60

SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian
Page 2: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

SYAIR NASIHAT

MUDA OMAR 'ALI SAIFUDDIEN

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELlA DAN SUKAN

Page 3: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Bandar Seri Begawan 2064 Negara Brunei Darussalam

O Muda Omar 'Ali Saifuddien, 1994

Cetakan Pertama, (Edisi Rumi) 1994

Hiasan Kulit Pg Haji Mohammad bin Pg Haji Duraman

Rupataip teks, Palatino 11/13 poin

Aturhuruf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam 7

Dicetak oleh Perdagangan dan Percetakan Bintang Sdn. Bhd., Brunei Darussalam

Page 4: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Prakata

SYAIR PERNAH memainkan peranan penting sebagai bahan hiburan dalam istana di kalangan raja Melayu. la merupakan genre sastera yang popular dan dominan pengaruhnya dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Dan di bumi Darussalam ini ia juga tidak terkecuali. Walaupun nisbah penduduk dan saiz Negara Brunei Darussalam ini cuma sejamput tetapi ia tetap kaya dengan khazanah sastera berupa syair seperti Syair Awang Semaun, Syair Si Mercu Gunung dan Syair Rajang.

Era peralihan atau pemula kehidupan Brunei Moden sebetulnya terakam dalam Syair Rakis; panorama ini diperlengkapkan lagi oleh syair-syair dedaktik, nasihat dan pengajaran melalui karya Muda Omar 'Ali Saifuddien (Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien) yang memaparkan kehidupan masa kini dan wawasan kehidupan masa depan. Almarhum bukan sahaja seorang negarawan yang terulung, bahkan juga seorang nasionalis dan sasterawan diraja yang terunggul. Empat faktor penting yang menyebabkan Almarhum dapat digolongkan sebagai penulis produktif dan kreatif ialah bakat, minat, persepsi dan komitmen.

Untuk mengenang jasa bakti Almarhum sekaligus memperingati tarikh terpenting di bulan September yang pernah diberi penghormatan oleh negara iaitu 23 September dan 29 September, Dewan Bahasa dan Pustaka kini mengambil punggur ke hadapan menerbitkansemula sebahagian daripada karya Almarhurn seperti Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat dan Rampaian Laih Syair dalam bentuk dan format yang baru serta menggunakan Sistem Ejaan Rumi Barn.

Menerbitkan semula syair-syair Almarhum bukanlah sepantas lirikan mata atau semudah tanggapan analisis terutamanya syair- syair yang asalnya dalam edisi Jawi. Petugas jabatan ini dengan beririt - berundan, membuat padanan dan semakan yang sekira-kira

Page 5: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

dapat dianggap hampir lengkap dan sempurna. Sekiranya terdapat sebarang kelebihan atau keistimewaan pada buku ini adalah semata-mata daripada taufik dan hidayah Allah jua; dan seandainya ada cacat-cinangga luar dalam buku ini adalah disebabkan para petugas jabatan ini yang masih daif dan kekurangan serba-serbinya.

Pengiran Haji Badaruddin bin Pengiran Haji Ghani Pemangku Pengarah

Page 6: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Ahuta sermata mula disurat seribu hana jadi hikayat si cekap perkasa jadi riwayat mudahan menjadi tamsil ibarat

Persang sijaya lagi menambah perbu hana sama berjumlah aubajana madana penghambur madah kira mendatangkan satu faedah

Dikabacubala pula mengikut karta maskalang madahnya lanjut kuparmala malai yang lemah lembut dengan kehendak Tuhan Yang Makbud

Ayuta singgahsana kalam terhambur si dewa-dewa perbu cara bertutur mudah-mudahan Allah mendulur kepada hamba-Nya berhati jujur

Berhati jujur berbetul niat tabah dan sabar selagi berhayat '

barang perbuatan hendaklah giat dapatlah jalan yang manfaat

Dengan kehendak Rabbulizzati sampailah maksud yang dihajati hendaklah kita berbuat bakti kepada Tuhan hendaknya mesti

Ayuta si dewa-dewa perbu penyudah bahawa syair madah digubah mudahan aka1 fikir ber-tambah segala perbuatan kerana Allah

Page 7: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Madah gubahan yatim yang lara yatim berjaya nama tertara tiada ada sanak saudara dengan berunding atau bicara

Allah Taala memberi aka1 dapat menyusun kalam sejangkal diberanikan hati serta tawakal syair dikarang aksara janggal

Tawakal kepada Tuhan Rabbana jangan mendapat bala bencana mudahan terdapat jalan sempurna jadi saudara di sini sana

Jangan sekali Tuhan dilupakan serta junjungan nabi pilihan Nabi Muhammad akhirul zaman ialah nabi membawa firman

Menyampaikan firman Tuhan semesta kepada umatnya sekalian rata tidak memilih miskin berharta semua itu dinasihat semata

Mengucap kalimah Tuhan Yang Esa hendaklah amalkan senantiasa baik di bandar atau di desa jangan tertinggal biar biasa

Wahai anakanda muda jauhari hendakmu tuan fikirkan diri jangan berbuat sebarang ugari ilmu pengetahuan baik dicari

Page 8: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Menuntut ilmu sangat disuruh jangan memilih dekat dan jauh hendaklah diaji bersungguh-sungguh mudahan menjadi pelita suluh

Muda berbangsa cahayanya ayah berlemah gemalai menghamburkan madah semakin berbangsa semakin merendah buatkan amalan jangan bersudah

Dunia akhirat tiada rugi jauh daripada nama yang keji dengan izin Allahu Rabbi menambahkan pangkat darjat yang tinggi

Wahai anakanda emas tempawan cahaya mata ayahandamu tuan bersegera mencari ilmu pengetahuan itulah senjata yang setiawan

Ialah senjata amat berguna dapat dibawa ke sini sana walau dibawa ke mana-mana tidak sekali terkena juajana

Ialah sahabat yang pengasih barang setapak tidak beralih boleh dijadikan pahlawan terpilih kebal dan kuat tiada digalih

Payah mencari sahabat begitu di sini sana ia membantu tiada bercerai barang sewaktu kepada kita hatinya tentu

Page 9: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Demikian ringkasan tajuk karangan untuk panduan emas gerangan amat-amatilah wahai timangan janganlah leka malam siangan

Inilah saranan dan keterangan ayahanda huraikan sedapat-dapatnya mudahan ada manfaatnya kepada kita dapat rahmatnya

Mudahan Tuhan memberi rahmat kepada kita sekalian umat yang mencintai serta bertaat hingga sampai hari kiamat

Mencintai Allah jangan berhenti mengingatkan Ia berserta hati itulah pegangan yang sejati dunia akhirat menanglah pasti

Dunia akhirat tiada kalah seberapa banyak lawan berjumlah kemenangan besar kita dapatlah jika dengan takdir Allah

Wahai anakanda muda teruna delapan bersaudara emas kencana inilah huraian tajuk mengerna untukmu tuan mudahan berguna

Allah menjadikan sekalian kita manusia namanya nyata walih daripada makhluk yang lata kemuliaan kita ada berserta

Page 10: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Pertama akal diberikan Tuhan mata dan mulut dijadikan bahan telinga dan hidung serta kekuatan supaya dapat berpemsahaan

Supaya dapat kita berikhtiar menurut perintah-Nya janganlah ingkar menjalankan usaha berserta sabar tawakal kepada Allahu Akbar

Aka1 diberikan untuk berfikir dapat membezakan tanah dan pasir membezakan Islam dengannya kafir yang mana hat yang mana mungkir

Dengan akal dapat membezakan intan dan batu dibandingkan emas dan perak dapat dipaterikan perkara yang sulit senang dimudahkan

Kedua mata untuk melihat dapat memandang ke laut ke darat tujuan betul tiada larat membezakan bersih dengan berkarat

Menyatakan putih dan warna hitam mengetahui siang dan juga malam yang mana yakut yang mana nilam yang mana akik yang mana pualam

Dikurniakan-Nya mulut kepada kita , dapatlah mengeluarkan sebarang kata ' menurut maksud dan cita-cita : supaya didengar dengannya nyata

Page 11: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Hendaklah diingat kita di sana mengeluarkan madah hendaklah baina tutur bahasa biarlah kena kepada sekalian mulia dan hina

Jangan dipilih kepada sesiapa mengeluarkan madah hendaklah jaga perkataan halus mesti dipuja nama yang baik akan tersanja

Akan mendapat nama yang harum dari segala bangsa dan kaum daripada bahasa nama tercantum laksana bunga kembang sekuntum

Laksana bunga kembang di taman sesiapa memandang hatinya tertawan sukar dicari payah dilawan menimbulkan suka hilanglah rawan

Mulut dan lidah yang ketiganya kurnia Allah amat murahnya besar gunanya kepada hamba-Nya tiada dapat dinilai harganya

Yang keempat yatim berkhabar diberikan telinga untuk mendengar kurnia Tuhan Allahu Akbar kepada kita hendaklah sedar

Hendaklah ingat pengurniaan-Nya dengan telinga kita mendengarnya jika tiada tentulah tulinya tidak mendengar barang satunya

Page 12: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Kelima hidung diberikan pula dapatlah mencium segala-gala jadi pedoman padamujala jangan termakan benda yang cela

Erti cela ialah busuk jika termasuk jadi merasuk dengan penciuman dapat menunjuk benda yang baik atau tak elok

Keenam kaki berserta tangan ditambah pula dengan kekuatan kepada kita Allah kurniakan akan membantu segala perbuatan

Kira tiada tangan dan kaki tentulah kita merasa rugi pekerjaan tiada dapat dipasti susah melalui jambatan dan titi

Wahai anakanda malai suntingan carilah ilmu panjang rundingan fikir sempurna ditinggal jangan ambillah ia buat pedoman

Tuhan memberi aka1 fikiran buat membezakan manusia dan haiwan diberikan kaki dan juga tangan berserta kekuatan dan kesihatan

Kekuatan diberi di dalam sihat sebagai mata untuk melihat sampai berusaha berbuat taat di dalam dmia untuk akhirat

Page 13: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Gunakanlah segala pemberian Tuhan di jalan kebajikan diperintahkan usaha jangan diberhentikan mencari rahmat yang dicucurkan

Rezeki diturunkan Tuhan Rabbana untuk kehidupan kepada hamba-Nya di dalam dunia penuh olehnya marilah kita mencari dianya

Jalan mencari ialah ikhtiar gunakanlah pemberian Allahu Akbar gunung dan padang tempat berkisar jalankan usaha hendaklah sabar

Tatkala berusaha hendaklah tabah hati di dalam jangan gelisah serta tawakal kepada Allah perkara yang sukar menjadi mudah

Kuranglah elok bagi muslimin menggunakan fikiran dari yang lain nanti selalu kena permain sebab tiada pandai bermain

Hidup di dunia hendaklah berikhtiar mendaki gunung masuk belukar di sana merasa sakit dan sukar barulah dapat kita mengejar

Nyaman dan sakit mahu dirasai \

dapatlah kita fikirkan diri di situ datang fikiran sendiri ke mana tempat hendak diedari.

Page 14: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Wahai anakanda cahayanya ayah kemudian senang dahulukan payah jika berlawan harus tak kalah tidak merasa penat dan lelah

Bukan seperti zaman yang jauh sanak saudara semua berkampuh pangkat keturunan menjadi sauh tiada bergerak kapal berlabuh

Akan masa sekarang ini Negeri Siam terlalu sunyi pengait pengaruk tiada di sini dagang senteri dari sana sini

Berjual beli dengan teratur sungguhpun banyak kumis dan pitur jarang berlaku cara yang kotor semuanya itu undang-undang mengatur

Dengan adanya undang-undang dibuat hendaklah menuntut dengannya kuat jika lemah tentu melarat tuju ke timur s e a t ke barat

Ilmu itu adalah panduan ke mana-mana tuiuanmu tuan bukan utara dan bukan selatan di tengah-tengah tempat berjalan

Nasib ayahanda yatim nestapa ilmu di badan tiada berapa duduk tiada beribu bapa

. menunggukan tegur ataupun sapa

Page 15: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Nasibnya badan yatim umpama ke sana sini tempat menjelma ke timur ke barat dan ke paksina belum mendapat fikir yang kena

Nasib sungguh badan terlalu laksana bumng tiada berbulu bukan sebagai zaman dahulu tatkala ninda betara penghulu

Tatkala ninda marhum yang lindung sanak saudara berayun punggung ke sini sana tiada ringgung umpama rumah mempunyai sokong

Ayahanda umpama seekor bayan mengeluarkan madah banyak rampaian tetapi tiada mempunyai pelayan salah seperti orang bibiran

Nasibnya sungguh yatim piatu tidak mempunyai saudara suku keyampang sahabat tampil membantu maka mendapat fikir bermutu

Menyebabkan dapat fikir berjalan bantuan dari handai taulan dengan kehendak Malikuldayan baru mendapat fikir handalan

Dengan kehendak Rabbulizzati berasa lapang fikir di hati

Page 16: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian
Page 17: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Rukun iman enam perkara gunanya besar tidak terkira hendaklah tuntut dengannya segera supaya terlepas daripada mara

Mara itu halnya keji dunia akhirat tidak terpuji bahkan mendatangkan beberapa rugi kepada kita yang mendekati

Wahai anakanda muda budiman di sini dinyatakan rukunnya iman iaitu enam kepada hitungan menetapkan hati muda bangsawan

Pertama percaya kepada Allah adanya Tuhan tiada berubah tidak dapat dipisah-pisah dengan hamba-Nya yang sangat lemah

Setiap masa Tuhan berada tetapi tak dapat dipandang mata menjadikan dunia alam semesta serta makhluk-Nya yang melata

Tak payah dikaji soal memandangnya alam ini jadi saksinya dan juga makhluk dijadikan-Nya Tuhan itu mesti adanya

Inilah dalil ayahanda nyatakan . tidak kuasa hendak menghuraikan . . .

tidak terdaya hendak menerangkan kepada ulama sila tanyakan

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Page 18: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Kedua percaya kepada rasul-Nya untuk menyampaikan segala firman-Nya di dalam dunia jadi utusan-Nya kepada sekalian hamba dan makhluk-Nya

Kepada rasul-rasul wajib dipercayakan menjadi rasul diangkat Tuhan kepada kita membawa utusan iaitu kitab dan juga Quran

Menyampaikan maksud hajat umatnya kepada Tuhan yang sebenarnya menyampaikan nikmat anugerah Tuhannya berserta rahmat kepada makhluk-Nya

Dengan adanya rasul pilihan dapatlah nasihat yang berkesan menggalakkan kita berkasih-kasihan manusia sejahtera berhampir-hampiran

Menasihat ulama supaya tampil mengajar kepada orang yang jahil nasihat buatkan contoh dan dalil jangan sekali berbuat degil

Rasul itu pesuruh Allah arif bijaksana lagipun petah

i

berlemah lembut mengeluarkan madah dengan bersifat sangat amanah

Bersifat amanah berserta arif membawa hukum assyarak assyarif kepada makhluk-Nya yang sangat daif kebajikan mudahan bertambah kaib

Page 19: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Rasul bersifat kepercayaan berserta benar lagi pilihan bijak bestari lagi dermawan itulah baginya kemuliaan

Bersifat mulia bukannya papa halus manis tegur dan sapa cerdiknya bukan lagi terjelapa tidak sekali membuat derhaka

Barang katanya amatlah benar jauh sekali berbuat onar tutur katanya tiada kasar segala katanya jadi penawar

Jadi penawar perbuatan yang jahat fikirannya lancar bukannya singkat hendaklah dengar serta diikat kepada kita menjadi ubat

Yang ketiganya yatim nyatakan kepada malaikat kita percayakan bukannya sebagai sebut-sebutan sebenar menjadi satu kewajipan

I ! Wajiblah kita mempercayainya . . ,. :.,{ ., i

:?:J

akan segala malaikat-Nya . . ..,:I .%

' berserta yakin akan adanya 5 I I ' ,L

1 , sangat bertaat kepada Tuhannya . .A i- $:L 1 .L 1

1

. , . kepada Tuhan Yang Maha Kaya , ,

berbuat bakti lagi setia beriktikadlah kita kepadanya dia

Page 20: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Sungguhpun tiada dapat dipandang tertulis di dalam undang-undang itulah kitab yang terbilang ialah Quran yang amat cemerlang

Keempat pula segala kitab percaya dengan hati yang tetap jangan dibiar ia terlakap nanti kita juga yang langkap

Hendaklah per cay ai segala kitab-Nya tentu mendapat manfaatnya dunia akhirat besar faedahnya tiada mendapat kerugiannya

Sebenarnya Quran diturunkan Allah difirmankan malaikat disuruh menyerah kepada Muhammad nabi yang tabah hendaklah yakin jangan gelisah

Nabi menerima dengannya taat daripada Jibril tiada liwat lalu menghafaz dengannya giat dibacakan kepada setengah sahabat

Quran itu sangat mulia mengandungi ilmu segala-gala sesuai dengan masa cakerawala hingga kiamat daripada mula

Daripada mula dunia dijadikan hingga kepada hari kemudian segala cara ilmu pengetahuan semuanya terkandung di dalam Quran

Page 21: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Kelima percayakan hari kiamat buat menentukan pekerjaan umat dosa pahala dikira cermat akan menerima balasan muktamad

Orang bahagia masuk ke syurga yang mana ingkar jatuh ke neraka di dalam syurga bersuka-suka di dalam neraka tergapa-gapa

Orang yang berbuat banyak ibadat di dalam syurga ia terlekat bersuka ria dengan sahabat kaum keluarga yang sepakat

Sanak saudara yang seumpamanya membuat ibadat sepanjang hayatnya mereka dimasukkan bersama-samanya tidak dipilih apa mertabatnya

Bangsa mertabat tidak dikira atau kerabat saudara-mara jika berbuat ibadat bahagia di dalam syurga kayalah dia

Siapa berbuat kerja maksiat di dalam neraka ia terikat segala maksud semuanya tersekat habislah lucut mertabat pangkat

Takbur dan ria habisnya pani sombong dan bongkak semuanya sunyi gagah perkasa tiada berani terlebih kecut daripada jerami

Page 22: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Hatinya kecut bukan kepalang sesalnya datang berulang-ulang suaranya besar tiada menalang badannya umpama burung selalang

Jangan sekali perasaan takbur sombong dan bongkak jangan didulur hasad dan dengki biar dilebur buatlah ibadat berserta syukur

Untung baik untung jahanam daripada Tuhan hendak difaham itulah rukun iman keenam lekatkan kepada hati di dalam

Percayakan untung baik dan jahat daripada Tuhan yang berkudrat ikat di hati berserta ingat oleh kita hamba dan umat

Sebenarnya itu daripada Tuhan kepada kita hendaknya memikirkan amat-amati dan selidikkan misal jalan raya dua tembusan

Hendaklah diingat kita di sana jalan yang baik ada di sana jika tembus kita ke sana terlepas daripada bala bencana

Jika diikut jalan yang jahat hajat dan maksud harus tersekat di tengah tembusan akan terlekat akhirnya kita dapat mudarat

Page 23: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Ibadat kebajikan kita perbuatkan adalah rahmat daripada Tuhan jika maksiat kita lakukan kita sendiri punya kebodohan

Perbuatan baik ada balasnya perbuatan jahat seksa lawannya hendaklah kita mengingatinya hukum syarak mengatakannya

Setakat inilah ayahanda menghurai terlebih jauh tiada pandai bukan diaji hanya terhurai di telinga ayah awangku malai

Tiada kuasa hendak memanjangkan I sekadar ayahanda mendengarkan I daripada mulut yang membunyikan

nama diaji sekali bukan

Bukan diaji bukan dituntut sekadar mendengar daripada mulut tatkala ayah duduk di sudut di penjuru ceramah malam maulud

Wahai awangku muda yang sedar jikanya intan hendak belajar guru sebenarnya baik diunjar baru mendapat ilmu yang lancar

Jangan diturut jejak ayahanda sekadar belajar sedikit saja masa dan waktu tiada memada leka dengan bergurau senda

Page 24: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Belajar hanya sambil-menyambil ke sana sini membuat degil tidak memahami benda berhasil bersenda leka berbuat jahil

Tuntutlah ilmu bersungguh-sungguh disertai dengan hati yang patuh ibarat tanaman pastilah tumbuh dapatlah nikmat buah diluruh

Buahnya dapat kita nikmati lebih-lebihan kita bahagi kepada siapa yang menghendaki tidak sekali mendapat rugi

Inilah keadaan orang beriman pegangan teguh lagi budiman segala perbuatannya amat siuman menurut hadis berserta firman

Kepada Tuhannya tiada lupa membuat perusahaan berjaga-jaga jarang mendapat bala menimpa akan menerima untung dan laba

Wahai malaiku intan dikarang carilah ilmu dari sekarang tuntutlah ia ke tanah seberang jangan sekali berhati goyang

Jangan diikut masa yang lalu zaman datukanda bentara guru sungguhpun ilmu tiada dipangku tetapi sepakat bantu-membantu

Page 25: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Masa ini dikatakan moden ukurlah langkah supaya padan sebarang kelakuan biarlah tampan di khalayak ramai tidaklah sopan

Dikatakan moden konon khabarnya sangat berbeza demikian cakapnya sebilangan mulut mengatakannya cara dan gaya banyak tambahnya

Berselisih daripada berita Quran cara moden adalah dahan dimisalkan pokok buah-buahan asalnya biji pada permulaan

Tatkala sudah ditanam benihnya carikan baja dan lain-lainnya melekaskan subur pohon tanamannya berdahan beranting banyak bunganya

Dengan usahalah menambahkan sesuatu bukan baru dari dahulu semuanya ada disebutkan di situ di dalam Quran Tuhan Yang Satu

Tuhan satu bukannya dua tiada sesiapa menvamai Dia makhluk s'ekaliankdak berdaya melebihi kuasa Tuhan Yang Kaya

I

Dikatakan moden hanya sebutan daripada makhluk pada perasaan tiada dapat dibuatkan bahan sebenar usahalah diizinkan Tuhan

Page 26: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Berusaha bersungguh-sungguh tabah dan sabar berhati teguh dapatlah emas bukan bersapuh kepada manusia menjadi contoh

Jangan sekali berputus asa memohon kepada Tuhan Yang Esa menjalankan ikhtiar setiap masa untuk kebajikan bangsa dan nusa

Berusaha bagi muslihat ramai terhadap saudara taulan dan handai kerana kemakmuran negara yang permai aman sentosa mudahan ramai

Bersefahaman bersatu niat menegakkan negara biar selamat jangan membazir hendaklah jimat itulah doa yang keramat

Doa mustajab mengalahkan walang dapat digoncang payahkan tumbang walau berkumpul laskar hulubalang bendera kapak bukan bercabang

Bendera kapak bukan bersumbat peluru meriam tiada mendekat Kota Manggalela bukannya pukat di luar kain peluru tersekat

Wahai emasku malai suntingan sadang bergalut malam siangan ayahanda memandang sayang-sayangan carilah ilmu fikir rundingan

Page 27: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Sayangnyaayahbukankepalang akan emasku wajah gemilang unjarlah aka1 yang terbilang hingga ke gunung Bukit Si Guntang

Sehingga mendaki Gunong Maulu menaiki bukit Gunong Kinabalu Gunong Kerbau tinggi terlalu jangan sekali berhati pilu

Berhati rawan rasa gelisah di dalam hati biar dipisah mencari ilmu bukannya mudah dengan pelajaran otak dibasah

Otak disiram dengannya ilmu segala dibuat tiada jemu iblis tiada dapat mensamu

I nikmat dan rahmat dapat dijamu

Nikmat dan rahmat perjamukan kepada saudara handai taulan bangsa dan nusa berkebetulan tiada siapa menyalah akan

(

I Rukun Islam lima perkara 1 ilmu hulubalang yang perwira I , tiada takut mengadang mara ! dengan izin Allah terpelihara I

I i 1 Mengata dua kalimah syahadat

berhadap kepada Tuhan Yang Ahad i

I 'I 4 i Nabi Muhammad pesuruh yang taat \ cerdik bijaksana lagi umanat

Page 28: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Kalimah disebut lidah dan bibir berserta hati janganlah mungkir tanamkan di hati bukan di pinggir biar pelikat janganlah cair

Bekukan di hati sentiasa mengenal Tuhan setiap masa Dialah Tuhan Yang Berkuasa Tuhan kepada makhluk yang lata

Dengan sesuatu jangan disekutukan dengan sekalian jangan disamakan niat di hati kita sematkan kepada Tuhan kita tumpukan

Firman dan hadis mestilah yakin ikut di hati berserta ingin barang perbuatan tiada dingin akan mendapat nama yang mukmin

Kedua sembahyang setiap waktu lima kali sehari telah ditentu kasad di hati mesti menuju kepada Allah Tuhan Yang Satu

Waktu sembahyang jangan taswis jangan mengerling atau memalis semangat kita janganlah tipis nanti dirosak olehnya iblis

Khusyuk tawaduk berserta pula menghadap Tuhan Azzawajalla jangan diingat segala-gala bersihkan hati bagai gemala

Page 29: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Sembahyang jangan kita lupakan jika tertinggal mesti qadakan tetapi jangan disenghajakan tentulah seksa yang dibalaskan

Seksa nanti akan balasnya siapa meninggalkan sembahyangnya dunia akhirat sangat ruginya hukum syarak mengatakannya

Ketiga puasa bulan Ramadan pada siang hari ditegah makan sebelum fajar menampak akan hingga maghrib baru dibenarkan

Puasa itu besar faedahnya melatih semangat kita semuanya lapar dan kenyang dapat dirasanya segala perasaan dapat ditimbangnya

Keempat zakat dikeluarkan kepada bilangan yang ditentukan apakala sampai masa ditetapkan mengeluarkan zakat jangan dienggankan

Apabila sudah sampai nisabnya berikanlah zakat dengan segeranya pada yang berhak menerimanya kekal dan berkat segala hartanya

,& 3

:?*

Harta pusaka intan berlian .,*" j& .& semuanya itu akan berkekalan .$, -%

asalkan menurut uerintah Tuhan &

Page 30: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Zakat itu sangat dermawan mendamaikan miskin dengan hartawan berlimbai kangkung sama berkawan bersama-sama bersetiawan

Berfaedah sungguh memberi zakat mengikat manusia supaya muafakat bersaG hati yang manfaat bertimbang rasa biar pelikat

Kaya dan miskin tiada bergaduh ikatan muhibah menjadi teguh tiada berlaku tuduh-menuduh lanun tiada berani menempuh

Naik haji rukun kelima bila upaya kita ke sana janganlah lengah atau tak baina cukupkan mkun biar sempurna

Apabila cukup ringgit di tangan janganlah hendak kita ringankan serta tiada yang diingaukan wajiblah kita menunaikan

Pada hukumnya terkena wajib pergi ke Mekah menyusun tertib di situlah tempat kita beratib dari isyak hingga maghrib

Setakat inilah huraian ayahanda keterangan pendek tidak memada inilah ingatan dalam dada entah benar entah .tiada

Page 31: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Huraiannya banyak bukan sedikit jika ditompok mengalahkan bukit simpulnya teguh bagai dianggit tajam seperti si pisau luncit

Tajamnya menyugin landak siapa pun baik tiada terpijak segala-galanya dapat ditolak menyelamatkan orang yang banyak

Iblis syaitan semuanya takut tiada dapat mendatangkan karut jauh sekali dapat mengugut dari jauh-jauh sudah diacut

Sekali tiada dapat menghampiri semuanya itu sawan dan ngeri dari jauh bulu berdiri

1 apabila hampir terus berlari

Iblis dipandang tiada dapat dari jauh ataupun dekat jika dibanding sebagai pikat tubuhnya cantik muka berkalat

Mukanya seperti gambar gergasi lidahnya bercabang ulu berasi tetapi ilmunya sangat mengasi ke sana sini jarangkan basi

Barang siapa lembut semangatnya di sanalah selalu terkena hikmatnya di mana saja tempat perginya berbuat pesona itu kerjanya

Page 32: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Umpat-mengumpat setiap hari tiada memandang kanan dan kiri sanak saudara tidak digemari namanya sahaja konon yang bahari

Namanya hanya konon terbilang nama yang lain habis dihilang kejahatan orang semua dijulang penyakit kuman dikatanya balang

Jika mengikut kata pepatah umpama semut dengannya gajah itulah misalan iblis berlidah barang sedikit tiada salah

Semut dilihat seberang lautan gajah yang dekat tidak kelihatan suaranya seperti ketam parikan tiada berani tampil berhadapan

Jika berhadapan hati kecut matanya sudur seakan riput mulutnya berat sebagai dikarut sepatah tiada ia menyahut

Perangai iblis tersangat pintar jika dinampaknya kitani gentar beranilah ia membuat onar keluar suaranya yang hingar-bangar

Suaranya seperti bunyi temparik siapa mendengar harus tertarik kepada ia berbuat baik sebab takutkan ia mengarik

Page 33: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Difikirlah ia orang berani rupa hatinya takutkan pani membuat olah hanya gerini menakutkan orang ke sana sini

Jari tangannya tertunjuk-tunjuk tidak memilih manusia makhluk itulah pekerti iblis yang kutuk daripada bangun hingga mengantuk

Dijauhkan Allah berolah begitu menurut kelakuan iblis dan hantu mudahan iman di dada beku duduk di hati keras membatu

Mudahan Tuhan memberi iman I yakinkan hadis dan juga firman I itulah senjata melawan syaitan I 1 I

memihit ilmunya dan kekerasan I

Seberapa ilmunya habis terhenti kita tiada lagi mengamati kerana ilmunya seakan mati tiada terjalan dekat terhenti

Wahai anakku muda sempurna berbuat baiklah di mana-mana jangan dipilih mulia hina sehingga bangsa wijrang dan berma

Jangan memilih agama dan bangsa berbaik-baiklah senantiasa hendaknya jangan lupakan jasa di situ kelak dapat sentosa

Page 34: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Bangsa dan agama bukan soalnya kerana berbaik dilakukannya kepada siapa yang dijumpanya perangai yang baik mahal harganya

Jasa yang baik jadi kenangan peribahasa itulah bayangan perbuatan yang baik bukan larangan hendaklah diamalkan wahai gerangan

Amdkan dia berserta yakin bukan sahaja zahir tetapi batin itulah pakaian orang yang mukmin tertulis di buku Taj ul-Salatin

Jangan ditiru kelakuan yang sombong faedahnya tiada masuk terhitung di sana kelak kita terpelincung ke jalan yang papa lagi terpesong

Misalkan tong tiada isinya jika dipalu besar bunyinya sombong itu hanyalah lagaknya terkadang benci orang padanya

Pekerti yang baik berbahagia pemikat hati segala manusia hendaklah pandai kita menggaya mudahan mendapat nama mulia

Turutlah ilmu moyangandamu tuan raja yang mempunyai banyak pengalaman raja yang berani lagi budiman pernah berperang jadi pahlawan

Page 35: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Jadi pahlawan memimpin tentera memerintahkan negara jangan tercitera menziarah negeri beberapa negara hingga sampai Negeri Sumatera

Moyanganda yang lindung sangat berani tiada khuatir pana dan pani di jalan yang benar ia bertahani perkara yang baik ia layani

Perbuatan yang baik ia galakkan yang mana jahat ia elakkan segala peraturan disuruh kerjakan semuanya itu untuk kebajikan

Untuk kebajikan nusa dan bangsa menjalankan hukum Tuhan Yang Esa mentadbirkan rakyat sangat perkasa sekalian rakyat aman sentosa

Rakyat seperti daun keladi ramai rimbun kakak dan adi khatib dan imam berserta kadi menjalankan syarak seribu pati

Bersalahan seperti adat sekarang orang meniru adat sebarang akalnya besar fahamnya kurang burung tekukur disangka helang

Burung murai dikatakan merak terkadang disangka si burung gagak jangan suka bermain agak

. saudara handai juga yang rosak

Page 36: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Cubalah tiru pendapat silam ambil sedikit biar difaham kira dibaca sebagai nazam mudahan bercahaya janganlah muram

Akan pendapat orang dahulu sungguhpun mereka tiada berguru ataupun pandai bahasa baru tetapi faham perihal yang lalu

Akan pendapat orang bahari elok juga dipelajari dapatlah faham berita peri perkara yang lampau wahai jauhari

Adat yang lama biar dijiwakan jangan sekali kita habiskan nantinya kita diketawakan oleh yang lain yang melihatkan

Wahai pakulun emas tempawan dua perkara telah merawan jadikan panduan muda rupawan buat mengubat hati yang rawan

Seperkara lagi ayahanda huraikan genapan ketiga yang dinyatakan namanya ihsan yang dikatakan hanyalah sedikit yang dihuraikan

Menuntut maaf pada membaca kiranya salah atau berbeza dari pendapat karangan yang nyata yatim sedia menunggu berita

Page 37: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Yatim mengatakan rukun tertera memohon teguran pada saudara kiranya tak betul atau tercedera sila tunjukkan dengannya segera

Dagang menyurat syair diatur semena-mena rukun ditutur hendak ditarik sudah terlanjur menuntut nasihat berserta tegur

Dengan nasihat tegur tertentu jadi pelajaran yatirn piatu janganlah saudara berhati mutu dengan teguran nampak bersatu

Bersatu hati sama fikiran untuk kebajikan adakan teguran menghindarkan daripada ke keliruan bersamalah kita bertegur-teguran

Bersama nasihat-menasihati barang kerja dapat dipasti jangan sekali berat-memberati bantu-membantu yang dihajati

Membantu di dalam serba-serbinya dijalankan kebajikan itu hendaknya bersama-samalah menjalankannya berjayalah maksud yang dihajatnya

Berjaya maksud dengan izin Allah perkara yang benar bukannya salah sekira bersama kita sejumlah haruslah susah hendak dikalah

Page 38: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Kalah dan menang di tangan Tuhan kita tiada dapat menentukan meminta mudahan Allah kabulkan jalan yang baik yang disuruhkan

Jalan disuruh Tuhan Rabbana dapat mengatur dengan sempurna. jangan mendapat bala bencana begitulah maksudnya wahai teruna

Berhenti dulu maaf dituntut rukun ihsan pula disebut itulah ilmu hendak dituntut darjatnya tinggi awan diliput

Harganya mahal tiada terperi di dalam dunia payah dicari jika teramal muda jauhari akan mendapat nama bestari

Ihsan bermakna ialah ibadat akan Tuhan Allahu Ahad buatlah ibadat dengannya giat bahawa Tuhan Amat Melihat

Amat Melihat perbuatan hamba-Nya tidak terdinding oleh sekaliannya beribadatlah dengan sesungguhnya seolah-olah melihat Dianya

Kita tak dapat melihat Tuhan tetapi kita dilihat Tuhan kerja perbuatan dan perasaan tidak terlindung daripada Tuhan

Page 39: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Tiada terlindung dari pandangan-Nya kesemuanya itu diketahui-Nya amal ibadat dan lain-lainnya tiada terhijak daripada-Nya

Wahai malaiku muda jauhari setaka t inilah a y ahanda berperi tiada kuasa menjalankan jari ilmu sejemput dipelajari

Ilmu diaji hanya sekerat sempat belajar masanya singkat sungguhpun hati tersangat kuat memahaminya sangatlah berat

Hukum Allah sangat luasnya tidak ada tolok bandingnya. pelajarilah ia dengan sungguhnya fahamkan di hati yang sebenarnya

Hukum yang adil berserta permai hendaklah faham serta dipakai supaya elok budi perangai membersihkan diri seperti marmai

Hendaklah bersihkan dirinya kita berlemah lembut mengeluarkan kata' kepada saudara taulan berserta keaiban orang jangan dinyata

Aib dan cela jika didapatnya miskin dan hina seumpamanya janganlah kita mengatainya atau menjunterahkan hal-ehwalnya

Page 40: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Menjunterahkan perihal saudara sahabat tidaklah elok tetapi jahat nampaknya kita tidak sepakat itulah dinamakan umpat-mengumpat

Mengumpat itu halnya keji dunia akhirat tiada terpuji semua orang kelak membenci kitalah juga mendapat rugi

Kejahatan terbalik kepada pengumpat di sana sini namanya jahat barang katanya tidaklah lekat siapa mendengar tiada mengikat

Umpat-mengumpat jangan sekali kepada dirinya juga kembali keburukan saudara jangan dikali hubungan muhibah tiada bertali

Tiada bertali untuk menyimpul nama yang baik harus tak timbul misalkan rumput si umpul-umpul ibarat pisau yang sudah tumpul

Wahai saudara handai taulan amatilah dahulu sebelum berjalan jangan berhenti setengah jalan atau menjadi penyesalan

Tatkala kita membuat kerja fikirkan dahulu sebelum dijaja jika membaca dahulukan eja kejahatan orang jangan dipuja

Page 41: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Ya Ilahi kupohonkan iman supaya kalbu dapat siuman hati di dalam mudahan aman dengan izin Allah Khalikul Rahman

Dapat siuman kalbu menyedar dikurniakan Tuhan Malikul Jabar mudahan tetap dari berdebar penyudah kisah bukannya gemar

Bukannya gambar dura terlembah penglipur rawan kalbu yang gundah ditamatkan syair kasih bertambah pada pakulun muda yang petah

Kasih bertambah muda muktabar syair dikarang tiada berdatar mudah-mudahan jadi penghantar ke hadapan majlis molek dan langsar

Mudahan jadi penghantar kalam jari dipalu timbul tenggelam tamatlah syair wallahuaklam buat bacaan permata nilam

Tamatlah syair gurindam teduh tengah malam hampirkan subuh unggas opak tiada bergaduh bulan pun terang bagai disapuh

Hampir subuh lepas isya bulan terang tiada berlapis berbudi baik menimbang rasa inilah pesanan susunan habis

Page 42: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Bulan terang awan berlapis pahlawan menambat bulang di ulu di dalam syair perkataan habis jika terlambat sabar dahulu

Baik merampun sarang ketumbar menggubah bunga di atas gata walau menimbun darah mengobar payah hendaknya mengubah kata

Mengubah kata tiada sekali berubah iman jadi pemali kiranya badan menjadi duli sekali tiada dagang peduli

Pahlawan Anum raja perkasa menjadi ratu di tanah Jawa hadis dan firman maha berbangsa di dalam iman berbuang nyawa

Buah rukam kusangka manggis pokoknya rendang dilihat indah kalam patah riwayatnya habis dendam bercinta harus tak sudah

Dengarlah tuan suatu rencana syair karangan dagang mengerna sekiranya tertulis cinta gulana menghabiskan kertas di kedai Cina

Inilah pesan dagang tendarman sahabat handai tetapkan iman bersenda leka siang malaman tiada mendatangkan tenteram dan aman

Page 43: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Sahabat handai muda kencana inilah permintaan dagang yang hina lamun membaca syair kelana bawa ke sini jangan ke sana

Wahai malaiku muda jauhari cahaya mata ayahanda berperi menutup madah rasa pun ngeri kalam terlepas daripada jari

Wahai saudara yang sepancir sekalian kerabat yang sama sipir sahabat handai yang sefikir jangan disangka dagang menyindir

Karangan terhurai bukan sindiran hanyalah paduan sajak campuran sekadar penglipur hati yang rawan mandam hayali bertempiaran .

Syair dikarang buat penglipur susunan sajaknya tiada teratur umpama tanaman tiada subur tetapi dagang mengata syukur

Mengucapkan syukur kepada Allah dapat mengukir kata sepatah sungguhpun tiada bertahan tabah kalau-kalau menjadi misal pepatah

Buat penyudah madah disusun disertai pula sebuah pantun untuk bacaan wahai ingsun muda tempawan emas pakulun

Page 44: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Kapal tambang negeri seberang berlabuh di Kuala Inderagiri jangan menggunakan fikiran orang dijadikan kepada fikiran sendiri

Tiap-tiap manusia mempunyai akal ada yang panjang ada yang sejengkal ada yang tipis ada yang tebal usahakan dia jangan dikumpal

Jangan dikumpal fikiran singkat suburkan dia seberapa dapat misalan ikan jangan dipukat bahas muzakarah dengan sepakat

Buat menyuburkan akal dan fikir dalam perbahasan biar bertubir fikiran baik banyak terkair baharulah keluar akal ke bibir

Bidalan Islam bagai umpama pemimpin negara yang ternama bendera Islam misal utama berdasarkan hukum yang kelima

Bendera Islam pakin negerinya ketua negara benar tiangnya rakyat sekalian jadi pasaknya baharulah baik peraturannya

Hendaknya bersama mandi menyelam mencari mutiara permata nilam ingatkan kewajipan siang dan malam mudahan bercahaya tiada kelam

Page 45: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Hak dan kewajipan hendak sebayakan kewajipan dibuat hak dibetulkan bangsa negara kita jayakan semoga dapat dilaksanakan

Kepala negara dan pembantunya wazir cheteria termasuk semuanya daripada puncak hingga ke bawahnya anggota pemerintah itu namanya

Tuhan kurniakan cerdik berotak dapat menduduki tempat yang layak mertabat tinggi beranak-pinak walih daripada orang yang banyak

Harta kemuliaan dan kebesaran semuanya itu pengurniaan Tuhan tetapi jarang yang mengingatkan kecuali orang yang berfikiran

Pagar buluh beranit jarang kembang meletak kuntum rajasa dalam sepuluh payah seorang ingatkan budi mengenang jasa

Kiranya ada perbantahan kata jangan disimpan di dalam cinta pulangkan kepada Tuhan semesta berserta rasul junjungan kita

Tamatlah syair dagang berperi bukan menunjukkan bijak bestari hanyalah kenangan badan sendiri untuk bacaan muda jauhari

Page 46: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Berhenti kisah takdir Ilahi kepada hamba-Nya yang terjadi jika disebutkan banyaklah lagi sekali-kali bukan mengkeji

Di sini dinyatakan dengan bidalan perkara yang selalu terketinggalan jarang diingat handai taulan tatkala berusaha membuat jalan

Umpama burung tiada berbatis walaupun banyak sayap berlapis di atas awan terkisis-kisis untuk merayap harapan tipis

Ibarat bangunan tiada berasas sebegitu besar sebegitu h a s apalagi lambat walaupun lekas terkena ribut seperti kapas

Serba-serbi hendaklah cermat usaha kebajikan biar dihormat biar lambat asalkan selamat memohonkan nia t menginga tkan rahma t

Jimat itu jambatan kaya jangan lupa bawa sebaya bukan dilarang membuat gaya di jalan terang lagi bercahaya

Murah itu titian tuah jangan dikaritkan padi di sawah berhati teguh janganlah puah baharulah dapat dipetik buah

Page 47: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

0 nenengku bubuk berbaju puntung lengan sadang kami disubuk kami sudah berdangan

Bulat air kerana pembetung tiada lari air bertakung perusahaan tiada menjadi kutung bintang di langit dapat dihitung

Bulat manusia kerana muafakat fikiran lanjar bukannya singkat cita-cita yang baik jarang tersekat muafakat itu adalah berkat

Bagai umpama kata pepatah di dalam lesung intan bertelingkah hati d i dalam berkeluh-kesah hujan turun tiada membasah

Jika bertelingkah kumala di lesung segala cita-cita tiada akan langsung walau bagaimana hati menyokong fikiran yang kaya menjadi kosong

Tersebut pula kisah yang lain kata pepatah baru disalin bukan menyinggung hanya bermain jangan disyakkan ke jalan lain

Hari ini baik daripada besok kepada manusia bukannya makhluk hendak disegerakan pekerjaan yang elok harapkan faedahnya tiada bertolok

Page 48: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Berbuat baik berpada-pada berbuat jahat hendaknya tiada taruh di hati saudara yang ada perbuatan yang baik jangan memada

Berbuat jahat pada-padakan berbuat baik sekali jangan sifat manusia banyak berkurangan mengerjakan kebajikan janganlah segan

Hendaklah dieja sebelum membaca terang difahami seperti kaca awan bersih terang cuaca terjauh daripada nistadan cerca

Biar-biar naik ke mata hendak dijaga jangan melata bukan kepada diri semata tetapi untuk saudara berserta

Jangan bersaksi kepada lutut perangai begitu jangan diturut petua begitu amatlah karut berserahlah kepada Tuhan Yang Makbud

Mulut dihujani kata faedah telinga mendengarkan cerita munasabah jangan memandang tempat yang salah hendaklah jangan mengaku kalah

Jika lekas mengaku undur kepada yang salah yang bukan jujur kalau tersilap hams tercebur ke tempat hina nama pun kotor

Page 49: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Bang inambang (jika membuat kerja) terlayu-layu utar (buat dengan sungguh-sungguh dan

tenang hati) utar apui-apui (jangan ambil tahu akan faedahnya) o anindan (wahai sekalian saudara) tebuat mata tidan (jika diizinkan Tuhan) tahan bungkus (akan didapat hasilnya)

Jika hidup dikandung adat mati hendaknya dengan ibadat kata dan tutur biarlah sihat jangan menyinggung saudara sahabat

Hidup di dunia hanya sekali bukan pula mati berkali-kali nyawa yang putus tiada kembali niat yang jahat jangan dikali

Nyawa tiada dapat disambung tiada sekali boleh diselindung ajal nak sampai tiada berguntung walaupun bijak bermain tembung

Jika mujur tak dapat ditolak walau bagaimana hendak mengelak tiada tinggal barang setapak jika sampai waktu mengkehendak

Jika malang tak dapat diraih misalkan benda tak dapat memilih ke mana tempat tak dapat dialih barang sesaat tidak berselisih

Ajal yang mujur ajal yang malang di pengetahuan Tuhan Maha Terbilang tiada siapa dapat menghalang perkara yang sempurna hanya cemerlang

Page 50: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Dalam kisah perumpamaan janganlah diambil salah sangkaan jangan dijadikan teka-tekaan sebenarnya untuk berjaga-jagaan

Bahasa itu mengenalkan bangsanya boleh juga mengelirukannya kerana bahasa aliran darahnya punca berasal batang tubuhnya

Air alungan jangan disatar bumi yang dipijak terlebih pintar ke dalamnya jika badan terlantar digigit cacing dipatuk ular

Perkara bidalan elok berhenti takutkan kalau tak gemar di hati wahai taulan seribu pati disebutkan pula budi pekerti

Jangan menjadi pahlawan perwira katanya berani mengadang mara tetapi jika hatinya cedera lafaznya tadi habislah lara

Baik berperangai setia pahlawan budinya baik lagi dermawan handai saudara sama berkawan sukar dicari payah dilawan

Sukar mencari sifat begitu ke sana sini suka bersatu tiada sekali berhati mutu bangsa dan nusa di hati tentu

Page 51: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Jangan memakai pekerti manuk di sana sini kepala dijenguk dipandang mata tidak seronok tidak memilih kurus dan gemuk

Misalan pemt tidak bertelinga hendaklah diisi wahai kencana jangan biarkan ia merana supaya jangan masuk bencana

Pekerti sabar amatlah elok sukar dibanding tiada bertolok mutunya tinggi payah dijuluk caranya bukan mengetam kaluk

Dinyatakan sedikit fahaman sabar selepas menjalankan segala ikhtiar tiba didapati susah dan sukar hendaklah hati menamh sabar

Sabar itu ada pasangannya iaitu ikhtiar bersama-samanya jangan ditinggalkan salah satunya harus mencapai kebajikannya

Sefasal lagi perkara reda kalau tertinggal baik dikada hendak diingat jangan tiada nikmat yang datang sukar dikata

Terima dengan reda dan syukur segala rahmat yang dihambur jangan sekali perasaan takbur penglihatan Tuhan bukannya kabur

Page 52: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Perasaan jangan takbur dan ria kepada taulan hamba sahaya walau menjadi saudagar kaya atau berpangkat tinggi mulia

Perkara takbur amatlah hina di situlah badan dapat bencana dibenci oleh hina dan dina perbuatan begitu apalah guna

Kalau disimpan ria di hati bukannya untung tetapi rugi walaupun harta berjuta kati bukannya boleh dibawa mati

Walaupun pangkat tinggi mengawan tiada siapa membuat kawan harus tak dapat hati ditawan bahkan. banyak membuat lawan

Apalagi dengki jika berserta nama yang baik menjadi leta di sana sini orang mengata jangan diamal wahai pendeta

Jika dengkikan perkara kebajikan tiada dilarang bukan ditegahkan bukanlah ini yang dikatakan seperti di atas yang dinyatakan

Budi perangai yang disebutkan perbezaan elok dan kejahatan disertakan doa dagang katakan kemuafakatan yang diharapkan

Page 53: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Tidaklah payah dagang menghurai maklumlah tuan sahabat handai bukan menunjukkan bijak dan pandai hanya mengisi kertas yang landai

Tamatlah syair tamat gurindam tamatnya itu ketika malam seribu tiga ratus bilangan alam tujuh puluh sembilan terlepas kalam

Daripada tangan kalam terlepas merantikan letih bukannya malas duduk sebentar di bawah kipas minum kahwa kacang dikupas

Sedikit segar sendi dan tulang dari melungguh berdiri pulang ke meja tulis duduk berulang menunggu saat kalam dipegang

Kalam diambil menunggukan saat buat menghabiskan madah sekerat kerana digoda hati ghairat berengsotlah kalam melarat-larat

Berjalanlah madah berlari-lari di saat kamar menunggukan masytari kalam berjalan kanan dan kiri menyusun sajak berperi-peri

Sungguhpun badannya tersangat letih membuat kerja tiada ngalih penat dan letih tiada digalih segala pekerjaannya tiada galih

Page 54: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Barang kerjanya amat memuaskan menyusun sajak yang direkakan dapat menyeluki yang dimaksudkan fahamkan tujuan yang dinyatakan

Kalam ayah warnanya merun jika dipegang dakwatnya turun jarang terdengar ia mengguraun menjalankan suruhan jika dipohon

Ayahanda sangat kasihkan ianya tiada lengah membuat kerjanya sebelum habis kewajipannya jarang sekali melarikan dirinya

Jarang sekali berbuat kelakar sentiasa di jari ia menyangkar sempurna kewajipannya baru keluar itu pun selalu memberi khabar

Bukan seperti kalam laskupi menyengalkan tangan mengotorkan jari ke sana sini rukih berlari hanya mengutamakan kerja sendiri

Seperkara lagi madah penyalang buat ingatan muda terbilang membuat pekerjaan alang-kepalang harus bertukar mujur ke malang

Sanak saudara kerabat sepancir daging darahyang mengalir tak dapatditetak atau dikikir umpama air di dalam takir

Page 55: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Tipis air daripada darah itulah umpama kata pepatah dipohonkan jangan membuat bantah sama sendiri jangan bertelingkah

Sayang-sayang beribu kali jika bertelingkah membuat lali barang memandang berhati geli menjadi ejekan kita dibuli

Di manakan sahabat hendak percaya sama sendiri membuat gaya dengan yang lain bukan sebaya pekerti begitu bukannya kaya

Jangan bertabiat ikan basa walaupun pakulun muda berbangsa emas bermutu intan suasa perbuatan begitu tiada kuasa

Apa yang busuk daripada bangkai asalnya bunga kembang setangkai tiada siapa akan memakai itulah pesona ayuhai malai

Tamatlah syair madah rencana dikarangkan oleh dagang merana dipohonkan mudahan fikir sempurna dengan kurnia Tuhan Rabbana

Ditamatkan syair saatnya masytari kalam di tangan tiada berlari dipandang kanan pandang Ice kiri kalam dipegang mohon berhenti

Page 56: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Tamatlah madah di malam Khamis pukul dua belas waktu wayarles bulan terang tiada beralis kalam berhenti madah menulis

Berhenti kalam menulis madah menuntut maaf jika tersalah dagang nin bukan pandai dan petah sebarang-barangnya mengeluarkan madah

Penamatkan syair serta gurindam dipalu pantun beraneka ragam bukan mengata hanya beragam kenanglah jasa Bendahara Sakam

Wazir kepada Seri Utama gelaran tinggi lagi ternama kerjanya menasihat bagai umpama merundingkan rakyat dengan saksama

Tanggungjawabnya amatlah penting mengusai masyarakat menjaga dacing jika terkhilaf kepala berpusing diapit bumi digigit cacing

Tanggungannya banyak bukannya main bekerja tiada dapat bermain terkadang terbaju tiada terkain di zaman bentara Zulkarnaen

Digelar Zulkarnaen Sultan Bolkiah arif bijaksana lagipun gagah menaklukkan negeri beberapa buah sekali tiada berhati puah

Page 57: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

Di sini diganti pantun seloka buat menyudahkan syair direka tiada menaruh syak wasangka hanya membayangkan ingatan duka

Ingatan duka berulang-ulang sebab tiada ilmu di pinggang sebagai burung terlayang-layang hanyalah ternampak sebayang-bayang

Terbang seekor burung merpati hinggap di ekor ikan tempala jangan sekali merosak di hati harus tiada dapat pahala

Apa marak di dalam kain emas paun berbungkus kasa jika bekerja jangan bermain barulah mendapat nama berjasa

Layar ditarik lancang berlabuh kalat pedati ikat sekali sanak saudara jangan bergaduh berbuat jahat jangan sekali

Jika batangnya berduri-duri itulah kemujut kepala rempah kalam tiada sanggup berlari dagang memohon berhenti kisah

Kemujut kepala rempah buat memasak si kari kurma dagang bermohon berhentikan kisah mudahan selamat serta sempurna

Page 58: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

I I ! Diberkati Tuhan Maha Kuasa

kepada hamba-Nya yang berjasa yang berkebajikan senantiasa kepada sekalian hina berbangsa

Hina mulia apa bangsanya jika bersungguh menjalankan usahanya hams tercapai segala maksudnya diperturut Tuhan permintaannya

Dagang berdoa kepada Allah memohon ra hma t nikma t dilimpa h kepada semua muda yang petah membuat kerja yang berfaedah

Page 59: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

M

Merawan

N

Ngalih

0

0 nenengku

P

Palih

R

Rawan

Sadang Satar Subuk

Merayu.

Penat.

Wahai datukku.

Bingung.

Pilu.

Terlakap

Jangan lagi atau berhenti. Dinding. Intai atau tengok.

Terkeluar.

Page 60: SYAIR NASIHAT - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/syair nasihat.pd… · syair nasihat muda omar 'ali saifuddien dewan bahasa dan pustaka brunei kementerian

PUSTAKA BRUNEI