Upload
lambao
View
242
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
BIDANG PENYELIDIKAN:
PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TAJUK PENYELIDIKAN:
KECERDASAN EMOSI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPIMPINAN KETUA GURU BIMBINGAN
DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH
TAHAP PENYELIDIKAN:
TAHAP AKHIR
SESI KEMASUKAN:
2010/2011
NAMA:
TENGKU ELMI AZLINA BT TENGKU MUDA
DI BAWAH SELIAAN:
PROF. DATUK DR.NORIAH BT ISHAK
DR. SAKINAH BT MOHAMAD
PENGENALAN
Tahap kecerdasan emosi yang tinggi amat penting dalam kerjaya guru bimbingan
dan kaunseling. Goleman (1999) mendefinisikan kecerdasan emosi kaunselor
sebagai kebolehan kaunselor menyedari, mengenalpasti dan mengurus emosinya
sendiri serta menjaga hubungan yang mesra disamping memiliki motivasi kendiri
yang tinggi.
Selain daripada kecerdasan emosi, guru bimbingan dan kaunseling juga perlu
mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi lebih-lebih lagi dalam kalangan guru
bimbingan dan kaunseling telah diberi amanah untuk menjawat jawatan sebagai
ketua guru bimbingan dan kaunseling .
Kecerdasan emosi juga mempengaruhi kepimpinan . Goleman (2005) turut
menyatakan bahawa pemimpin yang mempunyai kekuatan emosi yang baik adalah
pemimpin yang boleh memimpin dan berupaya mengambil hati subordinat.
PENYATAAN MASALAH
Rorlinda (2009) melalui hasil kajiannya berkaitan kecerdasan emosi di kalangan
guru kaunseling di Selangor mendapati guru kaunseling memperoleh skor
sederhana pada empat domain kecerdasan emosi iaitu kesedaran kendiri, regulasi
kendiri, motivasi kendiri dan kemahiran sosial.
Skor sederhana ini disebabkan guru kaunseling memperoleh skor yang rendah pada
komponen yang terdapat dalam domain kecerdasan emosi berkenaan.
Kajian lain berkaitan kecerdasan emosi guru kaunseling telah dijalankan oleh
Rorlinda, Syafrimen, Noriah & Amla (2010) berkaitan dengan profil kecerdasan
emosi guru-guru kaunseling sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri
Selangor. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi guru kaunseling
sekolah rendah dan sekolah menengah berada pada peringkat sederhana di mana
sepatutnya tahap kecerdasan emosi mereka adalah pada peringkat yang
tinggi.Hasil kajian menunjukkan guru kaunseling tersebut mempunyai min skor yang
sederhana bagi domain kesedaran kendiri, kemahiran sosial, regulasi kendiri dan
motivasi kendiri.
Kajian-kajian lepas juga menunjukkan bahawa kepimpinan mempunyai kaitan
yang signifikan dengan kecerdasan emosi. Individu yang mempunyai
kecerdasan emosi yang rendah tidak dapat menjadi pemimpin yang berkesan.
Hal ini adalah kerana kecerdasan emosi (EQ) dikatakan memainkan peranan
yang sangat penting, bukan sahaja dalam proses penglibatan tetapi juga dalam
proses kepimpinan (Gardner &Stough, 2005).
OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan dalam
kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor .
Mengenal pasti perbezaan kecerdasan emosi dan kepimpinan dalam kalangan
ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor mengikut
jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman sebagai guru kaunseling.
PERSOALAN KAJIAN
Adakah terdapat hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan dalam
kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor?
Adakah terdapat perbezaan antara kecerdasan emosi dan kepimpinan dalam
kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor
mengikut jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman sebagai guru
kaunseling?.
KERANGKA TEORITIKAL
MODEL KECERDASAN EMOSI GOLEMAN-NORIAH (2006)
Kecekapan Peribadi
Kesedaran
Kendiri
Kesedaran emosi
Ketepatan penilaian kendiri
Keyakinan diri
Niat
Regulasi
Kendiri
Kawalan kendiri
Kebolehpercayaan
Bertanggungjawab
Penyesuaian
Inovasi
Motivasi
Kendiri
Dorongan pencapaian
Komitmen
Inisiatif
Optimis
Minat
Kecekapan Sosial
Empati
Memahami orang lain
membina potensi orang lain
Orientasi perkhidmatan
Mencungkil kepelbagaian
Kesedaran Politik
Penyayang
Kemahiran Sosial
Keupayaan berpasukan
Kolaborasi/kerjasama
Komunikasi
Pengurusan Konflik
Kepimpinan
Pemangkin Perubahan
Membina hubungan
Kematangan
Kerohanian
MALAYSIAN LEADERSHIP AUDIT TRAIL INVENTORY
(MLATI) NORIAH-ELMI
(2013)
Strategi Perkhidmatan
dan Model Kepimpinan
Rekrut
Penilaian
dan Penghormatan
Penempatan Penglibatan
dan Pengekalan
Hubungan dengan
pemegang Setara/
Stakeholders
Membina Kepimpinan
METODOLOGI KAJIAN
PENDEKATAN KAJIAN
Pendekatan kuantitatif – analisa data menggunakan instrumen kecerdasan emosi
dan kepimpinan
Menggunakan kaedah persampelan rawak mudah
POPULASI KAJIAN
226 orang ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah harian di Selangor
SAMPEL KAJIAN
168 orang ketua guru bimbingan dan kaunseling melibatkan 10 daerah di Selangor
INSTRUMEN KAJIAN
Tiga jenis instrumen digunakan sebagai alat kajian iaitu:-
Instrumen Kecerdasan Emosi:
Inventori Kepintaran Emosi Malaysia – dewasa ( IKEM-MEQI) oleh Noriah et. al (2000)
Instrumen Kepimpinan:
Malaysian Leadership Audit Trail Inventory – Dewasa ( MLATI) oleh Noriah-Elmi (2013)
Persoalan Kajian 1:
Adakah terdapat hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan
dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di
negeri Selangor.
Ho. 1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi
dengan kepimpinan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling
sekolah menengah di Selangor
Pembolehubah Kepimpinan
Kecerdasan Emosi (KE) 0.248
Signifikan 0.001
N 168
Signifikan pada aras p<0.01
Persoalan Kajian 2:
Adakah terdapat perbezaan antara kecerdasan emosi dan kepimpina dalam kalangan ketua Guru bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah di Selangor berdasarkan jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman sebagai guru kaunseling?
Ho.2 Tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi dan kepimpinan yang signifikan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kauseling sekolah menengah di Selangor berdasarkan faktor jantina.
Source Dependent
Variable
Type III
Sum of
Squares
df Mean
Square
F Sig.
Jantina KE 0.212 1 0.212 0.012 0.885
KPIM 11.991 1 11.991 0.340 0.561
Signifikan pada aras p<0.05
Ho.3 Tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi dan kepimpinan yang
signifikan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah
menengah di Selangor berdasarkan faktor umur
Signifikan pada aras p<0.05
Source Dependent
Variable
Type III
Sum of
Squares
df Mean
Square
F Sig.
Umur KE 2.097 2 1.048 0.104 0.901
KPIM 113.700 2 56.850 1.612 0.203
Ho.3 Tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi dan kepimpinan yang
signifikan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah
menengah di Selangor berdasarkan faktor tahap pendidikan
Source Dependent
Variable
Type III
Sum of
Squares
df Mean
Square
F Sig.
Tahap
Pendidikan KE 3.037 1 3.037 0.302 0.584
KPIM 4.214 1 4.214 0.119 0.730
Ho.4 Tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi dan kepimpinan yang
signifikan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kauseling sekolah
menengah di Selangor berdasarkan faktor pengalaman
Source Dependent
Variable
Type III
Sum of
Squares
df Mean
Square
F Sig.
Pengalaman KE 13.755 2 6.877 0.684 0.506
KPIM 101.009 2 50.505 1.432 0.242
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap kecerdasan emosi dan kepimpinan keatas faktor jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah
Perbezaan berkaitan kecerdasan emosi berdasarkan kesemua faktor selari dengan kajian rorlinda (2009) keatas guru kaunseling sekolah menengah.
Hasil kajian berkaitan kepimpinan pula tidak selari dengan dapatan kajian Hopkin (2005) , Jamer, Parker & Wood (2005), Stone et.al.(2005)yang mendapati wujud perbezaan signifikan antara pemimpin lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun, hasil kajian ini selari dengan kajian Farah Amira (2004).
Kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepimpinan dan ini selari dengan kajian Cherniss & Goleman (2001),Zinatul Azura (2011), Dulewiezz dan Higgs (2000), Rosete (2004) dan Sjoberg (2001)
SEKIAN TERIMA KASIH