36
ISSN 1985-0220 JUN - SEPTEMBER 2015 Bil.2/2015 olume ccuracy peed ms 33 Sekitar Sekitar PERTANDINGAN KOIR ICU JPM 2015 PERTANDINGAN KOIR ICU JPM 2015 ms30 Adobe Lightroom Bantu Lancarkan Aliran Kerja Ahli Fotografi Meriahnya Raya Di Bumi MERDEKA ms 07 Menarik Edisi JUN - SEPTEMBER 2015 ms 12 ms 26 Anjung Singgah Alternatif Tangani Masalah Sosial taati ikrar perkhidmatan awam SEHATI SEJIWA SEHATI SEJIWA Pamer Kesepaduan Pamer Kesepaduan ms 28

taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

ISSN 1985-0220 JUN - SEPTEMBER 2015

Bil.2/2015

olume ccuracy peed

ms33

Sekitar Sekitar PERTANDINGAN KOIR ICU JPM 2015 PERTANDINGAN KOIR ICU JPM 2015 ms30

Adobe LightroomBantu LancarkanAliran KerjaAhli Fotografi

MeriahnyaRaya Di BumiMERDEKA

ms07

Menarik Edisi JUN - SEPTEMBER 2015

ms12

ms26

Anjung SinggahAlternatif TanganiMasalah Sosial

taati ikrarperkhidmatanawam

SEHATI SEJIWASEHATI SEJIWAPamer KesepaduanPamer Kesepaduan

ms 28

Page 2: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 20152

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-14 (MAPPA XIV)pada 17 Jun 2015

di Pusat Konvensyen

Antarabangsa Putrajaya

(PICC), Presint 5,

Putrajaya.

Foto oleh

Aizat Asyraf Abdul [email protected]

SIDANG REDAKSI PENGURUSAN ICU JPM | IBU PEJABAT

PENGURUSAN ICU JPM | NEGERI

Ketua Pengarah :: YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik) :: YBhg. Datuk Hj. Nor Rizan Mohd Thani

Timbalan Ketua Pengarah (Pusat Transformasi Penyampaian) :: YBhg. Dato' Hj. Hadzir Md. Zain

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelarasan Projek Khas) :: YBhg. Datuk Zolkopli Dahalan

Pasukan Petugas Pemantauan Projek :: YBhg. Dato’ Nazirruddin Abd Rahman

Pengurus Pasukan BPR Projek BLESS :: Musalmiah Hj. Asli

Pusat Bank Data Negara & Inovasi :: YBhg. Dato' Rosni Abdul Malek

Bahagian Infrastruktur :: Mohd Hatta Nordin

Bahagian Ekonomi :: Dr. Shahrazat Hj. Ahmad

Bahagian Konsultatif & Referal Teknikal :: Wan Ahmad Shukiman Wan Jaafar

Bahagian Khidmat Pengurusan :: Mohamad Azhan Md Amir

Bahagian Projek Khas :: Ismail Haron

Bahagian Badan Berkanun & Pembangunan Institusi :: Mokhtar Mohamad

Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang :: Mohd Noor Rejab

Bahagian Susun Semula Masyarakat :: Salhah Salleh

Bahagian Kesejahteraan Rakyat :: Md. Azhan Samat@Limat

Bahagian Sosial :: Afandi Nordin

Bahagian Penilaian Outcome :: Mohd Khidir Majid

Bahagian Keselamatan :: Hanani Sapit

PPPN Sarawak :: YBhg. Dato Kamal Husin

JPP Kelantan :: YBhg. Dato' Makhtar Mustapha

PPPN Perak :: YBhg. Dato’ Hasim Hasan

PPPN Sabah :: YBhg. Datuk Hj. Matusin Sunsang

PPPN Selangor :: YBhg. Dato' Mohd Rosli Ramli

PPPN Pahang :: YBhg. Dato’ Hj. Mohamad Roslan Harun

PPPN Johor :: Datuk Hj. Aziz Mohd Akil

PPPN Pulau Pinang :: YBrs. Tn. Syed Shaari Syed Abdullah

PPPN Wilayah Persekutuan :: YBhg. Datuk Hj. Ariffi n Imat

PPPN Terengganu :: YBhg. Dato' Nik Nasarudin Mohd Zawawi

PPPN Kedah :: Ibrahim Abdullah

PPPN Melaka :: Mohamad Azhar Saleh

PPPN Negeri Sembilan :: Wan Razali Wan Awang

PPPN Perlis :: Mohd Zaki Abdul Rahman

PERDA :: Kosong

JUN-SEPTEMBER 2015Bil.2/2015

PENAUNG YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof

PENASIHAT YBhg. Datuk Hj. Nor Rizan Mohd Thani

YBhg. Dato' Hj. Hadzir Md. Zain

YBhg. Datuk Zolkopli Dahalan

KETUA EDITOR Mohamad Azhan Md Amir

EDITOR Raymie Amiril

URUS SETIA PENERBITAN Azleen Suzana Zakaria

SIDANG PENULIS Ainnul Dzhamira Mohd Soffi

Azleen Suzana Zakaria

Fazura Yahya

Hanizah Fauzi

Haniza Mohamed Hanippon

Nor Amly Ibrahim

Puteh Soraya A. Rahman

Raymie Amiril

Salhah Salleh

Yuhanis Muliati Mohamed Yusoff

REKALETAK & GRAFIK Mohd Yaziz Sulaiman

JURUFOTO Aizat Asyraf Abdul Ghafar

Amir Afi q Jamaludin

BANTUAN/SOKONGAN Ainnul Dzhamira Mohd Soffi

Razilah Radzi

Mohd Yusri Mohd Lazin

Sidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud penambahbaikan dan

sumbangan penulisan/artikel/gambar dan lain-lain yang bersesuaian untuk

keluaran akan datang.

Hubungi Sekretariat Azleen Suzana Zakaria

Penerbitan Email: [email protected]

Telefon: 03 8872 6413

Diterbit dan dicetak:

Seksyen Perhubungan Awam,

Bahagian Khidmat Pengurusan,

Unit Penyelarasan Pelaksanaan,

Jabatan Perdana Menteri,

Bangunan Perdana Putra, 62502 Putrajaya.

Telefon : 03 8872 6407

Faksimili : 03 8888 3528 (Am), 03 8888 3217 (SPA)

KULIT EDISI JUN - SEPTEMBER 2015

Page 3: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 3

A ssalamualaikum.Salam Sejahtera dan Salam 1ICU.

Pertama sekali mari kita panjatkan rasa syukur kepada Ilahi, dengan rahmat-Nya kita masih mampu menjalani kehidupan aman makmur selepas negara mencapai kemerdekaan. Betapa bertuahnya kita sebagai warganegara yang menikmati keamanan ini hasil daripada perjuangan generasi terdahulu.

Semangat patriotik yang tinggi sangat penting bagi setiap rakyat dalam sebuah negara yang merdeka. Rasa cintakan negara akan menjadikan setiap rakyatnya berasa bertanggungjawab untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang sama ada sosial, ekonomi, politik, agama, budaya, atau pendidikan.

Dari kecil dan saban tahun kita disemaikan semangat dan perasaan cintakan negara. Persoalannya, sebagai penjawat awam adakah kita telah sepenuhnya menghayati erti sebenar kemerdekaan? Sejauh mana aspek sahsiah dan pembangunan jiwa telah terlaksana ke arah mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan tahap penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kita?

Perlu kita sedar bahawa dalam era globalisasi sekarang ini, penjajahan sebenar bukan lagi penjajahan berbentuk fi zikal yang memerlukan kekuatan tenaga dan senjata tajam, tetapi ianya lebih merupakan penjajahan minda yang berupaya mempengaruhi pemikiran sesuatu bangsa.

Justeru, dalam menghayati erti kemerdekaan, kita sebagai penjawat awam perlu melihat cabaran-cabaran yang akan kita hadapi khususnya dalam mencapai hasrat kerajaan menjadikan

negara kita sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 mengikut acuan sendiri.

Walau apapun pendekatan yang diguna pakai dalam peningkatan perkhidmatan awam, kita mesti menerima hakikat bahawa asas utama adalah jiwa dan kepercayaan kepada diri sendiri. Kesedaran ke atas tanggungjawab bagi menyempurnakan amanah yang diberi serta kesediaan untuk berubah merupakan asas kecemerlangan kita. Kalau kita dapat menyahut setiap seruan pemimpin kita selaras dengan semangat kemerdekaan jiwa yang menitik beratkan kecemerlangan, integriti, amanah dan bersyukur, semestinya kita mampu mewujudkan sebuah organisasi yang disegani.

Sekian untuk kali ini. Selamat Membaca. Wassalam.

Ketua Editor

Hayati Kemerdekaan SYUKURI NIKMATSYUKURI NIKMAT

ILHAM BICARA KETUA EDITOR

JUN - SEPTEMBER 2015Penjawat Awam Perlu Beri Fokus Utama Kepada RMK-11 05

Kerjasama Demi Kesejahteraan Negara 06

Penjawat Awam DimintaTidak Bocor Rahsia Kerajaan 07

Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015 08

Kunjungan Hormat ICU JPM Ke Seri Mutiara, Pulau Pinang 09

Lawatan Turun PadangKetua Pengarah Ke Pulau Pinang 10

Anjung Singgah Alternatif TanganiMasalah Sosial 12

Lawatan Ketua Pengarah Ke ProjekAkuakultur Batang Ai, Lubok Antu, Sarawak 14

Mesyuarat Majlis Sosial Bil. 2/2015 15

Rampaian Peristiwa 16

Bahaya Fitnah Di Laman Sosial 24

Program Ambang Aidilfi tri 25

Meriahnya Raya Di Bumi Merdeka 26

Sehati Sejiwa Pamer Kesepaduan 28

Hari Terbuka Sumber Manusia ICU JPM 29

Pertandingan Koir ICU JPM 2015 30

Lawatan Kerja Dari Kementerian Pengajian Tinggi ke Unit Integriti 32

Adobe Lightroom Bantu Lancarkan Aliran Kerja Ahli Fotografi 33

Ehwal Perkhidmatan 34

Apresiasi Perkhidmatan 36

Page 4: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 20154

Agensi Pusat yang Unggul dalam Penyelarasan dan

Pemantauan Pembangunan Negara

Agensi Pusat yang Memacu Pembangunan Negara

Melalui Penyelarasan, Pemantauan, Pelaksanaan

dan Penilaian Dasar, Program dan Projek dengan

Mengamalkan Tadbir Urus yang Baik dan Budaya

Kerja yang Kreatif, Inovatif dan Berintegriti

ä Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan

dan outcome Program/Projek Pembangunan

Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)

ä Mengurus Peruntukan serta melaksana dan

memantau Program/Projek Khas

YAB Perdana Menteri

ä Menyelaras, memantau dan menilai Program/

Projek Kesejahteraan Rakyat

Semasa bekerja di Menara Berkembar KLCC sebelum dilan k menjadi seorang penjawat awam, saya menerima kehadiran ga orang ahli mesyuarat daripada negara Perancis. Kesemuanya lelaki, baka nggi, pu h dan kacak belaka. Mesyuarat diadakan

secara santai dan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Semasa mereka hendak pulang, saya hantarkan sehingga ke kereta dan secara spontan saya mengucapkan ”Au Revoir”, (cara sebutan O-Rev-War) yang bermaksud selamat nggal semoga berjumpa lagi. Jacques, ekseku f lelaki yang kedua paling kacak terus memandang saya dengan kagum sambil berkata “beau!” (katanya sebutan saya jelas dan berlenggok Perancis) lantas bertanya adakah saya sebenarnya tahu berbahasa Perancis tetapi cuba merendah diri? Saya jawab, dak. Saya hanya belajar beberapa perkataan Perancis sahaja, itupun melalui novel yang saya baca.

Itu cerita tujuh tahun yang lalu. Hanya dengan sepotong ayat saya dipandang nggi dan turut membuatkan ha pegawai atasan saya gembira dengan maklum balas posi f yang mereka terima atas a li le contribu on yang saya berikan. The French was happy and the company closed a deal (namun saya yakin sumbangan saya hanya 0.001% dan sememanganya majikan tempat saya bekerja dahulu layak diberikan kontrak atas kehebatan prestasi mereka). Jika diimbau kembali, semasa di sekolah dahulu, saya mengambil Bahasa Arab dan Bahasa Sepanyol sebagai bahasa kedua. Kelebihan bersahabat dengan rakan-rakan pelbagai bangsa mengizinkan saya untuk menguasai Bahasa Inggeris sedari darjah empat lagi. Bahasa Melayu pula bagaimana?

Bahasa Melayu beraja nggi di ha . Biar tutur Inggeris penuh bunyi Mat Saleh, namun dak sesekali Bahasa Melayu dipinggir. Kelebihan bercakap dalam pelbagai bahasa dak menjadikan seseorang itu kurang Melayu, kurang semangat kebangsaan. Penguasaan lebih daripada satu bahasa hanya batu loncatan untuk aspek-aspek kepen ngan kerja sebagai warna tambahan di dalam CV dan perantara perhubungan sosial, bukan berniat mendabik dada. Betapa hebat pun individu itu, bahasa ibunda tentunya dak pernah lekang di bibir. Pilihan radio untuk didengar masih lagi yang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya, pilihan lagu-lagu yang dinyanyikan dalam bilik karaoke dak pernah lagu Melayu ter nggal. Berbahasa roman k bersama si dia walau dalam bahasa asing namun ‘sayang’ tetap menjadi pilihan penggan ‘darling’, ‘sweetheart’ dan sebagainya.

Jacques dan rakan-rakan mereka walau berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris namun jika terdapat perbincangan kecil di antara mereka ber ga, lidah secara automa k akan bertukar ke Bahasa Perancis membiarkan kami ahli mesyuarat saling terpinga. Jika anda bertanya saya di mana indahnya Bahasa Melayu kita, indahnya dari segi penyampaian maksudnya. Jika berada di tengah kota Prague dan bertemu rakan yang boleh berbahasa Melayu alangkah bahagianya dunia. Bahasa ini menjadikan kita lebih rapat, lebih mesra. Bahasa Melayu itu bahasa cinta. Baitnya indah penuh pui s. Boleh melerai lelah, boleh menyapu sedih mengundang tawa. Ada apa dengan cinta? Cintalah yang menyatukan semua rakyat Malaysia. Salam penuh kemerdekaan, salam hari kebangsaan, salam seha sejiwa.

daridariKacaMataKacaMata

Ada Apa DenganC INTA?

ACCURACY

SPEED

VOLUME

Perkhidmatan Teras Utama

VisiProfil Jabatan

P r o f i l J a b a t a n

Misi

Moto

KOLUM BICARA

Page 5: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 5PEMBANGUNAN NEGARA

Dataran Perdana Putra, Putrajaya : YAB Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Razak

mahu semua penjawat

awam memberi fokus utama kepada

Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)

yang dibentangkan 21 Mei lalu

bagi memastikan negara mencapai

matlamat yang disasarkan menjelang

2020. Dalam RMK-11, kerajaan

akan lebih berpaksikan rakyat serta

menumpukan kepada peningkatan

produktiviti dan kecekapan

perkhidmatan awam. Beliau berkata

demikian ketika berucap pada

Perhimpunan Bulanan Jabatan

Perdana Menteri di Perdana Putra,

Putrajaya pada 1 Jun 2015.

Antara fokus utama ialah

meningkatkan taraf hidup serta

potensi rakyat untuk menyertai

aktiviti ekonomi dan seterusnya

menikmati kekayaan negara. RMK-11

mengandungi enam teras strategik

dan enam pemacu perubahan dalam

usaha untuk merealisasikan matlamat

Malaysia menjadi negara maju dan

inklusif selaras dengan Wawasan

2020. Enam teras berkenaan

ialah memperkukuh inklusiviti ke

arah masyarakat yang saksama,

meningkatkan kesejahteraan rakyat,

meningkatkan pembangunan modal

insan untuk negara maju dan menuju

ke arah pertumbuhan hijau bagi

meningkatkan kemampanan dan

daya tahan.

Selain itu, enam teras berkenaan

turut merangkumi aspek untuk

memperkukuh infrastruktur bagi

menyokong pertumbuhan ekonomi

dan merekayasa pertumbuhan

ekonomi untuk peningkatan

kemakmuran. Justeru, RMK-11

adalah penting kerana ia dilihat akan

menjadi transformasi terakhir dalam

matlamat menjadikan Malaysia

negara maju berpendapatan tinggi

menjelang 2020. Cabaran semasa

mengharuskan penyampaian

perkhidmatan terus dipertingkat dan

dilaksanakan dengan cepat dan tepat

menerusi pendekatan kreatif dan

inovatif di samping memantapkan

integriti.❚

PENJAWAT AWAM PERLU BERI

Oleh Azleen Suzana Zakaria [email protected]

FOKUS UTAMARMK-11KEPADA

Page 6: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 20156 PEMBANGUNAN NEGARA

Dataran Perdana Putra, Putrajaya : Anggota

pentadbiran negara

perlu fokus kepada

usaha meningkatkan

kesejahteraan rakyat, ekonomi

dan aspek sosial serta memulihkan

keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib

Tun Razak berkata demikian semasa

Perhimpunan Bulanan Jabatan

Perdana Menteri pada 3 Ogos 2015

di Putrajaya.

Beliau berkata selepas rombakan

kabinet, banyak tugasan dan

penelitian perlu dilakukan antaranya

memberi keutamaan tinggi kepada

rakyat terutama bagi mengurangkan

beban sara hidup dalam semua

aspek. Perkara itu, menurut beliau

telah digariskan dalam dasar

transformasi nasional dan ia diberi

penekanan dalam Rancangan

Malaysia Ke-11.

Dalam aspek sosial, Datuk Seri Najib

berkata kerajaan perlu menangani

media sosial dimana paradigma

media sosial adalah berbeza.

Kehadiran media sosial telah

membawa banyak perubahan ke arah

penyertaan masyarakat secara dalam

talian. Kesan penggunaan media

sosial yang meluas menyebabkan

fitnah mudah berlaku.

Justeru, penjawat awam perlu

mengurus persepsi menerusi

hikmah dan kebijaksanaan apabila

berhadapan dengan mereka yang

menggunakan media sosial untuk

menyebarkan maklumat palsu atau

pandangan yang tidak benar.

Jika ini tidak dilakukan, maka segala

usaha penjawat awam dalam

melaksanakan dasar kerajaan tidak

akan peroleh kepercayaan rakyat

sekali gus mencalarkan imej Kerajaan.

Datuk Seri Najib berkata beliau

yakin dan percaya kabinet sebagai

satu pasukan yang dibantu anggota

pentadbiran dan pegawai kerajaan di

semua peringkat mampu menangani

segala cabaran atas jalinan kerjasama

yang padu dan kukuh.❚

BEKERJASAMA DEMIKESEJAHTERAAN

NEGARA

Oleh Azleen Suzana Zakaria [email protected]

Page 7: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 7

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya : Perdana

Menteri Datuk Seri

Najib Tun Razak meminta penjawat

awam mentaati ikrar perkhidmatan

awam untuk tidak membocorkan

rahsia kerajaan. Berucap pada Majlis

Perdana Perkhidmatan Awam ke-14

(MAPPA XIV) beliau berkata, insiden

kebocoran rahsia kerajaan sebelum

sesuatu pengumuman rasmi dibuat

boleh memberi implikasi kepada

keputusan kerajaan.

Turut hadir pada majlis di Pusat

Konvensyen Antarabangsa

Putrajaya (PICC) itu ialah Timbalan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin

Yassin, menteri-menteri kabinet

dan Ketua Setiausaha Negara

Tan Sri Dr Ali Hamsa. MAPPA

yang dianjurkan sejak tahun 2000

bertujuan membolehkan Perdana

Menteri menerangkan strategi

serta perancangan kerajaan bagi

meningkatkan perkhidmatan kepada

rakyat.

Turut diumumkan Perdana Menteri

adalah kadar baharu terendah

imbuhan tetap perumahan

dinaikkan kepada RM300 sebulan

berbanding RM180 buat masa ini.

Penyelarasan kenaikan itu dibuat

secara berperingkat, sehingga Gred

41 berkuat kuasa November ini. Ia

melibatkan 1.1 juta penjawat awam

dengan implikasi kewangan RM1.04

bilion setahun.

Selain itu, penjawat awam Gred 54

ke bawah bakal menerima bantuan

khas kewangan RM500 bagi

meringankan beban mereka membuat

persiapan menyambut Ramadan

dan Hari Lebaran. Bantuan khas

ini turut dinikmati 700,000 pesara

kerajaan yang menerima pencen

dengan bayaran RM250. Kedua-dua

pembayaran akan dibuat pada

25 Jun ini melibatkan peruntukan

RM1 bilion.❚

PEMBANGUNAN NEGARA

Oleh Fazura Yahya [email protected]

PENJAWAT AWAM DIMINTA TIDAK BOCOR RAHSIA

KERAJAAN

PENJAWAT AWAM DIMINTA TIDAK BOCOR RAHSIA

KERAJAAN

tolong jaga rahsia kerajaan, sebab mana-mana kerajaan pun mesti jaga rahsia. Kalau kita belum sedia buat pengumuman janganlah bocor sebab kalau bocor boleh jadi keputusan itu berlainan nanti."

"Ini belum apa-apa lagi tol dah kata kita nak naikkan. Sepatutnya kita ada kaedah tertentu. Inilah saya harap sangat penjawat awam kita sudah angkat sumpah jangan main-mainkan sumpah sebab ini untuk kebaikan negara kita,"

YAB Perdana Menteri

Page 8: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 20158 PEMBANGUNAN ORGANISASI

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya : Sambutan

Hari Wanita Kebangsaan

2015 telah secara rasminya

disempurnakan oleh YAB Dato'

Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,

Perdana Menteri Malaysia bertempat

di Pusat Konvensyen Antarabangsa,

Putrajaya. Dengan tema 'Raikan

Kegemilangan', sambutan ini

diadakan bertujuan memberikan

pengiktirafan kepada golongan

wanita di atas sumbangan kepada

pembangunan negara. Antara

pengisian program yang diadakan

sempena sambutan ini ialah Forum

Bicara Wanita dengan tema 'Wanita

Gemilang Penjana Peradaban

Cemerlang' bersama YBrs. Dr.

Madeline Berma dan Pn. Rozita

Ibrahim, serta pameran daripada

agensi Kerajaan, Badan Bukan

Kerajaan (NGO) dan gerai jualan

produk daripada usahawan-usahawan

wanita yang berjaya.

Pada sambutan kali ini, Unit

Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan

Perdana Menteri (ICU JPM) amat

berbesar hati kerana telah diberikan

pengiktirafan sebagai 'Juara Wanita'

di bawah sub sektor Dasar Wanita

Negara (DWN) iaitu Kemiskinan

Dalam Kalangan Wanita sekaligus

membuka ruang untuk ICU JPM

bersama-sama terlibat di dalam

pameran tersebut. Penyertaan ICU

JPM adalah untuk mengetengahkan

segala usaha ICU JPM dalam

membasmi kemiskinan dalam

kalangan wanita serta meningkatkan

taraf kehidupan khususnya kepada

mereka dan keluarga, amnya.

Dalam sambutan ini, seramai

18 orang wanita gemilang telah

terpilih untuk menerima watikah

pelantikan ahli-ahli Majlis Penasihat

dan Perundingan Wanita (MPPW).

Antara ahli MPPW yang dilantik

ialah YB Senator Pn. Bathmawati

Krisnan, Pn. Low Ngai Yuen dan

Pn. Ainon Kuntum. Majlis ini akan

dijadikan satu platform untuk

mengintegrasikan perspektif wanita

dalam pelbagai aspek. YAB Perdana

Menteri juga turut menganugerahkan

pelantikan watikah Penyandang Kursi

Kepimpinan Wanita bagi fasa kedua

kepada YBhg. Tan Sri Datuk Dr.

Rafi ah Salim.

Turut hadir pada sambutan ini ialah

isteri kepada YAB Perdana Menteri

Malaysia, YABhg. Datin Paduka

Seri Rosmah Mansor, YABhg.

Puan Sri Dato' Hajah Jamilah Haji

Anu, isteri kepada Ketua Menteri

Sarawak serta kira-kira 3,000 orang

tetamu jemputan. ICU JPM sangat

menghargai kerjasama yang diberikan

oleh pihak urus setia pameran,

KPWKM, Pejabat Pembangunan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Pejabat Pembangunan Persekutuan

Negeri Selangor serta lain-lain pihak

yang membantu dalam menjayakan

pameran ini.❚

SambutanHARI WANITA KEBANGSAAN 2015Oleh Hanisah Fauzi [email protected]

Page 9: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 9

Pulau Pinang : Rombongan

Ketua Pengarah ICU

JPM telah membuat

kunjungan hormat kepada

Tuan Yang Terutama,

Tun Dato' Seri Utama Dr. Hj. Abdul

Rahman Hj. Abbas, Yang Di Pertua

Negeri Pulau Pinang di kediaman

rasmi Seri Mutiara. Kunjungan

ini merupakan kunjungan hormat

pertama selepas Dato' Ahmad Zaki

Ansore Mohd Yusof dilantik sebagai

Ketua Pengarah ICU JPM.

Turut serta dalam rombongan

tersebut termasuklah Tuan Syed

Shaari Syed Abdullah, Pegawai

Kemajuan Negeri Pulau Pinang,

Tuan Hj. Saringat Hj. Hassan,

Pengurus Besar PERDA, Tuan

Hj. Mohd Noor Rejab, Pengarah

Bahagian Penyelarasan Penyertaan

Bumiputera Pulau Pinang dan Cik

Salhah Salleh, Pengarah Bahagian

Susun Semula Masyarakat, ICU JPM

Putrajaya.❚

KUNJUNGANHORMAT ICU JPM KE SERI MUTIARA,PULAU PINANGOleh Raymie Amiril [email protected]

PEMBANGUNAN ORGANISASI

Page 10: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 201510

Pulau Pinang : YBhg. Dato'

Ketua Pengarah ICU

JPM telah mengadakan

lawatan turun padang

ke Pulau Pinang pada

3-5 Jun 2015. Lawatan kerja ini

melibatkan beberapa buah pejabat

termasuklah Lembaga Kemajuan

Wilayah Pulau Pinang atau PERDA,

Pejabat Bahagian Penyelarasan

Bumiputera Pulau Pinang dan Pejabat

Kemajuan Negeri Pulau Pinang.

Lawatan ini adalah lawatan pertama

ke negeri ini selepas YBhg. Dato'

Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof

dilantik sebagai Ketua Pengarah

ICU JPM.

YBhg. Dato' Ketua Pengarah dalam

ucapannya meminta supaya semua

pegawai dan kakitangan perlu

mempunyai dan mengamalkan

budaya keseronokan bekerja agar

dapat mewujudkan persekitaran kerja

yang kondusif. Setiap kerja yang

dilakukan hendaklah bersungguh

sungguh agar dapat membuahkan

hasil yang berkualiti.

Justeru, dalam hal ini rasa cepat

berpuas hati hendaklah dihindari

bagi mempastikan prestasi kerja

sentiasa dipertingkatkan dari semasa

ke semasa. Beliau juga menyeru

agar setiap kakitangan sentiasa

mempunyai fikiran yang positif ketika

melaksanakan tugas sesuai dengan

moto ICU JPM. Apa yang penting

sikap bekerjasama harus ada agar

penyampaian perkhidmatan kepada

stakeholders sentiasa berada di tahap

terbaik.

Pada 4 Jun, Ketua Pengarah telah

mengadakan lawatan ke PERDA-

TECH. Selepas mendengar taklimat

daripada Mohd Asri Baharum,

Oleh Raymie Amiril [email protected]

LAWATAN TURUN PADANG KETUA PENGARAH ICU JPM KE PULAU PINANG

PEMBANGUNAN ORGANISASI

Page 11: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 11

Pengarah PERDA-TECH, rombongan

turut melawat dan melihat bagaimana

pelatih menjalani latihan praktikal

yang menekankan aspek kemahiran

yang tinggi antaranya pembikinan

kompenan kecil untuk jentera dan

juga bengkel jahitan.

Selain dari itu rombongan Ketua

Pengarah berkesempatan menaiki

keretapi dari stesen keretapi Nibong

Tebal ke Stesen Keretapi Bukit

Mertajam sambil mendengar taklimat

mengenai Projek Double Track

Pulau Pinang. Projek keretapi laju

yang bermula dari Kuala Lumpur

sampai ke Perlis ini menelan belanja

lebih RM12 bilion, bukan saja dapat

mempercepatkan perjalanan malah

mempertingkatkan lagi kegiatan sosio

ekonomi negara.

Pada sebelah malamnya, rombongan

Ketua pengarah turut melawat

tapak pameran Ekspo Usahawan

Bumiputera Pulau Pinang atau

PENBEX anjuran Focus Group

Pembangunan Usahawan & Koperasi

Bumiputera Pulau Pinang. Ekspo

tahunan ini yang berlangsung mulai

30 Mei hingga 7 Jun bertujuan untuk

memperkenalkan produk produk

keluaran IKS Bumiputera Pulau

Pinang serta menggalakkan orang

ramai membeli barangan keluaran

Bumiputera yang dijamin halal.

Sebanyak 381 gerai pameran yang

menyertainya.❚

Page 12: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 201512 KESEJAHTERAAN RAKYAT

Kuala Lumpur: Tanggungjawab selaku

Urus Setia kepada Majlis

Sosial, Unit Penyelarasan

Pelaksanaan Jabatan

Perdana Menteri (ICU JPM) sentiasa

memastikan peranan pemantauan

dilakukan secara berterusan agar

dapat menyumbang secara aktif

dalam usaha menangani masalah

sosial negara.

YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore

Mohd Yusof, Ketua Pengarah ICU

JPM telah turut serta di dalam

lawatan kerja ke Anjung Singgah,

Kuala Lumpur bagi melihat

sendiri situasi semasa masyarakat

gelandangan di Wilayah Kuala

Lumpur. Lawatan dimulakan pada

jam 11.00 malam.

Turut serta dalam lawatan ini ialah

Timbalan Ketua Pengarah Sektor

Pembangunan Strategik, YBhg. Datuk

Haji Nor Rizan Mohd Thani, Timbalan

Ketua Pengarah Sektor Penyelarasan

Projek Khas, YBhg. Datuk Zolkopli

Dahalan, Pegawai Kemajuan Negeri

Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk

Haji Ariffin Imat, Pengarah-pengarah

daripada Ibu Pejabat iaitu Pengarah

Bahagian Kesejahteraan Rakyat,

Pengarah Bahagian Sosial, Pengarah

Bahagian Penilaian Outcome

dan Pengarah Bahagian Khidmat

Pengurusan.

Taklimat ringkas mengenai Anjung

Singgah telah disampaikan oleh

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan

Kebajikan Negara, YBhg. Dato' Rafek

Reshidullah. Beliau turut menyatakan

penghargaan kepada pihak ICU JPM

di atas kesudian jabatan meninjau

dan melihat sendiri kondisi Anjung

Singgah.

AnjungSinggahAlternatifTanganiMASALAHSOSIAL

Oleh Nor Amly Ibrahim [email protected]

Page 13: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 13

Selain melihat kemudahan yang

disediakan di bangunan Anjung

Singgah, pelawat juga telah dibawa

meninjau gelandangan di beberapa

lokasi sekitar Jalan Hang Lekiu, Jalan

Silang dan Bangunan Cahaya Suria.

Turut serta memberi penerangan

sepanjang tinjauan dilakukan ialah

Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar

Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat, Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat (KPWKM), Chua Choon

Hwa, Ketua Penolong Pengarah

Kanan, Bahagian

Perancangan dan Pembangunan,

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),

Fatimah Zuraidah Salleh dan Ketua

Unit Projek Khas, Yayasan Kebajikan

Negara (YKN), Nordina Haron.

Secara keseluruhannya objektif

lawatan ini tercapai seterusnya dapat

membantu pihak ICU JPM untuk

bekerjasama bersama jabatan dan

agensi lain bagi mencari alternatif

atau kaedah dalam menangani

isu gelandangan seterusnya

membantu

memulihkan isu sosial di negara kita.

Lawatan berakhir pada jam 2.00 pagi.

ICU JPM merakamkan penghargaan

di atas kerjasama yang diberikan

oleh pihak KPWKM, JKM, YKN serta

lain-lain pihak yang membantu dalam

merealisasikan lawatan ini.❚

dan Pembangunan,

ajikan Masyarakat (JKM),

aidah Salleh dan Ketua

Khas, Yayasan Kebajikan

Page 14: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 201514

Lubok Antu, Sarawak : Ketua Pengarah ICU JPM

YBhg. Dato' Ahmad Zaki

Ansore Mohd Yusof telah

mengadakan lawatan turun

padang ke Projek Akuakultur Batang

Ai, Lubok Antu Sarawak pada

5-6 Ogos 2015.

Projek Akuakultur Batang Ai

merupakan salah satu projek perintis

dalam Government Transformation

Programme (GTP) di bawah Program

Khas Golongan Bumiputera Minoriti

(PKGBM) Sarawak yang dilaksanakan

oleh Kerajaan di dalam Rancangan

Malaysia Ke-10 (RMK-10) bermula

pada tahun 2012. Objektif projek

ini adalah untuk membangunkan

ekonomi pengusaha akuakultur

tempatan sedia ada dan baru

secara komersial bagi menyokong

pembangunan Zon Industri

Akuakultur di Empangan Hidro

Batang Ai. Aktiviti yang dilaksanakan

adalah ternakan ikan tilapia merah di

dalam sangkar.

Di bawah projek ini, bantuan yang

diberikan kepada peserta adalah

merangkumi sangkar, anak ikan dan

makanan ikan (starter dan grower)

serta kemudahan hatchery. Seramai

108 peserta menyertai projek ini di

mana 68 orang peserta sedia ada dan

baru sejak tahun 2012 hingga 2014

manakala seramai 40 orang peserta

baru akan menyertai projek ini pada

penghujung tahun 2015. Secara keseluruhannya, projek ini

boleh meningkatkan pendapatan

peserta. Terdapat juga peserta yang

telah menambah bilangan sangkar

sedia ada secara sendiri daripada

keuntungan hasil jualan ternakan

ikan masing-masing. Semasa

perbincangan dengan peserta, YBhg.

Ketua Pengarah telah mengingatkan

mereka agar bijak menguruskan

kewangan hasil daripada jualan

ternakan masing-masing bagi

memastikan kelangsungan projek ini.❚

Lawatan Ketua PengarahKe PROJEKAKUAKULTURBATANG AI, LUBOK ANTU, SARAWAK

Oleh Salhah Salleh [email protected]

KESEJAHTERAAN RAKYAT

Page 15: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 15

Bangunan Perdana Putra, Putrajaya : Mesyuarat Majlis Sosial

Bil. 2/2015 telah diadakan

pada 30 Jun 2015 pada

jam 3.00 petang bertempat di Dewan

Persidangan, Bangunan Perdana

Putra, Putrajaya. Mesyuarat yang

dipengerusikan oleh YAB Timbalan

Perdana Menteri turut dihadiri oleh

barisan menteri, wakil NGO, dan juga

pegawai tinggi kerajaan.

Mesyuarat pada hari ini

membincangkan tiga (3) kertas yang

dibentangkan oleh:

1 Agensi Anti Dadah Kebangsaan

(AADK) bertajuk "Pendekatan

Holistik Membanteras Dadah Di

Malaysia";

2 Jabatan Perpaduan Negara

dan Integrasi Nasional (JPNIN)

iaitu "Projek Rintis Pusat

Mediasi Komuniti (PMK): Kolaborasi

Strategi Lautan Biru Antara Jabatan

Perpaduan Negara Dan Integrasi

Nasional, Klinik Bantuan Guaman

Dan Mediasi, Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) dan Perbadanan

Putrajaya"; dan

3Kementerian Belia dan Sukan

(KBS) iaitu "Pelaksanaan Projek

Angkat Dan Upaya (PADU)".

Sehubungan dengan itu, kerajaan

bersetuju dengan cadangan holistik

membanteras dadah di Malaysia yang

dicadangkan oleh pihak Agensi Anti

Dadah Kebangsaan memandangkan

statistik bilangan penagih dadah

yang semakin meningkat sama ada

kes penagihan baru mahupun kes

penagihan berulang bermula dari

peringkat umur remaja (13-18 tahun)

sehinggalah kepada peringkat dewasa

(≥40 tahun). Strategi menyeluruh

yang dicadangkan oleh pihak AADK

termasuklah program pencegahan,

rawatan serta pemulihan dan

penguatkuasaaan dadah secara lebih

bersepadu bersama dengan agensi

kerajaan dan juga pihak badan bukan

kerajaan (NGO) yang lain.

Kerajaan juga akan turut menekankan

elemen mengutamakan perpaduan

di antara kaum, masyarakat dan

komuniti setempat. Sehubungan itu,

melalui Projek Perintis Pusat Mediasi

Komuniti yang merupakan kolaborasi

secara National Blue Ocean Strategy

(NBOS) antara Jabatan Perpaduan

Negara dan Integrasi Nasional,

Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) dan Perbadanan Putrajaya

akan menyediakan perkhidmatan

mediasi bagi menyelesaikan kes-kes

konfl ik komuniti setempat. Pusat

ini akan beroperasi di Kompleks

Kejiranan Presint 9, Putrajaya. Melalui

pelaksanaan projek ini, kerajaan

berharap agar penjimatan kos

perundangan dapat dilaksanakan

serta menggalakkan masyarakat/

komuniti untuk menguruskan konfl ik

di peringkat komuniti tanpa perlu

ke mahkamah seterusnya dapat

mengurangkan bilangan kes yang

dibawa ke mahkamah.

Memandangkan golongan belia

adalah kelompok yang signifi kan

dalam sesebuah negara, maka

kerajaan amat serius dalam

memastikan golongan ini mendapat

perhatian yang sewajarnya. Golongan

belia pada hari ini merupakan

generasi yang akan memimpin negara

di masa hadapan. Sehubungan itu,

melalui Kementerian Belia dan Sukan,

kerajaan telah mewujudkan Projek

Angkat dan Upaya (PADU) bagi

mengasah lagi bakat dan potensi

positif yang ada dalam diri belia serta

membimbing belia agar tidak terjebak

dalam sebarang masalah sosial.❚

MESYUARATMAJLIS SOSIALBil. 2/2015Oleh Puteh Soraya A.Rahman [email protected]

PEMBANGUNAN NEGARA

Page 16: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 201516

1 Julai 2014 : Program Ihya Ramadan 2014 @ Surau Bangunan Perdana Putra

7-8 Julai 2014 : Sesi Penilaian Anugerah Inovasi JPM @ Bilik Mesyuarat 1, Aras 2, Blok B1, Kompleks JPM

7-10 Jun 2015 : Lawatan Anugerah AIPDT tahun 2015 (Besut/Marang) @ Pejabat Daerah dan Tanah Besut/Marang

18-30 Jun 2015 : Ihya Ramadan 1436H/2015 @ Surau Bangunan Perdana Putra

RAMPAIAN PERISTIWA

Page 17: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 17

22 Jun 2015 : Majlis Iftar Ramadan & Terawih ICU JPM 2015 @ Surau dan Dewan Banquet Bangunan Perdana Putra

4 Julai 2015 : Mesyuarat NBOS @ Dewan Persidangan Bangunan Perdana Putra

Page 18: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 201518 RAMPAIAN PERISTIWA

9 Julai 2015 : Lawatan ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas @ Pulau Meranti, Puchong

10 Julai 2015 : AIPDT Selangor @ Pejabat Tanah dan Galian Selangor

Page 19: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 19

27 Julai 2015 : Majlis 100 Hari KP ICU JPM @ Bilik Mesyuarat Gerakan Khas, Bangunan Perdana Putra

29 Julai 2015 : Workcamp SDSI @ RHR Hotel UNITEN, Bangi

Page 20: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 201520 RAMPAIAN PERISTIWA

3 Ogos 2015 : Mesyuarat SDO @ Bilik Mesyuarat Gerakan Khas

3 Ogos 2015 : Kursus Berskala Besar Kenali Anak Kita @ Dewan D, MAEPS Serdang

Page 21: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 21

6 Ogos 2015 : Sambutan Hari Raya JPM @ PICC

7 Ogos 2015 : Lawatan Kerja KP ke Projek Tangki Air 1Malaysia @ Kampung Indrasabah, Tawau, Sabah

Page 22: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 201522 RAMPAIAN PERISTIWA

7 Ogos 2015 : Lawatan Kerja KP ke tapak Hospital Tawau

22 Jun 2015 : Kursus Pengenalan Pemakaian Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 @ Dewan Teater

Page 23: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 23

3 September 2015 : Lawatan Kerja Ketua Pengarah ke Tapak Projek Mahkamah Anak Negeri Kudat, Sabah

24 Ogos 2015 : Majlis Pelancaran Buku Mengurus Ekspektasi Pengurusan Awam @ Dewan Persidangan

Page 24: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 201524 PEMBANGUNAN ORGANISASI

BAHAYA FITNAH DI LAMAN SOSIAL

Bangunan Perdana Putra, Putrajaya : Kecanggihan dunia

teknologi pada masa ini

tidak dapat disangkal

lagi. Banyak ciptaan teknologi baru

muncul, ditambah lagi dengan

penaik tarafan barisan teknologi

yang sedia ada. Kemunculan sistem

teknologi tanpa wayar menjadikan

dunia semakin kecil, kerana

maklumat mengenai global dapat

diperolehi dengan hanya menekan

komputer atau telefon bimbit pintar.

Komunikasi antara satu dengan

yang lain menjadi semakin mudah.

Penggunaannya menjadi satu trend

kehidupan masyarakat masa kini.

Segenap lapisan masyarakat daripada

golongan pemimpin, para professional

malahan golongan kanak-kanak pun

kini menjadikan teknologi ini sebagai

medium informasi dan perhubungan

dalam perkara harian. Teknologi

maklumat dan komunikasi dikatakan

banyak memberi manfaat kepada

dunia moden ini.

Sejak akhir-akhir ini, muncul

banyak penulisan, imej dan video

yang diposkan menerusi teknologi

maklumat dan komunikasi melalui

laman-laman sosial dan aplikasi

tertentu seperti Whatsapp, Facebook

dan yang seumpamanya. Maklumat

atau berita tersebar dengan pantas

tanpa sempadan.

Maklumat atau berita yang

tersebar kadangkala langsung tidak

mendatangkan manfaat kepada

orang-orang yang dikirimkan, hanya

sebagai hiburan dan jadi bahan

ketawa semata-mata. Perkara

membimbangkan ialah jika terdapat

antara maklumat atau berita yang

disampaikan berupa pembohongan

semata-mata, dan lebih dahsyat lagi

jika pembohongan itu menjadi fitnah,

seterusnya mengaibkan mana-mana

pihak atau individu tertentu.

Pada Isnin, 3 Ogos 2015 bertempat

di Dewan Teater Bangunan Perdana

Putra telah diadakan Perjumpaan

Pegawai Gred 41-44 Bersama Ketua

Pengarah ICU JPM, YBhg. Dato'

Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof.

Beliau berkata penjawat awam

sepatutnya mematuhi setiap garis

panduan yang telah ditetapkan

kerajaan selain menjalankan tugas

dengan amanah. Penjawat awam

perlu berhati-hati ketika ingin

mengeluarkan kenyataan atau

berkongsi maklumat di laman sosial.

YBhg. Dato' Ketua Pengarah berkata

laman sosial seharusnya digunakan

sebagai pemudahcara kepada

kelangsungan kehidupan seharian.

Walaupun kebanyakan insiden

berlaku di luar sektor awam, ada

kalanya juga ia melibatkan integriti

dan imej agensi-agensi kerajaan, dan

adalah menjadi tanggungjawab setiap

penjawat awam untuk menyampaikan

maklumat sebenar situasi tersebut.

Oleh itu, sebelum berkongsi apa-

apa jua maklumat anda perlu tahu

bahawa maklumat tersebut diyakini

kebenaran dan kesahihannya terlebih

dahulu. Sebarang maklumat yang

menyeleweng serta bahan-bahan

paparan yang memberi kesan negatif

kepada fikiran perlulah dihindarkan.❚

Oleh Azleen Suzana Zakaria [email protected]

Page 25: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 25

Kita harus sentiasa bersyukur atas nikmatnya kerana dikurniakan kekayaan. Kekayaan itu bukan setakat wang ringgit tetapi juga dikurniakan keluarga yang bahagia, kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan."kata Dato' Ahmad Zaki Ansore, Ketua Pengarah ICU JPM kepada warga ICU JPM ketika berucap dalam Program Ambang Aidilfitri - Nikmat Dikongsi Bersama di Dewan Taklimat, Bangunan Perdana Putra.

Program ini adalah bertujuan

membantu sedikit sebanyak

menyediakan keperluan kepada

mereka yang lebih memerlukan

selain mengeratkan hubungan

silaturrahim. Ramadan mengajar

kita tentang kesederhanaan dan

melihat kehidupan melalui mata

mereka yang serba kekurangan.

Sebagai umat Islam, kita perlu

sentiasa bersederhana dalam

banyak perkara. Sepanjang bulan

Ramadan kita hendaklah melipat

gandakan amalan dan seterusnya

menunaikan zakat fitrah yang

wajib ke atas kita. Pengumuman

bantuan khas RM500 kepada

kakitangan awam oleh YAB

PM adalah untuk menunjukkan

komitmen kerajaan membantu

kakitangan awam meringankan

bebanan kita dalam menyambut

Hari Raya Aidilfitri.

Justeru itu, dalam program ini

seramai 45 orang kakitangan

ICU JPM menerima sumbangan

duit raya dari YBhg Dato' Ketua

Pengarah ICU JPM. Bantuan itu

diharapkan membantu mereka

menyambut hari lebaran dengan

tema Program Ambang Aidilfitri -

Nikmat Dikongsi Bersama.

Turut hadir pada program ini

adalah YBhg. Datuk Haji Nor

Rizan Mohd Thani, Timbalan

Ketua Pengarah (Sektor

Pembangunan Strategik),

YBhg. Datuk Zolkopli Dahalan,

Timbalan Ketua Pengarah (Sektor

Penyelarasan Projek Khas), YBhg.

Dato' Haji Hadzir Md. Zain,

Timbalan Ketua Pengarah (Sektor

Pusat Transformasi Penyampaian),

Pengarah-pengarah Bahagian dan

warga ICU JPM.❚

PROGRAM AMBANG

Oleh Ainnul Dzhamira Mohd Soffi dzhamira.soffi @icu.gov.my

PEMBANGUNAN ORGANISASI

Page 26: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 201526 PEMBANGUNAN ORGANISASI

MAEPS, Serdang : Nazam lebaran merupakan lagu pembuka tirai Majlis

Sambutan Hari Raya ICU JPM dengan tarian gemalai daripada warga kerja Sektor PTP ICU JPM. Majlis jalinan mesra dengan tema Meriahnya Raya Di Bumi Merdeka telah diadakan pada Isnin, 3 Ogos 2015 di Dewan C, MAEPS Serdang.

Seramai 400 orang telah hadir ke majlis ini yang telah disempurnakan oleh YBhg. Ketua PengarahICU JPM Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof. Ucapan ringkas beliau berkata semua warga kerja ICU JPM umpama sebuah keluarga yang besar. Justeru, majlis seperti ini merupakan salah satu platform yang ideal kepada semua atas semangat kerjasama untuk terus mengekalkan keharmonian serta mengeratkan silaturahim.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dimeriahkan lagi dengan pertandingan gerai terbaik yang menyediakan pelbagai aneka juadah. Sebanyak 17 buah gerai berhias cantik dan unik mewakili Ibu Pejabat dan pejabat cawangan ICU

JPM seluruh negara. Gerai Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) Pahang telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut, tempat kedua JPP Kelantan dan tempat ketiga PPPN Selangor. Hadiah pertandingan telah

Meriahnya RAYAOleh Azleen Suzana Zakaria [email protected]

Page 27: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 27

disampaikan oleh Ketua Pengarah ICU JPM. YBhg. Ketua Pengarah turut tidak melepaskan peluang melawat gerai serta menikmati hidangan di setiap gerai yang bertanding.

Nyanyian artis undangan iaitu Zamani Slam, artis Pentarama serta bakat nyanyian daripada warga kerja ICU JPM telah menjadi halwa telinga kepada setiap pengunjung yang hadir. Perkongsian cerita dan pengalaman daripada Pengasas dan Pengetua Pengurusan Rumah Pengasih, Datuk Yunus Pathi Mohd dan warga Pengasih iaitu penyanyi Zamani telah memberi ilmu tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Turut berkongsi fakta dan kesan penyalahgunaan dadah ialah Pengarah Pencegahan Pengasih Malaysia, Tn. Hj. Ramli Abd. Samad serta Pengarah Unit Kesihatan Reproduksi LPPKN, Dr. Hamizah Hassan.

Bermula dari persiapan sehingga hari majlis berlangsung semua warga ICU JPM telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam memastikan majlis berlangsung dengan sempurna.❚

TEMPAT PERTAMA GERAI TERBAIK

PPPN PAHANG

TEMPAT KEDUA GERAI TERBAIK

JPP KELANTAN

TEMPAT KETIGA GERAI TERBAIK

PPPN SELANGOR

1

2

3

Page 28: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 201528

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur : Sambutan Hari

Kebangsaan 2015 di

Dataran Merdeka telah

berlangsung dengan

penuh semangat patriotik. Sambutan

pada tahun ini lebih menekankan

kepada semangat kejiwaan dan

bersatu hati rakyat Malaysia apabila

Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema

sambutan Hari Kebangsaan tahun

2015.

Sehati Sejiwa mencerminkan

kesefahaman, kekitaan dan

kemanusiaan seluruh rakyat di negara

ini selain melambangkan semangat

kesepaduan yang dimiliki oleh semua

rakyat tidak kira di mana mereka

berada. Semangat kesepaduan itu

ditunjukkan melalui persembahan

bertenaga dan perbarisan oleh hampir

13,000 peserta pelbagai kontinjen

termasuk daripada sektor awam

dan swasta, pelajar serta anggota

pasukan keselamatan.

Unit Penyelarasan Pelaksanaan

Jabatan Perdana Menteri (ICU

JPM) selaku urusetia penyelaras

telah mengumpulkan seramai

534 kakitangan Jabatan-jabatan

Persekutuan dan Negeri di kesemua

14 Negeri di Malaysia bagi menyertai

acara Perarakan Hari Kebangsaan

ke-58. Peserta kontinjen negeri-

negeri pimpinan Timbalan Pengarah

Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik

Muhammad Faizaruddin Jamaludin

telah memakai pakaian tradisional

mewakili semua suku kaum dan

etnik seluruh Malaysia. Penyertaan

mereka sekaligus mempamerkan

kepelbagaian dengan matlamat

utama ialah perpaduan nasional.

Warga kerja ICU JPM pula perlu

menterjemahkan erti kemerdekaan

dengan meningkatkan prestasi dan

semangat patriotisme, dan pada

masa yang sama menyematkan

kesepaduan dan juga perpaduan

untuk semua.

Dalam pada itu, turut berangkat

pada acara perbarisan dan

perarakan sambutan di dataran

penuh bersejarah itu ialah Yang di-

Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim

Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri

Agong Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk

Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin

Seri Rosmah Mansor, Timbalan

Perdana Menteri Datuk Seri Dr

Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin

Seri Hamidah Khamis dan barisan

menteri Kabinet serta perwakilan

asing.❚

SEHATI SEJIWAPamer Kesepaduan

Oleh Azleen Suzana Zakaria [email protected]

PEMBANGUNAN ORGANISASI

Page 29: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 29

Hari Terbuka SUMBER MANUSIAICU JPM

Bangunan Perdana Putra, Putrajaya : Hari

Terbuka Sumber Manusia

ICU JPM 2015 telah

diadakan pada Khamis,

25 Jun 2015 di Dewan Taklimat.

Pelbagai pengisian menarik diadakan

sepanjang hari antaranya Menyemak

Buku Perkhidmatan, Semakan Kursus

oleh unit latihan, kaunter HRMIS,

Khidmat Kaunseling dan khidmat

nasihat kesihatan.

Seawal jam 8.30 pagi warga kerja

ICU JPM telah berkumpul di dewan

bagi menyaksikan acara perasmian

seterusnya mendengar ucapan

daripada Ketua Pengarah ICU JPM

YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore

Mohd Yusof.

Video pelancaran Hari Terbuka

Sumber Manusia ICU JPM yang

memaparkan transformasi Human

Resource Management Information

System (HRMIS) turut ditayangkan.

HRMIS atau Sistem Maklumat

Pengurusan Sumber Manusia

adalah sistem yang bersepadu,

dimudahcarakan oleh teknologi yang

menggabungkan amalan terbaik

pengurusan sumber manusia global.

Pelaksanaan HRMIS menjadi

landasan bagi membolehkan semua

data dan maklumat berkaitan sumber

manusia sektor awam disepadukan

sepenuhnya melalui pelaksanaan

proses sumber manusia. Ciri-ciri

utama HRMIS, antaranya adalah

dipacu oleh proses, kemudahan layan

diri dan berasaskan web. HRMIS

membolehkan setiap anggota sektor

awam mengemaskinikan rekod

peribadi, dan memohon pelbagai

kemudahan yang disediakan

dalam perkhidmatan seperti cuti,

tuntutan perjalanan dan kursus yang

bersesuaian.

Hari Terbuka Sumber Manusia

ICU JPM membantu warga kerja

memahami dengan lebih mendalam

tentang perkhidmatan awam dan ini

turut memberi isyarat kepada warga

kerja untuk berkhidmat dengan lebih

baik bagi mengekalkan rekod prestasi

yang cemerlang.❚

Oleh Azleen Suzana Zakaria [email protected]

PEMBANGUNAN ORGANISASI

Page 30: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 201530

Bangunan Perdana Putra, Putrajaya : Setelah lama menghitung,

akhirnya pengisian

Program Semarakkan

Bulan Kebangsaan Peringkat ICU JPM

bagi tahun 2015 melabuhkan tirainya

dengan pelaksanaan Pertandingan

Koir yang diadakan pada

14 September 2015 bertempat di

Dewan Teater, Bangunan Perdana

Putra dan telah dirasmikan oleh YBhg.

Dato’ Ahmad Zaki Ansore Mohd.

Yusof, Ketua Pengarah ICU JPM.

Program ini dilaksanakan berdasarkan

keperluan Pelan Tindakan ICU

2015 di bawah inisiatif Program

Komunikasi Pembangunan. Agenda

pemantapan sambutan kebangsaan

ini telah dimulakan lebih awal

dengan pelancaran Sambutan Hari

Kebangsaan ICU JPM pada

26 Ogos 2015 diikuti dengan

Perbarisan Kontinjen Sabah, Sarawak

dan Negeri Semenanjung semasa

Hari Kebangsaan 31 Ogos 2015 yang

lalu.

Pertandingan Koir pada tahun ini

menyaksikan sebanyak 17 kumpulan

mengambil bahagian yang terdiri

daripada Ibu Pejabat dan Pejabat-

pejabat Cawangan ICU. Sebanyak 34

lagu didendangkan untuk diadili oleh

panel juri profesional yang diketuai

oleh Encik Mohd Hafiz Askiak,

pensyarah muzik dan teknik vokal di

UiTM Shah Alam dengan dibantu

oleh Encik Yusrizan Usop (Bob

AF), Puan Siti Hajar (bekas tenaga

pengajar Akademi Fantasia) dan

Puan Nurul Hazwannie, individu yang

berpengalaman luas dalam bidang

muzik yang juga merupakan pemilik

Purple Studio.

Oleh Ainnul Dzhamira Mohd Soffi dzhamira.soffi @icu.gov.my

PEMBANGUNAN ORGANISASI

Page 31: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 31

Raptai penuh telah diadakan sehari

sebelum pertandingan dan walau

dalam keadaan keletihan, kesemua

kumpulan yang bertanding tidak

mudah patah semangat dan berjaya

memberikan komitmen yang terbaik

bagi memastikan agenda semasa hari

pertandingan berjalan dengan

lancar. Lagu ‘Nyalakan

Tekad’ ditetapkan

sebagai lagu wajib

untuk didendangkan

disamping sebuah

lagu pilihan mengikut

ketetapan yang

diberikan pihak

Urusetia.

Setiap kumpulan

bertanding telah memberikan

persembahan memukau yang

mengundang tepukan gemuruh

penonton yang hadir. Bukan

sahaja dengan gubahan lagu yang

mengasyikkan, paduan suara yang

harmoni dan lantang menjadikan

setiap bait-bait indah lirik menjadi

lebih bermakna untuk didengar. Turut

menggamit suasana ialah gelagat

bersahaja setiap konduktor yang

mengiringi kumpulan koir, penuh

humor dan tersendiri.

Setelah kiraan markah dibuat dan

segala pertimbangan mereka yang

arif dalam bidang muzik dihitung,

panel juri sebulat suara memilih

kumpulan Simfoni Mutiara daripada

PERDA sebagai juara Pertandingan

Koir ICU JPM 2015. Mereka

membawa pulang hadiah wang tunai

RM3000, hamper, sijil kejuaraan

dan Trofi Kreatif ICU, sebuah

Piala Pusingan yang pertama kali

diperkenalkan.

Tempat kedua dimenangi oleh

PPPN Sarawak yang menggelarkan

kumpulan mereka sebagai Voice of

Phantera 2015 diikuti tempat ketiga

oleh La Fortissimo Chorale daripada

PPPN Sabah. Semua sijil dan hadiah

disampaikan oleh YBhg. Datuk Nor

Rizan Mohd Thani, Timbalan Ketua

Pengarah (Pembangunan Strategik).❚

JOHAN

PERDA

SIMFONIMUTIARA

Kumpulan

NAI

B JOHAN

PPPN SARAWAK

VOICE of

PHANTERAKumpulan

2015

KETIGA

PPPN SABAH

Kumpulan

Page 32: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 201532

LAWATAN KERJA dariKementerian Pengajian Tinggike Unit IntegritiOleh Yuhanis Muliati Mohamed Yusoff [email protected]

Bangunan Perdana Putra, Putrajaya :AIR SETITIK DILAUTKAN, TANAH SEKEPAL

DIGUNUNGKAN. Ilmu yang sedikit apabila dikongsi mencambahkan yang banyak. Perkongsian yang dibuat atas dasar kerjasama antara kementerian amatlah digalakkan. Memetik kata-kata YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang lalu, beliau berkata silo di antara Kementerian serta Jabatan dan agensi dapat dipecahkan dengan terhasilnya kerjasama berpasukan yang saling membantu.

Kata-kata tersebut telah diterjemahkan oleh Unit Integriti ICU JPM apabila menerima kunjungan sempena Lawatan Kerja daripada Unit Integriti Kementerian Pengajian Tinggi pada 10 September 2015 yang lalu.

Lawatan kerja tersebut diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman antara dua agensi dan bagi mendapatkan informasi berkaitan fungsi Unit Integriti di ICU JPM. Pada lawatan kerja tersebut,

para tetamu yang hadir telah diberikan taklimat oleh Cik Waheeda Mohd Idris, Ketua Unit Integriti ICU JPM. Lawatan kerja tersebut dihadiri oleh Ketua Unit Integriti Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Encik Norazhar Anas bersama-sama dengan dua orang pegawai beliau, Encik Muhammad Nazirul Mubin Abdul Rahman dan Puan Nik Azieyati Nik Aziz. Lawatan tersebut

sedikit sebanyak telah menghasilkan percambahan ilmu yang bermanfaat di antara kedua-dua agensi berkenaan.

Unit Integriti ICU JPM juga dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi baru sahaja menubuhkan Unit Integritinya sendiri berkuatkuasa pada 1 September 2015. Penubuhan unit baru tersebut dibuat setelah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipecahkan kepada dua kementerian yang berbeza iaitu Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penubuhan tersebut juga adalah selaras dengan arahan yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 yang berkuatkuasa mulai 6 Ogos 2013 di mana Kerajaan telah menetapkan agar Unit Integriti ditubuhkan di setiap Kementerian/jabatan/agensi bagi menjadi focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.

Lawatan kerja selama satu hari tersebut diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia ada terjalin, membentuk kerjasama dalam menangani isu-isu integriti serta mencambahkan lagi idea-idea baru dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan demi memastikan hasrat murni Kerajaan untuk melahirkan penjawat awam yang menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang cemerlang tercapai.❚

PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Page 33: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 33

Adobe LightroomBantu Lancarkan AliranKerja AHLI FOTOGRAFIOleh Haniza Mohamed Hanippon [email protected]

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi:Setelah berjaya mengendalikan Kursus Asas

Fotografi di Terengganu dan Kursus Fotografi

dan Kewartawanan di ILIM, Bangi, sekali

lagi Seksyen Perhubungan Awam, Bahagian

Khidmat Pengurusan berjaya menganjurkan kursus

lanjutan iaitu Kursus Suntingan dan Pengurusan

Foto: Adobe Lightroom 2015. Kursus yang

berlangsung selama empat hari bermula dari

7 sehingga 10 Jun 2015 telah diadakan di Institut

Latihan Islam Malaysia, ILIM, Bangi.

Masih mengekalkan tenaga pengajar daripada

Sifoo.com iaitu Encik Ahmad Rithauddin Che Mat,

kursus kali ini lebih kepada kerja-kerja suntingan

serta pengurusan foto secara pukal. Penggunaan

Adobe Lightroom ini juga membantu melancarkan

aliran kerja ahli fotografi dalam membuat

suntingan foto serta penyimpanan pustaka foto.

Selain peserta belajar bagaimana untuk

mengendalikan proses suntingan foto, peserta

juga turut diajar teknik penggunaan kamera

yang betul bagaimana untuk mengambil gambar

berbentuk panorama, brekecting, HDR dan

sebagainya. Peserta juga diberi tugasan amali

untuk mengambil gambar mengikut teknik yang

telah diajar dan diperlukan untuk menyunting foto

tersebut dengan menggunakan Adobe Lightroom.

Apa yang paling menyeronokkan ialah peserta

turut berpeluang mengambil gambar matahari

terbit (sunrise) di persekitaran Tasik Uniten pada

hari ketiga berkursus. Pelbagai ragam peserta dan

tidak kurang juga semua peserta menunjukkan

kesungguhan dan kerjasama dalam menjayakan

sesi tersebut.

Di akhir kursus, peserta dilihat mampu untuk

mengendalikan Adobe Lightroom sebagai

software yang memudahkan aliran kerja ahli

fotografi selain mampu menguruskan pustaka foto

sendiri, melakukan suntingan foto secara satu per

satu dan juga secara pukal dan mengeksport foto-

foto secara pukal mengikut kehendak pelanggan.

Rata-rata peserta kursus amat berpuas hati

dan berharap agar kursus seumpama ini dapat

diteruskan lagi di masa akan datang.❚

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

Page 34: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 201534 EHWAL PERKHIDMATAN

PERTUKARAN MASUKNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Che Fuziah Binti Che Ali Pegawai Teknologi Maklumat Gred F54 Kementerian Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (KKMM)BLESS 27 Julai 2015

Asmar Asmadi Bin Abdullah Sani Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M54 Pejabat Timbalan Perdana Menteri Bahagian Projek Khas 29 Julai 2015

Sadim Bin Abdul Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M54 Jabatan Arkib Negara PPPN Sabah 14 September 2015

Mohd Hafiz Aswad Bin Nadzri Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52Kementerian Tenaga,

Teknologi Hijau dan AirPPPN Pulau Pinang 30 Julai 2015

Azlinda Binti Mohd Jan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F52

Unit Pemodenan Tadbiran dan

Perancangan Pengurusan Malaysia

(MAMPU)

Pusat Bank Data Negara dan

Inovasi (NADI)3 Ogos 2015

Mohamad Fadzil Bin Ismail Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48 Jabatan Perkhidmatan AwamSeksyen Sumber Manusia,

Bahagian Khidmat Pengurusan27 Julai 2015

Nuramalina Binti Ibrahim Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48 Jabatan Perkhidmatan AwamBahagian Susun Semula

Masyarakat30 Julai 2015

Murni Binti Mat Amin Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48 Jabatan Perkhidmatan AwamBahagian Badan Berkanun dan

Pembangunan Institusi13 Ogos 2015

Zulkifli Bin Ani Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48 Jabatan Perkhidmatan Awam PPPN Pulau Pinang 18 Ogos 2015

Mohd Rusydi Azfar Bin Abdul Kadir Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48Kementerian Sumber Asli & Alam

Sekitar

Pasukan Petugas

Pemantauan Projek1 September 2015

Norsuhada Binti Sahedan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44 Kementerian Kewangan PPPN Selangor 27 Julai 2015

Muhammad Nizam Bin Ab. Ghani Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44 Kementerian Pendidikan Tinggi JPP Kelantan 3 Ogos 2015

Muhammad Saiful Bin Shofian Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat

Seksyen Pentadbiran,

Bahagian Khidmat Pengurusan1 September 2015

Nurizwan Bin Zainal Abidin Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Malaysia (SPP)Bahagian Projek Khas 17 Ogos 2015

Nor Haslinda Binti Che Muda Perangkawan Gred E41 Jabatan Perangkaan Pahang PPPN Pahang 20 Julai 2015

Mohd Firdaus Akbar Bin Abdul Halim Perangkawan Gred E41 Lantikan Baru PPPN Sembilan 3 Ogos 2015

Noreha Binti Ismail Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41Kementerian Kesejahteraan Bandar,

Perumahan & Kerajaan Tempatan

Pusat Bank Data Negara dan

Inovasi (NADI)3 Ogos 2015

Azlina Binti Mat Zain Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41Kementerian Kesejahteraan Bandar,

Perumahan & Kerajaan TempatanBLESS 3 Ogos 2015

Mohd Hafizal Bin Yaakob Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41Kementerian Kesejahteraan Bandar,

Perumahan & Kerajaan TempatanBLESS 3 Ogos 2015

Hasnan Bin Othman Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 Kementerian Pendidikan Tinggi BLESS 1 September 2015

Kumpulan Pengurusan dan Profesional

PERTUKARAN MASUKNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Siti Aishah Binti ZachariahPenolong Pegawai Teknologi Maklumat

Gred F38

Pusat Konvensyen Antarabangsa

Putrajaya (PICC)

Pusat Bank Data Negara dan

Inovasi (NADI)1 Ogos 2015

Shamsul Kamal Bin Abdullah Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 Pejabat Timbalan Perdana MenteriSeksyen Pentadbiran,

Bahagian Khidmat Pengurusan29 Julai 2015

Anuar Bin Kamaruddin Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 Kementerian Belia dan Sukan PPPN Selangor 24 Ogos 2015

Azfa Nazirah Binti Yaakob Pembantu Akauntan Gred W17Kementerian Pertanian dan Industri

Asas Tani

Seksyen Kewangan,

Bahagian Khidmat Pengurusan27 Julai 2015

Abdullah Faisal Bin Hilalluddin Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Pejabat Timbalan Perdana Menteri Bahagian Projek Khas 29 Julai 2015

Aisha Wahida Binti Abd Salam Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Jabatan Bantuan Guaman Terengganu PPPN Terengganu 10 Ogos 15

Mazlina Binti Ismail Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Pulau PinangPPPN Pulau Pinang 14 September 15

Kumpulan Sokongan

Page 35: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 2015 35

PERTUKARAN KELUARNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Siti Nazariah Binti Abdul Zalim Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52 PPPN Pulau Pinang Jabatan Perkhidmatan Awam 1 Julai 2015

Nasharuddin Bin Abu Bakar Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52 Bahagian Susun Semula MasyarakatKementerian Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah (KKLW)1 Ogos 2015

Yaacob Bin Harun Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52 PPPN Perak Majlis Keselamatan Negara 24 Ogos 2015

Azura Binti Aziz Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52Seksyen Kewangan,

Bahagian Khidmat PengurusanJabatan Perkhidmatan Awam 7 September 2015

Wan Nur Asyikin Binti Wan Yaacob Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48 PPPN Wilayah Persekutuan

Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan (KPDNKK)

15 Julai 15

Shazwana Binti Buang Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48Seksyen Sumber Manusia,

Bahagian Khidmat Pengurusan

Kementerian Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah (KKLW)27 Julai 2015

Nurazlin Binti Abu Talib Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48 Pasukan Petugas Pemantauan ProjekKementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar1 September 2015

Mohd Suhaidi Bin Abdul Rais Perangkawan Gred E44 Bahagian Kesejahteraan Rakyat Jabatan Perangkaan 20 Julai 2015

Mohd Tarmizi Bin Ahmad Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44 PPPN Selangor Jabatan Perkhidmatan Awam 27 Julai 15

Nurul Najwa Binti Abdul Jamil Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44Bahagian Penyelarasan Penyertaan

Bumiputera Pulau PinangKementerian Kesihatan Malaysia 27 Julai 15

Borhan Bin Ab. Rahman Pegawai Teknologi Maklumat F44Pusat Bank Data Negara dan

Inovasi (NADI)Jabatan Perkhidmatan Awam 10 Ogos 2015

Azfa Lia Binti Fardes Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44Seksyen Sumber Manusia,

Bahagian Khidmat Pengurusan

Suruhanjaya Perkhidmatan

Pelajaran17 Ogos 2015

Rosnah Binti Abu Nasir Perangkawan Gred E41 PPPN Sembilan Jabatan Perangkaan Johor 3 Ogos 2015

Mohd Anwar Bin Sahul Hameed Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 Bahagian Infrastruktur Jabatan Perkhidmatan Awam 5 Ogos 2015

Firdaus Bin Hayot Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 PPPN Pulau Pinang Jabatan Perkhidmatan Awam 5 Ogos 2015

Mohd Zammil Bin Abu Bakar Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 Bahagian Susun Semula Masyarakat Jabatan Perkhidmatan Awam 5 Ogos 2015

Mohd Suhaimi Bin Sapie Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 PPPN Pulau Pinang Jabatan Perkhidmatan Awam 5 Ogos 2015

PERTUKARAN KELUARNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Sarina Binti Kasim Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Timbalan Perdana Menteri 29 Julai 2015

Asmah Binti Omar Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Bahagian Projek Khas Pejabat Timbalan Perdana Menteri 29 Julai 15

Rosliza Binti Ramli Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia 17 Ogos 2015

Siti Marlia Binti Abu Mansor Pembantu Akauntan Gred W17Seksyen Kewangan,

Bahagian Khidmat PengurusanMahkamah Melaka 17 Ogos 2015

Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Kumpulan Sokongan

PERTUKARAN DALAMANNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Nazaruddin Bin Abu Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52 Bahagian Penilaian Outcome Bahagian Ekonomi 1 Ogos 2015

Jasmaliza Binti Hj Jamaluddin Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52 Bahagian Ekonomi Bahagian Penilaian Outcome 1 Ogos 2015

Mas Midyawan Bin Yahya Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52 PPPN SelangorSeksyen Kewangan,

Bahagian Khidmat Pengurusan15 September 2015

Maslina Binti Azemin Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44 JPP KelantanBahagian Penyelarasan Penyertaan

Bumiputera Pulau Pinang27 Julai 2015

Luqman Bin Mohd Tasrib Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44 Unit Integriti Bahagian Projek Khas 24 Ogos 2015

Ahmad Khusainy Bin Mazalan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 Bahagian Ekonomi Bahagian Infrastruktur 24 Ogos 2015

PERTUKARAN DALAMANNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Norasiah Binti Omar Pembantu Operasi Gred N11 Bahagian Khidmat Pengurusan PPPN Pahang 14 September 2015

Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Kumpulan Sokongan

Page 36: taati ikrar perkhidmatan ms awam 07 - phg.icu.gov.my · PDF fileSidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud ... Tidak Bocor Rahsia Kerajaan 07 Sambutan Hari Wanita Kebangsaan

Buletin ICU JPMJun - September 201536

APRESIASI PERKHIDMATANSelamat Datang & Selamat Berkhidmat

PERTUKARAN DALAMANTahniah &Selamat Berkhidmat

Dato' Hj. Hadzir Md. ZainPTD Gred Utama B

Timbalan Ketua Pengarah(Pusat Transformasi Penyampaian)

bermula 1 Julai 2015

Afandi NordinPTD Gred M54

Pengarah Bahagian Sosialbermula 1 Julai 2015

Wan Razali Wan AwangPTD Gred M54

Pegawai Kemajuan Negeri, Negeri Sembilanbermula 8 Jun 2015

Ibrahim AbdullahPTD Gred Utama C

Pegawai Kemajuan Negeri Kedahbermula 1 Julai 2015

Dr. Shahrazat Hj. AhmadPTD Gred Utama C

Pengarah Bahagian Ekonomibermula 1 Ogos 2015

APRESIASI PERKHIDMATAN

PERSARAANNama Jawatan Dari Tarikh Kuatkuasa

Samahah Binti Abu Hassan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M54 PPPN Perak 1 Julai 15

Saniah Binti Ahmad Penerbit Rancangan Gred B44 Seksyen Perhubungan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan 31 Ogos 2015

Jamaliah Binti Abdul Latif Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 PPPN Perak 18 Julai 2015

Al-Fatihah. Semoga diampunkan segala dosa dan dicucuri rahmat ke atas rohnya serta ditempatkan bersama orang yang soleh.

Juga ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah Mardiana binti Mokhtar.

MENINGGAL DUNIA

Nama Jawatan Dari Tarikh

Mardiana Binti Mokhtar Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI) 20 Julai 2015