13
PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Modul 7 M7-1 Tajuk : PENERBITAN MEJA Sinopsis: Penerbitan Atas Meja atau dipanggil Desktop Publishing membenarkan integrasi teks dan grafik dari pelbagai sumber untuk menghasilkan bahan penerbitan untuk bacaan, pencetakan, atau kegunaan di internet. Bahan-bahan penerbitan yang terbina termasuklah brosur, kad perniagaan, majalah, poster, dan kad jemputan. Beberapa perisian yang biasanya digunakan untuk menghasilkan penerbitan meja termasuklah Microsoft Publisher, Adobe PageMaker dan Microsoft Word. Brosur (Brochure) sering digunakan untuk memberi maklumat umum sesuatu perkara atau peristiwa. Brochure juga lebih mudah dikenai dan dibaca dengan ringkas, oleh itu Brochure menjadi pilihan utama untuk tujuan promosi atau alat penyampaian informasi Untuk kursus ini anda akan menggunakan Microsoft Word untuk membina satu brosur penerbitan digital. . Hasil Pembelajaran : Dengan mengikuti modul ini anda akan dapat: 1. Menghasilkan brosur dengan menggunakan Microsoft Word 2003 atau 2007 2. Memberikan kesan animasi kepada imej dan teks semasa persembahan. 3. Membuat pengubahsuaian bagi menukar dari persembahan berbantu kepada persembahan berterusan tanpa perlu dikawal. Kemahiran Diperlukan: Kemahiran Pedagogi : 1. Guru mempunyai pengetahuan kandungan di dalam bidang ilmu yang diajar. 2. Guru mempunyai pengetahuan tentang cara penyampaian maklumat secara tepat dan tepat dalam media pencetakan digital. Kemahiran Teknikal : 1. Guru mempunyai asas literasi komputer 2. Guru mempunyai kemahiran asas aplikasi Microsoft Word 2003. 3. Guru mempunyai pengetahuan tentang prinsip reka letak bahan dalam penyampaian maklumat dalam media pencetakan digital. 4. Guru berupaya mengendalikan fail media dan grafik.

Tajuk : PENERBITAN MEJA · PDF filemenghasilkan penerbitan meja termasuklah ... Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation ... atau gambar yang anda ada pada fail. Untuk

  • Upload
    doannhu

  • View
    270

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tajuk : PENERBITAN MEJA · PDF filemenghasilkan penerbitan meja termasuklah ... Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation ... atau gambar yang anda ada pada fail. Untuk

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 7 M7-1

Tajuk : PENERBITAN MEJA Sinopsis: Penerbitan Atas Meja atau dipanggil Desktop Publishing membenarkan integrasi teks dan grafik dari pelbagai sumber untuk menghasilkan bahan penerbitan untuk bacaan, pencetakan, atau kegunaan di internet. Bahan-bahan penerbitan yang terbina termasuklah brosur, kad perniagaan, majalah, poster, dan kad jemputan. Beberapa perisian yang biasanya digunakan untuk menghasilkan penerbitan meja termasuklah Microsoft Publisher, Adobe PageMaker dan Microsoft Word. Brosur (Brochure) sering digunakan untuk memberi maklumat umum sesuatu perkara atau peristiwa. Brochure juga lebih mudah dikenai dan dibaca dengan ringkas, oleh itu Brochure menjadi pilihan utama untuk tujuan promosi atau alat penyampaian informasi Untuk kursus ini anda akan menggunakan Microsoft Word untuk membina satu brosur penerbitan digital. . Hasil Pembelajaran : Dengan mengikuti modul ini anda akan dapat:

1. Menghasilkan brosur dengan menggunakan Microsoft Word 2003 atau 2007 2. Memberikan kesan animasi kepada imej dan teks semasa persembahan. 3. Membuat pengubahsuaian bagi menukar dari persembahan berbantu kepada

persembahan berterusan tanpa perlu dikawal. Kemahiran Diperlukan: Kemahiran Pedagogi :

1. Guru mempunyai pengetahuan kandungan di dalam bidang ilmu yang diajar. 2. Guru mempunyai pengetahuan tentang cara penyampaian maklumat secara

tepat dan tepat dalam media pencetakan digital. Kemahiran Teknikal :

1. Guru mempunyai asas literasi komputer 2. Guru mempunyai kemahiran asas aplikasi Microsoft Word 2003. 3. Guru mempunyai pengetahuan tentang prinsip reka letak bahan dalam

penyampaian maklumat dalam media pencetakan digital. 4. Guru berupaya mengendalikan fail media dan grafik.

Page 2: Tajuk : PENERBITAN MEJA · PDF filemenghasilkan penerbitan meja termasuklah ... Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation ... atau gambar yang anda ada pada fail. Untuk

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 7 M7-2

Keperluan Modul :

1. Sistem komputer yang telah diinstall dengan perisian Microsoft Office System 2003 dengan aplikasi Microsoft Word 2003.

2. Fail sokongan berbentuk dokumen teks, audio, video, grafik dan animasi

yang berkaitan. Kandungan :

Aktiviti 1: Prinsip Reka Letak dalam Penerbitan Aktiviti 2: Memasukkan Grafik & gambar Aktiviti 3: Penggunaan fitur Drop Cap Aktiviti 4: Penghasilkan Page Border

Page 3: Tajuk : PENERBITAN MEJA · PDF filemenghasilkan penerbitan meja termasuklah ... Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation ... atau gambar yang anda ada pada fail. Untuk

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 7 M7-3

Aktiviti 1: Prinsip Reka Letak dalam Penerbitan Membina dokumen dengan column Brosur kebiasaannya dibuat dalam bentuk coloum yang boleh dilipat dua atau tiga. Ia betujuan

memudahkan penerima maklumat membaca, mengingat, dan menyimpannya.

lebih mesra pengguna. Microsoft Word mempunyai kemudahan untuk membina lebih dari satu column di dalam dokumen. Penggunaan column ini akan lebih memudah dan menyempurnakan lagi brosur yang dibina

1. Mulakan Microsoft Word 2003.

2. Klik File di Menu Bar, klik Open.

3. Klik pada CDROM dan klik pada folder Bahan_Modul_7

4. Klik pada dokumen Perayaan.doc untuk memulakan pembinaan brosur tersebut.

5. Highlight semua teks pada brosur tersebut dengan mengheret tetikus pada

barisan pertama teks hingga ke barisan terakhir teks.

6. Klik File di Menu Bar dan klik Page Setup dan seterusnya Page Setup akan dipaparkan.

Page 4: Tajuk : PENERBITAN MEJA · PDF filemenghasilkan penerbitan meja termasuklah ... Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation ... atau gambar yang anda ada pada fail. Untuk

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 7 M7-4

7. Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation dan klik OK. Tujuannya

ialah untuk menukar orientasi dokumen dari menegak (portrait) kepada melintang (landscape).

8. Seterusnya, untuk menghasilkan satu brosur yang mempunyai tiga lajur atau

column seperti yang dikehendaki di dalam dokumen, laksanakan arahan Format di Menu Bar dan Klik pada Columns dan tetingkap Columns akan dipaparkan.

9. Kemudian, aktifkan pilihan Three pada bahagian Presets untuk menyediakan tiga

lajur di dalam dokumen anda.

10. Arahan Line between akan membantu anda menyediakan garisan pemisah di antara lajur.

11. Setelah selesai, klik OK dan tiga lajur akan terpapar di skrin. Sekiranya anda

menaip kandungan pada brosur, Microsoft Word akan menyambung teks yang ditaip ke lajur kedua dan ketiga.

Page 5: Tajuk : PENERBITAN MEJA · PDF filemenghasilkan penerbitan meja termasuklah ... Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation ... atau gambar yang anda ada pada fail. Untuk

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 7 M7-5

Aktiviti 2: Memasukkan Grafik & gambar Anda boleh menyisipkan grafik, imej atau gambar ke dalam lajur yang di bina. Grafik yang disisipkan akan menjadi element yang menyempurnakan brosur anda. Anda boleh memilih untuk menyisipkan Clip Art yang sedia ada pada Microsoft Word atau gambar yang anda ada pada fail. Untuk latihan ini, kita akan menggunakan gambar yang terdapar pada folder Bahan_Modul_7.

1. Letakan cursor tertikus pada hadapan barisan pertama teks ”Hari Raya Puasa”. 2. Klik Insert di Menu Bar, klik Picture dan From Files.

Page 6: Tajuk : PENERBITAN MEJA · PDF filemenghasilkan penerbitan meja termasuklah ... Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation ... atau gambar yang anda ada pada fail. Untuk

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 7 M7-6

3. Pada folder Bahan_Modul_7, klik sub folder Grafik dan klik gambar Masjid.gif untuk penyisipan gambar terebut.

4. Klik pada gambar Masjid.gif dengan tertikus untuk mengaktifikannya .

5. Klik Format pada Menu Bar dan klik Picture untuk mendapatkan tetingkap

Format Picture. Melalui tetingkap ini anda boleh mengubah suai saiz gambar dan kedudukan imej

6. Pada tab Size, tetapkan heigh gambar sebagai 3 cm dan secara automatiknya

width gambar tersebut turut berubah.

7. Untuk mendapatkan pilihan pelbagai jenis kedudukan imej, aktifkan tab pilihan Layout di dalam tetingkap tersebut dan anda akan dipaparkan dengan pilihan kedudukan imej.

Page 7: Tajuk : PENERBITAN MEJA · PDF filemenghasilkan penerbitan meja termasuklah ... Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation ... atau gambar yang anda ada pada fail. Untuk

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 7 M7-7

8. Microsoft Word menyediakan lima jenis susun atur imej yang boleh dipilih.

• In line with text Susun atur membolehkan imej berada sebaris dengan teks.

• Square Membolehkan beberapa baris teks berada dalam satu kedudukan dengan imej. • Tight Berfungsi seperti kedudukan Square iaitu membolehkan beberapa baris ayat berada dengan imej, dan teks berada lebih rapat atau mengelilingi imej tersebut. • Behind text Pilihan ini membolehkan imej berad di belakang teks.

• In front of text Kedudukan ini pula akan membolehkan imej berada di hadapan teks dan akan menutup teks tersebut.

9. Untuk latihan ini, pilih Square supaya barisan teks berada dalam satu

kedudukan dengan imej.

10. Ulangi langkah 3 hingga 8 untuk menyisipkan gambar-gambar yang lain

Pada hadapan barisan teks Chinese Lunar Calendar, selitkan ikan_bergambar.gif

Pada hadapan barisan teks Deepavali, selitkan gambar kuil.gif

Pada hadapan barisan teks Gawai Festival, selitkan gambar ngajat.gif

Pada hadapan barisan teks Christmas, selitkan gambar santa.gif

Page 8: Tajuk : PENERBITAN MEJA · PDF filemenghasilkan penerbitan meja termasuklah ... Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation ... atau gambar yang anda ada pada fail. Untuk

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 7 M7-8

11. Pastikan saiz gambar-gambar berkenaan diubah dengan ketinggian 3 cm.

Aktiviti 3: Penggunaan fitur Drop Cap

Drop Cap merupakan fitur tambahan pada Microsoft Word. Ia digunakan untuk menyusun atur teks agar kelihatan lebih menarik untuk dibaca 1. Aktifkan huruf ”J” pada perkataan “Join in the colourful festivals in

Malaysia”.

2. Pada Menu bar, klik Format , pilih arahan Drop Cap.

3. Apabila tetingkap yang berikut dipaparkan, aktifkan kotak pilihan Dropped.

4. Setelah selesai, klik butang OK dan teks anda akan bertukar susun atur dan lebih menarik.

5. Anda juga boleh menjadikan huruf “J” tersebut membesar dua, tiga atau empat

baris, mengikut pilihan anda.

Page 9: Tajuk : PENERBITAN MEJA · PDF filemenghasilkan penerbitan meja termasuklah ... Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation ... atau gambar yang anda ada pada fail. Untuk

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 7 M7-9

Aktiviti 4: Penghasilkan Page Border Penggunaan Page Border bertujuan meletakkan garisan atau kotak (border) mengelilingi brosur sebagai perhiasan.

1. Klik pada Menu bar, laksanakan arahan Format dan klik Border and Shading. 2. Apabila tetingkap Border and Shading dipaparkan, aktifkan tap pilihan Page

Border.

Page 10: Tajuk : PENERBITAN MEJA · PDF filemenghasilkan penerbitan meja termasuklah ... Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation ... atau gambar yang anda ada pada fail. Untuk

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 7 M7-10

3. Seterusnya, pilih jenis garisan yang dikehendaki di ruangan Style dan warna garisan di ruangan Color. Untuk latihan ini, pilih mana-mana corak yang dikehendaki pada ruangan Art.

4. Klik butang OK dan kelihatan brosur anda dikelilingi border bercorak.

Aktiviti 4: Pembinaan Frame Grafik

Drawing tools dalam Microsoft Word digunakan untuk melukis garisan, kotak, anak panah, dan oval. Ia memungkinkan anda menyelitkan text boxes, word art, organizational charts, dan autoshapes. Dalam latihan ini Drawing tools digunakan untuk menghasilkan frame untuk grafik pada brosur.

1. Sekiranya Drawing Tools tidak dipaparkan pada Microsoft Word, pada Menu bar, klik View , pilih arahan Toolbars. Pada Toolbars, klik Drawing. Drawing Toolbar akan dipaparkan.

Page 11: Tajuk : PENERBITAN MEJA · PDF filemenghasilkan penerbitan meja termasuklah ... Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation ... atau gambar yang anda ada pada fail. Untuk

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 7 M7-11

2. Pada drawing tools, klik autoshapes. Pada Basic shapes, pilih Octagon. 3. Posisikan bentuk Oktagon pada pepenjuru kiri bawah brosur.

4. Klik pada Oktagon untuk mengaktifkannya dan pada drawing tools, kilk anak

panah pada Fill Color dan pilih Fills Effect.

Page 12: Tajuk : PENERBITAN MEJA · PDF filemenghasilkan penerbitan meja termasuklah ... Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation ... atau gambar yang anda ada pada fail. Untuk

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 7 M7-12

5. Pada tertingkap Fill Effects, pilih tab Picture.

6. Klik pada butang Select Picture.

7. Pada folder bahan_modul_7, klik sub folder grafik dan pilih gambar

jalur_gemilang..gif.

8. Didapati bahawa gambar jalur_gemilang akan mengikut bentuk oktagon yang dihasilkan.

9. Untuk menambahkan bayang pada imej, klik pada imej untuk mengaktifkannya. 10. Pada drawing tools, pilih shadow style button.

Page 13: Tajuk : PENERBITAN MEJA · PDF filemenghasilkan penerbitan meja termasuklah ... Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation ... atau gambar yang anda ada pada fail. Untuk

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 7 M7-13

11. Pilih bayang yang diingini pada imej bendera tersebut. Untuk latihan ini, pilih bayang yang pertama pada shadow style

12. Anda boleh mengubahsuaikan warna dan kedudukan bayang pada shadow setting.

13. Pada latihan ini, ubahsuaikan warna bayang dengan mengklik shadow color dan menwarnakannya dengan warna merah

Rumusan: Kesimpulan dari latihan ini anda sudah sepatutnya sudah dapat menghasilkan brosur bercetak yang ringkas. Anda boleh menggunakan kreativiti anda dalam menyusun grafik dan menggunakan fon yang sesuai untuk menghasilkan brosur yang lebih menarik..