41
ISI KANDUNGAN BIL . TAJUK MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 1 2.0 PENGERTIAN TAMADUN 2 3.0 ASPEK-ASPEK PENTING TAMADUN ISLAM 3 4.0 ASAS TAMADUN ISLAM 4 5.0 SUMBER TAMADUN ISLAM 7 6.0 CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM 9 7.0 LATAR BELAKANG KERAJAAN BANI ABBASIYAH 12 8.0 KHALIFAH-KHALIFAH KERAJAAN BANI ABBASIYAH 14 9.0 SUMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH 16 9.1 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN 17 9.2 PERKEMBANGAN EKONOMI 20 9.3 PERKEMBANGAN SOSIAL 21 10. 0 FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH 22 10. 1 FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH 22 11. 0 KESIMPULAN 25 12. 0 BIBLIOGRAFI 26 1

Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kerajaan bani abbasiyah

Citation preview

Page 1: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 PENGERTIAN TAMADUN 2

3.0 ASPEK-ASPEK PENTING TAMADUN ISLAM 3

4.0 ASAS TAMADUN ISLAM 4

5.0 SUMBER TAMADUN ISLAM 7

6.0 CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM 9

7.0 LATAR BELAKANG KERAJAAN BANI ABBASIYAH 12

8.0 KHALIFAH-KHALIFAH KERAJAAN BANI ABBASIYAH 14

9.0 SUMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH 16

9.1 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN 17

9.2 PERKEMBANGAN EKONOMI 20

9.3 PERKEMBANGAN SOSIAL 21

10.0 FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH 22

10.1 FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH 22

11.0 KESIMPULAN 25

12.0 BIBLIOGRAFI 26

1

Page 2: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

1.0 PENGENALAN

Tamadun Islam bermula apabila berlaku peristiwa penerimaan wahyu yang pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w

daripada Allah s.w.t. melalui malaikat Jibrail (a.s.) pada bulan Ramadan tahun 610 Masihi, ketika baginda berusia

40 tahun. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab menganut pelbagai kepercayaan dan agama. Agama

yang dianut terdiri daripada agama samawi iaitu Kristian dan Yahudi, ajaran Nabi Isa dan Musa (a.s.) serta agama

hanif (ajaran Nabi Ibrahim (a.s.), manakala kepercayaan-kepercayaan yang diamalkan adalah seperti menyembah

berhala, api, matahari dan sebagainya yang dipanggil sebagai amalan Jahiliah. Perkataan "Jahiliah" berasal

daripada kata kerja bahasa Arab "jahila" yang bermaksud jahil, bodoh dan tidak berilmu pengetahuan.

Masyarakat Arab sebelum Islam jahil dalam bidang akhlak dan keagamaan namun mereka telah maju dalam

bidang-bidang lain seperti pemiagaan, binaan, kesusasteraan pertanian dan sastera.

Perkembangan Tamadun Islam di dunia Arab boleh dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu zaman

Rasulullah dan Khulafa al-Rashidin (610 M - 660 M), zaman Bani Umaiyah (660 M - 750 M), zaman Bani

Abbasiyah (750 M - 1261M), zaman Bani Mughuliyah (Monggols) dan zaman Bani Uthmaniah (1261 M -1924

M). Kekuatan pengaruh Tamadun Islam turut menyumbang ke arah tercetusnya pembaharuan di Eropah dan

seterusnya perluasan sehingga ke Kepulauan Melayu. Zaman Rasulullah S.A.W. dan al-Khulafa' al-Rashidin

merupakan zaman model Tamadun Islam.

Untuk tugasan kali ini, saya akan mengupas dengan lebih lanjut Tamadun Islam pada zaman Kerajaan

Bani Abbasiyah dimana pada zaman ini perkembangan kebudayaan, keilmuan, kegiatan ekonomi dan politik

begitu meluas dan gemilang.

2

Page 3: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

2.0 PENGERTIAN TAMADUN

Perkataan tamadun berasal daripada beberapa perkataan Arab seperti maddana, umran, hadarah,

maddaniah dan beberapa perkataan lain tetapi tamadun lebih popular dan meluas digunakan di

dalam dunia Islam. Ibnu Khaldun dalam kitabnya “Al-Muqaddimah” memberi erti umran

sebagai kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap, berkembang subur dan maju manakala

hadarah pula ialah satu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan (Abd

Rahman Ibn Khaldun, 1960). Ibnu Khaldun menghuraikan maksud peradaban atau Tamadun

Islam ini sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga

dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus

dan mempunyai nilai-nilai seni.

Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas dalam bukunya yang bertajuk “Fahaman

Agama dan Asas Akhlak”, tamadun membawa satu takrif “Keadaan kehidupan insan

bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi

seluruh masyarakat.” (1977).

Mengikut Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4 (2007) , tamadun membawa empat maksud

iaitu yang pertama, keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf

kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran(sosial, politik dan lain-lain) yang tinggi,

peradaban. Maksud yang kedua, negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan

kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dan lain-lain) yang tinggi,

peradaban. Maksud yang ketiga, budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau

sesuatu zaman) tertentu, peradaban dan maksud yang keempat, keadaan pemikiran (budaya dan

moral) yang halus, peradaban.

3

Page 4: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

3.0 ASPEK-ASPEK PENTING TAMADUN ISLAM

Terdapat tiga aspek penting dalam Tamadun Islam, iaitu aspek manusia, aspek masyarakat dam

aspek sejarah. Aspek manusia berkisar dalam tiga persoalan pokok, iaitu dari mana kita berasal,

kenapa kita diwujudkan dan ke mana kita akan pergi. Jawapan kepada persoalan-persoalan ini

akan menentukan hala tuju dan pembentukan Tamadun Islam. Aspek masyarakat pula

melibatkan perkara-perkara berikut iaitu hak untuk hidup, hak untuk bebas, maruah dan hak

peribadi, hak berfikir, beragama dan mengeluarkan pendapat, serta keadilan dan kehakiman.

Aspek sejarah dalam Tamadun Islam merupakan satu mekanisma panduan, teladan dan

sempadan. Pengajaran dari fakta sejarah akan mendorongkan seseorang melakukan atau

meninggalkan suatu perbuatan. Kepentingan aspek ini terbukti pada sebahagian kandungan al-

Qur’an yang memaparkan sejarah umat yang silam dan juga sejarah para nabi (anbiya’). Sebagai

contohnya, Surah Maryam menceritakan kisah Maryam yang merupakan ibu kepada Nabi Isa

AS. Demikian juga surah Ali Imran menceritakan kisah keluarga Imran yang juga salasilah

keluarga Nabi Isa AS. Surah Ibrahim memaparkan kisah Nabi Ibrahim AS termasuk kisahnya

dibakar oleh Namrud, namun tidak terbakar. Kisah Nabi Musa dengan Firaun, Nabi Lut dengan

umatnya, Nabi Nuh dilanda banjir besar, Nabi Ayob dtimpa penyakit, Nabi Syuib dengan

tanamannya, Nabi Harun menjadi teman Nabi Musa, Nabi Khaidir dan nabi-nabi yang lain

termasuk yang tidak dinyatakan namanya dengan jelas. Semua kisah sejarah ini bukan sekadar

dipaparkan untuk memenuhkan al-Qur’an tetapi untuk dijadikan iktibar dan teladan perjalanan

manusia hari ini dan akan datang. Aspek-aspek manusia, masyarakat dan sejarah akan

melahirkan tamadun agung, iaitu tamadun yang menepati matlamat penciptaan manusia,

menghormati hak-hak asasi manusia dan menjadikan peristiwa silam sebagai dorongan ke arah

penciptaan tamadun yang lebih dinamik.

4

Page 5: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

4.0 ASAS TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam terikat dengan beberapa perkara penting yang menjadi asas pembinaan tamadun.

Antaranya ialah akidah, syariah, akhlak dan ilmu. Empat asas ini dikuti dengan asas keadilan,

semangat kejiranan, toleransi dan kebebasan beragama sebagai pra-syarat Tamadun Islam.

(Mahyudin Hj.Yahya :1998:15). Asas-asas ini menjadikan Tamadun Islam tetap unggul

walaupun tidak terbina di atas tapak sejarah awal Islam iaitu di Semenanjung Tanah Arab,

khususnya di bumi Mekah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah.

Akidah merupakan satu konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada Allah

SWT, para rasul, para Malaikat, Kitab-kitab, Hari Akhirat dan Qada’ Qadar Allah. Keyakinan

kepada konsep tauhid kepada Allah memberi kesan dalam kehidupan manusia. Tauhid

merupakan falsafah kehidupan dalam Islam dan menjadi asas kepada kelahiran tamadun.

Keimanan kepada Allah SWT akan mengubah dan membentuk pandangan manusia terhadap

Tuhan, sesama manusia dan alam semesta. Zaman Nabi Muhammad SAW merupakan zaman

kegemilangan Tamadun Islam, sama ada dalam aspek politik, pentadbiran mahupun ekonomi.

Umat Islam telah berjaya membentuk sebuah kerajaan Islam yang kukuh di Kota Madinah

dengan berasaskan akidah. Akidah yang mantap telah membentuk sistem nilai, iaitu suatu sistem

yang mengawal sifat dan bentuk ketamadunan.

Syariah merangkumi ibadah dan muamalah. Ibadah ialah peraturan-peraturan untuk

melakukan peribadatan dan ketaatan kepada Allah SWT. Ia juga meliputi perilaku

melaksanakan kebaikan kepada sesama manusia dan alam. Muamalah pula ialah peraturan

perhubungan sesama manusia yang meliputi aspek akhlak, politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

Aspek syariah dalam Tamadun Islam dilihat sebagai pemangkin kepada keutuhan dan

kecemerlangan tamadun. Ia juga menjadi pembeza antara Tamadun Islam dengan tamadun-

5

Page 6: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

tamadun lain. Melaksanakan keadilan pula adalah prinsip penting dalam perlaksanaan syariat

Islam. Ia menjadi lambang kesucian agama Islam. Pelaksanaan keadilan merupakan asas bagi

setiap penyusunan masyarakat dan negara. Oleh itu, jika akidah boleh diibaratkan sebagai

sumber inspirasi dalam menggerakkan tamadun, syariah pula adalah sebagai penunjuk jalan,

penentu kaedah dan perlaksanaan Tamadun Islam. (Azhar, 2000: 129).

Akhlak merupakan mekanisma yang menggerakkan umat Islam menjadi umat yang

bertamadun tinggi. Tanpa akhlak, Tamadun Islam yang dibina tidak mempunyai sebarang erti.

Oleh itu, dalam ajaran Islam, akhlak merupakan pelengkap kepada akidah dan syariah. Imam al-

Ghazali menjelaskan akhlak merupakan suatu kebiasaan yang terdapat dalam diri manusia.

Seseorang akan melakukan dengan mudah dan tidak perlu berfikir untuk menghasilkan

perbuatan dan tingkah laku. Sekiranya tingkah laku seseorang itu indah dan terpuji ia dinamakan

akhlak yang baik (akhlak mahmudah), tetapi jika perbuatan atau tingkah laku itu keji ia

dinamakan akhlak yang buruk (akhlak mazmumah). (Aboebakar Atjeh, 1985:13)

Nilai akhlak sebagai satu unsur pembinaan tamadun sudah ada dalam tamadun-tamadun

silam seperti Tamadun Yunani atau lain-lain tamadun. Walau bagaimanapun, nilai-nilai murni

dalam nilai akhlak disempurnakan oleh Nabi Muhamad SAW. Ini berdasarkan satu hadis

Rasulullah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan

kemuliaan akhlak”. Nilai paling utama dalam kehidupan manusia ialah nilai baik yang akan

membentuk akhlak seseorang dan ia tidak ditentukan oleh akal manusia, sebaliknya oleh wahyu

Allah SWT dan sunnah Rasul-Nya. Nilai yang diketengahkan oleh ajaran Islam terbukti lebih

sesuai dengan fitrah manusia. Oleh kerana itu, nilai dalam akhlak Islam mampu merentasi

sempadan, masa dan geografi. Akhlak Islam amat berperanan membantu keutuhan sesebuah

tamadun dalam rangka manusia melaksanakan amanah sebagai khalifah di dunia. Segala bentuk

6

Page 7: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

perlakuan yang berasaskan ajaran Islam membawa penganutnya mengamalkan akhlak yang

mulia.

Kelahiran Tamadun Islam juga berasaskan ilmu pengetahuan yang disarankan oleh

firman Allah SWT dalam surah al-‘Alaq (ayat Iqra’). Ia merupakan wahyu pertama yang

diturunkan kepada Rasulullah SAW. Penekanan kepada ilmu pengetahuan yang bermula dari

peringkat awal telah membangkitkan kesedaran pentingnya pembinaan tamadun berasaskan

pengetahuan. Sejarah kegemilangan Tamadun Islam telah berjaya dicipta kerana penghayatan

ummah terhadap budaya ilmu dalam kehidupan seharian. Selain daripada kejayaan melahirkan

tenaga-tenaga mahir dan professional dalam pelbagai bidang, masyarakat Islam juga mempunyai

pegangan agama yang teguh, pemikiran yang tinggi dan akhlak yang luhur. Ilmu merupakan

elemen penting yang menjadi pemangkin pergerakan manusia. Penguasaan pelbagai ilmu

pengetahuan menjadikan masyarakat Islam mampu melakukan penelitian, pengkajian dan

menghasilkan penemuan baru atau teknologi. Antara contoh intelektual Islam yang menjadi

pemangkin budaya ilmu pengetahuan dalam masyarakat seperti Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ibnu

Maskawayh, Ibn Batutah, Ibnu Khaldun, al-Farabi, al-Kindi, al-Khawarizmi, al-Ghazali, al-

Biruni dan al-Battani. Selain itu, para ulama Islam turut berkembang kerana pemilikan ilmu.

7

Page 8: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

5.0 SUMBER TAMADUN ISLAM

Sumber Tamadun Islam terbahagi dua, iaitu sumber wahyu dan sumber sekunder. Sumber

wahyu terkandung dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Al-Qur’an mrupakan mukjizat yang

diwahyukan oleh Allah SWT melalui Jibril AS kepada Nabi Muhammad SAW dan membacanya

dikira sebagai ibadah. Al-Qur’an mengandungi keseluruhan ajaran Islam yang merangkumi

konsep ketuhanan, sistem perundangan, alam ghaib, nilai moral, fakta-fakta sains, sejarah dan

lain-lain lagi. Al-Qur’an sebagai mukjizat tetap terpelihara daripada sebarang bentuk usaha

penyelewengan dan penambahan. Al-Qur’an sebagai sumber yang dapat disaksikan hingga ke

hari ini sentiasa menyeru umat Islam melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan serta

membangunkan alam untuk kebaikan bersama. Selain itu, al-Qur’an menekankan aspek keadilan

dan segala prinsip-prinsip sosial. Selain al-Qur’an, sumber kedua yang menjadi sumber

Tamadun Islam ialah sunnah atau hadis Nabi Muhammad SAW. Al-Sunnah ialah segala yang

disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat

atau akhlak dan riwayat hidup baginda sebelum dan sesudah dilantik menjadi Rasul.

Sumber ini diterima sebagai sumber yang benar dan berautoriti dalam Tamadun Islam. Sunnah

bukan sekadar bertindak sebagai penafsir dan pengulas yang paling sahih walaupun

kesahihannya mengambil tempat kedua selepas al-Qu’ran, malah dari sudut lain, adalah tidak

mungkin untuk melihat agama Islam sebagai sesuatu yang sempurna tanpa bantuan dan

penjelasan al-Sunnah. Walau bagaimanapun, haruslah diingat bahawa sunnah yang diterima

sebagai sumber autoriti ini hanyalah sunnah yang sahih sahaja.

Selain daripada al-Qur’an dan al-Sunnah, terdapat sumber lain yang berperanan sebagai

pengukuh kepada penjanaan Tamadun Islam. Antaranya ialah ijtihad, ijmak ulama’, al-Qias,

Masalih al-Musalah dan al-Istihsan. Kesemua sumber ini dihasilkan oleh pemikir Islam yang

8

Page 9: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

berusaha mencernakan Islam dalam kehidupan seharian umat Islam yang semakin kompleks.

Pemikiran intelek dan ulama Islam yang melahirkan pelbagai kaedah Islam tetap berdasarkan

firman Allah dalam al-Qur’an dan hadith Nabi SAW.

Terdapat banyak ayat-ayat al-Qur’an dan al-Hadis yang mendorong manusia belajar dan

menggunakan akalnya atau memperkembangkan semangat intelektualisma. Contohnya, ialah

ayat-ayat yang disudahi dengan ungkapan yang bermaksud ‘Apakah kamu tidak menggunakan

akal’, ‘Apakah kamu tidak berfikir’ dan lain-lain lagi. Ayat-ayat ini mengandungi maksud

supaya umat Islam menggunakan akal untuk memerhati dan mempelajari alam sekeliling. Di

samping itu, terdapat juga mekanisma lain yang kewujudannya merupakan manifestasi kepada

sumber-sumber ini seperti pembentukan pentadbiran yang berkesan selari dengan ajaran Islam,

monumen-monumen indah yang melambangkan keagongan Islam dan ketinggian ilmu-ilmu

Islam sehingga menjadi rujukan kepada pembinaan tamadun lain. Tidak dinafikan juga

keindahan seni Islam seperti seni kaligrafi, seni bunyi, seni tampak dan sebagainya turut menarik

perhatian dan minat masyarakat dunia.

9

Page 10: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

6.0 CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

Ciri-ciri tamadun yang dikemukakan oleh para sarjana Barat seperti wujudnya penempatan,

kemunculan kota atau bandar, peningkatan kualiti hidup, wujudnya organisasi, bahasa dan

penggunaan tulisan dan adanya daya reka cipta, turut terkandung dalam masyarakat Islam yang

menjadi penunjang Tamadun Islam. Bahkan ciri-ciri Tamadun Islam lebih luas daripada yang

dinyatakan. Namun ciri-ciri khusus Tamadun Islam tersebut jarang diketengahkan. Ciri-ciri

Tamadun Islam mempunyai keistimewaan dan nilai tersendiri. Ciri-ciri tersebut adalah seperti

berikut iaitu rabbani, keseimbangan dan kesederhanaan, universal, ideal dan realistik, tetap dan

anjal serta menyeluruh.

Ciri rabbani menunjukkan Tamadun Islam di dasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan

keagamaan. Menerusi ciri ini, umat Islam sedar hakikat keberadaannya di dunia ini adalah

sebagai khalifah Allah yang diamanahkan untuk membangunkan setiap wilayah yang diduduki.

Sumber, matlamat dan tujuan kehidupan manusia berteraskan ketetapan Allah SWT yang

terkandung dalam al-Qur’an. Selain itu, ciri ini juga menjadikan umat Islam sedar bahawa

tujuan penciptaan manusia adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah

SWT. Perhubungan manusia dengan Allah SWT merupakan matlamat tertinggi dalam Tamadun

Islam. Sementara perhubungan manusia sesama manusia dan alam lainnya adalah pelengkap

hubungan dengan Maha Pencipta. Ciri ini juga menjadi bukti semua bangsa adalah sama dalam

masyarakat Islam. Pembezanya hanyalah iman dan takwa, bukan warna kulit, pangkat,

keturunan dan kekayaan. Oleh itu, ciri ini merupakan tunggak utama Tamadun Islam dan asas

perbezaan Tamadun Islam dengan tamadun lain.

10

Page 11: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

Kesimbangan bermaksud seimbang antara dua keadaan yang bertentangan. Konsep

keseimbangan dalam Tamadun Islam merangkumi kerohanian (spiritual) dan kebendaan

(material), tanggungjawab ibadat kepada Allah dan urusan kehidupan dunia, kepentingan

individu dengan masyarakat dan keseimbangan nilai spiritual dengan material.

Tamadun Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat dan tempoh tertentu, bahkan

Tamadun Islam milik seluruh manusia yang berpegang kepada Din al-Islam. Ini bermakna

Tamadun Islam sesuai dengan segala bangsa dan situasi. Ia juga menepati keperluan dan

peredaran zaman. Tamadun Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan

kepada sesuatu bangsa atau kawasan tertentu. Dengan ciri ini terbukalah ruang kepada semua

bangsa di dunia untuk membentuk masyarakat Islam dan membina tamadun sejagat.

Islam sentiasa meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat

dicapai dengan memberi landasan kukuh kepada seluruh kegiatan agar tidak bercanggah dengan

ajaran Allah SWT. Ciri realistik mengambil kira kehidupan manusia di alam sejagat dengan

kepercayaan bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata. Dunia

nyata adalah antara bukti kewujudan Allah SWT yang Maha Pencipta. Tamadun Islam

mempunyai prinsip yang tetap dan tidak berubah pada sasaran dan matlamat pembinaan

tamadun, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaanya. Islam memberi kebebasan dari

sudut merealisasikan tamadun pada setiap bangsa yang berbeza dengan mengambil kira

matlamat yang harus di capai, bukan kemajuan dari sudut kebendaan semata-mata.

Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk aspek akidah, syariat

(undang-undang) dan akhlak. Demikian juga hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan

sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam. Ia juga merupakan satu seruan keadilan

untuk semua manusia, sama ada Islam atau bukan Islam, musuh atau lawan dan mempunyai

11

Page 12: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

hubungan keluarga ataupun tidak. Dari aspek kehakiman, Tamadun Islam telah terbukti dapat

mengembalikan hak kepada yang empunya, sebagaimana yang berlaku dalam sejarah Islam.

Tamadun Islam juga menyentuh aspek kenegaraan yang meliputi hubungan dalam negara

mahupun antarabangsa.

12

Page 13: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

7.0 LATAR BELAKANG KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Nama Kerajaan Abbasiyah diambil bersempena nama bapa saudara Rasulullah iaitu Al-Abbas.

Penubuhannya adalah untuk merialisasikan idea keturunan Bani Hasyim yang menganggap

tampuk pemerintahan Islam lebih layak disandang oleh mereka. Kerajaan ini telah ditubuhkan

secara rasmi oleh khalifah yang pertama bagi kerajaan ini iaitu Abu Al-Abbas As-Saffah.

Kerajaan ini muncul berpunca daripada penentangan secara dalaman dan luaran dalam

kerajaan Ummaiyah iaitu penentangan daripada golongan Mawali yang mana mereka berasa

telah didiskriminasi. Mereka juga telah dikenakan cukai yang lebih berbanding orang Arab yang

lain dan mereka tidak dapat memegang jawatan yang dianggap layak bagi mereka. Kesannya,

mereka telah menyertai gerakan Abbasiyah bagi menjatuhkan kerajaan Bani Ummaiyah. Pada

masa yang sama, di akhir zaman Bani Ummaiyah, khalifah telah mengabaikan tanggungjawab

terhadap rakyat dan ajaran Islam, serta berlaku penentangan terhadap sistem warisan dalam

pemilihan khalifah. Akhirnya, mereka telah melancarkan revolusi Abbasiyah dan berjaya

menjatuhkan kerajaan Bani Ummaiyah.

Kerajaan ini mewarisi sistem khalifah secara warisan seperti juga Kerajaan Bani

Umaiyah iaitu menentukan sendiri bakal khalifah sebelum wafat. Ia dipimpin oleh 37 orang

khalifah. Kerajaan Bani Abbasiyah memerintah selama lima kurun dan berpusat di Baghdad.

Sistem politik dan pemerintahannya telah banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur kebudayaan

Parsi kerana ramai orang Parsi yang memeluk Islam dan menjawat jawatan penting dalam

Kerajaan Bani Abbasiyah. Dari segi sistem pemerintahan, kerajaan Bani Abbasiyah ini boleh

dibahagikan kepada tiga iaitu al-Khalifah, al-Wazir dan juga al-Dawawin. 

13

Page 14: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

Al-Khalifah ialah Ketua Negara yang bertindak Pemimpin Tertinggi dalam Wilayah

Islam, al-Wazir pula ialah Perdana Menteri yang bertindak sebagai Ketua Pentadbir, manakala

al-Dawawin ialah Jabatan-jabatan kerajaan(Polis, Audit, Pertahanan, Kebajikan, Perhubungan)

dan berada di bawah pengawasan Al-Kutta(Sekretari /Setiausaha). Baghdad menjadi pusat

kegiatan ekonomi dan intelektual dan mencapai puncak kecemerlangannya pada zaman Khalifah

Harun al-Rasyid dan anaknya al-Mamun.

14

Page 15: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

8.0 KHALIFAH-KHALIFAH KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Perkembangan jawatan ketua negara kerajaan Bani Abbasiyah boleh diringkaskan seperti berikut

iaitu menjalankan dasar dalam pemerintahan sebagai warisan daripada Nabi Muhammad yang

bertanggungjawab dalam menegakkan negara Islam dan dasar politiknya. Dalam struktur

kerajaan Bani Abbasiyah, khalifah berkedudukan autokratik dan semua perintah berpunca

daripadanya. Di samping kuasa sekular, khalifah mempunyai kewibawaan spiritual (divine

authority).

Khalifah pertama Abbasiyah bernama Abu Abbas Abdullah As-Saffah, memerintah

selama empat tahun sembilan bulan (750M-754M). Antara sumbangan terulung baginda ialah

mengasaskan Kerajaan Abbasiyah. Selain itu baginda juga telah menghapuskan pemberontakan

yang ada pada zaman itu.

Khalifah yang kedua pula dipimpin oleh Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur. Baginda

merupakan saudara kandung  kepada As-Saffah iaitu pemerintah zaman kegemilangan Kerajaan

Bani Abassiyah. Baginda menjadi khalifah selama 22 tahun iaitu bermula (136H/754M -

158H/775M). Antara sumbangan baginda dalam membangunkan Kerajaan Bani Abbasiyyah

ialah menjadikan kota Baghdad sebagai ibu kota dan membangunkannya. Selain itu baginda juga

memperbaiki sistem cukai, membuat saliran-saliran  air di kawasan pertanian serta menyediakan

pasar  di tempat yang strategik.

Pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah meneruskan kegemilangannya dibawah

pemerintahan khalifah yang warak dan terkenal iaitu Khalifah Harun Ar-Rasyid. Baginda

memerintah selama 23 tahun lebih(170H/786M - 192H/809M). Antara sumbangan baginda

15

Page 16: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

dalam membangunkan Kerajaan Bani Abasiyyah ini ialah memerintahkan Al-Qadhi Abu Yusuf

untuk menulis kitab tentang percukaian sehingga terhasilnya kitab Al-Kharaj. Selain itu baginda

juga turut mewujudkan jawatan baru iaitu Qadhi Al-Qudhah serta menubuhkan Baitul Hikmah

iaitu pusat ilmu pengetahuan. Pembangunan ini telah menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat

perdagangan, ilmu pengetahuan dan kebudayaan. Baginda juga membina lebih banyak

kemudahan awam seperti hospital, institut pengajian dan farmasi.

Kerajaan Bani Abbasiyah terus dipimpin oleh Khalifah Al-Makmum atau nama sebenar

baginda Abdullah Abu Al-Abbas Al-Makmum iaitu putera kepada Harun Ar-Rasyid. Baginda

menjadi khalifah selama 20 tahun(198H/813M - 218H/833M). Antara sumbangan baginda

kepada kegemilangan Kerajaan Bani Abbasiyah ialah memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar 

yang berjaya. Selain itu baginda turut menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu

pengetahuan.

16

Page 17: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

9.0 SUMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Umat Islam amat disegani oleh umat yang lain pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah. Umat

Islam di zaman ini mengamalkan budaya dan nilai Islam yang sejagat. Islam mengamalkan

konsep keadilan sesama manusia tanpa mengira bangsa serta warna kulit. Oleh kerana itu

perhambaan sesama manusia dihapuskan. Dasar politik kerajaan Abbasiyah yang diamalkan

memberi layanan yang adil kepada golongan orang bukan Islam. Mereka menikmati kebebasan

mengamalkan agama mereka sendiri. Disebabkan itu penduduk setempat tertarik dengan Islam

serta akhlak umatnya dan ini merupakan faktor utama yang mendorong penyebaran Islam ketika

pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah. Kesan dari penyebaran Islam ini telah mengubah

pegangan akidah masyarakat pada zaman tersebut.

Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Ilmu yang

terdapat pada masa itu ialah ilmu al-Quran, hadis, nahu, geografi, matematik, falak, perubatan,

fizik dan falsafah. Kerajaan Bani Abbasiyah menyediakan pelbagai prasarana pendidikan seperti

masjid dan sekolah agama. Masjid dibina di merata-rata tempat dan dijadikan tempat

berdakwah, menuntut ilmu dan beribadat. Galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas

dari baitulmal untuk para ulamak dan pendakwah menjalankan aktiviti dakwah juga menjadi

faktor penyebaran Islam ketika ini.

Kedudukan Baghdad yang strategik juga turut menyumbang kepada penyebaran Islam.

Ia berada di tengah-tengah laluan pedagang Timur dan Barat. Kedudukan Baghdad yang

menjadi tumpuan dalam bidang keilmuan dan perdagangan telah menjadikannya sebagai pusat

kegiatan perdagangan dan pusat pertemuan sarjana dari Timur dan Barat. Ketika inilah para

17

Page 18: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

pendakwah telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan ajaran Islam kepada pedagang-

pedagang yang bukan beragama Islam.

9.1 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

Perkembangan ilmu pada zaman ini terbahagi kepada dua tahap iaitu yang pertama proses

penyerapan dan pemindahan ilmu-ilmu klasik khususnya dalam bidang sains dan falsafah bahasa

Yunani, Suryani, Parsi dan Sanskrit ke dalam bahasa Arab. Tahap ini dianggap penting kerana

menjadi tunjang pembentukan ummah yang berteraskan nilai keislaman sebenar. Yang

keduanya iaitu era kelahiran dan kebangkitan intelektual Muslim yang menyaksikan kegiatan

penterjemahan, penyaringan dan penghasilan karya-karya asli dilakukan secara sistematik. Pada

peringkat ini berlaku kegiatan penterjemahan secara giat karya- karya klasik Yunani dalam

bidang sains dan falsafah ke bahasa Arab.

Pembesaran Khizanah al-Hikmah yang kemudiannya digelar Bayt al-Hikmah oleh al

Ma'mun membolehkan pelbagai kemudahan keilmuan diwujudkan. Bayt al-Hikmah diwujudkan

sebagai satu institusi keilmuan serba lengkap yang menggabungkan pelbagai institusi keilmuan

serba lengkap seperti penterjemahan, penyalinan manuskrip, akademi pengajian tinggi dan balai

cerap turut dilengkapi dengan kemudahan tempat tinggal untuk kakitangannya. Proses

pembukuan ilmu pengetahuan seperti kitab al-Kharaj yang ditulis oleh Abu Yusuf, buku dari

ilmu Fiqh, tafsir, hadith, perubatanuh, fizik, falsafah, astronomi dan sastera dibukukan agar

rakyat mendalami ilmu tersebut.

Lahirnya mazhab dan karya-karya penulisan yang disusun secara sistematik seperti

mazhab Hanafi yang telah diasaskan Imam Abu Hanifah. Beliau turut menghasilkan Kitab Fiqh

al-Akbar dianggap sebagai pelopor aliran pemikiran secara ra'yi dan manthiq.

18

Page 19: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

Zaman Kerajaan Bani Abbasiyah ini telah melahirkan beberapa tokoh ilmuan yang

terkenal yang telah menemukan beberapa bidang ilmu iaitu ilmu yang berteraskan wahyu dan

akal serta menjadi sumber rujukan utama pada masa kini.  Dalam bidang ilmu yang berteraskan

wahyu, Yahya bin Ziyad al-Farra’ yang terkenal dengan ilmu tafsirnya telah menghasilkan

karyanya dalam kitab  Maani al-Quran, dalam ilmu hadis yang menjadi sumber rujukan utama

iaitu imam-imam yang menghasilkan kitab hadis yang masyhur seperti sunan sittah. Ilmu fekah

daripada imam-imam terkenal seperti imam abu Hanifah, imam Malik, imam Syafie, Imam

Ahmad Hanbal, imam Al- Qadhi Abu Yusuf, Imam Mawardi, dalam ilmu Tauhid pula iaitu  ilmu

matematik,Imam Abu Hassan al-As’ari dan Imam al-Ghazali.

Tokoh dalam  Ilmu yang berteraskan akal pula seperti imam Muhammad bin Musa al-

Khawarizmi dengan karya  Hisabul Jabri wal-Muqabalah yang telah menemukan formula

Trigonometri, Algebra, Geometri, Logarithma, pengenalan kepada sistem angka dalam abjad,

pengenalan bilangan sifar (0) dalam sistem angka. Imam al- Batani dalam ilmu Falak telah

menemukan penemuan baru dalam mengukur jarak antara bumi dan matahari, membuat jadual

pergerakan bulan dan bintang, menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan

matahari terhadap pertukaran musim dan mencipta alat pengukur sudut (astrolabe). Imam Jabir

bin Hayyan dalam bidang Kimia telah menemukan asid galian seperti asid nitric, asid sulfuric,

dan asid hidroklorik dan mencipta teori penghasilan alkohol dan membaiki proses pembuatan

kaca.

Seterusnya imam al-Hassan bin Haitam menghasilkan lebih 200 karya seperti Kitabul

Manazir, Maqalatun Fi Dhau’I dan Maqalatun Fi at-Tahlil wa at-Tarkib dalam ilmu fizik dengan

mencipta teori pergerakan jirim, daya graviti dan pantulan cahaya, menjelaskan tentang lapisan

mata serta proses penglihatan, menyukat kelajuan bumi dan cahaya dan mencipta cermin mata.

19

Page 20: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

Imam As-Syarif al-Idrisi menghasilkan ensiklopaedia peta Eropah dalam ilmu Geografi dengan

penemuan memberi ujaran yang tepat tentang keluasan permukaan bumi dan menghasilkan peta

dunia pertama dalam bentuk glob.

Ilmu pelayaran diteruskan dari zaman Umayyah ke zaman Bani Abbasiyyah. Bani

Abbasiyyah telah mengembangkan usaha kajian terhadap maritim dan kelautan. Pelbagai

panduan dan pedoman dibangunkan bagi mengatasi masalah panduan lama menggunakan angin

malam dan bintang-bintang.

Orang Islam pada zaman ini telah membina hospital dan klinik serta sekolah-sekolah

perubatan yang lengkap dengan pusat penyelidikan. Al-Zahrawi telah memperkenalkan kaedah

penelitian ilmiah dalam ilmu kedoktoran dan pembedahan. Ibnu Sina dalam kitabnya Qanun fi

al-Tibb dalam bidang perubatan yang telah menemukan beberapa bidang perubatan seperti

menjelaskan kesan kuman dalam penyakit, menjelaskan teori jangkitan virus seperti Tibi,

menemui pelbagai penyakit seperti Rubella, alahan, cacar, dan penyakit jiwa. Beliau turut

mencipta ubat-ubatan untuk berbagai-bagai penyakit kronik dan mencipta picagari, ubat bius,

dan benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan.

Orang Islam telah mewujudkan ilmu ukur, bidang, lingkaran dan sistem hitungan yang

terdapat dalam matematik. Dalam perspektif Islam, matematik adalah suatu jalan yang

menghubungkan diantara sensibel dengan intelengible. Diantara ahli matematik Islam yang

terkenal ialah Al-Khawarizmi. Ilmuwan di Mesir, Syria, Iraq dan Hijaz telah memperkenalkan

alat-alat ukur yang bermanfaat daalam aktiviti pertanian. Mereka juga aktif melaksanakan kajian

dalam pertanian dan penternakan. Ahli falsafah semasa tempoh pemerintahan Abbasiyyah yakin

bahawa wujud hubungan antara al-Quran dengan akal. Mereka telah berjaya menghubungkan

20

Page 21: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

diantara ajaran yang dibawa oleh al-Quran dan kefahaman berlandaskan akal fikiran.

Buku-buku sejarah yang disusun pada zaman Abbasiyah membahaskan tentang sejarah

peperangan, ekonomi, politik, sosial, suku kaum, golongan dan sebagainya. Sebagai contoh, Abu

Ismail Al-Azdi yang menghasilkan Futuh al-Syam.

Ketika zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah juga telah banyak buku yang

terkumpul termasuklah buku-buku cerita yang termasyhur iaitu Hikayat 1001 malam Lahirnya

tokoh-tokoh ilmuan dan Sufi yang terkenal seperti Imam Syfie, Ahmad Hambal dan Ibrahim

Adham. Baghdad juga telah muncul sebagai pusat ilmu pengetahuan, kesusasteraan dan

perdagangan. Pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah telah berkembang subur seni budaya seperti

seni suara, seni drama, seni muzik, seni pahat, ukiran, sulaman, lukisan dan hiasan bangunan.

9.2 PERKEMBANGAN EKONOMI

Khalifah Harun al-Rasyid telah menjana kemajuan yang pesat di Baghdad pada zaman

pemerintahan Abbasiyah. Kemajuan ini dapat dilihat melalui kejayaan Baghdad sebagai pusat

pelabuhan bertaraf antarabangsa dengan menjadikan lembah Sungai Tigris sebagai pusat

pelabuhan kapal perang dan kapal pedagang antarabangsa berlabuh. Pengurusan negara yang

efisien juga telah menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan yang terkenal dan saudagar

Islam yang berjaya menguasai pasaran dunia kerana barangan yang didagangkan terdiri daripada

bahan galian seperti emas, permata,intan serta bahan sutera.

Pada zaman Jaa'far al-Mansur, telah melantik seorang pegawai kewangan yang

bertanggungjawab dalam urusan kewangan dan sistem ekonomi negara. Petani dikenakan cukai

perdagangan ('usyur) dengan kadar yang berpatutan mengikut hasil pendapatan mereka.

Kemantapan ekonomi adalah dibantu dengan pembinaan semula kota Baghdad seperti

21

Page 22: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

menambah bangunan-bangunan pusat pentadbiran, rumah pegawai, masjid, bangunan pejabat

dan istana agar dapat menarik lebih ramai pedagang luar untuk berdagang di Baghdad.

9.3 KEMAJUAN SOSIAL

Islam tidak pernah membezakan jantina dalam memberi sumbangan terhadap usaha memajukan

negara. Ini dapat dilihat ketika pelaksanaan pembinaan tali air yang dipelopori oleh seorang

wanita Islam. Pembinaan prasarana seperti rumah sakit dan farmasi memberi kemudahan dan

menjaga kepentingan kesihatan rakyat. Pembinaan pusat-pusat pemandian umum di beberapa

tempat dalam kerajaan Abbasiyyah turut dilakukan.

22

Page 23: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

10.0 FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kegemilangan pada zaman kerajaan Abbasiyah. 

Antaranya ialah kestabilan politik. Khalifah yang pertama iaitu Abu Abbas Abdullah As-Saffah

memberi perhatian yang serius kepada pembasmian pemberontakan dan perbalahan puak.

Dasar politik kerajaan Bani Abbasiyah yang diamalkan memberi layanan yang adil

kepada golongan orang bukan Islam. Mereka menikmati kebebasan mengamalkan agama mereka

sendiri. Kerap kali mereka diambil untuk berkhidmat dalam birokrasi kerajaan. Berbanding

dengan pemerintahan Umayyah, golongan ini menikmati taraf sosial yang jauh lebih tinggi pada

zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah. Orang bukan Islam juga diberi layanan baik

selagi mereka tidak mengkhianati Bangsa lain.

Kerajaan Bani Abbasiyah juga menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan

negara luar bagi mengekalkan kestabilan ekonomi kerajaan. Kedudukan Baghdad yang strategik

yang berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur dan barat menjadikannya sebagai pusat

kegiatan perdagangan dan pusat pertemuan sarjana timur dan barat.

Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang

muamalat menurut islam. Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari

cetusan idea & hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan islam dalam konsep

muamalat.

10.1 FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Kerajaan Bani Abbasiyyah yang diasaskan oleh Abu ‘Abbas as-Saffah itu hanya sempat bertahan

selama 508 tahun (5 kurun) iaitu pada tahun 750 hingga 1258 Masihi. Namun dalam tempoh

400 tahun yang terakhir, pemerintahan Bani Abbasiyyah hanya tinggal pada nama sahaja.

23

Page 24: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

Keagungan dan kehebatan sebelumnya gagal dikembalikan semula. Malahan berpunca daripada

kehidupan para khalifah yang semakin mewah dan mementingkan diri sendiri. Kerajaan Bani

Abbasiyyah menjadi lemah dan terus merosot. Akhirnya kerajaan Bani Abbasiyyah tumbang

pada tahun 1258 Masihi apabila digempur oleh tentera Hulagu Khan.

Faktor utama kejatuhan kerajaan Bani Abbasiyah adalah disebabkan oleh kelemahan

pemerintahnya sendiri. Pada pemerintahan Al- Wasiq tidak ada sebarang pembaharuan yang

dilakukan dan bergantung hanya kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara

menyebabkan politiknya telah dipengaruhi oleh Turki dan Parsi. Saudara Al-Wasiq iaitu Al-

Mutawakkil mengambil alih pemerintahan dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan

pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai berbangsa Turki dan Parsi. Usaha beliau

tidak dapat diteruskan kerana pengaruh Turki dan Parsi begitu kuat menguasai percaturan politik

kerajaan Bani Abbasiyah.

Perebutan kuasa  daripada putera-putera Al-Mutawakkil mengakibatkan lagi kelemahan

dalam pentadbirannya. Pemberontak dari golongan syiah dan khawarij juga sering mengganggu

pentadbiran kerajaan Bani Abbasiyah. Mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak

disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja. Keadaan ini mengganggu keamanan negara.

Selain mengalami kemunduran dalam bidang politik, Kerajaan Bani Abbasiyyah juga mengalami

kemerosotan ekonomi yang teruk sehingga menyebabkan jatuhnya kerajaan Bani Abbasiyah.

Kawasan-kawasan kecil ada yang menuntut kemerdekaan dari jajahan Abbasiyah dan ini

menyebabkan jumlah bayaran pajakan daripada wilayah-wilayah semakin berkurangan. Bagi

meningkatkan pendapatan, pemerintah mengarahkan tentera memungut cukai secara paksa.

Pendapatan Kerajaan Bani Abbasiyyah turut menurun kerana para pengutip cukai memonopoli

hasil cukai. Pertanian pula terganggu kerana lumpur menimbus sistem pengairan. Rusuhan dan

24

Page 25: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

pemberontakan yang berlaku pada akhir zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah juga

menyebabkan para pedagang tidak lagi berkunjung ke Baghdad menyebabkan dana yang

tersimpan di Baitulmal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan. Malahan

berpunca daripada kehidupan para khalifah yang semakin mewah dan mementingkan diri sendiri.

Pada tahun 1258 Masihi Baghdad telah jatuh ke tangan bangsa Mongol, ini bukan sahaja

mengakhiri kekuasaan Kerajaan Bani Abbasiyyah di sana, tetapi juga merupakan tanda awal

kemunduran politik dan peradaban Islam, kerana Baghdad merupakan pusat kebudayaan dan

peradaban Islam yang sangat kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan itu lenyap dimusnahkan

oleh tentera Mongol yang dipimpin Hulagu Khan. Dalam kejadian itu, digambarkan bahawa

Hulagu Khan menyerang Baghdad dengan pasukan tentera yang sangat besar. Akhirnya, kota

Baghdad jatuh ke tangan tentera Mongol. Tentera Mongol memasuki kota Baghdad dan

membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui. Segala peradaban Islam yang terbina di Baghdad

telah dihancurkan. Segala kitab yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana Islam telah dikumpulkan

dan dibuang ke dalam Sungai Dujlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat daripada

tulisan kitab-kitab itu.

25

Page 26: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

11.0 KESIMPULAN

Era pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah merupakan era keemasan dan kegemilangan Islam.

Ketika ini kedaulatan umat Islam sampai ke kemuncak kemuliaan, baik dari segi kekayaan,

kemajuan atau kekuasaan. Ketika ini juga telah lahir pelbagai cabang ilmu yang penting yang

telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Selain itu, sumbangan umat Islam untuk peradaban

dunia juga hasil cetusan minda para cendikiawan besar dan hebat yang lahir ketika era Kerajaan

Bani Abbasiyyah.    

Namun begitu, terdapat pengajaran penting yang perlu diberi perhatian dalam kita

menghayati dan menyulusuri sejarah sepanjang Kerajaan Bani Abbasiyyah yang telah menguasai

dunia berabad-abad lamanya. Pengajarannya ialah umat Islam jangan mudah terlena dengan

kekuasaan yang dimiliki, kerana apabila leka dibuai mimpi indah dan hidup dalam keadaan

bermegah-megah akan menyebabkan kita tersasar dari ajaran Allah s.w.t yang telah disampaikan

melalui utusannya Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini juga menjadi pemacu kepada umat Islam

kembali bangkit untuk mencapai kembali kegemilangan Islam seperti yang pernah diraih ketika

era Kerajaan Bani Abbasiyyah. Umat Islam harus bersedia untuk memiliki segala kepakaran

yang diperlukan demi mempertingkatkan martabat umat Islam dan mengelak dari bergantung

dengan pihak lain. Umat Islam wajib berusaha memiliki pelbagai kepakaran, sama ada

kepakaran ilmu agama yang terus berkembang dan berubah, mahupun kepakaran ilmu dunia

yang berbentuk kemahiran dan daya cipta. Kepakaran ilmu dunia akan menyebabkan umat Islam

disanjung dan dijadikan rujukan, sementara kepakaran ilmu agama akan menjadikan umat Islam

umat yang teguh dengan dasar agamanya yang menganjurkan keseimbangan antara kebahagiaan

dunia dan akhirat.

26

Page 27: Tamadun Islam Tugasan 1 (Individu) - Tema Utama Tamadun Islam (Tamadun Pilihan-kerajaan Bani Abbasiyah)

12.0 BIBLIOGRAFI

Abd Aziz Mohd Zin (2006). Tamadun Islam dan Tamadun Melayu.

Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Ahmad Zaki Abdul Latif, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2009). Buku Teks

Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

Shah Alam : Oxford Fajar.

Haji Ahmad Fauzi Murad, Ahmad Tarmizi Talib (1997). Tamadun Islam.

Serdang : Penerbit UPM Serdang.

Mohd Mokhtar Syafie (1996), Sejarah Islam Abad Pertama.

Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Nur Hakim (2008), Jatuhnya Sebuah Tamadun:Menyingkap Kebangkitan Dan Kejatuhan

Empayar Khalifah Islam.

Selangor: PTS Islamika, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Zakaria Abdullah (2009), Tamadun Islam Teks Lengkap Sejarah STPM.

Kuala Lumpur: Marshall Cavendish.

http://titasblog2012.blogspot.my/p/peristilahan-tamadun.html

27