4
Ramadan yang dinanti sudah menjelma. Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk mengutip mutiara ibadah di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Golongan salafussoleh sentiasa menanti-nanti kehadiran Ramadhan dengan persiapan di dada. Lantas, hadirnya Ramadan disambut bagaikan menyambut tetamu yang mulia. Ramadan hadir lengkap dengan pakej tawaran yang tidak ternilai harganya. Sudahlah datang sebagai tetamu, dibawa pula tawaran keampunan serta ganjaran pahala melimpah ruah. Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: Telah datang kepadamu bulan Ramadan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosamu, memakbulkan doa kamu”-(HR Tabrani) Sekiranya manusia tahu akan betapa besarnya ganjaran di bulan Ramadan ini, sudah pasti mereka mengharapkan Ramadan ini disambut sepanjang tahun. Buletin Khas sempena Ihya’ Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia 1434 H EDISI 1/2013 FORUM BICARA WAHYU Tuhanku: Kudamba Rahmat-Mu Tarikh: 12 Julai 2013M / 3 Ramadhan 1434H Ahli Panel: Ustaz Nidzam bin Ab Kadir (UIAM) Ustazah Dr. Nik Salida Suhaila bt Nik Salleh (USIM) Moderator: Ust Zulkefli b Hamat Warga KPM dijemput hadir SYIAR RAMADAN Justeru, Program Ihya’ Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia telah dirancang dengan pengisian terbaik untuk santapan jiwa dan rohani. Antaranya: Majlis Bicara Wahyu Tazkirah Tadarus al-Qur’an Majlis Khatam Al- Qur’an dan Ifthar Jamaie KPM Tabung Ihya’ Ramadan Buletin Syiar Ramadan Ramadan..datangnya dinanti, tibanya dirai, perginya ditangisi. Selamat berpuasa dan menjalani ibadah AHLAN YA RAMADAN Tabung Ihya’ Ramadan KPM telah pun dilancarkan pada 28 Jun yang lalu sewaktu Majlis Bicara Wahyu KPM. Kupan tabung tersebut dilaksanakan melalui Bahagian KPM dan akan diserahkan kepada urusea induk iaitu Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Hasil kupan akan diserahkan kepada anak- anak yam dan pelajar yang kurang berkemampuan pada Majlis Iſthar KPM 2 Ogos 2013 1 Puasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bermbang rasa 2 Puasa melahirkan jiwa yang selalu taat kepada Allah 3 Puasa dapat melahirkan rasa perihatin terhadap insan yang sentiasa diuji dengan kelaparan PUASA TERAPI JIWA 4 Puasa melatih diri dengan sifat sabar dengan ujian selain menguji ketahanan diri.

SYIAR RAMADAN

  • Upload
    hadien

  • View
    286

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SYIAR RAMADAN

Ramadan yang dinanti sudah menjelma. Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk mengutip mutiara ibadah di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Golongan salafussoleh sentiasa menanti-nanti kehadiran Ramadhan dengan persiapan di dada. Lantas, hadirnya Ramadan disambut bagaikan menyambut tetamu yang mulia.

Ramadan hadir lengkap dengan pakej tawaran yang tidak ternilai harganya. Sudahlah datang sebagai tetamu, dibawa pula tawaran keampunan serta ganjaran pahala melimpah ruah.

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Telah datang kepadamu bulan Ramadan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosamu, memakbulkan doa kamu”-(HR Tabrani)

Sekiranya manusia tahu akan betapa besarnya ganjaran di bulan Ramadan ini, sudah pasti mereka mengharapkan Ramadan ini disambut sepanjang tahun.

Buletin Khas sempena Ihya’ Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia 1434 H

EDISI 1/2013

FORUM BICARA

WAHYU

Tuhanku:

Kudamba Rahmat-Mu

Tarikh:

12 Julai 2013M / 3 Ramadhan 1434H

Ahli Panel:

Ustaz Nidzam bin Ab Kadir (UIAM)

Ustazah Dr. Nik Salida Suhaila bt Nik

Salleh (USIM)

Moderator: Ust Zulkefli b Hamat

Warga KPM dijemput hadir

SYIAR RAMADAN

Justeru, Program Ihya’ Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia telah dirancang dengan pengisian terbaik untuk santapan jiwa dan rohani.

Antaranya:

Majlis Bicara Wahyu

Tazkirah

Tadarus al-Qur’an

Majlis Khatam Al- Qur’an dan Ifthar Jamaie KPM

Tabung Ihya’ Ramadan

Buletin Syiar Ramadan

Ramadan..datangnya dinanti, tibanya dirai, perginya ditangisi.

Selamat berpuasa dan menjalani ibadah

AHLAN YA RAMADAN

Tabung Ihya’ Ramadan KPM

telah pun dilancarkan pada

28 Jun yang lalu sewaktu

Majlis Bicara Wahyu KPM.

Kutipan tabung tersebut

dilaksanakan melalui

Bahagian KPM dan akan

diserahkan kepada urusetia

induk iaitu Bahagian

Pendidikan Islam, KPM.

Hasil kutipan akan

diserahkan kepada anak-

anak yatim dan pelajar yang

kurang berkemampuan

pada Majlis Ifthar KPM

2 Ogos 2013

1 Puasa menimbulkan keinsafan dan

perasaan bertimbang rasa

2 Puasa melahirkan jiwa yang selalu

taat kepada Allah

3

Puasa dapat melahirkan rasa

perihatin terhadap insan yang

sentiasa diuji dengan kelaparan

PUASA TERAPI JIWA

4 Puasa melatih diri dengan sifat

sabar dengan ujian selain menguji

ketahanan diri.

Page 2: SYIAR RAMADAN

HADIS PILIHAN

Page 2

SIDANG EDITORIAL:

Penasihat:

Tn Hj Abdullah b Md Din

Pengarah

Bahagian Pendidikan Islam KPM

Pengerusi:

Pn Hjh Kamariah Bt Isa

Timb Pengarah,

Pengurusan Dakwah dan Syiar

Islam

BPI KPM.

Ketua Editor:

Tn Hj Mohamad Zaki b Husin

Ketua Sektor Dakwah &

Kepimpinan

BPI KPM

Pen. Ketua Editor :

Tn Hj Mohamed Nor b Hj Salleh

Ketua Sektor Pembangunan Akhlak

dan Syiar Islam, BPI KPM

Editor:

Tn Hj Arifuddin b Abd Hamid

Ust Ahmad Zulfakor b Darusa

Ust Mohd Sayuti b Omar

Ust Mohd Zamri b Mohd Noor.

Penulis:

Ust Ruzain Syukur b Mansor

Wartawan:

Ust Hairon b Zainal Abidin

Ust Abd Rahman b Che Soh

Ust Alhuzaee b Sulaiman

Ust Mohd Hamidi b Zakaria

Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berpuasa

Ramadan dengan penuh keimanan , mengharap

balasan daripada Allah, diampunkan dosa-dosanya

yang lalu” -Riwayat Bukhari

Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada 3 tingkat:

PUASA UMUM

Puasa kebanyakan umat Islam-Hanya berlapar dan dahaga

PUASA ISTIMEWA (Puasa Khusus)

Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan

Dan kaki daripada melakukan dosa

PUASA PALING ISTIMEWA (Puasa Khusus al-Khusus)

Merangkumi puasa umum dan puasa istimewa.

Disempurnakan dengan puasa hati daripada keinginan lahir

dan batin. Inilah tingkatan puasa tertinggi kedudukannya di

sisi Allah. Ia amalan puasa para rasul, nabi, para sahabat,

Apa khabar puasaku? Mungkin suatu soalan biasa tetapi bisa menggetar-

kan jiwa jika dihayati dengan iman

di dada.

Apakah ada keinginan untuk men-

capai puasa kelas istimewa?

Atau hanya selesa berpuasa cukup

dengan lapar dahaga menanti

waktu berbuka?

Jika kita ingin mencapai tingkatan

puasa terbaik, rasailah indahnya

puasa berbekalkan ilmu di dada.

Lapar dan dahaga berpuasa

balasannya pasti syurga

APA KHABAR PUASAKU?

Page 3: SYIAR RAMADAN

EDISI 1/2013

RAMADAN BULAN

AL-QUR’AN

S a l m a n a l - F a r i s i meriwayatkan: Dalam sebuah had i s yang panjang, Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan S y a a b a n . B a g i n d a berpesan:

“ Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang padanya ditambah Allah rezeki orang Mukmin.

Barangsiapa yang mem-beri makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula di ampun-kan”

Jelas kepada kita betapa b e s a r n y a p a h a l a bersedekah pada bulan Ramadan ini. Justeru, pilihlah untuk memberi kerana dengan memberi kita akan diberkati.

Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya me rampa s be n t e ng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan Ramadan.

Kita dan Mereka.

Kita hanya berlapar dan dahaga ketika berpuasa, tetapi mereka menyeka peluh dan darah demi agama.

Pada tahun 584 Hijrah, Sallahudin al-Ayyubi men-galahkan tentera Salib d a n m e m b e b a s k a n sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai tentera Salib. Ketika tiba Ramadan, penasihatnya menyarankan agar beliau berehat.

Tetapi Sallahuddin menja-wab “ Umur itu pendek dan sentiasa mengancam”

Kita hanya menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa, tetapi mereka menahan kesakitan di-tusuk panah demi menjaga kemaslahatan ummah

Kita hanya menunggu waktu berbuka, tetapi m e re ka m e nunggu hadirnya musuh dengan d e n g a n p e n u h waspada .

Ramadan Menyubur Amalan Sedekah

PUASA KITA DAN MEREKA.

Antara amalan yang sangat

digalakkan di dalam bulan

Ramadan adalah membaca al

-Qur’an. Apatah lagi jika ia

dibaca secara beramai-ramai

(tadarus) bersama teman di

pejabat mahupun di masjid.

Antara adab membaca al

-Qur’an:

1. Sunat membaca dalam

keadan berwuduk.

2. Membaca dengan tartil

(perlahan-lahan)

3. Membaca dengan penuh

rasa tawaduk .

4. Membaca terjemahan

ayat supaya memahami

dan menghayati isi

kandungan ayat yang

dibaca.

5. Memahami sebab ayat

diturunkan (asbab nuzul).

Allah berfirman dalam

surah al-Baqarah ayat

185:

Maksudnya:

“Bulan Ramadan yang

diturunkan padanya

al-Qur’an sebagai

petunjuk kepada manusia

dan penerangan tentang

petunjuk dan pembeda

antara hak dan batil.

Maka barangsiapa yang

menyaksikan di antara

kamu anak bulan, maka

hendaklah dia berpuasa”

Soalan: Ustaz, apakah

yang dimaksudkan dengan

melewatkan sahur?

Jawapan: Lewat sahur ini

sekitar 10 hingga 30 minit

sebelum masuk waktu

solat Subuh. Ini berdasar-

kan hadis Rasulullah SAW

berhenti bersahur pada

kadar membaca 50 ayat al-

Qur’an.-Riwayat al-Nasai’

TIP SEMPURNAKAN PUASA

Jangan tinggalkan sahur. Bukan

sekadar makan tetapi beroleh

pahala.

Berbuka apabila terbenam

matahari, teruskan dengan

solat Maghrib.

Berdoa di waktu berbuka,

banyakkan bertaubat dan men-

jauhi perkara dimurkai Allah.

Menahan lidah dari berkata

dusta dan tidak bermanfaat.

Ringankan tangan, banyakkan

membantu orang yang dalam

kesusahan

Menggunakan masa untuk

mendalami ilmu-ilmu agama

Memelihara jiwa dari penyakit

hati seperti dengki, bongkak,

takabbur, riak.

Menjaga sumber makanan.

Pastikan halal lagi baik.

ADAB-ADAB MEMBACA

AL-QUR’AN

Page 4: SYIAR RAMADAN

Tajuk : Ramadan Terakhir Penulis :Hisham AR

Penerbit : Galeri Ilmu Harga : RM 19.00

Karya dakwah santai ini membicarakan mengenai penghayatan Ramadan daripada sisi seorang hamba.

“Berpuasa bukan hanya pada lapar dan dahaga, tetapi berusaha sedaya upaya merebut pelbagai ganjaran hebat”

Penulis menggarap frasa indah penuh dengan nasihat dan pesanan yang mudah difahami. Penulis mengungkapkan mutiara ilmu sebagai persediaan menyambut Ramadan, panduan berpuasa serta menyingkap apakah hasil daripada tarbiah universiti Ramadan.

“Ramadan terakhir berkongsi kisah-kisah santai kehidupan dalam perjalanan menuju destinasi akhir di akhirat nanti”-Penulis

Milikilah buku ini. Hadamkan isinya. Kongsilah manfaatnya bersama ahli keluarga. Selamat membaca!

PELANCARAN

TABUNG IHYA’ RAMADAN KPM

Tabung Ihya’ Ramadan KPM telah dilancarkan oleh Tuan Haji Abdullah

b Md. Din Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM pada 28 Jun yang

lalu. Warga KPM boleh menyumbang kepada tabung tersebut melalui

Bahagian masing-masing. Hasil kutipan tersebut akan didermakan

kepada pelajar yang kurang berkemampuan sempena Majlis Ifthar

KPM pada 2 Ogos 2013. Marilah kita merebut peluang saham akhirat

buat menambah bekalan untuk ke sana.

No Program Tarikh/Tempat

1 Tadarus al-Quran Setiap hari bekerja

sepanjang

Ramadan di

Bahagian KPM

2 Majlis Iftar Jamaie KPM 2 Ogos 2013/

24 Ramadan 1434 H

Dewan Serbaguna,

Aras 9, E12, KPM

3 Forum Ihya’ Ramadan

Tuhanku: Ku Damba

Rahmat-Mu

Ahli Panel:

Ustaz Nidzam bin Ab

Kadir (UIAM)

Ustazah Nik Salida

Suhaila bt Nik Salleh

(USIM)

Moderator:

Ust Zulkefli b Hamat

12 Julai 2013/

3 Ramadan 1434 H

Dewan Serbaguna,

Aras 9, E12, KPM

4 Majlis Bicara Wahyu

Khas Ramadan

Masjid Lesu, Pasaraya

Diserbu

19 Julai 2013/10

Ramadan 1434 H

Auditorium KPM

5 Tazkirah Ramadan Setiap hari bekerja

15 minit sebelum/

selepas solat Zohor

6 Tabung Ihya’

Ramadan

Pelancaran :

28 Jun 2013

Agihan:

2 Ogos 2013

Buletin Syiar Ramadan akan

menemui anda sebanyak 4

siri sepanjang Ramadan. Sila

emelkan sebarang maklum

balas dan cadangan membina

kepada :

[email protected]

bagi tujuan penambahbaikan

Ihya’ Ramadan @ KPM

BINGKISAN MINDA

Sebarang pertanyaan mengenai Ihya Ramadan sila

berhubung dengan Ustaz Abd Rahman Bin Che Soh

01993904400