15
Pendahuluan  Pendidikan khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang  bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas. Menurut Hallahan dan Kauffman(2006)  pendidikan khas bermaksud "Satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas" manakala Gargiulo(2003) pula "Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus". Pendidikan Inklusif pula melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas  biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti  pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.(KamariahJarji,1994). Definisi  pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikankhas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap,  perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila  perubaha ini melibatkan beberapa aspek d alam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program inklusif bagi murid berkeperluan k has. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid  pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.MenurutJennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid  pendidikan khas namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran kefungsian hidup. Oleh itu adalah penting  bagi guru, ibu bapa, seko lah dan p ihak luar memainkan peranan mereka masing- masing dengan

T1A2 INKLUSIF

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: T1A2 INKLUSIF

8/12/2019 T1A2 INKLUSIF

http://slidepdf.com/reader/full/t1a2-inklusif 1/15

Pendahuluan 

Pendidikan khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan

murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang

 bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas

untuk membantu pembelajaran murid-murid khas. Menurut Hallahan dan Kauffman(2006)

 pendidikan khas bermaksud "Satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi

keperluan kanak-kanak berkeperluan khas" manakala Gargiulo(2003) pula "Pendidikan Khas

merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar

luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran

khusus".

Pendidikan Inklusif pula melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas

 biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti

 pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.(KamariahJarji,1994). Definisi

 pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama

murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikankhas ini ke

dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan menuju ke

arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap,

 perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila

 perubaha ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa

untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin

meningkat (John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui

tentang kepentingan program inklusif bagi murid berkeperluan khas.

Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid

 pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.MenurutJennifer Katz & Pat Mirenda (2002)menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid

 pendidikan khas namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam

akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh

komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran kefungsian hidup. Oleh itu adalah penting

 bagi guru, ibu bapa, sekolah dan pihak luar memainkan peranan mereka masing- masing dengan

Page 2: T1A2 INKLUSIF

8/12/2019 T1A2 INKLUSIF

http://slidepdf.com/reader/full/t1a2-inklusif 2/15

sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak

yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikan inklusif perlu sedar dan

memahami peranan mereka amsing- masing bagi mengerakkan pendidikan inkusif ini ke arah

kebaikan semua pihak. Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni

untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira

ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid

mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses,

ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

Pernyataan Masalah 

Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu hingga lima

murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu, hanya segelintir murid

 berkeperluan khas mengikuti PPI. Ini kerana masih banyak sekolah arus perdana kurang bersedia

untuk melaksanakan pendidikan inklusif serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibu bapa

untuk memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Hal ini

kerana kebanyakkan ibu bapa berasa kurang yakin akan kebolehan anak-anak mereka untuk

sama-sama bersaing dengan rakan sebaya yang tidak mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Mereka bimbang emosi anak meraka akan terjejas akibat daripada permasalahan dalam

 pembelajaran yang dialami oleh anak meraka.

Selain itu kurangnya penglibatan organisasi atau badan-badan tertentu dalam menyediakan guru

 pendamping yang boleh mengajar semua jenis kanak-kanak mengagalkan usaha untuk

meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Walaupun pendidikan

inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran, namun implementasi pendidikan inklusif masih

 belum lagi meluas. Masyakarat umumnya masih tidak boleh menerima keberkesanan dan kesan

 positif yang bakal diterima oleh kanak-kanak berkeperluan khas ini jika mereka ditempatkan di

dalam kelas yang sama dengan kanak-kanak normal.

Page 3: T1A2 INKLUSIF

8/12/2019 T1A2 INKLUSIF

http://slidepdf.com/reader/full/t1a2-inklusif 3/15

Oleh yang demikian, cadangan/garis panduan yang menyeluruh ini perlu dijalankan dalam

 pelaksanaan PPI di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2 supaya ia dapat diimplimentasikan

secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid

 berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut.

Objektif  

i.  Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran dan

 pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.

ii.  Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada

mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang

untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih

natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model).

iii.  Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan khas dengan

murid di aliran perdana.

iv.  Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .

v.  Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.

vi.  Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas

untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

Kepentingan cadangan/ garis panduan 

Hasil garis panduan ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang

terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid-murid

 berkeperluan khas seperti Jabatan Pendidikan Khas, KPM, Unit Pendidikan Khas Jabatan

Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai

Program Intergrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah harian. Pihak yang tersebut perlu

memberikan perhatian yang lebih menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan program

yang lebih berkesan bagi murid – murid tersebut. Di pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di

sekolah pula diharapkan mendapat maklumat bagi menyediakan PPI yang berkesan bukan

Page 4: T1A2 INKLUSIF

8/12/2019 T1A2 INKLUSIF

http://slidepdf.com/reader/full/t1a2-inklusif 4/15

sahaja kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa

menerima murid berkeperluan khas sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang sesuai akan

membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPI dapat merancang dengan lebih

 berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al, 2002).

KUMPULAN SASARAN

Murid-murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis

dan mengira, murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri, berkomunikasi dengan yang

lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan

guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan

 pembelajaran di dalam bilik darjah. Kesemua murid akan ditempatkan di setiap kelas mengikut

tahap penguasaan kemahiran asas 3M. Paling utama juga murid-murid tersebut telah mendapat

 persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan

syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS DAN KAITKAN DENGAN PELAN

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025.

Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai

masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang

upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention

Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatumenganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai individu

yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah

dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas.

Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan

khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana-mana agensi.

Page 5: T1A2 INKLUSIF

8/12/2019 T1A2 INKLUSIF

http://slidepdf.com/reader/full/t1a2-inklusif 5/15

 

Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses kepada

 pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut:

▪ Sekolah pendidikan khas:

Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah

untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain);

▪ Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP):

Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan

▪ Program pendidikan inklusif:

Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas

arus perdana.

Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam program

inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di sekolah

 pendidikan khas.

Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti pendidikan yang

diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan guru yang berkelayakan dan

sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Kedua, walaupun

kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas

Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi

untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk

murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi

 perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi

Page 6: T1A2 INKLUSIF

8/12/2019 T1A2 INKLUSIF

http://slidepdf.com/reader/full/t1a2-inklusif 6/15

menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus perdana.

Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan mesra orang kurang

upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan mesin taip Braille.

Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif

Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education

(1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan

inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu

mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan

 pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi,

mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif.

Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan

khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam

 pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada,

Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model

 pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan.

Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini. Gelombang

1 memberikan tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada. Gelombang 2 memberikan

tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan penambahan jumlah pakar bagi menangani

 pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga pelbagai jenis keperluan. Gelombang 3

menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang berjaya. Dalam

melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan organisasi seperti

Southeast Asian Ministers of Education Organisation Regional Centre for Special Education

(SEAMEO-SEN).

Page 7: T1A2 INKLUSIF

8/12/2019 T1A2 INKLUSIF

http://slidepdf.com/reader/full/t1a2-inklusif 7/15

JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF PPKI SK KANGKAR PULAI 2 2013

PENGERUSI

EN. RAZALI BIN LAN

(GURU BESAR SK Kangkar Pulai 2)

NAIB PENGERUSI

PN. RUBITA BT MOHD ISA

(PENYELARAS PPKI)

SETIAUSAHA

PN. NORERMYLIA BT MOHAMED ASMUNI

(SETIAUSAHA PROGRAM INKLUSIF PPKI)

BENDAHARI

PN NORHAINI BT ABDUL MAJID

(GURU MATEMATIK PPKI)

AJK

PN. HARLIZA BT HASSAN ( GURU BAHASA MELAYU & SAINS )

PN. HJH PUTERI KHURSIAH BT MANSOR ( GURU BAHASA INGGERIS )

EN. NOR AZAMAN BIN MOHAMED ( GURU MATEMATIK )

CIK WAN RABIEATUL ADAWIAH BT MIOR OTHMAN (GURU MATEMATIK PPKI)

PN. NIK MASAAYU BTMOHAMAD (GURU PENDIDIKAN ISLAM PPKI

Page 8: T1A2 INKLUSIF

8/12/2019 T1A2 INKLUSIF

http://slidepdf.com/reader/full/t1a2-inklusif 8/15

PROFIL MURID KELAS PENDIDIKAN KHAS SK KANGKAR PULAI 2

 NAMA: SITI NUR AISYAH BT. KAMARUDIN

UMUR: 13 TAHUN

 NO. KP: 000915-01-0616

 NO KAD OKU: LD004283

 NO FAIL JPN: JKU 0322

KATEGORI MURID: SLOW LEARNER

 NAMA BAPA: KAMARUDIN BIN MD. AMIN

 NAMA IBU: DAHLIA BT. DAHALAN

 NO TELEFON:\0137700272

ALAMAT: NO 41 JALAN PI 1/5, TAMAN PULAI INDAH, 81300 JOHOR BAHRU, JOHOR.

Page 9: T1A2 INKLUSIF

8/12/2019 T1A2 INKLUSIF

http://slidepdf.com/reader/full/t1a2-inklusif 9/15

 

Page 10: T1A2 INKLUSIF

8/12/2019 T1A2 INKLUSIF

http://slidepdf.com/reader/full/t1a2-inklusif 10/15

 

Page 11: T1A2 INKLUSIF

8/12/2019 T1A2 INKLUSIF

http://slidepdf.com/reader/full/t1a2-inklusif 11/15

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF 2013

AKTIVITI TUJUAN TINDAKAN CATATAN

Pengajaran dan

 pembelajaran yang

 berkesan oleh

guru-guru

sepanjang masa

Murid belajar dan guru

mengajar/membimbing

Semua guru pendidikan

khas dan jawatankuasa

 program inklusif.

April -

 November

Kelas tambahan

dan bimbingan

selepas waktu

 persekolahan dan

semasa cuti

 penggal

Memudahkan proses

P&P yang terancang

Semua guru pendidikan

khas dan jawatankuasa

 program inklusif.

April -

September

Motivasi

Kecemerlangan

Diri serta Teknik

Pengurusan Masayang maksimum

Mengenal pasti potensi

diri dan kesedaran untuk

kecemerlangan

Guru Besar dan unit

 bimbingan dan

kaunseling,

 jawatankuasaPendidikan Khas

April

Perjumpaan

 bersama ibu bapa /

 penjaga dan waris

murid-murid (2x)

Mendapat maklumat dan

 perkembangan prestasi

murid-murid

Semua guru pendidikan

khas dan jawatankuasa

 program inklusif.

April, Julai

Latihan latih tubi

menjawab soalan

format UPSR,

soalan percubaan

negeri dan

 pelbagai sumber

Murid-murid akan

didedahkan dengan

 pelbagai bentuk dan

format soalan

Semua guru pendidikan

khas dan jawatankuasa

 program inklusif.

April -

September

Page 12: T1A2 INKLUSIF

8/12/2019 T1A2 INKLUSIF

http://slidepdf.com/reader/full/t1a2-inklusif 12/15

Bengkel Teknik

Menjawab dan

 pemberian markah

dalam semua

subjek UPSR

Murid mendapat

 pendedahan awal teknik

 pemberian markah

Jawatankuasa

kecemerlangan UPSR,

Jawatankuasa

Pendidikan Khas

Mac

Pemberian Hadiah

dan Ganjaran hasil

keputusan ujian

Meningkatkan motivasi

serta kesungguhan murid

Jawatankuasa

kecemerlangan UPSR

dan PIBG

Ogos,

 November

Majlis Bacaan

Yasin/Solat

Dhuha/Solat Hajat

(setiap Jumaat) dan

Majlis Bacaan

Yasin/Solat Hajat

Perdana

Memohon hidayah,

 petunjuk serta keizinan

dari Yang Maha Esa

Guru Besar,

Jawatankuasa

kecemerlangan UPSR

dan PIBG

Jawatankuasa

 pendidikan khas

September

Khemah Ibadah

dan Perkampungan

UPSR

Kesedaran dalaman dan

 pertambahan ilmu

Jawatankuasa

kecemerlangan UPSR,

Unit Bimbingan dan

Kaunseling, PIBG

Mei

Lain-lain aktiviti

yang bersesuaian

dari semasa ke

semasa untuk

kecemerlangan

UPSR 2013

Meletakkan prestasi

sekolah pada tahap

maksimum

Guru Besar,

 jawatankuasa

 pendidikan khas dan

PIBG

Proses Melaksanakan Strategi

Page 13: T1A2 INKLUSIF

8/12/2019 T1A2 INKLUSIF

http://slidepdf.com/reader/full/t1a2-inklusif 13/15

 

BIL AKTIVITI STRATEGI

PERLAKSANAAN

TEMPOH

1. Pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan oleh guru-guru

Membimbing murid dengan

 pelbagai kaedah dan

 pendekatan

Sepanjang masa

P&P di dalam kelas

2. Pengagihan murid mengikut

 potensi pencapaian akademik

Guru-guru menggunakan

 pendekatan yang sesuai

mengikut potensi murid-

murid.

Sepanjang tahun

3. Kelas tambahan dan

 bimbingan selepas waktu

 persekolahan dan semasa cuti

 penggal

Kelas dijalankan pada

 pukul 1.00 hingga 2.00

 petang setiap hari Isnin

hingga Jumaat.

Febuari hingga

September

4. Motivasi Kecemerlangan Diri

serta Teknik Pengurusan

Masa yang maksimum

Dijalankan 2 kali di mana

guru kaunseling akan

dijemput.

Februari dan Mei

5. L atihtubi menjawab soalanformat UPSR, soalan

 percubaan negeri dan

 berbagai sumber

Mendedahkan murid-muriddengan pelbagai bentuk

soalan dan perbincangan.

Sepanjang tahun

6. Bengkel Teknik Menjawab

dan pemberian markah dalam

semua subjek UPSR

Penumpuan kepada teknik

menjawab soalan dan

teknik mendapat markah

terbaik. Guru pakar dan

guru pemeriksa kertas akan

dijemput.

Mac, April dan Mei

8. Pemberian Hadiah dan

Ganjaran hasil keputusan

ujian

Murid-murid yang

mendapat keputusan terbaik

 pada setiap ujian bulanan

Sepanjang tahun

Page 14: T1A2 INKLUSIF

8/12/2019 T1A2 INKLUSIF

http://slidepdf.com/reader/full/t1a2-inklusif 14/15

dan peperiksaan akan

diberikan ganjaran sebagai

motivasi.

9. Majlis Bacaan Yasin/Solat

Dhuha/Solat Hajat (Setiap

Jumaat) dan Majlis Bacaan

Yasin/Solat Hajat Perdana

Setiap pagi Jumaat mulai

27/1/2012 akan diadakan

 bacaan yasin/solat

hajat/solat dhuha di bawah

 pimpinan ustaz jemputan.

Sepanjang tahun

10. Khemah Ibadah dan

Perkampungan UPSR

Murid-murid akan

diserapkan dengan program

kerohanian dan jati diri

untuk kekuatan mental dan

fizikal. Program akan

dijalankan di luar sekolah

selama 3 Hari 2 Malam.

April

11. Lain-lain aktiviti yang

 bersesuaian dari masa ke

semasa untuk kecemerlangan

UPSR 2012

Program Anak Angkat

antara semua guru-guru SK

Batu Kikir dan murid-

murid Tahun 6.

Sepanjang tahun

Kemudahan asas untuk pelajar khas (logistik) 

1.  Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.

2.  Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP

3.  Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik.

4.  Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah.

5.  Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu

dan kaunseling.

Page 15: T1A2 INKLUSIF

8/12/2019 T1A2 INKLUSIF

http://slidepdf.com/reader/full/t1a2-inklusif 15/15

RUJUKAN

Buku Maklumat Pendidikan Khas 2007. Kementerian Pelajaran Malaysia

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992).  Pendidikan khas Dan pemulihan : bacaan asas. 

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Data Pendidikan Khas 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia

Kirk, S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993).  Educating exceptional children (7th

 

ed.). Boston: Allyn and Bacon.

Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.Kertas Kerja

Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort,Terengganu. Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London:David

Fulton Publisher. Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.Bengkel

Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi. Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas

 Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak

diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and

 Inclusion. London: SAGE Publications Inc. Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA

:Thomson Wadsworth .