5

Click here to load reader

Syed Mokhtar Al Bukhary

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ethics assignment

Citation preview

  • 1

    Nilai kepimpinan wujud dalam setiap organisasi besar dan kecil, sektor awam dan swasta,

    perniagaan dan bukan perniagaan dan juga bidang politik dan bukan politik. Definisi kepimpinan

    perlu dikenali dengan lebih mendalam sebelum menganalisis ciri kepimpinan yang berkesan.

    Tafsiran kepimpinan boleh di variasikan bagi setiap individu. Namun, demi memahami maksud

    kepimpinan, seseorang itu mesti mengetahui gaya dan ciri-ciri seorang pemimpin.

    Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah pemimpin yang wajar dijadikan contoh

    memandangkan beliau seorang Bumiputra dan semestinya beragama islam. Beliau merupakan

    seorang manusia biasa yang berusaha secara luar biasa. Beliau dinobatkan sebagai bumiputra

    terkaya di Malaysia dan nombor tujuh antara 10 terkaya di Malaysia. Syed Mokhtar Al-Bukhary

    merupakan ahli bisnes yang berjaya dan terhormat dan sering mengharumkan nama Malaysia

    dan menunjukkan contoh terbaik kepada bukan islam. Kerajinan, keyakinan, dan kepercayaan

    beliau yang juga datang dari Allah swt telah menjadikan beliau ikon negara tersohor.

    BIODATA DAN SEJARAH KEHIDUPAN SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

    Figure 1: Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary

    Syed Mokhtar Al-Bukhary telah lahir di Kedah pada 1951. Beliau merupakan dari keluarga

    yang tidak memiliki banyak harta iaitu golongan sederhana. Bapa beliau yang berasal dari Yaman

    pernah menetap di Thailand dan akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin dan menetap di

    Alor Setar, Kedah pada pertengahan 1940. Anak ketiga dari tujuh beradik ini telah dibesarkan

    oleh bapa saudara nya kerana bapa nya kekurangan wang dan tidak mampu menampung

    perbelanjaan mereka. Bapa saudara nya menetap di Johor Bharu telah memberikan kemudahan

    persekolahan hingga tingkatan dua sebelum berpindah semula ke Kedah dan menyambung

    persekolahan nya hingga tingkatan lima di Saint Michaels School.

  • 2

    Beliau terlibat dalam perniagaan secara tidak langsung bersama bapanya dimana beliau

    sering membantu bapanya dalam pengurusan perakaunan. Pengalaman bersama bapanya

    merupakan pengalaman yang membentuk asas pendirian yang kuat dan jitu untuk terus

    meneroka alam perniagaan yang lebih besar.

    Setelah taman persekolahan, beliau membantu bapanya menjaga ladang ternakan

    berhampiran dengan stesen keretapi Alor Setar. Beliau tidak pernah menjejakkan kaki ke

    universiti namun, segala pengalaman dan usaha beliau telah menjadi kayu ukur dan teladan

    untuk mengusahakan perniagaan beliau sendiri. Selain daripada membantu bapa nya, beliau juga

    sering menolong ibunya berkebun untuk dijual di Jalan Telok Wah Jah. Di pasar yang sama juga,

    beliau pernah menebar roti canai bagi menambah pendapatan keluarga.

    Beliau merupakan seorang yang merendah diri, di mana beliau tidak suka menunjukkan

    kekayaan yang dimiliki. Contohnya, beliau tidak suka mengumpul kereta-kereta mewah seperti

    hartawan lain. Proton Perdana jenis lama dan Mercedes lama yang berusaha 20 tahun sahaja

    digunakan beliau dari masa ke masa. Sifat rendah diri dan mudah mesra beliau amat disenangi

    orang sekeliling.

    PENGALAMAN PERNIAGAAN

    Pada pertengahan 1970, krisis penyakit kaki tangan dan mulut telah mendatangkan

    masalah besar kepada binatang ternakan bapanya. Penyakit tersebut telah merebak ke seluruh

    selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Secara keseluruhannya, binatang ternakan bapanya telah

    mati akibat penyebaran wabak tersebut. Syed Mokhtar akhirnya mengambil alih perniagaan

    bapanya tetapi tidak lagi menternak lembu. Namun, beliau telah membuat keputusan untuk

    memulakan perniagaan lain iaitu menjual daging. Pada mulanya, ketika beliau berumur 19tahun,

    beliau pergi ke sekitar pasar Alor Setar dan mencari daging yang tidak habis dijual dan

    membelinya. Tujuan beliau adalah untuk dijual semula kepada bumiputeran yang mencari daging

    yang berkualiti.

    Daging-daging yang dibeli dari pasar telah di bungkus dengan rapi dan disimpan dengan

    ais bagi mengekalkan kesegaran dan rasa daging. Beliau telah menerima respon yang baik dari

    pengguna kerana telah mengekalkan kualiti produk dan bersedia untuk mengembangkan sayap

    perniagaan nya.

  • 3

    Selain daging, perniagaan berkaitan pengangkutan merupakan target dan minat beliau

    ingin ceburi. Sebagai langkah permulaan, beliau mendapatkan lesen memandu lori kelas A4 pada

    1972. Setelah itu, Syed Mokhtar telah membuat pinjaman dari pada Majlis Amanah Rakyat

    (MARA) dan membeli dua biji lori. Perancangan awal, beliau mahu membeli empat biji lori, namun

    kerana masalah teknikal yang tak dapat di elak, beliau hanya dapat membeli dua biji dari empat

    jenis Mercedes Benz. Syarikat Pengangkutan Sentosa mula ditubuh dan memiliki seorang kerani

    berbangsa cina. Syarikat tersebut masih lagi utuh dan beroperasi hingga kini. Dari perniagaan

    kecil yang menghantar beras secara jarak jauh, kini syarikat tersebut memiliki 40 biji lori bagi

    tujuan pelbagai jenis pengangkutan.

    MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN

    Langkah seterusnya, beliau telah menubuhkan Syarikat Bukhary yang menjalankan

    perniagaan beras dan gula yang juga masih kekal hingga sekarang dengan pendapatan tahunan

    sebanyak 250 juta ringgit Malaysia. Syarikat berkenaan telah maju dan telah menjadi Bukhary

    (KL) Sdn. Bhd. pada 1977. Syarikat beliau telah memenangi pelbagai kontrak dengan kerajaan

    di mana ianya dibuka kepada semua kaum bumiputera pada masa itu. Operasi perniagaan

    tersebut terletak di lot kedai empat tingkat Jalan Pahang.

    Setelah berjaya memajukan bisnes beras dan gula, beliau membuka lagi satu syarikat

    iaitu Susu Mas Sdn Bhd pada 1979. Susu Mas Sdn Bhd merupakan usahasama dengan New

    Zealand Milk Products dan menjenamakan susu tersebut sebagai Fernleaf.

    Walaubagaimanapun, pada hujung 1980, dia terpaksa menjual aset dan saham Susu Mas Sdn

    Bhd kerana krisis kewangan yang melanda negara Malaysia pada waktu itu.

    Beliau juga telah berjaya menceburi bidang industri penghasilan pakaian dan pembuatan.

    Nasib dan tuah sentiasa menyebelahi beliau dan mendapat kontrak dalam menghasilkan pakaian

    seragam tentera untuk Kementerian Pertahanan Negara. Melalui kontrak ini, beliau telah

    menghasilkan 100 ribu pasang kasut dan 330 ribu pakaian uniform. Kejayaan dalam bidang

    pakaian terus menyuntik semangat beliau untuk membuka dua lagi syarikat pakaian iaitu Amtek

    Holdings (Amtek) yang menghasilkan kasut manakala Oriental Garments Uniform Dividion

    (Oriental) menghasilkan kasut but. Oriental merupakan salah satu syarikat usahasama dengan

    Oriental Garments di Pulau Pinang.

  • 4

    SUMBANGAN KEPADA MALAYSIA

    Figure 2: Logo Yayasan al-Bukhary

    Walaupun beliau dinobatkan sebagai Bumiputera terkaya di Malaysia, beliau tidak pernah lupa

    tanggungjawab untuk membantu saudara seislamnya. Yayasan al-Bukhary telah ditubuhkan

    pada 1996 untuk membantu golongan fakir miskin terutamanya dalam sektor pendidikan.

    Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary telah membelanjakan lebih 300 juta ringgit Malaysia untuk

    aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Yayasan tersebut bukan sahaja menyumbang

    kepada rakyat Malaysia, malah negara-negara yang terlibat Pertubuhan Persidangan Islam

    (OIC). Antara projek terbesar di bawah Yayasan al-Bukhary ialah Kompleks al-Bukhary yang

    bernilai 400 juta ringgit Malaysia. Kompleks tersebut dilengkapi dengan masjid, pusat perubatan,

    pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi orang tua dan institusi pengajian tinggi.

    Figure 3: Kompleks Universiti al-Bukhary

  • 5

    Figure 4: Masjid al-Bukhary

    Yayasan ini juga telah bertanggungjawab dalam pembinaan Muzium Kesenian Islam

    Antarabangsa (IIAM) di Kuala Lumpur yang bernilai 100 juta ringgit Malaysia. Bangunan empat

    tingkat ini adalah muzium pertama di Asia Pasifik yang mempamerkan hasil seni Islam. Selain

    itu, 16 masjid juga telah dibina di serata dunia oleh yayasan tersebut. Banyak lagi sumbangan

    lain dari hasil usaha Tan Sri Syed Mokhtar yang tak dapat dicoretkan di sini.

    HALANGAN YANG DIHADAPI

    Terdapat pelbagai halangan semasa beliau sedang meningkat naik. Contohnya, semasa

    penyebaran wabak kaki tangan dan mulut, beliau sentiasa mencari jalan untuk mengubah nasib

    keluarga beliau memandangkan beliau datang dari keluarga sederhana. Walaupun kecewa,

    beliau tetap percaya dengan takdir Allah swt di mana pelangi terbit selepas hujan.

    Bibliography 1. Mohanlall, P. (2012). Biografi Syed Mokhtar al-Bukhary. PVM communications.

    2. Syed Mokhtar al-Bukhary. (n.d.). Retrieved from Wikipedia Bahasa Melayu.