24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____________________________

Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

  • Upload
    others

  • View
    22

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM4

Modul 7B

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan
Page 3: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

Kertas 2 1. Rumusan

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 1Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 4: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

Latihan:

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca rungutan orang ramai terhadap layanan di hospital kerajaan dan tindakan untuk menanganinya . Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Krisis kekurangan makanan yang melanda dunia hari ini mencetuskan suatu fenomena baru apabila harga makanan utama melambung begitu tinggi. Peratus kenaikan harga makanan dalam pasaran dari Januari 2002 hingga Julai 2008 belum menunjukkan tanda akan reda. Sekiranya kenaikan tersebut tidak dapat dibendung, sudah tentu 40 peratus penduduk dunia yang hidup di bawah paras kemiskinan akan menanggung beban yang berganda untuk membeli makanan asas.

Kenaikan harga makanan banyak dipengaruhi oleh faktor spekulasi dalam pembelian minyak mentah. Hal ini demikian kerana industri pertanian terikat oleh harga baja dan racun serangga yang berasaskan sumber petroleum. Tambahan pula, pengangkutan daripada pengeluar kepada pembeli turut mempengaruhi lonjakan harga makanan. Kenaikan harga ini tidak berhenti setakat itu sahaja kerana spekulator yang bergerak dalam pasaran makanan menginginkan keuntungan dalam proses jual beli. Oleh sebab itu, mereka mewujudkan spekulasi dalam pembelian bahan makanan. Jerat yang dipasang itu mengena apabila berlaku pembelian panik oleh pembekal makanan di seluruh dunia.

Kecenderungan masyarakat antarabangsa terhadap penggunaan biobahan api turut mempengaruhi harga makanan. Hal ini demikian kerana tanaman yang dijadikan makanan kini bertukar fungsi kepada bahan untuk menghasilkan tenaga. Tanah pertanian yang sebelum' ini digunakan untuk menanam tanaman untuk makanan kini ditanami tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan biobahan api. Kajian oleh Bank Dunia menunjukkan bahawa penanaman untuk menghasilkan biobahan api mendasari 75 peratus kenaikan harga makanan. Sehubungan dengan hal itu, kemiskinan yang sudah sekian lama melingkari kehidupan manusia kian bertambah dengan kenaikan harga bahan makanan. Dari sudut yang lain pula, negara dunia ketiga membuka pasaran tempatan kepada bahan makanan yang dieksport oleh negara maju dan ditekan supaya menghapuskan cukai import terhadap bahan makanan.

Kemelut yang berhubung dengan kenaikan harga makanan ini semakin meruncing apabila para petani di negara dunia ketiga terpaksa meninggalkan bidang penanaman makanan akibat daripada pergantungan terhadap sumber makanan dari negara maju. Dengan itu, lingkaran kebuluran yang menimpa mereka tiada kelihatan cahaya di hujung terowong.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Krisis Harga Makanan, Kemiskinan, dan Bioteknologi" oleh Mohd. Salleh Mohd. Shah, Dewan Ekonomi, Julai 2009.)

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 2Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 5: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

2a. Pemahaman Petikan Umum [9 markah]

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan yang berikut dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata tiada kelihatan cahaya di hujung terowong .

[2 markah]

(ii) Nyatakan bukti yang menunjukkan bahawa penggunaan biobahan api menjejaskan

pengeluaran bahan makanan. [3 markah]

(iii) Pada pandangan anda, mengapakah sebahagian daripada masyarakat kita masih

boros berbelanja semasa harga makanan kian meningkat ? [4 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 3Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 6: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

2b. Pemahaman Syair [9 markah] Syair “Siti Sianah” Setengah perempuan terlalu janggalnya, Roma di muka pula dicukurnya, Seperti taji berandam di keningnya, Kemudian memakai dengan selengkapnya. Mengagak mengilai terlalu suka, Melihat laki-laki ditampakkan muka, Supaya laki-laki boleh menyangka, Ianya elok tiada berhingga. Setengah perempuan sangat pesolek, Berhias berdandan berpakai molek, Di dalam cermin mukaditelek, Kanan dan kiri dibelek-belek. Meskipun tiada berapa eloknya, Ada yang setengah kembang hidungnya. Serta pula kepik batangnya, Seperti buaya besar mulutnya. Setengah perempuan perangainya cela, Habis dipenuhi rambut kepala, Rambut yang sikit disiputnya pula, Memakai cemara berjela-jela. Terkadang muka dibubuh pupuri, Kaki dan tangan, lengan dan jari, Jadilah rupanya putih berseri, Pekerjaan tipu sangat digemari. Setengah perempuan yang makan angkat, Memakai gelang bertingkat-tingkat, Memandang laki-laki matanya lekat, Dengan jantan suka berdekat. Kaki dan tangan dinaikkan pula, Pura-pura dikatakan ubat segala, Hakikatnya diketahui Allah Taala, Supaya lelaki berhati gila. Berlindunglah kita kepada Allah, Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 4Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 7: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

Daripada perbuatan yang amat salah, Mudah-mudahan dilepaskanlah, Jangan menjadi betina sempolah. Sesetengahnya suka bermain judi, Inilah perangai banyak terjadi, Habislah tergadai intan serudi, Kerana perangai sudah membadi. Laki-laki perempuan bertindih lutut, Banyaklah kelakuan yang tidak patut, Sembahyang ibadat sudahlah bantut, Kerana syaitan duduk di buntut. Maksud Rangkap 1 Sesetengah perempuan mencukur buku roma agar kelihatan lebih cantik. Rangkap 2 Ada perempuan yang ketawa dengan kuat tanpa perasaan malu dan ingin menonjolkan diri di depan lelaki Rangkap 3 Ada pula perempuan yang mengambil masa yang lama untuk bersolek. Rangkap 4 Gambaran perempuan yang hodoh rupanya. Rangkap 5 Ada perempuan yang terlalu mengambil berat perihal rambutnya. Rangkap 6 Ada perempuan yang bersolek seluruh tubuh sehingga keliatan putih berseri. Rangkap 7 Sesetengah perempuan suka disanjung, memakai gelang dengan banyaknya dan gemar memikat lelaki. Rangkap 8 Pelbagai aksi dilakukan oleh perempuan untuk memikat lelaki. Rangkap 9 Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 5Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 8: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

Sesungguhnya, berlindunglah kepada Allah supaya tidak menjadi perempuan yang layak digelar sampah masyarakat. Rangkap 10 Sesetengah perempuan suka berjudi hingga habis harta tergadai. Rangkap 11 Sesetengah perempuan suka duduk rapat hingga tertindih lutut hingga kerana termakan hasutan syaitan. Tema

Nasihat yang ditujl~kank has untuk kaum wanita.

Isi dan Persoalan

(a) Cara-cara perempuan memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.

(b) Bersolek secara berlebih-lebihan.

(c) Hubungan antara perempuan dengan lelaki yang melampaui batasan.

(d) Tabiat suka berjudi membawa kemudaratan.

Bentuk dan Giri-ciri Syair

(a) Terdiri daripada sebelas rangkap.

(b) Berisi empat basis serangkap.

(c) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebal-is.

(d) Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas satu suku kata sebaris.

(e) Rima akhirnya aaaa.

(f) Bentuknya tidak bebas.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a) Simile. Contoh: Seperti buaya besar mulutnya.

(b) Kata klasik. Contoh: cemara, pupuri, serudi.

(c) Kata ganda. Contoh: laki-laki, dibelek-belek.

(d) Asonansi. (pengulangan vokal u - Roma di muka pula dicukurnya) . Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 6Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 9: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

(e) Aliterasi. (pengulangan konsonan g – mengagak mengilai terlalu suka) .

Nilai

Tiada nilai.

Pengajaran

(a) Kita hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku.

(b) Perhubungan antara lelaki dengan perempuan hendaklah ada sempadan dan

batasannya.

(c) Janganlah berjudi kerana akan membawa kerugian.

(d) Janganlah kita melakukan perbuatan maksiat.

Latihan:

(i) Apakah maksud memakai cemara berjela-jela dalam syair ini ? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh seorang perempuan yang baik ? .

[4 markah]

(iii) Nyatakan tiga latar masyarakat yang tergambar dalam syair tersebut. [3 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 7Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 10: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

2c. Pemahaman Sajak [9 markah]

Sajak “Di Perpustakaan” Melangkah ke ruangmu Satu pertukaran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu hening di sini Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala runduk meneliti Mata dan fikir bersebati Maju ke ruang buku Terlalu kerdil aku di sini Terapung di laut ilmu Tercurah berzaman Dalam tak terselam Betapapun kulayari Bahtera ilmu di sini Tak terteroka Yang akan kucatat Hanya setitik dari tinta Yang akan kupetik Hanya sebiji dari mutiara Engkau adalah pusaka moyang Gedung peradaban insan Terhimpun berzaman Bersemadi di sini Aku adalah pelayar yang dahaga Di dada samudera Tak berpantai Betapapun kuteguk darinya Dahaga takpernah langsai Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 8Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 11: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

Maksud Rangkap 1 Tubuh terasa sejuk sekali ketika masuk ke ruang perpustakaan. Perpustakaan ialah tempat yang kaya dengan ilmu. Keadaan di dalam perpustakaan agak sunyi kerana pengunjungnya tekun membaca. Rangkap 2 Ilmu yang dapat diperoleh dalam perpustakaan terlalu banyak. Namun, ilmu yang dapat dikuasai seseorang sedikit sahaja. Rangkap 3 Pembaca yang ingin mendapatkan ilmu tidak akan berasa jemu untuk terus membaca. Tema Perjuangan menuntut ilmu itu tiada batas sempadannya. Persoalan (a) Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang wajar dimanfaatkan oleh semua masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahuan. (b) Ilmu yang diperoleh hasil daripada pembacaan adalah sedikit sahaja berbanding dengan keseluruhan ilmu di dunia. (c) Ilmu itu luas tidak terhitung, selagi hidup selagi itulah kita digalakkan menuntut ilmu. Bentuk dan Ciri-ciri Sajak (a) Terdiri daripada tiga rangkap. (b) Bilangan barisnya tidak sama; rangkap pertama (sepuluh baris), rangkap kedua (lima belas baris), rangkap ketiga (enam baris). (c) Rima akhirnya bebas dan tidak sama; abccdddddd, abacdbbefegehcc, abbaba. Gaya Bahasa dan Keindahan & Bunyi (a) Personifikasi. Contoh: kedinginan yang menerpa. (b) Metafora. Contoh: puncak sepi, dada samudera. (c) Bahasa perbandingan bersifat lambang. Contoh: setitik dari tinta, sebiji dari mutiara. (d) Asonansi. (pengulangan vokal u - Maju ke ruang buka). (e) Aliterasi. (pengulangan konsonan t – Tak terteroka) . Nada Sajak ini bernada didaktik. Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 9Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 12: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

Nilai (a) Gigih berusaha untuk mendapatkan ilmu (b) Rajin (c) Bijaksana (d) Bercita-cita tinggi Pengajaran (a) Untuk maju, seseorang itu hendaklah rajin mencari ilmu. (b) Kita hendaklah sentiasa mengunjungi perpustakaan yang merupakan gedung ilmu. (c) Kita hendaklah gigih meneroka ilmu. Latihan: (i) Apakah maksud Dahaga tak pernah langsai berdasarkan sajak di atas??

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat??

[4 markah] (iii) Nyatakan tema dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak ini.

[3 markah] Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 10Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 13: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

2d. Pemahaman Cerpen [8 markah]

Cerpen “Pemain Catur”

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan enam beradik yang berbangga dengan keturunan mereka dalam permainan catur. Mereka ialah Uj, Ul, Us, Uk, Ur, dan Um. Ibu mereka sedang sakit dan dirawat oleh doktor di rumah. Mereka berketurunan al-Hakam, iaitu rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya as-Suli, iaitu salah seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani dunia beberapa ratus tahun dahulu. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga ini, manakala Um pula ialah anak bongsu.

Bagi Uj, Um merupakan adik yang paling mudah dibentuk berbanding dengan adik-adiknya yang lain. Uj berharap Um dapat menggantikannya sebagai tonggak keluarga. Um semakin tertarik dengan permainan catur setelah terkesan dengan kempen mesra catur yang dilakukan oleh Uj.

Um mahu berjuang bersama-sama bagi menjulang nama al-Hakam yang pernah

menjadi juara catur dunia pada abad ke-17. Pada suatu hari, Uj ingin menguji pengetahuan Um dalam permainan dan sambil terus memberi rangsangan kepada Um. Ketika sedang menguji Um, Uk berbisik suatu khabar buruk Um kepada Uj. Uj memaksa Um mengadakan perlawanan secara terbuka untuk memperlihatkan bahawa Um terlalu mentah dalam permainan catur.

Um terpaksa menerima cabaran Uj. Semua ahli keluarga menjadi kelam-kabut kerana tidak menyangka peristiwa itu akan berlaku. Uj yakin dapat mengalahkan Um. Ada ahli keluarga yang berpendapat bahawa pertandingan itu sekadar mahu memalukan Um sahaja, tetapi Uj tidak mahu mendengar nasihat Uj hampir kalah. Uj menuduh Um sebagai penipu. Um memaksa Uj mengaku kalah. Um menenangkan diri di bilik air.

Sekembalinya dari bilik air, dia duduk semula di kerusi. Kaki Um terkuis sebotol asid di bawah meja. Um berasa amat sakit. Ibu yang ketika itu sedang sakit berasa hibaakan kejadian itu lalu mengalami kekejangan kaki tangan dan seluruh badan diserang angin ahmar.

Tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid itu. Berlaku tuduh-menuduh antara Um dengan Uj. Permintaan ibu supaya mereka bertenang diabaikan begitu sahaja. Keluarga ini terpecah dua, iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang menyokong Um. Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 11Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 14: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

Tema Keegoan yang membawa perpecahan keluarga. Disebabkan keegoan Uj yang mendakwa dirinya paling hebat dalam permainan catur menyebabkan adik-beradiknya terpecah kepada dua kumpulan. Persoalan a) Sangkaan buruk yang menjadi punca perbalahan

Huraian :Uj menyangka Um mahu mengalahkannya dalam permainan catur. Contoh :"Abang tahu sekarang Um bersungguh-sungguh berlatih untuk

mengalahkan abang." (hal. 144) b) Pengabaian terhadap ibu I. Huraian: Uj menyerahkan tanggungjawab untuk mengubati ibunya kepada

doktor. II. Contoh: "Itu tugas doktor memikirkannya. Kita sudah gaji dua orang doktor

keluarga…" (hal. 144) c) Layanan yang tidak adil terhadap adik -beradik

Huraian: Uj sentiasa mengetepikan adik-beradiknya, kecuali Um. Contoh: Uj menggilap bakat Um dengan apa cara jua. Adik-adiknya lain tidak

sesuai dengan jiwa Uj. (hal. 145) Watak & Perwatakan 1. Uj

• Anak tertua dalam keluarga • Panas baran • Bangga akan keturunan • Pilih kasih • Tidak sanggup menerima kekalahan

2. Um

• Anak bongsu dalam keluarga • Merendah diri • Mengambil berat • Sanggup menerima cabaran

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 12Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 15: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

Plot Plot disusun secara tidak kronologi kerana ada unsur imbasan kembali Permulaan : Uj mengajak adik bongsunya ,Um yang sedang berada di hadapan

papan catur untuk berlawan catur dengannya. : Um menolak ajakan itu kerana dia tidak berminat. : Um mengatakan bahawa dia sedang berfikir tentang kesihatan ibu mereka.

Perkembangan

: Uj menuduh Um berlatih dengan adik-beradiknya yang lain seperti Ul,Us,Uk,dan Ur untuk mengalahkannya.

: Uj memberitahu adiknya bahawa keluarga mereka merupakan keturunan jaguh catur dunia. : Uj mengajar Um bermain catur dan Um tertarik dengan kempen mesra

catur oleh Uj. Konflik : Uk berbisik kepada Uj kononnya Um tekun menelaah buku besar dan

tebal tentang permainan catur untuk mengatasi kehandalan Uj. : Uj marah akan Um disebabkan dakwaan Uk itu.

Klimaks : Semasa majlis hari jadi Pak Itam sedang berlangsung, hanya

masyarakat kampung yang datang untuk mengucapkan selamat hari jadi.

: Dia berasa sangat kecewa kerana tetamu yang diharapkan tiada seorang tiba. : Dia ralat kerana orang terlalu cepat melupakan jasa dan pengorbanannya.

Peleraian : Tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid yang mencederakan Um.

: Keluarga itu terpecah kepada dua kumpulan, iaitu yang menyokong Um dan yang menyokong Uj.

Latar Latar Tempat Di sebuah rumah. Latar Masa Berlaku pada zaman masa kini. Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 13Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 16: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

Latar Masyarakat (a) Masyarakat yang mementingkan penghormatan dan kekuasaan tanpa memikirkan kesannya. (b) Masyarakat yang sanggup melakukan perkara yang tidak baik demi mendapatkan apa-apa sahaja yang dihajati. (c) Masyarakat yang bercita-cita tinggi untuk menjadi salah seorang pemain catur terbaik dunia. (d) Masyarakat yang tiada persefahaman antara ahli keluarga. Nilai Murni

a. Hormat -menghormati b. Prihatin c. Tanggungjawab d. Yakin diri e. Tidak berputus asa

Pengajaran

a. Kita tidak boleh bersangka buruk terhadap keluarga sendiri. b. Sebagai ahli keluarga, kita tidak boleh bergaduh antara satu sama lain. c. Kita tidak boleh terburu-buru ketika membuat sesuatu keputusan. d. Kita hendaklah berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan. e. Janganlah kita mudah berputus asa dan sentiasa berusaha

Latihan:

Setapak demi setapak bala tentera kedua-dua pihak membuat serangan. Lama. Tiga hari tiga malam sudah berlalu. Bukan mudah menentang orang bergelar. Namun Um tidak akan menyerah kalah.

Dia mengumpul segala kekuatan minda untuk memenangi pertarungan. Dia tahu Uj memang pemain yang hebat. Namun dalam catur dan percaturan nama dan ijazah bukan penentu. Ada waktunya pemain tidak ternama dapat menundukkan pemain pilihan.

Uj pula semakin cemas. Segala-galanya serba tidak kena. Strateginya tidak menjadi. Tembok kecundang kian sendeng ke arahnya. Segala ilmu yang dipelajari dan dan pengalaman yang dikumpul dalam begitu banyak pertarungan yang lalu dipraktikkan sepenuhnya, namun satu demi satu askar putihnya ditawan askar hitam milik Um.

Um mengalih mata untuk meneguk minuman pembawa kesegaran. Tiba-tiba ada sesuatu tidak kena, dapat dirasakan Um. Buah caturnya tadi berada di kanan, tiba-Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 14Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 17: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

tiba kini beralih ke kiri. Um mengembalikan kedudukan buah tersebut ke kotak asalnya.

"Um main tipu!" Tiba-tiba Uj menjerit. Dia bangun menghentak meja. "Ini rupanya yang engkau pelajari dari buku-buku tebal itu? Engkau belajar menipu!"

"Uj yang main tipu. Kota saya tadi di kanan, ni kenapa di kiri pula? Siapa yang berani mengalihkannya kalau bukan Uj?"

"Jangan tuduh Uj sembarangan. Pastikan dulu betul tidaknya di mana letaknya kota engkau tadi. Kalau engkau takut kalah, baik engkau mengaku saja, Um!" bergetar suara Uj menggerudi hati Um. (i) Apakah kelebihan yang ada pada Um hingga dia dapat menyaingi kehebatan Uj??

[3 markah] (ii) Pada pendapat anda, siapakah yang melakukan penipuan? Berikan alasan anda.?

[3 markah] (iii) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

[3 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 15Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 18: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Menganalisis Ayat

1. Panduan Umum

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 16Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 19: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

2. Kata Hubung (dalam ayat majmuk)

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 17Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 20: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

3. Teknik Menganalisis Ayat

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 18Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 21: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

Latihan:

A. Latihan Asas Menganalisis Ayat

1. Ramli dan adiknya sedang membantu ibunya mencuci kain.

a. Kata bantu : ______________________

b. Frasa kerja : ________________ ; _________________

c. Kata hubung : ______________

2. Samantha menelefon Karyn setelah menyiapkan kerja sekolah yang susah

sekali.

a. Frasa kerja : _________________ ; __________________

b. Kata hubung : _________________ (Jenis : _________________________ )

c. Kata adjektif : _________________

d. Kata penguat : _________________

3. Galvin pernah menghantar Zhi Hao ke klinik semasa dia pengsan di tandas.

a. Kata bantu : _______________

b. Kata sendi : _______________ ; ______________

c. Frasa kerja : _______________

d. Kata hubung : _______________ (Jenis : ___________________________ )

e. Kata ganti nama diri : _______________

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 19Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 22: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

B. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti. Kenal pasti dan nyatakan jenis-jenis ayat

majmuk yang berikut.

(i) Ahli lembaga pengarah dan pengurus syarikat sedang bermesyuarat.

_____________________________________________________________________

(ii) Kereta yang berwarna biru itu memenangi pertandingan semalam.

____________________________________________________________________

(iii) Kakitangan kerajaan yang sudah bersara tidak diabaikan kepentingan mereka

malah setiap kali pembentangan belanjawan kebajikan mereka mendapat perhatian

kerajaan.

____________________________________________________________________

C.

Remaja sering menimbulkan masalah bukan sahaja kepada diri sendiri dan ibu bapa

tetapi juga kepada masyarakat (1). Masalah remaja merupakan suatu masalah sosial

yang begitu rumit untuk ditangani. (2)

1. Nyatakan jumlah ayat dalam petikan di atas.

__________________________________________

2. Pisahkan ayat (1) menjadi ayat-ayat tunggal.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3. Songsangkan ayat (2) :

_____________________________________________________________________ Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 20Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 23: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

D. Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan di bawah. (1) Orang ramai diingatkan supaya tidak memandu terlalu laju sehingga melebihi had laju kerana perbuatan ini bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri bahkan juga nyawa orang lain yang tidak berdosa. (2) Pihak berkuasa juga menyeru para pemandu supaya mematuhi peraturan jalan raya. (3) Pihak PLUS telah menyediakan tempat-tempat rehat dan gerai-gerai makan untuk kemudahan pengguna lebuh raya. (i) Berikan satu contoh bagi setiap jenis kata di bawah:

(a) kata hubung berpasangan : _________________________________

(b) kata penguat : _________________________________

(c) kata majmuk : _________________________________

(ii) Nyatakan subjek bagi ayat (1) : _____________________________________

(iii) Tukar ayat (2) menjadi ayat pasif.

_____________________________________________________________________

(iv) Pisahkan ayat (3) hingga menjadi dua ayat tunggal.

_____________________________________________________________________

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407B 21Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 24: Tahap S Modul 7B Nama€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7B Nama : _____ Kertas 2 1. Rumusan Program Bahasa Malaysia ... Krisis kekurangan makanan

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my