Target Perniagaan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hffhd

Citation preview

TARGET PERNIAGAAN1. Perniagaan air mineral Ini perniagaan yang kadangkala pelik. Bayangkan jika diceritakan pada tok nenek kita ada orang jual air kosong untuk diminum, tentu mereka hairan. Tapi minuman mineral atau air minuman biasa yang kosong ini menjadi perkara biasa di seluruh dunia. Masih ada banyak ruang untuk sesiapa saja masuk dalam industri ini. Tak perlu keluarkan duit untuk sedut air dari bumi, cukup sekadar outsource pada kilang pengeluar air minuman dan bina jenama kita sendiri. Mulakan dengan hantar ke kedai-kedai runcitberhampiran sebelum negorak langkah lebih jauh.

1. Perniagaan kuih frozen Satu lagi perniagaan yang boleh dimulakan secara kecil-kecilan. Samada dengan suruh orang lain buat dan anda pasarkan atau buat sendiri dan pasarkan sendiri juga. Ada emak seorang kawan saya yang mula buat sendiri kuih frozen dan pasarkan pada kawan-kawan. Kemudian anak-anaknya pula pasarkan pada kawan-kawan mereka dan seterusnya perniagaan itu membesar. Jika anda ada minat, ada idea besar untuk majukan perniagaan ini, boleh mulakan sekarang secara kecil terlebih dahulu

2. Perniagaan jual ikan kering Kalau tak salah saya, Pekan Bukit Mertajam punyai bekalan ikan kering yang amat murah berbanding negeri lain di semenanjung. Kalau ada akses di Sabah, mungkin boleh dapat bekalan murah dan banyak juga. Kalau ada kemahiran buat ikan kering sendiri lagi bagus dan ketengahkan ikan kering buatan orang Islam yang halal serta toiyiba.

3. Perniagaan jual kerepek Ini salah satu perniagaan yang paling awal saya libatkan diri ketika belajar. Matapelajaran keusahawanan yang saya ambil menjadikan bisnes krepek sebagai latihan praktikal yang perlu saya buat. Ianya banyak memberikan saya pengalaman menghindari perasaan malu. Jika anda pandai menjual dan pandai membina penjenamaan, bisnes kerepek ini boleh dimulakan secara kecil-kecilan dan ada potensi untuk tambah pendapatan dan pendedahan awal dalam dunia keusahawanan.

1. EJEN INSURAN KERETA2.