6
Mukasurat 1 dari 6 TATACARA PEMBAYARAN BONUS BAGI TAHUN 2015 Tatacara ini disediakan sebagai panduan kepada Pejabat Perakaunan (AO) untuk pelaksanaan pembayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi (Bonus) Tahun 2015. Kaedah larian gaji adalah bersama larian regular-cycle Januari 2015 pembayaran dibuat pada 22 Januari 2015 dengan merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2014, surat daripada Kementerian Kewangan rujukan KK/BP/DS10(S)10/79/28(S.K 1/2014)(7) bertarikh 26 November 2014 dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia yang akan dikeluarkan. KAEDAH PELAKSANAAN 1. Pembayaran dibuat berdasarkan senarai penjawat awam yang menerima bayaran gaji bulan Disember 2014 yang dibayar melalui Sistem Gaji Berkomputer GFMAS (Payroll). 2. BPTM akan mengedarkan Laporan Pengiraan Bonus untuk kakitangan yang aktif kepada AO untuk diedarkan kepada PTJ masing-masing sebagai semakan dan pengesahan sebelum di proses ke Payroll. 3. AO digalakkan untuk membuat kuiri bagi senarai pegawai yang tidak aktif (bagi jenis Tindakan 42 – Berpindah Keluar dan Tindakan 49 – Bersara) untuk edaran kepada PTJ bagi penyediaan baucar bayaran.

tatacara bayaran bonus 2015

  • Upload
    hahanh

  • View
    245

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: tatacara bayaran bonus 2015

Mukasurat 1 dari 6

TATACARA PEMBAYARAN BONUS BAGI TAHUN 2015

Tatacara ini disediakan sebagai panduan kepada Pejabat Perakaunan (AO)

untuk pelaksanaan pembayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi

(Bonus) Tahun 2015. Kaedah larian gaji adalah bersama larian regular-cycle

Januari 2015 pembayaran dibuat pada 22 Januari 2015 dengan merujuk kepada

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2014, surat daripada Kementerian

Kewangan rujukan KK/BP/DS10(S)10/79/28(S.K 1/2014)(7) bertarikh 26

November 2014 dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia yang akan

dikeluarkan.

KAEDAH PELAKSANAAN

1. Pembayaran dibuat berdasarkan senarai penjawat awam yang menerima

bayaran gaji bulan Disember 2014 yang dibayar melalui Sistem Gaji

Berkomputer GFMAS (Payroll).

2. BPTM akan mengedarkan Laporan Pengiraan Bonus untuk kakitangan

yang aktif kepada AO untuk diedarkan kepada PTJ masing-masing sebagai

semakan dan pengesahan sebelum di proses ke Payroll.

3. AO digalakkan untuk membuat kuiri bagi senarai pegawai yang tidak aktif

(bagi jenis Tindakan 42 – Berpindah Keluar dan Tindakan 49 – Bersara)

untuk edaran kepada PTJ bagi penyediaan baucar bayaran.

Page 2: tatacara bayaran bonus 2015

Mukasurat 2 dari 6

LANGKAH UNTUK MENGELUARKAN LAPORAN PEGAWAI TIDAK AKTIF

4. Kuiri bagi senarai pegawai yang tidak aktif boleh dilakukan dengan

menggunakan t-kod SQ01. Sila rujuk kepada rajah di bawah:

T-kod SQ01 dan Pilih Query areas

Page 3: tatacara bayaran bonus 2015

Mukasurat 3 dari 6

Masukkan maklumat seperti di atas dan Execute.

Page 4: tatacara bayaran bonus 2015

Mukasurat 4 dari 6

Nota : Start Date adalah tarikh pegawai mula ditamatkan (berstatus tidak

aktif). Tarikh mula dimasukkan sebagai 31.01.2014 adalah disebabkan

pegawai yang tamat bermula pada tarikh ini dianggap layak menerima

bonus kerana telah berkhidmat 30 hari berturut-turut. (Rujuk Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2014).

LANGKAH UNTUK KEMAS KINI DATA BONUS

5. AO hendaklah mengemas kini amaun bonus menggunakan kod wagetype

1056 (bukan JUSA) dan 1501 (JUSA) ke Infotype 15 (One Time

Payments) dengan menggunakan Kod Transaksi PA30 atau ZRPY068

(secara batch).

Rajah 1 : Contoh maklumat yang perlu dimasukkan sekiranya menggunakan kod

transaksi PA30.

6. Sekiranya maklumat dikemaskini secara batch (ZRPY068), berikut adalah

format fail excel yang diperlukan. Pastikan tiada tanda koma (,) atau

amaun kosong (0) pada Amaun Bonus:

No Gaji Wtype Amaun Bonus

3000095 1056 2301.50

542369 1056 1504.20

20126532 1501 6532.40

Date of origin secara

default akan ke

01.01.2015.

Masukkan wagetype

dan amaun yang betul

Page 5: tatacara bayaran bonus 2015

Mukasurat 5 dari 6

Rajah 3: Buat larian secara foreground (beberapa fail dipecahkan) bagi

mengelakkan masalah. Buat secara ujian dan sebenar (untick).

Selepas larian sebenar, sila larikan SM35 untuk kemas kini ke PA30.

7. Sebaik sahaja bonus selesai dikemas kini dalam GFMAS, AO hendaklah

menyemak secara rawak melalui PA30 atau program SQ01 untuk

menyemak sama ada data telah berjaya dikemaskini dalam GFMAS dengan

amaun yang betul. Jika semua data telah dikemaskini dengan betul, AO

boleh membuat larian gaji regular cycle.

*Sila lakukan larian payroll seperti di dalam GFMAS HR Payroll Processing

Checklist.

Masukkan nama fail

excel.

Pastikan tarikh yang betul

Page 6: tatacara bayaran bonus 2015

Mukasurat 6 dari 6

8. Pembayaran imbuhan dicaj terus ke SODO seperti berikut :

9. PTJ adalah bertanggungjawab untuk membuat pelarasan bagi pelarasan

kod SODO, lebihan bayaran dan terkurang bayar dengan dicajkan ke vot

masing-masing.

Nota Peringatan:

Pembayaran Imbuhan Tahunan bagi Pegawai Bergaji Hari (Daily rated

Employee) juga boleh dilaksanakan melalui sistem HRPAY-GFMAS

menggunakan kod wagetype 1056 di Infotype 0015. Ini bermakna bayaran

Imbuhan Tahunan pegawai bergaji hari akan dibayar bersekali dengan bayaran

gaji Januari 2015 yang dibayar sebelum 10 Februari 2015 atau dibayar lebih

awal mengikut budi bicara Pejabat Perakaunan (menggunakan Baucar Bayaran

Gaji eSPKB - Modul Gaji Selain Kakitangan Tetap (K6)). PTJ perlu

memasukkan kod tersebut di dalam borang perubahan gaji (SG20). Proses gaji

adalah seperti biasa (tanpa perlu merujuk langkah 1 hingga 9 di atas).

Disediakan oleh:

Team HRPAY Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Disember 2014

Bil Kod SODO Kod Elaun Perihal Kod Elaun

1 17101 1056 Imbuhan Tahunan Kakitangan

Awam

2 17201 1056 Imbuhan Tahunan Pasukan

Keselamatan

3 29304 1056

Imbuhan Tahunan Pekerja

Sementara dan Sambilan Yang

Tidak Menyandang Jawatan Tetap

4 17103 1501 Bayaran Khas Prestasi Jawatan

Utama

5 17203 1501 Bayaran Khas Prestasi Pasukan

Keselamatan