14
www.myhealth.gov.my http://fh.moh.gov.my KKM/25,000/2011 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Untuk maklumat lanjut, sila hubungi klinik kesihatan terdekat. TAHNIAH! PUAN DISAHKAN HAMIL

TAHNIAH! PUAN DISAHKAN HAMIL - htar.moh.gov.myhtar.moh.gov.my/images/pdf/02_TahniahpuanHamil.pdf · ke klinik dalam kadar segera. 7. ... Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAHNIAH! PUAN DISAHKAN HAMIL - htar.moh.gov.myhtar.moh.gov.my/images/pdf/02_TahniahpuanHamil.pdf · ke klinik dalam kadar segera. 7. ... Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan

www.myhealth.gov.myhttp://fh.moh.gov.my

KKM/25,000/2011

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi klinik kesihatan terdekat. TAHNIAH!PUAN DISAHKAN HAMIL

Page 2: TAHNIAH! PUAN DISAHKAN HAMIL - htar.moh.gov.myhtar.moh.gov.my/images/pdf/02_TahniahpuanHamil.pdf · ke klinik dalam kadar segera. 7. ... Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan

1

Selamat Datang ke Alam Kehamilan

Mengetahui bahawa puan hamil adalah saat yang amat menggembirakan bagi puan, suami dan keluarga. Walau bagaimanapun, puan mungkin mempunyai pengalaman dan masalah yang berbeza dengan wanita lain semasa hamil. Jadi, pelbagai persoalan yang bermain di fi kiran puan, sama ada pertama kali atau sudah berpengalaman. Oleh sebab itulah, nasihat dan petunjuk sentiasa diharapkan bagi melahirkan bayi yang sihat dengan selamat.

1

Booklet-Hamil_648.indd B-1Booklet-Hamil_648.indd B-1 7/27/2012 10:00:20 AM7/27/2012 10:00:20 AM

Page 3: TAHNIAH! PUAN DISAHKAN HAMIL - htar.moh.gov.myhtar.moh.gov.my/images/pdf/02_TahniahpuanHamil.pdf · ke klinik dalam kadar segera. 7. ... Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan

Tanda Awal Kehamilan Adakah saya hamil? Terdapat beberapa tanda awal yang menunjukkan puan hamil iaitu:

• Tidak datang haid • Loya dan muntah• Sentiasa lapar • Kerap buang air kecil• Letih lesu• Sakit dan tegang pada payudara• Perubahan emosi• Rasa hendak demam

Kalau saya mengalami tanda-tanda awal kehamilan, apa yang patut saya buat?

Jika puan mengalami tanda-tanda awal kehamilan:i. segera ke klinik untuk pemeriksaan kesihatanii. sekiranya disahkan hamil, puan perlu menjalani pemeriksaan secara

berjadual di klinik kesihatan atau klinik/hospital swasta secepat mungkin.

Perubahan Fizikal Boleh ke perubahan fi zikal terjadi kepada saya? Boleh. Perubahan fi zikal yang mungkin boleh terjadi kepada puan ialah:

• warna pada sekeliling puting payudara menjadi lebih gelap• timbul garisan tegak berwarna gelap pada perut (linea nigra) • lain-lain seperti kulit kelihatan lebih gelap, jerawat dan rambut kelihatan

lebat. Perubahan ini hanyalah sementara dan tidak membahayakan. Ia akan

hilang selepas puan bersalin.

2 3

Booklet-Hamil_648.indd 2-3Booklet-Hamil_648.indd 2-3 7/27/2012 10:00:34 AM7/27/2012 10:00:34 AM

Page 4: TAHNIAH! PUAN DISAHKAN HAMIL - htar.moh.gov.myhtar.moh.gov.my/images/pdf/02_TahniahpuanHamil.pdf · ke klinik dalam kadar segera. 7. ... Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan

Pemeriksaan Kehamilan Secara Berjadual (Antenatal)

1. Di mana saya boleh buat pemeriksaan kehamilan (antenatal)? Puan boleh buat pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan, klinik

desa atau klinik/hospital swasta terdekat. Puan mesti hadir ke klinik mengikut tarikh yang ditetapkan oleh anggota kesihatan.

2. Bila masa yang sesuai untuk saya mula pergi ke klinik bagi pemeriksaan kehamilan?

Puan perlu hadir ke klinik seawal mungkin.

3. Perlu ke saya pergi ke klinik? Puan perlu hadir ke klinik seawal mungkin sebelum usia kandungan mencapai

12 minggu untuk:• menilai tahap kesihatan • menjalankan ujian saringan penyakit yang boleh menjejaskan

pertumbuhan bayi• diberi suplemen yang sesuai atau vitamin• diberi pendidikan kesihatan• pengesanan awal masalah kesihatan untuk membolehkan puan dirujuk

kepada pakar.

4. Mengapa saya perlu jalani pemeriksaan kehamilan secara berjadual?

Pemeriksaan kehamilan perlu dilakukan secara berjadual untuk mengetahui tahap kesihatan ibu dan janin (bayi dalam kandungan).

5. Doktor beritahu ke setiap hasil pemeriksaan kehamilan kepada saya? Kenapa diterangkan kepada saya?

Setiap hasil pemeriksaan kehamilan akan diterangkan dengan jelas kepada puan supaya puan mengetahui tahap kesihatan puan serta bayi. Sekiranya tidak jelas puan perlu bertanya.

6. Berapa kerap saya perlu hadir ke klinik? Secara lazimnya, jika puan tiada sebarang masalah kesihatan, puan perlu

hadir ke klinik untuk pemeriksaan kehamilan seperti jadual di bawah:• Awal kehamilan hingga usia kandungan 27 minggu (sebulan sekali)• Usia kandungan 28 minggu hingga 35 minggu (2 minggu sekali)• Usia kandungan 36 minggu hingga bersalin (seminggu sekali)

* Jika puan mengalami masalah kesihatan semasa hamil, puan perlu hadir ke klinik dalam kadar segera.

7. Ada kesan sampingan tak kepada bayi kalau saya scan bayi saya?

Imbasan ultrasound (ultrasound scan) tidak memberi sebarang kesan sampingan terhadap bayi dalam kandungan.

4 5

Booklet-Hamil_648.indd 4-5Booklet-Hamil_648.indd 4-5 7/27/2012 10:00:42 AM7/27/2012 10:00:42 AM

Page 5: TAHNIAH! PUAN DISAHKAN HAMIL - htar.moh.gov.myhtar.moh.gov.my/images/pdf/02_TahniahpuanHamil.pdf · ke klinik dalam kadar segera. 7. ... Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan

Tanda-tanda yangmemerlukan rawatan SEGERA di klinik/hospital

Apa tanda-tanda yang memerlukan saya bertindak segera semasa hamil?• Demam yang tinggi• Loya dan muntah yang teruk• Sakit perut yang luar biasa• Pucat• Letih lesu• Sesak nafas• Sakit kepala• Penglihatan kabur• Sakit ulu hati• Kaki bengkak• Tiada peningkatan berat badan• Peningkatan berat badan berlebihan• Pembesaran rahim tidak sepadan dengan jangkamasa kehamilan• Janin kurang bergerak atau tidak aktif• Sakit bersalin sebelum masa• Pecah mentuban sebelum cukup bulan• Darah keluar dari faraj (tumpah darah)• Jantung berdebar-debar• Tidak berdaya untuk melakukan kerja rumah biasa/rutin harian.

Kalau saya hamil luar rahim, apa tanda-tandanya? Puan mungkin merasa sakit di bahagian perut dan pinggul serta

pendarahan melalui faraj.

Hubungan SeksBoleh ke saya lakukan hubungan seks semasa hamil?Boleh. Tiada halangan untuk melakukan hubungan seks semasa hamil. Walau bagaimanapun sekiranya puan mengalami tumpah darah dan kedudukan uri di bawah, sila dapatkan nasihat doktor.

6 7

Booklet-Hamil_648.indd 6-7Booklet-Hamil_648.indd 6-7 7/27/2012 10:00:45 AM7/27/2012 10:00:45 AM

Page 6: TAHNIAH! PUAN DISAHKAN HAMIL - htar.moh.gov.myhtar.moh.gov.my/images/pdf/02_TahniahpuanHamil.pdf · ke klinik dalam kadar segera. 7. ... Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan

Pemakanan1. Mengapa saya perlu makan secara sihat semasa hamil? Puan perlu amalkan pemakanan sihat untuk:

• memastikan perkembangan bayi yang sihat• mengekalkan kesihatan ibu• memenuhi keperluan nutrien dan memastikan pertambahan berat badan

yang bersesuaian semasa hamil.

2. Jenis makanan macamana yang berkhasiat untuk saya? Puan perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut piramid

makanan semasa hamil.

3. Berapa kerap saya perlu makan dalam sehari dan jumlahmakanan yang perlu diambil?

Puan perlu makan pada setiap kali waktu makan dengan mengambilmakanan yang seimbang.

4. Ada tak makanan yang perlu saya makan lebih semasa hamil?i. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti:

• Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)

• Vitamin A (hati, susu, telur) • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu) • Vitamin C (jambu, betik dan limau) • Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang)

ii. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh doktor atau Pakar Pemakanan.

5. Ada tak makanan yang perlu saya elak semasa hamil? Puan perlu elakkan makanan seperti berikut:

• Makanan mentah seperti sushi• Daging mentah atau separa mentah• Makanan yang tercemar dengan merkuri• Makanan beralkohol• Makanan herba• Minum berkafein

6. Boleh ke saya amalkan atau elakkan makanan mengikut kepercayaan adat resam?

Boleh, tetapi jangan sampai membahayakan kesihatan puan dan bayi.

8 9

Booklet-Hamil_648.indd 8-9Booklet-Hamil_648.indd 8-9 7/27/2012 10:00:49 AM7/27/2012 10:00:49 AM

Page 7: TAHNIAH! PUAN DISAHKAN HAMIL - htar.moh.gov.myhtar.moh.gov.my/images/pdf/02_TahniahpuanHamil.pdf · ke klinik dalam kadar segera. 7. ... Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan

PakaianJenis pakaian dan kasut yang macamana sesuai untuk saya semasa hamil?Pakaian yang longgar dan selesa amat sesuai untuk puan semasa hamil. Pastikan kasut juga selesa, elakkan kasut yang bertumit tinggi dan pastikan tapak kasut yang mencengkam.

Ubat-ubatanBoleh ke semua ubat saya ambil semasa hamil?Tidak semua ubat boleh puan ambil semasa hamil. Puan perlu rujuk kepada doktor sebelum mengambil sebarang ubat.

Ada tak vitamin yang bagus untuk saya ambil semasa hamil?Memang ada seperti:• Asid folik • B Complex• Zat besi • Vitamin C

RehatPerlu ke saya rehat secukupnya?Ya. Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Kebersihan diriPerlu ke saya jaga kebersihan diri?Puan perlu menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan jangkitan terhadap ibu dan bayi dalam kandungan. Khususnya kebersihan di bahagian sulit.

Penjagaan payudaraKenapa saya perlu menjaga payudara?Puan perlu menjaga payudara sebagai persediaan untuk menyusu bayi puan kelak.

Macamana saya nak jaga payudara?Cara terbaik untuk menjaga payudara ialah mencuci puting payudara dengan air bersih dan memakai coli yang sesuai dan selesa.

Penjagaan emosiKenapa saya perlu jaga emosi saya?Puan perlu jaga emosi supaya tidak menjejaskan kesihatan diri puan dan bayi.

Macamana saya nak jaga emosi saya semasa hamil?Puan perlu sentiasa berfi kiran positif dan banyak membaca.

10 11

Booklet-Hamil_648.indd 10-11Booklet-Hamil_648.indd 10-11 7/27/2012 10:01:10 AM7/27/2012 10:01:10 AM

Page 8: TAHNIAH! PUAN DISAHKAN HAMIL - htar.moh.gov.myhtar.moh.gov.my/images/pdf/02_TahniahpuanHamil.pdf · ke klinik dalam kadar segera. 7. ... Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan

SenamanSenaman AntenatalSenaman ringan yang macam mana boleh saya buat semasa hamil?Terdapat senaman ringan yang boleh puan lakukan seperti:-• Senaman pernafasan• Senaman pergerakan tangan• Senaman pergerakan pergelangan kaki• Senaman untuk menguatkan otot pinggul

Senaman Pernafasan

Pernafasan Lateral CostalPosisi permulaan:

- Duduk dalam posisi hampir baring atau posisi selesa.- Letakkan tangan anda di bahagian sisi tulang selangka.- Tarik nafas panjang melalui hidung dan hembus keluar

menerusi mulut.- Ulang proses ini sebanyak 5 kali.* Anda sepatutnya merasakan sedikit pergerakan di bawah tangan

semasa melakukan senaman ini.

Pernafasan DiafragmaKebaikan:

- Mengekalkan pengembangan paru-paru dan mengoptimakan kapasiti keperluan oksigen dalam aktiviti seharian ketika hamil.

- Membantu menenangkan dan melegakan kesakitan.

Posisi permulaan:

- Duduk dalam posisi hampir baring atau posisi selesa.- Letakkan tangan di bahagian atas perut.- Tarik nafas panjang melalui hidung dan hembus keluar

menerusi mulut.- Ulang proses ini sebanyak 5 kali.

Senaman Pergerakan TanganKebaikan:

- Membantu melegakan pedih ulu hati, meningkatkan pengaliran darah serta pernafasan dan mengembangkan paru-paru.

Posisi permulaan:

- Berdiri tegak

Langkah-langkah:

- Berdiri tegak dengan mendepakan kaki. Tetapkan bahu ke belakang.

- Angkat kedua belah tangan secara luruske belakang sejauh mungkin tanpa membengkokkan siku.

- Gerakkan tangan 180º ke hadapan. Hayun tangan ke belakang semula dan ulang pergerakan ini sebanyak 5 kali.

Senaman Untuk Menguatkan Otot PinggulKebaikan:

- Menguatkan otot pelvis- Mengelakkan masalah selepas bersalin seperti

‘incontinence’ dan ‘prolapsed uterus’- Otot lebih fl eksibel semasa bersalin

Posisi permulaan:

- Duduk, berdiri atau baring dengan membengkokkan kaki

Langkah-langkah:

- Bayangkan anda sedang menahan diri daripadamembuang air kecil dan ketatkan otot untukmengelakkan kebocoran

- Kekalkan keadaan ini selama 5 saat. Bernafasseperti biasa

- Jangan ketatkan otot di bahagian punggung dan peha- Rehat selama 10 saat- Ulang sebanyak 10 kali

Senaman Pergerakan Pergelangan KakiKebaikan:

- Meningkatkan pengaliran darah- Mengekalkan gerakan pergelangan kaki

Posisi permulaan:

- Duduk di atas lantai dengan meluruskan kedua belah kaki

- Duduk di atas kerusi dengan mengangkat atau menopang kaki

Langkah-langkah:

- Angkat sebelah kaki dan gerakkan pergelangankaki dalam bentuk bulatan beberapa kali,mula dengan satu hala kemudian ke hala berlainan. Jangan gerakkan lutut, Ulang dengan kakiyang sebelah lagi.

12 13

Booklet-Hamil_648.indd 12-13Booklet-Hamil_648.indd 12-13 7/27/2012 10:01:17 AM7/27/2012 10:01:17 AM

Page 9: TAHNIAH! PUAN DISAHKAN HAMIL - htar.moh.gov.myhtar.moh.gov.my/images/pdf/02_TahniahpuanHamil.pdf · ke klinik dalam kadar segera. 7. ... Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan

c. Senaman Pergerakan Pergelangan Kaki• Meningkatkan pengaliran darah.• Mengekalkan gerakan pergelangan kaki.

Posisi permulaan

• Duduk di atas lantai dengan meluruskan kedua belah kaki.• Duduk di atas kerusi dengan mengangkat atau

menopang kaki.

Langkah-langkah

• Angkat sebelah kaki dan gerakkan kaki dalam bentukbulatan beberapa kali, mula dengan satu hala kemudianke hala berlainan. Jangan gerakkan lutut, ulang dengankaki yang sebelah lagi.

Senaman PostnatalJenis senaman macamana yang boleh saya buat selepas bersalin?

b. Senaman Abdomen• Untuk menguatkan otot abdomen.• Untuk memperbaiki keseimbangan di dalam aktiviti seharian.

Posisi permulaan

• Baring di atas lantai atau katil, bengkokkan kaki dan angkat kepala.

Langkah-langkah

• Tarikh nafas kemudian hembuskan nafas.• Pada masa yang sama, kempiskan perut dan rapatkan tulang belakang ke lantai.• Tahan selama 5 saat dan rehat.• Ulang sebanyak 5 kali.

a. Senaman Otot Pelvis Senaman Postnatal harus dimulakan sejurus selepas bersalin. Ia dapat

mengurangkan kemungkinan tidak dapat mengawal kencing danmemulihkan fungsi otot pelvis. d. Senaman Pergerakan Tangan

• Membantu melegakan pedih ulu hati, meningkatkan pengaliran darah serta pernafasan dan mengembangkanparu-paru.

Posisi permulaan

• Berdiri tegak.

Langkah-langkah

• Berdiri tegak dengan mendepakan kaki. Tetapkan bahu ke belakang.• Angkat kedua belah tangan secara lurus ke belakang

sejauh mungkin tanpa membengkokkan siku.• Gerakkan 180° ke hadapan. Hayun tangan

ke belakang semula dan ulang pergerakan inisebanyak 5 kali.

14 15

Booklet-Hamil_648.indd 14-15Booklet-Hamil_648.indd 14-15 7/27/2012 10:02:08 AM7/27/2012 10:02:08 AM

Page 10: TAHNIAH! PUAN DISAHKAN HAMIL - htar.moh.gov.myhtar.moh.gov.my/images/pdf/02_TahniahpuanHamil.pdf · ke klinik dalam kadar segera. 7. ... Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan

Penjagaan Kehamilan pada Minggu 1 – 12(Trimester Pertama) Alahan Macamana alahan semasa hamil yang mungkin saya alami?Masalah dan alahan yang mungkin puan alami ialah rasa loya danmuntah, tidak selesa dengan bautertentu dan mengalami gatal-gataldi bahagian kulit.

Ada tak cara saya nak atasi alahan tersebut?Puan boleh atasi dengan mengelakkan punca alahan tersebut. Sekiranya, puan mengalami muntah yang teruk, puan perlu mendapatkan nasihat doktor.Bagi mereka yang mendapat gatal-gatal pada kulit, elakkan mengguna sabun yang ada pewangi dansekiranya semakin teruk sila dapatkan nasihat doktor.

Penjagaan Kehamilan pada Minggu 13 – 24(Trimester Kedua) Masalah/Penyakit yang perlu diberi perhatianKenapa bila saya hamil saya boleh menghidap hipertensi (tekanan darah tinggi) dan diabetes (kencing manis)?Apabila puan hamil, terjadinya perubahan fi siologi dan hormon dalam badan. Ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit hipertensi dan diabetes semasa hamil.

Saya sentiasa pucat semasa hamil. Kenapa?Ini adalah kerana puan mungkin kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Puan perlu dapatkan pengesahan daripada doktor kerana kurang darah memberi kesan kepada puan dan pertumbuhan janin.

Ada tak penyakit kronik lainyang perlu diberikan perhatian semasa hamil?Ada, seperti penyakit jantung, asma, tiroid dan lain-lain.

Pelalian semasa hamilApakah jenis pelalian yang diberi semasa hamil? Apa tujuannya?Pelalian yang diberikan semasa hamil ialah anti-tetanus (ATT). Tujuannya adalah untuk mencegah puan danbayi dari jangkitan kuman tetanus mengakibatkan kejang otot dan boleh membawa maut.

Berapa kerapkah saya akan diberi pelalian?Sekiranya puan pertama kali hamil,puan akan diberi pelalian anti-tetanus sebanyak 2 kali. Untuk kehamilan seterusnya, puan hanya diberi pelalian sekali sahaja.

16 17

Booklet-Hamil_648.indd 16-17Booklet-Hamil_648.indd 16-17 7/27/2012 10:03:01 AM7/27/2012 10:03:01 AM

Page 11: TAHNIAH! PUAN DISAHKAN HAMIL - htar.moh.gov.myhtar.moh.gov.my/images/pdf/02_TahniahpuanHamil.pdf · ke klinik dalam kadar segera. 7. ... Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan

Pergerakan bayi dalam kandunganPerlukah saya beri perhatian terhadap pergerakan bayi dalam kandungan?Ya. Pergerakan bayi adalah salah satu cara untuk memastikan bayi sihat. Sekiranya pergerakan bayi berubahdari biasa / kurang gerak / lemah,sila dapatkan pemeriksaan doktor.

Pemeriksaan gigiPerlu ke saya buat pemeriksaan gigi semasa hamil? Boleh ke?Ya. Pemeriksaan dan rawatan rutin gigi sangat digalakkan dan selamat. Ia disyorkan kerana perubahan hormon semasa hamil boleh menyebabkan masalah gigi dan gusi. Masalah yang sesuai untuk rawatan gigi adalah semasa minggu 13 hingga 24.

Risiko kelahiran pramatang(tidak cukup bulan)Adakah saya berisiko untuk melahirkan bayi pramatang?Ya, jika puan mengalami masalah seperti di bawah:

• Pernah mengalami kelahiran pramatang

• Kandungan lebih dari satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya

• Uterus dan serviks yang luar biasa • Kandungan yang mempunyai

komplikasi contoh: tekanan darah tinggi semasa hamil dan uridi bawah

• Kurang sokongan sosial• Pengambilan alkohol, dadah dan

merokok semasa hamil • Jangkitan pada salur kencing• Jangkitan dalam rahim• Kecacatan bayi dalam kandungan

Apa tanda-tanda kelahiran pramatang?Sakit perut seperti hendak bersalin dan pecah mentuban sebelum masa bersalin.

Macamana rawatan untuk bayi pramatang?Bayi pramatang akan diberi penjagaan dan rawatan rapi di hospital bergantung kepada tahap kesihatan bayi. Berisusu ibu agar pertumbuhan bayi akan lebih cepat.

Penjagaan Kehamilan pada Minggu 25 - 40(Trimester Ketiga)

Persediaan Untuk Bersalin Tanda bersalin Macam mana tanda sakit yang menunjukkan sudah sampai masa untuk saya bersalin?• Lendir bercampur darah keluar dari

faraj• Sakit perut seperti hendak buang air

besar• Sakit pada bahagian pinggang• Pecah air mentuban• Sakit semakin kerap dan tempoh

sakit semakin panjang.

Tempat yang sesuai untuk bersalinDi mana tempat yang paling sesuai untuk saya bersalin dengan selamat?Tempat yang paling sesuai untuk puan bersalin dengan selamat adalah tempatyang mempunyai anggota kesihatan

yang terlatih, kemudahan yang lengkap, bersih dan selamat.

Teknik BersalinMacam mana cara untuk saya bernafas semasa bersalin?Terdapat teknik pernafasan semasa bersalin yang merangkumi 3 langkah iaitu:a. Apabila terasa kontraksi akan berlaku,

cuba bertenang dan rehatkan otot pada bahu, muka dan tangan.

b. Apabila kontraksi bermula, tarik nafas melalui hidung sedalam mungkin secara perlahan-lahan menggunakan otot perut dan lepaskan melalui mulut untuk mehilangkan rasa sakit.

c. Apabila kontraksi memuncak, tarik dan lepaskan nafas melalui mulut secara pendek. (shallow breath)

18 19

Booklet-Hamil_648.indd 18-19Booklet-Hamil_648.indd 18-19 7/27/2012 10:03:22 AM7/27/2012 10:03:22 AM

Page 12: TAHNIAH! PUAN DISAHKAN HAMIL - htar.moh.gov.myhtar.moh.gov.my/images/pdf/02_TahniahpuanHamil.pdf · ke klinik dalam kadar segera. 7. ... Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan

Penyusuan susu ibuBila boleh saya mulakan penyusuan susu ibu selepas bersalin?Secepat mungkin. Sebaik-baiknya penyusuan dimulakan dalam masa sejam selepas bersalin.

Berapa kerap saya perlu menyusu bayi dengan susu ibu dan berapa kuantiti susu?Puan perlu beri susu ibu kepada bayi sekerap mungkin.

Peralatan bayi dan ibuApakah peralatan bayi dan ibu yang perlu saya sediakan?Ibu• Sehelai blaus • Sehelai kain sarung• Stokin • Baju sejuk• Pakaian dalam • Tuala wanita • Peralatan mandian• Tuala mandi

Bayi• Sepasang baju• Lampin pakai buang• Stokin • Sarung tangan• Barut • Selimut bayi• Tuala mandi

Bagaimanakah cara penggunaan lampin dan penjagaannya?Puan boleh menggunakan lampin kain atau lampin pakai buang yang ada di pasaran. Ia hendaklah ditukar sebaik sahaja bayi membuang air kecil atau besar untuk mengelakkan jangkitan kuman atau masalah kulit pada bayi. Puan boleh juga menggunakan krim untuk mencegah ruam lampin.

Dewan BersalinApa yang perlu saya buat sebelum masuk ke dewan bersalin?Puan perlu membersihkan diri danmemakai pakaian bersih yang disediakan.

Apa yang perlu saya buat semasa berada di dewan bersalin?Puan perlu tenangkan diri dan mengikut arahan anggota kesihatan sepanjang proses bersalin. Puan boleh bertanya sekiranya ada sebarang soalan.

Boleh ke suami saya temankan saya semasa bersalin?Ini bergantung kepada peraturan yang ditetapkan di fasiliti tersebut.

Saya seorang muslim. Boleh ke suami saya iqamat/azankan bayi dengan segera selepas bayi dibersihkan dalam dewan bersalin? Boleh, suami puan boleh iqamat/ azankan bayi selepas bayi dibersihkan.

Bilik Penjagaan Bayi (Nurseri)Bayi saya akan diletakkan bersama saya ke selepas bersalin?Kebanyakan bayi akan diletakkan bersama ibu melainkan bayi puan mengalami masalah kesihatan yang memerlukan penjagaan khas.

Penjagaan luka (episiotomi)Macamana cara untuk saya menjaga kebersihan luka (episiotomi)?Luka episiotomi perlu dicuci menggunakan ubat cecair yang dibekalkan oleh pihak hospital. Puan juga perlu menjaga kebersihan diri secara keseluruhan.

Penjagaan payudaraKalau payudara saya bengkak, apakah yang patut saya buat?Puan boleh menyusukan bayi sekerap mungkin serta memerah susu selebihnya untuk disimpan dengancara yang betul. Sekiranya payu dara puan masih bengkak atau semakin teruk, puan hendaklah mendapatkan rawatan doktor.

PenjagaanPosnatal(Selepas Bersalin)

20 21

Booklet-Hamil_648.indd 20-21Booklet-Hamil_648.indd 20-21 7/27/2012 10:03:47 AM7/27/2012 10:03:47 AM

Page 13: TAHNIAH! PUAN DISAHKAN HAMIL - htar.moh.gov.myhtar.moh.gov.my/images/pdf/02_TahniahpuanHamil.pdf · ke klinik dalam kadar segera. 7. ... Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan

Apa yang saya perlu lakukan selepas bersalin dihospital?Suami perlu melaporkan kelahiran di klinik kesihatan berhampiran untuk membolehkan jururawat membuat perawatan di rumah.

Pemakanan dan pantang larangPerlu ke saya amalkan pantang larang orang tua tentang makanan selepas bersalin?Puan perlu pastikan pemakanan puan adalah seimbang dan minum air secukupnya supaya tidak menjejaskan kesihatan puan dan bayi.

Penggunaan JamuBoleh ke saya amalkan jamu selepas bersalin?Puan tidak digalakkan untuk mengamalkan jamu kerana ia boleh meningkatkan risiko bayi mendapat jaundis.

Saya pernah dengar yang jamu tidak digalakkan untuk diamalkan sekiranya bayi mengalami jaundis. Betul ke?Betul, puan perlu elakkan sekiranya bayi jaundis.

Selepas bersalin, macam mana saya nak jaga emosi saya sebab banyak faktor yang akan mempengaruhi emosi saya?Puan perlu mendapatkan rehat secukupnya serta sokongan daripada suami dan keluarga serta melakukan senaman postnatal.

RehatPerlu ke saya berehat secukupnya selepas bersalin?Ya, puan perlu berehat bagi menjamin kesihatan yang optima.

Macamana saya hendak berehat sedangkan banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk menjaga bayi?Puan perlu cuba memperuntukkan masa untuk berehat dalam kesibukan dan suami serta ahli keluarga lain perlu membantu.

PakaianSelepas bersalin, apakah jenis pakaian yang sesuai untuk saya?Puan boleh memakai pakaian yang longgar dan selesa serta coli yang sesuai bagi memudahkan penyusuan susu ibu.

Pemeriksaan postnatalBila saya perlu datang ke klinik untuk pemeriksaan postnatal?Biasanya puan diminta hadir ke klinik selepas sebulan bersalin. Sekiranya puan mengalami masalah kesihatan, puan perlu segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan doktor.

Apakah tujuan pemeriksaan postnatal?Ia adalah bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan puan berada dalam keadaaan baik dan pemeriksaan pap smear biasanya dibuat pada masa yang sama. Puan juga akan dinasihatkan berkenaan dengan kaedah perancang keluarga.

Peralatan bayiBagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan peralatan bayi?Pastikan peralatan bayi disimpan di tempat yang bersih.Sesetengah peralatan bayi seperti bekas menyimpan susu perahan perlu didihkan atau direndam menggunakan ubat steril peralatan bayi.

Kad bayiApakah kad bayi perlu sentiasa dibawa ketika pemeriksaan oleh anggota kesihatan?Ya, ianya perlu untuk merekodkan perkembangan bayi.

Bilakah masa yang sesuai untuk saya mendaftar kelahiran bayi selepas dilahirkan?Kelahiran bayi perlu didaftarkan secepat mungkin.

Apakah keperluan untuk mendaftar kelahiran bayi saya?• Borang JPN LMO1• Kad pengenalan ibu & bapa• Kad pemeriksaan kehamilan• Dokumen pengesahan kelahiran• Sijil nikah

22 23

Booklet-Hamil_648.indd 22-23Booklet-Hamil_648.indd 22-23 7/27/2012 10:04:03 AM7/27/2012 10:04:03 AM

Page 14: TAHNIAH! PUAN DISAHKAN HAMIL - htar.moh.gov.myhtar.moh.gov.my/images/pdf/02_TahniahpuanHamil.pdf · ke klinik dalam kadar segera. 7. ... Puan perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan

Jadual Imunisasi BayiApakah imunisasi yang akan diberikan kepada bayi saya selepas dilahirkan di hospital?Bayi puan akan diberikan imunisasi BCG dan Hepatitis B.

* Adakah terdapat imunisasi lain yang perlu diberi kepada bayi saya? Bila dan di mana?

Ya, imunisasi bayi perlu diberi sehingga bayi berumur 18 bulan. Ia boleh didapati di klinik kerajaan atau swasta mengikut jenis dan jadual yang telah ditetapkan. Amat penting bagi puan membawa bayi pada masa yang ditetapkan.

Jaundis (Penyakit kuning)Apakah jaundis?Jaundis ialah masalah kekuningan pada kulit dan mata bayi.

Mengapa jaundis boleh berlaku terhadap bayi saya?Ia disebabkan oleh tahap ‘bilirubin’ (Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah) yang berlebihan dalam darah.

Apakah tanda-tanda jaundispada bayi?• Kekuningan di selaput mata dan

kulit bayi.• Bayi kurang aktif dan enggan

menyusu.• Najis bayi kelihatan pucat atau air

kencing menjadi pekat.

Apa yang perlu saya lakukan jika bayi saya jaundis?• Mendapatkan rawatan segera

ke hospital atau klinik yangberdekatan jika terdapat tanda-tanda jaundis.

• Elakkan daripada memberi/mengambil ubat tradisional secara mandian atau minum (contohnya susu kambing, jamu, alkohol dan lain-lain).

• Elakkan daripada menjemur bayi dibawah matahari kerana ia akan menyebabkan kekeringan.

• Meneruskan penyusuan susu ibu dengan lebih kerap.

Penjagaan bayiBagaimanakah cara untuk saya mandikan bayi?Puan hendaklah menggunakan air suam dan bersih. Pastikan suhu air sesuai. Bersihkan muka dan rambut bayi dahulu dan diikuti dengan bahagian badan yang lain. Puan perlu menggunakan sabun bayi yang sesuai.

Bagaimanakah cara untuk saya cuci pusat bayi?Pusat bayi perlu dicuci dengan ubat cucian pusat bayi yang diberikan oleh pihak hospital dengan menggunakan kapas bersih.

*Rujuk Jadual Imunisasi Bayi dalam buku rekod kesihatan kanak-kanak.

24

Booklet-Hamil_648.indd 24-25Booklet-Hamil_648.indd 24-25 7/27/2012 10:04:31 AM7/27/2012 10:04:31 AM