T1 Bentuk Muka Bumi

  • View
    13

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota geografi tema 1 tingkatan 1

Transcript

T1-Tema 1(Unit 6): Kepelbagaian bentuk muka bumi .

Kedudukan Malaysia

1 Berhampiran Garisan

Khatulistiwa.

2 Keluasan : 329 733km persegi

3 Terdiri darpada :

a) 13 buah negeri

b) 3 wilayah persekutuan

4 Mempunyai kedudukan

geografi strategik :

a) kedudukan di tengah-

tengah jalan laut antara

timur dan barat.

b) terletak di luar Lingkaran

Api Pasifik dan laluan

Angin taufan.

Bentuk Muka Bumi Malaysia

Tanah Tinggi

1 Lebih 60% daripada muka

bumi negara kita terdiri tanah

tinggi.

2 Banjaran di Semenanjung

Malaysia :

a) Banjaran Nakawan

b) Banjaran Kedah Singora

c) Banjaran Bintang

d) Banjaran Keledang

e) Banjaran Titiwangsa/Besar

f) Banajran Benom

g) Banjaran Tahan

h) Banjaran Pantai Timur

3 Banjaran di Sabah:

a) Banjaran Crocker

b) Banjaran Trus Madi

c) Banjaran Witti

d) Banjaran Maitland

e) Banjaran Brassey

4 Banjaran di Sarawak :

a) Banjaran Tama Abu

b) Pergunungan Iran

c) Pergunungan Hose

d) Banjaran Kapuas Hulu

e) Banjaran Kelinkang

5 Banjaran Titiwangsa:

a) tulang belakang Sem.M`sia

b) terpanjang (480km)

c) dikenali Banjaran Besar

d) kemuncak tertinggi - Gunung Korbu (2182m)

e) 3 pusat peranginan :

Tanah Tinggi Genting

Tanah Tinggi Cameron

Bukit Fraser

f) legeh dan kawasan tadahan

bagi sungai.

6 Banjaran Crocker:

a) terbesar dan tertinggi di

Malaysia.

b) Kemuncak tertinggi -

Gunung Kinabalu (4101m)

c) terdapat Taman Negara

Crocker dan Taman Negara

Kinabalu.

7 Banjaran Tama Abu

a) banjaran utama Sarawak

b) kemuncak tertinggi -

Gunung Murud (2425m)

Sistem Gunung Lipat

1 Banjaran gunung Malaysia

adalah sebahagian daripada

sistem Banjaran Gunung Asia,

bermula dari Pusaran Pamir di

utara India.

2 Banjaran di Malaysia

menganjur dari Dataran

Tinggi Yunnan dan menganjur

merentasi Thailand dan

membentuk Banjaran

Titiwangsa dan banjaran lain.

3 Banjaran gunung di Asia

terdiri daripada gunung lipat.

4 Pembentukan gunung lipat

disebabkan kuasa mampatan.

5 Gunung lipat terdiri daripada

a) gunung lipat tua

b) gunung lipat muda

Kejadian gunung lipat

Tanah Pamah

Terdiri daripada :

A lembangan sungai

B delta

C dataran pantai

1 Lembangan sungai ialah

kawasan yang disaliri oleh

sebatang sungai dan

cawangan-cawangannya.

2 Dataran ialah kawasan rendah

yang lebih luas, rata dan

kurang daripada 15 meter.

3 Umumnya, dataran adalah

sempit kerana banjaran gunung

menganjur berhampiran pantai

4 Ditimbuni tanih alluvium yang

subur sesuai untuk kegiatan

pertanian seperti Dataran

Kelantan dan Delta Rajang.

5 Tanah pamah dan dataran :

a) Dataran Kedah-Perlis

b) Dataran Hilir Perak

c) Dataran Selangor

d) Dataran Johor

e) Dataran Pahang

f) Dataran Terengganu

g) Dataran Kelantan

h) Delta Rajang

i) Dataran Pantai Barat Sarawak

j) Delta Baram

k) Dataran Pantai Barat Sabah

l) Dataran Pantai Timur Laut Sabah

m) Delta Segama

n) Dataran Pantai Timur Sabah

Saliran di Malaysia

1 Malaysia mempunyai banyak sungai kerana menerima hujan lebat sepanjang tahun.

2 Kebanyakan sungai di Sem. Malaysia berpunca dari Banjaran Titiwangsa, mengalir masuk ke Laut

dan pentas benua. Shina Selatan dan Selat Melaka.

3 Di Sabah dan Sarawak, sungai berpunca dari banjaran gunung di pedalaman dan mengalir masuk ke Laut China Selatan dan Laut Sulu.

4 Sungai- sungai di Sem Malaysia :

Sungai Muda

Sungai Perak

Sungai Bernam

Sungai Endau

Sungai Pahang

Sungai Terengganu

Sungai Kelantan

5 Sungai-sungai di Sarawak :

Sungai Rajang

Sungai Baram

Sungai Lupar

6 Sungai-sungai di Sabah :

Sungai Padas

Sungai Labuk

Sungai Kinabatangan

Sungai Segama

7 Sungai-sungai di Malaysia adalah deras alirannya di peringkat hulu, perlahan di peringkat hilirnya,

8 Tasik semula jadi ialah Tasik Bera dan Tasik Chini.

9 Tasik buatan manusia ialah

Tasik Kenyir, Tasik Chenderoh, Tasik Perdana.

Pola Saliran

Pola sairan ialah cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu dengan lain.

a) pola saliran reranting

- bentuk ranting pokok

- di kawasan batuan yang

sama kekerasan

- contoh: Sungai Pahang

Sungai Kelantan

Pola saliran reranting

b) pola saliran jejala

- di kawasan yang mempunyai batuan keras dan batuan lembut berselang-seli

- anak sungai menghakis

lapisan batuan lembut

- contoh : Sungai Perak

c) pola saliran selari

- terdapat di cerun curam

- contoh : Sungai

Kinabatangan

Pola saliran selari

d) pola saliran gegelang

-cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan sungai utama di tanah rendah.

Pola saliran gegelang

e) pola saliran jejari

- cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung

Bentuk Muka Bumi Sepanjang Aliran Sungai

Peringkat Hulu

1 Sungai mengalir deras

2 kuasa hakisan giat.

3 bentuk muka bumi ialah

jeram, air terjun, gaung, lubuk

sungai

Peringkat Tengah

1 Sungai mengalir sederhana

deras

2 tindakan hakisan melebar

lebih pesat.

3 bentuk muka bumi ialah

susuh bukit berpanca dan liku

sungai.

Peringkat Hilir

1 Proses pemendapan sungai

lebih aktif dan berkesan

2 bentuk muka bumi ialah

liku sungai yang besar, tasik

ladam, dataran banjir,

tetambak dan delta.

Bentuk muka bumi sungai

Pinggir Laut

Pinggir laut Malaysia tidak lurus tetapi panjang, mempunyai bentuk muka bumi seperti teluk, tebing tinggi, tanjung, pantai, pulau

1 pantai berpasir penting sebagai

kawasan pelancongan dan

perkelahan, kawasan

penanaman kelapa.

Contoh : Port Dickson

Pantai Cahaya Bulan

Batu Ferringhi

2 pulau penting sebagai kawasan

pelancongan, pelabuhan

perikanan dan pelabuhan

antarabangsa.

Contoh : Pulau Langkawi

Pulau Tioman

Pulau Redang

Pulau Gaya

3 tanjung penting sebagai

kawasan rekreasi dan

pelancongan.

Contoh : Tanjung Bidara

Tanjung Dawai

Tanjung Datu

4 teluk penting sebagai

petempatan nelayan, tapak

pelabuhan, kawasan perikanan,

kawasan perkelahan.

Contoh : Teluk Kemang

Teluk Ramunia

Teluk Kimanis

Teluk Darvel

Teluk Mahkota

5 pentas benua ialah kawasan

perikanan dan kawasan

perlombongan petroleum dan

gas asli. Meliputi kawasan

pinggir laut di pantai timur

Semenanjung Malaysia dan

Sabah, Sarawak serta

Laut China Selatan.

Bentuk muka bumi pinggir laut tindakan hakisan ombak

Bentuk muka bumi pinggir laut tindakan pemendapan ombak

T1-(Tema 1)Unit 7 : Potensi dan halangan bentuk muka bumi

Tanah tinggi

Kepentingan terhadap kegiatan manusia

Kawasan tadahan air dan legeh sungai

Kawasan pelancongan

Penjanaan kuasa hidroelektrik

Empangan hidroelektrik

Penanaman tanaman hawa sederhana

Tanaman hawa sederhana pokok teh

Kepentingan kepada pembangunan Negara

Sumber air dan makanan

Sumber kuasa untuk kilang, pejabat dan rumah

Peluang pekerjaan

Menambahkan pendapatan Negara-melaluli aktiviti pertanian, pembalakan dan pelancongan.

Halangan terhadap kegiatan manusia

Cerun curam menyebabkan hakisan dan tanah runtuh

Menyukarkan petempatan, pertanian dan pembinaan jalan raya

Cerun curam

Cara-cara mengatasi

Menanam p