22
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Warganegara Malaysia Yang Baik Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan; Berilmu pengetahuan; Berakhlak mulia; Bertanggungjawab kepada diri, masayrakat, agama dan negara; Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara; dan Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Unsur Intelek Unsur intelek ini mengambil kira aspek- aspek berikut: Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kebenaran; Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif; Daya pemikiran yang lojik dan analitis; Ilmu yang bermanfaat. Unsur Rohani Dan Emosi Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek berikut: Keyakinan terhadap Tuhan; Kepercayaan beragama; Kemantapan jiwa; Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat; Berbudi pekerti mulia; Berbakti dan berkorban. Unsur Jasmani Ciri-ciri jasmani ialah: Kecergasan fizikal dan kesihatan diri; Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan. TAFSIRA N FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Warganegara Malaysia Yang Baik

• Kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan;

• Berilmu pengetahuan;

• Berakhlak mulia;

• Bertanggungjawab kepada diri,

masayrakat, agama dan negara;

• Berbakti dan memberi sumbangan

kepada masyarakat dan negara; dan

• Memiliki sahsiah yang seimbang dan

sepadu.

Unsur Intelek

Unsur intelek ini mengambil kira aspek-

aspek berikut:

• Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa

kebenaran;

• Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif;

• Daya pemikiran yang lojik dan analitis;

• Ilmu yang bermanfaat.

Unsur Rohani Dan Emosi

Unsur-unsur rohani dan emosi

merangkumi aspek-aspek berikut:

• Keyakinan terhadap Tuhan;

• Kepercayaan beragama;

• Kemantapan jiwa;

• Penghayatan nilai-nilai murni dan norma

masyarakat;

• Berbudi pekerti mulia;

• Berbakti dan berkorban.

Unsur Jasmani

Ciri-ciri jasmani ialah:

• Kecergasan fizikal dan kesihatan diri;

• Dapat menggunakan anggota dan

tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan

hidup bermasyarakat.

• Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan

ilmu pengetahuan.

TA FS I R A N FA L S A FA HP E N D I D I K A N K E B A N G S A A N

Page 2: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan

warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa

pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya

demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunnegara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka,

memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi

cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk mencapai

kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan

kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

I TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain.

2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi,

keturunan atau agama.

3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam matapelajaran-

matapelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik

kepada para pelajar.

6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan

menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu

yang setinggi-tingginya.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan

rumah tangga.

3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau

mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada

mereka yang berhak mengetahuinya.

4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan

maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa

pelajar.

6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang menjejaskan kepercayaan

pelajar terhadap ibu bapa mereka.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat

atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka

untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang

lebih tua dan menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama.

3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang

warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan

masyarakat.

5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan

masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kehidupan kami

sehari-hari dengan baik.

IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN

1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik

seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah

seseorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-

sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion

perguruan.

5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

(Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan

di sesebuah Institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang

bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.)

TATA S U S I L A P R O F E S I O NK E G U R UA N M A L AYS I A

Page 3: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

S U R AT P E K E L I L I N GI K H T I S A S B I L . 3 / 1 9 9 9

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Office of the Director General of Education Malaysia

PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA

Level 7 Block J Damansara Town Centre

50604 KUALA LUMPUR _________________________________________________________________________________________

KP(BS) 8591/Jilid XV/(3)

9 Mac, 1999

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:

Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian

Pendidikan 256: ”Buku Rekod Mengajar Guru”, bertarikh 1 julai 1963.

2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan

di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah

dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku

Rekod Mengajar Guru itu diadakan.

3. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod

Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan

Pelajaran Tahunan dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya

hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan

yang mutakhir.

(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN

Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia.

(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan

yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana

hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

Page 4: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang

munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat

dikemukakan dengan serta-merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain

yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga

perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta-merta apabila dikehendaki oleh pihak

yang diberi kuasa.

5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pengetua, Guru Besar

dan guru di negeri.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATO’ DR ABDUL SHUKOR ABDULLAH

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

sk. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak

Menteri Pendidikan Malaysia

Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus

Timbalan Menteri Pendidikan

Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn

Timbalan Menteri Pendidikan

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

Ketua Nazir Sekolah

Pegawai Perhubungan Awam

Page 5: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

S U R AT P E K E L I L I N GI K H T I S A S B I L . 1 / 1 9 8 1

Ruj. Fail. KP.8591/(80)

14hb. September, 1981

Pengarah Pelajaran,

Semua Negeri.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1981 PENGGUNAAN WAKTU TIDAK

MENGAJAR / WAKTU LUANG (FREE PERIODS) OLEH GURU-GURU._______

Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang (free periods)

seperti yang ditetapkan perlu bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu dibetulkan.

2. Oleh itu Tuan/Puan diminta memberitahu semua Guru Besar supaya:

2.1 Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar / waktu luang (free

periods) itu adalah masa bekerja.

2.2 Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk:

2.2.1 Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah.

2.2.2 Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku-buku

tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan alat-alat mengajar dan

sebagainya.

2.2.3 Memeriksa buku-buku latihan murid.

2.2.4 Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah mengenai

pelajaran yang diajar.

2.2.5 Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja Kokurikulum.

2.2.6 Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar.

Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada

murid-murid, khasnya dan sekolah, amnya.

3. Harap dapat Surat Pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar Sekolah Menengah dan

Rendah untuk panduan dan tindakan mereka.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“

Saya yang menurut Perintah,

(DATO’ HJ. IDRIS BIN TAIN)

b.p. Ketua Setiausaha,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 6: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

V I S I K P M

M I S I K P M

Pendidikan

Berkualiti,

Insan Terdidik,

Negara Sejahtera.

Melestarikan Sistem

Pendidikan yang

Berkualiti untuk

Membangunkan

Potensi Individu

bagi Memenuhi

Aspirasi Negara.

Page 7: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

I S I K A N D U N G A N

BIL PERKARA

1 PERSEDIAAN MENGAJAR

2 PROFIL PERIBADI GURU

3 TAKWIM PERSEKOLAHAN

4 JADUAL WAKTU

5 SENARAI BUKU TEKS MURID

6 SENARAI BUKU RUJUKAN GURU

7 RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN

8 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

9 REKOD PENCAPAIAN PELAJAR

10 CATATAN PENYELIAAN

11 CATATAN PENGETUA

12 CATATAN KEHADIRAN KURSUS/MESYUARAT/TAKLIMAT

Page 8: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

P E RS E D I A A N M E N G A JA R

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

TAHUN _________

NAMA GURU : ..................................................................................

KELAS : ..............................................................................................

MATA PELAJARAN DI AJAR TAHUN/TINGKATAN JUMLAH MASA

1 …………………………………………. …………………………………… ………………………

2 …………………………………………. …………………………………… ………………………

3 …………………………………………. …………………………………… ………………………

4 …………………………………………. …………………………………… ………………………

5 …………………………………………. …………………………………… ………………………

Page 9: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

1. NAMA PENUH:

2. NO JPK (P): 3. NO KAD PENGENALAN BARU:

4. PENGALAMAN MENGAJAR:

Tahun

5. NO. GAJI:

6. KWSP: 7. NO CUKAI PENDAPATAN:

Bil. Ijazah/Diploma/ Sijil Tahun Lulus Nama Institusi

1

2

3

8. KELULUSAN AKADEMIK

Bil. Ijazah/Diploma/ Sijil Tahun LulusNama

InstitusiOpsyen

9. KELULUSAN IKHTISAS

Bil.Nama Kursus/ Bengkel/

Seminar

Tarikh/ Jangka

MasaAnjuran

No. Surat

Rujukan

1.

2.

3.

10. MAKLUMAT KURSUS / BENGKEL/ SEMINAR(Kursus/bengkel/ seminar akademik yang pernah dihadiri dalam tahun semasa.)

P R O F I L P E R I B A D I G U R U

Page 10: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

KEPERCAYAAN

KEPADA TUHAN.

R U KU N N E G A R A

KESETIAAN KEPADA

RAJA DAN NEGARA.

KELUHURAN

PERLEMBAGAAN.

KEDAULATAN

UNDANG-UNDANG.

KESOPANAN DAN

KESUSILAAN.

FA L S A FA H P E N D I D I K A NK E B A N G S A A N

Page 11: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

K A L E N DA R 2 0 1 8

Page 12: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

TAKWIMSEKOLAH 2018

PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2018

KUMPULAN A :Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

TAHUN 2018

MINGGUPENGGAL

MULA

PERSEKOLAHAN

AKHIR

PERSEKOLAHAN

JUMLAH

HARI

JUMLAH

1

11

01.01.2018 31.01.2018 23

01.02.2018 28.02.2018 20

01.03.2018 15.03.2018 11

JUMLAH HARI 54

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1116.03.2018 24.03.2018 9

11

25.03.2018 31.03.2018 5

01.04.2018 30.04.2018 22

01.05.2018 31.05.2018 23

01.06.2018 07.06.2018 5

JUMLAH HARI 55

CUTI PERTENGAHAN TAHUN208.06.2018 23.06.2018 16

2

24.06.2018 30.06.2018 5

801.07.2018 31.07.2018 23

01.08.2018 16.08.2018 12

JUMLAH HARI 40

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2117.08.2018 25.08.2018 9

13

26.08.2018 31.08.2018 5

01.09.2018 30.09.2018 21

01.10.2018

01.11.2018

31.10.2018

22.11.2018

23

16

JUMLAH HARI 65

CUTI AKHIR TAHUN523.11.2018 31.12.2018 39

Page 13: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

JA D UA L WA K T U

JADUAL WAKTU

Page 14: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

S E N A R A I B U KU R UJ U K A N G U R U

BIL NAMA BUKU HARGA NAMA PENGARANG PENERBIT CATATAN

Page 15: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

S E N A R A I B U KU T E K S M U R I D

BIL NAMA BUKU HARGA NAMA PENGARANG PENERBIT CATATAN

Page 16: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

R A N C A N G A N P E L A JA R A N TA H U N A N

RANCANGAN

PELAJARAN TAHUNAN

Page 17: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

R A N C A N G A N P E N G A JA R A N H A R I A N

RANCANGAN

PELAJARAN HARIAN

Page 18: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

C ATATA N P E N Y E L I A A N

BIL.TARIKH/

MASA

MATA

PELAJARANCATATAN/ULASAN

T/TANGAN

& JAWATAN

Page 19: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

S K A B A N G N A R U TO, J E P U N

C ATATA N P E N G E T UA

BIL. TARIKH CATATAN/ULASAN T/TANGAN

Page 20: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

R E KO D P E N C A PA I A N P E L A JA R

REKOD

PENCAPAIAN PELAJAR

Page 21: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

C ATATA N

CATATAN

Page 22: TAFSIRAN FALSAFAH - … · Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, ... yang menyedari betapa

C ATATA N K E H A D I R A N KU RS U S / M E S Y U A R AT/ TA K L I M AT

BIL.TARIKH/

TEMPOH

TAJUK

KURSUS/MESYUARAT/TAKLIMATANJURAN TEMPAT