32
ISLAMIC CIVILATION AA301 PENGHARGAAN Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA dapatlah kumpulan kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Ustazah Jariah Binti Abdullah kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada kumpulan kami sepanjang penghasilan tugasan ini. Keberkatan ilmu serta dengan keazamanya memerah keringat dalam mendidik kami tidak pernah lentur “Ibarat lilin yang membakar dirinya” sedikit pun tidak merintih. Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami kerana dengan keredhaan dan restu mereka serta utusan doa yang tidak terhenti yang dipanjatkan kehadrat Ilahi membantu kami menyelesaikan setiap perician dengan efektif. “Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.” Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat kajian dan laporan Tamadun Islam Era Sahabat. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya. Bersama kita gigih menggeggam semangat mencapai kejayaan kelak. Page 1

Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tamadun Islam

Citation preview

Page 1: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

PENGHARGAAN

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA dapatlah kumpulan kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Ustazah Jariah Binti Abdullah kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada kumpulan kami sepanjang penghasilan tugasan ini. Keberkatan ilmu serta dengan keazamanya memerah keringat dalam mendidik kami tidak pernah lentur “Ibarat lilin yang membakar dirinya” sedikit pun tidak merintih.

Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa

kami kerana dengan keredhaan dan restu mereka serta utusan doa yang tidak terhenti yang dipanjatkan kehadrat Ilahi membantu kami menyelesaikan setiap perician dengan efektif.

“Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah

mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.”

Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat kajian dan laporan Tamadun Islam Era Sahabat. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya. Bersama kita gigih menggeggam semangat mencapai kejayaan kelak.

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah..panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baikpadanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

Ya Allah..tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlahhatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlahhajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Sekian Terima Kasih.

PENGENALAN

Page 1

Page 2: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

Tanah Arab, seperti yang diketahui umum, adalah tapak asas penubuhan daulah Islamiyyah yang terawal sekali. Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w di kota Mekah bemakna telah bermulalah episod kelahiran agama Islam dalam sejarah dunia. Selepas beberapa tahun, Kota Madinah telah menjadi kerajaan Islam yang pertama ditubuhkan didunia apabila berlakunya peristiwa penghijrahan Nabi s.a.w bersama para sahabat ke Kota Madinah.

Selepas kewafatan Nabi s.a.w, zaman era sahabat dan tabi'en diteruskan, dan ketika ini begitu banyak negeri dan wilayah di sekitar semenanjung tanah Arab dibuka oleh masyarakat Islam yang terdiri dari kalangan sahabat, tabi'en dan tabi'nya.

LATAR BELAKANG TAMADUN ISLAM ERA SAHABAT

Page 2

Page 3: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

Pengertian Tamadun Islam

Menurut kamus Dewan, tamadun boleh ditakrifkan sebagai kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Kemajuan meliputi dari sudut rohani dan jasmani.Manakala dalam bahasa Melayu Indonesia perkataan peradaban adalh sinonim dengan tamadun . Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang digunakan untuk tamadun ialah civilization. Civilization berasal daripada perkataan latin ‘civitas’ yang membawa maksud kota atau ‘city’ dalam bahasa inggeris.

Konsep Tamadun Islam

M.A.J Beg dalam membicarakan konsep tamadun mengemukakan suatu teori di mana dalam dunia ini hanya terdapat dua tamadun sahaja iaitu Konsep tamadun Islam dan konsep tamadun barat.

Terdapat beberapa orang sarjana Islam seperti Muhammad Asad dan Ali Shari’ati menekan peranan Islam sebagai faktor penting dalam pembentukan tamadun Islam. Muhamamad Asad menyifatkan tamadun Islam sebagai ‘tamadun yang bersifat Ideologi’. Beliau menyatakan, tamadun kita adalah tamadun berideologi, Alquran adalah sumber ideologi tersebut. Mengikutnya lagi, faktor kedua dalam pembentukkan tamadun Islam ialah syariah. Menurutnya, tamadun Islam mementingkan daya intelektual dalam setiap motifnya, ia berkembang merangkumi bidang-bdang yang luas, menetapkan aspek kehidupan individu dan masyarakat yang dikenali sebagai syariah.

Latar Belakang Tamdun Islam

Pada zaman Rasulullah SAW, yang memimpin adalah beliau sendiri. Beliau memegang dua bentuk kekuasaan , kekuasaan agama dan kekuasaan dunia. Sebagai pemimpin agama, beliau menerima syariat (wahyu)dari Allah SWT dan sebagai pemimpin dunia (politik) beliau melaksanakan syariat itu.

Dengan kewafatannya maka selesailah tugas beliau sebagai pembawa syariat akan tetapi sebagai pemimpin dunia, tugasnya belum lagi selesai dan perlu disambung. Dan mereka yang menggantikan tugasnya disebut sebagai Khalifah iaitu Pengganti Nabi.

Nabi Muhammad wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11 Hijrah di Madinah. Baginda tidak pernah mengatakan secara lisan siapakah yang baginda pilih sebagai pemimpin umatIslam yang seterusnya. Namun perundingan yang dijalankan di kalangan masyarakatIslam di Madinah telah memutuskan untuk melantik Abu Bakar al-Siddiq sebagai Khalifahyang pertama.

Empat khalifah yang mentadbir negara Islam selepas Rasulullah s.a.w. dikenali sebagai Khulafa' al-Rasyidin (Yang Bijaksana). Khalifah pertama yang dilantik ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq pada tahun 11H (632M) yang memerintah antara tahun 11H-13H (632-634M); khalifah kedua ialah Saidina Umar al-Khattab antara tahun 13H-23H (634-644M);

Page 3

Page 4: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

khalifah ketiga ialah Saidina Uthman b. 'Affan antara tahun 23H-35H (644-655M); dan khalifah terakhir, Saidina Alt b. Abi Talib antara tahun 35H-40H (655-661M).

SISTEM PERLANTIKAN KHALIFAH

Page 4

Page 5: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

Erti Khalifah

Status manusia yang telah diberi keistimewaan oleh allah melebihi mahluk-mahluk lain telah melayakkannya menjadi khalifah di bumi ini dalam konteks memimpin dunia mengikut yang diamanahkan oleh Allah. Abul A’la al Mahudi telah memberi pengertian khalifah sebagai “wakil tuhan yang memimpin dunia ini”. Manakala Drs. Nasrrudin Razak mengatakan khalifah ialah “mahluk yang bertugas menguruskan bumi dengan seluruh isinya dan berkewajipan memakmurkannya sebagai kewajipan daripada Allah s.w.t”. Konsep khalifah ini dengan sendirinya merangkumi sifat-sifat kekuasaan, pemerintahan dan ketuanan walaupun tidak mutlak.

Konsep Khalifah

Khalifah ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bererti pengganti (kata jamaknya, khulafa). Dalam konteks ini khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Dalam konteks agama pula perkataan ini bermaksud tanggungjawab memeihara kemurnian agamaIslam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tanggungjawab mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.

Mengapa Manusia Dilantik Sebagai Khalifah Allah

Keperluan semulajadi manusia dalam alam ini adalah lebih menyeluruh berbanding mahluk mahluk hidup lain. Contohnya: keprluan kepada makanan, pakaian, kemewahan dan kediaman manusia semakin beraneka rupa apabila semankin tinggi cara dan taraf hidupnya. Maka merekalah sepatutnya menguruskan isi ala mini seperti diamanahkan.

Mereka dianugerahi akal yang membuatkan mereka berupaya menguasai , menunduk dan mempergunakan semua kejadian alam yang lain sama ada dia laut didarat atau udara. Kekerdilan fizikal manusia telah disempurnakan dengan akalyang mampu memiliki ilmu yang mengunakan sumber alam yang telah dicipita oleh Allah. Ini ditegaskan oleh firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya telah Kami memulikan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di darat dan dilaut. Kami berikan mereka rezeki dari yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna daripada mahluk-mahluk yang kami jadikan.

(Surah al Ishrak: 7)

Manusia dianugerahi wahyu (al Quran dan as Sunnah) yang mampu difahami dan dipratikkan dalam membimbing kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Menurut pimpinan wahyu alam dapat dimakmurkan bukan dirosakkan mengikut pimpinan nafsu

Kewajiban Khalifah

Page 5

Page 6: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

Sesungguhnya kewajiban Khalifah itu sangatlah berat, wilayah kepemimpinannya

bukan hanya  untuk  sekelompok  umat  Islam saja, akan tetapi mencakup seluruh umat Islam

sedunia. Wilayah kepemimpinannya bukan hanya pada urusan tertentu,  seperti  ibadah  atau 

mu’amalah saja,  akantetapi mencakup  penegakan semua  sistem  agama  atau  syari’ah  dan

juga  mencakp  urusan  duniawi  umat. Tanggung  jawabnya  bukan  hanya  terhadap  urusan 

dunia,  akan tetapi mencakup urusan akhirat. Tugasnya bukan sebatas  menjaga  keamanan 

dalam  negeri,  akan  tetapi  mencakup  hubungan luar negeri yang dapat melindungi umat

Islam minoritas  yang  tinggal  di negeri-negeri kafir. Kewajibannya bukan hanya sebatas

memakmurkan dan membangun bumi negeri-negeri Islam, aka tetapi  juga harus mampu

memberikan rahmat bagi negeri-negeri  non  muslim  (Rahmatan Lil’aalamin)

Sistem Pemilihan Khalifah

Pada hakikatnya Islam tidaklah menetapkan sistem tertentu dalam pemilihan seseorang khalifah atau pemimpin. Apa yang dituntut hanyalah agar menghormati konsep ‘syura’, iaitu sistem demokrasi menurut fahaman biasa. Dalam konteks ini, terdapat empat cara yang dilakukan ketika melantik Khulafaur-Rashidin:

i. Melalui Bai’at atau pemberian taat setia

a. Seperti yang dilakukan terhadap Abu Bakar AI-Siddiq, yang mana berlangsung dalam dua peringkat.

b. Peringkat pertama dinamakan ‘Al-Bai’ah Al-Khassah’, iaitu pemberian taat setia dari golongan-golongan yang khas di dalam perhimpunan di Saqifah Bani Saidah saja ( berlaku pertelagahan di antara golongan Muhajirin dan Ansar yang masing-masing mahukan seorang pemimpin dari kalangan mereka).

c. Kemudiannya baru Abu Bakar menerima’AI-Bai’ah AI-’Ammah; iaitu pemberian taat setia oleh rakyat jelata pada hari yang kedua di Masjid Nabi.

ii. Melalui wasiat

a. Seperti yang berlaku pada Umar AI-Khattab apabila dia ditunjuk sebagai pengganti oleh Abu Bakar .

b. Memandangkan suasana genting ketika itu, baik di dalam mahupun di luar negeri Abu Bakar mencadangkan nama Umar, dan kebetulan nama ini jugalah yang disetujui oleh sahabat-sahabat.

c. Jadi dengan persetujuan ramailah baru diperintahkannya agar Usman Affan menulis wasiat yang menetapkan Umar sebagai peganti Abu Bakar.

iii. Pemilihan Umar adalah berdasarkan sistem wasiat, dan juga dari sokongan orang ramai.

iv. Melalui sistem Syura

Page 6

Page 7: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

a. Pemilihan khalifah ditentukan oleh Majlis Mesyuarat.

b. Cara ini dilakukan oleh Umar Al-Khattab dengan mencalonkan enam orang sahabat besar, iaitu Usman Aff an, Ali bin Abu Talib, Talhah bin Ubaidullah, Zubair AI-Awwam, Saad bin Abi Waqas dan Abdul Rahman bin Auf.

c. Setelah bemesyuarat sesama mereka, akhirnya Usman dan Ali sahaja yang berjaya masuk ke peringkat yang terakhir. Tetapi setelah ditinjau pendapat rakyat, ternyata mereka lebih memihak kepada Usman, atas sebab-sebab tertentu. Diantara sebabnya ialah :

Usia Usman lebih tua daripada Ali.

Keinginan rakyat untuk mengubah selera dari corak pemerintahan yang tegas dan keras oleh Umar kepada corak yang lunak dan toleransi.  

Kemungkinan menarik kembali jabatan khalifah nanti dari Usman (Bani Umayyah) adalah lebih besar daripada Ali (Bani Hashim).

Kalangan orang-orang Umayyah yang sangat menginginkan agar jabatan khalifah itu dipegang oleh mereka.

v. Akhirnya perlantikan Khalifah juga dibuat melalui jalan kekerasan

a. Rakyat bertindak menggulingkan pemerintah yang gagal menjalankan keadilan.

b. Cara seperti ini berlaku apabila saluran-saluran biasa untuk memilih pemimpin-pemimpin dengan bebas sudah tertutup. Ini berlaku terhadap Usman sendiri yang didakwa telah membuat berbagai kesilapan dan kezaliman.

c. Akibatnya kebencian rakyat tidak dapat dibendung-bendung lagi, hingga meletuslah pemberontakan yang membawa kematiannya sendiri.

d. Dalam suasana inilah Ali dilantik oleh penduduk-penduduk Madinah yang memandangnya sebagai tokoh yang paling layak untuk menjadi khalifah, di samping sokongan dari pemberontak-pemberontak yang datang dari wilayah-wilayah Islam yang lain.

Demikianlah beberapa cara dan sistem yang dilakukan ketika melantik Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Wujudnya unsur-unsur pemilihan (dengan bebas) itulah yang menyebabkan mereka dinamakan ‘Khulafaur-Rashidin’, sedangkan khalifah-khalifah selepasnya tidak lagi digelar ‘Al-Rashidin’, sebab mereka tidak dipilih bahkan dilantik oleh khalifah-khalifah sebelumnya untuk mewarisi takhtanya.

Cara Perlantikan Setiap Khalifah

a. PERLANTIKAN KHALIFAH ABU BAKAR

Page 7

Page 8: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

Berlaku perselisihan pendapat mengenai siapa yang layak menggantikan tempat rasulullah selepas kewafatan baginda.

Orang ansar telah mengadakan perjumpaan sesama mereka dan mencadangkan saad bin abi ubadah menjadi khalifah

Orang muhajirin termasuk abu bakar dan umar telah bergegas ke tempat perjumpaan tersebut setelah mendengar perjumpaan dan agenda yang dijalankan

Setelah berlaku perbincangan, abu bakar memberi ucapan dan mencadangkan umar atau abu ubaidah dipilih untuk menjawat jawatan khalifah

Kedua-dua yang dicadangkan telah membantah pencalonan tersebut, lantas umar berjabat tangan untuk baiah kepada abu bakar as-siddiq bagi menjawat jawatan khalifah dan diikuti oleh umat islam lain

b. PERLANTIKAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Ketika abu bakar jatuh sakit, beliau merasa bimbang akan berlaku perpecahan dan melemahkan perpaduan

Abu bakar berpendapat bahawa orang yang paling layak ialah umar bin al-khattab

Beliau meminta pandangan beberapa orang sahabat tentang cadangan tersebut

Usman bin affan telah menulis wasiat atas permintaan abu bakar as-siddiq, dan memperdengarkannya kepada beliau dan orang ramai berkenaan cadangan tersebut.

Orang ramai bersetuju dengan cadangan melantik umar selepas kewafatan abu bakar

c. PERLANTIKAN KHALIFAH USMAN BIN AFFAN

Setelah umar ditikam oleh abu lu'luah yang beragma majusi, beberapa orang sahabat telah berjumpa umar dan mendesak agar dilantik penggantinya

Umar telah mencalonkan 6 orang sahabat antaranya ali bin abi talib dan usman

Abdul rahman bin auf yang dicadangkan telah menarik diri dan berjanji untuk menjalankan pemilihan dan temu bual bersama orang ramai untuk memilih ali atau usman yang lebih layak menjadi khalifah

Page 8

Page 9: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

Setelah orang ramai memilih usman yang layak menjadi khalifah terlebih dahulu dan dituruti oleh ali, abdul rahman mengumumkan perlantikan tersebut dan diikuti oleh para sahabat lain

d. PERLANTIKAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB

Selepas pembunuhan usman bin affan negara islam menjadi kucar kacir dan tidak stabil

Puak-puak pemberontak telah meminta ali untuk mengambil alih jawatan khalifah

Ali enggan pada mulanya untuk menerima jawatan tersebut tetapi menerimnya setelah melihat negara islam dalam keadaan yang kucar-kacir

Orang ramai telah memberi baiah kepada ali kecuali puak-puak umaiyah yang diketuai oleh muawiyah bin abi sufyan

TAMADUN ISLAM ZAMAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Page 9

Page 10: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

Latar Belakang Khalifah Abu Bakar

Abu Bakar as-Siddiq ( الصديق بكر أبو ) ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar yang daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq iaitu yang membenarkan. Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah.

Proses Perlantikannya Sebagai Khalifah

Ketika orang islam sibuk dengan pengebumiaan Nabi, orang-orang Ansar telah berkumpul di Saqifah Bani Saidah bagi melantik Saad Bin Ubaidah, ketua puak Khazraj, sebagai khalifah. Apabila hal ini diketahui oleh Abu Bakar, beliau bersama-sama Umar dan Abu Ubaidah al-Jarrah telah pergi ke sana. Abu Bakar menerangkan bahawa jawatan khalifah sepatutnya diberi kepada keturunan Quraisy kerana Quraisy sangat berpengaruh. Oleh itu, beliau mencadangkan supaya sama ada Umar atau Abu Ubaidah dipilih. Umar sebaliknya telah mencadangkan supaya Abu Bakar sahaja dipilih memandangkan kelebihan yang dimilikinya. Umar telah membai’atkan Abu Bakar diikuti Abu Ubaidah dan seterusnya orang-orang yang ada dalam perhimpunan tersebut.

Esoknya, Abu Bakar terus menerima bai’at dari orang ramai di masjid nabi. Abu Bakar kemudiannya telah mebuat ucapan besar diantara lain menyebutkan bahawa umat Islam wajib mentaatinya selagi beliau masih mentaati Allah. Sekiranya beliau melakukan kesalahan, adalah menjadi tanggungjawab semua orang untuk membetulkanya. Beliau telah menggalakkan umat Islam untuk melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara-perkara mungkar.

Jasa-jasa Khalifah Abu Bakar

Menyelesaikan Masalah Perebutan Jawatan Khalifah

Masalah ini berpunca dari nabi tidak menyebutkan siapakah yang akan dilantik untuk menggantikanya. Apabila baginda mangkat, timbullah masalah perebuatan jawatan khalifah. Ada yang berpendapat jawatan khalifah hanya untuk orang Quraisy dan sesetengah menyebut ia hanya untuk orang Muhajirin. Terdapat pula yang menyatakan jawatan khalifah hanya dikhaskan kepada keturunan Bani Hasyim. Masalah ini menjadi kuat apabila golongan Ansar menganggap diri mereka layak memandang sumbangan mereka terhadap perkembangan Islam. Abu Bakar telah memberi hujah yang sebaik-baiknya bahawa khalifah adalah ditujukan kepada orang Quraisy kerana orang Quraisy sangat berpengaruh. Beliau telah mencadangkan sama ada Umar atau Abu Ubaidah dipilih tetapi Umar mencadangkan Abu Bakar dipilih sebagai khalifah. Abu Bakar telah mendapat persetujuan dari orang ramai dan menjadi khalifah pertama.

Gerakan Tentera Usamah

Page 10

Page 11: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

Sebelum nabi wafat, nabi telah membentuk sebuah pasukan tentera yang diketuai oleh Usamah Bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan yang telah membunuh utusan nabi. Sebelum pasukan ini digerakkan, nabi telah wafat. Apabila Abu Bakar menjadi khalifah, beliau mencadangkan untuk meneruskan gerakan tersebut tetapi telah dibantah oleh kebanyakkan sahabat.

Dalam hal ini, Abu Bakar telah menunjukkan ketegasanya walaupun kebanyakkan sahabat berpendapat Usamah terlalu muda (18 tahun) untuk memikul tugas tersebut. Abu Bakar ternyata tidak mahu merombak keputusan yang telah dibuat oleh nabi. Dengan ketegasanya, 40 hari selepas tentera Usamah berperang, mereka kembali semula ke Madinah dengan membawa kejayaan malah dapat sama-sama membantu menyelesaikan masalah al-Riddah.

Masalah Riddah

Membasmi golongan ‘riddah’ (murtad) setelah kewafatan Rasulullah yang berlaku pertempuran di Al-Yamamah, dimana Berjaya mempertahankan kerosakan akidah dikalangan umat Islam dan seterusnya memberi keyakinan akan kebenaran agama Islam. Kemenangan ini juga dapat mengukuhkan umat Islam dan menegakkan lagi pentadbiran Islam di Madinah.

Pengumpulan Al-Quran

Semasa nabi masih hidup, al-Quran telah ditulis pada kulit-kulit binatang dan pelepah-pelepah kurma disamping hafalan para sahabat tetapi tulisan-tulisan tersebut tidak terkumpul disuatu tempat. Semasa berlakunya peperangan al-riddah, ramai sahabat yang menghafal dan menyimpan al-Quran mati syahid. Keadaan ini amat membimbangkan Abu Bakar.

Dengan menggunakan istihat Abu Bakar telah mengarahkan Zaid Bin Thabit untuk mengumpulkan tulisan al-Quran dan disimpan di rumah khalifah. Usaha ini tidak pernah dilakukan oleh nabi tetapi demi keselamatan oaring Islam, Abu Bakar terpaksa melakukanya. Hal ini disebabkan al-Quran adalah sumber rujukan yang utama didalam Islam.

Ancaman Parsi

Pertelingkahan dengan Parsi bermula apabila tentera Islam dihantar ke sebelah Timur untuk menghapuskan pemberontakan orang Badwi. Parsi yang merupakan musuh orang Islam telah menghasut penduduk disempadan sebelah Timur menentang kerajaan Islam Madinah.

Bagi menyelesaikkan masalah ini, Abu Bakar telah mengarahkan panglima al-Muthana Bin Harithah dengan bantuan Khalid Bin Al-Walid bersama-sama dengan 10 000

Page 11

Page 12: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

tentera untuk memerangi Parsi. Pasukan tentera ini akhirnya berjaya menguasai beberapa tempat di Hirah setelah menewaskan pemimpin Parsi iaitu Hurnuz al-Muthana kemudiannya dilantik sebagai wakil pemerintah di Hirah dan Anbat.

Ancaman Rom

Tentera Islam juga terpaksa menghadapi ancaman Rom terutamanya di Syria dan Palestin. Rom sememangnya berhasrat untuk meluaskan kekuasaan politiknya di Semenanjung Tanah Arab kerana wujudnya persaingan dengan Parsi. Kemunculan Kerajaan Islam Madinah menyebabkan kedudukan Rom semakin tergugat.

Abu Bakar telah membentuk sebuah pasukan tentera yang dipimpin oleh Khalid Bin al-Walid dan dibantu oleh 4 orang panglima tentera iaitu Abu Ubaidah Bin al-Jarrah, Amru Bin al-As, Yazid Bin Abu Sufian dan Syunahbil Hasanah. Pertempuran 1 diantara tentera Islam dan Rom berlaku di Ajhadieh. Hercules melarikan diri ke Antibeh. Beliau telah berjaya mengumpulkan semua tenteranya dan pertempuran 2 berlaku di Yarmuk. Dalam pertempuran ini tentera Islam telah menang.

Sebelum peperangan berakhir, sampai berita mengatakan Khalifah Abu Bakar telah wafat dan Umar telah dilantik sebagai Khalifah kedua. Panglima Khalid al-Walid dipecat dari jawatan Panglima Agung Tentera dan digantikan oleh Abu Ubaidah Bin al-Jarrah.

Perlantikan Khalifah Kedua

Ketika Khalifah Abu Bakar sakit, beliau telah memanggil para sahabat meninjau fikiran mereka untuk mencari seorang tokoh yang bakal menjadi khalifah seterusnya. Kebanyakan para sahabat telah bersetuju pendapat Abu Bakar untuk menjadikan Umar sebagai pengganti. Oleh itu, Uthman telah dilantik untuk menulis wasiat berhubung dengan perlantikan tersebut. Tindakan Abu Bakar ini bukan sahaja memberi peluang kepada Umar untuk memerintah Negara Islam dan seterusnya melakukan usaha-usaha pembangunan, malah ia dapat mengelakkan berlakunya masalah perebutan jawatan khalifah seperti yang berlaku selepas kewafatan nabi.

Kewafatan Saidina Abu Bakar

Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.

Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.

Page 12

Page 13: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

TAMADUN ISLAM ZAMAN UMAR AL-KHATTAB

Latar Belakang

Page 13

Page 14: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

Umar al-Khattab dilahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi. Pada zaman Jahiliah, beliau adalah seorang saudagar dan duta kaum Quraisy. Beliau adalah seorang yang berani, tabah, tidak mengenal binggung dan ragu. Beliau digelar al-Faruq oleh nabi setelah beliau membawa sekumpulan umat Islam. Beliau merupakan khalifah kedua dalam sejarah Islam setelah dipilih sendiri oleh Abu Bakar. Beliau adalah khalifah yang pertama yang digelar sebagai “Amirul Mukminin”.

Pembaharuan Dalam Pentadbiran

Pembentukan Majlis Syura

Umar telah menubuhkan Majlis Syura yang merupakan lembaga (Majlis Perunding Negara) yang tertinggi. Ia terbahagi kepada 2 majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Anggota Majlis Syura Tertinggi terdiri daripada Uthman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib, Waqqas Bin Muaz Bin Jabal. Semua perkara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan social Negara akan dibincangkan bersama-sama. Majlis Syura juga bertanggungjawab menentukan polisi Negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. Melalui amalan sistem syura, Umar telah membuka peluang dan kebebasan yang seluasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka dari kebaikan dan keadilan Islam sehingga beliau menganggap bahawa manusia yang tidak dapat atau tidak mahu memberi pendapat adalah manusia yang tidak berguna.

Beberapa prinsip syura yang diutamakan oleh Khalifar Umar Al-Khattab diantaranya ialah :

i. Syura adalah hak pemerintah dan rakyat. Hak ini adalah sama, tidak ada pihak yang berlebih.

ii. Kewajipan pemerintah bermesyuarah  dengan rakyat dan rakyat wajib memberi kerjasama yang diperlukan.

iii. Syura adalah bersendikan keikhlasan, semata-mata untuk menegakkan kebenaran dan keadilan Islam.

iv.  Syura bukanlah kebulatan suara. Keputusan adalah adalah pendapat rakyat terbanyak setelah bertukar-tukar fikiran secara ikhlas.

v. Semua golongan adalah wajib melaksanakan atau mentaati keputusan musyawarah yang telah dibuat, termasuklah golongan yang telah dikalahkan suaranya.

Perbahagian Wilayah Islam

Umar telah membahagikan Kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pemerintahan Islam. Ia terdiri daripada Hijaz, Syria, Iran, Mesir, Iraq, Palestin, Juzirah dan Madinah. Setiap wilayah dilantik beberapa orang pegawai.

Page 14

Page 15: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

Mereka dikehendaki dating ke Mekah pada setiap tahun untuk membuat laporan setelah menunaikan haji. Orang ramai pula berpeluang untuk mengadukan hal tentang pegawai-pegawai yang ditugaskan itu. Antara pegawai yang terkenal ialah Muawiyah Bin Abu Sufian, Amru Bin al-As, Zaid Bin Smyah dan sebagainya. Di antara jawatan utama yang dilantik di setiap wilayah adalah Wali (Gabenor) yang menjadi ketua pentadbir awam dan panglima tentera, pengarah perbendaharaan, pemungut cukai, ketua polis, hakim (Qadi). Sebelum seseorang Gabenor dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta-harta masing-masing demi mengelakkan amalan rasuah. Mereka jiga diisytiharkan bahawa tidak menunggang kuda Turki atau memakai pakaian yang mahal.

Memperbaharui Undang-Undang Pentadbiran Tanah

Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam  negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.  Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

Dalam Bidang Pendidikan

Dalam usaha mengembangkan peluasan penyebaran agama dan pendidikan Islam, para ulama’ dan mubaligh di hantar ke segenap pelusuk wilayah kekuasaan Islam. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al- Khattab, beliau telah menghantar Abdullah bin Mas’ud ke Kufah dan Abu Musa Al- Asy’ari ke Basrah di negeri Iraq.

Sejarah menceritakan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al- Khattab, negeri- negeri Parsi, Syam, Mesir dan seluruh Semenanjung Tanah Arab berjaya ditakluki. Masjid- masjid didirikan di semua kampung sebagai tempat ibadat dan pusat pendidikan Islam. Masjid bukan sahaja berfungsi sebagai  tempat umat Islam untuk mengerjakan ibadat atau amalan fardu, tetapi tempat mengajar ilmu- ilmu, hukum- hukum dan ajaran Islam kepada pengunjung dan umat Islam yang dahagakan petunjuk dan bimbingan daripada para ulama’ dan cendikiawan Islam.

Di antara tokoh- tokoh Islam yang menyampaikan ilmu pengetahuan Islam kepada umat Islam secara sukarela dan berterusan selepas kewafatan nabi dan pemerintahan Khulafa’ Rasyidin. Antaranya ialah Abdullah bin Umar, Zaid bin Thabit, Jabir bin Abdullah dan Siti Aisyah yang mengajar di Masjid Madinah. Abdullah bin Abbas mengajar di Masjid Mekah.

Page 15

Page 16: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

Abdullah bin Mas’ud pula mengajar di Masjid Kufah. Abu Musa Al- Asy’ari mengajar di Masjid Basrah dan Abu Al- Darda’ di Masjid Damsyik.

Sumbangan Khalifah Umar dalam bidang pendidikan memang tidak boleh dipandang ringan dan dipandang  begitu sahaja. Beliau telah mendirikan pusat- pusat pengajian Islam di kota- kota Basrah, Kufah, Fustat dan sebagainya. Guru- guru agama telah dihantar ke pusat- pusat ini sedangkan imam- imam pula dihantar ke masjid- masjid.

Asas pendidikan Islam yang disebarkan oleh mubaligh  dan para ulama’ pada zaman Umar pastinya berasaskan dan berteraskan Al- Quran dan Hadis. Begitu juga masalah rukun- rukun Islam, Iman, Ihsan dan seumpamanya yang mendasari kehidupan umat Islam.  Inilah di antara isu- isu yang dibicarakan oleh para ulama’ ketika mengembangkan Islam sama ada di zaman Umar atau zaman sekarang.

Seorang tokoh pendidikan Islam yang terkenal di tanah air, Dr. Hassan Langgulung menyatakan “ bercakap tentang institusi pendidikan dalam konteks sejarah tamadun Islam tidak dapat tidak kita harus bercakap tentang prinsip dasar ajaran Islam yang termaktub di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Umar al- Khattab yang bermaksud:

Dari Umar bin Al Khattab r.a., katanya: Pada suatu hari, semasa kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki:  Putih melepak pakaiannya, hitam legam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan (sebagai seorang pengembara), dan tidak ada seorang pun dari kami yang mengenalinya; (demikianlah halnya) sehinggalah ia duduk mengadap Nabi s.a.w. lalu ia menemukan kedua lututnya kepada kedua lutut Baginda sambil meletakkan kedua tapak tangannya atas kedua pahanya serta berkata:  "Wahai Muhammad! Beritahulah kepada ku tentang (dasar-dasar) Islam(1)?" Maka Rasulullah s.a.w. menerangkan:  "(Dasar-dasar) Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah syahadat (meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan engkau mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta berpuasa pada bulan Ramadan dan juga engkau mengerjakan Haji ke Baitullah jika engkau mampu sampai kepadanya." (Mendengarkan penerangan Baginda yang demikian) ia berkata:  "Benarlah apa yang kamu katakan itu!" Kata Umar: Maka kami merasa hairan terhadap orang itu - ia bertanya kepada Baginda dan ia juga mengesahkan benarnya (sebagai seorang yang mengetahui perkara yang ditanyakannya itu). Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang iman(2)?" Nabi s.a.w. menerangkan:  "(Iman itu ialah) engkau beriman kepada Allah,  Malaikat MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, serta Hari Akhirat; dan engkau beriman kepada takdir (yang ditentukan oleh Allah) - baiknya dan buruknya." (Mendengarkan yang demikian) ia berkata: "Benarlah apa yang kamu katakan itu." Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang ihsan(3)?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Ihsan itu ialah) engkau mengerjakan ibadat kepada Allah Taala seolah-olah engkau melihatNya (memerhatikan keadaanmu)(4), kiranya engkau tidak dapat melakukan yang demikian maka ingatlah bahawa Allah

Page 16

Page 17: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

Taala tetap memerhatikankeadaan mu." Kemudian orang itu bertanya lagi: "(Selain itu) maka beritahulah kepada ku tentang (masa berlakunya) hari qiamat?" Nabi s.a.w.menjawab:  "Orang yang ditanyakan mengenai hal itu bukanlah seorang yang lebih mengetahui dan yang bertanya." Orang itu bertanya lagi: "Jika demikian maka beritahulah kepada ku tentang tanda-tanda kedatangan hari qiamat itu?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Tanda-tanda itu ialah engkau akan dapati) adanya hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya dan engkau akan melihat orang-orang (penduduk desa) yang berkaki ayam, yang tidak berpakaian sempurna,  yang miskin menderita, yang menjadi gembala kambing bermegah-megah dan berlawan-lawan antara satu dengan yang lain dalam perkara membina bangunan-bangunan yang tinggi. " Umar berkata: Kemudian orang itu pun pergilah, maka tinggallah aku beberapa hari (memikirkan halnya dan hendak mengetahui siapa dia).

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku, sabdanya: "Wahai Umar! Tahukah engkau siapa orang yang bertanya itu?" Aku menjawab:  "Allah dan RasulNya jualah yang mengetahui. " (Pada saat itu) Rasulullah s.a.w. menerangkan:

"Orang itu ialah Jibril, ia datang untuk mengajar kamu akan agama kamu."

(Muslim)

Dr. Hassan Langgulung merumuskan, daripada hadis di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa inti ajaran Islam terhimpun di dalam tiga perkara iaitu yang pertama Rukun Islam merangkumi dua kalimah Syahadah, sembahyang fardu lima waktu, puasa, zakat, dan haji. Selain itu, Rukun Iman merangkumi  beriman kepada Allah, Rasul- rasul, malaikat- malaikat, kitab- kitab, hari akhirat dan qada’ dan qadar. Dan yang ketiga ialah Ihsan iaitu menyembah Allah seolah- olah kita melihat-Nya, kerana walaupun kita tidak melihat-Nya, tetapi Dia melihat kita.

Ketiga- tiga perinsip dasar yang sering dikatakan sebagai institusi yang mempengaruhi tingkah laku manusia baik secara sosial mahupun individual inilah antara perkara yang cuba diserapkan dan disebarluaskan oleh Khalifah Umar Al- Khattab kepada sekalian rakyatnya termasuk para pejuang dan tentera Islam yang berjuang di baris depan yang berusaha memerangi keangkuhan Empayar Rom dan Parsi.

Khalifah Umar juga mendidik para tentera Islam agar melakukan sembahyang fardu jemaah dalam susunan yang teratur demi memastikan pertolongan Allah akan tiba dan perjuangan mereka di medan perang akan perolehi kemenangan.

Demikian juga dikatakan bahawa Khalifah Umar sering  menasihati dan memperingati para panglima dan tentera Islam iaitu : jangan kamu membunuh orang lemah, wanita dan kanak- kanak. Berhati- hatilah kamu supaya kamu jangan sampai membunuh mereka dalam masa pertempuran dan ketika serangan.

Page 17

Page 18: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

Begitulah betapa halusnya perhatian Umar al- Khattab kepada umat islam agar mencintai ilmu pengetahuan, berjihad dan berhati- hati ketika melancarkan serangan ke atas tentera musuh agar golongan yang lemah dan tidak berdaya tidak diserang. Ini menandakan sifat beliau yang berkeperimanusiaan dan zuhud yang tiada tandingannya dulu mahupun sekarang.

Khalifah Umar al-Khattab juga sering memperingatkan umat Islam agar menghargai masa dan tidak membuang masa dalam hidup ini dengan melakukan kerja- kerja yang tidak berfaedah sama ada untuk kepentingan dunia dan akhirat.

Sehubungan dengan ini, saidina Umar Al- Khattab berkata’ “ aku tidak suka melihat kamu membuang masa. Tiada amalan dunia dan akhirat yang dikerjakan”.

Sahabat bertanya apa maksud membuang masa itu, beliau menjawab, “ membuat kerja- kerja yang tidak berfaedah. Pada hari ni banyak kerja- kerja begini dilakukan”.

Sayyid Sabiq dalam tulisannya merumuskan maksud Saidina Umar itu dan mengaitkan hal itu dengan keadaan masa kini seperti katanya, “kerajaan- kerajaan kita menggalakkan anak- anak muda kita sibuk dengan filem- filem, nyanyian, dan bola yang menyebabkan mereka lupa kan tanggungjawab mereka. Ulama’ pula mengeluarkan atau mengemukakan perkara yang remeh temeh sebagai perkara penting. Setiap warganegara bekerja 12 jam sehari semalam di bidang perindustrian dan pertanian. Ini menghasilkan pendapatan yang banyak. Ekoran daripada itu mereka berfoya- foya dan bersuka ria dengan hiburan. Kesungguhan mereka bekerja tidak memberi kesan yang baik kepada mereka sebaliknya kesan yang negetif di dalam kehidupan mereka( beragama mereka).

Sesungguhnya Saidina Umar seorang khalifah yang sangat menitikberatkan dalam masalah membanteras kemungkaran, walau sekecil- kecil kemungkaran. Ini kerana kemungkaran itu dianggap sebagai penyakit yang berjangkit dan takut ia akan merebak kepada orang lain.

Telah berlaku suatu peristiwa yang meragukan bersangkutan masalah agama di zaman pemerintahan Khalifah Umar, di mana seorang lelaki telah menjumpai sebiji buah ( amat kecil) di atas tanah lalu diambilnya dan berkata, “siapa yang kehilangan buah ini?” berkata Saidina Umar, “semua orang! Wahai tuan yang warak diikuti dengan isyarat yang menunjukkan siapa pun boleh mengambilnya”.

Adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita semua umat Islam hari ini untuk mendidik masyarakat berasaskan dasar- dasar prinsip hidup Islam dan membanteras kemungkaran yang terjadi di depan mata dengan kemampuan dan kudrat yang terdaya daripada berjangkit dan merebak.     Pelantikan Pegawai Secara Bersurat

Dibuat secara bersurat dengan melampirkan senarai tugas dan bidang kuasa mereka. Antara pegawai terkenal dalam pentadbiran belaiu ialah Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b.

Page 18

Page 19: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

al-As, Mughirah b. Syukbah dan Zaid b. Sumaiyah. Setiap pegawai yang dilantik dan berkhidmat untuk negara akan diberi gaji tetap. Terdapat sebilangan pegawai yang tidak mahu menerima gaji kerana sifat takwa mereka. Setiap pegawai juga tidak dibenarkan menunggang atau menaiki kuda Turki iaitu kuda yang cantik, memakai pakaian halus, tidak memakai tepung yang diayak dan tidak menggunakan penjaga rumah pintu kediaman. Ketika dilantik harta mereka turut direkodkan dan jika terdapat sebarang tambahan harta dan diragui pemilikannya maka mereka akan disiasat. Semua pegawai dikehendaki datang ke Makkah pada musim haji untuk mendengar taklimat daripada Khalifah Umar serta mengkaji semula keputusan yang telah dibuat dan mendengar aduan daripada orang ramai.

Penubuhan Jabatan Baru

Penubuhan jabatan baru yang mana setiap wilayah mempunyai jabatan penting seperti Jabatan Setiausaha Tentera, Jabatan Percukaian, Jabatan Polis, Jabatan perbendaharan Negara dan Jabatan Kadi. Jabatan penyiasatan jenayah ditubuhkan bagi mengawal anggota pentadbiran awam dan tentera yang melakukan penyelewengan. Sehubungan dengan itu beberapa jawatan penting telah diwujudkan bagi mengetuai jabatan-jabatan tersebut. Setiap jabatan diketuai oleh Setiausaha atau khatib dan dibayar gaji bulanan. Jabatan kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain bagi mengelakkan penyelewengan dan kadi-kadi tidak dibenarkan melibatkan diri dalam perniagaan. Hakim akan menerima 500 dirham sebulan.

Sistem Ketenteraan

Khalifah Umar telah menyusun semula sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Tentera tetap telah dibayar gaji dan diberikan pakaian seragam dan gaji tentera dibayar setelah penubuhan Jabatan Tentera pada tahun 20 Hijrah dengan pelbagai skim gaji berdasarkan status yang digariskan oleh Jabatan Tentera tersebut. Markas tentera pula telah dibina disempadan yang menghadap kawasan musuh seperti di Madinah, Kufah. Fustat dan Basrah. Tujuannya ialah untuk mempertahankan wilayah-wilayah yang ditakluki serta meneruskan penyebaran agama Islam dikalangan penduduk tempatan

Pembaharuan Pembangunan Ekonomi

Untuk meningkatkan ekonomi, beliau telah membina terusan dan tali air bagi menambahkan lagi hasil pertanian seperti pembinaan Empangan Abu Musa di basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 km di mesir. Rakyat juga digalakkan meneroka tanah baru untuk membian pertanian disamping mengusahakan tanah-tanah terbiar. Sebuah Jabatan Khas telah ditubuhkan bagi mengawal segala peraturan berkaitan dengan pembahagian dan pemilikan tanah. Tanah yang yang dikuasai oleh tentera Islam dibahagikan kepada dua kategori iaitu tanah bertuan dan tanah tidak bertuan. Tanah bertuan ditadbir oleh golongan pemegang amanah yang kebiasaannya terdiri daripada golongan al-Ayyam iaitu golongan peneroka yang biasanya berasal dari Iraq. Tanah tidak bertuan pula tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa pun dan ianya bertujuan bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dikalangan umat Islam. Tentera dilarang sama sekali memiliki tanah dikawasan yang ditakluki bagi mengelakkan penyelewengan kuasa dan perpecahan sesama mereka.

Page 19

Page 20: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

Kalendar Hijrah

Khalifah Umar adalah orang bertanggungjawab menentukan tahun Hijrah dalam Kalendar Islam. Takwim atau kelendar ini dimulakan pada tahun 17 Hijrah bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran negara terutamanya dalam bidang Pendidikan yang banyak membabitkan penggunaan tarikh .

Kesimpulan

Kebolehan Khalifah Umar dalam bidang pentadbiran memang diakui umum. Pencapaiannya boleh dikatakan sebagai telah sampai ke tahap maksimum. Berdasarkan kejayaan dan sumbangannya yang besar inilah maka beliau telah diberi gelaran Amir al- Mukminin atau panglima agung Mukmin pada tahun ke-19 Hijrah

KESIMPULAN

Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama iaitu Adam a.s. Ia merupakan pemberitahuan dan peraturan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T.Kemudian wahyu itu diperkuatkan dengan perlantikan rasul-rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan

Page 20

Page 21: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. Risalah Islam yang diturunkan kepada rasul-rasul adalah sesuai dengan zaman, jumlah manusia dan kebudayaan umat ketika itu. Islam diturunkan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar supaya mereka mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat.

Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa keistimewaan yang terkandung dalam Islam telah mampu membentuksatu tamadun yang mengangkat tinggi martabat manusia, menuju kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat. Tamadun Islam telah muncul dan menempa kegemilangan yang tiada tolok bandingnya lantaran kesyumulan dan kesepaduan Islam itu sendiri yang menjadi intipati kepada Tamadun Islam. Akhirnya Tamadun Islam telah berjaya mendepani zaman dan menjadi rujukan kepada pembinaan tamadun manusia sehinggalah ke hari ini.

Kekuatan umat Islam yang sebenarnya adalah Khilafah Islamiyyah. Ia merupakan sesuatu yang dianggap Barat sebagai kekuatan dalaman umat Islam, kerana semua umat Islam bersatu dan bernaung di bawah pemerintahan yang satu.

Namun begitu, keagungan Khilafah Islamiyyah yang bertahan selama lebih 1000 tahun lenyap begitu sahaja, dengan kehadiran pihak Barat yang sentiasa mencari peluang menghancurkan umat Islam, serta kehadiran munafik-munafik yang bersifat talam dua muka, membantu Barat dalam usaha menghancurkan Khilafah.

Kesan kejatuhan Khilafah pada hakikatnya masih dirasai oleh umat Islam, dan kita sebagai umat Islam seharusnya sentiasa mengambil pengajaran, memahami kelemahan kita sendiri, dan mencari kekuatan untuk mengembalikan Khilafah Islamiyyah, agar semua umat Islam akan kembali bersatu padu, sama kesatuannya pada zaman Rasulullah s.a.w lebih 1400 tahun yang lalu.

PENUTUP

Page 21

Page 22: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

Alhamdulillah..

Bersyukur kehadrat ilahi sekali lagi dengan keberkatannya maka dengan ini terlaksanalah tugasan kami ini berlandaskan silibus pengajian. Segala kekhilafan dan kesalahan adalah datangnya daripada kelemahan dan kecuaian kami sendiri. Dengan ini kami memohon segala tunjuk ajar dan panduan agar dapat kami memperbetulkan segala kekhilafan.

Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya

Wahai tuhanku ilhamkan kepadaku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Masukkan aku dengan limpahan rahmat Mu ke dalam golongan hamba-hamba Mu yang soleh.

RUJUKAN

i. Dikemaskini oleh H.A.R GIBB d.k.k. 1986. The Encyclopaedia of Islam-New Edition. Jilid I. Leiden,New York: E.J Brill.

ii. Malaysian Encyclopedia Research Centre Berhad. 1998. Ensiklopedia Islam. Jilid 7. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur.

Page 22

Page 23: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

iii. Nik Azran Muhamed, Mahadi Haji Isa. 2009. Gerakan Freemasonary: Musuh Dalam Menghancurkan Islam. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Hijjaz Record Sdn.Bhd.

iv. Norizan Bin Sharif. 2007. Mencari Makna Di Sebalik Krisis Lebanon dan Palestin: Analisis Kritikal Percaturan Politik Amerika dan Kuasa Serantau. Cetakan Pertama. Institut Perkembangan Minda (INMIND).

v. http://bintharon.wordpress.com/category/tamadun-islam/

vi. http://antupancing.blogspot.com/2012/08/tamadun-islam-selepas-kewafatan.html

Page 23

Page 24: Tamadun Islam zaman Khulafa Ar-Rasyidin

ISLAMIC CIVILATION AA301

LAMPIRAN

Page 24