8
PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas TAJUK 3 PELAKSANAAN PENGAJARAN 3.0 SINOPSIS Perbincangan dalam tajuk ini adalah mengenai huraian kandungan Sukatan Pelajaran Masalah Pembelajaran . Para pelajar akan meneliti Sukatan Pelajaran Masalah Pembelajaran, berbincang serta mentafsir isi kandungannya. 3.1 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i Menjelaskan kandungan Sukatan Pelajaran yang berkaitan dengan bidang pengajian. ii. Menterjemahklan kandungan kurikulum secara umum dan spesifik kepada aktiviti pembelajaran yang bermakna. 3.2 KERANGKA KANDUNGAN PELAKSANAAN PENGAJARAN SUKATAN PELAJARAN & HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PERANCANGAN KURIKULUM BEBANAN TUGAS Kemahiran guru Jawatankuasa dalam organisasi Kandungan

Tajuk 3.Pkb 3111

Embed Size (px)

DESCRIPTION

isu

Citation preview

Page 1: Tajuk 3.Pkb 3111

PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

TAJUK 3 PELAKSANAAN PENGAJARAN

3.0 SINOPSISPerbincangan dalam tajuk ini adalah mengenai huraian kandungan Sukatan

Pelajaran Masalah Pembelajaran . Para pelajar akan meneliti Sukatan Pelajaran

Masalah Pembelajaran, berbincang serta mentafsir isi kandungannya.

3.1 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i Menjelaskan kandungan Sukatan Pelajaran yang berkaitan dengan

bidang pengajian.

ii. Menterjemahklan kandungan kurikulum secara umum dan spesifik kepada

aktiviti pembelajaran yang bermakna.

3.2 KERANGKA KANDUNGAN

Rajah 3: Rangka kursus

PELAKSANAAN PENGAJARAN

SUKATAN PELAJARAN & HURAIAN SUKATAN

PELAJARAN

PERANCANGAN KURIKULUM

BEBANAN TUGAS

Kemahiran guru

Inovasi

Pentafsiran kurikulum

Jawatankuasa dalam organisasi

Bilangan waktu mengajar

Pengkhususan mata pelajaran

Kandungan

Kemahiran

Page 2: Tajuk 3.Pkb 3111

PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

3.3 KANDUNGAN 3.3.1 Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran

Kandungan - Guru pendidikan khas masih mengutamakan kandungan sukatan

pelajaran yang perlu dihabiskan dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Guru

perlu mengetahui keseluruhan kandungan atau kehendak kurikulum yang

digubal demi kebaikan murid-murid. Sukatan pengajaran dan pembelajaran perlu

dikemaskini serta ditambah baik dengan strategi-strategi pengajaran dan

pembelajaran yang baru. Isi kandungan perlu dipertingkatkan, disusun dari aras

mudah ke aras lebih tinggi namun perlu bersesuaian dengan tahap kognitif serta

kebolehan murid-murid pendidikan khas.

Kemahiran – Kemahiran yang hendak diajar perlu dipertingkatkan mengikut

tahap kesediaan belajar murid iaitu daripada mudah kepada kompleks, daripada

pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru dan daripada umum kepada

spesifik. Guru perlu memiliki kemahiran mengajar bagi setiap topik dengan

mengemukakan contoh konkrit serta mudah difahami oleh murid-murid

pendidikan khas. Sebaik sahaja murid-murid sudah menguasai sesuatu

pembelajaran maka kemahiran akan dipertingkatkan.

3.3.2 Perancang KurikulumKemahiran Guru – Kemahiran guru terbahagi kepada empat skop iaitu:-

i) Penyampai ilmu di mana guru perlu sentiasa melengkapkan diri dengan

pelbagai ilmu pengetahuan dan kepelbagaian kemahiran mengajar. Perubahan

peranan guru hari ini adalah seiring dengan perubahan strategi pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah.

ii) PemikirSeseorang guru perlu mampu menyusun idea-idea tersirat serta membuat

tafsiran dan kesimpulan dalam memperolehi ilmu atau kemahiran yang baru

seterusnya boleh memikirkan perkara-perkara yang kreatif, abstrak dan konkrit

seterusnya berperanan sebagai fasilitator dan motivator dalam bilik darjah.

Page 3: Tajuk 3.Pkb 3111

PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

iii) Pengurus Guru perlu bijak mengurus rutin serta keadaan fizikal bilik darjah bagi

memastikan keselesaan murid untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Murid-

murid perlu diurus agar mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran

serta aktiviti yang dilakukan dengan mengikut arahan demi menjamin disiplin

murid-murid terkawal samada di dalam mahu pun di luar bilik darjah.

iv) Perancang yang baik supaya objektif pengajaran dapat dicapai dengan

menentukan objektif pengajaran, memilih isi pelajaran, menentukan strategi dan

kaedah pengajaran dan pembelajaran, memilih bahan-bahan pengajaran serta

menyedia dan menguruskan kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktiviti-

aktiviti pembelajaran.

Perancangan yang dibuat boleh :

i) memotivasikan murid-murid supaya bersedia belajar

ii) memudahkan guru menyampaikan isi pelajaran

iii) membimbing sesuatu aktiviti pelajaran

iv) membantu pengurusan disiplin murid-murid

v) mengaktifkan murid-murid bersoal jawab / interaksi secara positif

vi) membimbing murid menjalankan aktiviti pengukuhan

Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam pelbagai aspek kerja

demi meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil inovasi akan

membawa kepada perubahan sesuatu sistem, prosedur, kaedah dan /atau cara

bekerja.

Isu : i) berkaitan kaedah/pendekatan/teknik pengajaran guru, bahan bantu mengajar

dan sukatan pelajaran pendidikan khas/pemulihan

Page 4: Tajuk 3.Pkb 3111

PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

3.3.3 STRATEGI PELAKSANAANKeberkesanan Kaedah

satu cara atau peraturan membuat sesuatu samada yang bersistem atau yang

biasa

metodologi dan pedagogi yang digunakan oleh pihak guru dalam memastikan

murid-murid dapat mencapai matlamat objektif yang telah ditetapkan

Isu : i) guru kurang mahir mengaplikasi pendekatan pengajaran yang sesuai untuk

murid-murid pendidikan khas hingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam

kalangan ibu bapa yang berpendidikan tinggi

ii) guru tidak profesional, tidak peka dan prihatin terhadap kemampuan dan

keupayaan murid pendidikan khas

iii) murid-murid bosan dan tidak berminat dengan teknik pengajaran

iv) guru-guru menggunakan kaedah kekerasan seperti ugutan menggunakan

rotan dan memukul jika murid tidak mendengar arahan

Bagi mengatasi masalah ini guru perlu mahirkan diri dengan aspek pedagogi

serta mengenalpasti perbezaan kognitif serta gaya pembelajaran murid.

Bahan Bantu belajar adalah kelengkapan yang diguna oleh guru untuk memudahkan penyampaian

pengajaran

Isu yang sering timbul ialah kurangnya alat bantu mengajar yang sesuai dan

mengakibatkan murid lewat untuk memahami pembelajaran

bahan bantu mengajar tidak dimanafaatkan sepenuhnya kerana guru kurang

mahir mengaplikasikannya

kedudukan bilik darjah yang terasing dan serba kekurangan dari segi

kelengkapan asas hingga mengakibatkan ketidakselesaan kepada guru dan

murid

Page 5: Tajuk 3.Pkb 3111

PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

Langkah penyelesaian yang boleh diambil ialah pihak bertanggung jawab

perlu menyediakan bilik darjah dan kelengkapan yang mencukupi untuk

keselesaan guru dan murid untuk belajar

Komitmen Guru merupakan sikap dari segi perbuatan atau pendirian sepenuh tenaga dan

perhatian atau sokongan dan azam yang penuh terhadap sesuatu

Isu yang sering timbul ialah guru kurang mendapat bantuan dan sokongan untuk

melaksanakan program pendidikan khas

kurang komited , buat kerja / mengajar sambil lewa serta tidak mempraktikkan

ilmu pendidikan khas dan tidak berminat mengajar murid pendidikan khas

guru aliran perdana bersikap negatif terhadap pelaksanaan pendidikan khas

namun ada yang menawarkan diri untuk mengajar di aliran khas semata-mata

ingin melarikan diri daripada beban tugas di aliran perdana

terdapat juga guru pendidikan khas yang amat terhad pengalaman kerana

semua kerja-kerja yang sepatutnya dibuat oleh guru diserah kepada pembantu

pengurusan murid

bagi mengatasi masalah seperti ini, pihak kementerian perlu memastikan ciri-ciri

guru yang dipilih untuk mengikuti kursus perguruan dalam bidang pendidikan

khas mestilah seorang yang benar-benar berminat untuk mempelajarai bidang

pendidikan khas seterusnya bersedia dan ikhlas mengajar murid-murid

pendidikan khas

3.3.3 BEBANAN TUGAS

Jawatankuasa dalam organisasiAntara tugas guru ialah sebagai penjawat penting di sekolah, sebagai jurulatih

sukan selepas waktu persekolahan dan adakalanya terpaksa mengurus koperasi

sekolah. Seringkali guru di beri pelbagai bebanan tugas tanpa memikirkan

kebajikan guru tersebut. Guru pendidikan khas lazimnya akan diberi waktu

ganti(”relief class”) hampir setiap hari

Page 6: Tajuk 3.Pkb 3111

PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

Bilangan waktu mengajar peruntukan waktu mengajar yang diberikan tidak mencukupi untuk guru

memastikan murid dapat menguasai objektif pengajaran

agihan masa guru Pendidikan Khas :-

i) masa mengajar – 990 minit

ii) masa persediaan (dimasukkann dalam J/W) -120 minit

iii) mas luang (free period) sama seperti guru-guru lain

ramai guru pendidikan khas terlibat dengan aktiviti pendidikan khas yang di luar

bilik darjah dan ini mengakibatkan murid sukar / lambat menguasai sesuatu

kemahiran

Pengkhususan mata pelajaran guru yang dilatih dengan opsyen pendidikan khas tidak diserapkan untuk

mengajar kelas / program pendidikan khas

mengakibatkan kerugian dari segi kebolehan seseorang guru pengkhususan

pendidikan khas untuk mengaplikasi ilmu yang dipelajari serta kelancaran

pelaksanaan program pendidikan khas di sekolah