Upload
frans-fanly
View
228
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
bmmm
Citation preview
Tajuk 12 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai
Tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai
Sinopsis
Tajuk ini mengemukakan dua lagi kemahiran bernilai tambah yang dapat membantu
guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Dua Kemahiran Bernilai Tambah yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah:
· Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
· Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)
Hasil Pembelajaran
3.. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.
Kemahiran Bernilai Tambah
Nota ringkas:
12.1 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
·Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan
TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan
proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
·Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk
tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi
perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui
internet.
Objektif TMK dalam pembelajaran
·
Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap
pelajaran
- Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid
yang pelbagai keupayaan
Meningkatkan motivasi murid·
Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
·
Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperoleh
·
Membolehkan murid mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau
terlalu mahal untuk diperoleh·
Mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan mencabar·
Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu
mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa
12.2 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)
· Merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestatik, visual-
ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis.
· Oleh hal yang demikian, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid
dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan
kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan
yang berbeza
i. Kecerdasan Verbal- Linguistik
· Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan
untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam bentuk lisan atau
penulisan.
· Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka pada makna
yang kompleks
· Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain
· Contoh aktiviti : menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan
ii. Kecerdasan Logik- Matematik
· Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang
menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.
· Indiidu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah
kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat
perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer
dengan cekap
· Contoh aktiviti : menaakul, kiraan, dan membuat analisis
iii. Kecerdasan Muzik
· Membolehkan seseorang mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang
terdapat di persekitaran
· Seseorang dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat
bermain alat muzik, dan menghafal lirik muzik
· Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo
dengan mudah
· Contoh aktiviti : mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, dan berpuisi dengan
iringan muzik
iv. Kecerdasan Kinestetik
· Kebolehan menggunakan tubuh badan untuk menghuraikan idea-idea dan perasaan,
serta menyelesaikan masalah.
· Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan gerak geri, dan
perimbangan tubuh badan
· Contoh aktiviti : pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lakonan
v. Kecerdasan Visual-Ruang
· Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna, dan garisan serta
kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik
· Seseorang itu dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga
dimensi, berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah
dilalui, dan bijak menghubungkaitkan antara objek dan ruang
· Contoh aktiviti : mencorak, melukis, mengukir, dan melakar jalan cerita
vi. Kecerdasan Intrapersonal
· Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat dan
kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi
individu.
· Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan
dan kesedihan
· Contoh aktiviti : menulis tentang diri sendiri, dan menulis puisi tentang diri sendiri
vii. Kecerdasan Interpersonal
· Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain
· Dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara
praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah
· Contoh aktiviti : Menulis secara kolaboratif, dan perbincangan
viii. Kecerdasan Naturalis
· Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian
· Banyak menggunakan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang
terdapat di sekeliling
· Sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan
fauna
· Contoh aktiviti : lawatan, kerja lapangan, dan membaca, mengkaji serta
mengkategorikan flora dan fauna
Kepentingan Kemahiran Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Petunjuk kepada potensi murid
Mempelbagaikan cara penilaian
Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah
Membangunkan bakat dan kebolehan murid
Membangunkan bidang akademik dan kokurikulum murid
Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya
Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan
Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK
dan keperluan murid