Tafsir Ayat Akhlak

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    1/51

    TAFSIR AYAT AKHLAK

    Disediakan oleh: Nashitah binti abd.kadir Siti nursyifaa binti osman

    PISMP P.ISLAM 1

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    2/51

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    3/51

    LATAR BELAKANG SURAH al-anfal

    Diturunkan Selepas Al-baqarah SemasaPeristiwa Badar.

    Penting Dalam perjalanan dakwah danharakah.

    Ghazwan Badar Yaumul Furqan(pemisahan kelompok mukmin dan jugakelompok kafir.

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    4/51

    Kepentingan surah

    Mendedahkan hakikat jihad di dalam Islam. Tabiat & Ciri-ciri Harakah Islamiyah. Ibn Qayyim menggariskan peringkat dakwah

    Rasulullah:Permulaan wahyu.

    Ayat Kerasulan

    Dakwah kepada keluarga dan juga sahabat.Dakwah ke seluruh masyarakat Arab dan

    juga umat manusia.

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    5/51

    Ayat 24 surah al-anfal

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    6/51

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    7/51

    Huraian Ayat 24:

    Allah s.w.t menyebutkan agar umat Islamitu patuh kepada Allah dan rasul-Nya.

    Hal ini kerana ia merupakan satukewajipan kepada setiap hamba-Nya.

    Mereka diwajibkan berperang dan berjihaddimana dalam ayat ini menyatakanbahawa mereka perlu sentiasa bersediauntuk menyahut sesuatu seruan.

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    8/51

    Abi Said al- Maalli ada meriwayatkan:

    Mafhumnya: sahutlah seruan Allah dan rasul ituapabila kamu diseru olehnya.

    Sedang saya sembahyang di Masjid, Rasulullahs.a.w telah memanggil saya, tetapi saya tidakmenyahutnya, kemudian (setelah selesai

    sembahyang) saya pun mendatanginya seraya

    berkata Ya Rasulullah, saya sedangsembahyang . Maka ujar Baginda : tidakkah

    Allah telah mengatakan :

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    9/51

    Berdasarkan hadis ini, jelaslah bahawamenyahut panggilan seperti ini hanyadikhaskan untuk nabi sahaja dimanaseseorang boleh memutuskansembahyangnya.

    Sesetengah qaul mengatakan : kalauseseorang itu sedang sembahyang, laludipanggil oleh orang lain kerana sebabyang amat penting, maka bolehmemutuskan sembahyangnya

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    10/51

    Kemudian seruan Allah dan Rasul itudihubungkan dengan ayat yang berbunyi :

    (untuk memberi kehidupan kepada kamu).

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    11/51

    HURAIAN AYAT :

    Maksudnya: hendaklah menyahut semua yangdapat memberikan kehidupan yang berkekalankepada seseorang.

    Adapun seruan yang dapat memberikanpenghidupan itu menurut kata-kata as-Suddi ialahkeimanan kerana orang yang kafir adalah dikiramati, tetapi akan hidup dengan sebab adanyakeimanan dalam diri.

    Qatadah : al-Quran menghidupkan hati manusiadan dengannya manusia akan terselamat sertaterpelihara hidup di dunia dan di akhirat.

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    12/51

    Pengajaran ayat 24

    memberikan suatu konsep mengenai ertihayat/hidup yang sebenar dalam Islam.

    Hidup manusia sangatlah bererti memandangkan kemuncakhidup yang sejati ialah dengan makrifat Allah (mengenal Allah).

    sifat ubudiyyah seorang Muslim mestilahdipersembahkan hanya kepada Allah.

    Seruan-seruan keimanan, al-Quran, Kebenaran, jihad pada jalan Allah dan Mati syahid di medan perang seperti yangdisebutkan merupakan seruan agama yang dapat memberikan

    kehidupan manusia, iaitu seruan daripada Allah dan rasul-Nya.

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    13/51

    ISU SEMASA

    Kewajipan MemeliharaBumi Palestin

    terdapatnya Baitul Maqdis di Palestin(Kiblat umat Islam yang pertama danmasjid yang ketiga paling mulia disisi

    Allah).

    diperjalankan Rasulullah s.a.wsemasa peristiwa Israk

    Mikraj daripada Mekah ke Palestindalam satu malam.

    merupakan bumi para Nabi dan Rasulserta aulia Allah yang salih.

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    14/51

    Firman Allah s.w.t

    Dan orang mukmin lelaki serta perempuan setengah mereka merupakan penolong kepada setengah yang lain.

    (Surah al-Taubah : 71)

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    15/51

    FATWA PARA ULAMA TENTANG KEWAJIPANBERJIHAD DAN MENOLONG SAUDARA

    SEISLAM KHUSUSNYA DI PALESTIN

    1. kitab Majma al -Anhar fi Syarh Multaqal Abhar disisi pandangan mazhab Hanafi :

    Apabila musuh menguasai salah satu daripada

    negeri umat Islam maka jihad menjadi fardhu ainkeatas seluruh umat Islam. Maka dibolehkan seorang isteri keluar berjihad tanpa meminta izin si suami manakala seorang hamba juga

    dibolehkan keluar berjihad tanpa izin majikannyabahkan si anak juga boleh keluar berjihad tanpaizin daripada kedua ibu bapanya .

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    16/51

    2. Imam Ahmad bin al-Sowi al-Misri menulis dalam kitabnyatentang kefardhuan jihad iaitu Balaghatul Sal ik l i Aq rabul Masalik disisi pendapat mazhab Maliki :

    Berjihad pada jalan Allah taala untukmeninggikan agama-Nya adalah

    fardhu kifayah iaitu apabila telah melakukannya sebahagian daripada umat

    Islam maka telah gugurlah kefardhuan keatas mereka yang lain. Akan tetapi

    ianya akan menjadi fardhu ain ke atas semua umat Islam sebagaimana

    kefardhuan solat dan zakat".

    "Maka wajib keatas mana-mana ketua negara umat Islam menolong dan

    menyerang musuh yang telah mendatangi negara umat Islam bahkan setiap

    umat Islam yang berdekatan dengan negara tersebut wajib menolong mereka sekiranya rakyat negara tersebut lemah dan tidak berdaya. Para

    wanita dan hamba wajib bersama keluar menolong walaupun tidak

    mendapt keizinan daripada suami dan majikannya .

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    17/51

    Fatwa syeikh yusuf al-qardhawi Aku ingin menegaskan bahawasanya bumi Palestin merupakan bumi umat

    Islam. Ianya bukan sahaja milik rakyat Palestin semata-mata tetapi milik umat Islam seluruhnya daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.Sekiranya satu generasi telah mengabai dan menyalah-gunakannya makaharam untuk seluruh umat Islam berputus asa daripada melepaskannyakepada musuh.

    Sekiranya rakyat Palestin tidak mampu untuk mempertahankan hak merekamaka wajib kepada seluruh umat Islam yang lain untuk menolong mempertahankan hak tanah kelahiran mereka. Wajib menolong untuk melawan musuh dan mempertahankan Masjidil Aqsa".

    "Sekiranya kita tidak mampu untuk turun berperang dan berjuang bersamamereka maka musuhilah mereka dengan pelbagai cara untuk menolong umat

    Islam dengan cara penerangan dan penyampaian maklumat secaramenyeluruh. Maka mana mungkin rakyat Palestin sendiri yang sanggupuntuk menggadaikan hak mereka (dengan menjual tanahair mereka

    sendiri ) .

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    18/51

    Ayat 25 : Surah al-anfal

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    19/51

    Huraian Ayat 25

    Allah mengingatkan manusia agar tidakmelibatkan diri dalam fitnah atau malapetaka.

    Allah mengingatkan manusia agar sentiasaberjaga-jaga dan beringat bahawasanyamalapetaka itu berlaku bukan hanya kepadaorang zalim sahaja, bahkan ia akan menimpa

    secara umum dan merata (sama ada orangbaik atau orang jahat).

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    20/51

    Hadis yang menguatkan kenyataan ini ialah:

    .

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    21/51

    Mafhumnya:

    Sesungguhnya Allah tidak akan menyeksa sekumpulan

    orang ramai disebabkan perbuatan segolongan orang-orang

    yang tertentu, sehinggalah mereka yang ramai itu melihat

    orang yang membuat (kejahatan) berada dalam kalangan

    mereka walhal mereka berdaya mencegahnya tetapi tidak

    mencegahnya. Maka apabila mereka lakukan yang demikian

    itu nescaya Allah akan menyeksa kumpulan orang ramai

    dan juga orang-orang yang tertentu itu.

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    22/51

    Hadis lain pula bermaksud:

    Kalau ada seorang yang tinggal bersamasatu kaum mengerjakan maksiat, sedang

    mereka berdaya mengubahnya, tetapitidak mengubahnya, nescaya Allah akanmenimpakan ke atas mereka seksa

    sebenar sebelum mati.

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    23/51

    Pengajaran ayat 25

    Ini adalah merupakan peringatan danancaman keras kepada orang-orang yangberbuat fitnah dengan perkara-perkarayang menyebabkan adanya malapetaka dimuka bumi ini.

    Justeru, umat manusia haruslah sentiasaberwaspada agar dapat menyelamatkandiri daripada siksaan Allah.

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    24/51

    Isu semasa tsunami

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    25/51

    Taufan sandy

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    26/51

    Tanda-tanda akhir zaman

    Menurut apa yang dinyatakan dalamhadis, Zaman Akhir adalah suatu masayang akan datang menjelang terjadinya

    hari kiamat. Tahap pertama dari Zaman Akhir adalah di

    kala manusia menjauhkan diri dari nilai-nilai ajaran agama, ketika peperangansemakin meningkat, dan fenomena alamluar biasa terjadi.

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    27/51

    TAFSIR AYAT AKHLAK

    SURAH AL-MUKMINUNAYAT 1-11

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    28/51

    Surah Al-Mukminun Ayat 1-11

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    29/51

    Maksud Ayat1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,2. Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya;3. dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia;4. dan mereka Yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan

    zakat harta itu);5. dan mereka Yang menjaga kehormatannya, -6. kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnyamereka tidak tercela: -7. Kemudian, sesiapa Yang mengingini selain dari Yang demikian, makamerekalah orang-orang Yang melampaui batas;

    8. dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya;9. dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya;10. mereka itulah orang-orang Yang berhak mewarisi -11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    30/51

    Asbab an-nuzul ayat

    Asbabun Nuzul ayat 1-2:

    Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa dahulu,Rasulullah s.a.w. memandang ke langit apabilasolat. Maka, Allah menurunkan kedua ayat ini.Setelah itu, baginda solat dengan menundukkankepalanya.

    (Hadis sahih riwayat Hakim)

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    31/51

    Al-Qurtubi dalam tafsirnya mengetengahkan beberapariwayat tentang asbabun nuzul ayat ini. Ibnu Sirin

    mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernahmemandang ke langit ketika solat. Maka turunlaha ayatini sebagai petunjuk bagi baginda. Sejak itu itu bagindasolat dengan memandang ke tempat sujud.

    Husaim meriwayatkan bahawa umat Islam ketika solat

    menoleh kepala ke kanan dan ke kiri. Maka turunlahayat tersebut. Sejak itu, umat muslimin memandang kearah depan iaitu ketika solat.

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    32/51

    Pengajaran dari ayat

    Tunaikan solat dengan kusyuk kerana iamerupakan tiang agama

    Umat Islam hendaklah sentiasa memelihara

    kehormatan diri dan mruah Menunaikan janji dan amanah merupakan sifat

    yang mencerminkan peribadi muslim

    Setiap orang yang beriman mesti berazam untukberjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    33/51

    CIRI CIRI MUKMINYANG BERJAYA

    Menunaikansolat dengan

    khusyuk

    Menjauhi diridaripada

    perkara-perkarayang keji dan

    sia-sia

    Mengeluarkanzakat

    Menjagakehormatan diri

    Menunaikanamanah dan

    janji

    Menjagawaktu-waktu

    solat

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    34/51

    PANDUAN MENDAPATKAN KHUSYUKKETIKA SOLAT

    Memahami maksudsetiap ayat dan lafaz

    yang dibaca

    Tidak mengingatiperkara-perkara lain

    yang bolehmelalaikan solat

    Memastikan suasanadan tempat solattenang dan aman

    Menumpukanpandangan ketempat sujud

    Menunaikan solatsecara ikhlas

    Mengharapkan Allahmenerima solatnya

    Menyempurnakansegala syarat dan

    rukun solat

    Merasakan diriseorang hamba yangberhadapan dengan

    pencipta-Nya

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    35/51

    CONTOH PERBUATAN SIA-SIA

    Membuang masa dengan sia-sia dipusat membeli belahatau pusat hiburan

    Melakukan sesuatu perkara yang tidak mendatangkanfaedah seperti berbual kosong dan bergosip

    Melakukan sesuatu perbuatan yang boleh membahayakandiri dan fikiran seperti penyalahgunaan dadah, pil khayaldan hidu gam serta menggadai maruah diri.

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    36/51

    SEREMBAN Tiga wanitaberagama Islam didendaRM25 seorang olehMahkamah Majistret di sinisemalam selepas mengakubersalah atas tuduhanberkelakuan kurang sopandengan melakukan aksi

    tarian tiang di sebuah pusathiburan di Nilai dekat siniSabtu lalu.

    http://beritasemasa.com/gambar-penari-tiang-melayu/gambar-penari-tiang-lucah
  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    37/51

    KESAN YANG AKAN TIMBUL DARI MELAKUKANPERBUATAN YANG SIA-SIA

    Menjatuhkan maruah orangislam dan agama

    Menyebabkan seseorang itulalai daripada menunaikan

    tanggungjawab kepada Allah

    Umat islam akan mundurdalam semua bidang seperti

    pelajaran, ekonomi dll

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    38/51

    AKTIVITI UNTUK MENGELAKKANPERBUATAN SIA-SIA

    Menyertai mana-manaperkhemahan yang dianjurkan

    oleh pihak tertentu untukmenyedarkan tanggungjawab

    terhadap diri, agama,masyarakat dan negara

    Menyertai badan-badandakwah untuk

    mengembangkankefahaman ajaran Islam

    kepada orang ramai

    Menghadiri majlis ilmuyang diadakan di surau,

    masjid dll

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    39/51

    CARA MENJAGA KEHORMATAN DIRI

    menutup aurat dengan sempurna menghindarkan diri daripada perkara-perkara

    keji seperti rasuah, penyelewengan danpenipuan

    menyalurkan keinginan nafsu syahwat melaluiperkahwinan seperti dalam hadis berikut :

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    40/51

    Antara nas Hadis Baginda yang sangat memberikan

    galakan kepada golongan remaja yang mampusupaya berkahwin demi menjaga agama dankehormatan diri ialah sebagaimana sabda Bagindayang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yangbermaksud:

    "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja di antarakamu yang berkemampuan untuk berkahwin, makaberkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat

    menundukkan pandangan dan menjagakehormatan diri"

    (riwayat Bukhari dan Muslim)

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    41/51

    JENIS-JENIS AMANAH SERTA CARAPELAKSANAAN

    JENIS AMANAH DAN JANJI CARA MELAKSANAKAN

    1. Kepada Allah mengerjakan segala perintahNya meninggalkan segala perbuatan yang dilarang sentiasa mengagungkan kebesaran dan kekuasaan

    Allah

    2. Kepada manusia melaksanakan segala tugas yang diamanahkandengan sempurna

    mengamalkan akhlak yang mulia terhadapmanusia

    3. Kepada alam sekitar memelihara dan memulihara alam sekitar tidak melakukan sebarang kerosakan terhadap

    alam sekitar

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    42/51

    Contoh kes tidak amanah

    Berdasarkan laporan SPRM sehingga2008, yang ramai terlibat dengan gejalarasuah adalah orang Melayu yangkebanyakannya berkhidmat dalamsektor awam dikalangan pegawai tinggikerajaan dan penguatkuasa.Tapi, adakahianya benar?Kaum-kaum lain yang terlibat dalamgejala rasuah kebanyakkannya dalamsektor swasta atau orangawam.Persoalannya, mengapakakitangan awam terutamanya Melayubanyak makan rasuah? Gaji tak cukup?Kehidupan makin terhimpit? Nafsu

    besar? Kerja malas? Tiada semangatpatriotisme? Tiada jatidiri? Kurangsemangat Melayu ? Kini semakin ramaipula kakitangan awam yang bankrapserta dibelenggu hutang.

    http://beritasemasa.com/teruk-kedudukan-sebenar-indeks-rasuah-di-malaysiahttp://beritasemasa.com/penjawat-awam-bankraphttp://beritasemasa.com/penjawat-awam-bankraphttp://beritasemasa.com/penjawat-awam-bankraphttp://beritasemasa.com/penjawat-awam-bankraphttp://beritasemasa.com/penjawat-awam-bankraphttp://beritasemasa.com/penjawat-awam-bankraphttp://beritasemasa.com/penjawat-awam-bankraphttp://beritasemasa.com/penjawat-awam-bankraphttp://beritasemasa.com/teruk-kedudukan-sebenar-indeks-rasuah-di-malaysiahttp://beritasemasa.com/teruk-kedudukan-sebenar-indeks-rasuah-di-malaysiahttp://beritasemasa.com/teruk-kedudukan-sebenar-indeks-rasuah-di-malaysia
  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    43/51

    Dalil tentang amanah

    1) Rasulullah bersabda bermaksud : Tidak ada iman bagi orangyang tidak memiliki amanah dan tidak ada agama bagi orangyang tidak menjaga janjinya .

    (Riwayat: Imam Ahmad, al-Bazzar dan ath-Thabrani)

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    44/51

    72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami)kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), makamereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya(kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada

    ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggupmemikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah sukamelakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidakpatut dikerjakan.

    [al-Ahzab : 72]

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    45/51

    3) Firman Allah bermaksud : Sesungguhnya Allah menyuruh kamumenyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan(menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supayakamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberipengajaran sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha

    Mendengar lagi Maha Melihat .(Surah An-Nisa: Ayat 58)

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    46/51

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    47/51

    Menjaga amanah dan menunaikan apa yang dijanjinya.

    Wahai orang-orang Yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan)binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa Yangakan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnyabinatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula berertikamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu Dalamkeadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apaYang ia kehendaki.

    Al-Maidah : ayat 1

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    48/51

    CONTOH MUKMIN YANG BERJAYA

    TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED-Umur - 53 tahun-Pendidikan - SPM

    -Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)-Kekayaan -RM1,425 juta-Ke 7 terkaya di Malaysia

    -Ke 32 terkaya di Asia

    http://bp2.blogger.com/_4ueryoX7D_I/R4YtNmhcfFI/AAAAAAAAAGo/FkGn1XGGEAc/s1600-h/New+Picture+(19).png
  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    49/51

    Kesimpulan

    Renungkanlah sejenak untuk bermuhasabah apa yangtelah dilakukan diri sebelum ini, apakah diri benar-benar

    sudah berusaha untuk menjadi mukmin yang berjaya ataumasih ada salah dan kurangnya?

    Apa yang kurang, berusahalah menampungnya denganmemperelokkan amal. Sama-samalah kita memperbaiki

    diri dan tanamlah keazaman di hati untuk menjadi

    mukmin yang mempunyai pengakhiran kehidupan yangindah di syurgaNya, yakni mukmin sejati yang mencapaikejayaan hakiki.

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    50/51

  • 7/28/2019 Tafsir Ayat Akhlak

    51/51

    http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=8896

    diakses pada 10 Februari 2013http://www.aishaardini.com/2011/08/artikel-

    motivasi-menjadi-mukmin-berjaya.htmldiakses pada 10 Februari 2013

    http://www.sabah.edu.my/cwm010/til_6.htm

    diakses pada 11 Februari 2013