12
Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah 8 9 Oktober 2012 / 22 - 23 Dzul Qaedah 1433H Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur Anjuran: Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) 1 Pembentang bertugas sebagai Ketua Eksekutif ISSI Malaysia boleh dihubungi melalui [email protected] Tajuk: Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung SeranganPasca-Modenisme Pembentang: Dr Amran Muhammad 1

Tajuk: Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung SeranganPasca … · ilmu yang kekal benar dan juga kebenaran yang hakiki bagi kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tajuk: Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung SeranganPasca … · ilmu yang kekal benar dan juga kebenaran yang hakiki bagi kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini

Tema:

Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah

8 – 9 Oktober 2012 / 22 - 23 Dzul Qaedah 1433H

Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur

Dr Amran Muhammad1

Anjuran:

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

1 Pembentang bertugas sebagai Ketua Eksekutif ISSI Malaysia boleh dihubungi melalui [email protected]

Tajuk: Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung SeranganPasca-Modenisme

Pembentang: Dr Amran Muhammad1

Page 2: Tajuk: Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung SeranganPasca … · ilmu yang kekal benar dan juga kebenaran yang hakiki bagi kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini

__________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung Serangan Pasca-Modenisme Muka surat 1

Dakwah Islamiyyah dalam membendung seranganPasca-Modenisme2

Dr Amran Muhammad3

ISSI MALAYSIA4

1. Senario serangan Pasca-Modenisme terhadap Ahlusunnah wal Jama’ah

Serangan pemikiran Pasca-Modenisme terhadap kefahaman dan penghayatan

Islam yang dianuti oleh hampir 90% umat Islam diseluruh dunia yang lebih dikenali

sebagai Ahlusunnah wal Jama’ah pada hari ini datangnya dari tiga penjuru. Pertama,

serangan yang datang dari musuh-musuh Islam itu sendiri terutamanya di kalangan

Kristian dan Yahudi melalui pemikiran dan peradaban Barat yang sentiasa mencari

peluang merosak dan memusnahkan kefahaman dan penghayatan Islam Ahlusunnah

wal Jama’ah sejak dari dahulu kala lagi. Kedua, serangan yang datang melalui

golongan sedia ada sekular-liberal di kalangan umat Islam yang telah menukar corak

serangan mereka dari pemikiran Modenisme dahulunya kepada pemikiran Pasca-

Modenisme hari ini yang mereka anggap lebih sesuai dan berkesan untuk menukar

pegangan umat Islam ketika ini. Dan ketiga, yang agak malang, serangan yang datang

melalui batang-tubuh umat Islam yang terdiri dari kelompok-kelompok aktivis dan

gerakan (harakah) dakwah Islamiyyah yang telah terpesona dan terpedaya dengan

hujah-hujah Pasca-Modenisme secara sedar mahu pun tidak sedar akibat dari

kecetekan dan kekeliruan kefahaman mereka terhadap Islam itu sendiri ataupun

disebabkan kepentingan-kepentingan politik semasa dalam kemelut mencari

pengaruh dan kuasa demi survival politik mereka.

Serangan tiga penjuru pemikiran Pasca-Modenisme terhadap kefahaman dan

penghayatan Islam dihadapi pula oleh golongan Ahlusunnah wal Jama’ah dalam dua

bentuk. Bentuk pertama, serangan pemikiran Pasca-Modenisme dari dimensi

intelektual-epistemologikal menggunakan senjata relativisme/kenisbian ilmu dan

kebenaran, meliputi usaha-usaha menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap sifat

thubut/tetap/berkekalan ajaran-ajaran Islam. Malah mereka mempertikaikan

keupayaan ajaran-ajaran aqidah, shari’ah dan akhlak Islam untuk terus benar

melangkaui zaman dan lingkungan. Bentuk kedua, serangan Pasca-Modenisme dari

dimensi praktikal-sosiologikal menggunakan senjata pluralisme/kesamarataan cara-

2Dibentangkan di Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012M sempena Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke-4 bertemakan Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah pada 8 dan 9 Oktober 2012 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT). 3Pembentang bertugas sebagai Ketua Eksekutif ISSI Malaysia boleh dihubungi melalui [email protected] 4 Islamic and Strategic Studies Institute Berhad atau ISSI Malaysia beralamat di No.10-1, Wisma Menjalara, Jalan 7A/62A, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur, sebuah badan penyelidikan mengenai Islam dan isu-isu strategik berorientasikan tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah boleh dilawati pada www.issimalaysia.org.my

Page 3: Tajuk: Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung SeranganPasca … · ilmu yang kekal benar dan juga kebenaran yang hakiki bagi kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini

__________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung Serangan Pasca-Modenisme Muka surat 2

hidup dan amalan-budaya, meliputi pelbagai gerakan sosial yang mengangkat tinggi

fenomena-fenomena trans/lintas-aktiviti seperti faham agama transcendental, aktiviti

transgender dan transexual dan seumpamanya. Mereka seolah-olah mengalami

pencerahan baru dalam pelbagai aktiviti kehidupan dari pegangan akidah sehinggalah

ke amalan seksual. Ketika serangan intelektual-epistemologikal ditujukan lebih

kepada golongan bijak-pandai di kalangan ahli akademik dan inteligensia umat Islam

khususnya yang berada di institusi-institusi pembelajaran, serangan praktikal-

sosiologikal dihalakan kepada golongan masyarakat awam di kalangan remaja-belia

yang mudah terpengaruh dan para aktivis, profesional dan artisan yang mudah

terpesona dengan kehidupan permisif lagi liberal diakibatkan juga dari kejahilan

mereka terhadap Islam.

Serangan intelektual-epistemologikal dan praktikal-sosiologikal Pasca-

Modenisme ini menjadi lebih intensif sifatnya dan dahsyat kesannya bila ia dilatari

oleh gelombang globalisasi dan liberalisasi sejagat yang sedang pula dipacu hebat

oleh teknologi komunikasi maklumat dan media sosial mutakahir. Melalui kemudahan

teknologi dan media terkini, atas nama demokrasi, kebebasan dan hak-hak asasi

manusia yang tidak dipertikaikan langsung falsafah yang mendasarinya, yang dibawa

oleh arus-deras globalisasi dan liberalisasi tajaan Barat, sebahagian dari umat Islam

begitu tersirna termasuklah para aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah dengan

fahaman dan amalan yang baru diperkenalkan kepada mereka yang mereka anggap

sebagai ’reformation’ – penstrukturan semula atau ’enlightenment’ pencerahan baru

kehidupan beragama mereka. Maka akhirnya lama-kelamaan berlakulah proses

”desensitisasi”, ”normalisasi” dan akhirnya ”habituasi” umat Islam terhadap perkara-

perkara yang pada asalnya suatu yang begitu bertentangan dalam fahaman dan

amalan keislaman mereka. Lihat sahajalah mutakhir ini bagaimana sebahagian dari

kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah yang begitu mesra

bersahabat dan saling lengkap-melengkapi dengan kelompok-kelompok aktivis dan

gerakan sekular-liberal malah juga dengan golongan yang sedia dikenali anti-Islam

bukan sahaja dari sudut pemikiran malah juga tindak-tanduk yang tidak mungkin

dibayangkan 30 tahun yang lalu ketika gerakan dakwah Islamiyyah berada

dikemuncak keyakinan dan ketegasan mereka di Tanahair. Serangan pemikiran Pasca-

Modenisme jelas sekali telah berjaya merungkaikan pegangan epistemologi wujudnya

ilmu yang kekal benar dan juga kebenaran yang hakiki bagi kelompok-kelompok

aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini kepada kebenaran ilmu berubah-ubah itu

bergantung kepada keadaan dan konteks semasa. Disamping itu serangan pemikiran

Pasca-Modenisme juga berhasil menggalakkan sikap ”merestui” atau ”meredhai”

amalan-amalan baru yang melampaui dari amalan-amalan tradisi kehidupan manusia

beragama di kalangan para aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah itu sendiri.

Page 4: Tajuk: Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung SeranganPasca … · ilmu yang kekal benar dan juga kebenaran yang hakiki bagi kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini

__________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung Serangan Pasca-Modenisme Muka surat 3

Melihat kepada cara-berfikir “baru” dan tindak-tanduk “aneh” aktivis dan

gerakan dakwah Islamiyyah yang telah sekian lama berkecimpung dalam harakah dan

jamaah Islam di Tanahair, mungkin tidak keterlaluan untuk disebut bahawa aktivis

dan gerakan dakwah Islamiyyah yang suatu ketika dahulu pernah diangkat sebagai

jurubicara umat atau elemen sedar dalam batang tubuh umat, tegas dan tuntas

mempertahankan akidah Islam, tidak sekali-kali berkompromi dalam hal-hal pokok

agama Islam, sangat peka dan sensitif terhadap sebarang perkara-perkara yang

menganggu-gugat martabat dan maruah Islam, kini menjadi begitu apologetik,

pembekal justifikasi malah menjadi “pak turut,” bahkan mempertahankan secara

terbuka idea-idea songsang mengenai Islam yang digembar-gemburkan oleh pelopor-

pelopor Pasca-Modenisme beragama di Malaysia. Akibatnya aktivis dan gerakan

dakwah Islamiyyah menjadi merudum integriti dan kredibilitinya dikalangan umat

Islam di Tanahair. Malah menjadi lebih parah bila aktivis dan gerakan dakwah

Islamiyyah menjadi agen dan katalis mengelirukan kefahaman dan pegangan umat

Islam terhadap sifat asasiah dari ajaran-ajaran agama Islam. Ternyata serangan

pemikiran Pasca-Modenisme dari dimensi intelektual-epistemologikal telah

membankrupkan daya-fikir kritis dan kritikal sebahagian dari para aktivis dan gerakan

dakwah Islamiyyah manakala serangan pemikiran Pasca-Modenisme dari dimensi

praktikal-sosiologikal telah memusnahkan tata-cara kehidupan mulia yang berasaskan

tradisi beragama sejak turun-temurun.

2. Memposisikan semula Ahlusunnah wal Jama’ah menghadapi Pasca-

Modenisme

Berdepan dengan fenomena yang menyedihkan yang menimpa sebahagian

besar dari kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah semasa sewajarnya satu

kesedaran baru dibentuk di kalangan aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah yang

masih memiliki mata hati yang dapat membezakan antara kebenaran yang hakiki dan

kebatilan yang diselaputi dengan kebenaran yang palsu khususnya yang muncul,

berkembang dan disebarluaskan melalui agenda dan propaganda Pasca-Modenisme.

Sekiranya tragedi ini tidak diberi perhatian, maka amat dibimbangi para aktivis dan

gerakan dakwah Islamiyyah akan terus hanyut dek ketaksuban kepada individu

tertentu atau dek kepentingan politik sempit ke lembah kehinaan menggadaikan

prinsip-prinsip dan tuntutan-tuntutan Islam semata-mata untuk memperolehi kuasa

dan harta duniawi yang sementara ini.

Page 5: Tajuk: Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung SeranganPasca … · ilmu yang kekal benar dan juga kebenaran yang hakiki bagi kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini

__________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung Serangan Pasca-Modenisme Muka surat 4

Justeru, pembinaan gagasan dakwah Ahlusunnah wal Jama’ah bagi

menghadapi serangan Pasca-Modenisme dalam kedua-dua dimensinya iaitu

intelektual-epistemologikal dan praktikal-sosiologikal memerlukan satu proses

pembelajaran dan penegasan semula definisi dan aplikasi kefahaman dan

penghayatan Ahlusunnah wal Jama’ah seperti yang termaktub dalam kitab-kitab

muktabar dan dihayati oleh golongan Ahlusunnah wal Jama’ah dalam tradisinya yang

panjang sejak zaman-berzaman sehinggalah zaman kemerosotannya terutamanya

semenjak tahun 1970an dalam konteks kebanyakkan masyarakat dunia umat Islam

semasa. Secara ironisnya kebangkitan fenomena al-wa’yu al-Islamiy melalui

kemunculan para aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah disekitar tahun 1970an

tersebut juga menandakan bermulanya kemerosotan dinamika tradisi Ahlusunnah wal

Jama’ah dalam konteks kehidupan sosio-politik beragama umat Islam diseluruh dunia.

Meskipun umat Islam semasa sedang mendepani serangan Pasca-Modenisme

dan gagasan dakwah khusus bagi menghadapi serangan Pasca-Modenisme mestilah

dirumuskan, persoalan lebih mendalam yang melatari begitu mudahnya Pasca-

Modenisme menghinggapi batang-tubuh aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah

semasa perlulah diberi perhatian. Malah tidaklah keterlaluan untuk dinyatakan

bahawa akar dan punca yang menyebabkan aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah

terpedaya dengan tipu-daya Pasca-Modenisme boleh ditelusuri seawal bermulanya

kebangkitan wa’yu Islam itu sendiri. Sebenarnya serangan Modenisme yang melatari

kebangkitan wa’yu Islam telah menghinggapi batang-tubuh aktivis dan gerakan

dakwah Islamiyyah lebih dahulu lebih 30 tahun sebelum kemunculan serangan baru

Pasca-Modenisme kira-kira sedekad yang lepas sehingga ke hari ini.

Kira-kira 40 tahun dahulu, semangat zaman atau ‘zeitgeist’ generasi muda

Islam di pusat-pusat pengajian tinggi yang memberi peluang bagi mereka

memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi umat ialah terbitnya fenomena wa’yu Islam

dengan slogan Islam sebagai Ad-Din. Dalam konteks generasi muda Islam Melayu

terpelajar di Malaysia, 1960’an dan 1970’an merupakan era kesedaran dan

kebangkitan dakwah Islamiyyah bercorak harakah yang diinspirasikan dari

pengalaman Ikhwan al-Muslimun di Mesir dan Jama’at Islami di Pakistan. Disaat inilah

bermula apa yang disebut sebagai zaman kebangkitan dakwah dan harakah

Islamiyyah di Tanahair yang mencapai kemuncaknya dalam tahun 1980’an menarik

minat generasi terpelajar Melayu Islam untuk kembali mendekati, memahami,

menghayati dan memperjuangkan Islam dalam pelbagai dimensi kehidupan.

Memasuki era 1990’an, gerakan kebangkitan Islam ini telah menghasilkan pelbagai

bentuk pencapaian termasuklah pembentukan pelbagai institusi Islam selain dari

penyebaran amalan kehidupan Islam yang mempengaruhi kehidupan umat.

Page 6: Tajuk: Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung SeranganPasca … · ilmu yang kekal benar dan juga kebenaran yang hakiki bagi kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini

__________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung Serangan Pasca-Modenisme Muka surat 5

Disebalik pelbagai pencapaian yang boleh dibanggakan dalam menimbulkan

kesedaran dan penghayatan Islam di kalangan masyarakat dalam tempoh 40 tahun

yang lalu, fenomena wa’yu Islam berorientasikan harakah Islamiyyah yang digerakkan

oleh aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini terdapat beberapa perkara yang jika

dinilai secara lebih terperinci dan mendalam akan menampakkan kelompongan yang

sangat menyerlah terhadap kefahaman dan penerimaan aktivis dan gerakan dakwah

Islamiyyah terhadap tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah. Mengimbas kembali korpus dan

literatur rujukan dan pengisian aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah sepanjang 40

tahun yang lalu menunjukkan sikap sambil lewa terhadap keperluan untuk menggali

kekayaan khazanah keilmuan Ahlusunnah wal Jama’ah sepanjang 1400 tahun yang

lalu. Buktinya sehingga ke hari ini, umat Islam di Malaysia masih belum ditemukan

kepada ahli yang pakar di kalangan ulama dan intelektual hasil didikan aktivis dan

gerakan dakwah Islamiyyah yang menguasai tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah

sekaligus memandu umat mengikuti tradisi ini. Kegagalan aktivis dan gerakan dakwah

Islamiyyah melahirkan sekumpulan aktivis dan da’i yang juga sarjana dalam tradisi

Ahlusunnah wal Jam’ah menyebabkan kekuatan intelektual-epistemologikal mereka

lemah bila berhadapan dengan cabaran dan kemelut serangan pemikiran Modenisme

dahulu dan kini Pasca-Modenisme.

Secara mudahnya semangat zaman bagi aktivis dan gerakan dakwah

Islamiyyah untuk 40 tahun yang lalu ialah bahawa Islam itu mudah dan perlu

dipermudahkan. Kembali kepada Islam ialah kembali terus dan langsung kepada Al-

Qur’an dan Al-Sunnah. Apa yang disebut sebagai Islam tradisional dengan segala

keperluan untuk merujuk kepada ulama silam, berpegang kepada mazhab dan ijmak,

kesemuanya ini bukanlah Islam yang murni malah membebankan dan menjadi punca

kemunduran umat Islam beberapa abad yang lalu. Tanpa disedari, kefahaman dan

penghayatan aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah telah diresapi dengan pemikiran

Modenisme dalam ertikata menolak peranan otoriti dan tradisi dalam tafsiran dan

kehidupan beragama. Ini tidak termasuk penolakkan-penolakkan yang ma’aruf lagi

maklum di kalangan aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah terhadap faham-faham

akidah Ash’airah, fiqh mazhab yang empat dan tasawuf yang muktabar dalam tradisi

Ahlusunnah wal Jama’ah. Sekiranya disimpulkan secara teliti, jelas sekali sikap-sikap

penolakkan dan paling tidak, perasaan tidak begitu selesa terhadap perkara-perkara

di atas menjadi pegangan dan pandangan dominan aktivis dan gerakan dakwah

Islamiyyah secara kolektif meskipun tidak semestinya bagi individu di kalangan

mereka. Akibat paling besar dari sikap, pegangan dan kecenderungan sebegini

terhadap tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah telah mengakibatkan aktivis dan gerakan

dakwah Islamiyyah hilang peluang untuk menikmati kekayaan dan kekuatan

intelektual-epistemologikal Ahlusunnah wal Jama’ah yang telah terbukti berupaya

Page 7: Tajuk: Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung SeranganPasca … · ilmu yang kekal benar dan juga kebenaran yang hakiki bagi kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini

__________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung Serangan Pasca-Modenisme Muka surat 6

menangkis pelbagai serangan pemikiran terhadap umat Islam yang terdahulu. Inilah

kerugian paling besar bagi aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah sepanjang 40 tahun

yang lalu disebalik pencapaian-pencapaian sosial-politik dan institusi yang mereka

kecapi yang sebenarnya tidak juga begitu kukuh asas intelektual- epistemologikal

mereka.

Oleh kerana asas-asas serangan Modenisme telah menyerap masuk ke dalam

pemikiran aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah, maka kedatangan serangan Pasca-

Modenisme dengan mudah akan menghinggapi para aktivis dan gerakan dakwah

Islamiyyah kerana Pasca-Modenisme dalam beberapa keadaan memiliki ciri-ciri yang

serupa dengan Modenisme iaitu penolakkan terhadap otoriti dan tradisi dalam

beragama. Yang membezakan antara Modenisme dan Pasca-Modenisme ialah

Modenisme hanya beranggapan pemikiran rasional Barat sebagai yang benar lagi

mutlak sedangkan bagi Pasca-Modenisme tiada satupun kebenaran yang benar dan

mutlak kerana mereka berpegang kepada pluralisme / kesamarataan iaitu semuanya

boleh menjadi benar. Sekali lagi atas ternafinya peluang bagi mereka untuk

berdampingan dengan khazanah tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah, aktivis dan gerakan

dakwah Islamiyyah gagal untuk menghadapi cabaran dan serangan

kenisbian/relativisme serta kesamarataan/pluralisme tajaan Pasca-Modenisme seperti

yang sedang dihadapi oleh umat ketika ini.

Dalam memposisikan semula peranan Ahlusunnah wal Jama’ah dalam

mendepani serangan Modenisme dan Pasca-Modenisme, sikap dan apresiasi yang

betul mestilah dimulakan di kalangan aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah.

Keinginan untuk menggali khazanah dan kekayaan tradisi intelektual-epistemologikal

Ahlusunnah wal Jama’ah akan memberi nilai tambah dan kekuatan baru umat dalam

berhadapan dengan cabaran serangan Modenisme dan Pasca-Modenisme.

3. Beberapa Strategi aktivis dan gerakan dakwah Ahlusunnah wal

Jama’ah

1. Kesungguhan dan iltizam untuk kembali mempelajari, memahami,

menghayati dan mengembangkan khazanah dan tradisi keilmuan

Ahlusunnah wal Jama’ah mestilah menjadi titik-tolak dalam mengatur

strategi mendepani serangan kedua-dua pemikiran Pasca-Modenisme dan

Modenisme. Serangan Pasca-Modenisme seperti juga serangan

Modenisme sebelum ini adalah serangan bersifat pemikiran, keilmuan atau

intelektual-epistemologikal. Pasca-Modenisme dan Modenisme

merosakkan akal-budi umat terlebih dahulu sebelum terjemahannya

Page 8: Tajuk: Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung SeranganPasca … · ilmu yang kekal benar dan juga kebenaran yang hakiki bagi kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini

__________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung Serangan Pasca-Modenisme Muka surat 7

diperlihatkan dalam dimensi praktikal-sosiologikal umat. Menghadapi

serangan intelektual-epistemologikal memerlukan juga jawapan kekuatan

pertahanan intelektual-epistemologikal. Adalah suatu yang merugikan

umat Islam sekiranya aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah enggan untuk

merujuk semula kepada sumber kekuatan pertahanan intelektual-

epistemologikal yang telah terbina sejak 14 abad yang lalu yang sebenarnya

masih hidup subur dikalangan masyarakat Islam yang masih berpegang

teguh kepada tradisi dan khazanah ini meskipun sedikit bilangannya.

Keyakinan yang tidak berbelah-bahagi terhadap keupayaan sumber-

sumber intelektual-epistemologikal Ahlusunnah wal Jama’ah untuk

merungkaikan kekeliruan dan kekalutan yang dikemukakan oleh pemikiran

Pasca-Modenism/Modenisme merupakan pra-syarat awal yang perlu

ditanam dalam jiwa setiap di aktivis dan harakah dakwah Islamiyyah

sebelum langkah seterusnya dilakukan. Perasaan kesangsian,

memperlekehkan, rendah diri, berjiwa kecil terhadap kemampuan sumber-

sumber intelektual-epistemologikal Ahlusunnah wal Jama’ah untuk

menyerang-balas sekaligus menumpaskan pemikiran Pasca-

Modenisme/Modenisme sekiranya ada tidak akan membantu umat

menghadapi penjajahan pemikiran – ghazwatul fikriy yang sedang

memusnahkan kehidupan beragama umat Islam di seluruh dunia.

2. Sikap berjiwa besar dan berbangga terhadap kekayaan khazanah dan

tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah mestilah pula disusuli dengan penyelidikan

dan pengkajian yang serius, berterusan dan berimpak tinggi bagi

melahirkan kesarjanaan Ahlusunnah wal Jama’ah di kalangan aktivis dan

gerakan dakwah Islamiyyah yang kemudiannya memandu perjalanan para

aktivis dan harakah tersebut ke arah pemikiran dan tindakan yang selari

dengan kehendak-kehendak Ahlusunnah wal Jama’ah. Perlu difahami,

kekuatan pertahanan intelektual-epistemologikal memerlu komitmen

masa, tenaga dan harta aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah. Justeru

inisiatif-inisiatif seperti penterjemahan kitab-kitab muktabar Ahlusunnah

wal Jama’ah, program-program penghuraian dan pentafsirannya untuk

pelbagai lapisan umat, penerbitan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian

dan seumpamanya berkehendakkan para aktivis dan gerakan dakwah

Islamiyyah yang mengerahkan bahagian tertentu dalam sistem dan

organisasi mereka untuk menumpukan sepenuh masa ke arah

perlaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut. Hanya dengan cara begini dari segi

jangkapanjangnya nanti terbinalah kekuatan pertahanan intelektual-

epistemologikal umat berasaskan kepada khazanah dan tradisi Ahlusunnah

Page 9: Tajuk: Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung SeranganPasca … · ilmu yang kekal benar dan juga kebenaran yang hakiki bagi kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini

__________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung Serangan Pasca-Modenisme Muka surat 8

wal Jama’ah yang berkeupayaan menghadapi apa bentuk pun serangan

pemikiran-pemikiran baru yang bakal muncul selepas Pasca-

Modenisme/Modenisme ini.

3. Kekuatan pertahanan intelektual-epistemologikal Ahlusunnah wal Jama’ah

yang akan diusahakan tersebut mestilah pula diwaktu yang sama

diperlengkapkan dengan pengukuhan dan pembentukan institusi,

organisasi dan sistem yang akan menangani serangan semasa praktikal-

sosiologikal Pasca-Modenisme. Penginstitusian dan sistemisasi Ahlusunnah

wal Jama’ah dalam hal-hal yang bersangkutan dengan kepentingan umat

dalam institusi-institusi yang sedia ada akan menjadi benteng pertahanan

yang sangat penting melindungi umat Islam dari serangan praktikal-

sosiologikal Pasca-Modenisme. Institusi-institusi yang berlandaskan

pemahaman dan perlaksanaan tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah perlulah

diperkasakan dan diperkembangkan kegiatan-kegiatan mereka sehingga

ternampak jelas impak praktikal-sosiologikal mereka dalam masyarakat

Islam.

4. Aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah mestilah sentiasa berwaspada

terhadap serangan musuh-musuh Islam terutamanya dari golongan

Kristian and Yahudi yang semakin berani menyerap masuk ke dalam sistem

politik dan sosial masyarakat Islam melalui pertubuhan-pertubuhan

masyarakat sivil dan bukan kerajaan atas pelbagai bentuk dan nama.

Aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah mestilah menjadi mata dan telinga

memberitahu umat sekiranya terdapat anasir-anasir musuh-musuh Islam

dari golongan Kristian dan Yahudi ini sedang menyelinap masuk mencucuk

jarum ataupun membuat provokasi yang boleh melemahkan kekuatan

umat.

5. Semenjak dari dahulu lagi para aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah

dakwah berhadapan dengan kelompok-kelompok umat Islam sekular dan

liberal yang enggan menerima hakikat bahawa faham Pasca-Modenisme

sepertimana dahulunya Modenisme tidak pernah mendapat tempat dihati

umat Islam. Justeru golongan ini memperdayakan umat dengan cara halus

dan mereka sentiasanya bimbang akan penolakkan umat terhadap faham-

faham asing ini lalu mereka menuduh umat sebagai jumud, ketinggalan dan

seumpamanya. Umat Islam sekular dan liberal ini tidak akan mampu

menyebarkan kekeliruan dan penyelewengan mereka sekirannya para

aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah bekerja-keras menerangkan kepada

Page 10: Tajuk: Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung SeranganPasca … · ilmu yang kekal benar dan juga kebenaran yang hakiki bagi kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini

__________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung Serangan Pasca-Modenisme Muka surat 9

umat bahaya dan bencana yang bakal menimpa akibat dari menerima

faham Pasca-Modenisme dan Modenisme.

6. Para aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah yang telah termakan racun

berperisa madu Pasca-Modenisme mestilah disedarkan semula kekeliruan

dan kesesatan pemikiran mereka. Mereka mestilah dibawa berhujah dari

perspektif intelektual-epistemologikal yang pada hakikatnya dimensi yang

mereka sangat lemah bagi menjelaskan kepalsuan Pasca-Modenisme

dalam menjawab kemelut kehidupan manusia.

7. Setelah umat menyaksikan pelbagai bentuk ketaksuban (fanatisme) dan

pelampauan (ekstremisme) atas nama Islam, maka sudah sampai masanya

bagi pihak berkuasa pendidikan negara melatih guru-guru subjek agama

Islam dan menyemak kembali kurikulum pendidikan Islam supaya ianya

selari dengan sikap dan pendirian muktabar dalam tradisi Ahlusunah wal

Jama’ah dalam menangani perkara-perkara yang mendasar mengenai

ajaran Islam tentang persoalan aqidah khususnya. Selain dari itu sejarah

perkembangan (historiografi) tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah sewajarnya

diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan Islam kerana perkembangan

tradisis Ahlusunnah wal Jama’ah itu sendiri mempunyai sejarah yang

panjang dan pengajaran yang berguna sehingga ke hari ini. Pengajaran dan

pembelajaran mengenai tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah tidak sewajarnya

dilaksanakan dengan pendekatan kronologikal dan diskriptif semata-mata

kerana kaedah ini menyebabkan tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah akan

dianggap sebagai bahan sejarah semata-mata. Penekanan khusus kepada

dimensi analisis dan tematik terhadap perkembangan tradisi Ahlusunnah

wal Jama’ah akan lebih menimbulkan ciri-ciri kerelevanan dan strategik

tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah untuk umat Islam hari ini. Persoalan

falsafah, metodologi dan motivasi para ulama’ muktabar Ahlusunnah wal

Jama’ah mestilah digarap dan ditonjolkan dalam pengajian tradisi

Ahlusunnah wal Jama’ah supaya ia boleh dimanfaatkan kepada umat ketika

ini.

8. Teknologi komunikasi dan maklumat termasuklah media massa dan sosial

merupakan pemacu dan pemangkin paling berkesan menyebarluaskan

faham Pasca-Modenisme terutamanya kepada generasi muda umat Islam.

Justeru usaha-usaha menyediakan infrastruktur dan infostruktur alternatif

dengan melatih kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah

Islamiyyah supaya berkemahiran bukan sahaja dari sudut teknikal tetapi

juga dari sudut kreativiti dan imaginasi pengisian Ahlusunnah wal Jama’ah

Page 11: Tajuk: Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung SeranganPasca … · ilmu yang kekal benar dan juga kebenaran yang hakiki bagi kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini

__________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung Serangan Pasca-Modenisme Muka surat 10

mestilah dimulakan dari sekarang supaya dalam beberapa tahun akan

datang umat mempunyai pelbagai sumber rujukan Ahlusunnah wal

Jama’ah yang dinamik dan kompetitif di ruang siber menggunakan

teknologi komunikasi terkini.

9. Serangan faham Pasca-Modenisme terhadap dunia umat Islam adalah

serangan global yang ditaja oleh pelbagai kuasa dan pengaruh musuh-

musuh Islam sama ada yang bersifat politik, sosial, ekonomi dan akademik

menggunakan pelbagai cara untuk menyerap masuk dalam masyarakat

Islam dari luar dan dalam menggunakan slogan-slogan demokrasi,

kebebasan dan hak-hak asasi manusia. Justeru sangat perlu digerakkan

juga satu gerakan global dakwah Ahlusunnah wal Jama’ah yang

menggabungkan pendokong-pendokong Ahlusunnah wal Jama’ah bagi

mewujudkan persefahaman pemikiran dan tindakan, peluang-peluang

kerjasama, kemudahan komunikasi dan pertukaran maklumat ke arah

menyebarluaskan kebenaran, kesesuaian dan kerelevanan faham

Ahlusunnah wal Jama’ah dalam menghadapi pelbagai bentuk kepalsuan,

ketaksuban (fanatisme) dan pelampauan (ekstremisme) agama dan bukan

agama mutakhir ini yang membawa manusia ke lembah kehancuran

kemuliaan dan matlamat kehidupan insan sepertimana yang dikehendaki

oleh Allah Maha Pencipta.

10. Akhir sekali, peranan kerajaan bagi sebuah negara yang termaktub dalam

perlembagaannya bahawa Islam adalah Agama Negara perlulah

dipertegaskan kembali. Kedudukan Islam sebagai Agama Negara yang sah

dengan segala peruntukan dan keistimewaan yang disepakati bersama

sewaktu pembentukan sebuah negara di zaman moden seperti Malaysia ini

merupakan anugerah dan nikmat Allah kepada masyarakat Islam seluruh

dunia. Kedudukan ini mestilah dipertahankan dan tidak boleh sama sekali

diganggu-gugat sekiranya kita ingin menyaksikan keamanan dan

kemakmuran negara Malaysia yang kita kecapi selama ini kekal dan

berterusan. Rahsia keamanan, kemakmuran, keharmonian dan kestabilan

yang wujud lebih 55 tahun ini didasari dengan pegangan dan pendirian

Ahlusunnah wal Jama’ah yang menjadi darah-daging bagi umat Islam di

Tanahair dan rantau Asia Tenggara sejak turun-temurun. Hakikat sejarah

bertapaknya tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah secara kukuh untuk sekian

lama mencorak dan mewarnakan kehidupan umat Islam Nusantara dengan

rujukan utama mereka kepada aqidah Asha’irah, fekah mazhab Shafi’e dan

tasawuf al-Ghazali merupa suatu yang unik tetapi terbukti berkesan dalam

jiwa dan sanubari umat sehingga ke hari ini. Kerajaan yang bijaksana akan

Page 12: Tajuk: Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung SeranganPasca … · ilmu yang kekal benar dan juga kebenaran yang hakiki bagi kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini

__________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung Serangan Pasca-Modenisme Muka surat 11

sentiasa mengukuhkan dan mempertahan unsur-unsur yang terbukti

mengekalkan keamanan, kemakmuran, keharmonian dan kestabilan

rakyat. Dan Negara Malaysia adalah bukti nyata bahawa pegangan dan

fahaman Ahlusunnah wal Jama’ah mampu menjadikan negara ini berjaya di

zaman moden ini dan mampu bersaing dipersada antarabangsa serta

dihormati oleh kawan dan lawan.

wallahu a’lam bissawab