Taksa Dan Ketaksaan (Iankaka')

Embed Size (px)

Citation preview

TAKSA DAN KETAKSAAN MAKNA DALAM TATABAHASA Permasalahan dalam pengajaran makna Kepersisan makna, ketaksaan leksikal struktur Kekaburan makna PERIBAHASA BM Makna dalam peribahasa

Permasalahan dalam pengajaran maknay Iaitu setiap kata atau perkataan tidak mempunyai

makna yang tunggal. y Kata dan makna merupakan dua hal yang sangat berbeza. Kata sebagai penghasil makna dan tidak mempunyai pengaruh terhadap makna yang dihasilkan. y Makna mampu menentukan jalannya sendiri dan mampu melepaskan diri dari kongkongan kata. y Sebagai contohnya perkataan you apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu pasti sesiapa sahaja boleh memberikan maksudnya.

Sambungan....y Namun bagi seorang penterjemah profesional tugas

menterjemahkan perkataan you bukan perkara yang mudah. Ini kerana mereka perlu mencari dan memilih makna yang tepat untuk perkataan you dalam bahasa Melayu. y Perkataan you dapat membawa maksud seperti berikut:y Saudara y Saudari y Anda y Awak y engkau

Sambungan.....y Antara banyak makna tersebut yang mana paling

sesuai dan betul merupakan permasalahan dalam pengajaran makna.

y Ketaksaan yang terdapat dalam sesuatu ayat juga

tergolong sebagai struktur makna berdasarkan teori semantik. y Contohnya :Pelajar perempuan itu begitu teliti menyiapkan tugasannya.y Ketaksaan menunjukkan kepada anda tentang struktur

makna digunakan untuk membayangkan maksud lain yang mempunyai kaitan rapat dengan ciri makna sesuatu perkataan yang diberikan.

y Perkataan

teliti mungkin membawa erti kemas, terancang dan sebagainya. y Dalam contoh di ruang sebelah, anda seharusnya dapat membayangkan makna teliti meliputi perkataan kemas, terancang dan perkataan-perkataan lain yang relevan.

a)

Ketaksaan Strukturaly melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu konstituen,

seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, dua orang pelajar menerima anugerah inovasi Sains yang mengharumkan nama Universiti.

b)

Ketaksaan Leksikaly melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu perkataan.

Contoh, pelajar kamarnya.

tersebut masih memikirkan

sesuatu di dalam

c)

Ketaksaan Metaforay melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur-unsur kiasan

yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya. Contoh, perbuatan rakan anda itu biadab.

y Dalam hal membina ayat, makna merupakan aspek yang

amat penting. y Tanpa menghitung aspek makna dalam binaan ayat, maka ayat yang dibina, meskipun tepat dari segi nahu, namun boleh menimbulkan keraguan maksud. y Contohnya : 1. Rosli masih menduda walaupun sudah berkahwin. 2. Saya membenci semua perkara yang saya suka. y Seperti yang terpapar dalam ayat-ayat ini, kelihatan ayatayat ini, walaupun dibina secara gramatis, namun tidak boleh dianggap ayat yang betul kerana ketaksaan makna yang wujud di dalam beberapa perkataan dalam ayat-ayat itu.

y Misalnya,

dalam ayat (1) terdapat dua ayat penyata,iaitu Rosli masih bujang dan Rosli sudah berkahwin. y Lazimnya, orang bujang ialah orang yang belum berkahwin dan dengan demikian tidaklah lojik kalau orang itu masih boleh mengekalkan taraf bujangnya, walaupun sudah berkahwin. y Apabila seseorang itu sudah berkahwin, tentunya dia akan hilang status bujangnya. Dengan demikian tidak dapat diterima ayat ini sebagai ayat gramatis kerana ketaksaan makna dalam ayat ini. y Seperti juga hal dalam ayat-ayat lain kerana wujud ketaksaan makna.

Kekaburan maknay Terdapat empat jenis kekaburan makna :

i. Kekaburan referensi ii. Kekaburan makna iii. Kekaburan spesifikasi iv. Kekaburan disjungsi

Kekaburan referensialy Kekaburan referensial muncul kerana makna leksikel

sebuah perkataan sukar diterapkan pada objek tertentu. y Misalnya perkataan city dan town dalam bahasa Inggeris yang bermaksud kota dalam bahasa Indonesia. y Apabila seorang penterjemah hendak menggunakan perkata town atau city untuk menterjemah Pare dan Kediri, menimbulkan masalah kerana baik Pare atau Kediri dalam kebiasaan orang Indonesia sama-sama disebut istilah kota. y Sementara dalam bahasa Inggeris ada perbezaan yang signifikan antara town dan city.

Kekaburan maknay Kekaburan makna muncul kerana adanya penafsiran yang

berbeza atau tidak pasti terhadap makna kata atau frasa tertentu. Contohnya : lukisan Anita. y Pernyataan ini dapat dimaknakan sebagai: i. Lukisan yang dilukis oleh Anita ii. Lukisan yang dilukis oleh orang lain tetapi telah dimiliki oleh Anita. iii. Lukisan yang menggambarkan wajah Anita iv. Lukisan yang akan diberikan pada orang yang bernama Anita dan lukisan itu tidak dlukis oleh Anita, tidak dibeli oleh Anita, belum dimiliki oleh Anita dan tidak juga menggambarkan wajah Anita.

Kekaburan spesifikasiy Kekaburan ini muncul kerana sifat makna sesuatu

perkataan yang terlalu umum. y Contoh yang diberikan oleh Kempson ialah kata go yang maksudnya pergi. y Ayat dia pergi ke kota pada dasarnya dapat membawa makna berbagai gerak seperti jalan kaki, naik kereta, naik motorsikal, naik kenderaan umum dan sebagainya. y Kata pergi dianggap tidak cukup memiliki spesifikasi gerak dan hanya memiliki makna tentang arah gerakan sahaja dan kerana itu menimbulkan kekaburan.

Kekaburan disjungsiy Kekaburan ini muncul kerana terdapat pilihan yang

menimbulkan penafsiran yang berbeza, sementara pilihannya terdapat juga di luar pilihan yang disediakan. y Contohnya ayat encik mahu minum kopi atau teh? pada dasarnya mempunyai tiga pilihan jawapan atau bahkan lebih meskipun pilihan yang diberikan hanya dua.y Selain itu, kekaburan makna juga muncul disebabkan

struktur fonetik, faktor gramatikal dan faktor leksikel.

Makna Dalam PeribahasaPeribahasa juga dikenali sebagai bahasa kiasan. Bahasa kiasan ialah ungkapan-ungkapan yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu sendiri ataupun daripada susunan tatabahasanya. Makna perkataan-perkataan itu tidak dapat difahami dengan melihat makna di dalam kamus. Dengan kata lain, makna perkataan itu dikiaskan menurut konteks budaya bahasa Melayu. Terdapat empat peribahasa dalam bahasa Melayu: - simpulan bahasa - pepatah - bidalan - perumpamaan

Simpulan Bahasay Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri

daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan-perkataan tersebut. y Contohnya : - hari jadi ( ulang tahun tarikh lahir ) - langkah kanan ( nasib baik ) - isteri muda ( isteri kedua )

Pepatahy Pepatah atau perbilangan ialah ungkapan-ungkapan

yang berasal daripada pusaka adat resam. y Makna ungkapan-ungkapan itu tidak berubah-ubah. y Pepatah berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam. Pepatah memiliki ciri-ciri puisi tradisional melayu. y Contoh pepatah Melayu : - patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati ( apabila alat-alat kerja sudah rosak atau hilang, maka kerja-kerja akan tergendala. )

Bidalany Bidalan ialah pepatah atau peribahasa yang berfungsi

sebagai nasihat. Bidalan dan pepatah seringkali dikelirukan oleh kerana pepatah pun ada yang mengandungi unsur nasihat. y Contohnya : - jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh ( jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal suka bertanya, pasti akan berjaya. )

Perumpamaany Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat

jelas kerana ia didahului oleh perkataan seolah-olah, ibarat, bak, seperti, umpama, laksana, macam dan bagai. y Contohnya : - laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku. ( sesuatu yang tidak mendatangkan sebarang faedah.)