28
TATIUC SYNERGY TATIUC Edisi Khas Konvo 2016 www.tatiuc.edu.my

TATIUC SYNERGY TATIUC

  • Upload
    hamien

  • View
    267

  • Download
    11

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TATIUC SYNERGY TATIUC

TAT IUC SYNERGY TATIUC

Edisi Khas Konvo 2016www.tat iuc.edu.my

Page 2: TATIUC SYNERGY TATIUC

Alhamdulillah, sekali lagi kita bertemu dalam keluaran khas edisi konvo pada tahun ini. Tahniah kepada para graduan sempena Majlis Konvokesyen TATIUC kali ke-10. Hari ini kami meraikan penat lelah para graduan mencari ilmu selama berada di sini. Saya bagi pihak sidang pengarang Sinergi TATIUC mengambil peluang ini untuk berkongsi dengan seluruh warga TATIUC serta para graduan mengenai perkembangan semasa dan aktiviti yang dijalankan di kampus ini bermula Januari 2016 hingga Oktober 2016. Untuk makluman semua, Sinergi TATIUC merupakan salah satu medium utama mempromosikan TATIUC sebagai institusi teknikal yang terbaik di rantau ini kepada masyarakat luar. Justeru itu, saya mengharapkan maklumat daripada Sinergi TATIUC ini dapat disebarluaskan kepada masyarakat luar. Akhir kata, sekali lagi saya bagi pihak sidang pengarang Sinergi TATIUC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada para graduan sempena Majlis Konvokesyen TATIUC kali ke-10. Berkat doa ibu bapa semua, anak-anak kita berjaya menggenggam diploma dan ijazah sarjana muda pada hari ni.

Kata Aluan KetuaPenerbit

Edisi Khas Konvo 20161

SELAYANG PANDANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera & Salam 1 TATIUC

Segala puji syukur ke hadrat Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat-Nya dan masih memberikan kita pelbagai nikmat untuk meneruskan kehidupan. Tahniah diucapkan kepada Ketua Penerbit En. Hamdan Azmi dan sidang redaksi kerana telah berjaya menerbitkan Buletin Sinergi TATIUC Edisi Khas Konvo. SINERGI TATIUC merupakan satu medium hebahan terhadap segala perkembangan yang telah berlaku di TATIUC serta pelan perancangan yang akan dilaksanakan. Terlebih dahulu, saya mewakili pihak pengurusan TATIUC ingin mengucapkan tahniah kepada graduan sempena Majlis Konvokesyen TATIUC kali ke-10. Saya juga mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada pelajar baru Sesi 2016/2017 kerana telah memilih TATIUC sebagai destinasi pengajian tinggi. Tanamkanlah semangat dan tekad dalam diri untuk menjadi insan yang berjaya dalam hidup. “Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”, kalau tidak berusaha manakan dapat hasilnya. Di alam universiti ini, pelbagai onak duri yang harus mahasiswa/i tempuhi dalam menghadapi suasana yang agak berbeza dari alam persekolahan. Di sini mahasiswa/i haruslah gigih mencari ilmu dan membentuk keperibadian diri yang unggul sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Persiapkan diri dengan bekalan ilmu, kemahiran teknikal, kemahiran insaniah (soft skills) dan peribadi yang berketerampilan untuk masa hadapan. Pada tahun ini, dapat dilihat situasi ekonomi kurang memberangsangkan ekoran penurunan harga minyak yang mendadak. Perdana Menteri telah pun membentangkan perutusan khas pengubahsuaian bajet 2016 dengan mengambil kira senario ekonomi semasa yang tidak menentu untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan mengoptimumkan perbelanjaan. Kerajaan Negeri Terengganu turut tidak terkecuali mengeluarkan pekeliling perbendaharaan bertujuan menggariskan panduan dan peringatan mengenai peraturan dan tindakan yang perlu diambil bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan. TATIUC yang merupakan milik penuh kerajaan negeri Terengganu, telah mengambil langkah-langkah penjimatan bagi menampung perbelanjaan mengurus selaras dengan hasrat kerajaan negeri. Namun begitu, perbelanjaan untuk pembangunan pelajar akan tetap diberi keutamaan seperti pengajaran dan pembelajaran, kegiatan dan aktiviti seharian. Saya mengharapkan komitmen yang maksimum daripada pelajar-pelajar baharu dalam setiap kegiatan sama ada kelas mahupun persatuan. Peng libatan dalam aktiviti di kampus akan membantu membentuk disiplin, mengasah kemahiran seterusnya menyediakan diri untuk kehidupan sebenar. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada warga baharu kampus ke TATIUC. Semoga segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang bakal dilalui sepanjang berada di sini dapat memupuk minat dan menyemai bakat dalam meningkatkan nilai dan kualiti untuk menjadi insan yang lebih berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. InsyaAllah.

Prof. Madya Dr. Mohd Zamri bin IbrahimRektor

Hamdan Azmi bin Abd AzizKetua Penerbit

Page 3: TATIUC SYNERGY TATIUC

Penyelidikan dan Inovasi

2

International Conference on Engineering Technology (ICET) yang diadakan pada 6 dan 7 Ogos 2016 telah berjaya menghimpunkan 100 kertas kerja penyelidikan dari dalam dan luar negara. Persidangan kali ketiga yang diadakan ini bertemakan “Memacu Teknologi Terkini Demi Kehidupan Lestari”. ICET 2016 memberi fokus kepada empat kluster utama iaitu bidang Robotik dan Sistem Automasi, bidang Inovasi Kimia, Pembuatan dan Teknologi Maklumat. Penganjuran ICET 2016 ini telah mendapat kerjasama penuh daripada rakan akademik TATIUC iaitu MIE University dan UiTM Terengganu. Kerjasama ini hasil daripada perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani sebelum ini. Dalam pada itu, TATIUC berharap melalui ICET 2016 ini, para penyelidik dapat membentuk rangkaian kerjasama sesama penyelidik dalam bidang Mekatronik, Kimia dan Polimer, Pembuatan dan Teknologi Maklumat. TATIUC juga berharap ICET akan menjadi medium memperkenalkan TATIUC sebagai hub penyelidikan teknologi kejuruteraan pada peringkat antarabangsa.

ICET 2016

Penyelidikan dan InovasiPenyelidikan dan Inovasi

Edisi Khas Konvo 2016

Page 4: TATIUC SYNERGY TATIUC

Seramai 161 orang pelajar telah terlibat di dalam Pembentangan Projek Tahun Akhir pada 30 Mei 2016. Pelajar yang terlibat adalah daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan 54 pelajar, 44 orang dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Automasi dan 63 orang dari Fakulti Komputer Media & Pengurusan Teknologi.

Berikut adalah senarai penerima anugerah mengikut kategori:

3

Ciptaan pelajar TATIUC telah terpilih untuk dibentangkan dalam Pertandingan Reka Cipta Sains dan Inovasi Antarabangsa 2016 pada 30 Julai 2016 di Resort World Kijal. Produk yang diberi nama “Qi-tag” ini adalah hasil ciptaan pelajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan. Pelajar yang terlibat ialah Nur Arif Naqiuddin bin Busra, Amira Reni binti Ab Rashid dan Mohd Zulfadhli Naqiuddin bin Mohd Jaffri dan dibimbing oleh pensyarah Encik Mohammad Fadhil bin Mat Nor. “Qi-tag” ini direka khusus untuk diguna pakai bagi melabel peralatan Minyak dan Gas. Memanfaatkan teknologi QR Code yang sedia ada, label ini boleh diimbas dengan menggunakan telefon pintar. Ini memudahkan sesuatu maklumat dan data diperoleh dalam jangka masa yang pantas. Kejayaan ini membuktikan pelajar TATIUC mampu mencipta produknya tersendiri untuk kegunaan industri di negara ini.

Pembentangan ProjekTahun Akhir

Terbaik Keseluruhan:Tempat Pertama

Tempat Kedua

Tempat Ketiga

Tempat Keempat

Tempat Kelima

Pembentangan Terbaik Program:BCSCBCBMBCNS

BMPMBEMTBEET

Anugerah Juri Awam:FKTPFKMPTFTKEA

- Muhammad Hafizi Bin Zulkiplee - Nadiah Binti Abdul Ghani- Mohd Nor Irfan Fahami Bin Mohd Rosli- Mohd Zulfazli Bin Omar- Nur Arif Naqiuddin Bin Busra- Siti Noraini Binti Yahya

- Siti Nurizzah Adnim Binti Nasir- Mohd Safwan Hiqmi Bin Rasidi- Muhammad Fahmi Izzuddin Bin Rosdin

- Siti Noraini Binti Yahya (BEET)- Muhammad Fahmi Izzuddin Bin Rosli (BEET)- Mohd Nor Irfan Fahami Bin Mohd Rosli (BMET)- Nadiah Binti Abdul Ghani (BCBM)- Nur Arif Naqiuddin Bin Busra (BEMT)

Penyelidikan dan Inovasi

Pertandingan Reka CiptaSains dan InovasiAntarabangsa 2016

Edisi Khas Konvo 2016

Page 5: TATIUC SYNERGY TATIUC

TATIUC telah berjaya menggondol satu pingat perak dan satu pingat gangsa di Novel Research and Inovation Competition (NRIC 2016) yang berlangsung pada 16 – 18 Ogos 2016 bertempat di Student Main Hall, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Projek Multipurposed Enclosed Grilling Machine yang direka oleh pelajar Muhd Fadhlullah Bin Mohd, Che Wan Asyrasyid Bin Che Wan Azaha dan Mohd Zakry Nor Bin Zahari dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Automasi telah berjaya memperoleh pingat perak.

Manakala projek Activated Carbon from rubber seed coat for removal of heavy metal in waste water ini dicipta oleh Nur Hidayah binti Zakaria, Nur Shahira binti Che Abdul Hamid dan Nur Izzate binti Zulkipli yang diselia oleh Uwis Qarni bin Abdullah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia pula berjaya memperoleh pingat gangsa. Kejayaan TATIUC dalam pertandingan ini membuktikan hasil ciptaan para penyelidik TATIUC berkualiti dan setandingan dengan projek-projek dari IPTA dan IPTS lain.

4

Novel Research and Innovation Competition (NRIC 2016)

Penyelidikan dan Inovasi

Edisi Khas Konvo 2016

Page 6: TATIUC SYNERGY TATIUC

5

Penyelidikan dan Inovasi

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia (FTKK) telah menjalankan program penyelidikan bersama Jabatan Kimia Bahan, MIE University selama sebulan (Januari 2016). TATIUC diwakili oleh Dr. Siti Ilyani bt. Rani, Dekan FTKK manakala MIE University pula diketuai oleh Prof. Masataka Kubo. Secara khususnya program ini dapat membantu meningkatkan kualiti penyelidikan dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan Polimer di TATIUC.

Lawatan Dayatech Academy Sdn. Bhd. Delegasi Dayatech Academy

Sdn. Bhd. yang diketuai pengarahnya, Encik S. Jeka telah datang melawat makmal-makmal di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Automasi (FTKEA) dan Fakulti Teknologi Keujuteraan Pembuatan (FTKP) pada 16 Februari 2016. Tujuan lawatan ini adalah untuk menjalinkan kerjasama antara Dayatech dengan TATIUC dalam penawaran kursus-kursus jangka pendek. Dalam pada itu, pihak TATIUC akan membantu Dayatech untuk membangunkan bidang Kejuruteraan Mekatronik dan Kejuruteraan Pembuatan.

Program penyelidikan bersama MIE University

Edisi Khas Konvo 2016

Page 7: TATIUC SYNERGY TATIUC

Majlis Bersama Industri merupakan usaha untuk merapatkan hubungan TATIUC dengan syarikat-syarikat swasta yang beroperasi di daerah Kemaman dan Dungun. Pihak industri boleh mendapatkan bantuan dari TATIUC dengan kepakaran yang ada terutamanya pengalaman tenaga pengajar untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan serta bantuan khidmat nasihat dalam bidang-bidang tertentu. Selain itu, TATIUC juga boleh membekalkan keperluan tenaga kerja mahir kepada pihak industri dengan graduan-graduan berkualiti dalam bidang teknologi tinggi. Majlis Bersama Industri pada 18 April 2016 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Ghazali Bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Tugas-Tugas Khas Negeri Terengganu di Dewan Canselor, TATI University College (TATIUC) Kampus Teluk Kalong, Kemaman Terengganu.

Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan 3 pihak iaitu:

(1) Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Kemaman Terengganu yang diwakili oleh Dato’ Chin Phaik Yoong, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Kuala Lumpur serta Tuan Haji Halim bin Abd Rahman, Pengarah ADTEC, Kemaman, Terengganu.(2) Serba Dinamik Sdn. Bhd, Shah Alam, Selangor yang diwakili oleh Puan Yusni Binti Mohamed Yusop selaku Pengarah Urusan (Vendor Development) serta Encik Mohamed Akiel, Pengarah Latihan.(3) Eastern Steel Sdn. Bhd, Kawasan Industri Berat Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu yang diwakili oleh Encik Low Choong Sing, Pengarah serta Encik Wan Ali Bin Wan Ismail, Pengurus Elektrik.

Audit MQAAudit Penilaian Akreditasi Penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi program Bachelor of Computer Science (Honours) telah dijalankan pada 17 dan 18 Februari 2016. Proses pengauditan selama dua hari ini telah dapat membantu Fakulti Komputer Media dan Pengurusan Teknologi memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang yang berkaitan. Panel Penilai MQA berpuashati dengan audit yang dijalankan ini, walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki bagi mendapatkan Sijil Akreditasi Penuh daripada MQA.

6

Penyelidikan dan Inovasi

TATIUC Bersama Industri

Edisi Khas Konvo 2016

Page 8: TATIUC SYNERGY TATIUC

7

Pembangunan Akademik

Lawatan ibu bapa dan pelajar Selatan Thailand ke TATIUCSeramai 30 orang pelajar dan ibu bapa dari Selatan Thailand telah datang melawat TATIUC pada 21 Februari 2016. Mereka ini terdiri daripada penduduk empat wilayah besar iaitu Narathiwat, Songkhla, Yala dan Pattani. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat program-program yang ditawarkan di TATIUC serta kemudahan pembelajaran yang disediakan.

Media sosial merupakan medium penting yang dapat membantu mempromosikan program-program akademik di TATIUC kepada masyarakat luar. Justeru itu, untuk meningkatkan kualiti pasaran melalui media massa ini, Jabatan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Teknik Penulisan Iklan Gaya Pemasaran di Media Sosial pada 11 Februari 2016. Jabatan yang terlibat mengikuti kursus ini adalah staf di Jabatan Komunikasi Korporat, Promosi dan Citra serta wakil-wakil promosi daripada setiap fakulti.

Promosi di “Facebook” diperhebatkan

Edisi Khas Konvo 2016

Page 9: TATIUC SYNERGY TATIUC

8

Pembangunan Akademik

Bengkel Penyediaan Dokumen MQA 01 dan 02 Bengkel Pedagogi

Seramai 40 orang pensyarah TATIUC telah mengikuti Bengkel Basic Application Of Arduino pada 17 hingga 19 April 2016. Bengkel ini dikendalikan oleh pensyarah TATIUC iaitu Encik Muhammad Luqman bin Muhd Zin dan dibantu oleh dua orang pengajar iaitu Mohd Hafiz bin Othman dan Zulkifli bin Ismail.

Pusat Pengurusan Bakat Akademik (BAKAT) telah menjemput Tuan Haji Mohamed Nadzri bin Mohd Yusof mengendalikan Bengkel Penyediaan Dokumen Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bengkel ini amat penting bagi tenaga akademik TATIUC untuk menyediakan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh MQA bagi proses pengauditan. Melalui bengkel ini juga, Pusat Pembangunan Akademik dapat menyelaraskan format terkini yang diberikan oleh MQA bagi melancarkan proses pengauditan dokumen MQA di TATIUC.

Seramai 70 pensyarah baru TATIUC telah mengikuti Bengkel Pedagogi pada 18 dan 19 Januari 2016. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Dr. Aishah binti Abu Bakar dari Universiti Malaya. Bengkel Pedagogi merupakan kursus wajib yang perlu dihadiri oleh semua pensyarah yang berkhidmat di TATIUC. Pusat Pengurusan Bakat Akademik (BAKAT) yang menganjurkan bengkel ini berkata, Ilmu Pedagogi bukan hanya tertumpu kepada pensyarah-pensyarah baru sahaja, bahkan pensyarah-pensyarah yang telah lama berkhidmat juga perlu mengikuti kursus sedemikian agar kualiti pengajaran dan pembelajaran dipertingkatkan.

Bengkel Basic Application Of Arduino

Edisi Khas Konvo 2016

Page 10: TATIUC SYNERGY TATIUC

9

Pembangunan Akademik

Promosi TATIUC 2016

Seramai 160 kakitangan akademik TATIUC telah mengikuti Bengkel Masa Pembelajaran Pelajar (SLT) pada 27 April 2016. Bengkel ini dikendalikan oleh Dr. Ahmad Shahrizan dan dibantu oleh Puan Aini Zuriyati binti Abdul Kadir.

Dalam usaha memperkenalkan TATIUC kepada masyarakat luar, Jabatan Komunikasi Korporat, Promosi dan Citra (JKKPC) telah menyusun pelbagai strategi sepanjang tahun 2016. Strategi bukan hanya tertumpu di dalam negeri Terengganu sahaja, sebaliknya fokus JKKPC adalah di seluruh negara. Antara aktiviti yang telah dirancang dan telahpun dijalankan adalah menyertai Karnival Pendidikan MARA, Karnival Pendidikan Tinggi Negara, menganjurkan Program Jelajah TATIUC di Hatiku serta menganjurkan Seminar Halatuju Pelajar. Selain daripada itu, JKKPC juga telah membuka kaunter-kaunter pendaftaran terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM di seluruh daerah negeri Terengganu. Kaunter ini penting untuk memudahkan pelajar lepasan SPM mendapatkan info-info mengenai program-program yang ditawarkan di TATIUC. JKKPC turut mengadakan ceramah-ceramah di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara.

Bengkel Masa Pembelajaran Pelajar (SLT)

Edisi Khas Konvo 2016

Page 11: TATIUC SYNERGY TATIUC

10

Pembangunan Akademik

Pada 25 Ogos 2016, TATIUC telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015. Majlis yang diadakan di Dewan Ibnu Sina ini telah disempurnakan oleh Y.B Haji Bazlan bin Abdul Rahman, Pengerusi Lembaga Pentadbir TATIUC. Sejumlah 19 orang kakitangan daripada pelbagai gred perkhidmatan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015. Penganugerahan ini diberikan kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun berkenaan. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan sijil penghargaan. Pada majlis yang sama, 3 orang kakitangan turut dianugerahi Anugerah Khidmat Setia atas khidmat bakti memberi sumbangan kepada TATIUC sepanjang 20 tahun perkhidmatan. Penerima anugerah berkenaan yang terdiri daripada En. Mukhtar bin Malik, En. Adnan bin Abdullah dan En. Mohd Rozali bin Mohd menerima hadiah pakej umrah berserta sijil penghargaan. Tahniah kepada kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Khidmat Setia. Semoga kecemerlangan perkhidmatan dapat diteruskan seterusnya memberi inspirasi kepada kakitangan lain dalam mencapai visi dan misi TATIUC.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang TATIUC 2015

Edisi Khas Konvo 2016

Page 12: TATIUC SYNERGY TATIUC

11

Pembangunan Akademik

Perbincangan dua hala dengan JPNTSatu perbincangan dua hala antara TATIUC dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah diadakan pada 22 September 2016 di Pejabat JPNT. TATIUC diwakili oleh Prof. Madya Dr. Mohd Zamri Bin Ibrahim, manakala JPNT pula diwakili oleh Pengarahnya Tuan Haji Shafruddin Bin Ali Hussin. Perbincangan memberi fokus terhadap kerjasama antara kedua-dua pihak dalam memantapkan lagi program-program akademik untuk pelajar SPM di negeri Terengganu. Selain itu, TATIUC berharap melalui perbincangan ini pihak JPNT dapat membantu mempromosikan program-program akademik di TATIUC melalui unit-unit kaunselor sekolah menengah di negeri Terengganu. Semoga hubungan antara TATIUC dengan JPNT ini akan dapat memberi manfaat antara kedua-dua belah pihak dalam meneraju kecemerlangan akademik bagi rakyat di negeri Terengganu.

Majlis perjumpaan bersama Rektor

Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Rektor TATIUC telah meluangkan masa berjumpa dengan staf TATIUC pada 8 September 2016 di Dewan Ibnu Sina. Majlis ini amat penting bagi seluruh warga kerja TATIUC untuk mendengar ucapan daripada Rektor mengenai perkembangan semasa TATIUC. Antara intipati ucapan beliau adalah berkaitan dengan kemasukan pelajar Diploma dan Kursus Asas pada 23 Jun 2016. Beliau menyeru agar semua staf memainkan peranan penting mempromosikan program-program akademik TATIUC kepada masyarakat luar. Dalam pada itu, penganjuran ICET 2016 yang berjaya menghimpunkan 100 kertas kerja penyelidikan membuktikan TATIUC mampu menjadi hub penyelidikan dalam bidang-bidang kejuruteraan di rantau ini. Menurutnya lagi, program-program seperti ini akan diteruskan pada setiap tahun. Selain mempromosikan TATIUC, program ini juga akan dapat memperkasakan bidang penyelidikan dan inovasi TATIUC. Dalam majlis ini juga, Rektor turut mengambil peluang memperkenalkan Pendaftar TATIUC yang baru iaitu Tuan Haji Wan Mohamad Lotfi bin Wan Ismail. Diharapkan pengalaman beliau selama ini dapat membantu meningkatkan kualiti akademik TATIUC.

Akhir kata, beliau berharap semua wargakerja TATIUC terus memberikan komitmen dan konsisten terhadap kerja yang diamanahkan. Tanpa kesungguhan, misi dan visi TATIUC tidak tercapai.

Edisi Khas Konvo 2016

Page 13: TATIUC SYNERGY TATIUC

12

Pembangunan Akademik

Eksplorasi TVET 2016Tahniah kepada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia (FTKK) kerana berjaya menganjurkan prrogram Eksplorasi TVET 2016. Program diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Pelajar-pelajar sekolah menengah diberikan taklimat serta penerangan oleh Alumni FTKK iaitu Encik Haikal Muhammadi bin Mansor dan Encik Wan Muhammad Safuan bin Wan Salleh tentang kepentingan TVET dalam industri sekarang. Para pelajar juga didedahkan tentang peluang kerjaya dan cabaran dalam bidang Chemical Engineering Technology dan Polymer Engineering Technology. TATIUC mengharapkan program TVET ini akan dijalankan oleh fakulti-fakulti lain dalam usaha membantu meningkatkan pemahaman para pelajar mengenai TVET di samping dapat mempromosikan peluang-peluang melanjutkan pengajian di TATIUC kepada mereka.

Edisi Khas Konvo 2016

Page 14: TATIUC SYNERGY TATIUC

Pembangunan Akademik

Selamat Datang keTATI University College

Seramai 257 pelajar Diploma telah mendaftar pada 23 Jun 2016, manakala 102 pelajar Ijazah Sarjana Muda pula mendaftar pada 20 September 2016. Pelajar-pelajar baru yang mendaftar ini telah melalui Minggu Haluan Siswa selama tiga hari. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEPA) dengan dibantu oleh 40 orang Fasilitator. Minggu Haluan Siswa ini penting sebagai pendedahan dan juga persediaan awal kepada pelajar-pelajar baru sebelum memulakan pengajian. Mereka telah diberikan taklimat mengenai sistem akademik yang diguna pakai di TATIUC. Selain itu, pelajar-pelajar turut diberikan penerangan mengenai pinjaman pelajaran yang boleh mereka pohon melalui Unit Pinjaman Pelajaran TATIUC. Setiap fakulti turut diberikan slot untuk memberi taklimat mengenai fakulti masing-masing khususnya berkaitan program-program akademik yang ditawarkan. Penerangan ini penting kepada pelajar-pelajar baru agar mereka lebih bersedia untuk mengikuti kursus-kursus yang mereka pilih di TATIUC.

13 Edisi Khas Konvo 2016

Page 15: TATIUC SYNERGY TATIUC

Aktiviti Fakulti

Pusat Hal Ehwal Agama Kerohanian dan Kebajikan dengan kerjasama dengan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan TATIUC telah menjemput Ustaz Don Daniyal mengendalikan Seminar Pemantapan Solat kepada staf TATIUC pada 18 Februari 2016. Program ini memberi ruang kepada staf TATIUC untuk bersoal jawab berkaitan dengan cara solat yang betul serta memperbaiki bacaan dalam solat.

Program sedemikian bukan sahaja dapat memperbetulkan solat, bahkan Ustaz Don juga telah mengajar beberapa cara berselawat kepada staf TATIUC. Kaedah penyampaian yang bersahaja oleh Ustaz Don telah berjaya menarik minat audien dari awal hingga ke akhir program.

Program Seminar Pemantapan Solat Dan Selawat Bersama Ustaz Don

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengambil inisiatif bersama Jabatan Sumber Manusia menganjurkan bengkel “First Aid” untuk staf TATIUC pada 26 dan 27 Januari 2016. Bengkel ini penting untuk meningkatkan tahap kesedaran staf terhadap kepentingan menjaga keselamatan diri sewaktu menjalankan tugas harian.

Tahap kesedaran keselamatan pekerja dipertingkatkan

14Edisi Khas Konvo 2016

Page 16: TATIUC SYNERGY TATIUC

Aktiviti Fakulti

15

Pusat Hal Ehwal Agama Kerohanian dan Kebajikan

(PHEAKK)

Pusat Hal Ehwal Agama Kerohanian dan Kebajikan (PHEAKK) telah menganjurkan dua program kerohanian bertempat di TATIUC pada 28 April 2016 dan 9 Jun 2016. Program pertama pada 28 April 2016 adalah Seminar Transformasi Pemikiran Islam; Daulat Islam Agama Negara (DIAN). Program ini merupakan program kerjasama dengan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Yayasan Himmah Malaysia (YHM). Seminar ini amat bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengukuhkan kedaulatan agama Islam di Malaysia berdasarkan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Selain itu, staf TATIUC telah didedahkan tentang ancaman pemikiran moden khususnya liberalisme dan kesannya terhadap akidah umat Islam di negara ini. Antara Penceramah dalam seminar ini adalah Ustaz Engku Ahmad Fadzil b. Engku Ali Felo Kanan IKSIM, Ustaz Muhammad Rashidi B. Wahab, Pensyarah UniSZA dan Tuan Haji Karim Omar, Felo Utama IKSIM. Sempena Ramadhan Al-Mubarak, PHEAKK telah menjemput Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Zulkifly bin Haji Muda, Mufti Terengganu menyampaikan ceramah bertajuk “Ramadhan Pesonamu Menggamit Persona” pada 9 Jun 2016. Ceramah yang berkisarkan kepada amalan-amalan kebaikan yang dituntut oleh syariat Islam sepanjang Ramdahan ini amat bermakna bagi seluruh warga TATIUC.

Edisi Khas Konvo 2016

Page 17: TATIUC SYNERGY TATIUC

16

Aktiviti Fakulti

Pameran Tahunan Pelajar GMK telah diadakan pada 20-22 Mac 2016. Menurut Cik Saadiah Abdul Rahman, Pengarah Program pameran ini, seramai 44 orang pelajar tahun akhir GMK telah mempamerkan projek tahun akhir mereka. Dalam pada itu, Jabatan GMK juga telah menjemput pelajar-pelajar sekolah menengah dari daerah Kemaman melawat pameran ini.

Pameran Pelajar GMK 2016

Edisi Khas Konvo 2016

Page 18: TATIUC SYNERGY TATIUC

Aktiviti Fakulti

Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Jamuan Hari Raya Aidilfitri TATIUC telah diadakan pada 25 Ogos 2016 bertempat di Dewan Canselor TATIUC. Majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abdul Rahman, Pengerusi Lembaga Pentadbir TATIUC. Beliau telah meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan jamuan ini dengan staf, pelajar serta tetamu jemputan. Jamuan Hari Raya pada tahun ini menyaksikan Fakulti Komputer, Media dan Pengurusan Teknologi telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan hiasan Rumah Raya. Selain itu, HEPA turut mengadakan cabutan bertuah kepada pengunjung-pengunjung yang hadir. Menurut Encik Mukhtar Malik, Pengurus HEPA, jamuan seperti ini dapat merapatkan hubungan antara staf dan juga pelajar. Bukan hanya di dalam kelas, bahkan di luar kelas staf dan pelajar dapat bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai isu. Jamuan turut diserikan dengan nyanyian lagu hari raya oleh pelajar dan juga staf.

17 Edisi Khas Konvo 2016

Page 19: TATIUC SYNERGY TATIUC

18

Khidmat Masyarakat

English Society (ETHOS) telah mengadakan program kebajikan di Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al Hijrah, Binjai, Kemaman pada 24 Januari 2016. Program ini hasil daripada sumbangan masyarakat setempat serta warga TATIUC dalam usaha membantu golongan anak-anak yatim di rumah kebajikan tersebut.

Program Kebajikan Kelab ETHOS

Jabatan Komunikasi Korporat, Promosi dan Citra (JKKPC) telah mengadakan program bersama pelajar lepasan SPM di TATIUC pada 18 April 2016. Program ini merupakan sebahagian usaha mendekatkan TATIUC dengan masyarakat setempat khususnya pelajar-pelajar lepasan SPM. Pelbagai aktiviti telah disusun dalam program ini antaranya pameran pendidikan oleh setiap fakulti, pameran projek tahun akhir dan lawatan ke makmal dan bengkel di TATIUC. TATIUC juga membuka kaunter untuk pendaftaran pelajar-pelajar baru untuk sesi kemasukan pada tahun ini. Kaunter ini memudahkan para pelajar untuk mendaftar secara terus di TATIUC serta memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat mengenai sistem pembelajaran, program-program yang ditawarkan serta pinjaman pelajaran yang disediakan.

TATIUC Bersama Pelajar (Open Day)

Edisi Khas Konvo 2016

Page 20: TATIUC SYNERGY TATIUC

Khidmat Masyarakat

TATIUC telah menganjurkan program gotong-royong memasak bubur lambuk di Felda Kerteh 5 pada 21 Jun 2016. Program ini merupakan program khidmat masyarakat TATIUC kepada masyarakat luar khususnya di kawasan pedalaman. Selain mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat setempat, TATIUC juga mengambil peluang ini untuk menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang melanjutkan pengajian di TATIUC. Pada masa yang sama, TATIUC memberikan ceramah kerjaya kepada sekolah-sekolah menengah di kawasan tersebut.

Pusat Pengajian Persediaan dan AM (PPPA) telah menjalankan program Bimbingan dan Kerjaya di Sekolah Menengah Sultan Ismail (28 Jun 2016), Sekolah Menengah Paka (29 Jun 2016), Sekolah Menengah Chukai ( 13 Julai 2016) dan Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah (17 Julai 2016). Program bertujuan untuk membantu para pelajar dalam memilih haluan kerjaya selepas tamat pengajian. Seramai 29 orang pensyarah telah terlibat dalam program di empat buah sekolah ini. Selain membimbing para pelajar, program ini juga memberi penerangan kepada para pelajar mengenai peluang-peluang melanjutkan pengajian ke TATI University College.

Program Bimbingan dan Kerjaya PPPA

TATIUC Bersama Warga Felda

19 Edisi Khas Konvo 2016

Page 21: TATIUC SYNERGY TATIUC

20

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Siti Nurizzah Adnim binti Mohd Nasir pelajar tahun akhir Bachelor in Manufacturing Engineering Technology (Tooling) telah dianugerahkan IEM Gold Medal Award 2015. Anugerah berprestij ini diberikan kepada pelajar tahun akhir yang aktif dalam bidang penyelidikan di universiti. Majlis Penganugerahan Institute Engineers Malaysia (IEM) kali ke-57 yang telah diadakan pada 16 April 2016 bertempat di Sunway Resort.

Perkhemahan Kelana SiswaKursus Kokurikulum Kelana Siswa telah mengadakan satu perkhemahan di Taman Pertanian Negeri Sekayu pada 25-27 Februari 2016. Seramai 52 orang pelajar yang mengikuti kokurikulum Kelana Siswa telah terlibat dalam perkhemahan ini. Perkhemahan ini dibantu oleh 15 orang fasilitator yang terdiri daripada Wifiq Rovers KLKM TATIUC. Antara aktiviti yang diadakan ialah jenis-jenis ikatan, membuat gajet, masakan rimba, kawad kaki, istiadat pagi dan kemahiran menggunakan kompas.Setiap mereka akan dinilai dan diberi markah atas kemahiran dan kemampuan mereka untuk menjalankan aktiviti tersebut. Perkhemahan ini berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang.

Pelajar TatiucDianugerahkan PingatEmas Di IEM

Edisi Khas Konvo 2016

Page 22: TATIUC SYNERGY TATIUC

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Universiti Teknologi Petronas telah diberikan mandat oleh Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) untuk menganjurkan Sukan staf pada 15 hingga 17 Januari 2016 di Kompleks Sukan, Dewan Bandaraya Ipoh. Sukan staf ini merupakan platform ke arah memupuk jalinan kerjasama yang erat antara kakitangan IPTS di seluruh negara. 20 buah IPTS telah mengambil bahagian dalam kejohanan pada tahun ini. Ini merupakan penyertaan terbanyak semenjak kejohanan ia diadakan bermula pada tahun 2011. Pada tahun ini, TATIUC telah menghantar seramai 70 orang atlit dalam tujuh kategori yang dipertandingkan. Antaranya Futsal, Bola Tampar Lelaki, Bola Jaring, Badminton, Tenpin Boling, Sepak Takraw, dan Ping Pong. Tiga pingat emas telah berjaya dibawa pulang dalam acara Bola Tampar Lelaki, Bola Jaring dan Tenpin Boling Wanita. Menurut Ketua Kontinjen, Encik Muhammad Zahari Bin Mohd Zahid kejohanan pada kali ini telah berjaya memupuk semangat kesukanan antara kakitangan IPTS yang telah menyertainya. Peningkatan bilangan IPTS yang menyertai kejohanan ini juga menunjukkan mereka komited dengan usaha yang telah dilakukan oleh MASISWA. Pada tahun depan, TATIUC telah diberi mandat untuk menganjurkan sukan staf ini.

Sukan Piala Rektor telah berjaya memupuk ukhuwah dan semangat kesukanan antara TATIUC dengan syarikat-syarikat di sekitar daerah Kemaman dan Dungun. Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) yang menganjurkan karnival ini pada 18 dan 19 Mac 2016 berkata, karnival ini telah menarik minat 12 syarikat dan IPT dari seluruh daerah Kemaman dan Dungun. Antaranya Ketengah, Petronas, CJ Bio, Setegap, Ranaco, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kemaman dan See Sen Sdn Bhd. Sukan yang telah dipertandingkan adalah ping pong, petanque, ragbi dan bola sepak sembilan sebelah.

Sukan Piala Rektor 2016

Sukan Staf IPTS 2016 (Networking Games)

21 Edisi Khas Konvo 2016

Page 23: TATIUC SYNERGY TATIUC

22

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Pertama kalinya, atlet TATIUC telah berjaya memperoleh pingat di Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2016. Mohammad Hanis Hakim bin Abd. Wahab, pelajar tahun satu Diploma Ujian Tanpa Musnah (NDT) telah berjaya memenangi pingat perak dalam acara silat olahraga bagi kategori Kelas D.

SUKIPT 2016 telah berlangsung pada 25 Januari hingga 5 Februari 2016 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Seramai 118 kontinjen daripada Institusi Pengajian Tempatan (IPT) tempatan dan lima kontinjen IPT antarabangsa telah menyertai SUKIPT 2016.

Pingat pertama di SUKIPT 2016

Edisi Khas Konvo 2016

Page 24: TATIUC SYNERGY TATIUC

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Sukan Bola Jaring berjaya merapatkan hubungan persahabatan antara pelajar TATIUC dengan pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSZMA). Perlawanan persahabatan secara timbal balik antara pelajar TATIUC dengan pelajar PSZMA merupakan satu langkah mengukuhkan jalinan persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua pihak. Dalam pada itu, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) TATIUC mengucapkan tahniah kepada Pasukan Bola Jaring TATIUC kerana telah berjaya menganjurkan program-program seperti ini.

Kokurikulum Bola Jaring TATIUC telah menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Tertutup TATIUC pada 16 Februari 2016. Menurut Cik Siti Saadiah bt. Rahman, selaku tenaga pengajar kokurikulum tersebut, kejonanan ni telah berjaya menarik minat 10 pasukan dari kalangan pelajar dan staf TATIUC. Tambahnya lagi, selain memenuhi syarat Kokurikulum Bola Jaring, kejohanan ini juga dibuat untuk menggalakkan para pelajar melakukan aktiviti riadah pada setiap masa.

Jalinan Persahabatan antara TATIUC dengan PSMZA

Pertandingan Bola Jaring Tertutup TATIUC 2016

23 Edisi Khas Konvo 2016

Page 25: TATIUC SYNERGY TATIUC

24

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Pada 25 hingga 28 Ogos 2016, Kelab TRACKERS TATIUC telah mengadakan pendakian ke Gunung Rinjani Lombok Indonesia. Pendakian ini telah disertai oleh 13 peserta iaitu 11 orang pelajar dan 2 orang pengiring. Program pendakian ke Gunung Rinjani adalah hasil cetusan idea Encik Effende Bin Awang, Pensyarah TATIUC, juga merangkap Penasihat Kelab TRACKERS TATIUC. Tujuan pendakian ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi kewibawaan ahli TRACKERS dari segi mental dan fizikal dalam menempuh cabaran dan halangan dalam aktiviti pendakian.

Rinjani

Edisi Khas Konvo 2016

Page 26: TATIUC SYNERGY TATIUC

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

25

Seramai 38 orang pelajar telah menyertai Trip ke Lata Medang di Kuala Kubu Bharu pada 28 hingga 30 Mei 2016. Trip ini merupakan projek pengenalan bagi pelajar-pelajar yang baru menyertai Kelab TRACKERS TATIUC. Pendakian selama dua jam ke Lata Medang merupakan satu pengalaman baru bagi mereka yang baru menceburi aktiviti mendaki ini. Para pelajar turut didedahkan dengan ilmu-ilmu mendaki seperti penggunaan beg dan pakaian mendaki, memasak di dalam hutan serta teknik pendakian.

Trip ke Lata Medang

Edisi Khas Konvo 2016

Page 27: TATIUC SYNERGY TATIUC

PENAUNG :PROF. MADYA DR. MOHD ZAMRI B. IBRAHIM

PENASIHAT :DR. ROSLIZA BINTI RAMLI

KETUA PENERBIT & KETUA PENGARANG :EN. HAMDAN AZMI BIN ABDUL AZIZ

EDITOR :EN. ZAMANUDDIN BIN ZAKARIA

CIK SYAHIRA HUSNA BINTI MOHD SIDEK

KETUA MEDIA 1 :EN. MUHAMMAD SYAHRIR BIN AHMAD

KETUA MEDIA 2 :EN. MOHAMAD FAIZ BIN MAMAT

TERB

ITAN

Page 28: TATIUC SYNERGY TATIUC