37
BT 3106 REKA BENTUK PAKAIA Tajuk 6 Membuat Pakaian NG ZHAO KEI FAM YEN LING PUSPANATHAN (PISMP RBT SEM 3)

Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

Tajuk 6Membuat Pakaian

NG ZHAO KEIFAM YEN LINGPUSPANATHAN

(PISMP RBT SEM 3)

Page 2: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Lakaran

Stail Pakaian

Page 3: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Lakaran stail pakaian• Lakaran stail

pakaian hadapan dan belakang dibuat dengan menggunakan ukuran badan.

• Lakaran hendaklah jelas mengikut stail pakaian dan mempunyai proses jahitan.

Page 4: Tajuk 6 - Membuat Pakaian
Page 5: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Mengambil

Ukuran Badan

Page 6: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Ukuran yang tepat akan menghasilkan pakaian yang elok terbentuk dan selesa

dipakai.

Mengambil ukuran badan

Page 7: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Teknik mengambil ukuran badan adalah seperti berikut:

a. Ukuran badan perlu diambil oleh orang lain untuk memastikan ukuran yang tepat.

b. Semasa mengambil ukuran badan, perlu berpakaian ringkas dan memakai pakaian asas yang selesa.

c. Berdiri tegak.d. Menandakan ukuran pinggang dengan mengikat tali atau pita.

Menggunakan pita ukur yang kukuh dan jelas nombornya.e. Memakai kasut yang sesuai dengan fesyen pakaian yang

hendak dibuat.f. Ukuran hendaklah tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.g. Merekodkan ukuran yang diambil. Mulakan bahagian

melintang diikuti dengan bahagian menegak.

Page 8: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Cara mengambil ukuran badan

• Garisan melintangBahagian badan Cara mengukur

Leher Ukur keliling pangkal leher.

Bahu Ukur dari sendi bahu kanan ke sendi bahu kiri.

Dada Ukur keliling dada melalui mercu dada.

Page 9: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Bahagian badan Cara mengukur

Bidang hadapan Ukur dari pangkal ketiak kanan ke pangkal ketiak kiri, iaitu kira-kira 5 cm – 6 cm dari pangkal leher.

Bidang belakang Ukur dari pangkal ketiak kiri, iaitu kira-kira 10 cm dari pangkal leher.

Pinggang Ukur keliling pinggang yang telah diikat.

Page 10: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

• Garisan MenegakBahagian badan Cara mengukur

Bahu ke mercu dada Ukur dari pangkal leher ke mercu dada.

Garisan tengah belakang Ukur dari pangkal leher ke garis pinggang.

Jarak mercu dada Ukur jarak dari mercu kanan ke mercu kiri.

Page 11: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Punggung Ukur keliling punggung melalui bahagian yang paling besar, iaitu kira-kira 18 cm – 20 cm dari garis pinggang.

Keliling hujung lengan Ukur keliling hujung lengan.

Labuh skirt atau seluar Ukur dari garis pinggang hingga paras labuh yang dikehendaki.

Page 12: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Labuh baju Ukur dari pangkal leher ke labuh baju yang dikehendaki.

Labuh lengan Ukur dari sendi bahu ke pergelangan tangan dengan membengkokkan lengan.

Page 13: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Tanda-tanda

Pola

Page 14: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Tanda-tanda pola

Setiap pola ditanda dengan simbol untuk membantu mendapatkan ketepatan bagi setiap langkah

membuat pakaian seperti semasa menyusun atur pola, menggunting,

menyambung bahagian pakaian, dan juga ketika membuat

pengubahsuaian.

Page 15: Tajuk 6 - Membuat Pakaian
Page 16: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Nama Simbol Keterangan

Ira Lurus Garis lurus yang mempunyai tanda anak panah di kedua-dua hujung. Apabila meletak pola ke atas fabrik, tanda ini hendaklah diletak selari dengan benang lungsin/ira lurus tepi fabrik.

Tanda Lipatan Tiga bulatan kecil. Tepi pola yang mempunyai tanda ini hendaklah diletakkan pada lipatan fabrik.Tanda kepala anak panah ini hendaklah diletakkan pada lipatan fabrik yang dilipatkan selari dengan benang lungsin/ira lurus.

Page 17: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Tanda Imbang

Tanda yang berbentuk pucuk rebung dibuat pada garis menggunting. Tanda ini memberi panduan apabila mencantum kepingan fabrik sebelum dijahit.

Garis Pemadan

Garis putus-putus dibuat 15 mm – 20 mm dari garisan gunting. Kepingan fabrik hendaklah dijahitkan pada garis ini apabila mencantum.

Garisan Gunting

Garisan yang padat dan selari dengan garis pemadan. Fabrik hendaklah digunting pada garisan ini.

Page 18: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Basi kelim/ Basi jahitan

Ruang di antara garisan gunting dan garisan pemadan berjarak 15 mm – 20 mm.

Lisu Pemadan Garis putus bersambung dengan titik hitam dalam bentuk V atau segi tiga. Garisan lurus pada bahagian tengah ialah garis lipatan lisu.Lisu pemadan juga boleh ditunjukkan dengan lubang kecil berbentuk V atau segi tiga.

G.T.H.G.T.B.

Garis Tengah Hadapan.Garis Tengah Belakang.

Page 19: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Lubang Butang

Garis lurus yang mempunyai lubang kecil di bahagian hujungnya yang terletak di G.T.H./G.T.B.

Butang Kedudukan butang.

Ubahsuai Dua garis selari menunjukkan garis pengubahsuaian pola, iaitu bahagian pola yang hendak dipanjangkan, pendek, besar, dan kecil.

Page 20: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Pengubahsuaian

Pola

Page 21: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Mengecil Blaus / Kemeja

1. Tandakan garisan pengubahsuaian. 2. Lipatkan pola pada garisan pengubahsuaian

mengikut ukuran yang hendak dipendekkan. 3. Bentuk semula garisan pemadan.

Page 22: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Membesarkan Blaus / KemejaBADAN

1. Gariskan satu garisan menegak di tengah garisan bahu.

2. Gunting garisan tersebut.

3. Letakkan jalur kertas di antara kedua-dua keping pola untuk mendapatkan besar yang dikehendaki.

4. Bentukkan semula garisan bahu dan garisan pinggang.

Page 23: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Membesarkan Blaus / KemejaLENGAN

1. Gariskan satu garisan menegak di tengah garisan kepala lengan.

2. Gunting garisan tersebut.

3. Letakkan jalur kertas di antara kedua-dua keping pola untuk mendapatkan besar yang dikehendaki.

4. Bentukkan semula garisan kepala lengan dan pergelangan tanagn.

Page 24: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Memanjangkan Skirt

1. Tandakan garisan pengubahsuaian.2. Gunting pada garisan pengubahsuaian tersebut. 3. Selitkan kertas di antara kepingan pola untuk

mendapatkan ukuran yang dikehendaki. 4. Bentuk semula garisan pemadan dan garisan

gunting.

Page 25: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Memanjangkan Lengan

1. Gariskan satu garisan melintang yang bersudut tepat di antara kepala lengan dan pergelangan tangan.

2. Gunting garisan tersebut. 3. Ia juga boleh diubah dengan membuat dua

garisan iaitu satu di antara kepala lengan dan siku dan satu lagi di antara siku dan pergelangan tangan.

4. Letakkan jalur kertas di antara kedua-dua keping pola untuk mendapatkan panjang yang dikehendaki.

5. Bentukkan semula garisan pemadan dan garisan gunting.

Page 26: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Membentang

&

Menyusun Atur Pola

Page 27: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

1. Susun kepingan pola yang besar dahulu diikuti pola yang kecil.

2. Sematkan pola fabrik menyerong pada penjuru dengan peniti tajam menghala ke sebelah dalam.

3. Sematkan pola yang mempunyai tanda lipatan tepat di atas lipatan fabrik.

4. Jangan angkat fabrik ketika menyusun atur di atas fabrik.

Page 28: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Menggunting

Menjahit

Dan

Menekan

Page 29: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

TEKNIK MEMBUAT PAKAIANPersediaan sebelum menyusun atur pola di atas fabrik• Pastikan pola tidak berkedut• pola telah diubah suai mengikut stail dan

ukuran yang dikehendaki• fabrik telah dikecutkan jika perlu• kedua hujung fabrik telah diluruskan

Page 30: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Membentang fabrik

• dapatkan permukaan yang luas dan rata unutk membentang fabrik

• kenalpasti sebelah luar dan sebelah dalam fabrik

• kenalpasti corak fabrik. Sekiranya fabrik bercorak jalur atau bercorak dan pastikan corak dipadankan di kelim.

Page 31: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

Menyusun atur pola

• fabrik dilipat dengan sebelah luar bertemu dan pola disusun di atas sebelah dalam fabrik.

• apabila sekeping pola sahaja yang perlu digunting, susun pola di sebelah laur fabrik.

• pastikan pola dibentang dengan tanda ira lurus selari dengan ira lurus fabrik. ukur dari tepi untuk ketepatan.

• susun atur semua kepingan pola di atas fabrik sebelum menggunting untuk memastikan setiap kepingan pola dapat dimuatkan di atas fabrik.

Page 32: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

MENGGUNTING

• Setelah pola disematkan pada fabrik,menggunting boleh dilakukan.

• Peraturan menggunting fabrik ialah :1. gunting fabrik mengikut garisan gunting2. gunting kepingan yang besar dahulu,diikuti kepingan

yang kecil3. semasa menggunting,gunakan sebelah tangan untuk

menekan dan menetapkan kepingan fabrik yang digunting.

4. elakkan mengangkat fabrik ketika menggunting fabrik.

Page 33: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

LANGKAH MENJAHIT DAN MENEKAN

• Selepas menggunting,jahit kemas tepi di semua tepi kepingan fabrik kecuali garis leher dan garis pinggang.

• Langkah menjahit kebaya :– Langkah 1 : Jahit lisu cekung badan hadapan dan badan

belakang– Langkah 2 : Cantum kelim bahu menggunakan kelim

belah kangkung– Langkah 3 : Sediaknan lapik belakang dan lapik hadapan– Langkah 4 : Sediakan lidah belah

Page 34: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

– Langkah 5 : Jahit lapik ke garis leher dan siapkan belah berlapik

– Langkah 6 : Jahit kelim rusuk– Langkah 7 :Sediakan lengan– Langkah 8:Cantum lengan ke lubang lengan dan

kemaskan kelepet di bawah kebaya– Langkah 9 : Kemaskan hujung pakaian dengan

kelepet melengkung– Langkah 10 : Menjahit butang katup di belah berlapik– Langkah 11 : Tekan seluruh bahagian pakaian

Page 35: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

• Langkah menjahit skirt– Langkah 1 : Jahit lisu pemadan di garis pinggang skirt– Langkah 2 : Cantum bahagian kiri dan bahagian

kanan skirt hadapan– Langkah 3 : Jahit kelim sisi– Langkah 4 : Jahit zip belah berzip– Langkah 5 : Sediakan dan jahit ikatan pinggang– Langkah 6 : Jahit kelepet dihujung skirt– Langkah 7 : Menjahit cangkuk dan palang

Page 36: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

VIDEO

Page 37: Tajuk 6 - Membuat Pakaian

SEKIANTERIMAKASIH