13
SIJIL UNTUK Takaful myUmrah

SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD · 1.7 semasa dalam penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, ... kapal layar, meneroka gua ... pencuci tingkap bangunan tinggi dan pekerjaan

  • Upload
    vukhanh

  • View
    235

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD · 1.7 semasa dalam penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, ... kapal layar, meneroka gua ... pencuci tingkap bangunan tinggi dan pekerjaan

SIJIL UNTUK Takaful myUmrah

Page 2: SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD · 1.7 semasa dalam penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, ... kapal layar, meneroka gua ... pencuci tingkap bangunan tinggi dan pekerjaan

STMAB/Takaful myUmrah/V2(M)/09-2018 Page 1 of 12

Bahawasanya Anda seperti yang dinamakan di dalam Jadual telah melantik Kami di bawah kontrak Wakalah untuk menyediakan perlindungan Takaful kepada Orang Yang Dilindungi seperti yang terkandung di dalam Sijil ini. Sijil ini dikeluarkan atas pertimbangan terhadap bayaran sumbangan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual yang dikeluarkan oleh Kami dan menurut jawapan yang diberikan semasa Anda memohon Sijil ini dan mana-mana penyataan yang telah dibuat oleh Anda semasa Anda memohon Sijil ini dan pada masa kontrak ditandatangani. Jawapan dan apa-apa penyataan lain yang diberikan oleh Anda hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak Takaful antara Anda/Orang Yang Dilindungi dan Kami. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang salah nyata pra-kontrak yang dibuat berhubung dengan jawapan Anda atau mana-mana pernyataan yang diberikan oleh Anda, hanya remedi dalam Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 akan terpakai. Sijil ini tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat kontrak Takaful sepertimana yang dipersetujui diantara Anda/Orang Yang Dilindungi dan Kami.

BAHAGIAN A: DEFINISI

Bagi tujuan Sijil ini, definisi di bawah akan digunapakai: 1. "Kemalangan" bermaksud suatu peristiwa tertentu yang berlaku secara tiba-tiba, tidak disengajakan, tidak

dijangka, luar biasa dan berlaku pada masa dan tempat yang dapat dikenal pasti, bebas daripada semua sebab-sebab lain, menjadi punca utama kecederaan.

2. “Anak/Anak-anak” merujuk kepada Anak/Anak-anak yang tidak bekerja dan bujang berumur di antara tiga

puluh (30) hari dan lapan belas (18) tahun (termasuk kedua-dua umur) atau sehingga dua puluh tiga (23) tahun, jika beliau belajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

3. “Pemendekan” bermaksud penghentian Perjalanan yang telah dirancang seperti yang tertera pada invois tempahan atau memendekkan tempoh Perjalanan untuk pulang ke Malaysia.

4. “Dana Takaful Am” atau “DTA” bermaksud akaun pemegangan Peserta yang mana Sumbangan selepas pemotongan apa-apa Yuran Wakalah di bawah Sijil ini akan dikreditkan. Semua manfaat seperti yang dinyatakan dalam Sijil ini dan hasil pembatalan (jika ada) akan dibayar daripada akaun ini.

5. “Hospital” bermaksud sebuah institusi yang ditubuhkan dan didaftarkan sewajarnya sebagai hospital untuk penjagaan dan rawatan bagi orang-orang yang sakit dan cedera secara berbayar, dan yang:

a. mempunyai kemudahan untuk diagnosis dan pembedahan utama; b. menyediakan perkhidmatan kejururawatan dua puluh empat (24) jam sehari oleh jururawat berdaftar

dan bertauliah; c. di bawah pengawasan doktor; dan d. bukan sebuah klinik; tempat untuk penagih alkohol atau penagih dadah, rumah rawatan, rumah rehat

atau pemulihan atau rumah untuk orang tua atau institusi yang serupa. 6. "Penyakit" bermaksud keadaan fizikal yang ditandai oleh perbezaan patologi daripada keadaan kesihatan

normal yang kelihatan dengan jelas dan tidak termasuk sebarang Keadaan Penyakit Sedia Ada.

7. “Ahli Keluarga Terdekat” bermaksud pasangan yang sah, anak, ibubapa, ibu bapa mertua, datuk nenek, datuk nenek mertua, adik-beradik lelaki, ipar lelaki, adik-beradik perempuan, ipar perempuan.

8. "Kecederaan/Kecederaan-kecederaan" bermaksud Kecederaan/ Kecederaan-kecederaan anggota badan yang hanya disebabkan secara langsung oleh Kemalangan, bebas daripada sebab-sebab lain.

9. “Pesakit Dalam” bermaksud perlu penghospitalan melebihi dua puluh (24) jam secara berterusan di bawah penjagaan Pengamal Perubatan, di mana penghospitalan disahkan sebagai perlu oleh Pengamal Perubatan yang bertugas.

Page 3: SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD · 1.7 semasa dalam penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, ... kapal layar, meneroka gua ... pencuci tingkap bangunan tinggi dan pekerjaan

STMAB/Takaful myUmrah/V2(M)/09-2018 Page 2 of 12

10. “Kehilangan Keupayaan” bermaksud kehilangan keupayaan kekal untuk jangkamasa melebihi enam (6) bulan dan tidak ada harapan untuk pulih atau kehilangan menyeluruh kekal akibat pemisahan anggota badan seperti yang disahkan oleh Pengamal Perubatan.

11. "Pengamal Perubatan" bermaksud individu yang layak dan mempunyai lesen untuk mengamalkan bidang perubatan barat dan memberi khidmat rawatan mengikut skop pelesenan dan latihan di kawasan geografi praktiknya selain daripada Anda/Pihak Yang Dilindungi.

12. "Pesakit Luar" bermaksud Orang Yang Dilindungi yang menerima jagaan atau rawatan perubatan (termasuk rawatan di pusat jagaan harian) tanpa dimasukkan ke Hospital.

13. “Peserta/Anda/Kamu” bermaksud individu atau entiti/syarikat perniagaan yang mana Sijil ini dikeluarkan kepadanya.

14. “Tempoh Perlindungan Takaful” bermaksud tempoh yang tertera di dalam Jadual yang dikeluarkan oleh Kami.

15. “Orang Yang Dilindungi” bermaksud pemegang visa Umrah yang sah yang berumur di bawah sembilan puluh (90) tahun pada hari jadi berikutnya dan nama beliau mesti tertera di dalam Jadual yang dikeluarkan oleh Kami.

16. “Keadaan Penyakit Sedia Ada” bermaksud keilatan yang diketahui oleh Orang Yang Dilindungi dengan pengetahuan yang munasabah sebelum tarikh kuatkuasa perlindungan bermula. Orang Yang Dilindungi dianggap mempunyai pengetahuan yang munasabah tentang keadaan penyakit sedia ada jika satu (1) daripada di bawah berlaku:

a. Orang Yang Dilindungi pernah atau sedang menerima rawatan; b. nasihat perubatan, diagnosis, jagaan atau rawatan sudah disyorkan; c. gejala yang jelas dapat atau telah dilihat dengan nyata; atau d. kewujudannya dapat diperhatikan dengan jelas pada orang yang mengalami keadaan itu.

17. "Kecederaan Serius" atau "Penyakit Serius" apabila merujuk kepada Orang Yang Dilindungi, adalah sesuatu

yang memerlukan rawatan daripada Pengamal Perubatan di Hospital yang menyebabkan Orang Yang Dilindungi disahkan tidak sihat oleh Pengamal Perubatan untuk mengembara atau meneruskan Perjalanan. Apabila merujuk kepada Ahli Keluarga Terdekat ia bermakna kecederaan atau penyakit yang disahkan boleh membawa maut oleh Pengamal Perubatan dan mengakibatkan pemberhentian atau pembatalan perjalanan Orang Yang Dilindungi.

18. “Jumlah Perlindungan” bermaksud had maksimum seperti yang tertera di dalam Jadual Manfaat yang akan Kami bayar sekiranya berlaku tuntutan atau tuntutan-tuntutan.

19. “Tabarru” bermaksud derma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu Orang Lain Yang Dilindungi semasa ditimpa musibah bagi tujuan perpaduan, persaudaraan dan kerjasama dikalangan Orang Yang Dilindungi.

20. “Takaful” merujuk kepada skim bantuan bersama untuk semua Peserta yang berasaskan kepada prinsip-prinsip persaudaraan, perpaduan dan kerjasama di mana setiap Peserta bersetuju untuk menyumbang sejumlah wang atas dasar ‘Tabarru’ ke dalam dana risiko untuk menyediakan bantuan kewangan kepada Orang Yang Dilindungi, Peserta atau Benefisiari apabila berlaku peristiwa-peristiwa yang telah ditetapkan.

21. “Keilatan Menyeluruh Kekal” merujuk kepada keadaan ketidakupayaan yang disebabkan oleh kecederaan yang menghalang Orang Yang Dilindungi secara menyeluruh dan kekal dari melaksanakan aktiviti-aktiviti biasa beliau iaitu, melibatkan diri dalam mana-mana perniagaan, pekerjaan, profesion atau melaksanakan apa-apa perkerjaan untuk mendapatkan gaji, pampasan atau keuntungan. Kecacatan tersebut mestilah berterusan tanpa gangguan bagi tempoh enam (6) bulan dan tiada harapan untuk pulih seperti yang disahkan oleh Pengamal Perubatan.

Page 4: SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD · 1.7 semasa dalam penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, ... kapal layar, meneroka gua ... pencuci tingkap bangunan tinggi dan pekerjaan

STMAB/Takaful myUmrah/V2(M)/09-2018 Page 3 of 12

22. “Perjalanan” bermaksud perjalanan yang bermula dari masa Orang Yang Dilindungi bertolak dari Malaysia sehingga masa beliau pulang ke Malaysia.

24. “Wakalah” merujuk kepada kontrak Syariah di mana Anda melantik Kami untuk melabur dan menguruskan sumbangan di dalam DTA bagi pihak Anda. Sebagai ganjaran, Anda membenarkan Kami untuk memotong sebahagian sumbangan sebagai Yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan.

25. “Kami” bermaksud Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad.

BAHAGIAN B: MANFAAT

Kami bersetuju untuk melindungi Orang Yang Dilindungi terhadap sebarang Kecederaan, Penyakit atau Kemalangan semasa dalam Perjalanan, tertakluk kepada jumlah maksimum yang dinyatakan di dalam Jadual Manfaat mengikut syarat-syarat, pengecualian dan had-had terkandung di dalam Sijil ini. Bagi Seksyen 1 Sijil ini, Perlindungan bermula apabila Orang Yang Dilindungi bertolak dari Malaysia sehingga masa Orang Yang Dilindungi kembali ke Malaysia atau pada hari tamat Tempoh Perlindungan Takaful, yang mana lebih awal. Untuk semua Seksyen lain daripada Sijil ini, perlindungan bermula apabila Orang Yang Dilindungi tiba di Arab Saudi dan tamat apabila Orang Yang Dilindungi bertolak dari Arab Saudi.

SEKSYEN 1 – KEMALANGAN DIRI

Jika Orang Yang Dilindungi terlibat dalam kemalangan semasa dalam Perjalanan yang mengakibatkan kematian, keilatan atau kehilangan, Kami akan membayar berdasarkan peratusan yang sepadan dengan keadaan-keadaan seperti yang tercatat di dalam Jadual Pembayaran di bawah.

Seksyen Keadaan-Keadaan % dari Jumlah Perlindungan

1.1 Kecederaan yang mengakibatkan kematian akibat kemalangan 100%

1.2 Keilatan Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan 100%

1.3 Kehilangan Kekal Akibat Kemalangan

i. Kehilangan Kegunaan Dua atau Lebih Anggota Badan Kekal 100%

ii. Kehilangan Kegunaan Satu Anggota Badan Kekal 100%

iii. Kehilangan Penglihatan Kedua-dua Mata Kekal 100%

iv. Kehilangan Penglihatan Satu Mata Kekal 100%

v. Kehilangan Kanta Penglihatan Satu Mata Kekal 50%

vi. Kehilangan Pendengaran Dan Pertuturan Kekal 100%

vii. Kehilangan Pendengaran Kedua-dua Telinga Kekal 75%

viii. Kehilangan Pendengaran Satu Telinga Kekal 25%

ix. Kehilangan Pertuturan Kekal 50%

Dengan syarat bahawa: a. kematian, keilatan atau kehilangan tersebut berlaku dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh

Kemalangan; dan b. jumlah maksimum bagi semua manfaat yang boleh dibayar di bawah Seksyen 1 untuk satu atau lebih

Kecederaan yang dialami oleh Orang Yang Dilindungi di dalam Tempoh Perlindungan Takaful hendaklah tidak melebihi Jumlah maksimum yang dinyatakan di dalam Jadual Manfaat.

PENGECUALIAN BAGI SEKSYEN 1 Kami tidak akan membayar tuntutan akibat atau disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada yang berikut:-

Page 5: SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD · 1.7 semasa dalam penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, ... kapal layar, meneroka gua ... pencuci tingkap bangunan tinggi dan pekerjaan

STMAB/Takaful myUmrah/V2(M)/09-2018 Page 4 of 12

1.1 peperangan, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, revolusi, dahagi atau rampasan kuasa, mogok, rusuhan, kekacauan awam, kebangkitan ketenteraan atau pemberontakan, apabila Orang Yang Dilindungi mengambil bahagian di dalamnya.

1.2 tindakan Keganasan disebabkan oleh penggunaan nuklear, senjata kimia atau biologi, peranti atau bahan

sebagai satu cara kekerasan, keganasan atau pemusnah besar-besaran atau bagaimana jua pun diedarkan atau digabungkan, apabila Orang Yang Dilindungi mengambil bahagian di dalamnya.

1.3 Tidak siuman, bunuh diri (sama ada siuman atau tidak siuman), kecederaan diri yang disengajakan atau

sebarang percubaan melakukannya.

1.4 kesan atau pengaruh dadah atau alkohol.

1.5 kecacatan atau kelemahan fizikal atau mental sedia ada.

1.6 pembunuhan atau serangan yang diprovokasi.

1.7 semasa dalam penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, kecuali hanya sebagai penumpang yang membayar tambang dalam pesawat perkhidmatan penumpang yang berlesen.

1.8 Semasa melakukan atau cuba melakukan apa-apa perbuatan menyalahi undang-undang atau jenayah, penyertaan, percubaan, atau bertindak sebagai pembantui kepada, apa-apa jenayah yang melibatkan niat atau tindakan jenayah yang disengajakan.

1.9 Semasa mengambil bahagian dalam sukan profesional dan / atau aktiviti berbahaya termasuk tetapi tidak terhad kepada memburu, mendaki gunung, ais hoki, bermain polo, menunggang kuda berhalangan, sukan musim sejuk, kapal layar, meneroka gua, mengembara dalam gua secara berakit, terjun udara, terjun terbing, terjun lelabah, luncur air, aktiviti bawah-air yang melibatkan penggunaan alat pernafasan, seni mempertahankan diri atau tinju, aktiviti udara seperti payung terjun, luncur layar dan luncur angin atau penyertaan dalam sebarang bentuk perlumbaan atau pertandingan selain daripada menggunakan kaki.

1.10 Individu seperti juruterbang, krew penerbangan dan anggota bomba ketika menjalankan tugas mereka atau

semasa bertugas, nelayan, pelumba motor profesional, ahli sukan profesional, pemunggah kargo, pekerja perobohan bangunan, penyelam, joki, pekerja pembalakan, pelombong, anak-anak kapal penyelamatan marin, individu secara langsung terlibat dalam membuat atau mengendalikan bahan letupan, kakitangan dalam angkatan tentera, penebang pokok, pencuci tingkap bangunan tinggi dan pekerjaan berbahaya yang lain.

1.11 Orang Yang Dilindungi semasa menggunakan jentera yang dipacu oleh kuasa mekanikal sebagai alat

perdagangan.

1.12 Tenaga nuklear atau radioaktif dalam apa jua bentuk termasuk tetapi tidak terhad kepada pancaran pengionan daripada atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan api nuklear atau daripada apa-apa bahan buangan nuklear atau dari pembakaran bahan api nuklear atau bahan senjata nuklear.

SEKSYEN 2 – PERBELANJAAN PERUBATAN, PERGIGIAN & PERBELANJAAN SAMPINGAN LAIN DI LUAR NEGARA

Semasa Orang Yang Dilindungi mengalami kecederaan atau Penyakit semasa berada di Arab Saudi, penyedia perkhidmatan Kami yang sah akan membayar, sehingga had maksimum yang terpakai yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat, bagi perbelanjaan Pesakit Dalam, Pesakit Luar dan/atau perubatan selepas peghospitalan, pergigian dan/atau perbelanjaan sampingan lain yang ditanggung di hospital swasta bertauliah di Arab Saudi. Di samping itu, Orang Yang Dilindungi berhak untuk manfaat yang berikut, tertakluk kepada sub-had yang berkaitan yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat.

Page 6: SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD · 1.7 semasa dalam penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, ... kapal layar, meneroka gua ... pencuci tingkap bangunan tinggi dan pekerjaan

STMAB/Takaful myUmrah/V2(M)/09-2018 Page 5 of 12

Manfaat Penghospitalan Luar Negara Penyedia perkhidmatan Kami yang sah akan membayar Orang Yang Dilindungi, elaun bagi setiap hari beliau dimasukkan ke hospital, sehingga had maksimum yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat. Pemendekan Perjalanan Penyedia perkhidmatan Kami yang sah akan membayar balik, sehingga had maksimum yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat, untuk kos perbelanjaan perjalanan yang telah didahulukan mengikut kadar yang tidak boleh ditebus, semasa berada di Arab Saudi, berkenaan dengan perbelanjaan perjalanan seperti yang ditunjukkan pada invois tempahan (pro rata bagi setiap hari yang hilang) termasuk kos-kos penginapan dan penghantaran balik tambahan munasabah yang perlu dan tidak dapat dielakkan ditanggung kerana pemendekan Perjalanan yang perlu dan tidak dapat dielakkan kerana: a. Kecederaan Serius atau Penyakit Serius Orang Yang Dilindungi b. Kematian yang tidak dijangka, atau Kecederaan Serius atau Penyakit Serius Ahli Keluarga Terdekat Orang Yang

Dilindungi atau teman perjalanan yang menyebabkan Orang Yang Dilindungi ditinggalkan tanpa teman perjalanan.

Elaun Ihsan Penyedia perkhidmatan Kami yang sah akan membayar balik perbelanjaan perjalanan dan penginapan tambahan yang ditanggung oleh pasangan Orang Yang Dilindungi dan/atau Anak-anak yang berada dalam Perjalanan yang sama untuk tinggal: a. Menjaga Orang Yang Dilindungi semasa beliau dimasukkan ke Hospital Luar Negara sebagai Pesakit Dalam

selama lebih daripada tiga (3) hari berturut-turut atas nasihat perubatan daripada Pengamal Perubatan yang merawat; atau

b. Membantu urusan pengebumian atau penghantaran balik jenazah apabila berlaku kematian Orang Yang Dilindungi.

SEKSYEN 3 - PEMINDAHAN PERUBATAN DAN PENGHANTARAN PULANG KECEMASAN

Apabila Orang Yang Dilindungi mengalami Kecederaan atau Penyakit semasa berada di Arab Saudi, dan jika penyedia perkhidmatan Kami yang sah berpendapat bahawa ia adalah dianggap perlu untuk memindahkan Orang Yang Dilindungi ke pusat perubatan/Hospital berdaftar yang terdekat untuk mendapatkan rawatan perubatan yang perlu, penyedia perkhidmatan Kami yang sah akan mengaturkan pengangkutan serta penjagaan dan bekalan perubatan dalam perjalanan sewajarnya. Penyedia perkhidmatan Kami yang sah juga akan menguruskan penghantaran pulang Orang Yang Dilindungi ke Malaysia berikutan keadaan perubatan beliau yang stabil, jika perlu. Semua keputusan tentang cara pemindahan dan destinasi terakhir akan dibuat oleh penyedia perkhidmatan Kami yang sah dan akan berdasarkan kepada keperluan perubatan semata-mata. PENGECUALIAN BAGI SEKSYEN 2 DAN 3 Kami tidak akan membayar tuntutan untuk: 3.1 Kecederaan akibat daripada punca secara berperingkat yang berlaku terhadap Orang Yang Dilindungi; 3.2 makanan dan perbelanjaan sampingan lain kecuali yang ditanggung oleh Orang Yang Dilindungi semasa

dimasukkan ke Hospital untuk rawatan perubatan di pusat perubatan/Hospital berdaftar; 3.3 pembedahan atau rawatan perubatan yang pada pendapat Pengamal Perubatan yang merawat Orang Yang

Dilindungi boleh ditangguhkan sehingga beliau kembali ke Malaysia; 3.4 membeli atau menyewa pendakap khas, peralatan, mesin dan peranti lain, seperti kerusi roda, berjalan kaki

atau rumah bantuan, mesin dialisis, paru-paru besi, mesin oksigen dan apa-apa jenis kelengkapan hospital yang lain untuk digunakan di rumah atau sebagai pesakit luar;

Page 7: SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD · 1.7 semasa dalam penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, ... kapal layar, meneroka gua ... pencuci tingkap bangunan tinggi dan pekerjaan

STMAB/Takaful myUmrah/V2(M)/09-2018 Page 6 of 12

3.5 mana-mana imunisasi, pemeriksaan rutin perubatan, pembedahan kosmetik dan rawatan elektif lain atau prosedur pembedahan;

3.6 sebarang ubat atau rawatan yang tidak dipreskripsikan oleh Pengamal Perubatan;

3.7 apa-apa rawatan yang dijalankan untuk melegakan penyakit kronik, contohnya dialisis buah pinggang, rawatan

kemoterapi untuk kanser atau radioterapi untuk kanser; atau

3.8 kerugian akibat daripada aktiviti menunggang kuda.

SEKSYEN 4 – PERBELANJAAN PENGEBUMIAN

Sekiranya berlaku kematian Orang Yang Dilindungi semasa berada di Arab Saudi, penyedia perkhidmatan Kami yang sah akan: a. Membayar bayaran sekali gus untuk perkidmatan pengebumian jenazah Orang Yang Dilindungi di tempat di

mana kematian berlaku; atau b. Mengatur dan membayar kos yang munasabah untuk menghantar jenazah ke Malaysia; SYARAT-SYARAT BAGI SEKSYEN 2, 3 & 4 a. Segala persiapan mesti diluluskan dan diatur melalui penyedia perkhidmatan Kami yang sah melainkan

pengaturan melalui penyedia perkhidmatan Kami yang sah tidak boleh dibuat dalam keadaan tersebut atas sebab-sebab di luar kawalan anda dan difikirkan munasabah oleh penyedia perkhidmatan Kami yang sah.

b. Penyedia perkhidmatan Kami yang sah akan membayar kos munasabah yang ditanggung, sehingga had maksimum yang dinyatakan di dalam Jadual Manfaat. Apa-apa kos yang melebihi had maksimum hendaklah ditanggung oleh Orang Yang Dilindungi/wakil Orang Yang Dilindungi.

BAHAGIAN C: SYARAT-SYARAT AM (DIGUNAKAN UNTUK SEMUA SEKSYEN DALAM SIJIL INI)

Orang Yang Dilindungi mestilah mematuhi syarat-syarat berikut supaya mendapat Perlindungan penuh di bawah Sijil ini: 1. Kontrak Sijil ini dan Jadual haruslah dibaca bersama dan sebarang perkataan atau gambaran di mana maksud

terperinci dinyatakan di dalam mana-mana bahagian Sijil ini atau Jadual akan memberi maksud yang sama di mana-mana pun ia tertera.

2. Pematuhan

Liabiliti kami bergantung kepada pematuhan Orang Yang Dilindungi terhadap terma-terma, syarat-syarat dan had-had yang ditetapkan di dalam Sijil ini, Jadual yang dilampirkan atau dikeluarkan menurut Sijil ini.

3. Wilayah Geografi

Semua manfaat kecuali Seksyen 1 Sijil ini adalah terhad kepada Arab Saudi sahaja. Bagi Seksyen 1, manfaat disediakan dua puluh empat (24) jam di seluruh dunia.

4. Warranti

a. Orang Yang Dilindungi menjamin bahawa beliau bukan dalam perjalanan yang bertentangan dengan nasihat Pengamal Perubatan yang bertauliah atau untuk tujuan mendapatkan rawatan perubatan.

b. Orang Yang Dilindungi yang berumur lapan puluh (80) tahun hari jadi berikutnya dan ke atas dikehendaki mengemukakan sijil perubatan daripada Pengamal Perubatan bertauliah yang merawat bahawa beliau sihat untuk berlepas bagi Perjalanan.

c. Orang Yang Dilindungi yang dibenarkan keluar daripada hospital dalam masa tiga puluh (30) hari sebelum tarikh berlepas bagi Perjalanan, diperlukan untuk mengemukakan sijil perubatan daripada Pengamal Perubatan bertauliah bahawa beliau sihat untuk berlepas Perjalanan.

Page 8: SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD · 1.7 semasa dalam penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, ... kapal layar, meneroka gua ... pencuci tingkap bangunan tinggi dan pekerjaan

STMAB/Takaful myUmrah/V2(M)/09-2018 Page 7 of 12

d. Orang Yang Dilindungi mesti bermastautin di Malaysia. 5. Penjagaan Munasabah

Orang Yang Dilindungi harus bertindak dengan berhemah dan mengambil langkah penjagaan sewajarnya untuk keselamatan dan pengawasan harta benda beliau seolah-olah tidak dilindungi dan untuk mencegah sebarang Kehilangan, Kerosakan, atau Kemalangan.

6. Kewajipan Pendedahan

Di mana Anda telah memohon untuk takaful ini sepenuhnya untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan perdagangan Anda, perniagaan atau profesion, Anda mempunyai tanggungjawab untuk mengambil langkah yang munasabah untuk tidak salah nyata dalam menjawab soalan semasa Anda memohon takaful ini iaitu Anda harus menjawab soalan dengan lengkap dan tepat. Kegagalan untuk mengambil langkah yang munasabah dalam menjawab soalan-soalan boleh mengakibatkan pembatalan kontrak Anda terhadap takaful, keengganan atau pengurangan tuntutan Anda, perubahan terma atau penamatan kontrak Anda terhadap Takaful selaras dengan remedi dalam Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Anda juga dikehendaki mendedahkan apa-apa perkara lain yang Anda tahu akan mempengaruhi keputusan Kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang hendak dipakai.

Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu Kami segera jika pada bila-bila masa selepas kontrak takaful telah dibuat, diubah atau diperbaharui dengan Kami apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon takaful ini) tidak tepat atau telah berubah.

7. Salah Nyataan

Sijil ini boleh dibatalkan jika terdapat salah nyata, penerangan yang salah atau tidak memaklumkan atau penyembunyian sebarang keadaan oleh Orang Yang Dilindungi berkaitan dengan kesihatan beliau, khususnya jika Orang Yang Dilindung: (a) menghidap sebarang penyakit, hilang upaya atau kecacatan; atau (b) mengetahui tentang sebarang keadaan yang menunjukkan bahawa beliau mungkin menghidap penyakit,

hilang upaya atau kecacatan. 8. Penipuan

Jika Orang Yang Dilindungi, atau sesiapa yang bertindak bagi pihak Orang Yang Dilindungi, membuat tuntutan di bawah Sijil ini dengan mengetahui bahawa tuntutan tersebut adalah palsu atau jumlah yang dituntut dinaikkan dengan niat menipu, Kami tidak akan membayar tuntutan tersebut dan kesemua Perlindungan di dalam Sijil ini akan dibatalkan.

9. Sumbangan

Sumbangan mestilah dibayar dan diterima oleh Kami sebelum tarikh permulaan Sijil ini. 10. Pembatalan

Kami berhak membatalkan Sijil ini secara keseluruhannya atau berkenaan dengan mana-mana Orang Yang Dilindungi pada bila-bila masa dengan memberi notis tujuh (7) hari melalui surat berdaftar ke alamat yang terkini. Sebarang pembatalan yang dibuat adalah tanpa prejudis untuk mana-mana tuntutan yang telah dibuat. Demikian juga, Anda atau Orang Yang Dilindungi boleh membatalkan Sijil ini dengan memberi notis bertulis tujuh (7) hari kepada Kami, di mana tiada pulangan untuk Sumbangan yang dibayar.

11. Perubahan Tiada perubahan pada Sijil ini akan menjadi sah kecuali telah diluluskan, diendorskan dan ditandatangani oleh Pegawai yang diberi kuasa oleh Kami.

12. Penentuan Umur Dalam sebarang tuntutan, umur Orang Yang Dilindungi akan ditentukan pada tarikh kecederaan atau penyakit dengan merujuk kepada tarikh kelahiran.

Page 9: SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD · 1.7 semasa dalam penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, ... kapal layar, meneroka gua ... pencuci tingkap bangunan tinggi dan pekerjaan

STMAB/Takaful myUmrah/V2(M)/09-2018 Page 8 of 12

13. Sambungan Automatik Tempoh PerlindunganTakaful Sekiranya berlaku kelewatan di luar kawalan Orang Yang Dilindungi akibat secara langsung daripada: a. Kemalangan atau Penyakit Serius yang dialami Orang Yang Dilindungi. b. Penangguhan Pengangkutan umum yang berjadual yang digunakan bagi perjalanan Orang Yang Dilindungi

yang tidak dapat dielakkan.

yang berlaku dalam Tempoh Perlindungan Takaful dan menghalang penyempurnaan Perjalanan kembali sebelum tamat Tempoh Perlindungan Takaful, Kami akan melanjutkan perlindungan bagi tempoh tersebut sebagaimana yang perlu untuk menyempurnakan Perjalanan. Dengan syarat bahawa mana-mana satu daripada peristiwa di atas boleh diterima di bawah Sijil ini pada mulanya, Tempoh Perlindungan Takaful hendaklah dilanjutkan secara automatik tanpa sumbangan tambahan bagi suatu tempoh yang munasabah untuk menyempurnakan Perjalanan.

14. Melaporkan Tuntutan, Prosedur dan Penyelesaian

Sekiranya berlaku sebarang Kemalangan, Penyakit, Kehilangan atau Kerosakan yang boleh menyebabkan tuntutan dibuat, Orang Yang Dilindungi mestilah melaporkan kepada Kami secara bertulis secepat mungkin tidak lebih daripada tiga puluh hari (30) hari selepas luputnya Sijil ini atau semasa ketibaan anda di Malaysia, yang mana lebih awal.

Kami berhak untuk: a. Meminta atas pembiayaan Orang Yang Dilindungi, atau pembiayaan sesiapa yang mewakili Orang Yang

Dilindungi, untuk menyediakan, laporan/sijil-sijil perubatan, maklumat dan lain-lain dokumen (dan juga terjemahan yang mana perlu) kepada Kami berdasarkan keperluan Kami;

b. meminta supaya pemeriksaan dilakukan bagi Kecederaan yang tidak membawa maut oleh pengamal perubatan yang dilantik oleh Kami; dan/atau

c. meminta supaya autopsi dan/atau pemeriksaan post-mortem dalam kes Kematian Akibat Kemalangan;

Liabiliti Kami adalah terhad kepada pembayaran manfaat-manfaat yang dinyatakan di dalam Sijil.. Kami tidak bertanggungjawab ke atas liabiliti yang disebabkan oleh ketersediaan, kualiti atau keputusan rawatan perubatan atau lain-lain perkhidmatan, atau kegagalan Orang Yang Dilindungi mendapatkan sebarang rawatan atau perkhidmatan yang dilindungi oleh terma-terma dan syarat-syarat Sijil ini.

15. Pembayaran Manfaat

Semua pembayaran manfaat akan dibuat kepada Orang Yang Dilindungi. Sekiranya berlaku kematian Orang Yang Dilindungi, Kami akan membayar hasil tuntutan kepada penama/penama-penama yang dinamakan oleh beliau jika berkenaan atau kepada harta pusaka beliau. Apabila pembayaran dibuat, liabiliti Kami akan dilepaskan sepenuhnya di bawah Sijil ini. Jika kos-kos dan perbelanjaan-perbelanjaan untuk rawatan perubatan kecemasan adalah dijamin akan dibayar kepada Hospital oleh Kami atau penyedia perkhidmatan Kami yang sah, ganti rugi akan dibayar secara terus kepada pihak Hospital. Walau apa pun had yang dinyatakan dalam Sijil ini dan sekiranya berlaku kejadian besar yang tidak diingini atau malapetaka yang berlaku pada masa yang sama dan di tempat yang sama, Kami akan hanya bertanggungjawab untuk membayar sehingga maksimum sebanyak: a. RM 10,000,000.00 (Sepuluh Juta Ringgit Malaysia) bagi Seksyen 1 dalam agregat sebagai satu kerugian

yang digabungkan daripada semua Orang Yang Dilindungi untuk semua sijil takaful yang dikeluarkan oleh Kami di bawah produk ini; dan/atau

b. RM 5,000,000.00 (Lima Juta Ringgit Malaysia) bagi Seksyen selain daripada Seksyen 1 dalam agregat sebagai satu kerugian yang digabungkan daripada semua Orang Yang Dilindungi untuk semua sijil takaful yang dikeluarkan oleh Kami di bawah produk ini.

Semua bayaran manfaat di bawah Sijil ini adalah dalam Ringgit Malaysia, sehingga had maksimum yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat. Apa-apa kos yang melebihi had maksimum hendaklah ditanggung oleh Orang Yang Dilindungi /wakil Orang Yang Dilindungi.

Page 10: SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD · 1.7 semasa dalam penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, ... kapal layar, meneroka gua ... pencuci tingkap bangunan tinggi dan pekerjaan

STMAB/Takaful myUmrah/V2(M)/09-2018 Page 9 of 12

16. Klausa Pengecualian Sekatan

Kami tidak harus dianggap boleh menyediakan perlindungan atau bertanggungjawab untuk membayar sebarang tuntutan atau membayar sebarang manfaat seperti yang terkandung dalam Sijil ini sehingga peruntukan perlindungan, pembayaran untuk tuntutan atau manfaat tersebut mendedahkan Kami kepada:

mana-mana sekatan, larangan atau pembatasan dibawah resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu; atau

Sekatan, undang-undang atau peraturan perdagangan atau ekonomi: Kesatuan Eropah; atau United Kingdom; atau Amerika Syarikat; atau mana-mana negeri daripada Negara-negara diatas; atau

mana-mana undang-undang dan peraturan tempatan yang berkenaan. 17. Pembahagian Lebihan

Sumbangan selepas ditolak yuran Wakalah sebanyak 55%, Sumbangan akan dimasukkan ke dalam DTA Kami. Kami akan melabur dan menguruskan DTA mengikut Syariah.

Sebarang lebihan daripada DTA seperti yang ditentukan oleh Kami akan digunakan untuk menyelesaikan sebarang hutang Qardh kepada Kami. Sebarang baki daripada lebihan yang dikira selepas membuat semua pembayaran di atas akan disimpan dalam DTA sebagai kesedian untuk sebarang pengalaman tuntutan yang tidak diingini.

18. Penimbangtaraan

Sekiranya Kami mengaku liabiliti untuk tuntutan tetapi terdapat pertikaian berkenaan Jumlah yang harus dibayar, pertikaian itu akan dirujuk kepada penimbang tara. Penimbang tara akan dilantik secara bersama oleh Orang Yang Dilindungi (atau Anda, yang mana berkenaan) dan Kami berdasarkan Undang-undang ketika itu. Orang Yang Dilindungi (atau Anda, yang mana berkenaan) tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap Kami berkenaan pertikaian tersebut sebelum penimbang tara membuat keputusan.

19. Akta Perlindungan Data Peribadi)

Anda/Orang Yang Dilindungi boleh membuat pertanyaan atau permintaan untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi Anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengemukakan pertanyaan atau permintaan itu kepada Kami melalui e-mel kepada [email protected]. Kami akan menyimpan maklumat peribadi Anda/Orang Yang Dilindungi hanya selama yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan dasar undang-undang atau polisi dalaman.

20. Undang-Undang yang Berkenaan

Sijil ini, dan semua hak, pematuhan dan, liabiliti yang ada di bawah Sijil ini, akan ditafsirkan, ditentukan dan dikuatkuasakan mengikut Undang-undang Malaysia.

Page 11: SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD · 1.7 semasa dalam penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, ... kapal layar, meneroka gua ... pencuci tingkap bangunan tinggi dan pekerjaan

STMAB/Takaful myUmrah/V2(M)/09-2018 Page 10 of 12

BAHAGIAN D: JADUAL MANFAAT

Seksyen Manfaat-manfaat Had Maksimum (RM)

1 Manfaat Kematian dan Keilatan Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan (a) Dewasa (b) Kanak-kanak

RM100,000 RM50,000

2 Perbelanjaan Perubatan, Pergigian & Perbelanjaan Sampingan Lain di Luar Negara* (a) Tidak termasuk Keadaan Penyakit Sedia Ada (b) Akibat Penyakit Sedia Ada Sub-had untuk Perubatan Pesakit Luar, Pergigian dan

Perbelanjaan Sampingan Lain Sub-had untuk Manfaat penghospitalan Luar Negara Sub-had Pemendekan Perjalanan Sub-had Elaun Ihsan

RM50,000 RM30,000

RM1,000

RM50 sehari, sehingga RM1,000

RM2,000 RM3,000

3 Pemindahan Perubatan dan Penghantaran Pulang Kecemasan (a) Tidak termasuk Keadaan Penyakit Sedia Ada (b) Akibat Penyakit Sedia Ada

RM100,000 RM35,000

4 Perbelanjaan Pengebumian (a) Perkhidmatan Pengebumian dan Perkuburan

Tempatan (b) Penghantaran Balik Jenazah

RM2,000

RM10,000

*Semua sub-had bagi Seksyen 2 menjadi sebahagian daripada had maksimum masing-masing dan tidak sebagai tambahan kepada had maksimum.

Page 12: SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD · 1.7 semasa dalam penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, ... kapal layar, meneroka gua ... pencuci tingkap bangunan tinggi dan pekerjaan

STMAB/Takaful myUmrah/V2(M)/09-2018 Page 11 of 12

BAHAGIAN E: ADUAN

1. PENGURUSAN ADUAN

Anda/Orang Yang Dilindungi boleh membuat aduan berkenaan Takaful kepada Unit Perkhidmatan Pelanggan Kami (CSU) untuk penyelesaian yang terbaik sebelum merujuk kepada Biro Pengantaraan Kewangan atau BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia. Maklumat untuk dihubungi seperti berikut:

Unit Khidmat Pelanggan (CSU) Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad, Menara Takaful Malaysia, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Peti Surat 11483, 50746 Kuala Lumpur. Tel: 1-300 88 252 385 Faks: 603 - 2274 0237 E-mel: [email protected] Laman Web: takaful-malaysia.com.my

2. OMBUDSMAN PERKHIDMATAN KEWANGAN ATAU BANK NEGARA MALAYSIA

Jika Anda/Orang Yang Dilindungi tidak berpuas hati dengan maklum balas Kami atau keputusan unit pengurusan aduan Kami, Anda/Orang Yang Dilindungi boleh menghantar aduan sama ada kepada Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK) atau BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia (BNM) di alamat berikut antara enam (6) bulan daripada keputusan Kami.

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (664393P) Level 14, Main Block, Menara Takaful Malaysia No. 4, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Tel: 603 2272 2811 Fax : 603 2272 1577 E-mail: [email protected] Website: www.ofs.org.my BNM Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Ground Floor, Blok D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel: 1-300-88-5465 (LINK) Fax: 03-2174 1515 E-mail: [email protected]

Page 13: SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD · 1.7 semasa dalam penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, ... kapal layar, meneroka gua ... pencuci tingkap bangunan tinggi dan pekerjaan

STMAB/Takaful myUmrah/V2(M)/09-2018 Page 12 of 12

BAHAGIAN F: DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMPROSES TUNTUTAN

Untuk memproses sebarang tuntutan di bawah Sijil ini, Kami memerlukan Orang Yang Dilindungi untuk menghantar dokumen sokongan yang disenaraikan di bawah bahagian F Sijil ini. Bagaimanapun, ingin dijelaskan di sini bahawa dokumen-dokumen yang disenaraikan di bawah bahagian F adalah tidak menyeluruh dan bila perlu, Kami berhak untuk meminta dokumen, maklumat, pengesahan, pensijilan tambahan dll, untuk memproses tuntutan.

Seksyen Jenis Tuntutan Dokumen-dokumen Diperlukan

Semua Tuntutan (a) Borang Tuntutan yang lengkap dan ditandatangani sewajarnya. (b) Sijil Takaful asal (jika ada) (c) Tiket Penerbangan dan/atau pas masuk. (d) Salinan kad pengenalan si mati dan/ atau pihak menuntut

Termasuk yang berikut yang mana berkenaan

(1)

Kemalangan Diri

(a) Laporan perubatan daripada doktor luar Negara yang merawat. (b) Sijil Kematian. (c) Laporan Post Mortem (d) Laporan Polis (e) Gambar yang menunjukkan tahap kecederaan (untuk tuntutan

keilatan kekal sahaja)

(2) Perbelanjaan Perubatan , Pergigian & Perbelanjaan Sampingan Lain di Luar Negara

Untuk pembayaran balik perbelanjaan yang ditanggung di Hospital swasta tidak berdaftar dengan penyedia perkhidmatan Kami yang sah. (a) Laporan perubatan atau surat pelepasan Pesakit Dalam (dinyatakan

dengan jelas tarikh permulaan, sebab, tahap keilatan kekal (jika ini berlaku) dan jenis Kecederaan atau Penyakit).

(b) Bil dan resit akhir Hospital atau perubatan atau ambulans. (c) Laporan polis atau kemalangan (bagi kes-kes kemalangan yang

berkaitan). (d) Untuk menuntut manfaat penghospitalan, diperlukan laporan

pelepasan Pesakit Dalam yang mengesahkan tarikh kemasukan dan tarik keluar daripada Hospital.

(e) Surat bertulis atau sijil perubatan daripada doktor bertauliah yang merawat mengesahkan Orang Yang Dilindungi adalah tidak sihat untuk Perjalanan (bagi kes-kes kecederaan atau penyakit serius).

(f) Dokumen yang mengesahkan perhubungan jika pemendekan perjalanan adalah disebabkan oleh kematian/penyakit/kecederaan Ahli Keluarga Terdekat.

(3) Pemindahan Perubatan dan Penghantaran Pulang Kecemasan

(4) Perbelanjaan Pengebumian a) Sijil kematian atau laporan bedah siasat atau laporan toksikologi atau hasil kajian koroner.