24
SEJARAH SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI Disusun oleh: Khairunnisa Aziz, Nur Aishah Abdul Rahim, Nur Hidayati Sa’adon dan Rafidah Ibrahim

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

  • Upload
    rafidah

  • View
    231

  • Download
    20

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Brief information on Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani

Citation preview

Page 1: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

SEJARAH SYEIKH ABDUL

QADIR AL-JAILANI

Disusun oleh:

Khairunnisa Aziz, Nur Aishah Abdul Rahim,

Nur Hidayati Sa’adon dan Rafidah Ibrahim

Page 2: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

KANDUNGAN

1. Biodata.

2. Karamah.

3. Kata-kata Hikmah.

4. Pengajaran.

5. Rujukan.

Page 3: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Biodata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

• Nama: Abdul Qadir.

• Nama timangan: Abu Muhammad.

• Nama gelaran: Muhyiddin (penghidup semula agama).

• Ayahnya, Abu Salih Janghidost, berketurunan dari Saiyidina Hassan dan ibunya, Fatimah binte Abdullah Saumi, berketurunan dari Saiyidina Husain.

• Lahir pada 1 Ramadhan 470H atau 1077-1078M di al-Jil (dikatakan juga Jailan dan Kilan), kini wilayah Iran.

• Walaupun masih bayi, beliau tidak menyusu di siang hari.

Page 4: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Biodata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

• Syeikh bercerita, “Ketika kecil, apabila terlintas keinginan untuk bermain dengan kawan-kawanku, aku sentiasa mendengar bisikan: ‘Jangan bermain tetapi datanglah kepadaku wahai hamba yang dirahmati.’ Disebabkan takut, aku berlari ke dalam pelukan ibu. Kini, meskipun aku beribadah dan berkhalwat dengan khusyuk, aku tidak pernah dapat mendengar suara itu sejelas dahulu.”

• Pelajaran yang biasanya dihafaz oleh murid-murid lain selama seminggu dapat dihafaznya dalam masa satu hari.

• Abdul Qadir tinggal di Jilan sehingga usianya 18 tahun.

• Pada hari Arafah, ketika usianya 18 tahun, beliau pergi ke ladang untuk membantu bertani. Beliau berjalan di belakang seekor lembu penarik bajak lalu tiba-tiba, ia menoleh ke belakang dan memandang beliau sambil berkata, “ Kamu tercipta bukan untuk perkara seperti ini!”

Page 5: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Biodata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

• Beliau meminta izin kepada ibunya untuk belajar di Baghdad.

• Dengan rela hati, ibunya mengizinkan beliau pergi ke Baghdad dengan 40

dinar, wang sepeninggalan ayahnya.

• Wang emas itu dijahit di lengan baju jubahnya agar tidak dicuri atau

kehilangan.

• Pesan ibu Abdul Qadir ialah sentiasa bersikap jujur dalam segala keadaan.

Page 6: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Biodata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

• Beliau melanjutkan pengajiannya di dalam bidang tafsir, fiqh, hadith dan bahasa Arab serta mengkaji Al-Quran tentang pelbagai bacaannya, tafsirnya serta asbabun nuzul.

• Dengan kekuatan akal dan jiwanya, dapatlah beliau mengetahui secara mendalam maksud zahir dan batin ayat-ayat Al-Quran itu.

• Selama 25 tahun beliau mengembara di padang pasir dan bangunan-bangunan runtuh di Iraq.

• Selama 11 tahun, beliau tinggal di suatu menara digelar Burj Ajami (menara tempat tinggal seorang bukan Arab).

• Beliau bersumpah tidak makan dan minum selagi mana makanan dan minuman tidak disuap ke dalam mulutnya lalu beliau berpuasa selama 40 hari.

Page 7: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Biodata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

• Selama lebih kurang 40 tahun, beliau mendirikan solat subuh dengan wudhu’ solat isyak.

• Selepas solat isyak beliau berdiri dengan satu kaki lalu mengikat kaki lainnya ke tiang agar beliau tidak mengantuk lalu membaca Al-Quran hingga tamat pada akhir malam itu juga.

• Pada 511H, Syeikh Abdul Qadir mendapat gelaran Muhyiddin.

• Pada tahun 521H, Syeikh Abdul Qadir dianugerahkan madrasah Babul Ajaz oleh Syeikh Abu Said Mukharrami.

Page 8: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Biodata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

• Beliau bertemu dengan Rasulullah s.a.w dalam mimpi dan juga Saiyidina Ali

k.w.

• Pada mulanya cuma dua atau tiga orang saja yang belajar tetapi lama-

kelamaan ramai yang belajar dengan Syeikh Abdul Qadir hingga bangunan

madrasah dibesarkan pada 528H.

• Beliau berpidato dan bersyarah selama 40 tahun iaitu dari 521H hingga 561H

– tahun beliau kembali ke rahmatullah.

Page 9: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Karamah

Banjir

• Berlaku di Baghdad.

• Air naik di sungai Tigris.

• Penduduk Baghdad meminta pertolongan Syeikh Abdul Qadir.

• Cacak tongkatnya pada tanah di tebing sungai.

• Dan berkata, “Tetaplah engkau di had ini”.

• Air sungai pun turun ke had yang ditunjukkan oleh beliau.

Page 10: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Karamah

Syarahan

• Berlaku sewaktu mendengar syarahan Syeikh Abdul Qadir.

• Abu Al-Mawali (saudagar di Baghdad) menghadiri syarahan beliau.

• Pada masa itu, dia terasa ingin membuang air.

• Dia merasa sakit kerana tidak tahan lagi untuk buang air.

• Meminta pertolongan Syeikh Abdul Qadir secara diam-diam.

• Syeikh turun dari pentas menuju ke arahnya.

• Tidak seorang pun yang nampak kecuali yang diizinkan Allah.

Page 11: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Karamah

Syarahan

• Satu lembaga yang lain menggantikan Syeikh di atas pentas.

• Syeikh menutupi kepala Abu Mawali dengan lengan bajunya.

• Dia mendapati dirinya di satu padang dimana ada sungai dan sepohon kayu.

• Dia pun membuang air dan solat dua rakaat.

• Syeikh melepaskan lengan bajunya, Abu Mawali mendapati dirinya berada di majlis syarahan tersebut.

• Beliau berada di atas pentas seolah-olah dia tidak turun dari pentas.

• Beliau berbisik kepada Abu Mawali supaya jangan menceritakan perkara itu kepada sesiapa selagi beliau

masih hidup di dunia.

Page 12: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Karamah

Gantang Gandum

• Berlaku di Baghdad sewaktu masa kebuluran.

• Abu Ahmad merungut kepada Syeikh tentang kelaparan yang berlaku.

• Syeikh memberinya sepuluh atau dua puluh gantang gandum.

• Menyuruh dia simpan di bekas yang tertutup dan jangan menimbang gandum itu.

• Hendaklah mengambil gandum itu apabila perlu dengan membuka penutup bekas itu sedikit.

• Beliau makan gandum itu selama lima tahun.

Page 13: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Karamah

Gantang Gandum

• Isterinya pun membuka bekas itu seluas-luasnya dan dapati banyak gandum.

• Ia hanya dapat bertahan selama tujuh hari sahaja.

• Abu Ahmad menceritakan hal ini kepada Syeikh.

• Syeikh berkata ‘Jika isterinya tidak membuka penutup bekas itu seluas-luasnya, gandum itu

dapat tahan dengan lagi lama’.

Page 14: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Karya-Karya Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani

1. Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Bekalan Mencukupi bagi Pencari Jalan Kebenaran dan Agama).

• Lima jilid dikarang Sheikh Abdul Qadir atas permintaan murid-muridnya, sebagai panduan yang lengkap bagi semua aspek

kehidupan Islam, dalaman dan luaran.

2. Futuh al-Ghaib (Pembuka Tabir Keghaiban).

• 78 bahagian, agak pendek dan penyampaian yang terus dan sangat berkesan.

3. Al-Fath ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian).

• 62 bahagian, lebih panjang, disampaikan di Baghdad pada 545–546H.

4. Jala' al-Khawatir (The Removal of Cares).

• 45 bahagian, pada 546H.

5. Malfuzat (Luahan Kata Sheikh Abdul Qadir).

• Ini ialah koleksi ucapan beliau. Lazimya ditemui di penghujung mansukrip Arab untuk Fath ar-Rabbani.

Page 15: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Karya-Karya Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani

6. Khamsata 'Ashara Maktuban (Lima Belas Surat).

• Ini ialah 15 pucuk surat yang ditulis beliau dalam bahasa Parsi kepada salah seorang anak murid beliau.

7. Al-Fuyudat al-Rabbaniyya (Anugerah Ketuhanan).

8. Bashair al-Khairat (Khabar Gembira).

• Selawat oleh Sheikh Abdul Qadir dengan kaedah yang diilhamkan dari Allah.

9. Kitab Sirr al-Asrar wa Mazhar al-Anwar (Buku Rahsia kepada Rahsia dan Penzahiran Cahaya).

Page 16: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Kata-kata Hikmah daripada Al-Fath Ar-Rabbani

• Sopan Santun

• “Sopanlah kepada orang lain dengan tidak melebihi suara mereka. Perbuatan menentang Allah dengan melakukan maksiat dan melanggar ketentuan-Nya adalah perbuatan yang amat tidak sopan.”

• Niat

• “Bila bercakap, bercakaplah dengan niat yang baik. Bila diam, diamlah dengan niat yang baik. Tidak memulakan perbuatan dengan niat sama sahaja dengan tidak melakukannya. Kamu berdosa ketika bercakap atau diam apabila percakapan mu dan diam mu tidak disertai dengan niat baik. Tanpa niat baik, percakapan mu dan diam mu tidak sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w.”

• Berfikir Dahulu, Baru Berkata

• “Sibukkanlah diri kamu semua dengan zikir kepada Allah. Ucapkanlah perkataan yang sekiranya baik bagi kamu semua dan diamlah dari perkara yang sekiranya membahayakan. Jika ingin berkata, fikirkanlah lebih dahulu apa yang hendak kamu semua katakan. Sertailah ucapan kamu semua dengan niat ikhlas, baru kemudian ucapkan. Pepatah mengatakan, ‘ orang bodoh berkata sebelum berfikir, sedangkan orang berilmu berfikir sebelum berkata.”

Page 17: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Kata-kata Hikmah daripada Futuh Al-Ghaib

• Mengutamakan Yang Utama

• “Seorang mukmin sepatutnya mengutamakan yang wajib. Setelah itu baru sunnah. Selama pelaksanaan amal wajib belum selesai, sibuk dengan amal sunnah adalah kebodohan dan kepandiran. Sebabnya, jika dia melakukan yang sunnah sebelum melaksanakan yang wajib, ibadahnya tidak “diterima.”

• Menghukum Orang Lain

• “Janganlah mudah menghukum orang sebagai musyrik, kafir, atau munafik. Siapa tahu dia jelas lebih dekat dengan rahmat Allah dan memiliki darjat lebih tinggi. Itulah kesempurnaan sunnah. Janganlah sekali-kali berani memasuki ilmu Allah. Jauhilah murka Allah dan dekatilah keredhaan dan kasih sayang-Nya.”

• Waktu Dan Amal

• “Zuhud bagaikan kerja satu jam, warak bagaikan kerja dua jam dan makrifat bagaikan kerja yang abadi.”

Page 18: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Ungkapan Bijak

• Makanlah dengan usahamu. Jangan makan dengan agamamu.

• Yang pintar adalah orang yang taat, sedangkan yang bodoh adalah orang yang maksiat.

• Orang yang tidak takut kepada Allah tidaklah berakal.

• Jagalah batinmu dengan merasakan kehadiran Allah dan jagalah zahirmu dengan mengikut sunnah.

Page 19: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Pengajaran dari Kata-Kata Hikmah

• Adab Bersopan Santun

• MANUSIA: Adab bersopan santun sesama kita adalah dari segi pergaulan yang berupa

percakapan seperti berbicara dengan baik, tidak meninggikan suara kita kepada yang lain

dan perlakuan kita kepada orang lain.

• ALLAH: Adab kita kepada Allah pula adalah bagaimana kita mengendalikan kehidupan

kita seharian; iaitu dengan tidak membuat perkara-perkara yang melanggar perintah

Allah. Kerana kita senantiasa dilihat oleh Allah, alahkah tidak sopan sekiranya kita

melakukan maksiat sedangkan ia sangat dibenci Allah dan Allah senantiasa melihat

perlakuan kita yang rosak dan merugikan diri kita sendiri.

Page 20: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Pengajaran dari Kata-Kata Hikmah

• Niat & Berdiam Diri

• Sunnah Rasulullah s.a.w.

• Bukan sahaja berkaitan dengan perbuatan tetapi juga dalam keadaan berdiam diri.

• Seperti: Melihat seseorang melakukan kejahatan dan tidak mengatakan apa-apa dengan

sengaja agar orang itu dimarahi oleh seorang guru.

Page 21: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Pengajaran dari Kata-Kata Hikmah

• Berfikir Dahulu Sebelum Berkata

• Tanpa berfikir boleh menyebabkan kita menyakiti diri orang lain dan merugikan diri

kita.

• Berlaku disebabkan tanpa memikirkan tentang tujuan/niat, cara-caranya dan akibat

percakapan sedemikian.

• Seperti: Apabila dalam kemarahan, seseorang akan dengan segera mengucapkan kata-

kata dari perasaan kemarahan, sesuatu yang syaitan sangat menyukainya.

Page 22: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Pengajaran dari Kata-Kata Hikmah

• Mengutamakan yang Utama

• Perkara yang wajib harus diutamakan, dan tidak hanya membuat perkara yang sunnah dan meninggalkan yang wajib.

• Pentingnya akal dan ilmu untuk membezakan mana satu yang wajib dan mana yang bukan. Dan pandai menilai keutamaan dalam melakukan ibadah.

• Jangan beramal mengikut nafsu, tetapi beramal dengan berpandukan perintah Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.

• Menghukum Orang Lain

• Menghukum seseorang tentang hubungan seseorang dengan agama Allah adalah rahsia Allah sahaja.

• Allah Maha Mengetahui, dan hanya Allah yang tahu apa yang di dalam hati seseorang.

• Manusia dianggap sombong sekiranya beliau fikir dia lebih tahu akan apakah hukuman seseorang itu sedangkan diri beliau juga tidak akan diketahui selain Allah.

Page 23: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Pengajaran dari Perwatakan

• Tekun dalam Mendapatkan Ilmu

• Walaupun menghadapi kesusahan dan cabaran dalam perjalanan beliau menimba ilmu, beliau tidak putus asa, malah berserah kepada Allah s.w.t dan senantiasa mengingati Allah s.w.t.

• Tawaduk

• Beliau senantiasa melihat orang lain lebih baik dari dirinya. Tidak melihat dirinya lebih dari yang lain.

• Seperti: Jika seseorang itu lebih jahil darinya, ia berkata: “Ia bermaksiat kepada Allah kerana kejahilannya, sementara aku bermaksiat kepada Allah padahal aku berilmu, aku tidak tahu pasti dengan cara bagaimana Allah menutup hidupku. Serta dengan cara bagaimana Allah menutup hidupnya.”

• Berserah Diri kepada Allah

• Beliau senantiasa berserah diri kepada Allah, kerana segalanya hanya dengan kehendak Allah s.w.t.

• Melihat dirinya tiada berkuasa selain apa yang Allah membenarkan ia berlaku.

Page 24: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Rujukan

1. Kisah Syeikh Abdul Kadir Jilani; A.S. Salih, Abdul Malik Khatib; Pustaka

Aman Press Sdn Bhd.

2. Kisah Kehidupan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani; Salih Ahmad Al-Syami; Al

-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd.