25
Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS) Terhadap Teknologi Hijau Hanizah Farhani binti Jaafar Politeknik Muadzam Shah E-mail: [email protected] Norleza binti Lehat Politeknik Muadzam Shah E-mail: [email protected] ABSTRAK Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) yang dilancarkan pada 12 Oktober 2017 dijangka melonjakkan lagi pertumbuhan teknologi hijau negara dengan pulangan sebanyak RM180 bilion menjelang 2030. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu yang timbul di Politeknik Muadzam Shah (PMS). Berdasarkan kepada isu-isu ini, kajian dijalankan untuk melihat tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau dari segi faktor pengetahuan, faktor sikap dan faktor amalan. Kajian ini berbentuk kajian deskriptif di mana pengkaji menggunakan kaedah tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik kepada responden bagi memperolehi data yang dikehendaki. Data ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 20. Justeru itu, seramai 162 orang responden yang terdiri daripada kakitangan PMS telah menjawab soal selidik yang diberikan. Hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau adalah tinggi dengan nilai purata min skor ialah 4.4. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat dari masa ke semasa. Kata Kunci : Kesedaran, Teknologi Hijau, Politeknik Muadzam Shah 1.0 Pendahuluan Teknologi hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi serta mengurangkan implikasi negatif daripada aktiviti manusia (KETTHA, 2009). Teknologi hijau merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat sekaligus membantu pembangunan masyarakat berilmu mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup lebih baik. Teknologi hijau telah lama diperkenalkan di negara ini namun kesedaran terhadapnya belum cukup memberangsangkan (CIDB news, 2011). Menurut laporan World Energy Outlook 2008, Agensi Tenaga Antarabangsa menganggarkan keperluan tenaga dunia akan meningkat 1.6% setiap tahun bermula dari 2006 sehingga 2030 dan dianggarkan

Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

  • Upload
    others

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah

(PMS) Terhadap Teknologi Hijau

Hanizah Farhani binti Jaafar

Politeknik Muadzam Shah

E-mail: [email protected]

Norleza binti Lehat

Politeknik Muadzam Shah

E-mail: [email protected]

ABSTRAK

Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) yang dilancarkan pada 12 Oktober 2017 dijangka

melonjakkan lagi pertumbuhan teknologi hijau negara dengan pulangan sebanyak RM180 bilion menjelang 2030. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu yang

timbul di Politeknik Muadzam Shah (PMS). Berdasarkan kepada isu-isu ini, kajian

dijalankan untuk melihat tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau

dari segi faktor pengetahuan, faktor sikap dan faktor amalan. Kajian ini berbentuk

kajian deskriptif di mana pengkaji menggunakan kaedah tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik kepada responden bagi memperolehi data yang dikehendaki. Data ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences

(SPSS) versi 20. Justeru itu, seramai 162 orang responden yang terdiri daripada

kakitangan PMS telah menjawab soal selidik yang diberikan. Hasil kajian menunjukkan

tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau adalah tinggi dengan nilai

purata min skor ialah 4.4. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat dari masa ke semasa.

Kata Kunci : Kesedaran, Teknologi Hijau, Politeknik Muadzam Shah

1.0 Pendahuluan Teknologi hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk,

peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi serta mengurangkan implikasi negatif daripada aktiviti manusia (KETTHA, 2009). Teknologi hijau merujuk kepada produk,

peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran

sihat sekaligus membantu pembangunan masyarakat berilmu mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup lebih

baik. Teknologi hijau telah lama diperkenalkan di negara ini namun kesedaran terhadapnya belum cukup memberangsangkan (CIDB news,

2011). Menurut laporan World Energy Outlook 2008, Agensi Tenaga Antarabangsa menganggarkan keperluan tenaga dunia akan meningkat

1.6% setiap tahun bermula dari 2006 sehingga 2030 dan dianggarkan

Page 2: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

berjumlah 45% secara keseluruhan dalam tempoh tersebut. Menurut Professor James G Titus dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika

Syarikat menyatakan terdapat peningkatan suhu dunia antara 0.4ž hingga 0.5ž bermula pada tahun 1952. Oleh itu, dianggarkan antara

tahun 1990 hingga 2025 suhu dunia akan meningkat antara 0.8 hingga 3.6ž ini akan memberi kesan rumah hijau dan lapisan ozon. Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk

Seri Najib Razak pada Julai 2009 untuk menekankan aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan mapan.

1.1 Latar Belakang Kajian

Pada 30 tahun yang lalu, negara Denmark adalah negara pertama yang memasang Turbin Angin dan menggunakan biomas untuk menghasilkan tenaga dengan sisa pertanian, sisa kayu, dan lain-lain jenis sisa organik

yang membentuk bahagian utama biomas. Sementara itu, Jepun juga memanfaatkan hybrid sebagai teknologi baru dan mengeluarkan Panel

Solar Panasonic yang telah mencapai kadar penukaran tertinggi di dunia untuk mengubah cahaya menjadi elektrik (Fitzpatrick, 2013). Pada 9 April 2009 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA)

ditubuhkan di Malaysia. Dengan wujudnya kementerian tersebut ianya dapat memperluaskan penggunaan teknologi hijau sekali gus

meningkatkan kualiti persekitaran di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Pelan Pembangunan Polygreen Politeknik Malaysia iaitu sebuah pelan

pelaksanaan dan hala tuju strategik bagi amalan teknologi hijau di 33 buah politeknik di seluruh negara. Menerusi pelan pelaksanaan tersebut, ia akan menyatukan pembangunan hijau dalam pengajaran

dan pembelajaran (P&P) di semua politeknik merangkumi lima aspek iaitu pengurusan kampus hijau, pembangunan kurikulum hijau,

pemupukan komuniti hijau, penyelidikan hijau dan pembudayaan hijau (Utusan Online, 2015). Kajian ini telah disokong berdasarkan hasil temubual bersama Encik

Luqman Nul Hakim bin Juwara selaku Pegawai Teknologi Hijau PMS, pengkaji mendapati PMS juga telah berkolaborasi bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang yang

terletak di Bandar Satelit iaitu satu perbadanan yang menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam di Muadzam Shah. PMS juga telah

melaksanakan beberapa program dan kempen seperti Hari EARTH HOUR, Seminar Teknologi Hijau dan kempen Save Energy (Jimat Tenaga) dengan menggalakkan warga PMS dalam menjimatkan penggunaan tenaga di PMS. PMS juga sedang menjalankan kempen amalan hijau yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai teknologi hijau di PMS.

Walaubagaimanapun, beliau menyatakan terdapat beberapa isu yang timbul di PMS. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk menilai sejauh

mana tahap kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau.

Page 3: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

1.2 Pernyataan Masalah Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji sejauh mana tahap

kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap perlaksanaan teknologi hijau. Teknologi hijau telah lama diperkenalkan di Malaysia, namun kesedaran masyarakat terhadapnya masih belum

memberangsangkan (Mohamad Bokhari et al, 2014). Menurut Anny Lim (2010) tahap kesedaran masyarakat terhadap teknologi hijau masih rendah kerana sikap kurang mengambil berat. Pemasalahan alam

sekitar sebenarnya berkait rapat dengan aktiviti manusia yang melaksanakan pembangunan tanpa menepati ciri-ciri yang boleh

mengekalkan ekosistem sesuatu kawasan yang juga memberi kesan kepada teknologi hijau (Pazim @ Fadzim, 2000). Arus pemodenan yang berkembang pesat telah memberi banyak perubahan dan implikasi

negatif kepada landskap negara, pembangunan, perindustrian, perhutanan, pertanian dan pelbagai lagi aktiviti manusia telah

menyumbang kepada fenomena pemanasan global, perubahan iklim dan pelbagai lagi bencana alam (Kollmuss dan Agyeman, 2002). Di Politeknik Muadzam Shah (PMS) teknologi hijau sudah pun

diperkenalkan dan diterapkan. Namun, berdasarkan hasil temubual bersama Encik Luqman Nul Hakim bin Juwara selaku Pegawai Teknologi Hijau PMS, kesedaran kakitangan mulai rendah walaupun terdapat

pelbagai kempen dan program teknologi hijau diadakan. Hal ini disebabkan terdapat segelintir kakitangan PMS kurang mengetahui dan

mengamalkan teknologi hijau secara mendalam dan berterusan. Beliau menyatakan kemungkinan kurangnya aktiviti teknologi hijau dijalankan di PMS yang berskala besar. Kekangan peruntukan kewangan

merupakan salah satu punca aktiviti tersebut tidak dapat dijalankan. Kenyataan ini disokong oleh Muhammad Qayyum (2010) bahawa sehingga kini didapati tahap kesedaran masyarakat terhadap teknologi

hijau masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Ramai yang masih tidak mengetahui dan membiasakan diri tentang istilah teknologi

hijau. Malah, masih ramai yang tidak memahami tentang apa yang dimaksudkan dengan teknologi hijau.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut: i. Mengetahui tahap pengetahuan kakitangan Politeknik Muadzam

Shah terhadap teknologi hijau.

ii. Menilai sikap kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau.

iii. Sejauhmana amalan teknologi hijau dalam kalangan kakitangan

Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau.

1.4 Persoalan Kajian

Page 4: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dinyatakan untuk mencapai objektif kajian seperti berikut:

i. Adakah tahap pengetahuan mempengaruhi kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau?

ii. Adakah tahap sikap mempengaruhi kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau?

iii. Adakah tahap amalan teknologi hijau mempengaruhi kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau?

1.5 Skop Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada kakitangan Politeknik Muadzam Shah sahaja bagi mengkaji sejauh mana kesedaran terhadap teknologi hijau. Pengukuran bagi kajian ini dijalankan melalui borang soal selidik

kepada 162 kakitangan yang dipilih secara rawak daripada 278 jumlah populasi kakitangan PMS (Portal Politeknik Muadzam Shah, 2017).

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Kepentingan kepada kakitangan PMS Meningkatkan kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah akan kebaikan dan kepentingan mengamalkan dan menggunakan teknologi

hijau dalam kehidupan seharian. Di samping itu, sokongan dan motivasi dari pihak pengurusan PMS kepada kakitangan secara konsisten.

1.6.2 Kepentingan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA)

Kajian ini juga diharapkan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) dapat bekerjasama dengan PMS melalui aktiviti teknologi hijau seperti kempen, seminar dan sebagainya secara

berterusan. Tujuannya adalah dapat meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan dalam kalangan kakitangan PMS.

1.6.3 Kepentingan kepada pengkaji akan datang Kepentingan kajian ini juga diharap dapat membantu pengkaji akan

datang untuk melihat keberkesanan teknologi hijau terhadap keseimbangan alam sekitar seperti faktor ekonomi, teknologi dan

sebagainya.

2.0 Kajian Literatur 2.1 Konsep kajian

2.1.1 Model KAP Model KAP (Knowledge, Attitudes and Practices) yang dikemukakan oleh

Ramsey dan Rickson pada tahun 1976 seperti Rajah 1, sering digunakan untuk mengukur dan menjelaskan tentang kesedaran alam sekitar dan pembangunan lestari (Nor Kalsum, 2016). Mohd Hilmi dan Kamaliah

Page 5: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

(2013) menyatakan asas kepada model KAP ialah pengetahuan. Apabila pengetahuan seseorang itu bertambah, maka pengetahuannya akan

menjadi pendorong kepadanya untuk berubah sikap. Maka, perubahan sikap itu akan menyebabkan berlakunya perubahan tingkah laku yang

dikenali sebagai amalan manusia.

Rajah 1: Model KAP

Sumber: Diolah daripada Ramsey and Rickson (1976) 2.2 Kajian Terdahulu

2.2.1 Faktor Pengetahuan

Masyarakat sepatutnya sedar jika tiada amalan hijau, mungkin suatu hari nanti keindahan alam akan terhapus dan tidak dapat dinikmati oleh

generasi akan datang. Hari ini, masih ramai dalam kalangan pelbagai bangsa di Malaysia terutamanya remaja yang belum lagi kenal erti

kecintaan terhadap teknologi hijau. Hidup mereka zahir dan batin terbelenggu dalam penjajahan. Segala-galanya disekat dan dijajah termasuklah kehidupan untuk belajar, berehat, bermasyarakat,

beragama malah, amalan teknologi hijau kurang dititikberatkan (Tan Pei San dan Norzaini, 2011). Seterusnya, masih ramai yang tidak mengetahui istilah dan tidak

mencapai tahap kesedaran masyarakat terhadap teknologi hijau. Teknologi hijau adalah langkah terbaik untuk menangani masalah

fenomena pemanasan global, perubahan iklim, kesan rumah hijau serta dapat mendidik rakyat Malaysia tentang alam sekitar dapat meningkatkan kesedaran bahawa teknologi hijau dan amalannya boleh

menyelamatkan bumi (Siti Rohani, 2013). Kelebihan teknologi hijau ialah dapat menjamin kualiti alam sekitar yang mapan dan kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minimum (KETTHA , 2011). Kesedaran ini

harus datang secara dalaman tanpa perlu dipaksa kerana ianya akan menentukan sejauh manakah kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan.

Pendidikan merupakan agen perubahan yang paling berpengaruh kerana mampu membawa perubahan dalam sesebuah masyarakat (Liew et al, 2012). Walaupun tahap kesedaran masyarakat Malaysia masih di tahap

yang rendah, ramai golongan yang berpendidikan tinggi dan banyak organisasi menggunakan teknologi hijau dalam operasi syarikat mereka

(Ahmad dan Abd Razak, 2007). Selain itu, teknologi hijau ialah satu teknologi yang membolehkan kita bertambah maju tetapi pada masa sama dapat meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar (Siti

Norsyazwani et al, 2013). Secara asasnya untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat adalah sukar. Menurut Portal 1Klik (2018) hanya 3 daripada 10 orang

Page 6: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

rakyat Malaysia yang prihatin tentang isu-isu alam sekitar. Kejadian bencana alam yang besar dan meragut ribuan nyawa manusia seperti

tsunami, gempa bumi dan banjir adalah pengajaran yang terbaik untuk mendidik manusia supaya lebih bertanggunjawab dalam memelihara

alam sekitar. Mendidik bukan sahaja untuk memberikan mereka kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar tetapi juga sebagai langkah berjaga-jaga untuk bertindak secara tepat dan betul sekiranya

berlaku sesuatu yang tidak diingini (Utusan Malaysia, 2011).

2.2.2 Faktor Sikap

Faktor sikap juga memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tahap kesedaran teknologi hijau di kalangan masyarakat.

Anny Lim (2010) mengatakan sehingga kini didapati bahawa tahap kesedaran masyarakat terhadap teknologi hijau masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Ini adalah kerana sikap kurang mengambil

berat masyarakat awam di Malaysia terhadap amalan teknologi hijau. Seterusnya, sikap segelintir masyarakat yang tidak mengambil kira

terhadap penggunaan teknologi hijau yang sedia ada tidak dapat menjamin pembangunan lestari dan menyelamatkan dunia daripada kerosakan akibat kegilaan industri. Hazura et al (2007) menyatakan

dalam kajiannya bahawa sikap dalam kalangan pelajar adalah fokus utama yang paling penting untuk dititiberatkan kerana mereka adalah generasi masa depan negara dan ditentukan oleh generasi masa kini.

Jika pelajar sedar akan masalah global berkenaan alam sekitar, maka mudahlah untuk memelihara alam sekitar dengan baik dan berkesan.

2.2.3 Faktor Amalan Tahap kesedaran teknologi hijau di kalangan masyarakat perlu

dipertingkatkan menerusi faktor amalan untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar dan boleh menyelamatkan flora dan fauna. Oleh itu, amalan 3R (Reuse, Reduce and Recycle) ini perlu diamalkan

oleh masyarakat bagi menanam semangat cintakan alam sekitar. Kitar semula merupakan satu aktiviti daripada pelbagai aktiviti pemeliharaan

dan pemuliharaan alam sekitar yang lain yang banyak memfokuskan kepada keharmonian dalam hidup manusia sejagat dan alam sekitar (Hasnah et al, 2012).

Sekiranya produk mesra alam ini digunakan secara efektif, masyarakat dapat merasai suasana yang selesa dan dapat mengurangkan wabak

penyakit. Amalan ini dapat menerapkan nilai-nilai murni dan kebolehupayaan produk untuk dikitar semula. Manakala, komitmen manusia terhadap teknologi hijau adalah merupakan satu konstruk

teoritikel baru yang dapat meramal tingkah laku mesra alam sekitar (Davis et al, 2009).

Page 7: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

2.3 Kerangka kerja kajian

Rajah 2: Kerangka kerja kajian tahap kesedaran kakitangan Politeknik

Muadzam Shah terhadap teknologi hijau. (Adaptasi dari Dai et al, 2012)

3.0 Metodologi Kajian

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian yang dibina dalam penyelidik ini, merupakan kajian yang bersifat deskriptif, atau merupakan kajian yang dibuat berdasarkan gambaran yang telah sedia ada. Reka bentuk kajian yang dijalankan oleh

penyelidik adalah lebih menjurus kepada cara serta bagaimana untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan kajian yang telah

ditimbulkan berdasarkan faktor pengetahuan, faktor sikap dan faktor amalan kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau. Justeru itu, kaedah tinjauan (survey) dilakukan oleh penyelidik. Pada

peringkat permulaan, penyelidik melakukan kajian terhadap beberapa penyelidikan yang telah dihasilkan sebelum ini. Tujuannya adalah

mengelakkan berlakunya pertindihan tajuk antara penyelidikan terdahulu dengan penyelidikan yang dijalankan ini.

Setelah sampel kajian dan responden dikenalpasti, seterusnya penyelidik membina beberapa instrumen kajian seperti soalan-soalan yang dikemukakan bagi mendapatkan maklumat daripada responden. Setelah

data-data diperolehi daripada soal selidik yang telah dijalankan, data diproses dan dianalisa dengan lebih mendalam bagi menjawab persoalan

kajian. Penyelidik memasukkan data yang telah diproses ke dalam kajian sebagai dapatan kajian.

3.2 Teknik Pengumpulan Data Teknik pengumpulan data yang terlibat dalam kajian ini ialah teknik pengumpulan data primer dan teknik pengumpulan data sekunder.

Page 8: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

3.2.1 Data Primer

Bagi kajian ini, data primer yang digunakan adalah data yang diperolehi daripada kakitangan Politeknik Muadzam Shah melalui temubual dan

borang kaji selidik.

3.2.2 Data Sekunder

Data sekunder adalah sumber yang diperolehi dari jurnal, buku, majalah, rekod-rekod lepas, laporan dan dokumen, internet dan surat khabar.

3.3 Instrumen Kajian

Bagi memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian ini, instrumen berbentuk borang soal selidik akan digunakan. Borang selidik ini akan diedarkan kepada responden secara umum iaitu kepada

kakitangan Politeknik Muadzam Shah. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 6 bahagian, iaitu (i) Aspek demografi, (ii)

Tahap pengetahuan kakitangan PMS terhadap perlaksanaan teknologi hijau, (iii) Sikap kakitangan dan (iv) Amalan kakitangan.

Bahagian I : Profil responden Bahagian II : Menyentuh aspek tahap pengetahuan kakitangan PMS

terhadap teknologi hijau. Bahagian ini mengandungi 5 item. Item- item di dalam bahagian ini ialah :

i. Saya mempunyai tahap pengetahuan teknologi hijau yang luas. ii. Saya mendapat ilmu pengetahuan tentang teknologi hijau dari

institusi-institusi pendidikan.

iii. Saya mengetahui tentang teknologi hijau dari kempen atau program yang telah diadakan.

iv. Saya menerapkan ilmu pengetahuan teknologi hijau ketika sesi

pembelajaran. v. Saya mengetahui maksud setiap warna bagi tong kitar semula

iaitu biru, coklat dan jingga.

Bahagian III menyentuh aspek sikap kakitangan PMS terhadap

teknologi hijau. Bahagian ini mengandungi 5 item yang berkaitan iaitu: i. Saya sayangkan alam sekitar

ii. Saya menyokong kempen alam sekitar iii. Saya sanggup membayar lebih bagi membeli produk-produk

yang mesra alam seperti pembungkus makanan (paper bag) iv. Saya akan memaklumkan kepada organisasi alam sekitar atau

agensi kerajaan yang terdekat sekiranya berlaku masalah alam

sekitar. v. Saya menggunakan sumber tenaga (air, elektrik, sisa pepejal)

dengan cermat dalam kehidupan harian.

Page 9: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

Bahagian IV berkaitan dengan faktor amalan kakitangan PMS terhadap teknologi hijau. Bahagian ini juga mengandungi 5 item yang berkaitan

iaitu: i. Saya menggunakan konsep 3R (reduce, reuse, recycle) dalam

aktiviti harian. ii. Saya menggunakan semula bahagian kertas yang tidak bercetak

untuk kegunaan lain.

iii. Saya membawa bekas sendiri apabila membeli makanan. iv. Saya memilih barang keperluan harian yang memberi kebaikan

kepada alam sekitar. v. Saya membawa botol air yang boleh digunakan semula.

Bahagian V berkaitan dengan tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau yang mengandungi 2 item iaitu:

i. Saya mempunyai kesedaran bahawa setiap tindakan yang saya lakukan akan memberi kesan kepada teknologi hijau.

ii. Saya sedar menjaga alam sekitar adalah kepentingan untuk diri saya

Bahagian VI adalah komen atau cadangan responden

Kesemua bahagian II,III dan IV menggunakan skala Likert seperti di jadual 1 untuk mengukur respon dari responden, berdasarkan pilihan di bawah.

Jadual 1: Skala Likert

SKALA PERNYATAAN

5 Sangat Setuju

4 Setuju

3 Tidak Pasti

2 Tidak Setuju

1 Sangat Tidak Setuju

3.4 Teknik Persampelan Dalam kajian ini, pemilihan sampel telah dibuat secara rawak bagi

memberikan peluang yang sama kepada individu untuk terlibat sebagai sampel kajian ini dalam mewakili populasi yang dikaji (Mohd Majid

Konting, 2005). Dalam kajian ini, dari sumber Portal Rasmi Politeknik Muadzam Shah mencatatkan populasi kakitangan PMS di Jadual 2 sebanyak 278 orang pada tahun 2017, manakala sampel sasaran

pengkaji hanya 162 orang yang terdiri daripada kakitangan Politeknik Muadzam Shah. Merujuk jadual Krejcie dan Morgan hanya 162 orang kakitangan PMS

yang akan dipilih menjadi responden kajian. Penyelidik mengambil sampel secara rawak dengan menggunakan kaedah persampelan kluster

yang merupakan kaedah yang dipilih secara berperingkat mengikut

Page 10: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

kakitangan setiap unit. Sebanyak 162 sampel soalan telah disediakan dan akan diagihkan kepada kakitangan Politeknik Muadzam Shah.

Jadual 2: Populasi kakitangan PMS

Sumber: Portal Rasmi Politeknik Muadzam Shah (2017)

3.5 Kajian Rintis

Kajian rintis ialah percubaan kajian yang dibuat secara kecil dengan tujuan mengenalpasti kelemahan instrumen kajian dan tatacara kajian.

Oleh kerana instrumen soal selidik telah diubahsuai daripada soal selidik yang asal, satu ujian rintis telah ditadbir oleh pengkaji untuk menguji kefahaman terhadap item-item yang dikemukakan dan

memastikan kesahan instrumen berkenaan. Pengkaji memeriksa jurnal-jurnal dan artikel berkaitan teknologi hijau

untuk memastikan setiap item adalah tepat dan mudah difahami oleh responden. Kajian rintis dijalankan sebanyak 20 kakitangan PMS tetapi bukan dari responden kajian sebenar. Data yang diperolehi dianalisis

menggunakan perisian SPSS versi 20 bagi menguji ketekalan dalaman instrumen dengan menggunakan pekali Alpha Cronbach.

3.6 Kaedah Analisis Data Semua data yang dikumpul, direkodkan dan seterusnya dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi

Page 11: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

20. Proses penganalisian data bagi kajian ini melibatkan kaedah analisis deksriptif.

4.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan 4.1 Analisis Kebolehpercayaan Data

Kajian rintis ini harus dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Selain daripada menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, kajian rintis juga adalah bertujuan

untuk memurnikan instrumen supaya ianya dapat digunakan dalam kajian sebenar.

Kebolehpercayaan juga boleh dilihat melalui korelasi antara jumlah skor dengan skor setiap item. Jika data yang digunakan dapat melalui kaedah Skala Likert, maka cara untuk mengukur kebolehpercayaan adalah

kaedah Alfa Cronbach. Nilai pekali Alfa yang mempunyai kebolehpercayaan adalah antara 0.65 hingga 0.95 (Chua, 2013).

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih seramai 20 orang kakitangan Politeknik Muadzam Shah untuk dijadikan sampel bagi mendapatkan keputusan kajian rintis. Jadual 3 menunjukkan nilai Aplha Cronbach

bagi setiap pembolehubah. Setelah mendapat nilai pekali koefisien Alpha Cronbach melebihi 0.65, pengkaji telah mengedarkan borang kaji selidik kepada 162 kakitangan Politeknik Muadzam Shah.

Jadual 3 menunjukkan nilai Alpha Cronbach untuk faktor pengetahuan, sikap dan amalan.

4.2 Bahagian A (Profil Responden)

Hasil kajian yang terdapat dalam bahagian A borang soal selidik adalah tentang profil responden iaitu jantina, jabatan/unit,bangsa dan tempoh

berkhidmat di PMS.

Page 12: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

4.2.1 Jantina responden

Rajah 3 : Jantina responden

Rajah 3 menunjukkan taburan jantina responden yang menjawab borang kaji selidik dalam kalangan kakitangan PMS. Seramai 39.51%

responden terdiri daripada lelaki dan 60.49% responden terdiri daripada perempuan.

4.2.2 Jabatan

Rajah 4: Jabatan responden

Rajah 4 menunjukkan peratusan jabatan responden. Seramai 19.75%

daripada JP, 14.20% daripada JKM, 11.11% daripada JRKV, 12.96% daripada JTMK, 9.26% daripada JPH, 6.79% daripada JPA, 3.70%

daripada JMSK dan 22.22% daripada pengurusan/unit sokongan.

Page 13: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

4.2.3 Bangsa

Rajah 5 menunjukkan peratusan bangsa responden. Seramai 99.38%

responden yang berbangsa Melayu dan 0.62% responden terdiri bangsa Cina.

Rajah 5: Bangsa responden

4.2.4 Tempoh perkhidmatan

Rajah 6: Tempoh perkhidmatan

Page 14: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

Rajah 6 menunjukkan peratusan tempoh kakitangan PMS berkhidmat. Seramai 31.48% yang berkhidmat antara 0-5 tahun, 41.98% berkhidmat

antara 6-10 tahun, 19.75% berhidmat antara 11-15 tahun dan 6.79% berkhidmat antara 16-20 tahun.

4.3 Bahagian B (Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Kesedaran Kakitangan PMS Terhadap Teknologi Hijau)

Bahagian ini menjelaskan tentang hasil maklum balas responden terhadap faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau iaitu faktor pengetahuan, faktor sikap dan

faktor amalan. Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Skala Likert seperti di

Jadual 4 untuk memudahkan responden untuk memilih jawapan yang bersesuaian dan tepat untuk setiap soalan yang diberikan. Skala Likert adalah skala yang menggunakan beberapa pertanyaan untuk mengukur

perilaku individu mengenai jawapan dengan menggunakan skala yang diberikan.

Jadual 4: Kategori Skala Likert

Skala 1 2 3 4 5

Pernyataan Sangat

tidak bersetuju

(STB)

Tidak

bersetuju (TB)

Tidak

pasti (TP)

Setuju

(S)

Sangat

bersetuju (SB)

Jadual 5: Kategori skala min skor

Kategori Min Skor

Tinggi 3.50 – 5.00

Sederhana 2.50 – 3.49

Rendah 0.00 – 2.49

Sumber : Penilaian min skor (Fadilah Mat Noor, Safura Ahmad Sabri dan Khairuddin Kalid, 2014)

Manakala Jadual 5 menunjukkan penilaian min skor dengan mengikut kategori tinggi, sederhana dan rendah berdasarkan hasil dapatan soal selidik yang telah diedarkan kepada responden.

4.3.1 Tahap Pengetahuan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah

Terhadap Teknologi Hijau Pengkaji telah memilih lima soalan untuk diajukan kepada responden mengenai tahap pengetahuan kakitangan PMS terhadap teknologi hijau.

Keputusan yang diperolehi adalah seperti dalam Jadual 6.

Page 15: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

Jadual 6: Faktor pengetahuan

Soalan Peratusan (%) Min

1 2 3 4 5 Skor Tahap

Saya mempunyai tahap pengetahuan

teknologi yang luas

2.5 6.2 25.3 51.2 14.8 3.70 Tinggi

Saya mendapat ilmu

pengetahuan tentang teknologi hijau dari

institusi-institusi pendidikan

1.2 7.4 25.9 46.9 18.5 3.77 Tinggi

Saya mengetahui

tentang teknologi hijau dari kempen

atau program yang telah diadakan

0 4.3 11.1 62.3 22.2 4.02 Tinggi

Saya menerapkan ilmu pengetahuan teknologi hijau ketika

sesi pembelajaran

1.2 13.0 25.3 42.6 17.9 3.63 Tinggi

Saya mengetahui

maksud setiap warna bagi tong kitar semula iaitu biru,

coklat dan jingga

6 4.3 20.4 50.0 24.7 3.94 Tinggi

Min purata 3.812 Tinggi

kajian menunjukkan bahawa min skor faktor pengetahuan yang paling tinggi pada soalan yang ketiga iaitu mengetahui tentang teknologi hijau

dari kempen atau program yang telah diadakan iaitu sebanyak 4.02. Seterusya,sebanyak 22,2% sangat bersetuju, 62.3% setuju, 11.1% tidak

pasti dan 4.3% sangat tidak bersetuju. Sementara itu, min skor yang paling rendah adalah pada soalan keempat iaitu menerapkan ilmu pengetahuan teknologi hijau ketika sesi

pembelajaran sebanyak 3.63. Seramai 7.9% responden sangat bersetuju, 42.6% responden setuju, 25.3% responden tidak pasti, dengan faktor tersebut manakala seramai 13.0% tidak bersetuju dan 1.2% sangat tidak

bersetuju. Dapatan kajian ini disokong oleh Muhammad Qayyum (2010) yang

sehingga kini didapati tahap kesedaran masyarakat terhadap teknologi hijau masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Hal ini disebabkan ramai yang masih tidak mengetahui dan membiasakan diri

tentang istilah teknologi hijau. Malah, masih ramai yang tidak

Page 16: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

memahami tentang apa yang dimaksudkan dengan teknologi hijau. Mendidik rakyat Malaysia tentang alam sekitar dapat memberi

kesedaran bahawa teknologi hijau dan amalannya boleh menyelamatkan bumi (Siti Rohani, 2013).

4.3.2 Sikap Kakitangan Politeknik Muadzam Shah Terhadap Teknologi Hijau.

Faktor sikap yang telah dipilih oleh pengkaji kerana pengkaji ingin melihat sama ada faktor ini mempengaruhi tahap kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah. Hasil kajian di Jadual 7 adalah seperti

berikut:

Jadual 7: Faktor sikap

Soalan Peratusan (%) Min

1 2 3 4 5 Skor Tahap

Saya sayangkan alam sekitar

0 1.2 4.9 34.6 59.3 4.52 Tinggi

Saya menyokong

kempen alam sekitar

6 1.9 2.5 33.3 61.7 4.54 Tinggi

Saya sanggup

membayar lebih bagi membeli produk-

produk yang mesra alam sekitar seperti pembungkus

makanan (paper bag)

1.2 3.1 18.5 42.6 34.6 4.06 Tinggi

Saya akan

memaklumkan kepada organisasi alam sekitar atau

agensi kerajaan yang terdekat sekiranya

berlaku masalah alam sekitar

0 2.5 15.4 54.3 27.8 4.07 Tinggi

Saya menggunakan sumber tenaga (air, eleltrik, sisa pepejal)

dengan cermat dalam kehidupan harian

0 2.5 9.9 48.1 39.5 4.25 Tinggi

Min purata 4.288 Tinggi

Hasil kajian menunjukkan bahawa purata min skor pada faktor sikap yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.54% pada soalan kedua iaitu

menyokong kempen alam sekitar. Seramai 61.7% responden sangat bersetuju, dengan faktor sikap, 33.3% responden setuju, seramai 2.5%

Page 17: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

tidak pasti, manakala seramai 1.9% responden tidak bersetuju dan responden sangat tidak bersetuju terhadap faktor tersebut seramai

1.2%. Selain itu, hasil min skor yang paling rendah adalah soalan

ketiga iaitu saya sanggup membayar lebih bagi membeli produl-produk yang mesra alam seperti pembungkus makanan (paperbag) sebanyak 4.06%. Manakala 34.6% sangat bersetuju, 42.6 % setuju, 18.5% tidak

pasti, 3.1 % tidak bersetuju dan 1.2% sangat tidak bersetuju. Berdasarkan dapatan kajian ini, faktor sikap mempengaruhi tahap

kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau adalah tinggi. Ini disokong dengan kajian yang telah dilakukan oleh Mohd Zuhair (2015) di mana sikap guru-guru Teknologi Kejuruteraan Zon Utara berada pada

tahap yang positif dan tinggi berbanding tahap sederhana bagi faktor pengetahuan dan amalan hijau.

4.3.3 Amalan Teknologi Hijau Kakitangan Politeknik Muadzam Shah Terhadap Teknologi Hijau

Faktor amalan yang telah dipilih oleh pengkaji kerana pengkaji ingin melihat sama ada faktor ini mempengaruhi tahap kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah. Hasil kajian di Jadual 8 adalah seperti

berikut: Jadual 8: Faktor amalan

Soalan Peratusan (%) Min

1 2 3 4 5 Skor Tahap

Saya menggunakan konsep 3R

(reduce,reuse,recycle) dalam aktiviti harian

mereka

0 3.7 14.8 53.7 27.8 4.06 Tinggi

Saya menggunakan

semula bahagian kertas yang tidak bercetak untuk

kegunaan lain

1.9 1.9 11.1 51.9 33.3 4.13 Tinggi

Saya membawa

bekas sendiri apabila membeli makanan

49 13.6 22.2 40.1 19.1 3.55 Tinggi

Saya memilih barang keperluan harian yang memberi

kebaikan kepada alam sekitar

1.2 3.1 21.6 52.5 21.6 3.90 Tinggi

Saya membawa botol air yang boleh digunakan semula

1.2 3.1 12.3 42.0 41.4 4.19 Tinggi

Min purata 3.966 Tinggi

Page 18: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

Hasil kajian menunjukkan bahawa purata min skor pada faktor amalan untuk tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau adalah

paling tinggi iaitu sebanyak 4.19% pada soalan kelima iaitu saya membawa botol air yang boleh digunakna semula. Seramai 41.4% responden sangat bersetuju, 42.0% setuju, 12.3% tidak pasti, 3.1% tidak

bersetuju dan sangat tidak bersetuju sebanyak 1.2%. Faktor amalan yang mempengaruhi tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau yang telah menunjukkan hasil min skor yang paling

rendah adalah pada soalan ketiga iaitu saya membawa bekas sendiri apabila membeli maknan sebanyak 3.55%,19.1% sangat bersetuju,

40.1% setuju, 22.2% tidak pasti, 13.6 % tidak bersetuju dan hanya 1.2% sangat tidak bersetuju. Oleh itu, amalan 3R (Reuse Reduce,Recycle) ini perlu diamalkan oleh

masyarakat terhadap isu alam sekitar dan usaha kerajaan Malaysia untuk menanam semangat cintakan alam sekitar . Kitar semula

merupakan satu aktiviti daripada pelbagai aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang lain yang banyak memfokuskan kepada keharmonian dalam hidup manusia sejagat dan alam sekitar (Hasnah et

al , 2012) . Mohamad Fazli dan Teoh (2006) menyatakan pihak kerajaan juga boleh

menganjurkan kempen-kempen lain yang memberi tumpuan kepada amalan mengurangkan penggunaan (reduce) dan guna semula (reuse) serta pengetahuan tentang produk mesra alam. Kempen sedemikian

harus dipergiatkan di seluruh negara supaya para pengguna sedar bahawa tingkah laku pembelian dan amalan kepenggunaan mereka akan

membawa impak yang besar kepada alam sekitar. Seperti Kempen Hari Tanpa Beg Plastik di pasaraya pada hari Sabtu dan penggunaan produk hijau yang mampu dibeli oleh majoriti masyarakat.

4.3.4 Tahap Kesedaran Kakitangan PMS Terhadap Teknologi Hijau. Pengkaji telah memilih dua soalan yang berkaitan dengan tahap

kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau dan diedarkan kepada seramai 162 responden. Jadual 9 menunjukkan nilai min skor

bagi tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau.

Jadual 9: Tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau

Soalan Peratusan (%) Min

1 2 3 4 5 Skor Tahap

Saya mempunyai

kesedaran bahawa setiap tindakan yang saya lakukan akan

memberi kesan kepada teknologi

hijau

0 2.5 4.3 53.1 40.1 4.31 Tinggi

Page 19: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

Saya menggunakan

semula bahagian kertas yang tidak bercetak untuk

kegunaan lain

6 6 3.1 40.7 54.4 4.49 Tinggi

Min purata 4.4 Tinggi

Purata min skor tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau adalah paling tinggi iaitu sebanyak 4.49% pada soalan kedua iaitu

saya sedar menjaga alam sekitar adalah kepentingan untuk saya . Seramai 54.4% responden sangat bersetuju, 40.7% responden setuju, 3.1%responden tidak pasti, manakala seramai 6 % responden tidak

bersetuju dan sangat tidak bersetuju seramai 6% responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa purata min skor tahap kesedaran

kakitangan PMS terhadap teknologi hijau yang rendah iaitu 4.31% pada soalan pertama iaitu saya mempunyai kesedaran bahawa setiap tindakan yang saya lakukan akan memberi kesan kepada teknologi

hijau. Seramai 40.1 % responden sangat bersetuju, manakala 53.1% responden setuju. Seterusnya 4.3% responden tidak pasti, dan 2.5 %

responden tidak bersetuju. 4.4 Purata Min Skor Bagi Setiap Faktor

Setelah menganalisa data dan melalui hasil kajian untuk menguji faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau. Pengkaji telah memperolehi min skor bagi setiap faktor

kajian. Min skor setiap faktor kajian boleh dilihat seperti dalam Jadual 10 di bawah.

Jadual 10: Purata Min Skor Setiap Faktor

Faktor Purata Min Skor

Tahap

Pengetahuan 3.812 Tinggi

Sikap 4.288 Tinggi

Amalan 3.966 Tinggi

Tahap kesedaran 4.4 Tinggi

Berdasarkan jadual 4.7 dia atas, faktor yang mempunyai min skor paling tinggi adalah faktor sikap dengan nilai min skor sebanyak 4.288%.

Seterusnya, diikuti dengan faktor amalan dengan nilai purata min skor sebanyak 3.966%. Akhir sekali, faktor yang mempunyai min skor yang paling rendah ialah faktor pengetahuan dengan nilai purata min skor

sebanyak 3.812%. Tahap kesedaran juga menunjukkan purata min skor yang tinggi iaitu sebanyak 4.4%.

4.5 Analisis Regresi

Page 20: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

Analisis ini digunakan untuk mengetahui hubungan antara dua atau lebih pemboleh ubah bersandar terhadap pemboleh ubah tidak

bersandar secara serentak. Koefisien ini menunjukkan seberapa besar hubungan yang terjadi antara pembolehubah tidak bersandar iaitu

pengetahuan, sikap dan amalan secara serentak terhadap tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau. Nilai R berkisar antara 0 sampai 1, nilai semakin mendekati 1 bererti hubungan yang

terjadi semakin kuat, sebaliknya nilai semakin mendekati 0 maka hubungan yang terjadi semakin lemah. Sugiyono (2012) memberikan interpretasi koefisien kolerasi sebagai berikut:

0.00 – 0.199 = sangat rendah

0.20 – 0.399= rendah 0.40 – 0.599= sedang 0.60 – 0.799= kuat

0.80 – 1.000= sangat kuat

Dari hasil analisis regresi, lihat pada output model summary dan tertera di Jadual 11) seperti di bawah:

Jadual 11: Model Summary

Daripada Jadual 11 menunjukkan nilai R adalah 67.2%. Ini

bermaksud sebanyak 67.2% pembolehubah tidak bersandar iaitu pengetahuan, sikap dan amalan mempengaruhi pembolehubah

bersandar iaitu tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau. Semakin dekat nilai dengan 1 bermakna semakin kuat hubungan antara pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah bersandar.

Jadual 12: Koefisien

Page 21: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

Daripada Jadual 12 didapati faktor sikap dan faktor amalan secara koefisien mempengaruhi Tahap Kesedaran Kakitangan PMS terhadap teknologi hijau. Faktor yang paling mempengaruhi ialah faktor sikap dan

amalan. Secara tidak langsung dua faktor berikut adalah signifikan. Manakala, faktor pengetahuan yang berhubung secara negatif iaitu (-

0.57) adalah tidak signifikan iaitu tidak wujud hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan kesedaran teknologi hijau.

5.0 Cadangan Dan Kesimpulan

5.1 Cadangan Cadangan pengkaji kepada pihak PMS perlulah menggiatkan lagi

promosi teknologi hijau kepada semua warga PMS. Di samping itu, pihak PMS perlulah memperluaskan kempen Amalan Hijau PMS, membuat seminar atau karnival teknologi hijau, mengaktifkan pungutan bahan

kitar semula dari masa ke semasa dan memperbanyakkan pegawai PMS yang terlibat dalam pengurusan Jawatankuasa Teknologi Hijau. Di

samping itu, pengkaji berharap supaya pengkaji akan datang dapat mengkaji lebih mendalam terhadap teknologi hijau dengan skop kajian yang berbeza dan mengenalpasti faktor lain seperti ekonomi, teknologi

dan sebagainya. Seterusnya pihak kerajaan, swasta dan badan NGO perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran teknologi hijau melalui media massa dan

sosial secara berterusan bagi melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar dan seterusnya menerapkan budaya amalan hijau

dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana mendidik rakyat Malaysia tentang alam sekitar dapat memberi kesedaran bahawa teknologi hijau dan amalannya boleh menyelamatkan bumi (Siti Rohani, 2013).

5.2 Kesimpulan Melalui kajian ini, pengkaji berpuas hati dengan hasil kajian yang telah

dijalankan di mana tahap kesedaran kakitangan Politeknik Muadzam Shah terhadap teknologi hijau pada tahap tinggi dengan purata min skor

Page 22: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

4.4. Dalam kajian ini, faktor sikap sangat mempengaruhi tahap kesedaran kakitangan PMS terhadap teknologi hijau dengan purata min

skor 4.288 kerana kakitangan PMS mempunyai kesedaran dari sikap yang sedia ada pada diri mereka. Walaubagaimanapun, faktor

pengetahuan merupakan faktor yang paling rendah dengan purata min skor sebanyak 3.812. Ini disebabkan terdapat kakitangan PMS yang kurang pengetahuan tentang teknologi hijau secara menyeluruh. Oleh

itu, kefahaman dan penerapan budaya amalan hijau dalam kalangan kakitangan perlu dipertingkatkan bagi melestarikan PMS.

RUJUKAN

Mohammad Zohir, A., Nordin, A.R. (2007). Pendidikan alam sekitar di

sekolah: Komitmen Guru , Pendidikan Lestari. DP Jilid 7(2): 74-81 Anny Lim, K. L. (7 March 2010). Teknologi Hijau: Semua Pihak Perlu

Berperanan, Majalah Sains. Com., Muat turun dari https://www.majalahsains.com/teknologi-hijau-semua-pihak-

perlu-berperanan/ Chua, Y. P. (2013). Mastering Research Statistics. McGraw Hill Education

(Malaysia) Sdn. Bhd.

CIDB News. (2011). Issue 1, Apr 27, 2011 - NO.1 / 2011 . ISSN 1985-1887: www.cidb.gov.my /cidbv4/…/newsletter/CIDBNewslett

Dai, C.Y., Chen, W.F., Yuan, Y.H., & Yen, C.H. (2012). A Study on Modification of Knowledge, Attitude and Practice on Vocational

High School Electronics Courses Integrated with Nanotechnology Concept. Int. J. of Thermal & Environmental Engineering . Volume 4, No. 1 : 73-79.

Fadilah, M. N., Safura, A. S., Khairuddin K. (2014). Tahap kepuasan

pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di KUIS, Proceeding of the 1st International Conference on Management and Muamalah 2014 (1st ICoMM). e-ISBN: 978-967-

0850-01-6. Kolej Universiti Islam Selangor. pp. 337 – 347 Fitzpatrick, M. (2013). Japan's green energy evolution. Fortune. Muat

turun dari http://fortune.com/2013/09/23/japans-green-energy-evolution/

Hasnah, A., Dody, D., Noraziah, A., Maznah, I., Sarifah, Y. (2012).

Masyarakat Dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Ke Arah

Kelestarian Komuniti: Kes Isi Rumah Wanita Di Bandar Baru

Page 23: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

Bangi, Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 5. 64-75. Themed Issue: Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar

(MATRA), ISSN 2180-249

Hanifah M., Shaharudin A., Noraziah A., Mohamad Suhaily Yusry, C. N. (2015). Tahap amalan penggunaan lestari dalam kalangan guru di Puchong, Selangor. Sains Humanika. 5:1 . 19-26. ISSN 2289-6996

Hazura, A. B., Sharifah Norhaidah, S. I. (2007). Pemeliharaan Alam Tabii

Bersumberkan Pengetahuan Islam. Pendidikan Islam. DP. Jilid 7, Bil. 1/2007: 31-45

Iskandar Hasan, T. A. (13 March 2015). Teknologi Hijau Tingkat Kualiti

Hidup Pacu Ekonomi Negara. Berita Harian Online. Muat turun

dari https://www.bharian.com.my/node/40615

KeTTHA 1 (KementerianTenaga, Teknologi Hijau dan Air). (2011). Kepentingan Tenaga Hijau. Muat turun dari http://www.kettha.gov.my/bm/index.asp.

KeTTHA 2 (KementerianTenaga, Teknologi Hijau dan Air). (2011).

Tonggak Dasar Teknologi Hijau Negara. Muat turun dari http://www.kettha.gov.my/content/tonggak-dasar-teknologi-hijau-negara

Kollmuss, A., Agyeman, J. (2002). Mind The Gap: Why Do People Act Environmentally and What Are The Barriers to Pro-Environmental

Behaviour?. Environmental Education Research. Volume 8, No. (3). 239-260.

Nor Kalsum, M. I. (2016). Pengetahuan, Sikap dan Tingkah Laku Pelajar

UPSI Terhadap Prinsip-Prinsip Kampus Lestari. Jurnal Perspektif. Jil.8 Bil.1 (29-41). ISSN 1985-496X /eISSN 2462-2435. Muat turun dari

https://www.researchgate.net/publication/304467907_Pengetahuan_Sikap_dan_Tingkah_Laku_Pelajar_UPSI_Terhadap_Prinsip-Prinsip_Kampus_Lestari

Nurul Hidayah, L. A., Haryati, S., Seow, T. W. (2012). Pendidikan alam

sekitar merentas kurikulum di sekolah rendah: Satu penilaian

awal. Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali Ke 4. Pulau Pinang. 343-347. Muat turun dari

http://eprints.uthm.edu.my/3998/1/PENGETAHUAN_DAN_TINGKAH_LAKU_MURID.pdf

Mohamad Fazli, S., Teoh, Y. Y. (2006). Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya,

Selangor. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 14(2): 95-109. ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press.

Page 24: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

Mohammad Majid, K. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Zuhair, A. A. (2015). Tahap Kesedaran Teknologi Hijau Dalam

Kalangan Guru-Guru Teknologi Kejuruteraan Zon Utara. (Tesis Sarjana). Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

http://eprints.uthm.edu.my/7069/1/MOHD_ZUHAIR_AZUAR_BIN_ARIFIN_24.pdf

Muhammad Qayyum, H. (24 Julai 2010). Antara Masyarakat Hijau Dan

Teknologi Hijau. Muat turun dari

http://mqayyum.wordpress.com/2010/07/24/antara-masyarakathijaudan-teknologi-hijau/

Noraziah Ali, Maznah Ibrahim, Sarifah Yaacob et al (2012). Masyarakat Dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Ke Arah Kelestarian

Komuniti: Kes Isi Rumah Wanita Di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 5 (64 - 75) Themed Issue: Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar (MATRA), ISSN 2180-

249

Portal Rasmi Politeknik Muadzam Shah. (2017). Info Korporat. Muat turun dari http://www.pms.edu.my/infokorporat

Siti Rohani Johar. (2013). Kesedaran Teknologi Hijau Dalam Kalangan Warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (Tesis Sarjana). Muat

turun dari http://eprints.uthm.edu.my/4210/1/SITI_ROHANI_JOHAR.pdf

Siti Nor Syazwani, S., Mohd Safarin, N., Muhammad Sukri, S. (2012). Integrasi Teknologi Hijau Dalam Kurikulum Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV), Faculty of Education, Universiti Teknologi

Malaysia Journal of Technical,Vocational & Engineering Education, 5, 2231-7376.

Sugiyono. (2012). Metode Penelitian Kuantitatif, Kualitatif, dan R&D.

Bandung: Alfabeta Tan, P. S., Norzaini, A. (2011). Hubungan antara Komitmen Terhadap

Alam Sekitar dengan Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar di Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Personalia Pelajar, Bil 14 : 11 –

22 @2011 ISSN 0128-273. Muat turun dari http://journalarticle.ukm.my/4506/1/2-Tan_Pei_San_et_al.pdf

Portal 1Klik. (2018). Kesan Pemanasan Global di Malaysia, Muat turun dari

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isunasional/10042-isu-pemanasan-global.html

Page 25: Tahap Kesedaran Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PMS

Utusan Malaysia. (2015). Pelan teknologi hijau politeknik. Muat turun

dari http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelan-teknologi-hijau-politeknik-1.76225