Upload
idanurfirza
View
2.127
Download
37
Embed Size (px)
Citation preview
3.0 TEKNIK MENYELAMAT
Teknik menyelamat boleh diringkaskan sebagai satu kaedah ataupun cara untuk
melakukan tindakan terhadap sesuatu perkara yang tidak diingini. Dalam teknik
menyelamat terdapat pelbagai cara dan panduan yang boleh dilakukan bertujuan
untuk menyelamatkan mangsa daripada menghadapi situasi yang lebih merbahaya.
Contohnya situasi yang boleh membawa kepada kematian, kecederaan atau
kecacatan berpanjangan dan sebagainya.
3.1 TEKNIK MENYELAMAT ORANG LAIN
1) Mengesan kecemasan dan menerima tanggungjawab
Mengenali kewujudan masalah
Menginterperastasikan peeristiwa
Berasa tanggungjawab
2) Penilaian
Penyelamat harus menilaikan aspek-aspek berikut sebelum memasuki air.
Keselamatan kendiri
Kesedaran tentang kebolehan fizikal
Bantuan yang diperolehi
Pemilihan alat bantuan untuk menunda mangsa
Keadaan persekitaran
Bilangan mangsa
Pakaian yang perlu ditanggalkan.
3) Tindakan
Keadaan air
Tingginya tempat memasuki air
Jenis alat bantuan yang dibawa
Jenis dasar air
Keadaan mangsa
Kepantasan yang diperlukan
14
4) Cara-cara memasuki air
Melangkah masuk
Lompat
Junam
Lompat “straddle”
5) Mendekati mangsa
Mempertahankan diri dan melepaskan diri dari genggaman mangsa
Pendekatan bercakap
Pendekatan menggunakan alat bantuan
Mendekati mangsa yang tidak sedar
Mengeluarkan mangsa dari dasar air – junam dari permukaan air dan mencari
mangsa dalam air
Menyokong mangsa
Memberi bantuan pernafasan
6) Menunda mangsa
Mengiringi mangsa dengan alat bantuan
Menunda tanpa sentuhan
Menunda dengan sentuhan
7) Mendaratkan mangsa
8) Rawatan kecemasan dan tindakan susulan
Bantu mula melalui E.A.R atau C.P.R atau kedua-dua sekali.
Pemulihan Pernafasan Jantung (CPR)
Anda perlu bertindak segera untuk menolong seseorang yang kelihatannya telah
terhenti pernafasannya atau nadinya tidak lagi berdenyut. Terdapat beberapa
langkah yang perlu diikuti;
1. Baringkan mangsa dalam keadaan menelentang.
2. Tentukan keadaan mangsa – Gerakkan tubuhnya perlahan-lahan dan
tanyakan keadaannya.
15
3. Dapatkan bantuan dengan menjerit untuk pertolongan dan hubungi ambulan.
4. Baringkan mangsa secara terlentang di atas permukaan yang rata dan keras
dan pada masa yang sama gerakkan kepala dan badannya serentak.
5. Buka mulutnya dengan mendongakkan kepala dan mengangkat dagu ke atas.
6. Dongakkan kepala untuk membuka laluan udara. Keluarkan benda-benda di
dalam mulut dan kerongkong jika ada. Baringkan mangsa secara terlentang.
Lakukan cara pemulihan pernafasan dari mulut-ke-mulut. Periksa sama ada
mangsa bernafas
3.1.1 TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL JIKA BERLAKU KECEMASAN
A. Kaedah Menyelamat Tanpa Masuk ke dalam Air
16
Rajah 1: Teknik menyelamat dengan menggunakan bahan keras
1. Badan penyelamat hendaklah direndahkan dengan serendah yang mungkin
apabila menarik mangsa yang dalam keadaan sukar untuk berenang.
2. Penyelamat hendaklah menarik keluar mangsa ke tempat yang selamat dengan
menggunakan bahan yang tegar atau keras (batang besi, gelung) atau dengan
menggunakan bahan yang tidak tegar atau keras (baju, tuala mandi) untuk
menarik mangsa keluar dari keadaan bahaya.
3. Kemudian mangsa akan cuba untuk mencapai dan memegang bahan yang
diberikan tadi dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan dan
kemudian penyelamat akan menarik mangsa ke tepi kolam.
4. Pastikan mangsa dalam keadaan terkawal. Jika terdapat yang menunjukkan
mangsa berisiko dalam bahaya tindakan sewajarnya hendaklah diambil seperti
memberi bantuan perubatan awal kepada mangsa dengan menenangkan
mangsa, memberi bantuan pernafasan (CPR) dan sebagainya supaya mangsa
berada dalam keadaan terkawal.
5. Jika tidak terdapat sebarang perubahan pada mangsa, langkah kecemasan perlu
diambil dengan membawa mangsa ke pusat perubatan untuk mendapat tindakan
dan rawatan yang selanjutnya.
6. Penyelamat boleh menyelamat mangsa samada menggunakan kamahiran asas
menyelamat bahagian belakang, tepi dan depan.
17
7. Semasa penyelamat ingin membaling atau mencampak bahan apungan untuk
dicapai oleh mangsa, pastikan kaki dijarakkan mengikut keselesaan dan
kestabilan badan apabila melakukan balingan bahan apungan tadi.
8. Kemudian mangsa ditarik sehingga ke tempat yang selamat atau ke tepi kolam.
9. Tindakan susulan seperti rawatan perubatan / rawatan kecemasan diambil jika
perlu bagi mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap mangsa.
B. Kaedah Menyelamat Masuk ke dalam Air
1) Pastikan keadaan selamat. Penyelamat akan berenang menghampiri mangsa dan
membawa alat yang terapung.
2) Penyelamat akan mencapai mangsa dengan menarik mangsa perlahan-lahan
menghampirinya. Penyelamat akan meletakkan alat terapung ke badan mangsa
untuk memudahkan mengapung dan membawa mangsa.
3) Alat yang terapung yang diletakkan pada bahagian badan mangsa hendaklah
dipastikan supaya kemas dan tidak tercabut apabila proses menyelamat mangsa
dilakukan.
4) Penyelamat akan memegang pada alat yang telah diikatkan pada badan mangsa
tadi untuk memudahkan penyelamat membawa mangsa ke tepi.
5) Penyelamat akan membawa mangsa ke tepid an kemudian akan memeriksa
samada mangsa bernafas atau tidak.
6) Tindakan kecemasan dan perubatan akan diambil terhadap mangsa supaya
mangsa dalam keadaan selamat.
18
Rajah 2: Teknik menyelamat dengan membaling atau mencampakkanbahan apungan
3.2 TEKNIK MENYELAMAT DIRI SENDIRI
1) Mengapungkan Diri di Air
Mengetahui teknik mengapungkan diri di air merupakan teknik yang amat penting
bagi menyelamtkan diri sendiri apabila menghadapi situasi yang bahaya ketika di air.
Cara mengapungkan diri di air ialah dengan melakukan gerakan seperti gelombang
dengan kedua-dua belah tangan menekan ke bawah permukaan air.
2. Menanggalkan Pakaian
Menanggalkan pakaian juga merupakan teknik menyelamatkan diri sendiri semasa
berada di air. Latihan perlu dilakukan supaya kita dapat bertindak apabila berasa diri
19
dalam keadaan bahaya. Cara yang boleh dilakukan ialah dengan menanggalkan
pakaian untuk memberi sokongan.
20