bertepuk tangan.

Guru memcampurkan markah setiap ahli kumpulan dan mengumumkan kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi.

16

Rumusan Memahami pengertian wuduk,tujuan berwuduk dan lafaz niat wuduk. Refleksi/ Penutup (5 minit)

Guru membuat kesimpulan keseluruhan tajuk pelajar yang telah dipelajari.

Murid memberikan perhatian kepada kesimpulan yang dibuat oleh guru.

Strategi/Teknik : Penerangan dan penyoalan

Guru mengingatkan murid agar melakukan wuduk sebelum menyentuh Al-Quran, sebelum solat dan sebelum tawaf.

Murid memberikan tumpuan dan mendengar peringatan yang diberikan oleh guru.

17

REFLEKSI SUBTOPIK 1 Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan jayanya seperti yang telah dirancang. Murid-murid memberikan sepenuh tumpuan kepada sesi pengajaran. Kesemua 15 orang murid telah berjaya mencapai objektif pembelajaran dengan jayanya. Hasil pembelajaran juga telah dicapai. Murid-murid dapat menyenaraikan tujuan berwuduk dengan betul, mengenalpasti pengertian wuduk dengan betul dan menyatakan lafaz niat wuduk dengan betul. Murid-murid mudah mengikuti dan memahami tajuk wuduk ini kerana mereka telah mempunyai pengetahuan sedia ada iaitu pernah melihat ibu bapa, abang atau kakak mereka berwuduk. Jadi, tajuk ini mudah difahami oleh murid. Saya menggunakan gambar untuk set induksi kerana dapat menarik minat dan merangsang minda murid-murid dengan soalan untuk mencungkil idea. Murid dapat memberikan respons tentang gambar sungai yang dipaparkan dengan mengaitkannya sebagai air yang boleh digunakan untuk berwuduk. Saya juga member penerangan tentang wuduk dan anggota-anggota wuduk menggunakan carta dan murid-murid membaca secara beramai-ramai dan beberapa orang murid dipilih untuk menyebut semula carta tersebut. Saya juga menggunakan teknik sumbang saran tentang tujuan berwuduk dan murid-murid memberikan jawapan iaitu untuk solat, sentuh dan bawa al-quran juga tawaf. Seterusnya saya telah menggunakan teknik perbincangan secara berkumpulan. Murid-murid diberikan lembaran lafaz niat wuduk dan murid menghafaz dan membacanya secara berkumpulan. Saya memberikan bimbingan dengan membetulkan sebutan dan lafaz niat murid. Kemudian setiap kumpulan membacakan lafaz niat wuduk dan saya memberikan bintang kepada setiap kumpulan mengikut prestasi mereka. Murid yang masih belum menghafaz lafaz niat wuduk, diberikan latih tubi dengan bimbingan guru dalam kumpulan kecil. Saya membimbing murid menghafaz secara individu dan didapati teknik ini berkesan kerana sebelum pengajaran berakhir, murid-murid ini telah Berjaya menghaafaz niat wuduk dengan baik. Selain itu, untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mantap dan berkesan, saya menggunakan gerak kerja secara berkumpulan untuk membuat pembentangan kelas tentang pengertian, tujuan dan lafaz niat wuduk. Murid-murid ini didapati

18

meberikan kerjasama yang baik dalam kumpulan mereka kerana saya memberikan penghargaan berupa bintang. Penilaian yang dilakukan oleh saya untuk memastikan murid-murid mencapai objektif ialah dengan penilaian secara sumatif. Markah kumpulan yang paling banyak diumumkan. Tajuk tentang wuduk ini, mudah dikuasai oleh murid. Cuma terdapat beberapa murid orang murid yang tidak memberikan kerjasama dalam kumpulan. Tetapi setelah saya mengumumkan akan memberikan ganjaran kepada kumpulan yang terbaik mereka dilihat saling bantu membantu di dalam kumpulan dengan penuh semangat. Saya dapati kaedah secara berkumpulan lebih berkesan untuk murid-murid belajar tajuk ini kerana murid-murid boleh berbincang jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Ada dua orang murid yang mengambil masa yang lama untuk menghafaz niat wuduk kerana mereka tidak boleh membaca Jawi. Saya telah meminta mereka menulis lafaz niat wuduk di atas sekeping kertas dan menyimpannya di dalam poket supaya apabila saya tanya mereka dapat membacanya semula dan dapat mengingatinya. Sebelum pengajaran dan pembelajaran berakhir dua orang murid ini didapati sudah Berjaya menghafal niat wuduk. Dalam pengajaran yang akan datang saya merancang untuk menggunakan tayangan slide power point supaya pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan.

19

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2 SUBTOPIK 2Mata pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan murid Bidang pelajaran : Pendidikan Islam : 1 Pintar : 12 Jun 2011 : 09:40-10: 40 : 15 orang : Ulum Syariah (Ibadat) : Rukun Wuduk, Sunat Wuduk dan cara-cara berwuduk. Objektif pembelajaran : Memahami rukun dan sunat wuduk, perkara-perkara sunat semasa berwuduk dan mengetahui cara berwuduk dengan betul dan sempurna. Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat : A. Menguasai pengetahuan Menyenaraikan rukun dan sunat wuduk dengan betul. Mengenalpasti perkara-perkara sunat ketika berwuduk dengan betul. Menyatakan cara-cara berwuduk dengan betul.

B.

Menguasai kemahiran Kognitif Menerangkan cara-cara berwuduk dengan betul.

20

Menyenaraikan rukun wuduk dan sunat wuduk dengan betul. Menerangkan cara berwuduk dengan betul Psikomotor Menulis 6 rukun wuduk pada peta konsep dengan betul . Mengkelaskan 6 rukun wuduk dan 5 sunat wuduk dengan tepat. Nomborkan rukun wuduk mengikut urutan.

Afektif Membiasakan diri dalam keadaan berwuduk . Berwuduk adalah satu ibadah.

C.

Mengamalkan sikap dan nilai murni serta pemikiran kreatif Menjaga kebersihan diri Bekerjasama dan saling membantu ketika menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Bahan, peralatan dan bahan sumber : 1. Gambar untuk mencungkil idea murid mengenai wuduk. 2. Gambar perlakuan wuduk 3. Carta rukun wuduk dan sunat wuduk. 4. Lembaran kerja . Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari anggota-anggota wuduk dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lepas

21

Langkah/ Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Guru menunjukkan gambar Murid melihat gambar yang orang sedang mengambil wuduk. ditunjukkan oleh guru dan membuat inferens serta pendapat berdasarkan ramalan dan pengetahuan sedia ada murid. Murid menyatakan pemerhatian dan berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru.

Catatan Strategi/Teknik : Predict Observe Explain (POE) dan Penyoalan untuk mencungkil idea murid mengenai wuduk. Sumber : Gambar untuk mencungkil idea murid mengenai wuduk.

Guru mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dan mencungkil idea murid mengenai wuduk melalui teknik Predict Observe Explain

Permulaan/ Mencungkil idea (5 minit)

(POE) dan penyoalan.

Soalan ransangan : Apakah yang kamu dapat perhatikan apabila melihat gambar ini? Siapa di antara kamu pernah mengambil wuduk?

22

Rukun Wuduk Konsep rukun-Perkara yang wajib dilakukan ketika berwuduk. Niat Membasuh muka Membasuh kedua tangan hingga ke siku Menyapu sedikit air di kepala Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali Tertib Konsep Sunat- Perkara yang tidak wajib dilakukan Langkah 1 (10 minit) ketika berwuduk. Jika tidak dilakukan wuduk sah. Membaca Bismillah Membasuh tangan hingga ke pergelangan tangan Berkumur-kumur Memasukkan air ke dalam hidung Membasuh telinga

Guru mempamirkan carta kepada murid. : i. Rukun wuduk ii.Sunat wuduk Guru meminta murid membaca rukun wuduk satu persatu secara kelas. Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk menyatakan sunnat wuduk. .Guru memberi penerangan kepada murid tentang maksud tertib serta memberi contoh berniat dahulu kemudian membasuh muka. Guru mengemukakan soalan kepada murid untuk memastikan murid-murid dapat membezakan rukun dan sunat wuduk..

Murid membaca carta rukun wuduk yang dipamirkan oleh guru satu persatu.

Strategi/Teknik : Penyoalan Sumbangsaran. Sumber : Carta rukun wuduk Carta sunat wuduk

Murid yang dipilih oleh guru membaca sunat wuduk dan diikuti oleh murid-murid yang lain.

Murid mendengar penerangan guru tentang maksud tertib sambil mengemukakan contoh tertib.

Definisi Tertib- Mengikut urutan yang betul . 23

Cara-cara mengambil wuduk Membaca Membasuh kedua tangan hingga kepergelangan tangan Langkah 2 (20 minit) Berkumur-kumur Memasukkan air ke hidung Berniat Membasuh muka Membasuh kedua tangan hingga ke siku Menyapu sedikit air di kepala Membasuh telinga Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali Tertib

Guru memberi arahan kepada murid beratur dan bergerak ke tempat mengambil wuduk. Guru memberi penerangan cara-cara mengambil wuduk dan menyatakan perkara perkara sunat ketika berwuduk.

Murid memerhatikan cara wakil murid mengambil wuduk. Murid mengambil wuduk mengikut giliran sambil dibimbing oleh guru. Strategi/Teknik : Tunjuk cara / demontrasi Penyoalan

Aktiviti pengukuhan Murid yang telah menguasai terus maju dengan membimbing rakan sebaya. Sumber : Gambar perlakuan wuduk Air Selipar

Guru memilih seorang murid menunjukkan cara mengambil wuduk dengan betul.

Aktiviti pemulihan Murid yang belum menguasai mendengar penerangan guru dan dibimbing oleh guru sehingga dapat menguasai kemahiran.

Guru memberi bimbingan sambil diperhatikan oleh murid yang lain.

Guru menjelaskan bahawa murid perlu berniat ketika membasuh muka..

Murid mengambil wuduk seorang demi seorang .

Perkara-perkara sunat ketika mengambil

Guru memberikan bimbingan dan tinjauan terhadap murid

24

wuduk. Menghadap kiblat Mendahulukan anggota kanan Membasuh anggota tiga kali Permainan Kotak Beracun. Langkah 3 (10 minit) Sebutkan rukun-rukun wuduk Senaraikan sunat-sunat wuduk Sebutkan perkara sunat ketika mengambil wuduk. Bezakan rukun wuduk dan sunat wuduk.

untuk melihat perkembangan murid. Guru memastikan murid melakukan wuduk dengan betul dan sempurna.

Guru memberikan murid kepada tiga kumpulan pelbagai kebolehan. Guru memberi arahan berkaitan aktiviti yang dijalankan. Guru mengedarkan soalan di dalam kotak beracun dan setiap murid dikehendaki menjawab soalan yang dicabut.

Murid mendengar penerangan guru mengenai aktiviti yang dijalankan.

Strategi/Teknik : Penerangan Kaedah berkumpulan. Kotak beracun Soalan kuiz Hadiah peralatan tulis.

Murid mencabut soalan dari kotak yang diedarkan. Murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Kumpulan yang menang diberi hadiah.

Guru memberi markah untuk setiap soalan yang betul. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang dan diberi

25

hadiah. Penilaian Sumatif satu unit pembelajaran (Pentaksiran Sumatif) Guru mengedarkan soalan bertulis kepada murid dan meminta murid menjawab mengikut masa yang telah ditetapkan. Guru meminta murid bertukar skrip jawapan dengan ahli kumpulan yang lain. Aplikasi Idea (10 minit) Guru meminta murid menyemak jawapan dan memberikan jawapan yang betul kepada pelajar. Guru meminta membuat pembetulan jawapan yang salah. Guru memcampurkan markah setiap ahli kumpulan dan mengumumkan kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi. Murid menjawab dengan tekun setiap soalan yang diberikan oleh guru. Murid menukar skrip jawapan dan menyemak jawapan yang betul. Murid menanda jawapan dan membuat pembetulan kepada jawapan yang salah. Murid membantu guru mengira markah. Pelajar memberikan tindak balas kepada pengumuman markah yang diumumkan oleh guru dengan bertepuk tangan. Lembaran kerja & borang rubrik pentaksiran melibatkan satu unit pembelajaran Strategi/Teknik : Pentaksiran sumatif Sumber :

26

Refleksi/ Penutup (5 minit)

Rumusan Memahami rukun wuduk,sunat wuduk dan cara-cara mengambil wuduk dengan betul dan sempurna.

Guru membuat kesimpulan keseluruhan tajuk pelajar yang telah dipelajari.

Murid memberikan perhatian kepada kesimpulan yang dibuat oleh guru.

Strategi/Teknik : Penyoalan Sumbangsaran

Guru mengingatkan murid agar melakukan wuduk dengan cara yang betul dan sempurna.

Murid memberikan tumpuan dan mendengar peringatan yang diberikan oleh guru.

27

REFLEKSI SUBTOPIK 2 Pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar. Pada hari ini saya mengajar satu topik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang berkaitan dengan bidang Ulum Syariah iaitu iaitu rukun wuduk, sunat wuduk dan cara-cara berwuduk. Bagi tajuk ini objektif pembelajarannya ialah memahami rukun, sunat wuduk dan cara-cara berwuduk dengan betul. Manakala hasil pembelajaran yang hendak dicapai terbahagi kepada tiga iaitu pertamanya pada akhir sesi pembelajaran ini murid akan dapat menyenaraikan rukun dan sunat wuduk dengan betul, kedua ialah murid dapat mengenalpasti perkara-perkara sunat ketika berwuduk dengan betul dan ketiga murid dapat menyatakan cara-cara berwuduk dengan betul. Kemahiran yang hendak dikuasai daripada aspek kognitif ialah menerangkan cara-cara berwuduk. Saya telah mengetahui murid-murid kelas ini kebanyakannya telah pernah belajar atau melihat orang-orang yang hampir dengan mereka seperti ibu bapa mengambil wuduk jadi mereka telah mempunyai sebilangan kecil sahaja yang kurang tahu pengetahuan tentang wuduk dan hanya seperti

pengertian atau maksud wuduk. Perkara-perkara asas bagi tajuk ini ialah

pengertian wuduk itu sendiri yang bermaksud membasuh anggota tertentu dengan menggunakan air mutlak lafaz niat wuduk, tujuan berwuduk, rukun berwuduk yang merangkumi bahagian anggota-anggota yang terlibat juga perkara-perkara sunat dan makruh wuduk iaitu membaca Bismillahirrahmanirrahim, membasuh kedua tangan hingga kepergelangan tangan, berkumur-kumur, memasukkan air kedalam hidung, berniat, membasuh tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di kepala, membasuh telinga, membasuh kedua kaki dan tertib Seterusnya, untuk mengajar tentang rukun, sunat dan cara berwuduk ilmu ini diubah kepada kaedah yang bersesuaian. Dalam pengajaran wuduk ini, Saya cuba merangsang deria dan minda murid-murid dengan memaparkan gambar orang sedang mengambil wuduk. Saya terus mengemukakan soalan kepada semua murid di mana murid diminta menceritakan tentang gambar yang mereka telah lihat. Murid mula berfikir dan memberikan respons dan menjawab bahawa gambar tersebut ialah gambar orang sedang mengambil wuduk. Saya cuba mendapatkan respon murid dengan bertanya tentang apa yang mereka tahu tentang wuduk.

28

Murid menjawab mereka mengambil wuduk untuk mendirikan sembahyang. Kebanyakan murid-murid telah mengetahui tentang wuduk dan kaitannya dengan ibadah dalam islam . Pengajaran yang telah dijalankan dengan menggunakaan carta yang

ditunjukkan kepada murid berkaitan dengan rukun wuduk dan sunat wuduk. Saya memberikan penjelasan konsep rukun wuduk yang bermaksud perkara-perkara yang wajib dilakukan ketika berwuduk di mana jika ditinggalkan wuduk itu tidak sah manakala perkara sunat pula ialah perkara yang tidak wajib dilakukan ketika berwuduk dan jika ditinggalkan wuduk itu tetap sah. Saya dapati ada di kalangan murid yang agak keliru dan tidak dapat membezakan antara perkara-perkara rukun dan sunat ketika berwuduk. Untuk memudahkan pemahaman murid agar mereka dapat membezakan antara rukun dan sunat wuduk, saya telah meminta dua orang murid untuk berada di hadapan kelas untuk membaca carta rukun wuduk dan sunat wuduk. Saya membuat analogi perkara wajib adalah seperti kita membina sebuah rumah. Untuk membina sebuah rumah apa yang sangat diperlukan ialah tiang rumah. Tanpa tiang sebuah rumah tidak akan dapat dibina hingga menjadi kukuh. Begitu jugalah sesuatu perkara yang wajib dilakukan, jika tidak dibuat akan merosakkan ibadah itu. Jadi rukun wuduk yang wajib mesti dilakukan dan tidak boleh ditinggalkan. Jika rumah tersebut hendak dihiasi supaya cantik bolehlah dicat dengan warna-warna yang menarik. Begitu jugalah dengan sunat wuduk yang kita lakukan yang mana kita hendak menjadikan wuduk kita lebih baik dan mendapat pahala. Saya menggunakan analogi ini supaya murid akan ingat dan akan dapat membezakan antara rukun dan wajib. Kaedah tunjuk cara bagaimana untuk berwuduk dengan betul ternyata satu kaedah yang paling berkesan untuk mengajar murid tentang cara-cara berwuduk dengan betul. Bimbingan diberikan semasa murid mengambil wuduk. Kesemua murid Berjaya melakukannya dengan baik. Selain itu, permainan kotak beracun juga sangat berkesan dan menarik minat murid. Tajuk tentang wuduk ini, mudah dikuasai oleh murid. Cuma terdapat beberapa murid orang murid yang tidak memberikan kerjasama dalam kumpulan. Tetapi setelah saya mengumumkan akan memberikan ganjaran kepada kumpulan yang terbaik mereka dilihat saling bantu membantu di dalam kumpulan dengan penuh semangat. Saya dapati kaedah secara berkumpulan lebih berkesan untuk murid-murid belajar tajuk ini kerana murid-murid boleh berbincang jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Dalam pengajaran yang akan datang saya

29

merancang untuk menggunakan tayangan video tentang cara-cara berwuduk supaya pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan.

30

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3 SUBTOPIK 3Mata pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan murid Bidang pelajaran : Pendidikan Islam : 1 Pintar : 05 Ogos 2011 : 10:30 11:30 pagi : 15 orang : Ulum Syariah (Ibadat) : Perkara Makruh Dan Membatalkan Wuduk perlu diambil

Objektif pembelajaran : Memahami perkara yang membatalkan wuduk dan tindakan yang jika wuduk batal, mengetahui perkara Makruh ketika berwuduk. Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat : A. Menguasai pengetahuan Menyenaraikan perkara yang membatalkan wuduk dengan betul. Mengenalpasti perkara makruk ketika berwuduk dengan betul. Menyatakan konsep mahram dengan betul.

B.

Menguasai kemahiran Kognitif Menerangkan 5 perkara yang membatalkan wuduk dengan betul

31

Menyenaraikan 5 perkara makruh ketika berwuduk dengan betul. Menyebut semula perkara makruh ketika berwuduk.

Psikomotor Menulis 5 perkara yang membatalkan wuduk pada peta konsep dengan betul . Mewarnakan 5 perkara makruh ketika berwuduk dan 5 perkara yang membatalkan wuduk. Mengelaskan perkara yang membatal wuduk dan perkara makruh dalam wuduk.

Afektif Sentiasa dalam keadaan berwuduk. Berjimat cermat menggunakan air ketika berwuduk. C. Mengamalkan sikap dan nilai murni serta pemikiran kreatif Menjaga kebersihan diri. Murid dapat menyelesaikan masalah berkaitan dengan perkara yang membatalkan wuduk. Bekerjasama dan saling membantu ketika menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Menyusun data dalam bentuk MS PowerPoint dan menggunakan pengurusan grafik yang berkaitan.

Bahan, peralatan dan bahan sumber : 1. Gambar untuk mencungkil idea murid mengenai perkara yang membatalkan wuduk 2. Teks dialog 3. Carta perkara membatalkan wuduk 4. Peta konsep (slide power point)

32

5. Lembaran kerja mengenai masalah perkara yang membatalkan wuduk. 6. Carta perkara makruh ketika berwuduk.

Pengetahuan sedia ada : 2. Murid telah mempelajari tajuk cara melakukan wuduk dengan betul dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lepas

33

Langkah/ Masa

Isi Kandungan Wuduk akan terbatal jika melakukan perkara yang boleh membatalkannya dan solat menjadi tidak sah.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Guru menunjukkan gambar Murid melihat gambar yang lelaki dan perempuan berpegangan tangan. ditunjukkan oleh guru dan membuat inferens serta bandingan berdasarkan ramalan dan pengetahuan sedia ada murid. Murid menyatakan pemerhatian dan bandingan ramalan mereka tentang gambar yang ditunjukkan.

Catatan Strategi/Teknik : Predict Observe Explain (POE) dan Penyoalan untuk mencungkil idea murid mengenai perkara yang membatalkan wuduk

Guru mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dan mencungkil idea murid mengenai perkara yang membatalkan wuduk melalui

Permulaan/ Mencungkil idea (5 minit) Soalan ransangan : Apakah yang kamu dapat perhatikan apabila melihat gambar ini? Jelaskan pandangan kamu tentang kesan jika lelaki dan perempuan berpegangan tangan?.

teknik Predict Observe Explain (POE) dan penyoalan.

Sumber : Gambar untuk mencungkil idea murid mengenai perkara yang membatalkan wuduk

34

Perkara Yang Membatalkan Wuduk. Keluar sesuatu benda samada daripada qubul atau dubur Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa berlapik Langkah 1 (10 minit) Tidur tidak tetap punggung Hilang akal Menyentuh kemaluan tanpa berlapik

Guru mengutarakan persoalan kepada murid : Mengapakah wuduk terbatal?

Murid membaca petikan dialog dan mencari maklumat mengenai perkara yang membatalkan wuduk.

Strategi/Teknik : Penyoalan Kaedah penyelesaian masalah. Sumber : Teks dialog Carta perkara yang membatalkan wuduk Peta konsep konsep (slide power point)

Guru meminta murid mencari maklumat mengenai perkara yang membatalkan wuduk melalui petikan dialog yang disediakan kepada setiap kumpulan.

Murid yang dipilih oleh guru menaipkan perkara yang membatalkan wuduk pada slide power point yang disediakan oleh guru.

Murid menyebut perkara yang membatalkan wuduk secara kelas, kumpulan dan individu.

Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk menyatakan perkara yang membatalkan wuduk.

Guru meminta beberapa orang murid menaip perkara yang membatalkan wuduk pada slide power point yang disediakan oleh guru.

Guru meminta murid menyebut perkara yang membatalkan wuduk secara berkumpulan, kelas dan individu. 35

Masalah mengenai perkara yang membatalkan wuduk. Tulis batal atau tidak batal tentang pemasalahan berikut. 1. Ahmad telah membuang air kecil selepas berwuduk. 2. Ali telah memegang tangan adik Langkah 2 (15 minit) perempuannya selepas berwuduk. 3. Selepas mengambil wuduk, Fatimah telah terkentut. 4. Zaki telah menyentuh kemaluan adiknya yang masih kecil dengan tapak tangan tanpa berlapik.

Guru meminta murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang. Guru mengedarkan lembaran mengenai permasalahan perkara yang membatalkan wuduk untuk menguji tahap kefahaman murid. Guru memberikan arahan dan meminta murid menyelesaikan masalah mengenai persoalan perkara yang membatalkan wuduk berdasarkan lembaran kerja yang diedarkan. Guru memberikan bimbingan dan tinjauan terhadap perbincangan murid untuk melihat perkembangan murid. Guru meminta setiap kumpulan mencatat hasil dapatan pada lembaran kerja yang telah disediakan oleh guru.

Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada 6 orang seperti yang diarahkan oleh guru. Strategi/Teknik : Perbincangan kumpulan Penyoalan Inkuiri penemuan untuk mencari maklumat perkara yang membatalkan wuduk melalui teks dialog.

Murid berbincang bersama ahli kumpulan untuk menyelesaikan masalah mengenai perkara yang membatalkan wuduk berdasarkan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru.

Murid mencatatkan hasil dapatan perbincangan pada lembaran kerja yang diberikan Sumber : Lembaran kerja mengenai masalah perkara yang membatalkan wuduk.

Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan perbincangan.

Murid mendengar respon guru mengenai jawapan murid dan membetulkan jawapn yang salah.

Aktiviti pengukuhan Murid yang telah menguasai

36

Guru meminta wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

terus maju dengan menjawab soalan latihan

Guru memberikan respon dan pandangan terhadap jawapan murid.

Aktiviti pemulihan Murid yang belum menguasai mendengar penerangan guru dan menjawab soalan latihan dengan bimbingan guru dalam kumpulan kecil.

Guru memberikan bimbingan pemulihan kepada murid yang belum dapat menguasai perkara yang mebatalkan wuduk dengan betul.

Perkara Makruh ketika berwuduk Bercakap - cakap Langkah 3 (10 minit) Mendahulukan yang kiri Berlebihan menggunakan air Mengelap air pada anggota wuduk Membasuh anggota wuduk 2 atau melebihi 3 kali.

Guru memberikan penerangan mengenai perkara makruh ketika berwuduk

Murid mendengar penerangan guru mengenai perkara makruh ketika berwuduk.

Strategi/Teknik : Penerangan Soal jawab mengenai perkara makruh ketika berwuduk.

Guru bersoal jawab dengan murid mengenai perkara makruh ketika wuduk.

Murid bersoal jawab dengan guru mengenai perkara makruh ketika berwuduk. Murid menyebut perkara makruh ketika berwuduk secara kumpulan kelas dan individu.

Guru meminta murid menyebut perkara makruh ketika berwuduk secara kumpulan kelas dan individu.

Sumber : Carta perkara makruh ketika berwuduk.

Murid menjawab soalan lembaran kerja.

Guru mengedarkan lembaran

37

kerja Guru membimbing murid menjawab soalan. Penilaian Sumatif satu unit pembelajaran (Pentaksiran Sumatif) Guru mengedarkan soalan bertulis kepada murid dan meminta murid menjawab mengikut masa yang telah ditetapkan. Guru meminta murid bertukar skrip jawapan dengan ahli kumpulan yang lain. Aplikasi Idea (15 minit) Guru meminta murid menyemak jawapan dan memberikan jawapan yang betul kepada pelajar. Guru meminta membuat pembetulan jawapan yang salah. Guru memcampurkan markah setiap ahli kumpulan dan mengumumkan kumpulan yang mendapat markah yang Murid menjawab dengan tekun setiap soalan yang diberikan oleh guru. Murid menukar skrip jawapan dan menyemak jawapan yang betul. Murid menanda jawapan dan membuat pembetulan kepada jawapan yang salah. Murid membantu guru mengira markah. Pelajar memberikan tindak balas kepada pengumuman markah yang diumumkan oleh guru dengan bertepuk tangan.

Lembaran kerja

Strategi/Teknik : Pentaksiran sumatif Sumber : Lembaran kerja Borang rubrik pentaksiran melibatkan satu unit pembelajaran

38

tertinggi.

Rumusan Memahami kesan dan tindakan apabila wuduk terbatal. Refleksi/ Penutup (5 minit)

Guru membuat kesimpulan keseluruhan tajuk pelajar yang telah dipelajari.

Murid memberikan perhatian kepada kesimpulan yang dibuat oleh guru.

Strategi/Teknik : Penyoalan

Guru mengingatkan murid agar melakukan wuduk dengan cara yang betul dan sempurna.

Murid memberikan tumpuan dan mendengar peringatan yang diberikan oleh guru.

39

REFLEKSI SUBTOPIK 3 Bidang pelajaran pada hari ini ialah Ulum Syariah (Ibadat) iaitu Perkara Makruh Dan Membatalkan Wuduk. Pengajaran

dan pembelajaran berjalan dengan jayanya seperti yang telah dirancang. Murid-murid memberikan sepenuh tumpuan kepada sesi pengajaran. Kesemua 15 orang murid telah berjaya mencapai objektif pembelajaran dengan jayanya iaitu memahami perkara yang membatalkan wuduk dan tindakan yang perlu diambil jika wuduk batal. Hasil pembelajaran juga telah dicapai iaitu murid dapat menguasai pengetahuan dengan Menyenaraikan perkara yang membatalkan wuduk dengan betul., mengenalpasti perkara makruk ketika berwuduk dengan betul dan menyatakan konsep mahram dengan betul.

Saya mengaitkannya dengan wuduk dan mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dan mencungkil idea murid mengenai perkara yang membatalkan wuduk. Seterusnya saya telah menggunakan teknik perbincangan secara berkumpulan. Selain itu, untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mantap dan berkesan, saya menggunakan gerak kerja secara berkumpulan untuk mencari maklumat dan membuat pembentangan kelas tentang perkara-perkara yang membatalkan wuduk. Begitu juga perkaraperkara makruh ketika berwuduk.

Dalam pengajaran yang akan datang saya merangka untuk membuat satu permainan sambil belajar supaya murid-murid tidak mudah bosan dengan pengajaran. Dalam pengajaran yang akan datang, saya akan mempelbagaikan lagi kaedah dan teknik pengajaran saya supaya lebih berkesan dan berjaya.

40

2 (v ). SET BAHAN PENILAIAN UNIT 1- i) Tulis semula lafaz niat wuduk dengan betul sebanyak tiga kali. .

ERTINYA: Sahaja aku mengangkat kecil kerana Allah Taala. ____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

ii) WARNAKAN TIGA PERKARA TUJUAN BERWUDUK DENGAN TEPAT.

MEMBAC A AL-

41

SOLAT

iii). SUSUN PERKATAAN DI BAWAH SUPAYA MENJADI PENGERTIAN WUDUK YANG LENGKAP

dengan menggunakan Membasuh air mutlak

anggota tertentu

_______________________________________________________________________

42

UNIT 2- i).SENARAIKAN 6 RUKUN WUDUK PADA PETA KONSEP DI BAWAH.

RUKUN WUDUK

43

ii) LETAKKAN RUKUN WUDUK DAN SUNAT WUDUK DI TEMPAT YANG BETUL.

Berniat

Berkumurkumur

Membasuh telinga

Membasuh kedua tangan hingga ke siku

Menyapu sedikit air di kepala

Membasuh muka

Tertib

Memasukkan air ke dalam hidung

Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali

Membasuh kedua tangan hingga ke pergelangan tangan

RUKUN WUDUK

SUNAT WUDUK

44

iii). NOMBORKAN RUKUN WUDUK MENGIKUT URUTAN

45

UNIT 3 i) TULIS BATAL ATAU TIDAK BATAL PADA PERNYATAAN DI BAWAH INI.

1. Halim terkentut perlahan ketika solat.

2. Fatimah tidur duduk dalam keadaan berwuduk. 3. Kamil tersentuh tangan kawannya Suriana.

4. Ahmad mencuci najis adiknya dengan tapak tangan. 5. Azrul jatuh pengsan ketika sedang berwuduk. 6. Azman bersalam dengan ibunya tanpa berlapik. 7. Mastura makan dan minum sedangkan dia berwuduk. 8. Baju Hassan terkena najis burung. 9. Hussain membuang air kecil selepas berwuduk. 10. Danial memegang tangan adiknya selepas berwuduk.

46

ii). Lengkapkan perkara-perkara yang membatalkan wuduk.

1. Keluar sesuatu daripada qubul atau _____________. 2. Tidur yang ________________ punggung. 3. Hilang______________. 4. Bersentuhan kulit lelaki dengan________________ yang bukan mahram tanpa berlapik. 5. Menyentuh ___________________ manusia dengan tapak tangan tanpa berlapik.

akal

tidak

dubur

perempuan kemaluan

47

iii). Warnakan merah pada perkara makruh wuduk dan hijau pada perkara yang membatalkan wuduk.

. Hilang akal sebab mabuk, pitam, sakit atau gila.

Bercakap-cakap

Membasuh anggota dua atau melebihi tiga kali

Keluar sesuatu benda sama ada daripada qubul atau dubur

Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan

Berlebihan menggunakan air.

Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa berlapik

Mengelap air wuduk pada anggota wuduk

tidur yang tidak tetap punggung

48

ESEI ILMIAH Saya mengajar di kelas 1 Pintar, Sekolah Kebangsaan Kampung Kota Bruas Perak. Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar dan dalam kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Kebanyakan daripada muridmurid yang belajar di sekolah ini terdiri daripada anak-anak golongan sederhana. Pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ini, saya rasa agak janggal kerana pada kebiasaannya saya biasa mengajar di sekolah yang mempunyai bilangan murid keseluruhannya mencecah hingga ribuan orang. Oleh itu, bilangan murid di dalam sesebuah kelas ialah di antara 35 hingga 40 orang, sedangkan bilangan di dalam kelas di sini hanyalah seramai 15 orang sahaja. Pada tanggapan awal saya tentulah tidak sukar untuk mengajar di dalam kelas yang bilangan muridnya hanya 15 orang sahaja. Saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam murid-murid di kelas 1 Pintar. Kelas 1 Pintar merupakan kelas yang agak lemah berbanding dengan kelas-kelas yang lain. Oleh yang demikian, untuk mengajar kelas sebegini tentunya amat mencabar mental dan fizikal seseorang guru. Pertama kali masuk ke kelas ini untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam, saya begitu bersemangat untuk membantu murid-murid ini yang jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan mereka dalam kelas lain. Saya ingin membawa perubahan kepada murid-murid kelas ini daripada segi pelajaran dan juga tingkahlaku mereka. Maklumat yang saya perolehi serba sedikit daripada guru-guru lain bahawa murid-murid kelas ini selalu menunjukkan tingkahlaku mengganggu. Justeru guru-guru menghadapi masalah untuk mengajar kerana murid-murid tidak memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran. Setelah dua minggu saya mengajar, saya mendapati beberapa orang murid di belakang kelas telah membuat bising semasa pengajaran saya. Adakalanya saya terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan murid-murid di dalam kelas telah mengganggu pengajaran saya sehinggakan murid-murid yang lain tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya. Pada masa itu saya menganggap bahawa murid-murid ini masih kecil, jadi murid-murid ini tentulah ada unsur-unsur kenakalan. tetapi saya beranggapan bahawa kenakalan mereka tidak boleh menyebabkan mereka tidak boleh belajar. Saya juga berpendapat bahawa saya mesti mengubah sikap murid-murid ini. Saya dapati murid-murid kelas ini juga menghadapi masalah untuk menguasai jawi. Peruntukan masa selama 30 minit sahaja tidak mencukupi untuk mengajar murid-murid menguasai Jawi. Ternyata kebisingan murid ditambah pula dengan ketidakmampuan hampir 10 orang murid yang amat lemah dalam Jawi amat mencabar kemampuan saya sebagai seorang guru. Walaupun hanya 15 orang murid sahaja di dalam kelas ini, tetapi mengajar mereka ini boleh diumpamakan seperti mengajar 40 orang murid. Ini kerana keadaan mereka yang lambat dalam pembelajaran dan diikuti pula dengan sikap yang 49

suka membuat bising benar-benar membimbangkan saya. Hanya seramai 5 orang murid sahaja yang agak baik dalam penguasaan Jawi dan saya perlu memberi tumpuan kepada 10 orang murid tadi. Saya perlu memperbaiki situasi ini kerana berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati 10 orang murid inilah yang telah mewujudkan suasana kebisingan dan mengganggu rakan-rakan yang lain untuk belajar. Tentu sahaja saya tidak boleh membiarkan situasi yang kurang sihat ini berlanjutan kerana saya fikir sekiranya saya tidak bertindak sekarang untuk memperbaiki keadaan ini, sudah tentu murid-murid ini semakin lama akan terus jauh ketinggalan dalam pelajaran khususnya mata pelajaran Jawi ini. Saya tidak mahu menjadi seorang guru yang hanya masuk ke dalam kelas dan mengajar seperti melepaskan batuk di tangga . Saya mepunyai matlamat untuk anak-anak didik saya iaitu saya mahu semua murid akan dapat menguasai Jawi secepat mungkin dan menjadi murid yang berdisiplin. Saya sedar adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mendekati murid-murid ini dan mencari punca masalah ini berlaku serta mencari jalan penyelesaian yang paling efektif dan berkesan. Seramai 10 orang murid yang saya telah kenapasti menghadapi masalah yang kritikal dalam untuk menguasai Jawi. Pertamanya mereka menghadapi masalah untuk mengingati huruf-huruf tunggal alif hingga ya. Murid-murid ini masih keliru antara huruf-huruf sod, dhod, tho dan zho. Ini juga menjadi punca murid-murid ini ada masalah untuk menyambungkan huruf-huruf bagi membentuk perkataan. Ada huruf yang boleh disambungkan dan ada huruf yang tidak boleh disambungkan. Murid-murid ini begitu sukar untuk menyambungkan huruf-huruf ini. Sangat sukar untuk membantu murid-murid ini untuk menulis Jawi dengan betul. Sebenarnya masalah ini tidak sahaja berlaku kepada murid-murid di kelas 1 pintar sahaja, tetapi juga di kelas-kelas lain yang saya ajar. Saya bertekad untuk mengeluarkan murid-murid ini daripada kekeliruan ini. Saya yakin bahawa jika saya tidak mengambil tindakan segera, kemungkinan besar murid-murid ini akan terus membawa kelemahan ini sehingga mereka berada di peringkat menengah dan seterusnya sehingga mereka dewasa. Jika ini berlaku siapakah yang harus dipertanggungjawabkan? Saya akan rasa bersalah dan mungkin akan dipersalahkan oleh murid-murid ini apabila mereka dewasa kelak. Saya tidak mahu diselubungi oleh perasaan ini dan tindakan saya pada hari ini adalah kerana rasa tanggungjawab yang saya pikul di atas bahu saya ini dan yang paling penting kerana rasa sayang saya pada anak-anak murid saya ini. Saya sayangkan anak-anak didik saya dan saya mahu mereka mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka kelak.

50

Saya merasakan murid-murid ini tidak mendapat bantuan daripada ibu bapa mereka di rumah. Ibu bapa mungkin tidak ada pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan mata pelajaran Jawi. Ada ibu bapa yang menganggap mata pelajaran Jawi ini tidak penting kerana tidak dinilai dalam peperiksaan UPSR. Namun menyalahkan ibu bapa semata-mata bukan dapat menyelesaikan masalah ini kerana sebagai seorang guru adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengajar. Kemahiran untuk menguasai Jawi ini sepatutnya ada pada semua orang. Saya mula terfikir bahawa saya mesti melakukan sesuatu untuk memperbaiki pengajaran saya di dalam kelas supaya menjadi lebih berkesan. Saya mahu murid-murid ini berubah sikap dan pandai Jawi. Pelbagai persoalan berlegar-legar di dalam minda saya iaitu apakah murid-murid ini sudah menjadi bosan dengan pengajaran saya? Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini? Kenapa ia berlaku dalam pengajaran saya? Adakah puncanya ialah saya atau ada faktor-faktor lain ?. Ini kerana mengikut kajian,, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pembelajaran. Jadi, saya sebagai seorang guru memainkan peranan yang penting yang akan menentukan kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, saya harus bertindak segera. Tinjauan awal yang saya lakukan ialah melalui pemerhatian dan temu bual dengan murid-murid yang terlibat. Saya dapati terdapat pertalian antara punca kebisingan dan ketidakmampuan murid untuk menguasai Jawi. Murid-murid yang lambat inilah yang suka mengganggu rakan-rakan lain. Mereka tiada minat untuk belajar Jawi kerana tidak kenal

semua huruf-huruf Jawi dan menyebabkan mereka sukar untuk menyambung huruf-huruf Jawi contohnya seperti perkataan kaki , mereka tidak tahu samada huruf kaf boleh atau tidak disambungkan dengan huruf alif dan huruf kaf boleh atau tidak disambungkan dengan huruf ya. Ini menyebabkan mereka bermasalah untuk menyambung huruf bagi membentuk perkataan. Saya juga mengajar terlalu cepat bagi kelas ini, sehinggakan murid-murid tidak dapat mengikut pengajaran saya kerana murid-murid kelas ini agak lambat dalam pembelajaran. Apabila mereka tidak dapat mengikuti apa yang telah saya ajar, menyebabkan mereka mula hilang minat dan tumpuan di dalam kelas. Suara saya juga kurang jelas dan tidak didengari oleh mereka. Walaupun bilangan murid sedikit, tetapi suara saya yang agak perlahan menyebabkan murid di bahagian belakang kelas tidak dapat menangkap butirbutir percakapan saya. Ini juga telah menjadikan mereka hilang konsentrasi untuk belajar. Pada dasarnya, saya percaya bahawa murid-murid daripada kelas yang lemah kurang minat belajar kerana tiada motivasi dalaman iaitu sikap murid-murid itu memang begitu berbanding dengan murid-murid yang pandai. Barangkali semua guru berandaian sedemikian juga iaitu murid-murid yang

51

lemah dalam pembelajaran, malas dan nakal serta tiada motivasi dalaman. Namun begitu, selepas membuat refleksi saya berasa andaian ini tidak berasas sama sekali kerana telah menjadi tanggungjawab seorang pendidik untuk membolehkan murid-murid ini belajar sehingga mereka menguasai sesuatu pelajaran ini atau dengan kata yang lebih mudah iaitu belajar untuk kefahaman. Tentulah tiada gunanya belajar tetapi tidak mencapai kefahaman atau tidak memperolehi apa-apa sepanjang tempoh pembelajaran mereka. Sekurang-kurangnya ada sedikit pengetahuan yang muridmurid ini akan perolehi daripada apa yang telah di pelajari. Saya percaya bahawa hanya guru yang hebat sahaja yang berupaya untuk membawa perubahan dan berjaya membawa peningkatan pelajaran bagi murid-murid yang lambat dalam pembelajaran kerana tidak semua guru mempunyai kemahiran untuk murid-murid yang lambat ini. Cabarannya memang hebat dan hanya seorang guru yang mempunyai komitmen yang tinggi akan berjaya. Oleh yang demikian, saya mahu menyahut cabaran ini. Selain itu, saya juga melihat terdapat percanggahan di antara kerelevanan mata pelajaran yang diajar dengan realiti mereka. Murid-murid ini menganggap mata pelajaran Jawi ini tidak penting kerana mata pelajaran Jawi ini tidak dinilai dalan UPSR tetapi hakikat sebenarnya ia tetap dilakukan dalam peperiksaan PMR dan SPM di sekolah menengah nanti. Oleh yang demikian, sudah tentu murid-murid ini perlu menguasai mata pelajaran Jawi dari segi bacaan dan tulisan dari sekolah rendah lagi. Di samping itu, berdasarkan pandangan dari diri murid, kebisingan adalah biasa antara sesama mereka. Murid-murid ini berkomunikasi untuk belajar dan mereka sedang bertukar-tukar fikiran dalam dunia kanak-kanak yang menyeronokkan. Saya tertanya-tanya adakah kebisingan ini kerana mereka bosan dan tidak berminat mata pelajaran Jawi atau murid-murid ini bosan kerana cara pengajaran saya yang tidak menarik?. Justeru, saya harus mengatasi masalah kebisingan ini dan seterusnya menarik minat murid terhadap mata pelajaran Jawi. Saya merangka kaedah-kaedah seperti menyusun semula kedudukan murid-murid di dalam kelas mengikut tahap yang berbeza. Saya membahagikan murid kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan satu, dua dan tiga. Murid kumpulan satu ialah murid yang lambat, kumpulan dua murid sederhana dan kumpulan tiga murid yang cepat. Saya menjalankan ujian diagnostik untuk mengenalpasti tahap pencapaian murid dalam Jawi supaya saya dapat mengenalpasti tahap kemahiran yang tidak dikuasai oleh mereka. Langkah ini berdasarkan hasil penyelidikan yang telah dijalankan dan mendapati penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan akan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid dan guru dengan murid. Dari segi pendidikan juga mendapati perhubungan dan corak interaksi murid di dalam sesebuah bilik darjah memang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran khususnya semasa aktiviti berkumpulan dijalankan.

52

Saya menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kad-kad imbasan huruf-huruf Jawi tunggal untuk murid kumpulan lemah. Latih tubi yang berterusan digunakan sehingga murid-murid ini betul-betul ingat dan tidak keliru lagi. Saya dapati murid-murid kumpulan lemah yang masih keliru dengan huruf-huruf sod. Dhod, tho dan zho ialah kerana bentuk huruf-huruf ini seakan-akan sama dan yang membezakannya cumalah tanda titik. Saya membuat pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian seperti penggunaan kertas pasir untuk mebentuk huruf-huruf dan menggunakan biji kacang yang dilekatkan pada huruf-huruf Jawi yang dapat disentuh oleh murid-murid. Ini akan dapat merangsang psikomotor murid-murid dan memudahkan murid-murid mengingat bentuk-bentuk huruf Jawi. Selain itu, untuk menarik minat murid supaya tidak bosan dengan pelajaran, saya menggunakan kaedah interaktif iaitu penggunaan power point untuk murid-murid membuat latihan. Saya dapati muridmurid yang selalu membuat bising begitu teruja dan berebut-rebut untuk menekan papan kekunci komputer untuk memberikan jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Saya juga memfokuskan untuk mencari pendekatan terbaik yang paling mudah untuk murid-murid ini menulis Jawi dengan betul dan menyambung huruf-huruf Jawi untuk membentuk perkataan. Saya terfikir dan merasakan bahawa tanpa latih tubi yang berterusan dan konsisten, murid-murid yang agak lambat ini akan menghadapi masalah untuk menguasai Jawi. Saya yakin bahawa latih tubi yang berterusan akan dapat membantu murid-murid ini kerana murid-murid yang agak lambat ini perlu diberikan tumpuan. Oleh itu, saya memberikan perhatian yang lebih kepada kumpulan lambat ini dengan selalu berdamping secara berterusan dan membantu mereka dalam pembelajaran. Saya juga bercadang untuk memberikan motivasi dengan memberikan pujian dan penghargaan bagi setiap usaha atau aktiviti yang berjaya dilakukan. Ini bersesuaian dengan teknik modifikasi tingkahlaku iaitu suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Cara yang digunakan ialah peneguhan positif. Menurut Skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu peneguhan positif sebagaimana yang disebut oleh Thorndike sebagai sesuatu yang memuaskan maka kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan bertambah. Peneguhan positif di sini berfungsi sebagai ganjaran yang mendorongkan individu berulang-ulang gerak balas responden tersebut. Peneguhan positif ialah seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku.

53

Saya juga merancang untuk menggunakan token ekonomi. Murid-murid yang menunjukkan tingkahlaku positif atau menunjukkan pencapaian yang cemerlang akan diberikan bintang. Satu bintang hingga lima bintang yang mana satu bintang memberi satu mata. Jumlah mata akan dikira selepas sebulan pengajaran. Ganjaran berupa hadiah akan diberikan kepada murid yang mendapat paling banyak mata mengikut bulan. Jika peraturan tidak dipatuhi, atau murid menunjukkan tingkahlaku negatif, bintang akan ditarik balik. Semuanya ini akan dipaparkan di dalam kelas supaya murid-murid dapat melihat pungutan bintang mereka dari masa ke semasa. Masa yang digunakan di kelas perlu dioptimumkan sepenuhnya. Justeru, apabila masa pengajaran dirancang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar, maka masa pembelajaran akan dapat menghabiskan isi kandungan yang ingin disampaikan. Dengan ini saya akan mengambil tindakantindakan seperti berikut iaitu merancang pengajaran saya dengan sebaik-baiknya, menggunakan suara yang lantang, tenang dan tegas serta berlakunya kontak mata. Mengubah tingkahlaku murid tanpa perlu menjerit dan mengulangi mesej dengan tenang setiap kali murid-murid cuba mencabar. Ini kerana antara faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas ialah faktor teknikal dan pengurusan masa. Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar, mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti yang boleh merangsangkan aktiviti pembelajaran. Guru yang mempunyai kemahiran mengajar serta kebolehan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dengan pengurusan masa yang berpatutan merupakan faktor teknikal yang penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dalam jangkamasa lebih kurang tiga minggu, saya dapati semangat berkumpulan mula berputik di kalangan murid-murid di dalam kelas dengan adanya kerjasama dan tolong - menolong sesama ahli kumpulan. Kumpulan murid yang lemah dan suka membuat bising telah mula menunjukkan minat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kepada mereka waktu pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana tugasan yang diberikan adalah sesuai dengan kebolehan mereka dan juga berada dalam suasana kelas yang positif. Semua murid mula memberikan tumpuan terhadap tugasan-tugasan yang diberikan. Tumpuan dan bimbingan guru banyak membantu membina keyakinan diri murid dan mereka juga mula yakin untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan. Secara keseluruhannya saya telah belajar daripada pengalaman-pengalaman yang saya lalui setiap hari. Seorang guru akan belajar daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilalui. Semakin lama dalam bidang pendidikan, seorang guru akan menjadi semakin matang. Seorang guru yang hebat tidak akan mudah jemu mengkaji dan mencari jalan penyelesaian terhadap semua masalah

54

yang datang. Pengajaran bukan sahaja untuk menyampaikan ilmu tetapi juga melibatkan faktor-faktor lain untuk memantapkan tugas sebagai seorang guru. Setiap masa kita akan belajar pengalaman baru dan seorang guru akan berhadapan dengan dengan pelbagai ragam murid yang berbeza-beza dari segi sikap, kebolehan, tahap kognitif dan sebagainya. Justeru, seorang guru perlu mempunyai Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan Guru (PPIK). Shulman (1986) menghuraikan PPIK sebagai The most useful forms of (content) representation, the most powerful analogies, illustrations, examples, explanation, and demonstrations in a words, the way of representing and formulating the subject that makes it comprehensible for others. Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Proses pengajaran melibatkan perancangan, pengelolaan, penyampaian bimbingan dan penilaian. Aktivitiaktiviti ini adalah bermatlamat untuk menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan. Jika diteliti sejak daripada dahulu, konsep pengajaran pada mulanya hanya menumpukan kepada peranan guru semata-mata sebagai penyampai pengajaran kepada

pelajar dan murid akan menerimanya sepenuhnya tanpa ada sebarang aktiviti yang melibatkan soal jawab. Pengajaran seperti ini dinamakan sebagai pengajaran berpusatkan guru. Namun begitu Elen Key (1849-1926), yang merupakan seorang ahli pendidik di Sweden, mengatakan bahawa pendidikan sepatutnya berpusatkan kepada murid dan menegaskan bahawa aktiviti pembelajaran murid adalah lebih penting daripada aktiviti pengajaran guru. Selain itu, terdapat golongan dalam kalangan ahli-ahli pendidik yang berpendapat bahawa peranan guru dan murid sama penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Justeru, seorang guru harus menyediakan bahan pelajaran, menentukan objektif pelajaran, menyediakan alat bantu mengajar dan murid pula menyediakan diri bagi pelajaran baru dan mengulangkaji pelajaran lama.

Guru di sini berperanan untuk menimbulkan minat pembelajaran murid, membimbing murid dengan cara belajar yang berkesan, menjelaskan keraguan, membantu mereka menyelesaikan masalah, membekalkan bahan pelajaran, meningkatkan penguasaaan kemahiran murid, membentuk sikap dan nilai murni yang luhur. Sebenarnya seorang guru yang hebat ialah mereka yang berupaya untuk memberi kefahaman kepada murid dalam pengajaran yang telah dilaksanakan di dalam kelas. Ini kerana bukannya mudah untuk melaksanakan pengajaran yang di akhirnya berjaya memberi kefahaman. Matlamat pengajaran untuk kefahaman atau teaching for understanding guru dan murid akan terlibat dalam perbincangan satu idea penting dan aktiviti penyelesaian masalah dalam satu konteks yang bermakna ( janssen et 55

al.2009 ). Kefahaman adalah satu konsep yang yang ilusif dan mempunyai makna yang pelbagai kepada orang yang berbeza ( Blumenfeld et al.1997 ; Bereiter 2002; NCR 2000 ). Kefahahaman dikaitkan dengan murid apabila mereka dapat menghubungkait pengetahuan yang dipelajari dan membentuk struktur konsepsi yang menyeluruh dan bersepadu ( Daniel 1999 ). Murid yang mempunyai kefahaman dapat menggunakan pemahaman mereka untuk mengenal pasti dan mengaplikasi prinsip dan fakta, definisi istilah, banding beza konsep berkenaan dan memupuk kreativiti ( Effandi & Zanaton 2007 ). Selain itu, para penyelidik telah juga telah menemui hubungan yang positif antara pengetahuan isi kandungan guru dengan pencapaian murid ( Abell 2007 ; Darling-Hammond 2000 ). Ini mengesahkan bahawa semua guru perlu mempunyai pengetahuan isi kandungan yang mendalam dalam sesuatu pengajaran. Pengetahuan ini pula harus diubah kepada bentuk pengetahuan untuk pengajaran pula. Ini kerana guru perlu menerang, menunjuk atau membuat demontrasi, melakon atau mempersembahkan idea supaya murid yang tidak faham akan menjadi faham dan yang tidak berkemahiran akan berkemahiran ( Shulman 1987 ). Pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai perubahan tingkah laku yang agak tetap dan ia berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Sebagai seorang guru pengetahuan tentang apa yang hendak disampaikan kepada murid adalah amat penting. Shulman (1987) menyatakan bahawa untuk memberikan kefahaman kepada murid, guru mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga jenis pengetahuan profesional untuk pengajaran iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan tentang murid. Beliau juga menyenaraikan sebanyak tujuh kategori pengetahuan teras guru yang diperlukan bagi menuju kepada pencapaian tahap pengajaran untuk kefahaman. Pertamanya ialah pengetahuan tentang isi kandungan, prinsip dan strategi pengurusan bilik darjah yang juga merangkumi organisasi merentasi bidang mata pelajaran. Seterusnya pengetahuan tentang kurikulum dengan bahan dan program, pengetahuan pedagogikal isi kandungan guru (PPIK) yang merupakan gabungan isi kandungan dan pedagogi, pengetahuan tentang murid dan ciri-ciri mereka, pengetahuan konteks pendidikan dan pengetahuan tentang matlamat pendidikan. Guru pakar dalam bidangnya dibezakan melalui pengetahuan pedagogikal isi kandungan guru (PPIK). Bagaimana seorang guru menterjemahkan sesuatu konsep ke dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran untuk membolehkan murid-murid nya mudah memahami sesuatu topik itu sebenarnya bergantung kepada kebolehan dan keupayaan seorang guru. Shulman (1986,1987 ) menyatakan bahawa pengetahuan yang mantap tentang subjek diperlukan oleh guru semasa merancang kurikulum, rancangan pelajaran, dan strategi instruksional berkaitan dalam menangani pengajaran dan pembelajaran tentang persoalan-persoalan yang berkaitan pengajaran seperti aspek 56

dalam sesuatu topik yang sukar untuk difahami oleh murid, pengetahuan sedia ada, kaedah spesifik mengikut topik dan teknik mengajar untuk memberi kefahaman kepada murid. Ini menunjukkan bahawa pengajaran yang paling baik ialah apabila pengajaran tersebut dapat memberikan kefahaman yang jitu kepada murid-muridnya daripada seorang guru. Oleh yang demikian, sangat penting supaya murid memahami apa yang telah disampaikan kepada guru dan dapat mengingatinya di dalam minda mereka. Apabila mereka faham sesuatu, murid akan dapat membenamkan pengetahuan tersebut dan boleh kekal dalam jangka masa yang lama. Daripada pengajaran yang telah saya lakukan, didapati apabila murid belajar tentang huruf-huruf tunggal dalam mata pelajaran Jawi, mereka perlu faham terdapat huruf-huruf yang boleh disambungkan dan yang tidak boleh disambungkan. Mereka harus faham kenapa ada di antara huruf-huruf tersebut tidak boleh disambungkan dan ada yang boleh. Apabila guru dapat menjelaskan keadaan ini dan murid dapat memahami dengan pemahaman mereka untuk mengenal pasti, Inilah yang dikatakan guru tersebut berjaya dalam pengajarannya untuk memberi

kefahaman kepada murid. PPIK sangat diperlukan kerana pengetahuan pedagogikal isi kandungan guru ini membolehkan guru mempersembahkan sesuatu topik atau konsep dengan menggunakan analogi, ilustrasi, contoh, penerangan dan demonstrasi yang paling berkesan atau mempersembahkan dan memformulasi sesuatu subjek itu supaya boleh difahami oleh orang lain ( Ellison 2007; Mulhall Berry & Loughran 2003 ). Ia juga termasuk kefahaman tentang aspek-aspek yang membuatkan pembelajaran topik itu senang dan susah, miskonsepsi murid tentang topik dan pengetahuan tentang strategi pengajaran yang efektif Shulman (1986). Berdasarkan pemerhatian dan analisis pengajaran dan pembelajaran yang telah saya lakukan, dalam pengajaran mata pelajaran Jawi bagi murid-murid yang dianggap lambat dalam penguasaan Jawimendapati mereka menghadapi masalah kekeliruan di antara empat huruf iaitu sod, dhod, tho dan zho dan juga masalah untuk menyambungkan huruf-huruf bagi membentuk perkataan. Oleh itu pengetahuan PPIK sangat diperlukan supaya guru dapat menggunakan pelbagai kaedah dan strategi untuk memudahkan murid memahami dan seterusnya menguasai Jawi. Justeru, seseorang guru perlu mempunyai kemahiran dalam pelbagai kaedah, strategi dan teknik pengajaran untuk menyampaikan ilmu kepada murid dengan berkesan. Saya telah menggunakan pelbagai kaedah dan strategi yang boleh dianggap Berjaya. Menurut Shulman (1987) lagi, PPIK dibina dengan melibatkan enam langkah iaitu kefahaman, transformasi, pengajaran, penilaian, refleksi, dan kefahaman baru. Pertamanya iaitu kefahaman merujuk kepada pengetahuan yang ada bagi seseorang guru untuk mengetahui isi kandungan pelajaran yang hendak diajar dan muridnya. Isi kandungan tersebut perlu ditransformasi dalam bentuk yang mudah difahami oleh murid dengan kaedah yang sesuai yang boleh dirujuk oleh guru mengikut hasil 57

pembelajaran yang dikehendaki dan melihat kefahaman murid. Seterusnya dalam aspek pengajaran, seseorang guru harus menggunakan sebarang pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pengajaran yang sesuai dengan kemampuan dan keadaan muridnya. Setelah pengajaran dan pembelajaran berlaku, seseorang guru juga akan menilai objektif dan hasil pembelajaran samada tercapai atau sebaliknya. Penilaian ini boleh dilaksanakan secara formatif atau summatif. Seseorang guru juga perlu melakukan refleksi iaitu melihat kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku, membina semula, melakon semula dan mengingati semula peristiwa, emosi dan pencapaiannnya. Guru yang pakar akan belajar daripada pengalamannya dan memperbaiki pengetahuan PPIKnya. Refleksi membantu guru mendokumentasi dan menerangkan tindakan mereka, membuktikan pengetahuan professional mereka, bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan ( Loughran & Corrigan, 1995 ). Akhir sekali guru akan dapat membina kefahaman baru mengenai isi kandungan dan pengajaran yang sesuai dengan muridnya. Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan Guru (PPIK) membolehkan saya menyusun perancangan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih tersusun dan bersistematik. Bermula dengan pengetahuan tentang topik yang hendak diajar dengan mencari bentuk yang paling mudah diingati dan difahami dengan mudah oleh murid-murid, Pendekatan, kaedah dan strategi telah saya gunakan adalah untuk mencapai objektif dan hasil pembelajaran. Refleksi yang ke dibuat iaitu melihat kembali

pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku, membina semula, melakon semula dan mengingati semula peristiwa, emosi dan pencapaiannnya membantu saya untuk belajar daripada pengalaman dan memperbaiki pengetahuan PPIK. Refleksi sangat membantu saya untuk membina kefahaman baru mengenai isi kandungan dan pengajaran yang sesuai dengan murid. Daripada refleksi saya telah dapat belajar pengetahuan baru yang akan saya gunakan untuk memperbaiki pengajaran saya dari masa ke semasa. PPIK yang terdiri daripada empat komponen utama iaitu pengetahuan tentang isi kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan tentang murid dan pengetahuan tentang konteks (Cochran et al. 1993; De jong 2009; Shulman 1986, 1987 ; Rosnidar 2010). Pengetahuan isi kandungan guru dijelaskan olah Shulman ( 1986 ) merangkumi pengetahuan tentang topik, peraturan, struktur disiplin tertentu dan teori, pengetahuan nilai dan keperluan spesifik, perubahan terkini dan bukti menyokong dan menyanggah dan membina tuntutan. Pengetahuan pedagogi pula merujuk kepada pengetahuan tentang prinsip-prinsip dan kaedah mengajar, segala aspek pengajaran dan pembelajaran seperti pendekatan, kaedah, teknik, strategi, kurikulum dan sukatan pelajaran, pengujian dan penilaian, pemulihan dan pengayaan. Di samping itu, pengetahuan tentang murid juga menjadi satu aspek yang amat dititik beratkan. Guru perlu mempunyai pengetahuan umum tentang murid seperti latar belakang murid, tahap 58

kognitif dan sikap murid supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang sesuai dengan keperluan, kehendak dan kemampuan murid termasuk kesukaran pembelajaran dan miskonsepsi murid. Berpandukan refleksi yang telah dibuat juga, saya telah merangka pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kemampuan murid dan mengikut kemahiran yang sukar dikuasai. Berdasarkan pemerhatian terhadap tingkah laku murid dan keupayaan pembelajaran murid, saya dapat menyusun perancangan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran Jawi supaya menjadi lebih berkesan dan tingkahlaku yang negativf diubah menjadi tingkah laku yang positif. Jelas di sini betapa perlunya seseorang guru mempunyai Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan (PPIK). Pengetahuan tentang konteks bagi menjadikan pengajaran lebih menarik dan relevan dengan kehidupan pelajar juga amat membantu tercapainya objektif pengajaran dan hasil pembelajaran dengan jayanya. Terdapat perkaitan yang sangat jelas antara Pengetahuan Pedagogikal Isi kandungan Guru (PPIK) dengan keberkesanan pengajaran seseorang guru. PPIK disebut sebagai satu bentuk pengetahuan profesional yang unik kepada seorang guru. Refleksi adalah melihat kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku, membina semula, melakon semula dan mengingati semula peristiwa, emosi dan pencapaiannya. Seorang guru yang profesional menggunakan proses refleksi sebagai landasan untuk belajar daripada pengalamannya dan memperbaiki pengetahuan PPIKnya. Oleh itu, saya telah banyak belajar daripada pengajaran saya dan memperolehi kefahaman baru dan jelas mengenai isi kandungan dan pengajaran yang bersesuaian dengan murid. Secara keseluruhannya dapat dikatakan bahawa Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan (PPIK) sangat penting yang dapat dibina melalui kebijaksanaan pelaksananya iaitu guru menerusi pemerhatian sebagai seorang guru dan murid tentang karier mereka dalam satu jangka masa yang panjang. PPIK juga dapat dibina melalui kajian tentang situasi yang terkawal oleh penyelidik dalam bidang pendidikan (Kastens 2004). PPIK berkembang melalui pembelajaran guru, pelaksanaan dan refleksi dan kolaborasi dengan guru lain. Pengetahuan guru ini bersifat praktikal kerana melalui proses penambahbaikan berasaskan kepada wisdom and practice untuk satu jangka masa yang tertentu (Shulman 1987). Justeru, refleksi yang dibuat daripada pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan akan membantu guru untuk merangka tindakan yang akan dibuat untuk memperbaiki kelemahan yang wujud dalam pengajaran dan menggunakan kekuatan yang ada untuk mencapai matlamat pengajaran untuk kefahaman juga mewujudkan suasana kelas yang kondusif supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan licin dan berkesan. Seorang guru harus ikhlas dalam niatnya untuk mendidik anak muridnya. Sekiranya seseorang guru itu benar-benar ikhlas dalam

tujuannya untuk melihat anak muridnya berjaya tentunya keikhlasan itu akan meresap ke dalam jiwa anak-anak muridnya dan dapat melembutkan hati mereka untuk menerima ilmu pengetahuan. Guru 59

ialah penentu yang akan mencorak generasi masa depan. Lengkapkan diri dan mantapkan ilmu di dada untuk menyuluh jalan kepada anak bangsa.

60

Rujukan Choong Lean Keow, phd (2008). Murid dan alam belajar. Kumpulan Budiman Modul Pengajaran Teknologi Penaksiran Pusat Pendidikan Luar UPSI (2011) Eee Ah Meng, Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Edisi Kedua Fajar Bakti (1993). Mok Song Sang, Ilmu Pendidikan KPLI. Kumpulan Budiman 2005 http://people,ucsc.edu/ktellez/shulman.pdf http://www.leeshulman.net.domains/pedagogical/content/knowledge.html

61

Self post(s)

|< > >| Author Message Topic : Guru bukan lagi sumber rujukan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. bincangkan. D049381 ROHAIMI BTE DOLLAH Replies :4 Views : 30

Page 1/6

General Forum : Forum 5 Posted On : 12 Nov 2011 07:43:12 AM Subject : Re : Guru bukan lagi sumber rujukan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. bincangkan. Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Guru adalah ibubapa di sekolah.Sebagai ibubapa, guru memberi kasih sayang, mendidik, mengasuh , melayan kerenah murid-murid dan guru juga sentiasa akan memastikan murid-muridnya dah makan ke belum, terutama murid-murid Tahun Satu. Jadi walaupun guru bukan lagi menjadi sumber rujukan utama murid mendapatkan maklumat, tetapi tetap menjadi tempat murid mendapatkan nasihat dan kasih sayang. General Forum : Forum 5 Posted On : 12 Nov 2011 07:22:10 AM Subject : Re : Guru bukan lagi sumber rujukan utama dalam proses pengajaran pembelajaran. Memang betul pendapat cikgu. Walaupun perkembangan teknologi telah mengambil alih peranan guru sebagai sumber rujukan, namun guru tetap berperanan penting dalam membimbing dan memberi nasihat kepada murid supaya tujuan murid menggunakan kecanggihan ICT untuk mencari maklumat tidak akan tersasar. Guru harus menggunakan segala kemahiran dan pengalaman yang ada untuk membimbing dan membentuk murid menjadi manusia yang bukan sahaja bijak tetapi tahu mengawal diri dari menggunakan kemudahan teknologi untuk mencari maklumat yang salah dan tidak bersesuaian dengan murid. General Forum : Forum 5 Posted On : 12 Nov 2011 07:01:47 AM Subject : Re : Guru bukan lagi sumber rujukan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran Saya sangat bersetuju dengan pendapat cikgu. Setiap maklumat yang diperolehi oleh murid melalui sumber lain seperti internet jika tidak dipantau, dikawal dan ditapis tentulah akan memberi kesan yang buruk kepada murid kerana banyak maklumat yang negatif boleh diperolehi daripada internet. Oleh itu, peranan guru sebagai pembimbing dan tempat rujukan tetap masih relevan hingga kesaat ini.

Topic : Guru bukan lagi sumber rujukan utama dalam proses pengajaran pembelajaran. D049381 ROHAIMI BTE DOLLAH Replies :2 Views : 30

Topic : Guru bukan lagi sumber rujukan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran D049381 ROHAIMI BTE DOLLAH Replies :3 Views : 27

Topic : Guru bukan lagi sumber rujukan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan. D049381 General Forum : Forum 5 Posted On : 12 Nov 2011 06:51:00 AM Subject : Re : Guru bukan lagi sumber rujukan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan. 62

ROHAIMI BTE DOLLAH Replies :4 Views : 21

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Walaupun guru bukan lagi sumber utama untuk mendapatkan maklumat, tetapi peranan guru sebagai MUDARRIS, MUADDIB dan MUALLIM tetap tidak berubah. Walaupun murid boleh memperolehi maklumat daripada sumber lain namun untuk membentuk akhlak manusia, tetap memerlukan guru.Saya tetap yakin bahawa guru tetap sumber utama bagi mempelajari Al-Quran dan belajar sembahyang kerana ilmu tanpa guru, adalah ilmu yang bertemankan syaitan. General Forum : Forum 5 Posted On : 12 Nov 2011 06:27:55 AM Subject : Guru bukan lagi sumber rujukan utama dalam proses P& P. Sistem pendidikan kini mengalami perubahan berikutan dengan perkembangan teknologi komputer dan telekomunikasi. Secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kurikulum serta proses pembelajaran dan pengajaran dan sekolah akan dibanjiri oleh maklumat yang dibawa oleh teknologi-teknologi maklumat baru.Oleh itu proses pembelajaran dan pengajaran memerlukan pendekatan yang lebih inovatif untuk mengambil peluang daripada perkembangan teknologi maklumat serta untuk menghadapi cabaran ini. Guru bukan lagi dilihat sebagai sumber rujukan utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran masa kini. Bersesuaian dengan dunia pendidikan yang bergabung dengan dunia ICT guru bukan lagi berperanan sebagai sumber utama memberi dan menyampaikan maklumat tetapi bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus untuk murid mendapatkan maklumat. Segala maklumat yang diperlukan murid semuanya dapat diperolehi daripada internet. Walaubagaimana pun pemantauan yang berterusan perlu dilakukan oleh guru dan peranan guru sebagai pembimbing dan pembentuk akhlak kepada anak didik tetap tidak berubah sedikit pun. Ini adalah kerana negara memerlukan golongan cerdik pandai yang berperibadi mulia pada masa hadapan kerana merekalah yang akan mencorakkan dunia pada masa akan datang.

Topic : Guru bukan lagi sumber rujukan utama dalam proses P& P. D049381 ROHAIMI BTE DOLLAH Replies :5 Views : 22

63

Self post(s)

|< > >| Author D049381 ROHAIMI BTE DOLLAH Replies :4 Views : 29 Message Topic : : Penilaian berbentuk formatif lebih baik daripada penilaian sumatif

Page 2/6

General Forum : Forum 4 Posted On : 12 Nov 2011 03:38:11 AM Subject : Re : : Penilaian berbentuk formatif lebih baik daripada penilaian sumatif Betul , saya juga sependapat dengan cikgu. Ujian fomatif dilihat lebih baik memandangkan keberkesanannya dapat dilihat selepas sesuatu kemahiran itu diajar. Ini bermakna seseorang guru itu dapat mengenalpasti murid yang dapat menguasai kemahairan yang diajar atau sebaliknya. Ia juga secara tidak langsung memberi peluang kepada guru melakukan aktiviti pengayaan kepada murid yang pandai dan pemulihan kepada murid yang lemah. General Forum : Forum 4 Posted On : 12 Nov 2011 03:21:17 AM Subject : Re : Penilaian Formatif lebih baik daripada penilaian sumatif Saya setuju dengan pendapat cikgu. Penilaian formatif adalah dilihat lebih baik kerana keberkesanannya dapat dilihat dalam jangkamasa yang singkat iaitu selepas setiap kemahiran itu diajar oleh guru. Ia secara tidak langsung dapat memberi kepada guru tersebut memperbaiki atau memberi penambahbaikan sama ada dari segi kaedah atau aktiviti yang dijalankan. Cuma kalau untuk pensijilan atau pengkelasan gred setiap murid, ujian sumatif dilihat sangat sesuai.

Topic : Penilaian Formatif lebih baik daripada penilaian sumatif D049381 ROHAIMI BTE DOLLAH Replies :6 Views : 31

64

Self post(s)

|< > >| Author D049381 ROHAIMI BTE DOLLAH Replies :3 Views : 14 Message Topic : Kemudahan komputer adalah asas kepada penyediaan bbm/bbb

Page 3/6

General Forum : Forum 3 Posted On : 30 Oct 2011 11:58:54 AM Subject : Re : Kemudahan komputer adalah asas kepada penyediaan bbm/bbb Sangat tepat pendapat puan. Komputer merupakan teknologi yang sentiasa bergerak ke hadapan dan ia merupakan bahan asas kepada guru dalam menyiapkan bahan bantu mengajar . Ia akan menjimatkan kos, menarik, menyeronokkan dan murid akan dapat melihat pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk yang berbeza. General Forum : Forum 3 Posted On : 30 Oct 2011 11:40:59 AM Subject : Re : Kemudahan Komputer adalah asas kepada penyediaan bahan mengajar/bahan bantu belajar Saya sangat bersetuju dengan pendapat anda. Komputer juga dapat menambah semangat murid untuk belajar dengan gambar-gambar yang menarik. Selain itu ia juga dapat membantu pelajar-pelajar yang kurang berkebolehan untuk menguasai sesuatu kemahiran. Komputer juga dapat membantu guru dan murid mencari maklumat dan membina bahan.

Topic : Kemudahan Komputer adalah asas kepada penyediaan bahan mengajar/bahan bantu belajar D049381 ROHAIMI BTE DOLLAH Replies :4 Views : 24

Topic : Re : Re : KEMUDAHAN KOMPUTER ADALAH ASAS KEPADA PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR/BELAJAR D049381 ROHAIMI BTE DOLLAH Replies :2 Views : 13 General Forum : Forum 3 Posted On : 30 Oct 2011 10:33:14 AM Subject : Re : Re : Re : KEMUDAHAN KOMPUTER ADALAH ASAS KEPADA PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR/BELAJAR Saya setuju Zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman dahulu. Murid-murid sekarang tentulah jauh berbeza dengan zaman kita menjadi anak murid. Kalau guru tidak mahir dalam ICT tentulah akan ketinggalan kerana murid lebih mahir dari guru. Amat tepat jika kita bergerak seiring dengan zaman. Jika murid diberi tanggungjawab meneroka dan mencari maklumat sendiri melalui komputer tentu murid lebih seronok dan tidak membosankan.

Topic : Kemudahan komputer adalah asas kepada pennyediaan bbm/bbb D049381 ROHAIMI BTE DOLLAH Replies :3 Views : 17 General Forum : Forum 3 Posted On : 30 Oct 2011 10:21:10 AM Subject : Re : Kemudahan komputer adalah asas kepada pennyediaan bbm/bbb Saya sangat bersetuju bahawa P & P menggunakan ICT akan dapat menarik minat murid untuk belajar. Untuk menarik minat murid 100 % ketika guru mengajar mungkin agak sukar sekiranya kita menggunakan kaedah ' "CHALK and TALK " sahaja.Tambahan pula bilangan murid yang 65

ramai di dalam sesebuah kelas tentu menyukarkan guru mengawal kelas.Jadi pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer sangat sesuai dan dapat menarik perhatian murid. Topic : kemudahan komputer adalah asas penyediaan bahan bantu mengajar/belajar D049381 ROHAIMI BTE DOLLAH Replies :3 Views : 16 General Forum : Forum 3 Posted On : 30 Oct 2011 10:09:30 AM Subject : kemudahan komputer adalah asas penyediaan bahan bantu mengajar/belajar Ramai yang berpendapat bahawa dunia hari ini berada dalam era informasi global iaitu informasi komputer. Kita dapat memanfaatkan komputer dengan berbagai cara seperti sebagai alat bantu mengajar, menulis, mengedit dan mengambil gambar, menganalisis data dan sebagainya. Tujuannya adalah agar setiap data yang diolah dapat menghasilkan informasi yang cepat dan tepat. Menurut pendapat Robert Taylor, peranan komputer dalam bidang pendidikan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu: 1. Sebagai TUTOR- Berperanan drbagai pengajar melalui pengajaran berbantukan komputer. Penggunaannya sebagai alat pembelajaran CBE (Computer Based Education) 2.Sebagai TOOL- Menjadi alat untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran seperti konteks pengajaran berintegrasikan komputer. Ia juga digunakan untuk mengolah data proses pembelajaran