26
TAHAP KEMANTAPAN BUDAYA ILMU DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR (4SPH) DI JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. NUR FARHANA BTE MASIKUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP KEMANTAPAN BUDAYA ILMU DI KALANGAN … filemenggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS) Versi 15.0. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah analisis

  • Upload
    ngokiet

  • View
    228

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

TAHAP KEMANTAPAN BUDAYA ILMU DI KALANGAN PELAJAR TAHUN

AKHIR (4SPH) DI JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN,

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

NUR FARHANA BTE MASIKUN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

iv

DEDIKASI

Buat Allahyarham & Allahyarhamah Ayahanda dan Bonda,

Masikun Bin Siman

Binah Binti Othman

Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat dan berada bersama-sama orang yang beriman.

Buat Ahli Keluargaku Tersayang,

Abg Jailani bin Omar & Kak Rudziyah Binti Masikun,

Kak Zanariah Binti Masikun,

Abg Alias Bin Masikun & Kak Sanisah Binti Abdul Rahman,

Kak Rohana Binti Masikun & Abg Saidi Bin Sabirin,

Kak Siti Rohaya Binti Masikun & Abg Hasdi Bin Senin,

Kak Aslinda Binti Masikun & Abg Radiya Bin Ahmad,

Kak Noraini Binti Masikun, Kak Normilah Binti Masikun,

Kak Aminah Binti Masikun & Abg Zaidi

Adik July Saida Binti Masikun

Yang sentiasa berdoa kejayaan ku demi masa depan dan sentiasa memberi semangat sepanjang tempoh pengajian

ini dan sentiasa memberi nasihat, dorongan dan galakan akan kekal dalam ingatan ku ini.

Buat Tatapan Anak-anak saudaraku,

Nurul farha Binti Bachok

sama-sama kita tamatkan pengajian pada tahun ini dengan jayanya.

Hasrul Hakime Bin Hasdi

Syahirah Binti Alias & Syafiqah Binti Alias

Muhammad Lutfi Bin Jailani

Muhammad Radi Qusyairi Bin Radiya

Muhammad Kamarul Iman Bin Radiya

Muhammad Kamarul Asraf Bin Radiya

Nur Alya Atikah Binti Radiya

Siti Aisya Binti Abdullah

Adam Daniel Bin Zaidi

Gunakan usia muda mu sebaik mungkin, ikutilah jejak langkah Achik ke menara gading.

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas

Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang

mengikuti mereka dengan ikhlas.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat

menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda dengan jayanya.

Ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya Dr. Rohana Binti

Hamzah yang telah banyak memberi tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya

kepada saya di sepanjang perjalanan kajian ini. Berkat dedikasi serta kesungguhan beliau segala

komitmen dapat diatasi. Walau bagaimanapun, tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih

kepada pelajar tahun akhir 4SPH sudi memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan.

Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah

menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini. Jika tersilap tutur

kata harap dapat dimaafkan. Sesungguhnya, kita hanya insan yang lemah dan hanya ALLAH

yang berkuasa. Dengan ini, saya berharap Laporan Projek Sarjana Muda ini dapat memberikan

panduan yang berguna kepada saya dan pihak yang terlibat dalam melahirkan modal insan yang

cemerlang, Insya’allah.

Terima Kasih, Wassalam.

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kemantapan

budaya Ilmu di kalangan pelajar tahun akhir (4SPH) di Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Terdapat tiga (3)

objektif utama dalam kajian iaitu mengenal pasti faktor dalaman dan faktor luaran yang

mempengaruhi tahap kemantapan budaya Ilmu pelajar serta mengenal pasti perbezaan antara

faktor dalaman dan faktor luaran pelajar terhadap tahap kemantapan budaya ilmu berdasarkan

jantina dan latar belakang pendidikan. Faktor-faktor yang dikenalpasti dalam kajian adalah faktor

dalaman merangkumi kepercayaan, keikhlasan dan kesedaran diri pelajar dalam amalan budaya

ilmu. Manakala, faktor luaran pula melibatkan pengaruh ibu bapa, rakan sebaya, pensyarah atau

pendidik dan kemudahan fizikal di institusi. Kajian ini melibatkan populasi seramai 90 orang.

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Jumlah item soalan dalam

soal selidik adalah mengandungi 60 item soalan dibina sendiri oleh penyelidik.

Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan Alpha Cronbach. Nilai pekali

kebolehpercayaan kajian ini adalah α = 0.85. Manakala, kesahan item-item soalan kajian

diperolehi menerusi perbincangan dengan dua orang pensyarah. Data di analisis dengan

menggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS) Versi 15.0. Kajian ini

dilaksanakan dengan menggunakan kaedah analisis data jenis Diskriptif. Hasil keseluruhan

kajian ini menunjukkan faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi tahap kemantapan

budaya ilmu dikalangan pelajar berada pada tahap tinggi iaitu dengan nilai min 4.12. Kajian ini

menunjukkan dapatan nilai min bagi faktor dalaman adalah 4.22. Manakala, dapatan min faktor

luaran pula adalah 4.03. Nilai min bagi faktor dalaman adalah lebih tinggi berbanding dengan

nilai min bagi faktor luaran. Justeru itu, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor dalaman

pelajar yang banyak mempengaruhi tahap kemantapan budaya Ilmu.

vii

ABSTRACT

Purpose of this study to identify factors that influence the strength of knowledge culture among

final year students (4SPH) JPTK, Faculty of Education, UTM. There are three (3) main

objectives in this study which is to identify both internal and external factors that influence the

strength of knowledge culture students' and to identify the difference between internal factors

and external factors on the strength of knowledge culture of students' based on gender and

educational background. The factors have been identified in these study are the internal factors

that include trust, honesty and self-awareness in the students' knowledge of cultural practices.

Meanwhile, the external factor involves are parents, friends, lecturers or teachers and physical

facilities of the institute. The study involved a population of 90 students. This study was

conducted using questionnaires. Number of items in the questionnaire contains 60 items

developed by the researcher. The reliability of this questionnaire was tested with Alpha

Cronbach value is 0.85. Meanwhile, questions the validity of the items were derived through

discussions with the two lecturers. Data were analyzed by using Statistical Packages for Social

Science (SPSS) version 15.0. Type of analysis data has used in this study is descriptive. The

overall results of this study showed that both internal and external factors that affect the strength

of knowledge culture at the high level with mean value where the 4.12. This study was showed

that the findings mean of the internal factor is 4.22. Meanwhile, the finding of external factors

was showed that the mean value is 4.03. Mean value for the internal factors are higher than the

mean value of external factors. Thus, this study shows that the internal factors have more

influence on the strength of knowledge culture among the students’.

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAKUAN PESYARAH

JUDUL

PENGAKUAN PENULIS

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

iv

v

vi

vii

viii

xii

xiv

xv

xvi

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Skop Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Signifikan Kajian 10

1.9 Kerangka Kajian 11

1.10 Definisi Istilah

1.10.1 Faktor

1.10.2 Budaya Ilmu

1.10.3 Pelajar

1.10.4 Kesedaran Diri

1.10.5 Kemudahan Fizikal

1.10.6 Gemar Membaca

17

ix

1.10.7 Mencari Kebenaran

1.10.8 Modal Insan

1.10.9 Hikmah atau Al-Hikmat

1.11 Penutup 22

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 24

2.2 Faktor Dalaman

2.2.1 Kepercayaan Pelajar

2.2.2 Keikhlasan Dalam Proses Pencarian Ilmu

2.2.3 Kesedaran diri

24

25

27

2.3 Faktor Luaran

2.3.1 Penglibatan Ibu Bapa

2.3.2 Peranan Rakan Sebaya

2.3.3 Peranan Pensyarah

2.3.4 Kemudahan Fizikal

29

31

33

37

2.4 Proses Pencarian Ilmu 39

2.5 Penutup 43

METODOLOGI

3.1 Pengenalan 45

3.2 Rekabentuk Kajian 45

3.3 Tempat Kajian 46

3.4 Populasi Kajian 46

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 47

3.6 Instrumen Kajian

3.6.1 Bahagian A

3.6.2 Bahagian B

47

3.7 Prosedur Kajian 51

3.8 Kajian Rintis

3.7.1 Kesahan Instrumen

3.7.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

53

53

54

3.9 Pengkodan 55

3.10 Analisis Data 57

x

3.10.1 T-test

3.10.2 Annova

3.11 Penutup 59

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 61

4.2 Analisis Bahagian A

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur

4.2.3 Taburan Responden berdasarkan Bangsa

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan

62

4.3 Analisis bahagian B 66

4.3.1 Adakah Faktor dalaman iaitu kepercayaan,

keikhlasan dan kesedaran pelajar yang mempengaruhi

tahap kemantapan budaya ilmu di kalangan pelajar

tahun akhir (4SPH)?

4.3.1 (a) Kepercayaan

4.3.1 (b) Keikhlasan

4.3.1 (c) Kesedaran

4.3.2 Adakah Faktor Luaran iaitu pengaruh ibu bapa,

rakan sebaya, pendidik dan kemudahan fizikal institusi

mempengaruhi tahap kemantapan budaya ilmu di

kalangan pelajar tahun akhir (4SPH)?

4.3.2 (a) Pengaruh ibu bapa

4.3.2 (b) Pengaruh rakan sebaya

4.3.2 (c) Pengaruh pendidik

4.3.2 (d) Kemudahan fizikal institusi pengajian

4.3.3 Analisis keseluruhan persoalan kajian 79

4.4 Analisis Ujian t 81

4.5 Analisis Annova 82

4.6 Penutup 83

xi

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 85

5.2 Rumusan

5.2.1 Rumusan analisis demografi responden

5.2.2 Rumusan faktor dalaman

5.2.3 Rumusan faktor luaran

5.2.4 Rumusan analisis ujian t dan annova

86

5.3 Perbincangan

5.3.1 Adakah Faktor dalaman iaitu kepercayaan,

keikhlasan dan kesedaran pelajar yang mempengaruhi

tahap kemantapan budaya ilmu di kalangan pelajar

tahun akhir (4SPH)?

5.3.1 (a) Kepercayaan

5.3.1 (b) Keikhlasan

5.3.1 (c) Kesedaran

89

5.3.2 Adakah Faktor Luaran iaitu pengaruh ibu bapa,

rakan sebaya, pendidik dan kemudahan fizikal institusi

mempengaruhi tahap kemantapan budaya ilmu di

kalangan pelajar tahun akhir (4SPH)?

5.3.2 (a) Pengaruh ibu bapa

5.3.2 (b) Pengaruh rakan sebaya

5.3.2 (c) Pengaruh pendidik

5.3.2 (d) Kemudahan fizikal institusi pengajian

5.4 Cadangan Kajian 98

5.5 Saranan kajian lanjutan 100

5.6 Penutup 101

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

102

xii

SENARAI JADUAL

No Jadual Tajuk Muka Surat

3.1 Maklumat Peribadi Responden 48

3.2 Pengkelasan Skala Likert 49

3.3 Item Soal Selidik 49

3.4 Klasifikasi Kekuatan Alpha 55

3.5 Pengkodan Data Bahagian A 56

3.6 Selang Kelas Umur Responden 56

3.7 Pengkodan Data Bahagian B 57

3.8 Skala Min 58

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 62

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 63

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 64

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan

Akademik

65

4.5 Analisis Tahap Kepercayaan Pelajar Terhadap

Kepentingan Budaya Ilmu

67

4.6 Analisis Tahap Keikhlasan Pelajar Terhadap

Amalan Budaya Ilmu

68

4.7 Analisis Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap Amalan

Budaya Ilmu

70

4.8 Analisis Tahap Pengaruh Ibu Bapa Terhadap

Budaya Ilmu Pelajar

72

4.9 Analisis Tahap Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap

Budaya Ilmu Pelajar

74

4.10 Analisis Tahap Pengaruh Pendidik Terhadap Budaya

Ilmu Pelajar

76

4.11 Analisis Tahap Kemudahan Fizikal Institusi

Terhadap Budaya Ilmu Pelajar

78

xiii

4.12 Analisis Keseluruhan Dapatan Faktor Dalaman

Yang Mempengaruhi Budaya Ilmu

79

4.13 Analisis keseluruhan dapatan faktor luaran yang

mempengaruhi budaya ilmu

80

4.14 Analisis keseluruhan dapatan kajian 81

4.15 Analisis ujian-t faktor dalaman dan luaran pelajar

terhadap tahap kemantapan budaya ilmu dari segi

jantina

82

4.16 Analisis one way anova faktor dalaman dan luaran

pelajar terhadap tahap kemantapan budaya ilmu dari

segi kelulusan akademik

83

xiv

SENARAI RAJAH

No Rajah Tajuk Muka Surat

1.1 Struktur perhubungan manusia 13

1.2 Proses dalam pencarian ilmu 16

2.1 Etika Islam 28

2.2 Proses perkembangan ilmu menurut islam 43

3.1 Prosedur kajian 51

4.1 Taburan responden berdasarkan jantina 62

4.2 Taburan responden berdasarkan umur 64

4.3 Taburan responden berdasarkan kelulusan

akademik

65

xv

SENARAI SINGKATAN

FP - Fakulti Pendidikan

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPSS - Statistical Package For Social Science

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

KS - Kurang Setuju

TS - Tidak setuju

S.W.T - Subhanahuwataala

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xvi

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Tajuk

A Contoh Borang Soal Selidik

B Pengesahan Instrumen

C Analisis Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan budaya ilmu pada zaman kini banyak dipengaruhi oleh

kemajuan ilmuan tamadun-tamadun terdahulu. Contohnya adalah tokoh pada zaman

Yunani kuno telah melahirkan ramai ilmuan terkenal seperti Socrates, Plato dan juga

Aristotle. Mereka ini banyak mempelopori ilmu falsafah, logik serta geometri. Albert

Einstein, Karl Marx dan Sigmund Freud dilihat sebagai tokoh intelektual

berketurunan Yahudi yang berpengaruh besar di dalam pelbagai bidang keilmuan

moden. Manakala, budaya India Kuno telah memberikan sumbangan bernilai dalam

bidang astronomi, geometri serta perubatan sebagai penekanan kepada ilmu yang

paling abstrak. Justeru itu, fenomena budaya ilmu itu mula berubah apabila agama

Kristian yang menguasai negara-negara Barat pada Zaman Pertengahan telah

menyebabkan perkembangan ilmu telah diilhami oleh semangat sekular sekaligus

mempengaruhi setiap aspek kehidupan dan pemikiran manusia moden hari ini (Wan

Mohd Nor, 1997).

Selain itu, kemajuan ilmu perlu diwujudkan dalam bentuk praktikal melalui

akhlak yang mulia dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan

terbilang. Tidak ada gunanya, seseorang itu memperolehi pencapaian akademik yang

tinggi sekiranya tidak mempunyai akhlak yang mulia. Mempunyai sikap hormat dan

pemikiran kritis terhadap pandangan sarjana silam dengan perkiraan dan neraca

kebenaran berlandaskan kepada sumber wahyu. Mereka seharusnya bersikap selektif

terhadap proses pembangunan ilmu pengetahuan dengan menggunakan pendekatan

tauhid dan akhirnya bertindak untuk mengamalkan dan menterjemahkan semua ilmu

2

dalam bentuk praktikal. Misalnya, menjadikan minat membaca sebagai budaya dapat

menghasilkan pemikiran pada sudut pandangan yang kritis dan seterusnya

meningkatkan kualiti keinsanan seseorang. Realitinya, banyak pihak masih melihat

pendidikan dari perspektif gunaan dengan meletakkan nilai yang tinggi kepada

kebendaan. Justeru itu, tujuan pendidikan perlu lebih luas dan tidak sepatutnya

terkongkong atau dibataskan kepada aspek gunaan sahaja (Zaini Ujang, 2009). Hal

ini adalah sebagai langkah awal dalam mengembangkan amalan ilmu terhadap setiap

individu dan melahirkan modal insan berfikiran kritis.

Proses pemantapan budaya ilmu ini diperolehi dalam aktiviti membaca yang

dapat menjana minda. Natijahnya, hati pencinta ilmu akan sentiasa meronta-ronta

untuk menganalisis, mengkaji, berzikir dan berfikir terhadap fakta atau informasi

yang diketahuinya daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Lanjutan

daripada hal tersebut akan membawa kepada budaya bertanya dan berkongsi ilmu

dengan sahabat-sahabat atau sesiapa sahaja berkaitan dengan perkara yang ingin

dianalisis atau dikaji. Seterusnya, keadaan ini dapat mewujudkan satu impak positif

terhadap fikrah dan idealism dalam kalangan diri masyarakat pada masa kini. Justeru

itu, Allah S.W.T.telah menurunkan ayat ini sebagai wahyu pertama kepada

Rasulullah s.a.w sebagai perintah bagi manusia sejagat khususnya umat Islam agar

menjadikan budaya mencari ilmu melalui pembacaan sebagai teras pembangunan

ketamadunan insan dan sejagat. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, Dia menciptakan

manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang maha Pemurah, yang

mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak

diketahuinya". (Surah Al-„Alaq, 96:1-5)

Di samping itu, Islam menekankan umatnya agar mengamalkan konsep

budaya ilmu di dalam segenap aspek kehidupan. Secara ringkasnya, budaya ilmu ini

yang perlu diberikan penekanan di dalam kehidupan masyarakat kini dan dapat

diperincikan melalui beberapa aspek yang utama (Wan Mohd. Nor, 1990:51-67).

Diantaranya, dengan menjadikan pencarian ilmu itu sebagai matlamat utama

kehidupan melebihi semua matlamat lain seperti matlamat mencari harta benda dan

pengaruh. Langkah seterusnya, menghargai semua bentuk ilmu pengetahuan yang

3

berkaitan sama ada ilmu fardu ain ataupun fardu kifayah. Sumber ilmu seperti

wahyu, alam semesta, diri manusia sendiri dan juga akal yang waras serta terpimpin

perlulah dihargai. Akhirnya, kita perlu melibatkan diri secara langsung dalam proses

pengajaran, pembelajaran dan penyebaran ilmu pengetahuan serta bertindak

mengikut perkiraan ilmu yang benar dan bukannya didorong oleh kefahaman ilmu

yang salah. Kegagalan manusia bertindak berlandaskan kebenaran ilmu adalah

kerana mereka gagal mengawal hawa nafsu. Kegagalan mengawal hawa nafsu pula

akan menjejaskan akal pemikiran rasional yang seterusnya menyebabkan manusia

bertindak atas kepentingan diri dan kebendaan.

Sikap hormat dan pemikiriran kritis dalam mewujudkan keberanian mencari

kebenaran dengan menimba dan memperbaiki hasil pemikiran manusia terdahulu dan

semasa merupakan salah satu faktor dalam membudayakan ilmu. Individu perlu

memainkan peranan masing-masing dalam mencari kebenaran atau makna hidup

yang sebenar. Sikap hormat kepada cendiakawan atau orang yang terdahulu tidak

sepatutnya menyekat seseorang untuk terus memperbaiki hasil pemikiran mereka.

Hal ini hanya akan berlaku jika proses pencarian ilmu yang benar diterapkan dalam

diri individu tersebut. Justeru itu, kecintaan kepada ilmu jarang sekali seiring dengan

kecintaan terhadap kebendaan. Kecintaan terhadap ilmu digambarkan sedemikian

unggul sebagai sifat asasi golongan terpelajar dan ia menjadi tunggak pembangunan

ketamadunan sesebuah bangsa.

Justeru itu, menurut Zaini Ujang (2009), golongan intelektual seharusnya

merupakan seorang insan yang memusatkan dirinya untuk memikirkan idea,

mekanisme, gagasan, masalah dan seumpamanya yang bersifat kebendaan serta

bukan kebendaan. Dengan adanya ciri-ciri seorang pencinta ilmu, mereka akan

menggunakan unsur rohaniah bagi membolehkannya mengenal pasti dan

membezakan antara kebenaran dengan kepalsuan. Hasil pemikiran mereka lebih

berasaskan kepada syariah serta bimbingan Ilahi bagi mencapai satu matlamat, iaitu

kebenaran dan realiti sehingga membentuk suatu peradaban yang tinggi terhadap

ilmu.

4

Oleh itu, budaya mencintai ilmu pengetahuan dan menuntut ilmu bermanfaat

buat individu itu sendiri dan masyarakat sejagat. Manusia itu sendiri perlu sedar

bahawa, jikalau kita mahu melihat bagaimanakah keadaan negara pada masa akan

datang, lihatlah pada generasi muda yang ada pada hari ini. Pilihan di tangan kita

untuk mencetuskan fenomena budaya mencintai ilmu dan kebenaran yang menjadi

asas pembangunan ketamadunan masa hadapan. Justeru itu, hidup berpandukan dan

berteraskan ilmu akan melahirkan manusia bahagia, ahli dalam masyarakat hidup

sejahtera, bertindak dan bekerja berlandaskan ilmu bukan mengikut hawa nafsu dan

emosi semata-mata.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sejarah telah mengajar kita melalui pelbagai peristiwa penting sekaligus telah

membuktikan bahawa golongan manusia bertamadun tinggi adalah bersendikan

kepada ketinggian budaya intelektual pada zaman mereka. Justeru itu, menurut Wan

Mohd Nor (1997), golongan manusia yang hanya mempunyai kekuatan fizikal

seperti tenaga manusia atau kekuatan ketenteraan adalah bukan menonjolkan sebuah

kekuatan hakiki. Seringkali kita saksikan bahawa sesebuah bangsa yang kuat tetapi

tidak diasaskan oleh budaya ilmu yang baik akan memeluk, menganut dan mengikuti

nilai dan ciri tamadun lain. Hal ini akan menyebabkan mereka kehilangan identiti

mereka sendiri.

Selain itu, kesan daripada perubahan pada zaman ketamadunan terdahulu

telah membawa perubahan kepada fenomena budaya ilmu. Menurut Wan Mohd Nor

(1997), fenomena budaya ilmu itu mula berubah apabila agama Kristian yang

menguasai negara-negara Barat pada Zaman Pertengahan telah menyebabkan ilmu

itu sendiri telah diilhami oleh semangat sekular sekaligus mempengaruhi setiap

aspek kehidupan dan pemikiran manusia moden hari ini. Justeru itu, kesahihan dan

kebenaran ilmu pada kini lebih banyak diragui berbanding dengan ilmu yang

berlandaskan kepada syariah. Hal ini kerana Ilmu pada kini berkembang seiring

5

dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih dan moden kesan daripada

penjajahan daripada negara barat.

Di samping itu, merujuk kepada kepentingan ilmu sendiri telah meletakkan

ilmu sebagai kebaikan utama dan asas bagi segala nilai kebaikan. Nilai tersebut

melahirkan sikap bertanggungjawab dalam proses pendidikan berasaskan ilmu. Oleh

itu, kaedah utama dalam proses pencarian ilmu ialah menanamkan sikap memuliakan

ilmu, menuntutnya dan seterusnya menghayati ilmu tersebut seumur hidup dengan

minda dan hati yang terbuka. Sepertimana yang berlaku pada masyarakat melayu

silam, iaitu melihat “ilmu” dan usaha kearahnya sebagai memenuhi kepada keperluan

peribadatan sahaja. Contohnya, mempelajari ilmu astronomi hanya untuk

memastikan waktu-waktu solat atau ketibaan bulan-bulan penting serta menjadikan

ilmu matematik khusus dalam pengiraan fidyah, zakat atau pembahagian harta

pusaka sahaja (Wan Mohd Nor, 1997). Mereka hanya memikirkan tentang nilai bagi

setiap ilmu yang dituntut.

Natijahnya, mahasiswa pada hari ini melihat aspek pendidikan sebagai syarat

untuk lulus peperiksaan sekaligus sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang

bergaji lumayan. Terutamanya bagi golongan mahasiswa yang hanya menduduki

peperiksaan sekadar untuk lulus sahaja tanpa menghayati makna sebenar tujuan

menuntut ilmu. Justeru itu, pengajian ilmu telah disempitkan dengan pengkhususan

dan pengelasan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Kesan ilmu terhadap

aspek pembangunan akhlak Ilmu tidak dapat dikaitkan dengan iman dan amal

mahasiswa (Tajul Ariffin Nordin dan Nor‟Aini, 2002). Hasilnya, masyarakat

berfikiran sempit telah dilahirkan kesan daripada pengaruh sekularisme atau

dualisme yang telah diperkenalkan oleh pentadbiran kolonial silam dalam sistem

pendidikan di Malaysia.

Terdapat dua faktor yang boleh mendorong kepada kejayaan pembudayaan

ilmu, iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman merangkumi peranan

individu itu sendiri yang dapat menentukan sedalam mana cintanya kepada ilmu

timbul dan menular dalam diri serta hati sanubari. Seterusnya, cinta itu berkembang

seiring dengan kemajuan yang berlaku pada masa kini dengan niat yang satu, iaitu

6

sentiasa mencari kebenaran. Seseorang individu perlu menanamkan minat kepada

ilmu atau proses pencarian yang boleh diperolehi secara formal atau tidak formal.

Mereka juga perlu mempunyai keikhlasan, kesedaran dan kepercayaan dalam proses

mencari ilmu. Dengan ini, pemahaman individu terhadap konsep ilmu telah

mempengaruhi perkembangan budaya ilmu dalam diri yang menjadi tunggak

pembinaan tamadun ilmu sesebuah bangsa (Wan Mohd Nor, 1997).

Bagi faktor luaran pula, pengaruh ibu bapa. Di mana, mereka mempunyai

peranan sebagai agen sosialisasi atau “role model” penting kepada keluarga mereka.

Mereka merupakan pembimbing, pelindung, penyokong dan pengasuh anak-anak

daripada terdedah dengan pengaruh negatif (Robiah Kulup Hamzah, 2001). Hal ini

sama sekali berbeza dengan ibu bapa masyarakat zaman silam yang tidak begitu

terdedah dengan pengaruh negatif dari budaya luar kerana utuhnya sistem

kekeluargaan yang rapat walaupun para ibu bapa selalunya tiada berpendidikan

tinggi. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam institusi kekeluargaan

yang merupakan institusi asas pendidikan tidak formal dalam pembudayaan ilmu.

Hal ini juga boleh melahirkan masyarakat yang pincang jika peranan ibu bapa tidak

dititikberatkan oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Selain itu, di dalam Berita Harian, Isnin, 9 Oktober 2006, ada menyatakan

bahawa budaya ilmu serta iklim akademik bukan aspek yang boleh diimport atau

diserahkan kepada perunding jenama tetapi hanya terserlah dalam keperibadian dan

wawasan di kalangan professor (pensyarah) dan komuniti akademiknya. Semangat di

kalangan pendidik untuk membawa kecemerlangan, iltizam dan keghairahan

meneroka disiplin ilmu adalah aset paling penting dalam menentukan kecemerlangan

sesebuah universiti dari aspek kuantiti atau kualiti pelajarnya. Kesungguhan mereka

menekuni pelbagai disiplin ilmu dan „kegilaan‟ mempelopori sesuatu disiplin ilmu

yang baru menjadi trend dan ikutan. Hal ini menjurus kepada kepentingan peranan

golongan pendidik dalam menyebarkan ilmu yang benar kepada anak bangsa.

Manakala, kemudahan fizikal di institusi pengajian pula memainkan peranan

penting dalam kemantapan budaya ilmu di kalangan mahasiswa. Ini adalah penting

untuk memastikan tidak timbul lagi persoalan yang mengatakan pelajar malas

7

membaca disebabkan kemudahan di Universiti kurang memuaskan. Dalam Dewan

Siswa (1995), budaya membaca menghadapi cabaran (Massa, 1998) dan remaja tidak

gemar membaca (Dewan Siswa, 1999). Pendapat yang mengatakan adakah rakyat

Malaysia tidak gemar membaca? (Dewan Siswa, bilangan 07, Jilid 23, 2001). Malah

pernah juga timbul suara-suara yang mengatakan pelajar-pelajar universiti hanya

membaca buku teks atau nota yang diberikan pensyarah sahaja tanpa membaca buku-

buku yang lebih bersifat global (Shaharom TM Sulaiman, 1996).

Usaha menuntut ilmu merupakan satu pekerjaan paling murni di samping

mengamalkannya dalam aktiviti kehidupan seharian secara berterusan. Oleh yang

demikian, kebahagian seseorang dapat dinilai apabila dapat hidup dalam suasana

serba keilmuan dan bercitarasakan natijah nilai-nilai yang dipandu oleh ilmu.

1.3 Pernyataan Masalah

Perkembangan budaya ilmu pada masa kini tidak berlaku sepertimana ia

berlaku pada zaman tokoh-tokoh ilmuwan yang terkenal seperti Syed Muhammad

Naquib al-attas dan Al-Ghazali. Dengan ini, sejarah telah menjadi saksi tentang

pengorbanan para pencinta ilmu silam terhadap kelangsungan tamadun ilmu.

Sebahagian daripada mereka sanggup bergadai kepentingan kebendaan, malah nyawa

untuk mempertahankan sesuatu tesis atau kesahihan ilmu yang mereka amalkan.

Justeru itu, pelbagai faktor boleh diambil kira jika memandang dari sudut

pendidikan menjurus kepada budaya ilmu. Namun, dalam kajian ini pengkaji hanya

menjurus kepada dua (2) faktor sahaja, iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor

dalamannya adalah merangkumi ciri-ciri kepercayaan, keikhlasan, dan kesedaran

pelajar kepada ilmu. Manakala, bagi faktor luaran pula merangkumi faktor pengaruh

ibu bapa, faktor rakan sebaya, faktor peranan pendidik, dan juga faktor kemudahan

fizikal di institusi pengajian dalam memberikan pengaruh terhadap tahap kemantapan

budaya ilmu di kalangan pelajar tahun akhir (4SPH).

8

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi

tahap kemantapan budaya ilmu di kalangan pelajar tahun akhir (4SPH) di Jabatan

PTK, Fakulti Pendidikan, UTM. Justeru itu, kajian ini menjurus kepada spesifikasi

untuk menjawab objektif kajian berikut :

i. Mengenal pasti faktor dalaman yang mempengaruhi kemantapan budaya ilmu

di kalangan pelajar tahun akhir (4SPH) di Jabatan PTK.

ii. Mengenal pasti faktor luaran yang mempengaruhi kemantapan budaya ilmu

di kalangan pelajar tahun akhir (4SPH) di Jabatan PTK.

iii. Mengenal pasti perbezaan antara faktor dalaman dan faktor luaran pelajar

terhadap tahap kemantapan budaya ilmu pelajar tahun akhir 4SPH

berdasarkan jantina dan latar belakang pendidikan

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi memastikan

objektif kajian tercapai, iaitu :

i. Adakah faktor kepercayaan, keikhlasan dan kesedaran diri pelajar

mempengaruhi tahap kemantapan budaya ilmu di kalangan pelajar tahun

akhir (4SPH)?

ii. Adakah faktor ibu bapa, rakan sebaya, pendidik dan kemudahan fizikal di

institusi pengajian mempengaruhi tahap kemantapan budaya ilmu di kalangan

pelajar tahun akhir (4SPH)?

iii. Adakah terdapat perbezaan antara faktor dalaman dan faktor luaran pelajar

terhadap kemantapan budaya ilmu pelajar tahun akhir (4SPH) dari segi

jantina dan latar belakang pendidikan?