10
TAJUK PROJEK: PERINTIS OTAK DAN MINDA KOD PROJEK: K-EDU/110(USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR DR. DATO’ JAFRI MALIN ABDULLAH AKADEMIA: DR. MUZAIMI MUSTAPHA DR. MOHD NASIR CHE MOHD YUSOFF RAKAN KOMUNITI: SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 3 (SKKK3) SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (SMSTMFP) BIDANG TUMPUAN UTAMA: PENDIDIKAN - MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN DI DAERAH-DAERAH TERTENTU TEMPOH: 15 OGOS 2011 15 OGOS 2012 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Projek Perantis Cendekiawan (The Brain Apprentice) adalah satu projek perantis kecerdasan dan minda untuk meningkatkan reputasi dan memberi pendedahan neurosains dan sains pendidikan kepada masyarakat. Projek ini telah dijalankan selama setahun. Dalam projek ini, dua buah sekolah, khususnya Sekolah Menengah Kubang Kerian 3 dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah dipilih untuk menyertai projek tersebut. Pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan di sekolah-sekolah terbabit. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah Program Diseksi Otak (Brain Dissection), Program Brain Bee Antarabangsa 2012 (International Brain Bee Programme, 2012), Brain Bee Mini (Mini Brain Bee) dan Ciptaan Otakku (My Brain Invention). Projek ini meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar kerana kebanyakan mereka yang mengikuti projek Perantis Cendekiawan ini telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan SPM. Pencapaian tersebut sekaligus menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan melalui projek ini telah membantu dan memberi kefahaman kepada para pelajar dalam pembelajaran mereka. Seterusnya, hasil projek pemindahan ilmu ini telah berjaya membentuk satu komuniti aktiviti komunikasi awam kepada masyarakat selain menjadikannya pemangkin dalam pembinaan komuniti berkeupayaan dan perantis dalam sains pendidikan.

TAJUK PROJEK: PERINTIS OTAK DAN MINDAktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU1… ·  · 2018-02-06Projek Perantis Cendekiawan ... 2012), Brain Bee Mini (Mini Brain Bee)

  • Upload
    vucong

  • View
    250

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAJUK PROJEK: PERINTIS OTAK DAN MINDAktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU1… ·  · 2018-02-06Projek Perantis Cendekiawan ... 2012), Brain Bee Mini (Mini Brain Bee)

TAJUK PROJEK:

PERINTIS OTAK DAN MINDA

KOD PROJEK:

K-EDU/110(USM-11)

IPTA:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KETUA PROJEK:

PROFESOR DR. DATO’ JAFRI MALIN ABDULLAH

AKADEMIA:

DR. MUZAIMI MUSTAPHA

DR. MOHD NASIR CHE MOHD YUSOFF

RAKAN KOMUNITI:

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 3 (SKKK3)

SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (SMSTMFP)

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

PENDIDIKAN - MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN DI DAERAH-DAERAH

TERTENTU

TEMPOH:

15 OGOS 2011 –15 OGOS 2012

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Projek Perantis Cendekiawan (The Brain Apprentice) adalah satu projek perantis kecerdasan dan minda untuk meningkatkan reputasi dan memberi pendedahan neurosains dan sains pendidikan kepada masyarakat. Projek ini telah dijalankan selama setahun. Dalam projek ini, dua buah sekolah, khususnya Sekolah Menengah Kubang Kerian 3 dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah dipilih untuk menyertai projek tersebut. Pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan di sekolah-sekolah terbabit. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah Program Diseksi Otak (Brain Dissection), Program Brain Bee Antarabangsa 2012 (International Brain Bee Programme, 2012), Brain Bee Mini (Mini Brain Bee) dan Ciptaan Otakku (My Brain Invention). Projek ini meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar kerana kebanyakan mereka yang mengikuti projek Perantis Cendekiawan ini telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan SPM. Pencapaian tersebut sekaligus menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan melalui projek ini telah membantu dan memberi kefahaman kepada para pelajar dalam pembelajaran mereka. Seterusnya, hasil projek pemindahan ilmu ini telah berjaya membentuk satu komuniti aktiviti komunikasi awam kepada masyarakat selain menjadikannya pemangkin dalam pembinaan komuniti berkeupayaan dan perantis dalam sains pendidikan.

Page 2: TAJUK PROJEK: PERINTIS OTAK DAN MINDAktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU1… ·  · 2018-02-06Projek Perantis Cendekiawan ... 2012), Brain Bee Mini (Mini Brain Bee)

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk meningkatkan reputasi dan penglibatan neurosains dan sains pendidikan dalam masyarakat melalui kerjasama yang lebih rapat antara Kelab Neurosains USM dan sekolah-sekolah tempatan.

2) Untuk menggalakkan penglibatan Kelab Neurosains USM dalam komunikasi awam dan khidmat masyarakat (outreach) melalui latihan dan pemerkasaan siswazah pelatih.

AKTIVITI

Projek ini dijalankan dalam dua fasa yang terdiri daripada Aktiviti Kelab Neurosains Sekolah dan Aktiviti Kelab Neurosains USM. Fasa 1: Aktiviti Kelab Neurosains Sekolah. Aktiviti dalam projek ini memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti kelab Nuerosains yang dibimbing oleh guru dengan input yang terhad. Pendekatan ini penting bagi membolehkan para pelajar memulakan pembelajaran dan meneroka alam neurosains dengan menggunakan karya-karya dan sumber-sumber yang sedia ada. Pada peringkat ini, graduan pelatih telah menyediakan maklumat-maklumat neurosains dalam bentuk soalan biasa mengenai kesihatan dan penyakit serta menjalankan aktiviti-aktiviti kelab neurosains yang berkaitan. Pelbagai aktiviti seperti sesi pembentangan kelas dan pertandingan neurosains dalam pelbagai bidang perubatan dan kesihatan telah dibuat bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang eksperimen spesimen otak yang digunakan untuk penyelidikan neurosains. Fasa 2: Aktiviti Kelab Neurosains USM.

a) Bahagian 1: Ciptaan Otakku (My Brain Invention, atau MBI) Idea MBI adalah untuk menggabungkan penggunaan seni dalam pendekatan neurosains seperti memupuk daya berfikir, kerja berpasukan, daya kreativiti dan daya inovasi.

b) Bahagian 2: Sukatan Pelajaran Neurosains Kejohanan Brain Bee Antarabangsa 2012 (2012 International Brain Bee Championship Neurosains Syllabus). Sukatan pelajaran ini telah dijadikan satu kurikulum tambahan dalam kelab Neurosains sekolah dan kandungannya disampaikan oleh graduan pelatih yang terlatih. Selain itu, aktiviti-aktiviti lain seperti sesi asas praktikal, ceramah dan kuliah juga telah diadakan bagi menerangkan aspek struktur, fungsi sistem saraf manusia dan fungsi-fungsi lain otak. Di samping itu, dalam fasa kedua ini juga telah dijalankan sesi praktikal di makmal kedua-dua buah sekolah dan Jabatan Neurosains, USM.

Page 3: TAJUK PROJEK: PERINTIS OTAK DAN MINDAktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU1… ·  · 2018-02-06Projek Perantis Cendekiawan ... 2012), Brain Bee Mini (Mini Brain Bee)

OUTPUT

Komuniti: 1) Pelajar-pelajar sekolah yang mempunyai keterampilan diri lebih tinggi,

berani dan bermotivasi tinggi. 2) Kemahiran insaniah telah meningkatkan keyakinan diri, kemahiran

berucap di khalayak ramai dan semangat kerja berpasukan 100%. 3) Pencapaian pembelajaran di sekolah telah meningkat, terutamanya

dalam subjek sains. 4) Peningkatan kebolehupayaan para pelajar sehingga mereka mampu

memberi idea dan pendapat yang berkesan. 5) Peningkatan keupayaan para pelajar mencari ilmu dengan mengakses

Internet untuk mendapatkan pelbagai maklumat. 6) Para pelajar lebih teruja dengan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan dan

lebih berani menggunakan peralatan perubatan.

IPTA: 1) Sumbangan berterusan USM kepada komuniti, di samping pengukuhan

interaksi sedia ada antara Jabatan Neurosains dengan komuniti sasaran yang lebih erat. Interaksi ini membantu memperkenalkan Jabatan Neurosains dan USM kepada komuniti sasaran dan masyarakat luar, di samping memupuk minat kalangan pelajar sekolah untuk lebih mendalami ilmu neurosains dan menjadikannya satu kerjaya pilihan kelak.

2) Sebanyak 12 bab sukatan ringkas berkenaan bidang Neurosains telah berjaya disiapkan. Modul sukatan ringkas ini telah dapat digunakan secara berterusan dan menjadi rujukan, terutamanya bagi pelajar-pelajar dalam bidang Neurosains.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih dari Jabatan Neurosains (5 orang) mendapat peluang

untuk berinteraksi dengan komuniti sasaran. 2) Graduan pelatih juga telah dipupuk dengan budaya inovasi dan

kreativiti dalam pengurusan projek komuniti. 3) Graduan pelatih telah diberi peluang menyediakan soalan-soalan yang

akan digunakan oleh para pelajar dalam pertandingan IBB dan MBB berdasarkan sukatan pelajaran Brain Facts.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Sains Malaysia 2) Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 (SKKK3) 3) Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP)

KEBERHASILAN

Komuniti: 1) Komuniti sasaran mendapat pendedahan dan panduan khusus

mengenai bidang pengkhususan neurosains secara khusus dan pembelajaran sains secara am.

Page 4: TAJUK PROJEK: PERINTIS OTAK DAN MINDAktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU1… ·  · 2018-02-06Projek Perantis Cendekiawan ... 2012), Brain Bee Mini (Mini Brain Bee)

2) Seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah dipilih mewakili Malaysia di Pertandingan Brain Bee Antarabangsa 2012 di Cape Town pada 21-27 Julai 2012 yang juga merupakan wakil Malaysia pertama menyertai pertandingan antarabangsa.

3) Seramai 22 orang pelajar daripada 24 orang pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 yang menyertai Kelab Neurosains telah memperoleh keputusan ‘A’ dalam pelajaran mereka terutamanya dalam mata pelajaran sains.

IPTA:

1) Projek ini telah berjaya mengeratkan kerjasama antara USM dan sekolah-sekolah terlibat.

2) Projek ini berjaya menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan antara masyarakat dan bada-badan yang terlibat.

3) Projek ini berjaya mempromosikan Kelab Neurosains kepada masyarakat luar iaitu orang awam dan sekolah-sekolah lain melalui liputan aktiviti yang telah dijalankan.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih meningkatkan keterampilan diri melalui latihan mereka

berkomunikasi dengan masyarakat luar. 2) Graduan pelatih meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai

Neurosains.

Page 5: TAJUK PROJEK: PERINTIS OTAK DAN MINDAktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU1… ·  · 2018-02-06Projek Perantis Cendekiawan ... 2012), Brain Bee Mini (Mini Brain Bee)

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Komuniti

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar

Laporan tidak dihantar

Page 6: TAJUK PROJEK: PERINTIS OTAK DAN MINDAktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU1… ·  · 2018-02-06Projek Perantis Cendekiawan ... 2012), Brain Bee Mini (Mini Brain Bee)

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Komuniti : Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) Tarikh Lawatan : 23 Februari 2015 Panel Penilai : Profesor Madya Dr. Fadzillah Siraj (UUM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian daripada pihak Komuniti)

SEKSYEN ITEM PENILAI

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 25%

B AKADEMIA (10%) 10%

C GRADUAN PELATIH (10%) 6%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 10%

E LAPORAN DARI KOMUNITI (30%) 25%

MARKAH KESELURUHAN (%) 76%

PENILAIAN OLEH KOMUNITI

A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada komuniti

4/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh komuniti

3/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 4/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 4/5

Page 7: TAJUK PROJEK: PERINTIS OTAK DAN MINDAktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU1… ·  · 2018-02-06Projek Perantis Cendekiawan ... 2012), Brain Bee Mini (Mini Brain Bee)

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

5/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh komuniti

4/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

4/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

4/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

4/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 5/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Komuniti Terhadap Projek

Penghargaan untuk Profesor Jafri Malin Abdullah dan USM kerana menjalankan program jalinan antara sekolah dengan institusi pengajian tinggi. Sambutan SMS Tengku Muhammad Faris Petra yang merupakan sebuah sekolah berprestij tinggi terhadap program jalinan ini sangat menggalakkan. Jabatan Neurosains USM telah banyak membantu pelajar-pelajar sekolah ini untuk meneroka bidang ilmu neurosains secara mendalam dan melangkau silibus dalam peringkat SPM apatah peringkat menengah rendah. Penubuhan Kelab Neurosains dapat merealisasikan hasrat USM untuk mewujudkan pemindahan ilmu yang lebih pantas dan banyak daripada pihak universiti terus kepada pelajar, sejajar dengan kemajuan pesat dalam bidang teknologi yang membenarkan pelajar memperoleh maklumat neurosains di hujung jari mereka. Oleh itu, program ini dapat menaikkan imej sekolah dan dapat memberi peluang kepada pelajar dalam pencarian maklumat melalui aktiviti-aktiviti terancang dan sistematik dalam kawasan atau di luar sekolah atau di kampus USM.

Page 8: TAJUK PROJEK: PERINTIS OTAK DAN MINDAktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU1… ·  · 2018-02-06Projek Perantis Cendekiawan ... 2012), Brain Bee Mini (Mini Brain Bee)

Komen Oleh Panel Pakar KTP Pemantauan

Hasil daripada penganalisaan laporan kemajuan berkala, laporan akhir dan pemantauan panel penilai menunjukkan bahawa projek ini mempunyai nilai pemindahan ilmu dan keberhasilan yang positif terhadap pelajar, guru dan pihak sekolah berdasarkan keterlibatan yang berkesan daripada komuniti. Walaupun begitu, penilaian panel pakar berpendapat bahawa modul yang dibangunkan masih mempunyai unsur latihan dan menjadikan projek ini diklasifikasikan dalam kategori jingga. LAMPIRAN

Para pelajar diberi pendedahan ilmu mengenai aspek neurosains

Page 9: TAJUK PROJEK: PERINTIS OTAK DAN MINDAktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU1… ·  · 2018-02-06Projek Perantis Cendekiawan ... 2012), Brain Bee Mini (Mini Brain Bee)

Para pelajar menjadi lebih berkeyakinan dan berani menjawab persoalan mengenai ilmu neurosains

My Brain Invention (MBI) telah berjaya memupuk keupayaan para pelajar lebih kreatif dan berinovasi

Page 10: TAJUK PROJEK: PERINTIS OTAK DAN MINDAktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU1… ·  · 2018-02-06Projek Perantis Cendekiawan ... 2012), Brain Bee Mini (Mini Brain Bee)

Hasil kreativiti para pelajar dari sekolah-sekolah yang terlibat dalam program neurosains

Lawatan panel penilai ke Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra bagi menilai projek

yang telah dijalankan