21
Tarikh : 19 Disember 2018 ( Rabu ) Taklimat Media: Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1 Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kementerian Pendidikan Malaysia

Taklimat Media: Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1 · Bagaimana guru boleh menumpukan perhatian dan menilai murid-murid yang lebih dari 40 orang dalam satu kelas? Kementerian Pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

Tarikh : 19 Disember 2018 ( Rabu )

Taklimat Media:Pelaksanaan PentaksiranTahap 1

Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8,

Kementerian Pendidikan Malaysia

AgendaUcapan Alu-aluan Pengerusi

Taklimat oleh KPPM

Sesi Soal-Jawab

Penutup

Taklimat Media: Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1 Kementerian Pendidikan Malaysia

AgendaUcapan Alu-aluan Pengerusi

Taklimat oleh KPPM

Sesi Soal-Jawab

Penutup

Taklimat Media: Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1 Kementerian Pendidikan Malaysia

AgendaUcapan Alu-aluan Pengerusi

Taklimat oleh KPPM

Sesi Soal-Jawab

Penutup

Taklimat Media: Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1 Kementerian Pendidikan Malaysia

Soalan 1Apa maksud kementerian bila mengumumkan tiada peperiksaan untuk murid tahap satu yang akan bermula pada tahun 2019?

Tiada peperiksaan bermaksud tiada peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.

Guru akan memberi lebih tumpuan untuk mengajar.Membina kemahiran karektor dan sahsiah murid.

Murid bebas daripada tekanan belajar untuk periksa.

Wujud budaya belajar yang seronok dan bermakna.

Soalan 2Jika tiada lagi peperiksaan, bagaimana cikgu akan menilai anak saya?

Peperiksaan adalah salah satu bentuk penilaian atau pentaksiran. Sementara, pentaksiran ada dalam pelbagai bentuk.

Pentaksiran dilakukan secara berterusan dan ia sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran.

Aspek penilaian merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai.Ibubapa boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-anak dan menentukan bentuk sokongan yang perlu diberikan.

Soalan 3 (a)Adakah pentaksiran yang dimaksudkan sama seperti Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dijalankan sekarang?

Pentaksiran Bilik Darjah atau lebih dikenali sebagai PBD telah diperkenalkan sejak tahun 2011 di sekolah rendah.Mulai tahun 2019, PBD akan diperkukuhkan kepada murid tahap satu yang berfokuskan kepada pembelajaran murid.Kaedah pembelajaran ialah secara didik hibur (fun learning) dan student centered (PAK21)

Kemahiran asas murid Tahap Satu yang perlu dibina dan diperkukuh adalah sebelum mereka melalui proses pembelajaran seterusnya (Tahap Dua).

Soalan 3 (b)Adakah pentaksiran yang dimaksudkan sama seperti Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dijalankan sekarang?

Penumpuan kepada kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) dan amalan nilai rutin berbentuk harian.

Galakkan murid mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seperti berterima kasih, bertolak ansur termasuklah nilai kasih sayang.

Setiap murid mempunyai peluang belajar mengikut keupayaan mereka.

Pengukuhan PBD dijalankan menerusi aktiviti-aktiviti berupa kuiz, permainan, main peranan, bercerita dan projek mudah.

Soalan 4

Bagaimana guru boleh menumpukan perhatian dan menilai murid-murid yang lebih dari 40 orang dalam satu kelas?

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meminta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk memberikan sokongan kepada sekolah-sekolah yang mempunyai kelas dan bilangan murid melebihi 40 orang.

Soalan 5Saya ada dengar, betul ke murid yang pandai dan lemah akan berada di dalam satu kelas yang sama nanti?

Tiada lagi keperluan pengasingan kelas untuk tahap satu.

Walau bagaimanapun, pengasingan kelas boleh dilaksanakan jika ia bersifat sementara yang mempunyai tujuan khusus untuk proses pemulihan murid.

Pengasingan murid ciri kekal dan berterusan tidak sesuai dengan prinsip pendidikan holistik.

Soalan 6Datuk telah umumkan Program LINUS diberhentikan. Jika sebelum ini, saringan digunakan untuk mengenalpasti murid yang tidak boleh membaca, menulis dan mengira, apa kaedah yang akan digunakan selepas ini?

Pihak sekolah yang menentukan bentuk saringan yang bersesuaian berdasarkan keperluan.

Sekolah diberi autonomi untuk melaksanakan PdP bagi murid-murid yang mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Autonomi ini juga diberi kepada sekolah untuk laksana PBD (professional autonomy) dengan bimbingan JPN dan PPD.

Soalan 7Bagaimana saya nak tahu laporan pencapaian pembelajaran anak saya?

Perkembangan pembelajaran dilapor dalam bentuk tahap penguasaan.Merangkumi kekuatan dan kelemahan murid-murid.

Perjumpaan bersama-sama ibu bapa sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Guru akan membuat ulasan tambahan tentang perkembangan potensi, kemahiran dan sahsiah murid.

Soalan 8Bagaimana kementerian hendak pastikan guru tidak pilih kasih dalam melaksanakan PBD?

Guru telah dilatih untuk menjadi guru yang beretika dan profesional.

Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika.

Jadi diharapkan guru dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan amanah dan penuh integriti.

Soalan 9Pelaporan perkembangan pembelajaran murid dibuat oleh guru kelas. Jadi, guru mana yang sesuai dilantik sebagai guru kelas di tahap satu ini?

Guru kelas dilantik dalam kalangan guru yang banyak masa pertemuan (contact hour) dengan murid. Contohnya mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Mereka mengenali dan mengetahui kelebihan dan kelemahan murid-murid tersebut.

Pengukuhan

Pembelajaran Tahap I adalah tertumpu kepada murid, rasa seronok untuk belajar, pelajaran bermakna, membina kemahiran-kemahiran seperti kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir kreatif dan kritis, karakter dan sahsiah murid serta ada penerapan nilai kasih sayang dalam diri.

Penumpuan Pembelajaran Tahap I ini adalah kepada kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul ( serta mengamalkan nilai rutin berbentuk harian seperti berterima kasih, bertolak ansur dan tidak mengambil barang rakan dan banyak lagi.

Pentaksiran ini akan berlaku sebagai sebahagian dari pengajaran (oleh guru) dan pembelajaran (oleh murid) dan secara berterusan melalui Pentaksiran Bilik Darjah.

Pengukuhan

Pentaksiran berlaku menerusi 5 aktiviti kuiz, permainan, main peranan, bercerita dan projek mudah.

Sekolah diberi kuasa untuk membantu murid-murid yang mempunyai kesukaran menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Pentaksiran akan dilaksanakan dengan telus dan beretika. Guru akan menggunakan pertimbangan profesional mereka.

Melalui pentaksiran ini, ibu bapa boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-anak dan perlu menyokong anak mereka mencapai potensi pembelajaran.

Pengukuhan

Pentaksiran bilik darjah ini akan dilaporkan kepada ibu bapa oleh pihak sekolah sekurang-kurangnya dua kali setahun. Jadi ibu bapa akan lebih memahami tentang kemajuan anak mereka.

Marilah kita semua menyokong usaha murni KPM untuk memberikan pengalaman belajar yang menggembirakan dengan penuh kasih sayang dan saling menghormati bagi memenuhi harapan dan aspirasi anak-anak Malaysia.

AgendaUcapan Alu-aluan Pengerusi

Taklimat oleh KPPM

Sesi Soal-Jawab

Penutup

Taklimat Media: Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1 Kementerian Pendidikan Malaysia

Q&ATaklimat Media: Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1

Kementerian Pendidikan Malaysia

Taklimat Media:Pelaksanaan PentaksiranTahap 1

AgendaUcapan Alu-aluan Pengerusi

Taklimat oleh KPPM

Sesi Soal-Jawab

Penutup

Taklimat Media: Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1 Kementerian Pendidikan Malaysia

Terima Kasih!

Taklimat Media:Pelaksanaan PentaksiranTahap 1