Author
others
View
11
Download
0
Embed Size (px)
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 1
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 2
PERLINDUNGAN YANG BERTERUSAN BAGI ANDA DAN PELABURAN ANDA
Pelan Takaful myAl‐Afdhal adalah satu pelan berkait‐pelaburan tertutup 5 tahun yang
membolehkan peserta melabur dalam produk pelaburan berstruktur yang mematuhi
prinsip‐prinsip Syariah. Dengan ciri perlindungan modal, peserta akan menikmati
perlindungan sepanjang tempoh tersebut di samping mendapat pulangan pelaburan
dalam bentuk Keuntungan Tahunan* daripada Sumbangan Tunggal mereka.
Potfolio pelaburan berstruktur yang mematuhi prinsip‐prinsip Syariah disediakan oleh
Citibank Berhad (“Citibank”) yang mempunyai penarafan kredit AAA/P1 bagi penarafan
institusi kewangan, dengan prospek yang stabil oleh RAM Holdings Berhad (“RAM”) pada
17hb November 2009.
* Tertakluk kepada prestasi sebenar pelaburan tersebut. Pulangan ke atas pelaburan produk berstruktur tersebut
adalah berdasarkan prestasi Aset‐aset Rujukan sementara modal pokok hanya akan dilindungi sekiranya pelaburan
dipegang sehingga tarikh matang.
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 3
PENAFIAN : Laporan ini hanyalah sebagai maklumat sahaja. Pendapat yang terdapat dalam laporan ini adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi atau berasal dari sumber‐sumber yang kami boleh diterimapakai. Syarikat Takaful Malaysia Berhad tidak membuat sebarang penyataan atau jaminan, samada dinyatakan atau diimplikasikan, terhadap ketepatan, kesempurnaan atau kebenaran maklumat yang terkandung di sini dan ia tidak harus digunakan untuk kebolehpercayaan.
*Sumber maklumat‐: Reuters, Bloomberg dan Agensi‐agensi Lain
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 4
PENYATA PENGARAH URUSAN KUMPULAN
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kami berasa amat berbesar hati kerana dapat bertemu dengan para pelabur myAl‐Afdhal yang dihargai bagi tinjauan prestasi tahun yang kedua untuk tempoh berakhir pada 19 Jun 2010.
Pada umumnya, tahun lepas merupakan tahun yang agak mencabar bagi kebanyakan pelabur, di mana terpaksa berdepan dengan situasi pasaran yang tidak menentu hasil rentetan dari usaha untuk menyokong ekonomi dunia dari terus merundum akibat dari krisis kewangan. Mengikut pemerhatian kami, kebanyakan pelaburan yang asetnya mempunyai pendedahan global tidak mampu bertahan berikutan prestasi lemah pada hampir kesemua kelas aset sama ada ekuiti mahupun pasaran komoditi. Kelemahan prestasi yang disebabkan kejatuhan harga aset telah memberi kesan kepada prestasi kebanyakan dana‐dana termasuk produk pelaburan berstruktur. Walaupun berdepan dengan tahun yang mencabar, prestasi pelaburan myAl‐Afdhal telah menunjukkan pemulihan yang kukuh pada kebanyakan Aset‐aset Rujukan sejak setahun yang lepas. Hasil daripada pemulihan ini, Nilai Aset Bersih (NAB) telah mencapai tahap tertinggi iaitu RM0.972 pada 3 Disember 2009 berbanding nilai harga penutup pada tahun lepas iaitu RM0.896. Adalah penting untuk dinyatakan di sini bahawa pengumuman keuntungan tahunan adalah bergantung kepada prestasi potfolio‐potfolio ‘Pemberat Pertumbuhan’ atau ‘Pemberat Defensif’. Secara ringkasnya, potfolio Pemberat Pertumbuhan merangkumi 60% pemberat dalam Kumpulan Pertumbuhan dan baki 40% dalam Kumpulan Defensif sementara Potfolio Defensif merangkumi 60% dan 40% pemberat dalam Kumpulan Defensif dan Pertumbuhan masing‐masing.
Bagi tempoh tinjauan, Kumpulan Defensif dengan peruntukan tetap 25% dalam Indeks Pendapatan Tetap Eropah dan 75% dalam Indeks Logam Berharga memberikan pulangan yang positif. Walaubagaimanapun, prestasi positif tersebut tidak mampu mengatasi prestasi negatif yang tinggi yang dicatatkan oleh Kumpulan Pertumbuhan yang merangkumi 50% Tembaga, 25% Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia dan 25% Indeks Hartanah Jepun.
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 5
Dengan itu, kedua‐dua potfolio Pemberat Pertumbuhan dan Pemberat Defensif mencatatkan pulangan negatif 14.38% dan 6.79% masing‐masing seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:‐
Kumpulan Pertumbuhan
Purata
pulangan
terkumpul
untuk 8 Suku
% berat di
dalam
kumpulan
Prestasi
Kumpulan
Komoditi Tembaga (30.65) 50%
(29.55) Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia (22.33) 25%
Indeks Hartanah Jepun (34.55) 25%
Kumpulan Defensif
Purata
pulangan
terkumpul
untuk 8 Suku
% berat di
dalam
kumpulan
Prestasi
Kumpulan
Indeks Pendapatan Tetap Eropah 12.22 25%8.38
Indeks Logam Berharga 7.09 75%
Prestasi Potfolio
Kumpulan
Pertumbuhan
Kumpulan
Defensif
Prestasi
Potfolio
Potfolio Pemberat Pertumbuhan (17.73) 3.35 (14.38)
60% x (29.55) 40% x 8.38 (17.73) + 3.35
Potfolio Pemberat Defensif (11.82) 5.03 (6.79)
40% x (29.55) 60% x 8.38 (11.82) + 5.03
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 6
Oleh kerana kedua‐dua potfolio tersebut merekodkan pulangan negatif, tiada pengagihan
keuntungan tahunan berdasarkan NAB myAl‐Afdhal yang berada pada nilai RM0.940 bagi tahun
kewangan berakhir 19 Jun 2010.
Meninjau ke hadapan, kami dapat melihat usaha‐usaha yang berterusan daripada pihak kerajaan
di seluruh dunia dalam mengambil langkah‐langkah perlu untuk membawa ekonomi dunia
kembali ke fasa pertumbuhan. Situasi pasaran sedunia yang kian pulih merupakan sesuatu yang
positif, di mana Tabung Kewangan Antarabangsa meramalkan pertumbuhan pengeluaran dunia
sebanyak 4.6% pada 2010 berbanding penguncupan 0.6% yang dicatatkan pada 2009. Walaupun
optimistik terhadap pemulihan global, ketidaktentuan ekonomi masih kekal dengan tumpuan
utama terhadap krisis hutang negara‐negara Eropah dan perubahan polisi ekonomi dibeberapa
ekonomi utama khususnya China yang mungkin akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi
global.
Kami yakin pelaburan anda mampu bertahan terhadap sebarang cabaran pada masa hadapan
memandangkan modal tersebut dilindungi sekiranya ia dipegang sehingga tempoh matang pada
2013. Tambahan pula, anda juga berpeluang untuk terus menikmati perlindungan Takaful kami
sepanjang tempoh tersebut.
Terima kasih di atas sokongan padu anda dan kami akan terus memberikan perkhidmatan
terbaik kepada anda.
Bersama kita melabur untuk tahun hadapan yang lebih baik.
Semoga Allah memberikan kita petunjukNya, Amin.
DATO’ HASSAN KAMIL
Pengarah Urusan Kumpulan
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 7
PRESTASI DANA
Tinjauan Prestasi Tahunan Dana untuk tempoh berakhir 19 Jun 2010
myAl‐Afdhal menuju ke tahun kedua dengan harapan bahawa usaha bersama daripada kerajaan
ekonomi global untuk mengurangkan kadar faedah dan mendorong aktiviti pinjaman, berserta
jumlah besar pakej ransangan yang diperkenalkan bagi menyokong aktiviti ekonomi, bakal
mendorong aset‐aset rujukan untuk mendapat pencapaian yang lebih baik dan meningkatkan
nilai aset bersih dana. Secara ringkasnya, myAl‐Afdhal adalah pelan perlindungan modal berkait‐
pelaburan tertutup 5 tahun berlandaskan Syariah di mana prestasinya berkait rapat dengan
pelbagai kelas aset antarabangsa termasuk pendapatan tetap Eropah, pasaran ekuiti Asia, logam
berharga, tembaga dan pasaran hartanah Jepun. Oleh yang demikian, prestasi myAl‐Afdhal
adalah ditentukan oleh keadaan pasaran global.
Bagi tempoh tinjauan, hasil sokongan dasar‐dasar fiskal, kerajaan ekonomi utama telah kembali
stabil dalam membawa ekonomi global menuju ke arah pemulihan. Ekonomi Asia terutamanya
China, dilihat berada pada tahap fasa pemulihan yang pantas dan dianggap sebagai pemimpin
dalam proses pemulihan ekonomi. Malangnya, dalam keadaan di mana keyakinan perniagaan
global dan pengguna semakin meningkat, seluruh dunia dikejutkan dengan krisis hutang
kerajaan Eropah pada awal tahun ini, lalu memberikan jangkaan bahawa pemulihan ekonomi
global akan menjadi lebih lambat dan ketidakstabilan pasaran yang lebih tinggi.
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 8
Kumpulan Pertumbuhan,
60%
Kumpulan Defensif, 40%
Kumpulan Pertumbuhan,
40%
Kumpulan Defensif, 60%
Kumpulan
Pertumbuhan
Kumpulan
Defensif
Prestasi Potfolio
(17.73) 3.35 (14.38)
Kumpulan
Pertumbuhan
Kumpulan
Defensif
Prestasi Potfolio
(11.82) 5.03 (6.79)
Potfolio Pemberat Pertumbuhan
Potfolio Pemberat Defensif
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 9
Meskipun tahun ini amat mencabar, prestasi pelaburan myAl‐Afdhal telah menunjukkan
pemulihan pada kebanyakan Aset‐aset Rujukan. Pemulihan ini dapat dilihat dalam NAB myAl‐
Afdhal di mana ia mencatat nilai tertinggi RM0.972 pada 3 Disember 2009 sebelum ditutup
untuk tahun ini pada harga RM0.940 yang menyaksikan peningkatan sebanyak 4.9% berbanding
harga penutup tahun pertama pada RM0.896.
Kumpulan Defensif dengan peruntukan tetap 25% dalam Indeks Pendapatan Tetap Eropah dan
75% dalam Indeks Logam Berharga telah mencatat pulangan positif bagi tempoh tinjauan.
Walaubagaimanapun, prestasi positif tersebut tidak mampu mengatasi prestasi negatif yang
tinggi pada Kumpulan Pertumbuhan yang merangkumi 50% Komoditi Tembaga, 25% Indeks
Ekuiti Saham Mewah Asia dan 25% Indeks REIT Jepun.
Pada penghujung ulangtahun ke‐2, kedua‐dua potfolio Pemberat Pertumbuhan dan Pemberat
Defensif mencatat prestasi negatif sebanyak 14.38% dan 6.79% masing‐masing. Adalah penting
untuk dinyatakan di sini bahawa pengumuman keuntungan tahunan adalah bergantung kepada
prestasi potfolio‐potfolio ‘Pemberat Defensif’ atau ‘Pemberat Pertumbuhan’.
Oleh kerana prestasi kedua‐dua potfolio masih negatif sejak permulaan, tiada pengagihan
keuntungan tahunan bagi tempoh berakhir 19 Jun 2010.
Butiran pengiraan dan prestasi setiap aset‐aset rujukan adalah seperti dalam Lampiran A dan B
masing‐masing.
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 10
Prospek
Pelbagai langkah telah diperkenalkan secara global bagi memastikan momentum pemulihan
ekonomi dapat dikekalkan. Oleh yang demikian polisi kewangan dijangka kekal
ketolakansurannya di seluruh ekonomi global, di mana kadar faedah yang rendah
berkemungkinan akan terus dikekalkan. Di AS, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan
dalam mesyuarat terkininya pada 23 Jun 2010 telah mengekalkan kadar pinjaman jangka
pendeknya sekitar 0%, dan mengulas bahawa kadar teramat rendah tersebut akan dikekalkan
bagi tempoh selanjutnya.
Berikutan krisis kewangan kerajaan Eropah, kerajaan‐kerajaan ekonomi utama telahpun
mengambil langkah‐langkah yang sesuai bagi memulihkan disiplin fiskal. Antara contoh yang
ketara adalah seperti yang berlaku di UK, di mana kerajaan barunya mendedahkan pelan bajet
terbaru sebanyak £40 bilion penguncupan fiskal bagi memberikan sokongan yang diperlukan
kepada negaranya. Berikutan dengan itu, kerajaan‐kerajaan Eropah dilihat harus mengambil
0.00%
20.00%
40.00%
60.00%
80.00%
100.00%
120.00%
140.00%
160.00%
6/16/2008 9/16/2008 12/16/2008 3/16/2009 6/16/2009 9/16/2009 12/16/2009 3/16/2010 6/16/2010
Prestasi Aset-aset Rujukan Dari Permulaan
Indeks Pendapatan Tetap Eropah Indeks Logam Berharga Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia
Komoditi Tembaga Indeks Hartanah Jepun
Dasar 100
Permulaan
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 11
langkah‐langkah yang berkenaan bagi memulihkan kembali disiplin fiskal melalui pengurangan
atau pengimbangan bajet defisit dan menyekat sebarang peningkatan pinjaman.
Di China, bank utama China terus mengetatkan polisi kecairan dan memberi petanda bahawa ia
akan mengekalkan fokus terhadap pengawalan kuat kecairan dan membendung inflasi dalam
usaha mengekalkan keadaan ekonomi yang memberangsangkan.
Dengan adanya polisi‐polisi kewangan dan fiskal yang sesuai, pemulihan ekonomi global dijangka
akan berterusan. Ramalan ekonomi oleh Tabung Kewangan Antarabangsa ke atas pengeluaran
dunia adalah dijangka meningkat kepada 4.6% dalam 2010 berbanding dengan penguncupan
pada kadar 0.6% pada tahun 2009.
Harapan terhadap prestasi yang lebih baik setiap kelas aset adalah berdasarkan jangkaan
bahawa pemulihan ekonomi akan mengembalikan keyakinan perniagaan dan pengguna. Oleh
yang demikian, Aset‐aset Rujukan yang telah kehilangan lebih 50% daripada nilai asalnya
memerlukan pemulihan yang lebih bagi mengimbangi prestasi negatif dan sekaligus
membolehkan Kumpulan Pertumbuhan mencatatkan pulangan yang positif. Berdasarkan
pemahaman bahawa prestasi Aset‐aset Rujukan selaras dengan pemulihan ekonomi, harapan
masih ada bagi kelas‐kelas aset yang berkenaan untuk mengembalikan nilainya melebihi nilai
pada awalnya.
Tinjauan ke hadapan, adalah amat diharapkan agar usahasama oleh kerajaan‐kerajaan seluruh
dunia akan berjaya mengembalikan ekonomi sedunia ke fasa pertumbuhan di mana ia dijangka
memberikan momentum positif terhadap prestasi myAl‐Afdhal. Walaupun jangkaan momentum
pemulihan global masih positif, ketidaktentuan ekonomi masih kekal wujud bergantung kepada
keadaan krisis hutang kerajaan Eropah dan perubahan polisi ekonomi dalam beberapa ekonomi
utama khususnya China yang mungkin mengakibatkan pemulihan ekonomi yang lambat dari
yang dijangka.
Tinjauan prestasi dan prospek terperinci bagi setiap Aset‐aset Rujukan adalah seperti pada
Lampiran B.
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 12
LAMPIRAN Lampiran A
Pengiraan terperinci prestasi potfolio
Lampiran B
Tinjauan prestasi & prospek aset individu
1. Indeks Pendapatan Tetap Eropah
2. Indeks Logam Berharga
3. Komoditi Tembaga
4. Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia
5. Indeks Hartanah Jepun
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 13
LAMPIRAN A
Pengiraan prestasi adalah berdasarkan purata pulangan terkumpul untuk 8 suku tahunan
bermula dari 16 September 2008 sehingga 16 Jun 2010.
Kumpulan Pertumbuhan
Purata pulangan terkumpul
untuk 8 Suku
% berat dalam kumpulan
Prestasi kumpulan
Komoditi Tembaga (30.65) 50%
(29.55) Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia (22.33) 25%
Indeks Hartanah Jepun (34.55) 25%
Kumpulan Defensif
Purata pulangan terkumpul
untuk 8 Suku
% berat dalam kumpulan
Prestasi kumpulan
Indeks Pendapatan Tetap Eropah 12.22 25% 8.38 Indeks Logam Berharga 7.09 75%
Prestasi Potfolio1
Kumpulan Pertumbuhan
Kumpulan Defensif
Prestasi Potfolio
Potfolio Pemberat Pertumbuhan (17.73) 3.35 (14.38)
60% x (29.55) 40% x 8.38 (17.73) + 3.35
Potfolio Pemberat Defensif (11.82) 5.03 (6.79)
40% x (29.55) 60% x 8.38 (11.82) +5.03
1 Prestasi setiap potfolio diambil kira sebagai jumlah prestasi kedua‐dua kumpulan, pengiraannya berdasarkan berat setiap kumpulan bagi potfolio tersebut.
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 14
100.00%
105.00%
110.00%
115.00%
120.00%
6/16
/200
8
7/16
/200
8
8/16
/200
8
9/16
/200
8
10/1
6/20
08
11/1
6/20
08
12/1
6/20
08
1/16
/200
9
2/16
/200
9
3/16
/200
9
4/16
/200
9
5/16
/200
9
6/16
/200
9
7/16
/200
9
8/16
/200
9
9/16
/200
9
10/1
6/20
09
11/1
6/20
09
12/1
6/20
09
1/16
/201
0
2/16
/201
0
3/16
/201
0
4/16
/201
0
5/16
/201
0
6/16
/201
0
Per
ubah
an p
ada
nila
i pel
abur
an (%
)
LAMPIRAN B
Tinjauan prestasi & prospek aset individu
1. INDEKS PENDAPATAN TETAP EROPAH
Nilai Awal (16.06.08)
Suku 1 (16.09.08)
Suku 2 (16.12.08)
Suku3 (16.03.09)
Suku 4 (16.06.09)
Suku 5 (16.09.09)
Suku 6 (16.12.09)
Suku 7 (16.03.09)
Suku 8 (16.06.10)
Purata Pulangan Terkumpul untuk 8 suku
143.84
149.89 (+4.21%)
156.25 (+8.63%)
157.90 (+9.78%)
158.94 (+10.50%)
164.51 (+14.37%)
166.48 (+15.74%)
168.59 (+17.21%)
167.75 (+17.32%)
+12.22%
* Pengiraan perubahan peratusan nilai harga dilakukan melalui perbandingan dengan nilai awal.
Tinjauan Prestasi
Indeks Pendapatan Tetap Eropah mencatat purata pulangan positif terkumpul sebanyak 12.22%,
mencerminkan ciri‐ciri daya tahannya terhadap perubahan kuat pasaran kewangan dalam
tempoh tinjauan ini. Meskipun krisis hutang kerajaan Eropah yang tercetus di Greece pada awal
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 15
2010, prestasi indeks tersebut agak baik sungguhpun pelabur‐pelabur menukar selera risiko
mereka dan berpindah kepada aset‐aset pelaburan yang lebih selamat. Bagi mengatasi krisis
terkini yang dihadapi oleh Greece, Bank Utama Eropah (BUE) dan Tabung Kewangan
Antarabangsa mengumumkan pakej bantuan berjumlah 500 bilion euro melalui “Mekanisma
Penstabilan Eropah” daripada kerajaan‐kerajaan Eropah dengan sumbangan tambahan daripada
Tabung Kewangan Antarabangsa sehingga 250 bilion euro.
Prospek
Walaupun Mekanisma Penstabilan Eropah dan pembelian aset BUE dapat membantu mengawal
limpahan negatif akibat krisis hutang kerajaan asing, tambahan langkah‐langkah kesederhanaan
oleh negara‐negara yang menghadapi ketegangan fiskal paling buruk dijangka akan
menambahkan jurang perbezaan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) di antara
negara‐negara kawasan Eropah dalam 2010.
Masih terdapat kebimbangan terhadap kemampuan menyelesaikan hutang dalam jangkamasa
panjang oleh peminjam‐peminjam warga asing di sekitar Eropah (khasnya Greece, Spain,
Portugal dan Ireland). Dijangkakan indeks tersebut masih mempunyai daya tahan sungguhpun
usaha kuat perlu diperkenalkan oleh negara‐negara gabungan sekitar Eropah memandangkan
kekurangan persaingan, pertumbuhan yang lemah dan hutang awam yang semakin meningkat
yang dijangka tidak mampu ditangani sepenuhnya oleh pakej bantuan tersebut sahaja.
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 16
60.00%
80.00%
100.00%
120.00%
140.00%6/
16/2
008
7/16
/200
8
8/16
/200
8
9/16
/200
8
10/1
6/20
08
11/1
6/20
08
12/1
6/20
08
1/16
/200
9
2/16
/200
9
3/16
/200
9
4/16
/200
9
5/16
/200
9
6/16
/200
9
7/16
/200
9
8/16
/200
9
9/16
/200
9
10/1
6/20
09
11/1
6/20
09
12/1
6/20
09
1/16
/201
0
2/16
/201
0
3/16
/201
0
4/16
/201
0
5/16
/201
0
6/16
/201
0
Per
ubah
an p
ada
nila
i pel
abur
an (%
)
2. INDEKS LOGAM BERHARGA
Nilai Awal (16.06.08)
Suku 1 (16.09.08)
Suku 2 (16.12.08)
Suku3 (16.03.09)
Suku 4 (16.06.09)
Suku 5 (16.09.09)
Suku 6 (16.12.09)
Suku 7 (16.03.09)
Suku 8 (16.06.10)
Purata Pulangan Terkumpul untuk 8 suku
137.08
114.77 (‐16.28%)
122.93 (‐10.32%)
135.46 (‐1.18%)
137.49 (0.29%)
151.96 (+10.85%)
167.27 (+22.02%)
164.88 (+20.28%)
179.72 (+31.10%)
+7.09%
* Pengiraan perubahan peratusan nilai harga dilakukan melalui perbandingan dengan nilai awal.
Tinjauan Prestasi
Selepas merekodkan nilai terendah pada pertengahan tahun kedua 2008, Indeks Logam
Berharga melonjak dan menunjukkan peningkatan berterusan berikutan para pelabur memilih
emas untuk pelaburan yang lebih selamat sehingga mencatatkan pulangan purata positif
terkumpul sebanyak 7.09%. Semasa krisis kewangan, emas terus berperanan sebagai insurans
kepada para pelabur yang menjangkakan kemungkinan potensi pemulihan berbentuk W. Untuk
tempoh tinjauan, harga emas disokong baik melalui kelemahan matawang AS, permintaan dari
China and jangkaan inflasi.
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 17
Pada penghujung 2009, Jawatankuasa Emas Sedunia mengeluarkan data yang menunjukkan
peningkatan pada permintaan emas yang dikenalpasti melebihi 10% pada suku ketiga 2009
terutamanya didorong oleh permintaan terhadap barang kemas yang tinggi.
Prospek
Dari aspek dunia, emas dijangka mampu bertahan walaupun kebimbangan terhadap daya tahan
pemulihan ekonomi berikutan krisis hutang kerajaan masih merupakan satu isu di negara‐negara
sekitar Eropah. Penawaran berkemungkinan kekal ketat berdasarkan pelan‐pelan
pengembangan syarikat‐syarikat penggalian di Australia, negara pengeluar emas yang kedua
besar, yang mana ianya mampu memanfaatkan harga emas dan sekaligus Indeks Logam
Berharga.
Dari sudut ekonomi, walaupun desakan inflasi tidak lagi menjadi isu utama global, harga bagi
emas dan logam berharga lain dipercayai akan tetap tinggi berikutan para pelabur memilih
untuk pelaburan yang lebih selamat.
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 18
20.00%
40.00%
60.00%
80.00%
100.00%
120.00%
6/1
6/2
008
7/1
6/2
008
8/1
6/2
008
9/1
6/2
008
10/1
6/20
08
11/1
6/20
08
12/1
6/20
08
1/1
6/2
009
2/1
6/2
009
3/1
6/2
009
4/1
6/2
009
5/1
6/2
009
6/1
6/2
009
7/1
6/2
009
8/1
6/2
009
9/1
6/2
009
10/1
6/20
09
11/1
6/20
09
12/1
6/20
09
1/1
6/2
010
2/1
6/2
010
3/1
6/2
010
4/1
6/2
010
5/1
6/2
010
6/1
6/2
010
Per
ubah
an p
ada
nila
i pe
lab
uira
n (
%)
3. KOMODITI TEMBAGA
Nilai Awal (16.06.08)
Suku 1 (16.09.08)
Suku 2 (16.12.08)
Suku3 (16.03.09)
Suku 4 (16.06.09)
Suku 5 (16.09.09)
Suku 6 (16.12.09)
Suku 7 (16.03.09)
Suku 8 (16.06.10)
Purata Pulangan Terkumpul untuk 8 suku
8,255.00
6,841.00 (‐17.13%)
3,020.50 (‐63.41%)
3,690.00 (‐55.30%)
5049.00 (‐38.84%)
6,315.50 (‐23.49%)
6,946.00 (‐15.86%)
7,341.50 (‐11.07%)
6,592.50 (‐20.14%)
‐30.65%
*Pengiraan perubahan peratusan nilai harga dilakukan melalui perbandingan dengan nilai awal.
Tinjauan Prestasi
Disebabkan aliran yang menurun dari permulaan sehingga penghujung 2008, kedudukan
Komoditi Tembaga telah pulih dan beransur stabil pada pertengahan tahun kedua 2009. Di
China, pemerhatian awal menunjukkan peningkatan pantas dalam penggunaan adalah
dirangsang oleh aktiviti penambahan stok. Keadaan matawang AS yang semakin lemah,
pertukaran kepada aset‐aset pejal seperti emas dan komoditi‐komoditi berharga, pelaburan
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 19
dana dan pengaruh terhadap pemulihan Organisasi Koperasi Ekonomi dan Pembangunan
kesemuanya telah menyokong dan menaikkan harga tembaga. Walaubagaimanapun, niaga
hadapan tembaga AS telah menurun berikutan data pekerjaan AS yang lebih rendah dari
jangkaan serta kebimbangan mengenai penyebaran krisis hutang di zon Eropah mengakibatkan
nilai Komoditi Tembaga kembali menurun pada penghujung tempoh tinjauan.
Oleh yang demikian, Komoditi Tembaga mencatatkan pulangan purata terkumpul negatif
sebanyak 30.65%.
Prospek
Keadaan pasaran yang lemah dijangka berterusan pada masa akan datang berikutan permintaan
terhadap tembaga yang rendah akibat daripada potensi risiko krisis hutang Eropah terhadap
negara‐negara pengguna tembaga. Sebagai contoh, pemulihan ekonomi yang perlahan di China
mungkin akan melembabkan aktiviti industri yang menjangkakan permintaan yang lemah
terhadap tembaga dan memberikan impak negatif bagi harga Komoditi Tembaga pada masa
akan datang.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh International Copper Study Group, satu organisasi
perantaraan‐kerajaan yang bertujuan membantu meningkatkan ketelusan pasaran tembaga dan
mempromosikan perbincangan antarabangsa dan kerjasama berkenaan isu‐isu tembaga,
mengakui bahawa masih terdapat banyak lagi ketidaktentuan pada harga tembaga di masa
hadapan memandangkan kadar pemulihan ekonomi yang perlahan khasnya di wilayah‐wilayah
penggunaan tembaga yang pernah mengalami kelembapan ekonomi yang ketara dalam tempoh
2008‐2009.
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 20
40.00%
60.00%
80.00%
100.00%
120.00%6
/16
/20
08
7/1
6/2
00
8
8/1
6/2
00
8
9/1
6/2
00
8
10
/16
/20
08
11
/16
/20
08
12
/16
/20
08
1/1
6/2
00
9
2/1
6/2
00
9
3/1
6/2
00
9
4/1
6/2
00
9
5/1
6/2
00
9
6/1
6/2
00
9
7/1
6/2
00
9
8/1
6/2
00
9
9/1
6/2
00
9
10
/16
/20
09
11
/16
/20
09
12
/16
/20
09
1/1
6/2
01
0
2/1
6/2
01
0
3/1
6/2
01
0
4/1
6/2
01
0
5/1
6/2
01
0
6/1
6/2
01
0
Pe
rub
ah
an
pa
da
nila
i pe
lab
ura
n (%
)
4. INDEKS EKUITI SAHAM MEWAH ASIA
*Pengiraan perubahan peratusan nilai harga dilakukan melalui perbandingan dengan nilai awal.
Tinjauan Prestasi
Ekuiti‐ekuiti Asia telah menunjukkan peningkatan semenjak suku pertama 2009 walaupun
dengan kadar yang tidak menentu, berikutan kenaikan positif di pasaran ekuiti AS yang
dipengaruhi oleh data pengeluaran yang positif. Dua suku terakhir di Asia (suku keempat 2009
dan suku pertama 2010), di mana pertumbuhan positif di luar jangkaan yang mendadak,
menunjukkan perubahan peningkatan permintaan domestik yang lebih ketara di persekitaran
Nilai Awal
(16.06.08)
Suku 1 (16.09.08)
Suku 2 (16.12.08)
Suku 3 (16.03.09)
Suku 4 (16.06.09)
Suku 5 (16.09.09)
Suku 6 (16.12.09)
Suku 7 (16.03.09)
Suku 8 (16.06.10)
Purata Pulangan Terkumpul untuk 8 suku
480.91
372.24 (‐22.60%)
292.10 (‐39.26%)
255.75 (‐46.82%)
356.03 (‐25.97%)
430.22 (‐10.54%)
438.74 (‐8.77%)
429.13 (‐10.77%)
413.99 (‐13.92%)
‐22.33%
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 21
zon ini. Walaubagaimanapun, kebimbangan mengenai krisis hutang di zon Eropah baru‐baru ini
telah menyebabkan kelemahan prestasi pada pasaran Asia.
Untuk tempoh tinjauan, Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia mencatatkan purata pulangan negatif
terkumpul sebanyak 22.33%.
Prospek
Secara umumnya, momentum dagangan daripada pasaran ekuiti Asia akan dipengaruhi oleh
sejauh mana keyakinan pelabur merosot serta implikasi yang lebih luas ke atas sistem kewangan
akibat dari kebimbangan impak dari krisis hutang kerajaan Eropah.
Dengan komposisi Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia yang mempunyai pegangan saham
khususnya dari Hong Kong, Taiwan dan Singapura, yang mana dua negara terakhir tersebut
adalah antara penyumbang eksport terbesar ke Eropah pada tahun 2009, adalah dijangka
bahawa indeks tersebut akan kekal tidak menentu pada masa hadapan. Walaubagaimanapun,
sekiranya langkah‐langkah yang diambil dapat dilaksanakan secara efisien oleh negara‐negara
persekitaran Eropah, keyakinan pelabur‐pelabur juga dijangka akan pulih sekaligus
meningkatkan prestasi yang lebih baik bagi Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia.
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 22
40.00%
60.00%
80.00%
100.00%
120.00%
6/16
/200
8
7/16
/200
8
8/16
/200
8
9/16
/200
8
10/1
6/20
08
11/1
6/20
08
12/1
6/20
08
1/16
/200
9
2/16
/200
9
3/16
/200
9
4/16
/200
9
5/16
/200
9
6/16
/200
9
7/16
/200
9
8/16
/200
9
9/16
/200
9
10/1
6/20
09
11/1
6/20
09
12/1
6/20
09
1/16
/201
0
2/16
/201
0
3/16
/201
0
4/16
/201
0
5/16
/201
0
6/16
/201
0
Per
ubah
an p
ada
nila
i pel
abur
an (%
)
5. INDEKS HARTANAH JEPUN
Nilai Awal (16.06.08)
Suku 1 (16.09.08)
Suku 2 (16.12.08)
Suku 3 (16.03.09)
Suku 4 (16.06.09)
Suku 5 (16.09.09)
Suku 6 (16.12.09)
Suku 7 (16.03.09)
Suku 8 (16.06.10)
Purata Pulangan Terkumpul untuk 8 suku
1424.31
1177.84 (‐17.30%)
901.18 (‐36.73%)
782.05 (‐45.09%)
884.57 (‐37.89%)
1002.96 (‐29.58%)
866.54 (‐39.16%)
927.16 (‐34.90%)
915.32 (‐35.74%)
‐34.55%
* Pengiraan perubahan peratusan nilai harga dilakukan melalui perbandingan dengan nilai awal.
Tinjauan Prestasi
Tanda‐tanda pemulihan pasaran hartanah Jepun terus ketara pada tempoh tinjauan, bermula
dari suku kedua pada 2009, selaras dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK)
yang memberangsangkan, dari negatif 8.9% tahun ke tahun pada suku pertama 2009, kepada
negatif 1.0% tahun ke tahun pada suku keempat 2009. Walaubagaimanapun, prestasi
pertumbuhan ekonomi mengalami ketidaktentuan berikutan impak dari aktiviti ekonomi global
yang semakin perlahan. Dengan prestasi negatif terkumpul agak tinggi yang dicatatkan
Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myAl‐Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 23
terdahulu, Indeks Hartanah Jepun mencatat purata pulangan negatif terkumpul sebanyak
34.55%.
Prospek
Pakej stimulus kerajaan, serta pengukuhan keuntungan perniagaan dan pemulihan sektor
pekerjaan dijangka menjadi faktor utama dalam membantu memberangsangkan permintaan
domestik dalam semua sektor termasuk hartanah. Berdasarkan keadaan positif ini,
pertumbuhan ekonomi Jepun dijangka berada sekitar 2.6% untuk tahun berakhir sehingga Mac
2011, berbanding unjuran awal pada 1.4%, yang membolehkan Jepun mencapai pertumbuhan
KDNK lebih dari 2% untuk kali yang pertama sejak 2006.
Kerajaan Jepun baru‐baru ini juga telah mengumumkan polisi pengurusan fiskal untuk
jangkamasa panjang yang bertujuan mencapai baki lebihan utama dalam fiskal 2020 bagi
mengelak dari mengalami krisis hutang seperti Greece. Jika pelaksanaan polisi yang
diperkenalkan dapat dilaksanakan dengan baik, prospek positif boleh dikekalkan bagi ekonomi
Jepun untuk mencapai pertumbuhan KDNK lebih dari 2% seperti yang diramalkan, sekaligus
mendorong pemulihan bagi pasaran hartanah.