31
KERJA KURSUS PENDEK SUBJEK : WAJ 3101 (TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA) PENSYARAH : ENCIK RAJIT BIN LUMANDAN

Tamadun Cina dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tamadun Cina dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia.Dari aspek : KepercayaanKebudayaanSosialTeknologiIlmu Pengetahuan

Citation preview

Page 1: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

KERJA KURSUS PENDEK

SUBJEK : WAJ 3101(TAMADUN ISLAM DAN

TAMADUN ASIA)

PENSYARAH : ENCIK RAJIT BIN LUMANDAN

Page 2: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

SOALAN

JAWAPAN SOALAN

BIODATA

PENUTUPP

Page 3: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

BIODATA

NAMA : LESLIE WILLIAM CHIN

PENGKHUSUSAN : PISMP BAHASA MELAYU 1 (SJKC)

AMBILAN : JANUARI 2012

MAJOR : BAHASA MELAYU

ELEKTIF : PENDIDIKAN JASMANI & KAJIAN SOSIAL

Page 4: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

SOALAN

SOALAN NOMBOR 10

1.Tamadun Cina dalam pemantapan Tamadun Malaysia dan dunia.Dari aspek : KepercayaanKebudayaanSosialTeknologiIlmu pengetahuan

Page 5: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

JAWAPAN SOALAN

Kesan interaksi antara Tamadun China dalam pemantapan Tamadun Malaysia dan dunia.

i.Terhadap Tamadun Malaysia.ii.Terhadap kawasan bulatan budaya.iii.Terhadap kawasan di luar lingkungan bulatan budaya.

Page 6: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

a.Terhadap Tamadun Malaysia

i. Sistem tulisan dan bahasa. Tamadun Melayu telah menyerap

beberapa perbendaharaan kata dari bahasa cina dan diguna pakai dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Page 7: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

ii. Aspek kebudayaan. Aspek kebudayaan pula meliputi Budaya

Baba-Nyonya dan juga Cina Peranakan atau Cina Kampung.

Budaya Baba-Nyonya. Komuniti Cina ini telah menetap di Melaka,

disebabkan ketiadaan pendatang wanita Cina, maka mereka berkahwin dengan wanita tempatan ataupun wanita Indonesia. Dari perkahwinan campur tersebut, maka lahirlah masyarakat Baba-Nyonya.

Page 8: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Selain itu, mereka turut bertutur dalam bahasa Melayu dan dikenali sebagai bahasa Melayu Baba.

Masakan Baba juga dipengaruhi oleh masakan Melayu, kebiasaannya mereka menggunakan tangan untuk makan seperti orang Melayu.

Cina Peranakan / Cina KampungPenggunaan dialek Kelantan yang fasih.Cita rasa yang sama dengan orang tempatan

seperti gemar menyaksikan wayang kulit, permainan mah-jong, wayang gedek dan menora.

Page 9: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

iii. Kesenian. Pembinaan masjid seperti masjid

Tanjung Kling (gambar di bawah) dan masjid Tengkera.

Page 10: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Pagoda dan kuil (gambar di bawah) yang terdapat dalam tamadun Melayu.

Page 11: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

b. Terhadap kawasan Bulatan Budaya.i. Terhadap Korea Agama dan kepercayaan. Ajarannya adalah Konfusianisme dan Buddhanisme. Konfusianisme Kerajaan Korea telah menghantar beratus-ratus

pelajar ke negera China untuk mendalami ajaran Konfusius serta memahami sistem pentadbiran China.

Sarjana-sarjana Korea juga telah mengikuti, mengkaji dan mempelajari proses perkembangan ini.

Page 12: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Buddhanisme Menjelang tahun 392 M, kerajaan Koguryo di Korea

telah mengeluarkan dekri yang mewajibkan rakyat harus percaya pada Buddhisme.

Paekche pula dikenali sebagai sebuah negeri yang mempunyai banyak kuil (rumah ibadat untuk penganut Buddha) dan terdapat ramai sami.

Setelah kejayaan menyatupadukan Korea, kerajaan Silla dianggap sebagai “dinasti Buddha” kerana pemerintahnya menggunakan agama Buddha untuk mengesahkan kedudukan dan kedaulatannya di Korea.

Page 13: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Sistem tulisan dan bahasa. Pada kurun ke-15, semasa pemerintahan

Dinasti Li di Korea, sistem tulisan Korea telah dicipta dengan merujuk kepada hasil yang tercapai dalam ilmu fonetik Cina.

Perkara tersebut terus diamalkan hingga kini, sehingga menyebabkan bahasa Korea masih penuh dengan perbendaharaan dan istilah-istilah dari bahasa Cina.

Page 14: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Bidang kesenian, sains dan teknologi. Apabila Buddhisme memasuki Korea,

diperkenalkan lagi unsur-unsur kesenian Buddha dalam seni bina, seni arca dan seni lukis. Kesenian Korea juga termasuklah seni tembikar, seni lukis dan kaligrafi, sebenarnya unsur kesenian Korea merupakan lanjutan daripada kesenian Cina.

Korea Kuno memperoleh pelbagai teknologi hasil daripada penghasilan (pertanian, pertukangan, perubatan dan sebagainya), buatan logam serta kraf tangan yang berasal dari China.

Page 15: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Contoh : lukisan hasil karya, Joseon Shin Yun Bon yang dilabelkan sebagai Kekayaan Nasional No.135 di negara Korea dan disimpan di Gansong Art Museum di Korea pada masa kini.

Page 16: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

ii. Terhadap Jepun Sistem tulisan dan bahasa Pada kurun ke-9 pula,

‘Kana’, iaitu sistem tulisan Jepun telah

dicipta berdasarkan ‘Kanji’, iaitu

sistem tulisan Cina. Kini, kedua-dua

sistem tulisan ini digunakan secara bercampur dengan bahasa Jepun.

Page 17: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Aspek sejarah Rekod rasmi yang terawal mengenai

sejarah Jepun ialah ‘Nihongi’ (Annals of Japan), tergubal dalam bahasa Cina.

Pada kurun ke-8 sehinggalah awal kurun ke-20, di mana penulisan sejarah rasmi di Jepun semuanya dalam bahasa Cina.

Bahkan, format dan susunan, pendekatan, perspektif dan orientasi nilai adalah sama dengan persejarahan Cina.

Page 18: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Agama dan kepercayaan Ajaran agama Konfusianisme. Ajaran ini

dibawa masuk dan disebar ke Jepun pada masa Dinasti Jin Barat.

Pada masa ini terdapat tiga aliran fahaman Konfusianisme, iaitu pertama, Aliran Shushi; kedua, Aliran Wang Yangming dan ketiga, Aliran Kogaku (Pelajaran Purba).

Agama Buddha disebarkan pada awal kurun ke-6 dari China sebagai sebahagian daripada kebudayaan Cina, iaitu yang telah dicinakan.

Page 19: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Di samping itu, agama Buddha mendapat sambutan baik di Jepun pada zaman Dinasti Sui dan Dinasti Tang sehingga menyebabkan mazhab Buddha yang berasal dari China, masing-masing berkembang di negara Jepun.

Lantas, Putera Shotoku menganggap fahaman Buddha sebagai fahaman yang terunggul di dunia dan mengeluarkan dekri untuk meminta rakyat jelata supaya menganuti agama tersebut.

Page 20: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Bidang ilmiah dan kesenian. Seni bina, seni lukis, kaligrafi,

kesusasteraan dan muzik. Teknologi pencetakan penghasilan barang lakuer, porselin dan tembikar, kain sutera, kertas, bahan letupan dan banyak lagi.

Page 21: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Unsur-unsur kebudayaan China dalam kehidupan sehari-hari pun banyak terserap dalam pakaian (kimono), makanan (tauhu, teh dan seni teh, kicap serta penggunaan penyepit), permainan (wau dan mahjong), perkebunan, pesta dan perayaan, upacara dan ritual (acara penyembahan).

Page 22: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

iii. Terhadap Vietnam Sistem tulisan dan bahasa Institusi dan sistem kerajaan serta politik,

perundangan, pendidikan dan peperiksaan dari China terus dipinjam masuk ke dalam tamadun Vietnam.

Agama dan kepercayaan Konfusianisme amat berpengaruh sebagai suatu

sumber rujukan bagi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan etika sepanjang sejarah Vietnam sehinggalah kedatangan kuasa penjajah-penjajah Barat.

Page 23: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Selain ajaran Konfusianisme, ajaran agama Buddhisme merupakan salah satu lanjutan daripada Buddhisme Cina di Vietnam.

KebudayaanPakaian, makanan, permainan, peralatan muzik,

perayaan (Tahun Baru Cina), ritus dan upacara. Dalam sejarah Vietnam juga, tidak dapat

dinafikan terdapat kemunculan orang Vietnam yang memiliki kepandaian dalam menulis puisi Cina dan mahir dalam seni lukis, seni ukir, seni bina dan kaligrafi Cina.

Page 24: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

iii.Terhadap kawasan di luar lingkungan bulatan budaya.

iv.Terhadap Asia Tenggara Teknologi penghasilan barangan. (Gula tebu, samsu, kertas, kain, bahan

letupan, lilin, kasut dan sebagainya), pembinaan, perlombongan, pertanian (pada dan sayur-sayuran) dan pertukangan (emas dan besi) yang lebih baik dan berkesan, bahkan nilai kerja dan estetik yang baru dipamerkan.

Page 25: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Kebudayaan.Proses budaya iaitu amalgamasi

(penyatuan) atau perkahwinan campur telah berlaku dengan penduduk tempatan.

Selain amalgamasi, proses akulturasi (pembudayaan), iaitu proses pertembungan yang membawa kepada saling pinjam-meminjam unsur-unsur budaya berlaku hasil daripada interaksi antara dua kumpulan etnik tersebut

Page 26: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Agama Ajaran Buddhisme di China merupakan aliran

Mahayana manakala di Myanmar dan Thailand pula merupakan aliran Buddha Theravada. Sungguhpun begitu, ketiga-tiga pihak yang berinteraksi ini, tetap mementingkan ajaran agama Buddha yang asal.

Di Myanmar terdapat sebilangan konsep Buddhisme yang berasal-usul China dan terdapat rumah peribadatan, iaitu kuil yang sama reka bentuk dengan kuil-kuil di negara China.

Page 27: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Ilmu pengetahuan Semasa Dinasti Ming, berikutan ekspedisi

pelayaran Hulubalang Zheng He. Ekspedisi ini telah melancarkan pelayaran ke rantau Asia Tenggara, India, Tanah Arab dan Afrika Timur sebanyak tujuh kali dalam jangka masa 28 tahun.

Ekspedisi Zheng He juga merupakan ekspedisi pelayaran yang terbesar di dunia pada masa itu yang berada di Asia Tenggara dan dari segi muatan serta keperluan, bilangan anak kapal dan tugas yang dilaksanakan.

Page 28: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

i. Terhadap India Sistem kepercayaan dan keagamaan Agama Buddha yang berkembang pesat di

India pada kurun ke-6 S.M, telah dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China pada kurun pertama (zaman Han Timur).

Dalam konteks untuk memahami ajaran Buddha ini, para sami-sami dan penziarah-penziarah Cina harus melakukan suatu perjalanan yang sukar, menetap di India dan mempelajari kitab Buddha dalam bahasa Sanskrit.

Page 29: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Selain itu, terdapat juga perdebatan dan perbincangan antara Buddhisme dengan Konfusianisme untuk selama beberapa ratus tahun di negara China.

Bidang sains dan teknologi Serikultur dan penanaman pokok mulberi,

pembuatan kertas, tembikar dan bahan letupan, teknologi pencetakan dan penggunaan kompas, pasti telah dibawa masuk ke India melalui perdagangan dan pelbagai saluran lain.

Page 30: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Bidang ilmu perubatan Mengikut Sejarah Dinasti Sui, banyak karya

perubatan India diterjemahkan ke dalam bahasa Cina, manakala dalam buku-buku perubatan Dinasti Tang tercatat juga ubat dan teknik surgeri India dalam bidang oftalmologi, pediatrik dan ginekologi.

Mengikut rekod sejarah, istana Tang amat menaruh keyakinan pada ahli-ahli perubatan India dan antara ubat yang diperkenalkan ialah ubat untuk umur panjang.

Page 31: Tamadun Cina  dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Sekian, Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan..

Yang benar, leslie