Upload
nguyenthien
View
223
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TAJUK PROJEK:
PENYELESAIAN KEJURUTERAAN INOVATIF BAGI SISTEM DAN PROSES
KOD PROJEK:
I-ECO/12 (USM-11)
IPTA:
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
KETUA PROJEK:
PROFESOR MADYA DR. ISHAK ABD AZID
AKADEMIA:
PROFESOR MADYA DR. SHAHRUL KAMARUDDIN
DR. ABDUL RAHIM OTHMAN
DR. ELMY ABU BAKAR
PROFESOR MADYA DR. CHIN YEE WHAH
RAKAN INDUSTRI:
CLPG PACKAGING (M) SDN. BHD.
BIDANG TUMPUAN UTAMA:
KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI
TEMPOH:
15 OGOS 2011 – 15 NOVEMBER 2013
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Projek ini bertujuan membantu industri supaya menerima pakai penyelesaian masalah dalam kejuruteraan inovatif bagi sistem dan proses serta meningkatkan pengetahuan teknikal dalam kalangan kakitangan industri. Dalam projek ini, satu kaedah perintis antara akademia dan rakan industri, khususnya CLPG Packaging (M) Sdn. Bhd. telah dibentuk bagi menyelesaikan masalah berdasarkan kejuruteraan inovatif. Penyelesaian kejuruteraan inovatif terdiri daripada lima (fasa) telah digunakan untuk menganalisis masalah dan menghasilkan penyelesaian. Pengamalan kaedah penyelesaian masalah yang digunakan berdasarkan kejuruteraan inovatif ini seterusnya dapat mengurangkan masa serta meningkatkan produktiviti pihak industri dari segi pengetahuan teknikal dan kemahiran.
2. IMPLEMENTASI PROJEK
PERKARA
BUTIRAN
OBJEKTIF
1) Untuk membantu industri menerima pakai penyelesaian kejuruteraan
inovatif bagi sistem dan proses. 2) Untuk meningkatkan pengetahuan teknikal bagi kakitangan industri. 3) Untuk mempraktikkan konsep penyelesaian kejuruteraan inovatif dalam
keadaan dunia sebenar.
AKTIVITI
Fasa 1: Menentukan pengetahuan teknikal dan kemahiran yang perlu untuk dijadikan sebahagian daripada proses penyelesaian. Kecekapan baharu diperlukan agar selari dengan permintaan industri yang bertujuan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan cekap. Kecekapan perlu sentiasa dinilai semula supaya kakitangan industri boleh menyampaikan kemahiran dan pengetahuan yang tepat. Oleh itu, dalam fasa ini, penilaian terhadap pengetahuan teknikal dan kemahiran menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah. Fasa 2: Membangunkan dan merancang cara mengguna pakai proses mencari penyelesaian. Fasa kedua ini melibatkan pemilihan kandungan yang betul untuk membentuk program kemahiran. Perancangan yang betul dapat menentukan bahan-bahan yang digunakan dan masa yang diambil bagi melaksanakan program ini berjaya mencapai objektif. Pada peringkat ini, sukatan pelajaran dan urutan topik dibangunkan. Fasa 3: Mengenal pasti masalah industri yang berkaitan dan berusaha mengatasi masalah tersebut. Penglibatan dan penyertaan aktif kakitangan industri penting bagi mengenal pasti masalah yang wujud. Fasa 4: Melaksanakan penyelesaian kejuruteraan inovatif bagi sistem dan proses. Selepas mendapat input daripada industri bagi program ini, penyelesaian kejuruteraan inovatif bagi sistem dan proses dilaksanakan. Pelaksanaan dijalankan dengan menggunakan penyelesaian secara langsung melalui kelas dan projek pelajar. Fasa 5: Menjalankan pemantauan dan penilaian. Penilaian program yang relevan, berkesan, cekap dan mampan dilakukan melalui maklum balas daripada industri dan penilaian yang dicadangkan sebagai penyelesaian masalah yang boleh digunakan dalam industri.
OUTPUT
Industri: 1) Pengurangan kos melalui peningkatan kecekapan kerja, peningkatan
kemahiran dan galakan persekitaran kerja yang sihat. 2) Galakan dan peningkatan pengurusan visual dan 5S yang lebih baik
untuk mencapai kecekapan kerja yang tinggi dan berkesan. 3) Proses penghantaran yang mengambil masa yang lebih singkat,
peningkatan kecekapan pasaran dan pengurangan aduan daripada pelanggan.
4) Penjimatan kos industri dengan mengamalkan pengeluaran yang cekap dan pengurangan kitar semula, khususnya kaedah 3R untuk meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dan mengurangkan pembuangan sisa.
5) Penjimatan masa untuk mencari barang di bahagian pelabelan dan masalah di bahagian label telah dikenal pasti seperti susunan yang tidak betul, susun atur mesin dan keupayaan operator.
IPTA:
1) Pemindahkan ilmu penyelesaian kejuruteraan inovatif bagi sistem dan proses yang dapat meningkatkan keupayaan dan pencapaian ekonomi oleh industri.
2) USM menjadi penyokong utama industri, terutamanya dalam hal penyelesaian masalah inovatif.
Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih memperoleh pengetahuan mengenai kemahiran
teknikal dalam hal menyelesaikan masalah dengan kaedah yang inovatif.
2) Graduan pelatih diberi pendedahan kepada industri dan mendapat pengalaman menyelesaikan masalah industri dalam dunia sebenar serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi melalui berurusan dengan kakitangan dari industri melalui penulisan, pembentangan dan laporan, dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran mereka melalui hubungan dengan industri.
PEMEGANG TARUH & AGENSI
1) Universiti Sains Malaysia 2) CLPG Packaging (M) Sdn. Bhd.
KEBERHASILAN
Industri: 1) Penyelesaian kejuruteraan inovatif mempunyai kesan jangka pendek
dan jangka panjang yang besar kepada syarikat. Kesan ini ketara dan boleh diukur dengan menilai produktiviti dan keuntungan syarikat.
2) Peningkatan produktiviti secara tidak langsung menambah keuntungan syarikat.
3) Peningkatan dan penambahbaikan proses. 4) Peningkatan kecekapan dan keberkesanan kerja melalui galakan
persekitaran kerja yang sihat. IPTA:
1) Kedudukan dan kewibawaan universiti dalam pemindahan ilmu yang berkaitan dengan proses kejuruteraan inovasi dicapai.
2) IPTA mendapat pengiktirafan daripada industri terutamanya di bahagian utara Malaysia.
Pembangunan Modal Insan: 1) Pendedahan kepada graduan pelatih untuk menghadapi cabaran dan
kaedah penyelesaian masalah melalui kerjasama di peringkat tempatan dan di peringkat global.
2) Graduan pelatih dapat meningkatkan kemahiran teknikal dan kemahiran berkomunikasi.
3) Penyediaan senario kes sebenar dalam usaha menyiapkan kajian untuk Ijazah, Sarjana dan PhD.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek
PROPOSAL 3
BULAN 6
BULAN 9
BULAN 12
BULAN 15
BULAN 18
BULAN 21
BULAN 24
BULAN LAPORAN
AKHIR
B) Laporan Berkala Oleh Industri
6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN
AKHIR
Laporan dihantar Laporan tidak dihantar
4. PENILAIAN PROJEK
Rakan Industri : CLPG Packaging (M) Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 18 November 2013 Panel Penilai : 1) Dr. Marinah Awang (UPSI) 2) Profesor Madya Dr. Mohd Fareq Abdul Malek (UNIMAP)
ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)
SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2
A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 28% 31%
B AKADEMIA (10%) 6% 6%
C GRADUAN PELATIH (10%) 6% 6%
D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 8% 8%
E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 18% 18%
MARKAH KESELURUHAN (%) 66% 69%
MARKAH SELEPAS KUMULATIF 68%
PENILAIAN OLEH INDUSTRI:
A) Penilaian Terhadap Akademia
BIL
PENILAIAN AKADEMIA
SKALA PENILAIAN
1.
Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri
3/5
2.
Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri
3/5
3.
Pengetahuan akademia terhadap projek 3/5
4.
Komitmen akademia terhadap projek 3/5
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan
BIL
PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN
SKALA PENILAIAN
1.
Sasaran objektif projek yang telah dicapai
3/5
2.
Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh industri
3/5
C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih
BIL
PENILAIAN GRADUAN PELATIH
SKALA PENILAIAN
1.
Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek
3/5
2.
Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu
3/5
3.
Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan
3/5
4.
Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 3/5
Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek Projek KTP ini telah memberi kebaikan dan manfaat kepada kedua-dua pihak, akademia dan organisasi
menghadapi cabaran sebenar dunia pekerjaan. Mereka juga telah berjaya mengurus pelbagai projek dan
tugas yang telah diberikan. Selain itu, syarikat juga telah menunjukkan peningkatan daripada maklum balas
program ini. Program ini diharap mampu menjadi satu projek berterusan yang memberi perkhidmatan
kepada masyarakat.
Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan Hasil daripada penilaian keseluruhan projek ini, panel pakar mendapati bahawa projek ini mempunyai nilai tambah kepada industri yang dilihat mampu menjadi salah satu inovasi baharu. Namun begitu, projek ini masih dalam proses penyelidikan dan ia dikelaskan dalam kategori jingga.
LAMPIRAN
Lawatan oleh panel penilai di syarikat CLPG Packaging Sdn. Bhd.
Rak yang direka bentuk bagi meletak dan menyimpan barang serta peralatan
Sesi perbincangan bersama panel penilai, ketua projek dan rakan industri
Graduan pelatih yang terlibat bersama-sama pensyarah dan kakitangan syarikat CLPG
Graduan pelatih sedang membuat kerja-kerja penambahbaikan proses di CLPG
Graduan pelatih diberi pendedahan tentang kemahiran teknikal dan insaniah yang dapat membantu
mereka dalam dunia pekerjaan sebenar