21
OPEN UNIVERSITI MALAYSIA NAMA :NOOR HALIZAH BT HJ AHMAD NO.MATRIK :741217025742001 NAMA PENSYARAH :ZULKIFFLI BIN MOHD NOOR SUBJEK :AL TAJWID (HBQE 2103)

TAJWID LENGKAP

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tajwid

Citation preview

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA

NAMA:NOOR HALIZAH BT HJ AHMADNO.MATRIK:741217025742001NAMA PENSYARAH:ZULKIFFLI BIN MOHD NOORSUBJEK:AL TAJWID (HBQE 2103)

PENDAHULUAN

PENGERTIAN ILMU TAJWIDTajwid menurut bahasa (ethimologi) adalah memperindah sesuatu dan menurut istilah adalah mengeluarkan setiap huruf dari tempat keluarnya (makhrojnya) dengan memberi hak dan mustahaknya.Apa yang dimaksudkan dengan hak huruf adalah sifat asli yang selalu bersama dengan huruf tersebut, seperti al-jahr, isti'la, istifal dan lain sebagainya.Walaubagaimanapun huruf adalah sifat yang nampak boleh dilihat seperti tafkhim, tarqiq, ikhfa dan lain sebagainya.Maka dengan itu dikatakan Ilmu Tajwid adalah pengetahuan tentang cara-cara membaca Al-Quran dengan mengeluarkan huruf dari makhrojnya.Dengan itu Ilmu Tajwid adalah ilmu mengenai bagaimana cara membaca Al Quran yang baik dan benar.

HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWIDBelajar ilmu tajwid itu hukumnya Fardhu Kifayah, dengan membaca Al-Quran dengan baik (sesuai dengan ilmu tajwid) itu hukumnya Fardhu Ain. Walaubagaimanapun bacaan Al-Quran kita akan menentukan sah atau tidaknya solat kita, Disebabkan itu ada beberapa rukun solat yang berkenaan dengan bacaan yang harus fasih dan benar sehingga tidak merubah maknanya. Diantaranya seperti membaca surat Al-Fatihah, bacaan tahyat akhir serta selawat kepada Nabi Muhammad dalam solat.Namun begitu seorang Qari bacaannya bagus dan benar namun sama sekali tidak mengetahui istilah-istilah dalam Ilmu Tajwid, misalnya izh-har, mad dan lain sebagainya. Baginya itu sudah cukup jika kaum muslimin yang lain telah banyak yang mempelajari teori Ilmu Tajwid.. Akan tetapi wajib hukumnya bagi orang yang belum mampu membaca Al-Quran sesuai dengan kaedah-kaedah ilmu Tajwid untuk berusaha membaiki bacaannya sehingga mencapai standard yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW.

KEPENTINGAN TAJWID DALAM BACAAN AL-QURAN

Ilmu tajwid adalah ilmu yang berhubung dengan seagung-agung kitab iaitu al-Quran. Maka tidak dapat dinafikan lagi tentang kepentingan serta faedah mempelajari ilmu tajwid. Antara kepentingan-kepentingan membaca al-Quran dengan mengamalkan hukum tajwid ialah seperti berikut:

1. Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam menbaca al-Quran.

Dengan mempraktikkan ilmu Tajwid dalam pembacaan al-Quran, seseorang itu akan terhindar daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan atau mencacatknya. Sekiranya membaca al-Quran dengan tajwid yang betul merupakan stu kewajipan bagi setiap muslim, maka membacanya dengan tajwid yang salah merupakan suatu dosa. Kesalahan dalam bacaan al-Quran terbahagi kepada dua, iaitu:-

i. Kesalahan Nyata ( )

Al-Lahn al-Jali ( ) ditakrifkan oleh Ibn al-Jazari sebagai kesalahan yang berlaku pada lafaz yang membawa kepada kerosakan makna dan uruf bacaan. Kesalahan nyata bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan sama ada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. Perkataan Jali ( ) di sini bermaksud sesuatu kesalahan yang dapat disedari dengan jelas dan terang-terangan. Seorang ulama Mutaakhirin, Dr. AbdulAziz Abdul Fattah al-Qari talah mengemukakan takrifan dengan berkata: Kesalahan yang berlaku pada lafaz-lafaz dan menyebabkan kerosakan makna kalimah secara jelas dan perkara tersebut diketahui oleh ulama dan juga orang awam.

Hukum melakukan kesalahan nyata ini adalah haram secara Ijmak Ulama tidak kira kesalahan itu dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja atau tidak diendahkan.

ii. Kesalahan Tersembunyi ( )

Al-Lahn al-Khafi ( ) ditakrifkan sebagai kesalah yang dilakukan pada sebutan, di mana kesalahan itu menyalahi cara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat al-Quran tanpa merosakkan makna. Kesalahan tersembunyi ini hanya dapat disedari oleh mereka yang mahir dalam tajwid dan ia tidak disedari oleh orang awam.Bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak ayat al Quran dan Hadis Rasulullah saw yang menerangkan kelebihan membaca al Quran serta jaminan kebahagiaan baginya.Dalam al Quran Allah swt berfirman maksudnya Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terang-terangan, mereka mengharapkan perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun , lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya al Fathir 29-30.Hadis riwayat Uthman bin Affan r.a dimana Rasulullah saw bersabda maksudnya Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya Sahih Al Bukhari 4639Hadis riwayat Abu Umamah al Bahili r.a dimana Rasulullah saw bersabda maksudnya Bacalah al Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya.. Sahih Muslim 1338 Hadis riwayat Imam Asim r.h dimana Rasulullah saw bersabda maksudnya Dikatakan kepada alhi al Quran (di akhirat), bacalah al Quran, meningkat (darjat) kamu dan elokkanlah bacaan kamu sepertimana kamu mengelokkan bacaan di dunia, sesungguhnya kedudukan kamu (di akhirat) adalah pada ayat terakhir yang kamu baca itu Jami at Tirmizi 2838MASALAH YANG DIHADAPI MURID DALAM ILMU TAJWID

Antara sebab dan punca murid-murid lemah dalam pembacaan Al-Quran, berkemungkinan adalah kerana berpunca dari diri individu murid-murid itu sendiri iaitu mereka kurang mengambik perhatian sewaktu guru mengajar.Murid-murid hanya mengharapkan membaca dan belajar Al-Quran di sekolah dan juga kurang mengamalkan pembacaan Al-Quran di rumah.Murid-murid juga tidak mengikuti kelas-kelas tambahan seperti di masjid, surau atau di rumah..Namun begitu murid-murid menganggap pelajaran Al-Quran kurang penting berbanding dengan pelajaran-pelajaran yang lain, perkara ini menyebabkan mereka tidak mengambil berat untuk berusaha meningkatkan pembacaan Al-Quran pada tahap yang lebih baik..Faktor lain juga kurangnya kerjasama dan perhatian daripada ibu bapa murid dalam memantau pelajaran Al-Quran mereka yang berkemungkinan disebabkan ibu bapa juga kurang mahir dalam bidang Al-Quran dan jugakurang pemerhatian daripada guru yang mengajar di luar persekolahan kerana tidak membuat teguran pada kesalahan-kesalahan bacaan Al-Quran murid-murid yang mana ada diantara murid-murid sudah membaca Al-Quran sehingga juz 30 tetapi apabila di tasmi didapati bacaan murid-murid masih kurang sempurna, sebutan huruf tidak betul dan kurang tepat.Perkara ini juga mungkin berpunca daripada guru itu sendiri yang mana kebanyakan daripada guru-guru hanya mengahar dengan cara penerangan dan latih tubi sahaja, tidak ada penggunaan alat bantu mengajar, Cuma menggunakan papan putih dan pen sahaja. Kepelbagaian kaedah dan alat bantu juga boleh membantu pengajaran dan menarik perhatian serta minat murid-murid pada pelajaran yang di ajarkan. MENGATASI MASALAH DAN KELEMAHAN MURID DALAM ILMU TAJWID1.FAKTOR MURIDMurid-murid seharusnya sentiasa menyedari kepentingan ilmu dalam kehidupan mereka termasuklah ilmu yang berhubung dengan Al-Quran. Kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar adalah amat penting kerana ianya akan membentuk keperibadian diri mereka, di samping bimbingan dan tunjuk ajar daripada ibu bapa serta guru adalah amat penting. 2.FAKTOR IBU BAPA Ibu bapa selaku pendidik awal murid-murid sejak dari kecil perlulah memberi dorongan dan bimbingan yang padu pada anak-anak mereka. Anak-anak juga boleh dilatih untuk mempelajari Al-Quran sejak mereka kecil lagi. Pendidikan awal adalah penting bagi seseorang kanak-kanak dalam usaha menjadikan mereka sebagai seorang yang celik Al-Quran.Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka supaya mengenali dan mencintai Al-Quran, ibu bapa juga mengambil peranan penting dalam menangani masalah anak-anak mereka dalam pembacaan Al-Quran. Mereka juga perlu memberi perhatian kepada anak-anak mereka dengan memberikan tunjuk ajar dan meluangkan masa untuk membaca Al- Quran bersama-sama. Perkara ini boleh mendorong anak-anak untuk minat dalam mata pelajaran Al-Quran. Jika ibu bapa kurang berkemahiran dalam bidan Al-Quran, maka adalah lebih baik jika mereka mendatangkan guru untuk mengajar anak-anak mereka atau menghantar mereka belajar ke masjid-masjid atau surau-surau. Perkara ini sedikit sebanyak boleh membantu anak-anak mereka untuk lebih memahami dan dapat membaca Al-Quran dengan baik dan sempurna. Hal ini akan mengelakkan anak-anak mereka tercicir dan tertinggal dalam pelajaran Al-Quran di sekolah-sekolah dan mereka pula tidak berasa renda diri akibat kekurangan yang ada pada diri mereka. 3.FAKTOR GURU Guru juga adalah salah satu factor yang boleh menolong dan membantu murid-murid untuk memperbaiki mutu bacaan mereka. Guru adalah merupakan pendidik atau pembimbing utama kepada murid-murid terutama kepada mereka yang belajar dalam kategori dal. Oleh itu, guru-guru perlulah mempunyai kemahiran di dalam pengajaran Al-Quran.Guru-guru hendaklah mempunyai mutu bacaan Al-Quran yang baik, sebutan huruf yang sempurna dan mempunyai pengetahuan dalam ilmu tajwid supaya bacaan guru baik dan sempurna. Jika guru mempunyai bacaan Al-Quran yang tidak betul dan kurang sempurna maka perkara ini akan mempengaruhi bacaan murid-murid yang mana sudah setentunya mereka juga akan membaca dengan salah dan kurang sempurna.Guru-guru juga perlulah tegas dalam menjalankan tugas serta prihatin terhadap keperluan murid-murid. Mereka perlulah memahami kelemahan dan kemampuan murid-murid agar mereka tidak berasa tertekan dengan tindakan yang di ambil.Guru-guru perlu mendidik murid-murid dengan didikan yang sesuai sepertimana yang disarankan Islam. Selain itu, peneguhan dengan memberikan imbuhan atau ganjaran kepada mereka yang boleh membaca Al-Quran dengan cepat dan lancer merupakan satu motivasi kepada mereka. Hal ini adala satu tindakan yang positif dan menjadi dorongan kepada murid-murid untuk lebih menggandakan lagi usaha dalam pembelajaran Al-Quran.Untuk meningkatkan lagi penguasaan dan juga kemahiran murid-murid dalam pembelajaran Al-Quran, guru-guru seharusnya mencari kaedah-kaedah yang lebih sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran. Mempelbagaikan alat bantu mengajar juga dapat membantu kefahaman murid-murid dalam pelajaran Al-Quran.Keprihatinan guru-guru terhadap murid-murid adalah perkara yang paling penting. Guru perlu mengambil berat berhubung dengan masalah-masalah yang dihadapai murid-murid terutama sekali hal-hal yang berhubungkait dengan pembelajaran Al-Quran, kerana mereka ini memerlukan pemerhatian yang lebih.Amalan pengajaran Al-Quran yang berkesan juga berkait rapat dengan sifat dan ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang guru. Seorang guru perlu muhasabah diri dan menjaga tingkah laku serta keperibadian yang baik dan mengikut garis batasan yang disyariatkan falam Islam di samping ikhlas, iaitu segala usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah.Guru juga perlu sentiasa bersabar dalam melaksanakan tanggungjawwab dan tugasnya kerana untuk menangani murid-murid yang belajar dalam kategori dal ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan usaha yang gigih demi untuk membantu meningkatkan pencapaian pembelajaran mereka kepada tahap yang lebih baik. Guru juga perlu jujur dengan apa yang disampaikan yang mana guru perlulah melaksanakan pengajarannya dengan sebaiknya dan tidak hanya sekadar untuk mengajar sahaja.

HUKUM MAD

PEMBAHAGIAN MAD

MAD ASLIMad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali dengan Mad Tabi'ie.Mad Asli terjadi apabila : Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas. Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan. Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah.

MAD FAR'IE

Mad Far'ie dibaca lebih daripada kadar Mad Asli. Kadar harakatnya mengikut jenis Mad.Mad ini terbahagi kepada beberapa bahagian:

a)Mad Wajib Muttashilb)Mad Jaiz Munfashilb)Mad 'Aridh Lissukunc)Mad Badald)Mad 'Iwadhe)Mad Laiinf)Mad Tamking)Mad Farqih)Mad Shilah Qashirahi)Mad Shilah Thowilahj)Mad Harfik)Mad Lazim Harfi Mukhaffafl)Mad Lazim Harfi Mutsaqalm)Mad Lazim Kilmi Mukhafaffn)Mad Lazim Kilmi MutsaqalBerikut adalah beberapa contoh hukum mad:Mad Fari yang bertemu dengan Sukun atau Tasydid ada 5 macam:

a. Mad Farqi, yaitu mad badal sesudahnya berupa huruf yang bertasydid. Panjang 6 harakat. Mad ini hanya terjadi pada 2 kalimat dan terdapat di dalam tiga surat, yakni surat Al-Anam : 143-144, Yunus : 59 dan An-Naml : 59.Lafazhnya:

b. Mad Lazim Kilmiy Mutsaqqal, yaitu apabila huruf atau bacaan mad sesudahnya berupa huruf yang bertasydid. Panjangnya 6 harakat.Contoh:

c. Mad Lazim Kilmiy Mukhoffaf, yaitu mad badal sesudahnya terdapat huruf sukun. Panjangnya 6 harakat, dan mad ini hanya terdapat pada surat Yunus: 51 dan 91. Contoh:

d. Mad Lazim Harfiy Mutsaqqal, yaitu mad yang terjadi pada huruf Muqaththaah yang terdapat di sebagian beberapa awal surat. Cara membaca huruf tersebut sesuai dengan nama hurufnya, dibaca panjang 6 harakat dan diidghamkan. Contoh: = =

e. Mad Lazim Harfiy Mukhaffaf, yaitu mad yang terjadi pada huruf Muqaththaah yang terdapat disebagian beberapa awal surat. Cara membaca huruf tersebut sesuai dengan nama hurufnya, dibaca panjang 6 harakat, tetapi tanpa diidghamkan. Contoh: = = 1) MAD 'ARIDH LIL SUKUN Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf. Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.

2) MAD BADAL Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah. Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan: Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal. Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja. Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja. Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida'). Kadar bacaannya adalah 2 harakat.

3) MAD 'IWAD Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas kecuali pada huruf Ta' Marbutah. Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie yang terjadi kerana waqaf.

4) MAD JAIZ MUNFASHIL Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja. Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan.Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran: Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya. Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah. Keadaan ini berlaku pada dua situasi : Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah. Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.

5) MAD LIIN Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja. Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6. Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil Sukun

6) MAD SILAH QASIRAH Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas ha' tidak ada hamzah qat'ie.

7) MAD SILAH TOWILAH Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie :

KESIMPULAN

Berdasarkan fator-faktor ini, diharapkan pihak-pihak berkenaan akan meningkatkan pengusaan murid-murid dalam pelajaran Al-Quran. Sebagai guru Al-Quran perlulah mempunyai kemahiran pedagogi pengajaran Al-Quran yang tinggi untuk menjamin keberkesanan pengajaran Al-Quran. Guru juga semasa mengajar Al-Quran perlu menanamkan sikap dan ciri-ciri seorang guru Al-Quran yang berketrampilan dan berilmu jika ingin memajukan murid-murid dalam pembelajaran mereka. Pelbagai usaha perlu dilakukan oleh guru agar murid-murid tidak berterusan lemah dalam pengusaan pembacaan Al-Quran. Keprihatinan, tanggungjawab, tunjuk ajar guru dan amalan pengajaran guru yang betul dan sempurna memainkan peranan penting demi menjamin pengusaan murid-murid dalam kemahiran bacaan Al-Quran dan lahirnya generasi celik Al-Quran. Guru bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaiakan ilmu Al-Quran semata-mata tetapi untuk membentuk murid-murid sebagai persediaan kepada kehidupan mereka yang seterusnya dan kebahagiaan serta keselamatan hidup dunia dan akhirat.

RUJUKAN

http://www.ilmutajwid.com/http://belajarmembacaalquran.com/http://www.alquran-sunnah.com/http://e-tajwidquran.blogspot.com/Tajwid Lengkap Asy-SyafiiAbu Yala Kurnaedi, Lc