8
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 9B Nama : _____________________________

Tahap SM4 Modul 9B Nama › wp-content › uploads › 2020 › ...Latihan: Baca petikandi bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengekang kegiatan

  • Upload
    others

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • @

    Pusat Tuisyen Didikan Genius

    Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

    Tahap SM4

    Modul 9B

    Nama : _____________________________

  • Kertas 2

    1. Rumusan

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM409B 1

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Latihan:

    Baca petikandi bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang

    langkah-langkah mengekang kegiatan samseng jalanan dan kesannya kepada

    masyarakat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

    Aksi mat rempit yang merajai jalan raya dengan aksi berbahaya terus

    menghantui orang ramai. Pelbagai persoalan bermain di minda masyarakat.

    Antaranya termasuklah adakah gejala yang semakin menjengah ke kawasan kampung

    ini sukar dihapuskan sebagaimana sukarnya pihak berkuasa menangani gejala

    penagihan dadah? Andaian ini tidak boleh dipandang mudah kerana selepas pelbagai

    usaha dilakukan, isu mat rempit tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan

    berakhir, Sebaliknya, isu ini semakin berleluasa sehingga melibatkan jenayah yang

    lebih berat terutamanya kes ragut, rogol, dan samun secara berkumpulan.

    Oleh itu, suatu pendekatan yang kolektif dan berkesan perlu diambil untuk

    mengekang gejala yang menjadi ancaman serius kepada keselamatan awam ini. Sudah

    tiba masanya Akta Pengangkutan Jalan dipinda dan Jabatan Pengangkutan Jalan

    diberi kuasa untuk menahan mat rempit. Pindaan tersebut wajar dilaksanakan segera

    bagi membolehkan hukuman yang lebih tegas dikenakan terhadap samseng jalanan.

    Sementelah, semakin berani memperlekeh undang-undang dan mencabar pihak

    berkuasa, termasuk cubaan merempuh sekatan jalan raya. Golongan ini diperangi

    habis-habisan dengan melipatgandakan usaha menambah bilangan anggota penguat

    kuasa. Dengan itu, operasi pembanterasan secara besar-besaran seharusnya dilakukan

    secara konsisten dan bukan hanya suatu langkah pencegahan bermusim. Gejala ini

    ditangani oleh sebuah jawatankuasa khas yang dibentuk oleh kerajaan supaya tampak

    kesungguhan pihak berkuasa untuk tidak bertolak ansur dalam hal keselamatan awam.

    Ketegasan pihak berkuasa ini sekurang-kurangnya menimbulkan rasa gerun dalam

    kalangan mat rempit untuk menguasai jalan raya atau berhimpun dalam satu

    kumpulan besar.

    Gejala mat rempit ini dapat diatasi jika semua pihak bekerjasama dengan

    agensi penguat kuasa untuk merancang program bercorak pendidikan. Program itu

    dilaksanakan secara sistematik, tersusun, dan bersepadu untuk membawa golongan ini

    ke pangkal jalan. Selain kecelaruan dalam pembawaan diri, gejala merempit ini juga

    banyak didorong oleh sikap ibu bapa yang terlalu memberi muka kepada anak-anak

    yang masih di bawah umur. Mereka seolah-olah bersikap lepas tangan dalam

    mengawal pergerakan anak-anak di luar rumah. Atas kealpaan itu, ibu bapa wajar

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM409B 2

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • dikenakan denda di bawah peruntukan undang-undang tertentu kerana membiarkan

    anak-anak memiliki dan menunggang motosikal tanpa lesen. Untuk menambahkan

    keberkesanan tindakan tersebut, kerajaan harus menetapkan bahawa had umur untuk

    mendapatkan lessen motosikal dilanjutkan daripada 16 tahun kepada 21 tahun.

    Sememangnya, isu yang berkaitan dengan kegiatan samseng jalanan itu sudah

    berlanjutan sekian lama. Oleh sebab itu, pihak berkuasa perlu bertindak lebih agresif

    terhadap golongan mat rempit. Apatah lagi, sikap kita yang terlalu bertimbang rasa

    dan kasihan kepada golongan inilah yang menyebabkan mereka mengambil

    kesempatan untuk meneruskan kegiatan yang tidak bermoral.ini.

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Banteras Mat Rempit"

    Oleh Norila Daud, Utusan Malaysia, 7 Mei 2019.)

    2a. Pemahaman Petikan Umum [9 markah]

    Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan yang berikut dengan

    menggunakan ayat anda sendiri.

    (i) Berikan maksud rangkai kata menjengah ke kawasan kampung..

    [2 markah]

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    (ii) Nyatakan sebab-sebab ibu bapa wajar menerima hukuman jika anak mereka

    terlibat dalam kegiatan Samseng jalanan?

    [3 markah]

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM409B 3

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • (iii) "Remaja merupakan golongan yang paling banyak terlibat dalam kegiatan lumba

    haram". Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? (KBAT)

    [4 markah]

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM409B 4

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pelan Lokasi

    @

    Pusat Tuisyen Didikan Genius

    No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

    Tel: 03-7983 7650

    http://www.edubest.com.my