TAJUK 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tajuk 2

Citation preview

TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan

TAJUK 2KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan

P.H LAUJABATAN ILMU PENDIDIKANIPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURUKod Etika dan Akauntabiliti KeguruanIntegriti GuruKonsepAkauntabilitiKonsep EtikaKonsep Etika Keguruan MalaysiaAkauntabiliti KeguruanAkauntabiliti terhadap pelajarAkauntabiliti terhadap diri dan profesionAkauntabiliti terhadap ibu bapaAkauntabiliti terhadap masyarakat dan negaraT/jawab terhadap pelajarT/jawab terhadap ibu bapaT/jawab terhadap masyarakat dan negaraT/jawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruanpengenalanDi Malaysia, guru perlu mengikuti Kod Etika Keguruan. Antara taunggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru termasuklah tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat. Manakala guru juga perlu mempunyai akauntabiliti keguruan.Kod etika keguruanKonsep Etika

Perkataan etika atau ethics berasal daripada perkataan Yunani ETHOS yang bererti norma-norma, nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik.definisiMenurut ahli-ahli falsafah, etika merujuk kepada peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain.Prinsip-prinsip moral yang merangkumi ilmu tentang kebaikan dan sifat dari kebenaran (American College Dictionary,1964)Pedoman perilaku dikenal pasti berkaitan dengan tindakan-tindakan manusia dalam bahagian tertentu. - Nikki (2009)Ilmu mengenai sesuatu kewajiban. Bascom (2007)

Kod etika profesionIa merupakan peraturan untuk membantu para guru yang profesioal mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub supaya menjaga imej baik profesionnya.

Hal ini bertujuan memastikan para guru tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini serta mencemarkan imej keguruan.

Fungsi utama kod etika profesionMemberikan pedoman bagi setiap ahli dalam profesion mengenai prinsip profesionalisme yang dirangkakan.

Ia merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan.

Ia membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di luar organisasi profesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.

Kod etika perguruan malaysiaTanggungjawab terhadap pelajarLebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam m/pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yag dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

b) Tanggungjawb terhadap ibu bapaMenghormati t/jawab utama ibu bapa terhadap anak-anak merekaBerusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.c) Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negaraMengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.Menghormati masyarakat di tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala t/jawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat.Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat.Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.d) T/jawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruanMengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan t/jawab kami dengan rajin dan bersunguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion keguruan.Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.Konsep akauntabiliti keguruanAkauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan.

Akauntabiliti Keguruan bermaksud tanggungjawab guru terhadap profesion keguruannya.Akauntabiliti terhadap pelajarGuru hendaklah mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang dalam pencapaian akademik di samping membentuk potensi mereka secara menyeluruh supaya melahirkan pelajar yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, sosial dan fizikal.

Akauntabiliti terhadap diri sendiriGuru harus berpengetahuan luas dan kompeten dalam bidang mata pelajaran yang diajar jika guru bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

Akauntabiliti terhadap ibu bapaGuru yang mempunyai akauntabiliti terhadap ibu bapa perlu melaksankan tugas mendidik dan membentuk modal insan yang berguna kepada masyarakat.

Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negaraGuru bertanggungjawab dan memppunyai akuntabiliti untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin demi mencapai cita-cita dan aspirasi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruanGuru perlu mempunyai hubungan baik dengan rakan sejawat agar imej profesion terpelihara.

Integriti GuruIntegriti merujuk kepada kesempurnaan atau keikhlasan dan kejujuran.

Integriti guru bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.Guru harus mengamalkan Etika Profesion dan Piagam Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang bersistem. Sekian, terima kasih