Upload
lamtu
View
246
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS MENGAJAR MATA PELAJARAN SAINS MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI
BAHASA PENGANTAR
AGNES RAJA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS MENGAJAR MATA PELAJARAN SAINS MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGANTAR
SESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya AGNES RAJA (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: P.O.BOX 873, PN. KHADIJAH BINTI DAUD 91008, TAWAU, NAMA PENYELIA SABAH. Tarikh: 19 APRIL 2006 Tarikh: 19 APRIL 2006
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : ………………………………………………………….
Nama Penyelia : PN. KHADIJAH BINTI DAUD
Tarikh : ...................................
TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS MENGAJAR MATA PELAJARAN SAINS MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI
BAHASA PENGANTAR
AGNES RAJA
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………........
Nama Penulis : AGNES RAJA
Tarikh : 30 APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Untuk ayah dan ibu yang dihormati
yang telah banyak berkorban dan bersusah payah
demi kejayaan anak-anaknya
Untuk kakak yang tersayang
jadikanlah usaha ini
sebagai inspirasimu membentuk masa depan
yang lebih bermakna
Kepada rakan-rakan seperjuanganku,
perhatian, kesabaran dan tunjuk ajar sekalian
akan diingati dan dikenang
sepanjang hayat.
iv
PENGHARGAAN
Projek Sarjana Muda (PSM) ini tidak mungkin dapat dihasilkan dengan
jayanya tanpa sokongan dan dorongan daripada semua pihak yang terlibat. Di sini,
ingin saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
i) Pn. Khadijah Bt. Daud, Penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) saya yang
telah bertungkus-lumus membantu serta memberikan panduan yang
bersesuaian. Tidak lupa juga nasihat serta dorongannya yang cukup bernas
dan membina sepanjang tempoh pelaksanaan projek saya.
ii) Ibu bapa saya yang memberikan bimbingan serta sokongan moral yang kuat
dan meyakinkan sepanjang pengajian dan pelaksanaan PSM saya ini.
iii) Kakak-kakak serta ahli keluarga lain yang telah banyak memberi nasihat dan
dorongan sepanjang masa.
iv) Rakan-rakan seperjuangan saya yang telah banyak memberi pandangan serta
pendapat sepanjang tempoh pelaksanaan projek saya ini.
v) Pihak staf Pusat Sumber dan Perpustakaan Sultan Zanariah yang sudi
meminjam dan membekalkan maklumat yang diperlukan bagi melancarkan
pelaksanaan Projek Sarjana Muda saya ini.
vi) Pelajar-pelajar dari kursus 5 SPK, 5 SPC, 5 SPP, 5 SPF dan 5 SPN yang sudi
menjadi responden saya dan memberi kerjasama bagi membantu menjayakan
kajian ini.
Akhir sekali, ingin saya ucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang telah membantu saya sepanjang tempoh pelaksanaan Projek
Sarjana Muda (PSM) saya ini baik secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Sekian.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap persediaan bakal-bakal guru
Sains yang mengajar mata pelajaran Sains dengan menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertumpu
kepada empat aspek utama iaitu sikap, minat, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan
keyakinan bakal guru Sains dalam mengajar mata pelajaran Sains menggunakan
Bahasa Inggeris. Seramai 140 orang bakal guru Sains iaitu pelajar tahun akhir yang
mengikuti kursus dalam bidang Kimia, Fizik dan Sains dari Fakulti Pendidikan telah
dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal
selidik yang disediakan mengikut skala Likert. Soal selidik ini mengandungi 37
item yang berbentuk soalan objektif. Instrumen yang digunakan menunjukkan
kebolehpercayaan pekali alpha berada pada tahap yang tinggi iaitu 0.9581. Data-
data dalam kajian ini telah dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan Statistical
Package for Social Science (SPSS Versi 10.0.7 for Windows) berdasarkan kaedah
peratusan, kekerapan dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap persediaan bakal-
bakal guru Sains untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris dari aspek sikap adalah
tinggi manakala dari aspek minat, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan keyakinan
bakal-bakal guru Sains adalah berada pada tahap yang sederhana.
vi
ABSTRACT
This study is carried out to determine the readiness of Science teacher
trainees in teaching Science subjects using English as an intermediate language.
This is a descriptive study and emphasizes on four main aspects which are the
attitude, interest, the level of proficiency in English and the level of confidence of
Science teacher trainees in teaching Science subjects using English. 140 Science
teacher trainees candidates which are the final year students of Education Faculty
from the field of Chemistry, Physics and Science have been chosen for this research.
The instrument used in this research is the questionnaire prepared according to
Likert scale. The questionnaire contains 37 items in the form of objective questions.
The reliability of this instrument used showed alpha constant 0.9581 which is a very
high level. The data collected from the research was analyzed using Statistical
Package of Social Science (SPSS Version 10.0.7 for Windows) based on percentage,
frequency and min method. Results yielded from the research shows that the level
of readiness of Science teacher trainees in teaching Science in English on the aspect
of attitude is high, while the aspects of interest together with the level of proficiency
in English and the level of confidence of Science teacher trainees are at a moderate
level.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 10
1.8 Definisi 10
1.8.1 Persediaan 11
1.8.2 Guru 11
1.8.3 Bakal Guru 11
viii
BAB TAJUK MUKA SURAT
1.8.4 Sains 12
1.8.5 Pengajaran 12
1.8.6 Bahasa Inggeris 12
1.8.7 Sikap 13
1.8.8 Minat 13
1.8.9 Tahap Penguasaan 13
1.8.10 Keyakinan 14
1.9 Rumusan 14
2 TINJAUAN PENULISAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Sikap 16
2.2.1 Komponen-Komponen Sikap 18
2.2.1.1 Kognitif 18
2.2.1.2 Afektif 18
2.2.1.3 Perlakuan 19
2.2.2 Kepentingan Sikap 19
2.3 Minat 22
2.4 Penguasaan Bahasa Inggeris 24
2.5 Keyakinan Bakal Guru 25
2.6 Kajian Lepas 27
2.7 Rumusan 31
3 METODOLOGI KAJIAN 32
3.1 Pengenalan 32
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Pembolehubah 34
3.4 Populasi Dan Sampel 35
3.5 Prosedur Kajian 36
3.6 Instrumen Kajian 37
ix
BAB TAJUK MUKA SURAT
3.7 Kajian Rintis/Kesahan/Kebolehpercayaan 39
3.8 Analisis Data 39
3.9 Rumusan 40
4 DAPATAN KAJIAN 42
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Data Bagi Latar Belakang Responden 43
4.2.1 Kursus 44
4.2.2 Jantina 44
4.2.3 Bangsa 45
4.2.4 Gred Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Dalam Peperiksaan SPM
45
4.2.5 Gred Peperiksaan Bahasa Inggeris Muet 46
4.2.6 Gred Untuk Peperiksaan Bahasa Inggeris Bagi Mata Pelajaran UHB 1212- Proficiency Skills In English
47
4.2.7 Gred Untuk Peperiksaan Bahasa Inggeris Bagi Mata Pelajaran UHB 1322- English For Academic Communication
48
4.2.8 Gred Untuk Peperiksaan Bahasa Inggeris Bagi Mata Pelajaran UHB 2332- English For Profesional Communication
50
4.3 Analisis Data Menurut Persoalan Kajian 51
4.3.1 Persoalan Kajian 1 53
4.3.1.1 Taburan Tahap Persediaan Bakal Guru Sains Berdasarkan Aspek Sikap
57
4.3.2 Persoalan Kajian 2 58
4.3.2.1 Taburan Tahap Persediaan Bakal Guru Sains Berdasarkan Aspek Minat
62
4.3.3 Persoalan Kajian 3 63
4.3.3.1 Taburan Tahap Persediaan Bakal Guru Sains Berdasarkan Aspek Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris
68
4.3.4 Persoalan Kajian 4 68
4.3.4.1 Taburan Tahap persediaan Bakal Guru Sains Berdasarkan Aspek Keyakinan
71
4.4 Rumusan 72
x
BAB TAJUK MUKA SURAT
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 73
5.1 Pengenalan 73
5.2 Ringkasan Kajian 74
5.3 Perbincangan Hasil Kajian Berdasarkan Persoalan
Kajian
75
5.3.1 Persoalan Kajian 1: Perbincangan Tahap Persediaan Di Kalangan Bakal Guru Sains Berdasarkan Aspek Sikap
75
5.3.2 Persoalan Kajian 2: Perbincangan Tahap Persediaan Di Kalangan Bakal Guru Sains Berdasarkan Aspek Minat
77
5.3.3 Persoalan Kajian 3: Perbincangan Tahap Persediaan Di Kalangan Bakal Guru Sains
Berdasarkan Aspek Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris
79
5.3.4 Persoalan Kajian 4: Perbincangan Tahap Persediaan Di Kalangan Bakal Guru Sains
Berdasarkan Aspek Keyakinan
81
5.4 Rumusan 83
5.5 Cadangan Kajian 84
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 85
5.7 Kesimpulan 86
RUJUKAN 88
Lampiran A 94
Lampiran B 95 - 101
Lampiran C 102
Lampiran D 103
xi
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Kekerapan sampel daripada lima kursus 35 3.2 Pembahagian dan bilangan item bagi setiap aspek 38 kajian
3.3 Pembahagian dan bilangan item bagi setiap aspek 38 kajian
3.4 Julat skor min 40 4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden 44 mengikut kursus 4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden 44 mengikut jantina 4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden 45 mengikut bangsa 4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden 45 mengikut gred mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM 4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden 46 mengikut gred peperiksaan Bahasa Inggeris Muet 4.6 Taburan kekerapan dan peratusan responden 47 mengikut gred untuk peperiksaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran UHB 1212- Proficiency Skills In English 4.7 Taburan kekerapan dan peratusan responden 48 mengikut gred untuk peperiksaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran UHB 1322- English For Academic Communication
xii
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.8 Taburan kekerapan dan peratusan responden 50 mengikut gred untuk peperiksaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran UHB 2332- English For Profesional Communication 4.9 Skala Likert- Lima Skor 52 4.10 Julat skor min 52 4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi 54 persediaan bakal guru Sains dari aspek sikap 4.12 Tahap persediaan bakal guru Sains berdasarkan 57 aspek sikap 4.13 Taburan peratusan dan min bagi persediaan bakal 59
guru Sains dari aspek minat 4.14 Tahap persediaan bakal guru Sains berdasarkan 62 aspek minat 4.15 Taburan peratusan dan min bagi persediaan bakal 64
guru Sains dari aspek tahap penguasaan Bahasa Inggeris bakal guru 4.16 Tahap persediaan bakal guru Sains berdasarkan 68 aspek tahap penguasaan Bahasa Inggeris 4.17 Taburan peratusan dan min bagi persediaan bakal 69 guru Sains dari aspek keyakinan bakal dalam mengajar mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris 4.18 Tahap persediaan bakal guru Sains berdasarkan 71 aspek keyakinan
xiii
SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Komponen-komponen sikap 18
3.1 Kerangka konsep kajian 34
xiv
SENARAI SINGKATAN
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah UTM - Universiti Teknologi Malaysia SPSS - Statistical Packages for the Social Sciences (Sejenis perisian berkomputer untuk menganalisis data) SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia) SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik) SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Kimia) SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Fizik) SPN - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Sains) PPLD Program Pensiswazahan Lepasan Diploma
xv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat pengesahan status pelajar 94
B Borang soal selidik 95
C Kebolehpercayaan kajian rintis 102
D Jadual penentuan saiz sampel berdasarkan 103
Populasi Krejcie dan Morgan
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Malaysia kini merupakan sebuah negara yang sedang menuju ke era
perindustrian dan teknologi tinggi. Perubahan ekonomi negara yang
mengutamakan kemahiran intelektual akan memerlukan tenaga manusia yang
tinggi serta peningkatan ilmu secara berterusan.
Perubahan sistem ekonomi merupakan satu fenomena akibat daripada arus
perdana yang dibawa oleh globalisasi. Sistem ekonomi baru ini memerlukan sokongan
padu daripada sektor pendidikan yang merupakan elemen utama bagi menjayakan
agenda negara (Pembangunan Pendidikan 2001-2010). Pencapaian dalam sistem
pendidikan akan menentukan hala tuju sebenar negara ke peringkat yang lebih maju.
Justeru, sistem pendidikan yang mementingkan sains dan teknologi memainkan
peranan penting dalam kemajuan sesebuah negara. Kepentingan sistem pendidikan
seperti ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, memupuk
sikap pelajar selaras dengan keperluan perubahan ekonomi ini, melahirkan
warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT (Information Communications
Technology), berkemahiran dan berakhlak mulia.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Berita Mingguan, Ahad
7 September 2003) menekankan bahawa untuk merealisasikan Wawasan 2020, salah
satu syarat ialah rakyat perlu mahir dalam Bahasa Inggeris untuk membangunkan
negara Malaysia kepada sebuah negara industri yang maju. Menurut beliau juga
2
rakyat Malaysia perlu fasih dalam Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris
merupakan bahasa kedua negara dan juga bahasa ilmu. Selain itu, beliau
mengatakan bahawa keperluan menguasai Bahasa Inggeris semakin mendesak dalam
era globalisasi sehingga negara-negara seperti Perancis, China dan Jepun serta
negara-negara lain yang sebelum ini amat berbangga dengan bahasa masing-masing
pun mengambil langkah untuk mempelajari bahasa ini.
Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang paling luas digunakan dan
menjadi bahasa ilmu dan teknologi dunia. Menurut Prof.Madya Dr. Tajul Ariffin
Noordin (Utusan Melayu, Isnin 7 Oktober 2002), Bahasa Inggeris telah menjadi
semakin penting pada masa kini dalam era globalisasi dan pengantarabangsaan serta
mula mengubah struktur kerjaya, mempengaruhi pendidikan, latihan kemahiran dan
mencabar reka bentuk kurikulum dalam budaya majmuk serta pendidikan
kosmopolitan. Selain itu, Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa pengantar dalam
pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi yang berada di dunia
barat. Kebanyakan buku-buku ilmiah, jurnal, rancangan televisyen, laman web dan
sumber rujukan lain yang berkaitan dengan sains dan teknologi adalah dalam Bahasa
Inggeris. Oleh itu, penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting untuk memperoleh
dan menguasai ilmu pengetahuan yang baru. Pembelajaran Bahasa Inggeris adalah
penting bagi tujuan peningkatan kualiti di samping membina keyakinan diri dalam
menghadapi persaingan globalisasi.
Di samping itu, Tun Dr Mahathir Mohamad (Mingguan Malaysia, Ahad 7
September 2003) mengatakan bahawa pengetahuan mengenai Sains dan Matematik
adalah penting bagi sesebuah komuniti yang mahu maju. Ini kerana bidang Sains
dan Matematik merupakan bidang yang begitu dinamik di mana perubahan dan
penemuan baru sentiasa ditemui. Bidang ini juga merupakan asas penting kepada
kemajuan dan pembangunan negara. Justeru itu, kita memerlukan sumber manusia
yang berfungsi sebagai saintis dan teknologis yang boleh memajukan usaha
penyelidikan dan pembangunan demi menjadikan negara kita negara perindustrian
yang lebih maju. Sesebuah masyarakat berilmu pengetahuan yang mampu
bersaing dengan negara lain dapat dilahirkan sekiranya kita berjaya menyediakan
pendidikan Sains dan Matematik dengan sempurna pada peringkat awal lagi. Jika
3
pendedahan awal diberi kepada pelajar terhadap pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris, para pelajar dapat menguatkan asas dalam
memperoleh maklumat dan ilmu serta meningkatkan penguasaan mereka terhadap
Bahasa Inggeris.
Menyedari hakikat ini, Kementerian Pendidikan telah memutuskan untuk
melaksanakan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris pada tahun 2003 untuk Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 di semua
sekolah kebangsaan dan akan dilaksanakan sepenuhnya di semua peringkat sekolah
menjelang tahun 2008. Tujuan pihak kerajaan membuat keputusan sedemikian
adalah untuk meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang Sains dan Matematik dan
juga Bahasa Inggeris di kalangan pelajar kerana kerajaan menyedari bahawa
penguasaan ilmu dalam bidang-bidang ini serta Bahasa Inggeris bertambah penting
dalam era globalisasi dan teknologi maklumat (Utusan Melayu, Khamis 4 Julai
2002).
Salah satu tujuan perlaksanaan dasar ini adalah kerana pihak kerajaan
mendapati bahawa pencapaian keputusan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di
kalangan pelajar masih kurang memuaskan. Laporan menunjukkan bahawa
peratusan pelajar yang lulus bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah terendah
berbanding dengan mata pelajaran lain. Analisis keputusan peperiksaan SPM Bahasa
Inggeris dari tahun 1995 sehingga tahun 1999 menunjukkan satu trend turun naik di
antara 62 hingga 66 peratus calon sekolah yang lulus dalam mata pelajaran tersebut
(Pembangunan Pendidikan 2001-2010). Ini menunjukkan bahawa pencapaian
pelajar masih kurang memuaskan walaupun pelbagai program intervensi dan
program sokongan telah dijalankan untuk para pelajar dan guru.
Untuk menjayakan dasar ini, guru-guru dan bakal-bakal guru merupakan
penggerak utama bagi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.
Namun bagi memastikan hasrat tersebut tercapai, guru-guru dan bakal-bakal guru
perlulah bersedia dan melengkapkan diri dengan menguasai Bahasa Inggeris agar
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada zaman penjajahan Inggeris (1786-1941), terdapat empat aliran
persekolahan di Tanah Melayu iaitu sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular
Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah Inggeris. Tujuan keempat-empat aliran
sekolah ini adalah untuk mengembangkan pengetahuan kepada rakyat dengan
menggunakan bahasa ibunda mereka masing-masing sebagai bahasa pengantarnya
(Abu Zahari, 1980). Pendidikan pada peringkat rendah pada zaman tersebut hanya
boleh diperoleh dalam salah satu daripada empat bahasa iaitu Melayu, Tamil, Cina
dan Inggeris manakala pendidikan pada peringkat tinggi pula hanya boleh diperoleh
dalam Bahasa Cina dan Inggeris. Ini juga bermakna pengajaran dalam bahasa
Inggeris sudah bermula sejak kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu.
Sebelum mencapai kemerdekaan, bahasa rasmi Malaysia ialah Bahasa
Inggeris. Bahasa ini telah menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah dan sekolah
menengah Inggeris pada zaman penjajahan Inggeris. Keadaan seumpama ini berlaku
kerana dipengaruhi oleh politik dan ekonomi. Selepas tercapainya kemerdekaan
pada tahun 1957, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa rasmi di negara kita.
Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat
persekolahan manakala Bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa kedua dalam sistem
pendidikan Malaysia pada tahun 1982 (Abu Zahari, 1980). Tujuan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua Malaysia ialah bahasa ini merupakan bahasa antarabangsa
yang penting dalam memajukan dan membangunkan negara.
Pada tahun 2002, kerajaan Malaysia telah memutuskan bahawa subjek Sains
dan Matematik perlu diajar menggunakan Bahasa Inggeris untuk mengatasi masalah
kemerosotan penguasaan bahasa tersebut di kalangan pelajar. Mata pelajaran Sains
dan Matematik telah mula diajar menggunakan Bahasa Inggeris pada tahun 2003.
Pengajaran ini telah dimulakan dengan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6
Rendah. Pada tahun 2005, dasar pengajaran Sains dan Matematik menggunakan
Bahasa Inggeris diperluaskan hingga ke Tahun 3, Tingkatan 3 dan Tingkatan 6.
Penggunaan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2007 di
sekolah menengah dan 2008 di sekolah rendah. Perubahan penggunaan bahasa
5
pengantar ini juga berlaku di institusi pengajian tinggi. Perlaksanaan dasar ini
melibatkan tiga mata pelajaran iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeis secara
berperingkat mengikut tahun (Utusan Melayu, Khamis 4 Julai 2002).
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Utusan Melayu, Jumaat
23 Mei 2003) mengatakan bahawa cadangan ini dibuat kerana kerajaan menyedari
kepentingan penguasaan ilmu dalam Bahasa Inggeris di kalangan rakyat tempatan,
khususnya kaum Bumiputera kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa
yang digunakan secara meluas. Selain itu, bidang Sains dan Matematik ini
merupakan salah satu asas yang penting kepada kemajuan dan pembangunan negara.
Justeru, kerajaan perlu menggerakkan semua pihak untuk memupuk minat dan
budaya ilmu agar semua pihak memperoleh pendedahan dan peluang yang sama bagi
memajukan diri dalam mata pelajaran berkenaan dengan menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Selaras dengan perlaksanaan dasar ini, pelbagai langkah persediaan telah
dilaksanakan sejak tahun 2002 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Persediaan
yang telah dilaksanakan termasuk pembekalan infrasturuktur teknologi komunikasi
maklumat (ICT), pembekalan bahan-bahan pengajaran dan pembekalan bahan
pembelajaran akses kendiri (PAK) dan sebagainya. Di samping itu, mata pelajaran
Sains dan Matematik telah diajar dalam Bahasa Inggeris di semua maktab perguruan
di seluruh negara dengan tujuan untuk memastikan bakal-bakal guru dapat mengajar
mata pelajaran tersebut dalam Bahasa Inggeris selepas mereka menamatkan
pengajian.
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan, Abu bakar
Bachik mengatakan bahawa bakal-bakal guru harus mampu menguasai Bahasa
Inggeris dengan cekap bagi membolehkan mereka menyampaikan ilmu secara
berkesan apabila bertugas di sekolah. Beliau berkata, bakal-bakal guru yang ada
sekarang sudah mula menjalani kursus Bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka
mengajar mata pelajaran berkenaan dalam Bahasa Inggeris sebelum dihantar
menjalani latihan pratikal (Utusan Melayu, Rabu 24 Julai 2002).
6
Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik di kalangan guru dan bakal guru
adalah faktor yang paling kritikal dalam menentukan kejayaan perlaksaan dasar ini.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik hanya dapat
dihasilkan jika guru-guru dan bakal-bakal guru dapat menguasai bahasa dengan baik.
Oleh demikian, semua guru dan bakal guru wajar mempamerkan inisiatif masing-
masing dalam meningkatkan profisiensi mereka dalam menyampaikan pengajaran
mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mereka perlulah
bersedia dan melengkapkan diri dengan menguasai Bahasa Inggeris agar pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.
Terdapat satu kajian lepas yang dijalankan oleh Sabariah (2004)
menunjukkan bahawa tahap persediaan bakal-bakal guru lepasan Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) untuk mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik
berada pada tahap sederhana. Masalah ini menunjukkan bahawa masih ramai bakal
guru yang belum bersedia untuk mengajar mata pelajaran tersebut dalam Bahasa
Inggeris pada tahun 2004. Persoalannya kini, adakah bakal-bakal guru Sains yang
sememangnya belum berpengalaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sudah bersedia untuk mengajar mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris apabila
menamatkan pengajiian mereka? Apakah sikap mereka terhadap perlaksanaan dasar
ini? Adakah mereka berminat dalam mengajar mata pelajaran Sains dalam Bahasa
Inggeris? Bagaimana pula dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka?
Adakah mereka berkeyakinan dalam mengajar mata pelajaran Sains dalam Bahasa
Inggeris?
Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap persediaan
bakal guru Sains mengajar mata pelajaran Sains menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Pengajaran Sains dan Matematik dengan menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar telah bermula sejak sesi persekolahan 2003. Bagi
memastikan proses pengajaran disampaikan dengan berkesan, penyampaian ilmu
Sains oleh bakal-bakal guru perlulah berkesan supaya ia boleh dimanfaatkan kepada
pelajar pada masa hadapan. Persediaan bakal-bakal guru mempunyai pengaruh yang
sangat besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abdul Rashid
(1999), bakal guru yang bersedia untuk belajar sesuatu mempunyai keyakinan yang
tinggi untuk menguasai sesuatu pelajaran tersebut berbanding dangan mereka yang
tidak bersedia. Oleh itu kita memerlukan bakal-bakal guru yang berkualiti bagi
melahirkan pelajar yang berkebolehan.
Oleh demikain, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meninjau tahap
persediaan bakal-bakal guru Sains yang akan menamatkan pengajian di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) untuk mengajar mata pelajaran Sains menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Tahap persediaan bakal-bakal guru
dalam kajian ini ditinjau dari segi sikap, minat, tahap penguasaan Bahasa Inggeris
dan keyakinan mereka terhadap pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris. Keempat-
empat aspek ini diambil kira sebagai aspek-aspek utama yang mempengaruhi tahap
persediaan bakal-bakal guru untuk melaksanakan pengajaran mata pelajaran Sains
dalam Bahasa Inggeris.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan meninjau tahap persediaan bakal guru Sains yang akan
menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai untuk
mengajar mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini mempunyai empat
objektif yang hendak dicapai seperti berikut:-
8
1. Mengenalpasti tahap persediaan bakal-bakal guru Sains dari aspek
sikap dalam pengajaran mata pelajaran Sains menggunakan Bahasa
Inggeris.
2. Mengenalpasti tahap persediaan bakal guru-bakal Sains dari aspek
minat dalam pengajaran mata pelajaran Sains menggunakan Bahasa
Inggeris.
3. Mengenalpasti tahap persediaan bakal-bakal guru Sains dari aspek
tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran
Sains menggunakan Bahasa Inggeris.
4. Mengenalpasti tahap persediaan bakal-bakal guru Sains dari aspek
keyakinan dalam pengajaran mata pelajaran Sains menggunakan
Bahasa Inggeris.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan supaya penyelidik dapat menghuraikan beberapa
persoalan yang timbul seperti:-
1. Apakah tahap persediaan bakal-bakal guru Sains dari aspek sikap
dalam pengajaran mata pelajaran Sains menggunakan Bahasa
Inggeris?
2. Apakah tahap persediaan bakal-bakal guru Sains dari aspek minat
dalam pengajaran mata pelajaran Sains menggunakan Bahasa
Inggeris?
9
3. Apakah tahap persediaan bakal-bakal guru Sains dari aspek tahap
penguasaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains
menggunakan Bahasa Inggeris?
4. Apakah tahap persediaan bakal-bakal guru Sains dari aspek keyakinan
dalam pengajaran mata pelajaran Sains menggunakan Bahasa
Inggeris?