Upload
others
View
54
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP
KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF
(KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK
FATTIMA ZAHARA BINTI ZABA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER, 2007
iii
DEDIKASI
Buat mak dan abah yang dikasihi, Norillah Ismail dan Zaba Aman,
Abang dan adik-adik Omar Mokhtar, Hamizah Nadzira dan Hamizan Hakim,
Teristimewa, buat tunang tercinta, Khairul Nizam Latif,
Yang sentiasa memberi sokongan padu dan galakan yang tak terhingga,
Kehadiran kalian amat bermakna dalam hidupku…
“Success is the ability to go from failure to failure without losing your
enthusiasm”
Sir Winston Churchill
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan
Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn. Marlina Bt Ali,
selaku penyelia PSM saya di atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan kesabaran yang
dicurahkan ke atas saya sepanjang proses menyiapkan PSM ini. Jasa puan akan saya
kenang sampai bila-bila.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
sokongan dan galakan, pegawai-pegawai yang terlibat, guru-guru sekolah, guru-guru
praktikal dan para pelajar yang memberi banyak bantuan dan kerjasama dalam
tempoh kajian saya ini. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada kalian.
Tidak ketinggalan ibu dan bapa serta tunang tersayang yang sangat banyak
memberi sokongan dan bantuan dari segi moral dan mental. Tanpa mereka, mungkin
sukar untuk saya siapkan laporan kajian ini dalam tempoh yang ditetapkan.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan terhadap komponen
Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam matapelajaran
matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di daerah Kulai,
Johor. Seramai 100 orang pelajar pelbagai aliran yang terdiri daripada 60 orang
pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan terlibat dalam kajian ini. Alat kajian
yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian diagnostik. Statistik deskriptif seperti
min, sisihan piawai dan peratusan serta statistik inferensi seperti ujian-t, ujian
ANOVA sehala dan ujian korelasi Pearson diaplikasikan dalam kajian ini
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0.
Keputusan kajian mendapati tahap penguasaan pelajar terhadap komponen KBKK
dalam matapelajaran matematik adalah lemah. Kajian mendapati tiada perbezaan
yang bererti di antara tahap penguasaan komponen KBKK yang dikaji merentas
jantina dan etnik pada aras bererti .05. Manakala bagi komponen membanding dan
membeza terdapat perbezaan yang bererti di antara pelajar Melayu dan Cina.
Dapatan kajian juga mendapati terdapat pertalian yang sederhana kuat bagi tahap
penguasaan terhadap komponen KBKK dengan pencapaian matematik pelajar dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR).
vi
ABSTRACT
This research was carried out to identify the level of critical and creative
thinking (KBKK) in mathematics among form four students at one of the school in
Kulai, Johor. There were 100 students from various stream consists of 60 male
students and 40 female students involved in this research. Diagnostic test used as the
instrument of the research. Descriptive statistics such as min, standard deviation and
percentage along with inferential statistics such as t-test, one way ANOVA and
Pearson correlation test applied in this study using Statistical Package for Social
Science version 15.0 software. The research found that students’ levels of critical
and creative thinking in mathematics are weak. Furthermore, there were no
significant differences between the levels of KBKK towards gender and ethnic at
alpha level .05. The data shows that for comparing and differencing component,
there were significant difference between Malay and Chinese students. Moreover,
there were relation for levels of KBKK and students’ mathematics achievement in
Penilaian Menengah Rendah (PMR).
vii
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Senarai kandungan vii
Senarai jadual xii
Senarai rajah xiv
BAB PERKARA MUKA SURAT
1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 6
1.1.1 Budaya menghafal di kalangan pelajar 8
1.1.2 Pelajar menganggap matematik sebagai 8
sesuatu yang rigid dan tidak berkembang
1.2 Penyataan Masalah 10
1.3 Objektif Kajian 10
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Kerangka Konsep 11
1.6 Kepentingan Kajian 13
1.6.1 Kepentingan Kepada Pelajar 13
1.6.2 Kepentingan Kepada Guru 14
1.6.3 Kepentingan Kepada Kementerian 14
Pendidikan Malaysia
1.7 Skop Kajian 14
1.8 Takrifan Operasi 15
1.9 Rumusan 20
2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pendahuluan 21
2.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif 21
2.1.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 22
2.1.2 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 25
2.2 Penerapan KBKK Dalam Matematik 27
2.3 Tahap Penguasaan KBKK Pelajar Dalam 28
Matapelajaran Matematik
2.3.1 Pertalian Antara Tahap Penguasaan 29
Komponen KBKK
Dalam Matapelajaran Matematik Merentas
Jantina, Etnik dan Pencapaian
2.4 Rumusan 34
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
3 PENGKAEDAHAN KAJIAN
3.0 Pendahuluan 35
3.1 Reka Bentuk Kajian 35
3.2 Sampel Kajian 36
3.3 Alat Kajian 36
3.4 Tatacara Kajian 38
3.5 Kajian Rintis 39
3.6 Kebolehpercayaan Alat Kajian 39
3.7 Analisis Data 40
3.8 Andaian 44
3.9 Batasan Kajian 44
3.10 Rumusan 45
4 KEPUTUSAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan 46
4.1 Analisis Data 46
4.1.1 Tahap Penguasaan Pelajar Tingkatan Empat 47
Terhadap Komponen KBKK
4.1.2 Tahap Kemahiran Membanding dan Membeza 49
Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina
4.1.3 Tahap Kemahiran Menyusun Mengikut Turutan 50
Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina
4.1.4 Tahap Kemahiran Mencipta Analogi 51
Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
4.1.5 Tahap Kemahiran Menyelesaikan Masalah 52
Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina
4.1.6 Tahap Kemahiran Membanding dan Membeza 53
Pelajar Tingkatan Empat Merentas Etnik
4.1.7 Tahap Kemahiran Menyusun Mengikut Turutan 54
Pelajar Tingkatan Empat Merentas Etnik
4.1.8 Tahap Kemahiran Mencipta Analogi 55
Pelajar Tingkatan Empat Merentas Etnik
4.1.9 Tahap Kemahiran Menyelesaikan Masalah 56
Pelajar Tingkatan Empat Merentas Etnik
4.1.10 Tahap Kemahiran Membanding dan Membeza 57
Pelajar Tingkatan Empat Merentas
Pencapaian Matematik Pelajar
4.1.11 Tahap Kemahiran Menyusun Mengikut Turutan 58
Pelajar Tingkatan Empat Merentas
Pencapaian Matematik Pelajar
4.1.12 Tahap Kemahiran Mencipta Analogi 59
Pelajar Tingkatan Empat Merentas
Pencapaian Matematik Pelajar
4.1.13 Tahap Kemahiran Menyelesaikan Masalah 60
Pelajar Tingkatan Empat Merentas
Pencapaian Matematik Pelajar
4.2 Rumusan 61
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan 62
5.1 Ringkasan 62
5.2 Kesimpulan Kajian 63
5.3 Perbincangan 66
5.3.1 Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap Komponen KBKK 66
5.3.2 Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap 67
Komponen KBKK Merentas Jantina
5.3.3 Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap 68
Komponen KBKK Merentas Etnik
5.3.4 Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap 69
Komponen KBKK Merentas Pencapaian
5.4 Cadangan 71
5.4.1 Cadangan Kepada Guru 71
5.4.2 Cadangan Kepada Pelajar 74
5.4.3 Cadangan Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia 77
5.5 Cadangan Kajian Masa Depan 78
RUJUKAN 81
LAMPIRAN
Lampiran A 84
Lampiran B 87
Lampiran C 89
Lampiran D 99
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Komponen KBKK Mengikut Item 37
3.2 Tahap Pencapaian Mengikut Peratusan 41
3.3 Garis Panduan Guilford 42
3.4 Ujian Statistik Untuk Persoalan Kajian 43
4.1 Tahap Penguasaan Pelajar Tingkatan Empat 47
Terhadap Komponen KBKK
4.2 Tahap Penguasaan Pelajar Tingkatan Empat 48
Terhadap Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
4.3 Ujian-t Kemahiran Membanding dan Membeza 49
Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina
4.4 Ujian-t Kemahiran Menyusun Mengikut Turutan 50
Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina
4.5 Ujian-t Kemahiran Mencipta Analogi 51
Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina
4.6 Ujian-t Kemahiran Menyelesaikan Masalah 52
Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina
4.7 Ujian ANOVA sehala Tahap Kemahiran 53
Membanding dan Membeza Merentas Etnik
xiii
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.8 Ujian ANOVA Sehala Tahap Kemahiran 54
Menyusun Mengikut Turutan Merentas Etnik
4.9 Ujian ANOVA Sehala Tahap Kemahiran 55
Mencipta Analogi Merentas Etnik
4.10 Ujian ANOVA Sehala Tahap Kemahiran 56
Menyelesaikan Masalah Merentas Etnik
4.11 Ujian Signifikan Korelasi Tahap Kemahiran 57
Membanding dan Membeza Merentas
Pencapaian Matematik Pelajar
4.12 Ujian Signifikan Korelasi Tahap Kemahiran 58
Menyusun Mengikut Turutan Merentas
Pencapaian Matematik Pelajar
4.13 Ujian Signifikan Korelasi Tahap Kemahiran 59
Mencipta Analogi Merentas
Pencapaian Matematik Pelajar
4.14 Ujian Signifikan Korelasi Tahap Kemahiran 60
Menyelesaikan Masalah Merentas
Pencapaian Matematik Pelajar
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 Kerangka Konsep Kajian 12
2.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 24
2.2 Dua Komponen Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 26
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang sedang merealisasikan
matlamat menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Sewaktu melancarkan
Wawasan 2020 pada Februari 1991, Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju, sangat penting untuk kita menggunakan
sepenuhnya apa yang berada di antara telinga kita, iaitu minda dan bukannya yang
berada di antara bahu kita, iaitu kekuatan atau yang berada di antara tapak kaki kita
iaitu sumber semulajadi (Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, 2003). Ini
jelas menunjukkan bahawa pemikiran yang maju dan tahap intelektual yang tinggi
memainkan peranan penting bagi membangunkan negara ke arah mencapai negara
maju.
Dalam abad ke-21 ini, proses modenisasi dan perkembangan teknologi
berlaku dengan begitu pesat. Justeru, rakyat Malaysia mesti melengkapkan diri
dengan kemahiran-kemahiran yang boleh menggerakkan Malaysia ke arah matlamat
Wawasan 2020 dan mampu berfikir pada tahap yang tinggi. Ini kerana
pembangunan sesebuah negara amat bergantung kepada minda dan prestasi
2
rakyatnya ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Dalam mencorakkan
masyarakat yang berdaya intelektual tinggi, sistem pendidikan amat memainkan
peranan penting dan bertanggungjawab dalam asas pembentukan dan perkembangan
minda masyarakat. Hasrat ini terkandung dalam Wawasan 2020 iaitu cabaran yang
keenam; membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya
cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan
sahaja dapat menentukan teknologi terkini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap
pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan ( Tun Dr Mahathir,
1991).
Hasrat ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di mana
dalam dunia pendidikan amat ditekankan proses melahirkan insan yang mempunyai
daya intelektual yang tinggi dan berakhlak mulia, seimbang dan bersepadu ( Nik
Azis Nik Pa, 1992). Penekanan juga diberikan untuk melahirkan individu yang dapat
berusaha secara sedar untuk menjayakan pembentukan insan dan warganegara yang
mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan bersepadu seperti yang terkandung dan
dinyatakan dengan jelas dalam FPK :
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003)
Sehubungan dengan itu, para pelajar iaitu generasi muda yang bakal meneraju
negara pada masa akan datang perlulah mempunyai persediaan yang secukupnya
dalam pembinaan intelek dan sahsiah yang tinggi. Mereka perlu memahirkan diri
3
dan boleh menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dengan
sebaik-baiknya kerana KBKK merupakan asas kepada tahap intelektual yang tinggi.
Walaupun KBKK bukan merupakan suatu mata pelajaran yang terdapat
dalam sukatan matapelajaran di sekolah, namun unsur-unsurnya perlu disepadukan
dalam semua matapelajaran agar pelajar dapat meningkatkan daya intelek mereka
seiringan dengan perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS)
(Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, 2003). Pelajar yang menepati FPK
seterusnya akan dapat memenuhi hasrat negara ke arah matlamat Wawasan 2020.
Pelajar umumnya menganggap matematik sebagai sesuatu yang telah tersedia
ada dan terpisah jauh dari aktiviti harian ( Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004).
Sebagai contoh, mereka tidak dapat menghubungkaitkan matematik yang dipelajari
di sekolah dengan kehidupan seharian dan persekitaran mereka. Mereka tidak
menyedari bahawa matematik berada di sekitar mereka. Aplikasi-aplikasi matematik
banyak terdapat di sekeliling seperti aplikasi Teorem Pitagoras. Teorem ini bukan
sahaja berguna untuk membina segitiga seperti yang dipelajari dalam kelas, tetapi
aplikasinya melibatkan pembinaan bangunan, pengiraan panjang seperti mengira
panjang tiang bendera, kedalaman tasik dan sebagainya.
Satu lagi contoh yang mudah ialah peratus. Penggunaannya dalam kehidupan
amat meluas seperti dalam pengiraan potongan harga ketika belian barang-barang.
Ini menunjukkan bahawa pelajar tidak menggunakan daya pemikiran mereka yang
sepatutnya sedangkan tahap intelektual yang tinggi amat diperlukan dalam
merealisasikan Wawasan 2020. Mereka juga tidak seharusnya hanya cemerlang
dalam peperiksaan tetapi tahu menggunakan pengetahuan yang dipelajari dan ia
dapat diterap dengan adanya komponen KBKK dalam pelajaran. Dasar Modal Insan
yang keenam menekankan tentang perkara ini;
4
“Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan sains dan teknologi
yang kukuh dan memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan
pengetahuan.”
( Abdullah Ahmad Badawi, 2005)
Pandangan bahawa matematik adalah sesuatu yang statik (Allen dan
Johnston, 2004) serta menghafal boleh membantutkan pemikiran pelajar dan ini
memberi kesan dalam perkembangan intelektual mereka. Latif Samian (1994)
menyatakan bahawa matematik merupakan suatu aktiviti intelek yang
memberangsangkan. Jadi, jelas sekali bahawa matematik mampu meningkatkan
keupayaan pemikiran individu dan dengan penerapan KBKK, pelajar dapat
menaikkan tahap intelektual mereka.
Selain bertepatan dengan matlamat FPK dan Wawasan 2020, kepentingan
tahap intelektual juga terdapat dalam teras kedua Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK-9);
“Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta
memupuk ‘minda kelas pertama’. Kejayaan masa depan bergantung kepada
mutu modal insan yang dimiliki, bukan sekadar intelek tapi keperibadian.
Penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh. Persekitaran
yang menggalakkan untuk penyelidikan dan pembangunan. Selain itu
memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.”
( Abdullah Ahmad Badawi, 2005)
Oleh itu, para pelajar masa kini yang merupakan generasi masa hadapan
harus sedar kepentingan matematik dan penerapan KBKK dalam matematik.
Sehubungan dengan itu, mereka wajar memberi perhatian terhadap beberapa pekara
yang melibatkan perspektif tentang tujuan mencari dan mempelajari matematik;
5
a) Perspektif matematik tulen
Pendidikan matematik bertujuan meningkatkan kecekapan pelajar dalam
menganalisis struktur matematik dan menemui serta mengembangkan
pengetahuan matematik yang baru. Matematik dipelajari untuk mengembangkan
disiplin matematik.
b) Perspektif matematik gunaan
Pendidikan matematik bertujuan meningkatkan kebolehan pelajar dalam
memahami dan memerihalkan fenomena matematik dalam situasi sebenar dan
dalam menggunakan kemahiran matematik untuk menyelesaikan masalah dalam
bidang sains, kejuruteraan, ekonomi dan lain-lain.
c) Perspektif matematik konsepsi
Pendidikan matematik bertujuan mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam
memahami struktur, saling hubungan, prinsip, ruangan dan konsep matematik.
Tumpuan pembelajaran adalah kepada pemahaman dan bukan kepada pengiraan.
d) Perspektif kemahiran asas.
Pendidikan matematik bertujuan meningkatkan kebolehan pelajar dalam
kemahiran asas terutama sekali dalam kemahiran mengira.
e) Perspektif bersepadu sejagat
Pendidikan matematik bertujuan meningkatkan kebolehan pelajar dalam
menjalankan amanah sebagai hamba dan pewaris Tuhan yang bertugas mengejar
kebaikan dunia dan akhirat.
( Nik Azis Nik Pa, 1992: m/s 6)
Berdasarkan kelima-lima perspektif di atas amat jelas sekali kepentingan
matapelajaran matematik dalam menjana generasi muda ke arah matlamat Wawasan
2020 dan KBKK merupakan komponen yang sangat perlu diterapkan dalam
matapelajaran tersebut.
6
Oleh itu penyelidik berpendapat bahawa satu kajian harus dijalankan
bertujuan untuk mengetahui tahap KBKK di kalangan para pelajar dalam mata
pelajaran matematik.
1.1 Latar Belakang Masalah
Dalam masa lima dekad kebelakangan ini, kurikulum matematik sekolah di
Malaysia telah mengalami beberapa perubahan yang signifikan. Kurikulum ini telah
melalui tiga peringkat, iaitu matematik tradisi, matematik moden dan matematik
seperti dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang ada sekarang.
Sebelum itu, ia dikenali sebagai Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM)
( Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004).
Setiap perubahan yang berlaku adalah menurut perkembangan semasa dan
keperluan masyarakat ketika itu. Pendidikan KBSM yang diperkenalkan dan
dilaksanakan secara berperingkat pada pertengahan tahun 80-an merupakan
kesinambungan pendidikan KBSR. Setiap perubahan kurikulum matematik,
daripada bentuk tradisi kepada bentuk KBSM dilakukan secara terancang
berdasarkan perkembangan semasa yang memerlukan kefahaman matematik yang
lebih canggih dan mencabar (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004). Kurikulum
terdahulu lebih tertumpu kepada kaedah latih tubi dan kemudian ia diperbaharui
dengan penerapan unsur-unsur KBKK.
Menurut Marzita Puteh (2002), pada tahun 1991, purata markah Matematik
bagi pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia adalah di bawah 50%,
manakala pada 1992 hanyalah 52.3%. Terdapat peningkatan pada 1993 iaitu 52.3%
tetapi ia kembali jatuh kepada 51.9% pada 1994. Keputusan ini jelas menunjukkan
bahawa terdapat kepincangan dalam kefahaman pelajar terhadap matapelajaran
7
matematik yang dipelajari di sekolah dan mempengaruhi pencapaian Matematik
mereka. Dengan perkembangan yang agak membimbangkan ini, Kementerian
Pelajaran telah memutuskan untuk menaikkan tahap pencapaian pelajar dalam
Matematik, dan salah satunya ialah penerapan unsur KBKK.
Penerapan unsur KBKK dalam Matematik yang telah diperkenalkan dalam
silibus adalah selari dengan perkembangan teknologi. Lebih-lebih lagi pada era
teknologi maklumat dalam abad ini, kefahaman dan kemahiran matematik tidak
hanya terhad kepada kebolehan menjalankan algoritma seperti operasi asas tambah,
tolak, darab dan bahagi sebagaimana yang terkandung dalam matematik tradisi tetapi
juga peringkat kefahaman yang jauh lebih tinggi. Namun masih terdapat segelintir
perkara yang menghalang perkembangan KBKK di kalangan pelajar di mana perkara
ini mesti dikesan dengan segera untuk mencari jalan penyelesaiannya.
1.1.1 Budaya menghafal di kalangan pelajar
Menurut Wan Zah Wan Ali (1994), budaya menghafal dan hanya menunggu
maklumat dari guru telah sebati dengan diri pelajar kerana mereka beranggapan
budaya ini lebih mudah dari berfikir. Dengan menghafal, pelajar dapat menjawab
soalan peperiksaan tanpa memerlukan high order thinking skill. Dalam matematik
tradisi (KLSM), latih-tubi amat ditekankan. Pendekatan ini selari dengan teori
pembelajaran tingkah laku. Ia sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan
pelajar dari segi mengulangkaji algoritma atau prosedur matematik tetapi ia tidak
dapat menerapkan pemikiran matematik yang lebih luas. Akibatnya pengajaran
matematik memberi pelajar “hasil pemikiran matematik” dan bukannya “proses
pemikiran matematik” ( Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004).
8
Gaya tradisi ini masih lagi sebati dalam pemikiran pelajar sedangkan KBSM
yang menekankan KBKK telah digubal. Untuk maju, pelajar memerlukan pemikiran
yang beraras tinggi yang dapat dipupuk melalui pendidikan KBKK ( Som Hj. Nor
dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, 2003). Budaya menghafal tidak lagi relevan kerana
pelajar perlu berfikir dengan tahap intelektual yang tinggi seiring dengan
perkembangan semasa dalam merealisasikan Wawasan 2020.
1.1.2 Pelajar menganggap matematik sebagai sesuatu yang rigid dan tidak
berkembang
Allen dan Johnston-Wilder (2004) menyatakan bahawa anggapan negatif
yang popular di kalangan pelajar tentang matematik ialah matematik adalah sesuatu
yang rigid iaitu kaku dan tidak berkembang. Matematik dilihat sebagai suatu yang
telah tersedia ada dan tugas guru adalah untuk memindahkan apa yang telah tersedia
ada dalam buku teks dengan kaedah paling berkesan kepada murid-muridnya ( Noor
Azlan Ahmad Zanzali, 2004). Tugas pelajar pula ialah untuk menyerap sebaik
mungkin kandungan matematik yang disampaikan oleh guru (Nik Azis Nik Pa,
1992). Anggapan ini menyebabkan pelajar tidak dapat mengembangkan KBKK
dalam diri mereka seperti yang cuba diterapkan melalui mata pelajaran tersebut.
Selain itu ia juga menyebabkan pelajar berfikir bahawa matematik adalah tidak
penting dan seterusnya membawa kepada pemikiran bahawa matematik adalah
matapelajaran yang susah.
Budaya menghafal dan anggapan negatif yang berterusan terhadap matematik
seperti ini boleh merencat perkembangan KBKK di kalangan pelajar. Perkara ini
akan menular berterusan sehingga pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi. Ini dikhuatiri akan mengganggu proses sistem pendidikan dalam
menghasilkan individu yang selaras dengan FPK dan menepati kehendak negara
dalam merealisasikan wawasan Malaysia ke arah negara maju.
9
1.2 Penyataan Masalah
Berdasarkan huraian permasalahan yang dibincangkan dibahagian latar
belakang masalah, dengan itu penyelidik ingin meninjau sejauh mana tahap
penguasaan pelajar terhadap komponen KBKK dalam matapelajaran matematik.
1.3 Objektif Kajian
Bagi menjawab penyataan masalah di atas, penyelidik telah membentuk
beberapa objektif kajian :
1.3.1 mengenalpasti tahap penguasaan pelajar terhadap komponen KBKK dalam
matematik.
1.3.2 membandingkan tahap penguasaan KBKK di kalangan pelajar merentas
jantina, etnik dan pencapaian dalam matematik.
10
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1.4.1 Apakah tahap penguasaan pelajar terhadap komponen KBKK?
1.4.2 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran
membanding dan membeza merentas jantina?
1.4.3 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran
menyusun mengikut turutan merentas jantina?
1.4.4 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran
mencipta analogi merentas jantina?
1.4.5 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran
menyelesaikan masalah merentas jantina?
1.4.6 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran
membanding dan membeza merentas etnik?
1.4.7 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran
menyusun mengikut turutan merentas etnik?
1.4.8 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran
mencipta analogi merentas etnik?
1.4.9 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran
menyelesaikan masalah merentas etnik?
1.4.10 Adakah terdapat pertalian di antara tahap kemahiran membanding dan
membeza merentas pencapaian Matematik pelajar?
1.4.11 Adakah terdapat pertalian di antara tahap kemahiran menyusun mengikut
turutan merentas pencapaian Matematik pelajar?
1.4.12 Adakah terdapat pertalian di antara tahap kemahiran mencipta analogi
merentas pencapaian Matematik pelajar?
1.4.13 Adakah terdapat pertalian di antara tahap kemahiran menyelesaikan masalah
merentas pencapaian Matematik pelajar?