20
The global leader in door opening solutions Tatalaku Versi ringkas

Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

The global leader in door opening solutions

Tatalaku

Versi ringkas

Page 2: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti
Page 3: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

3

TatalakuVERSI TATALAKU INI mengandungi ringkasan Tatalaku versi penuh. Ia diedarkan kepada semua pekerja. Versi penuh Tatalaku, yang telah diterima oleh semua pengurus dan pekerja yang bertugas di bahagian Pembelian, Jualan, Sumber Manusia, Kewangan/Perakaunan, wakil kesatuan dan kategori lain seperti yang ditentukan oleh bahagian masing-masing, juga telah diedarkan kepada semua pekerja dan boleh dirujuk jika perlukan penjelasan. Kedua-dua versi penuh dan versi ringkas Tatalaku disediakan dalam pelba-gai bahasa serta boleh didapati di intranet ASSA ABLOY di bawah Sumber Manusia.

ASSA ABLOY PERCAYA dengan bertanggung jawab pada tingkah laku sosial dan etika, dan ianya secara langsung bertaggungjawab kepada mereka yang bekerja di syari-kat ini diseluruh dunia. Tambahan pula, ASSA ABLOY serta pekerja-pekerjanya mempunyai satu kewajipan terha-dap semua pemegang saham untuk mengamalkan tahap integriti yang tinggi dan berurusan secara adil. Ini adalah asas dan sebab mengapa ASSA ABLOY telah mengeluar-kan Tatalaku. Dengan itu, semua pekerja dikehendaki untuk mematuhi Tatalaku kita.

Page 4: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

4

Kepada siapa Tatalaku diguna pakai?Tatalaku diguna pakai kepada semua pekerja kita. ASSA ABLOY juga mempunyai Tatalaku Rakan Kongsi Perniagaan yang diguna pakai kepada semua rakan kongsi perniagaan kita yang menawarkan produk atau perkhidma-tan kepada ASSA ABLOY, atau yang terlibat atau diarahkan untuk bertindak untuk atau bagi pihak ASSA ABLOY, sep-erti contohnya pembekal (dan sub-kontraktor jika digu-nakan ketika berinteraksi dengan ASSA ABLOY), perund-ing, pengedar, ejen dan wakil-wakil lain. Rakan Kongsi Perniagaan juga harus dimasukkan melalui peruntukan kontrak.

Pematuhan perundanganASSA ABLOY menghormati undang-undang dan peraturan negara-negara di mana ia beroperasi. Tatalaku tidak meng-gantikan perundangan dan jika kedua-dua bercanggah, maka perundangan didahulukan. Jika Tatalaku menetapkan standard yang lebih tinggi daripada undang-undang sedia ada, yang sebaliknya akan diguna pakai. Tatalaku adalah sah dalam bahasa Inggeris. Sekiranya dokumen ini mempunyai versi bahasa yang berbeza, ini hendaklah dianggap sebagai terjemahan sahaja.

Page 5: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

5

Untuk berhubung dengan Ibu Pejabat ASSA [email protected]

AtauCode of Conduct function ASSA ABLOY AB Box 70340 SE-107 23 Stockholm Sweden

Stockholm, 5 Februari 2016Johan Molin, Presiden dan CEO

Menyatakan kebimbanganSekiranya seseorang pekerja mempunyai kebimbangan, atau ingin membuat aduan atau melaporkan satu pelangga-ran undang-undang, pengurus bahagian, wakil pengurusan tempatan atau orang tempatan yang bertanggungjawab ke atas Tatalaku, mesti dimaklumkan. Jika pekerja mendapa-ti sukar untuk mengutarakan sesuatu isu ditempat sendiri atau dalaman, perlulah menghubungi Ibu Pejabat ASSA ABLOY melalui borang yang terdapat di laman sesawang www.assaabloy.com. Borang yang disediakan dalam Lampiran I juga boleh digunakan. Maklumat peker-ja tersebut akan dirahsiakan, dan tiada pekerja akan didis-kriminasikan kerana membuat laporan, dengan tujuan baik, pelanggaran Tatalaku tersebut.

Pelaksanaan dan pengawasanASSA ABLOY mengawasi pelaksanaan Tatalaku. Pencabulan akan ditangani dengan segera.

Page 6: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

6

1. Etika Perniagaan1.1 UmumASSA ABLOY menghormati undang-undang dan peraturan negara-negara di mana ia beroperasi dan menuntut peker-ja-pekerjanya berbuat demikian. ASSA ABLOY tidak men-erima sebarang aktiviti rasuah, termasuk tetapi tidak terhad kepada rasuah, kepentingan peribadi, penipuan, pemerasan, penyelewengan dan sogokan haram.

1.2 Undang-undang persaingan dan antitrustASSA ABLOY tidak terlibat dalam perjanjian atau amalan yang anti persaingan. Undang-undang antitrust dan persaingan berbeza dari negara ke negara, tetapi prinsip-prinsip utama adalah sama. Tatalaku mengenal pasti semua ini, dan Program Pematuhan Persaingan dan Antitrust ASSA ABLOY di intranet ASSA ABLOY memberikan panduan yang lebih lanjut dan ter-perinci.

Pekerja hendaklah mengelak daripada sebarang perjan-jian anti persaingan atau amalan bersepadu, pemahaman umum mahupun sebaliknya, dengan mana-mana pesaing ASSA ABLOY sebenar atau berpotensi. Juga, pertukaran maklu-mat yang amat sensitif antara pesaing dan pesaing berpotensi adalah menyalahi undang-undang dalam kebanyakan bidang kuasa. Perhatian khusus mesti diambil semasa menghadiri mesyuarat persatuan perdagangan.

Para pekerja tidak boleh bersetuju mengenai harga jualan semula dengan penjual semula atau menetapkan harga mini-mum yang akan dikenakan oleh penjual semula untuk produk-produk ASSA ABLOY. Harga jualan semula maksimum atau

Page 7: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

7

disyorkan adalah dibenarkan (sekiranya tiada tekanan yang dikenakan untuk mengikuti cadangan). Program Pematuhan Persaingan dan Antitrust ASSA ABLOY menyediakan maklumat mengenai jenis-jenis tingkah laku lain terhadap pelanggan dan rakan kongsi perniagaan yang boleh dianggap tidak sah.

Sekiranya berlaku penyiasatan di tapak (serbuan di awal pagi) oleh pihak berkuasa persaingan, pekerja hendaklah bekerjasa-ma sepenuhnya dan mematuhi arahan yang terdapat dalam Garis Panduan Serbuan Subuh ASSA ABLOY.

1.3 Anti rasuahASSA ABLOY tidak menerima rasuah. Ini bermakna bahawa ASSA ABLOY melarang pekerja-pekerjanya daripada membuat atau meluluskan sebarang tawaran, janji, pembayaran, atau sebarang hadiah yang bernilai kepada mana-mana individu, dengan niat untuk mempengaruhi keputusan oleh individu secara tidak wajar. Demikian juga, ia juga bermakna bahawa pekerja-pekerja ASSA ABLOY dilarang daripada menerima apa-apa yang bernilai asalkan terdapat niat untuk mempengaruhi pembuatan keputusan mereka secara tidak wajar.

Antara perkara lain, mesej-mesej utama daripada Dasar Anti Rasuah ASSA ABLOY mengandungi perkara berikut:

Hiburan dan hadiahHiburan dan hadiah – sama ada diberi atau diterima – harus dihadkan dalam nilai, untuk tujuan perniagaan, didokumen-kan dengan baik dan munasabah. Aktiviti pembelian dan penjualan mesti dijalankan dengan penuh integriti. Dengan

Page 8: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

8

pertimbangan berhati-hati, hiburan, hadiah dan perbelan-jaan dengan nilai sederhana mungkin boleh diterima, kecuali apabila peraturan-peraturan sedemikian boleh menjejaskan keputusan transaksi perniagaan secara tidak wajar. Elakkan aktiviti-aktiviti yang boleh menimbulkan gambaran ketidak-wajaran. Perbelanjaan yang melibatkan kerajaan atau pega-wai awam atau pekerja, ahli politik atau individu-individu atau badan-badan awam yang lain hendaklah dipantau dengan teliti. Di kebanyakan negara, penawaran hiburan, hadiah dan perbelanjaan kepada kerajaan atau individu-individu awam adalah haram.

Wakil-wakil perniagaanASSA ABLOY mungkin bertanggungjawab terhadap salah laku rakan-rakan kongsi perniagaan yang terlibat atau diarahkan bertindak untuk atau bagi pihak ASSA ABLOY. Oleh itu, mereka hendaklah disemak dengan teliti dan digunakan hanya untuk tujuan perniagaan yang sah, pada terma yang munasabah secara komersial. Bagi mereka yang diambil untuk bertindak untuk atau bagi pihak ASSA ABLOY adalah dikehendaki mema-tuhi Tatalaku Rakan Kongsi Perniagaan ASSA ABLOY.

Diskaun, rebat, komisen dan bonusKonsesi harga dan pampasan yang berlebihan boleh diguna-kan untuk memudahkan rasuah. Terma-terma pengaturan ini hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah munasabah secara komersial.

Page 9: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

9

Pembayaran pemudahanASSA ABLOY tidak membayar apa yang dikenali sebagai pem-bayaran pemudahan atau gris.

Sumbangan politikASSA ABLOY tidak membuat sumbangan politik. Penyertaan individu dalam politik, termasuk derma, tidak boleh melibat-kan penggunaan dana, masa, peralatan, bekalan, kemudahan, jenama atau nama ASSA ABLOY.

Sumbangan kebajikan dan penajaanASSA ABLOY menyokong kumpulan kebajikan untuk tujuan yang sah. Derma mestilah bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan dengan cara yang menunjukkan tang-gungjawab sosial korporat. Tiada sumbangan harus dibuat dengan keperluan nyata atau tersirat untuk menggunakan atau membeli mana-mana produk ASSA ABLOY. Selanjutnya, ASSA ABLOY tidak menggunakan penajaan sebagai muslihat untuk rasuah. Untuk mendapatkan panduan lanjut, lihat Dasar Anti Rasuah ASSA ABLOY dan prosedur-prosedur berkaitan pada intranet ASSA ABLOY.

Page 10: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

10

1.4 PenipuanASSA ABLOY tidak menerima penipuan dalam apa juga bentuk.

1.5 Rekod dan laporanIntegriti ASSA ABLOY dalam menyimpan rekod dan sistem pelaporan adalah teramat penting. Pekerja mestilah berhati-hati untuk memastikan bahawa rekod disediakan dan dikaji semula dengan tepat dan lengkap, sama ada untuk kegunaan dalaman atau luaran.

1.6 Penyiasatan kerajaanASSA ABLOY bekerjasama dengan sebarang penyiasatan kera-jaan yang sesuai.

1.7 Percanggahan kepentinganPercanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti dielakkan. Jika percanggahan seperti ini berlaku, jika terdapat kebimbangan ia mungkin berlaku, pekerja dikehendaki untuk memaklumkan syarikat secara bertulis dan membincangkan perkara tersebut dengan pengurus terdekat. Percanggahan kepentingan melibatkan bidang-bidang berikut:

• Aktiviti perniagaan luar• Kepentingan kewangan diri sendiri• Maklumat dalaman• Mengambil kerja, membeli daripada, dan menjual

kepada ahli keluarga dan kawan yang rapat.• Maklumat sulit• Paten, tanda dagangan dan hak cipta• Perisian komputer

Page 11: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

11

2. Komunikasi2.1 UmumSemua komunikasi bagi pihak ASSA ABLOY, tanpa mengira mana saluran komunikasi yang digunakan, perlu selaras dengan nilai-nilai dan dasar-dasar perniagaan ASSA ABLOY. Pekerja-pekerja ASSA ABLOY mesti bersikap profesional, jujur dan tepat dan sentiasa mengekalkan kerahsiaan dalam komunikasi mereka. Maklumat korporat yang sensitif atau tidak didedahkan tidak boleh dibincangkan atau diter-bitkan. Untuk mendapatkan panduan lanjut, lihat Dasar Pendedahan Luaran, Dasar Komunikasi Dalaman dan Dasar Media Sosial Global ASSA ABLOY pada intranet ASSA ABLOY.

2.2 Perutusan e-mail dan penggunaan internetKomunikasi e-mail hendaklah diuruskan dalam cara yang sama seperti komunikasi perniagaan bertulis lain yang berk-enaan dengan kandungan, bahasa rasmi dan pengendalian dokumen. E-mail dan fungsi internet hanya boleh diguna-kan untuk tujuan syarikat dan dari itu semua pergerakan perutusan adalah hak milik syarikat. Di beberapa negara, ASSA ABLOY bertanggungjawab dari segiundang-undang untuk melindungi syarikat dan pekerja daripada penggu-naan peralatan ini secara tidak wajar. Dari itu ASSA ABLOY berhak mengawasi penggunaan e-mail dan internet.

2.3 Perbualan telefonASSA ABLOY tidak mengawasi panggilan telefon, melainkan atas sebab-sebab khusus seperti latihan. Sebarang jenis pengawasan mestilah dipersetujui terlebih dahulu antara pekerja dengan syarikat. Mana-mana orang ketiga juga akan dimaklumkan tentang pengawasan tersebut.

Page 12: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

12

2.4 Media sosialSemua pencatatan mengenai ASSA ABLOY dalam media sosial, termasuk blog, komuniti kandungan, forum internet dan rangkaian sosial hendaklah menghormati undang-undang hak cipta. Perhatian tambahan hendaklah diambil apabila berkomunikasi tentang ASSA ABLOY atau menggu-nakan logotip ASSA ABLOY. Hanya individu-individu terten-tu akan ditugaskan untuk bertindak bagi pihak ASSA ABLOY dalam saluran media sosial.

Media sosial tidak boleh digunakan dengan cara yang boleh menjejaskan reputasi ASSA ABLOY. Kandungan yang mengelirukan atau tidak adil mengenai ASSA ABLOY, rakan sekerja, pesaing atau pihak berkepentingan yang lain tidak akan disiarkan.

Page 13: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

13

3. Hak Kemanusiaan, & Standard Tenaga Kerja

3.1 Tenaga kerja kanak-kanakASSA ABLOY tidak menerima tenaga kerja kanak-kanak. ASSA ABLOY mengiktiraf hak setiap kanak-kanak yang patut dil-indungi daripada eksploitasi ekonomi dan daripada membuat kerja yang mungkin berbahaya kepada kesihatan fizikal, mental atau rohani, memudaratkan pembangunan moral atau sosial, atau mengganggu pendidikan kanak-kanak.

Kanak-kanak dalam konteks ini ialah seseorang yang di bawah umur 15 tahun, atau umur 14 tahun mengikut pengecualian untuk negara-negara membangun seperti yang dinyatakan dalam Perkara 2.4 dalam Konvensyen ILO No. 138 ke atas Umur Minimum. Jika undang-undang negara berkenaan telah mene-tapkan umur yang lebih tinggi, umur ini akan diguna pakai.

Beberapa negara mengguna pakai definisi “pekerja muda” kepa-da mereka yang berumur lebih daripada umur minimum, yang mana mungkin terdapat sekatan dari segi undang-undang ten-tang jenis kerja yang dibenarkan untuk mereka.

3.2 Tenaga kerja paksaan atau yang terikatASSA ABLOY tidak mengambil pekerja atau menerima sebarang jenis pekerja paksaan atau yang terikat, banduan atau pekerja haram. Semua pekerja harus mempunyai hak untuk meninggal-kan tempat kerja dan tempat tinggal mereka (jika dibekalkan) secara bebas dalam masa waktu apabila mereka tidak bekerja.

3.3 Kebebasan kesatuan dan tawar-menawar kolektifPekerja ASSA ABLOY mempunyai kebebasan untuk menyer-tai, atau tidak menyertai, kesatuan pilihan bebas mereka, serta menubuhkan kesatuan pilihan bebas mereka, menganjur dan

Page 14: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

14

tawar-menawar secara kolektif atau perseorangan mengikut undang-undang dan peraturan tempatan. Pekerja tidak akan mempunyai risiko diganggu atau dibalas kerana mengamalkan hak-hak mereka.

3.4 Kontrak pekerja, waktu kerja dan pampasanASSA ABLOY mematuhi undang-undang dan peraturan tem-patan berhubung kontrak pekerja dan waktu kerja, termasuk kerja lebih masa dan pampasan kerja lebih masa. Gaji mesti dibayar secara berkala dan mematuhi undang-undang tempa-tan yang diguna pakai, serta keadaan pasaran tempatan. Pekerja berhak ke atas sekurang-kurangnya satu hari cuti dalam tujuh hari bekerja dan mengambil cuti pada cuti umum dan tempa-tan yang rasmi. Pekerja mesti diberi cuti tahunan , cuti sakit dan cuti bersalin/cuti paterniti yang ditetapkan tanpa sebarang aki-bat negatif.

3.5 Diskriminasi, gangguan dan kepelbagaianASSA ABLOY menghargai dan menggalakkan kepelbagaian dan keseimbangan jantina. ASSA ABLOY menyediakan persekita-ran kerja di mana setiap pekerja patut diberi kehormatan dan penjagaan maruah, dan diberi peluang pembangunan yang adil dan seimbang. Dari itu ASSA ABLOY tidak mempunyai toleransi terhadap sebarang diskriminasi atau gangguan di tempat kerja kerana faktor bangsa, etnik, orientasi seksual, jantina, ugama, umur, kekurangan upaya, berpendapat politik, kewarganega-raan atau sebarang faktor yang berpotensi untuk mencetuskan diskriminasi.

3.6 Rekod pekerja dan perubatanRekod pekerja dan perubatan disimpan secara rahsia dan tidak

Page 15: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

15

akan didedahkan kepada sesiapa melainkan dikehendaki oleh undang-undang atau dengan persetujuan bertulis yang ditan-datangani oleh pekerja berkenaan. Rekod kesihatan pekerja adalah rahsia dan persendirian, disimpan berasingan daripada lain-lain rekod pekerja di dalam kabinet berkunci atau tempat-tempat lain yang berkunci.

3.7 Minuman keras/atau penyalahgunaan dadahASSA ABLOY bekerja secara proaktif untuk menyingkirkan sebarang bahaya di tempat kerja. Pekerja tidak harus berada di dalam premis syarikat atau di tempat kerja sekiranya mere-ka dipengaruhi oleh, atau terjejas dengan ketara oleh, alkohol, pada tahap di mana akan menjejaskan keupayaan pekerja untuk melaksanakan tugas kerja.

ASSA ABLOY mempunyai toleransi sifar ke atas dadah, dan tidak membenarkan pekerja-pekerjanya berada di dalam premis syarikat atau di tempat kerja sekiranya mereka dipengaruhi oleh dadah.

3.8 Kepentingan penggunaASSA ABLOY memastikan bahawa keperluan kesihatan dan kes-elamatan yang berkenaan dipenuhi bagi produk dan perkh-idmatannya dan maklumat yang perlu dan relevan tentang produk dan perkhidmatan akan disiarkan melalui saluran yang sesuai.

3.9 Berbakti kepada masyarakatASSA ABLOY bertindak sebagai warga korporat yang prihatin di mana sahaja ia beroperasi dan menyokong masyarakat tempa-tan, serantau dan antarabangsa dengan cara yang sesuai.

Page 16: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

16

4. Persekitaran4.1 Persekitaran dan pematuhanASSA ABLOY hendaklah memenuhi tuntutan undang-undang persekitaran dan berharap semua unit untuk mem-punyai permit dan lesen persekitaran yang diperlukan untuk operasi mereka. Semua pekerja diharap menyokong dan bertanggungjawab ke atas prestasi persekitaran ASSA ABLOY. ASSA ABLOY menggalakkan pembangunan dan penyebaran teknologi mesra alam. ASSA ABLOY mewa-jibkan semua unit yang memberi kesan persekitaran alam untuk melaksanakan sistem pengurusan persekitaran alam yang disahkan.

ASSA ABLOY terus mencari jalan untuk mengurangkan penggunaan sumber, termasuk tenaga, bahan buangan dan air, mencegah pencemaran, memastikan tahap bunyi pada tahap yang boleh diterima dan memperbaiki keseluruhan kesan persekitaran akibat daripada operasi dan produk-produk, selaras dengan rantaian nilai. Bahan-bahan kimia dan berbahaya hendaklah dilabelkan dengan betul dan dis-impan dengan selamat, dan dikitar semula, digunakan sem-ula dan dilupuskan dengan betul. Untuk mendapatkan pan-duan lanjut mengenai penggunaan bahan berbahaya, lihat intranet ASSA ABLOY.

Page 17: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

17

5. Kesihatan & Keselamatan5.1 Persekitaran kerjaASSA ABLOY bekerja secara sistematik dengan kesiha-tan dan keselamatan dan komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat. Risiko-risiko yang boleh menyebabkan kemalangan atau memudaratkan kesiha-tan dan kesejahteraan pekerja kita hendaklah dikurangkan. Oleh itu, bahaya-bahaya kesihatan dan keselamatan peker-jaan hendaklah dikenal pasti, dinilai dan diuruskan mela-lui proses penghapusan bahaya yang diutamakan, kawalan kejuruteraan, dan/atau kawalan pentadbiran.

Persekitaran kerja yang selamat bermaksud sebagai contoh, kawasan kerja mestilah bersih dan bebas daripada pence-maran, mesin yang digunakan dalam pengeluaran adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan pekerja, dan arahan mengenai penggunaan perlindungan diri dan peral-atan kerja dipatuhi. Di samping itu, persekitaran kerja hen-daklah diterangi dengan sempurna, dan mempunyai suhu dan bunyi pada tahap yang boleh diterima. Apabila bunyi melebihi tahap yang boleh diterima, peralatan perlindun-gan diri seperti perlindungan telinga hendaklah digunakan. Semua unit mesti menyediakan bilik persalinan pakaian, bilik air dan tandas yang berasingan untuk lelaki dan wanita yang bersih dan secukupnya. Pelawat-pelawat ASSA ABLOY hendaklah menerima maklumat mengenai prinsip-prinsip kesihatan dan keselamatan kita ketika melawat kemuda-han kita.

Page 18: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

18

Kontraktor-kontraktor ASSA ABLOY adalah bertang-gungjawab terhadap keselamatan mereka sendiri. Walau bagaimanapun, ASSA ABLOY memerlukan kontraktor-kontraktor untuk mengambil bahagian dalam proses kes-elamatan ASSA ABLOY dan merancang untuk senario risiko yang berbeza. Kontraktor-kontraktor yang menemui ama-lan kesihatan dan keselamatan yang tidak selaras dengan prinsip-prinsip ASSA ABLOY untuk persekitaran kerja yang selamat adalah digalakkan untuk menyuarakan kebimban-gan mereka.

ASSA ABLOY hendaklah bekerja untuk keadaan kerja adil yang memberi motivasi kepada semua pekerja untuk mel-aksanakan tugas mereka sebaik mungkin.

5.2 Keselamatan bangunan dan kebakaranBahan-bahan dan peralatan berbahaya mesti disimpan mengikut peraturan dan polisi yang diguna pakai. Pintu keluar kecemasan mestilah ditanda dengan jelas. Pintu keluar kecemasan tidak boleh diadang dan ia mestilah dit-erangi dengan sempurna. Semua pekerja mesti menda-pat maklumat mengenai peraturan keselamatan seperti pintu keluar kecemasan, pemadam api, peralatan bantuan kecemasan, dan sebagainya. Pelan untuk mengosongkan bangunan mesti dipamerkan pada setiap aras bangunan. Penggera kebakaran mesti diuji dan latihan keluar mengo-songkan bangunan mesti diadakan secara berkala.

Page 19: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

Lampiran I: Laporan kejadian ketidakpatuhan Saya menyedari situasi yang mungkin tidak mematuhi Tatalaku ASSA ABLOY.Keterangan konflik berpotensi atau sebenar di bawah Tatalaku:

Nama dan butiran untuk dihubungi (tidak diwajibkan):

Sila hantarkan laporan ini ke:[email protected] sekiranya tidak dapat dilakukan, hantar kepada:Code of Conduct functionASSA ABLOY ABBox 70340SE-107 23 Stockholm, Sweden

20

5.3 Bantuan kecemasan dan bantuan perubatanPeralatan bantuan kecemasan mesti berada pada lokasi yang sesuai, dan sekurang-kurangnya seorang mesti bera-da pada setiap lokasi dan mesti dilatih dalam asas bantuan kecemasan. Doktor atau jururawat mesti dihubungi jika perlu kalau berlaku kemalangan di premis. Syarikat mesti membayar kos rawatan perubatan bagi kecederaan yang berlaku di premis jika ia tidak dibayar oleh keselamatan sosial atau insurans dengan syarat tidak melanggar peratu-ran keselamatan.

Page 20: Tatalaku - Welcome to the ASSA ABLOY Group · PDF filekontrak. Pematuhan perundangan ... Sekiranya dokumen ini mempunyai ... Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti

20

ASSA ABLOY ialah pemimpin global dalam penyelesaian pembukaan pintu, berdedikasi dalam memberi kepuasan kepada keperluan pengguna akhir bagi keselamatan, perlindungan dan keselesaan.

www.assaabloy.com

ASSA ABLOY AB (Pen.)Alamat pos:P.O. Box 70340SE-107 23 StockholmAlamat fizikal: Klarabergsviadukten 90Telefon: +46(0)8 506 485 00Faks: +46(0)8 506 485 85No. Pendaftaran: SE.556059-3575Pejabat Berdaftar: Stockholm, Swedenwww.assaabloy.com

BAHASA/BAHASA MELAYU