14
TANGGUNGJAWAB GURU BENGKEL

Tanggungjawab Guru Bengkel

  • Upload
    gvitha

  • View
    425

  • Download
    15

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tanggungjawab guru bengkel

Citation preview

Page 1: Tanggungjawab Guru Bengkel

TANGGUNGJAWAB GURU

BENGKEL

Page 2: Tanggungjawab Guru Bengkel

Tanggungjawab Guru Bengkel

A. PELAKSANAAN OBJEKTIF KESELAMATAN

Membantu murid untuk memahami kaedah yang selamat untuk bertindak.

Membantu murid membiasakan diri dengan keadaan yang merbahayakan.

Membantu murid belajar mengenai amalan keselamatan bagi aktiviti

seharian.

Page 3: Tanggungjawab Guru Bengkel

B. MERANCANG PENGAJARAN KESELAMATAN

• Baca dan fahami kandungan arahan keselamatan yang hendak disampaikan kepada

murid.

• Pastikan langkah keselamatan bengkel ditetapkan.

• Merancang arahan dan tunjuk cara supaya cara kerja yang betul ditunjukkan kepada

murid.

• Membuat salinan arahan keselamatan supaya boleh digunakan oleh murid untuk

mengulangkaji.

• Edarkan arahan keselamatan kepada semua murid baru.

Page 4: Tanggungjawab Guru Bengkel

C. PENYEDIAAN ARAHAN KESELAMATAN

• Langkah – langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan.

• Tunjuk cara penggunaan alatan perlindungan diri dengan betul.

• Memeriksa keadaan keselamatan bengkel.

• Menyediakan arahan – arahan keselamatan bagi penggunaan alat- alat keselamatan.

• Menyediakan arahan – arahan keselamatan bagi penggunaan mesin – mesin berkuasa.

• Menyediakan papan bulletin, poster atau peti cadangan untuk kegunaan pelajar.

• Memberi Salinan rancangan keselamatan bengkel kepada guru besar untuk makluman.

• Susun atur perabot, bahan dan mesin di tempat yang selamat.

• Merekod dokumen bengkal seperti buku rekod mengajar, buku rekod penggunaan bengkel, buku

rekod kecederaan dan kemalangan, buku rekod pinjaman alatan & mesin.

Page 5: Tanggungjawab Guru Bengkel
Page 6: Tanggungjawab Guru Bengkel

D. PELAKSANAAN PERATURAN KESELAMATAN

• Guru perlu melaksanakan peraturan yang telah dibuat dan menunjukkan contoh

teladan yang baik untuk melaksanakan peraturan keselamatan bengkel. Antara

peraturannya, dilarang masuk bengkal tanpa kebenaran guru, dilarang membawa

masuk beg ke dalam bengkel dan lain – lain.

• Susun atur perabot, mesin dan peralatan di tempat yang selamat.

• Setiap alatan perlu dilabelkan supaya senang digunakan oleh murid.

Page 7: Tanggungjawab Guru Bengkel

KESELAMATAN BENGKEL

Page 8: Tanggungjawab Guru Bengkel

KESELAMATAN BENGKEL

KESELAMATAN AM

KESELAMATAN DIRI

DAN RAKAN

KESELAMATAN

BAHAN DAN ALATAN

Page 9: Tanggungjawab Guru Bengkel

KESELAMATAN AM

Masuk bengkel dengan kebenaran guru.

Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum menerima arahan masuk dari guru.

Dilarang membawa beg ke dalam bengkel.

Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja.

Gunakan alatan dan bahan dengan betul dan cermat.

Pastikan bahan beracun, bahan kimia, bahan mudah terbakar tidak digunakan.

Semua peralatan dan bahan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah

digunakan.

Page 10: Tanggungjawab Guru Bengkel

Alatan dan bahan tidak dibenarkan bawa keluar bengkel kecuali dengan izin guru.

Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku kemalangan.

Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH.

Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.

Page 11: Tanggungjawab Guru Bengkel

KESELAMATAN DIRI DAN RAKAN

Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa.

Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika bekerja di dalam bengkel.

Pakai apron dan kasut getah yang bertutup.

Bagi murid yang memakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika bekerja.

Bagi murid – murid perempuan, rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang

bertudung, pastikan tudung dipakai dengan kemas.

Jangan bermain semasa berada di bengkel KH.

Sentiasa berkerjasama dan bantu – membantu sesama ahli kumpulan.

Page 12: Tanggungjawab Guru Bengkel

Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel KH.

Rajah dibawah menunjukkan etika pemakaian yang sesuai semasa berada di dalam bengkel.

Page 13: Tanggungjawab Guru Bengkel

KESELAMATAN BAHAN DAN ALATAN

Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara – cara untuk

menggunakannya.

Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.

Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.

Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru dengan segera.

Page 14: Tanggungjawab Guru Bengkel

SEKIAN TERIMA KASIH