18
Hak Cipta Terpelihara ©: Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa-apa cara sama ada elektronik, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada Rahman Basri.

Teknik rahsia facebook

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teknik rahsia facebook

Hak Cipta Terpelihara ©:

Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi

kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa-apa cara sama ada

elektronik, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin dalam

bentuk tulisan atau secara lisan daripada Rahman Basri.

Page 2: Teknik rahsia facebook

Sebelum anda meneruskan pembacaan anda…

Sila  Daftar  Sebagai  ‘Ahli  VIP’  Ebook  Split  Affiliate  ***************************************************************************  

Layari:  www.splitaffiliate.com/joinvip    ***************************************************************************  

             

Pendaftaran  di  atas  adalah  PERCUMA  sahaja.    Kegagalan  anda  mendaftar  melalui  pautan  di  atas  akan  menyebabkan   anda   bakal   terlepas   dalam   menerima  sebarang  kemaskini  terhadap  Ebook  ini  pada  masa  akan  datang  secara  PERCUMA!  

Page 3: Teknik rahsia facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca,

Sejak akhir-akhir ini, teknik Pemasaran di Facebook dilihat mampu

menghasilkan impak yang cukup besar terhadap produk-produk yang dipasarkan

melalui facebook. Tidak kiralah ia adalah ebook, servis dan sebagainya.

Namun begitu, sebelum anda membuat keputusan untuk menjadikan facebook

sebagai antara medium utama pemasaran anda, beberapa perkara perlu diambil

berat. Saya akan kupas beberapa tips buat anda semua. Dan ia adalah

berdasarkan pengalaman saya sendiri, dan bukanlah sekadar teori semata-mata.

Insyaallah berkesan.

Antara yang paling penting yang akan saya kongsikan bersama anda semua

adalah teknik Soft-Selling di facebook yang saya lihat begitu berkesan

meningkatkan conversion rate jualan produk yang pernah saya promosikan

melalui Facebook.

Saya pernah menjual produk sendiri di facebook, di samping turut

mempromosikan produk-produk affiliate menggunakan teknik Soft-Selling

sahaja.

Apa sebenarnya Teknik Soft-Selling? Dan Mengapa Saya

Memilih Teknik Soft-Selling Berbanding Hard-Selling Di

Dalam Pemasaran Saya di Facebook?

Saya akan bongkarkan sebentar sahaja lagi. Ianya seumpama blueprint sebenar

saya di dalam melakukan pemasaran di facebook. Sehinggakan ada beberapa

rakan-rakan saya yang meminta agar saya membantu mempromosikan produk

mereka melalui Facebook saya☺�bukan niat nak menunjuk-nunjuk ya, Cuma

nak menyatakan bahawa teknik Soft-Selling yang saya gunakan ini bukan calang-

calang punya (wah, bunyi macam hype jer)

Page 4: Teknik rahsia facebook

Tetapi sebelum itu, saya nasihatkan buat pembaca sekalian, jangan sesekali

menjadikan FACEBOOK anda sebagai tempat untuk anda SPAMMING. Ini

kerana, sekali pelawat anda melihat wall facebook anda dipenuhi dengan iklan-

iklan yang berjela-jela, mereka akan anggap anda sebagai SPAMMER, walaupun

itu adalah wall profile anda sendiri.

YA! Tanpa Kita Sedari, Kita Telah Melakukan SPAM Kat

Facebook Sendiri..

Saya akan tunjukkan beberapa contoh agar pembaca dapat menilai mengapa saya

katakan kita boleh menjadi seorang SPAMMER di akaun Facebook kita sendiri:

 Screen shoot di atas saya ambil daripada salah satu wall rakan Facebook saya

sendiri. Anda boleh lihat sendiri, beliau MEMAKSIMUMKAN penggunaan wall

facebooknya hanya untuk mempromosikan program buat duit (saya rasa

program MLM) tanpa henti.

Page 5: Teknik rahsia facebook

Saban waktu, saya melihat update yang dilakukan hanya berkaitan dengan

program tersebut. Walaupun wall tersebut adalah milik beliau sepenuhnya, tetapi

bagi saya, ia bukanlah suatu teknik pemasaran yang berkesan.

Anda sendiri boleh melihat bagaimana respons pelawat ke facebook yang

mengandungi iklan-iklan seumpama ini? Untuk melihat sama ada orang

berminat dengan iklan tersebut, mudah sahaja.. Cuba lihat jumlah komen untuk

setiap status wall mereka. Jika banyak yang komen, biasanya ia adalah program

yang Berjaya menarik minat pelawat, namun jika langsung TIADA komen, ini

menunjukkan pelawat memang tidak berminat dengan iklan-iklan sebegitu.

Cuba anda lihat status wall ini. Apa yang anda lihat..?

   

Tiada komen. Tiada respons dari pelawat.

Ini menunjukkan bahawa status sebegini tidak mendapat sambutan daripada

pelawat yang datang. Secara tidak langsung, pelawat yang seterusnya juga akan

menganggap bahawa program yang diiklankan tidak menarik dan tidak

mendapat sambutan.

Justeru, di sinilah masanya untuk kita melakukan Soft-Selling untuk menarik

minat pelawat yang melihat status wall kita di facebook. Saya akan kongsikan

Page 6: Teknik rahsia facebook

beberapa Casestudy bagaimana dengan melakukan soft-selling sehingga Berjaya

menarik minat pelawat, dan ada yang terbeli produk yang saya tawarkan

tersebut.

Casestudy  1:  

   

Cuba perhatikan kepada status di atas, ada tak ayat yang saya gunakan mengajak

untuk membeli? Tentunya TIADA kan?

Cuba lihat pada komen saudara “Ahmad Khairolshariman Johari”, beliau telah

membeli Ebook Kuasa Fan Page tersebut melalui link saya yang saya sertakan di

dalam status wall tersebut.

Tanpa promosi, Tanpa BONUS... Saya hanya melakukan UPDATE status di wall

Facebook, Alhamdulillah dah Berjaya mendapat jualan, bukan hanya satu, tetapi

dua jualan..! Itu sudah cukup bagus untuk ‘promosi’ yang sungguh sempoi

sebegini...☺

Page 7: Teknik rahsia facebook

Sebelum saya bocorkan RAHSIA teknik Soft-Selling ini, saya akan tunjukkan satu

lagi Casestudy yang seterusnya. Ianya lebih kurang sama, namun promosi ini

untuk produk yang berbeza. TANPA promosi, TANPA Bonus, saya tetap Berjaya

menghasilkan jualan yang seterusnya... Ia sungguh MUDAH.. Tak percaya...?

Jom kita lihat bukti ini.

Casestudy 2:

 Saya hanya menggunakan teknik Soft-Selling yang sama semasa

mempromosikan Ebook Teknik Mudah Affiliate melalui wall Facebook saya.

Cuba anda lihat semula pada Casestudy 1 sebelum ini. Apakah persamaan yang

boleh dikenalpasti dalam kedua-dua status tersebut? Anda tentu dapat menilai

persamaan tersebut bukan?

Page 8: Teknik rahsia facebook

Baiklah, saya berikan anda masa untuk menilai terlebih dahulu.....

Sebelum saya kongsikan teknik Soft-Selling yang saya lakukan kepada pembaca

semua, suka saya nyatakan di sini, sebelum ini, saya juga seperti anda. Saya

pernah juga mempromosikan link affiliate menggunakan facebook, tetapi ia tidak

pernah mendatangkan sebarang jualan.

Setelah membuat analisis terhadap teknik saya sebelum ini, saya dapati banyak

kesilapan yang telah saya lakukan. Antaranya ialah:

• Saya hanya menulis pautan (link affiliate) semata-mata, tanpa ada

sebarang penerangan berkenaan produk tersebut. Hasilnya, ‘status’

tersebut sunyi sepi sahaja. ☺

• Saya selalu menggunakan ayat promosi yang ‘direct to the point’ yang

menyebabkan rakan facebook berasa tidak senang dengan ‘status’

tersebut. Sepatutnya saya perlu mengolah sedikit ayat promosi tersebut

agar ia tidak dilihat sebagai promosi semata-mata, bahkan seperti

perkongsian tips☺ (Gunakan ayat yang boleh mempengaruhi psikologi

rakan FB yang membaca ayat tersebut)

Sekiranya anda lebih kreatif, anda boleh sahaja menggunakan teknik Soft-

Selling yang bakal saya kupaskan ini untuk mempromosikan produk anda

sendiri. Jadi ia bukan tertumpu kepada produk affiliate sahaja.

Page 9: Teknik rahsia facebook

“Teknik Soft-Selling Versi Rahman Basri”

Izinkan saya untuk menggunakan Istilah Soft-Selling Versi Rahman Basri,

ini kerana teknik ini telah terbukti berkesan terhadap ‘promosi’ yang saya

lakukan melalui Facebook. Teknik Soft-Selling boleh saya anggap sebagai

Teknik Promosi Senyap yang cukup berkesan. Anda lihat sahaja dua status

sebelum ini, hanya menulis beberapa ayat ‘killer’ sudah mampu membuatkan

rakan FB membuat pembelian.

Jika Anda Masih Lagi Tidak Melihat Di Manakah Ayat Killer

Yang Saya Gunakan, Anda Jangan Bimbang..

Jom Kita Analisis ‘Status’ Tersebut Dan Kaitannya Dengan Teknik Soft-Selling

Versi Rahman Basri.

Ini Status yang pertama:

 

Page 10: Teknik rahsia facebook

Ini Status yang kedua:

   

Ini Pula Analisisnya:

1) Saya menulis ayat pada ‘status’ profile yang menunjukkan saya

sememangnya berpuas hati dengan Ebook Kuasa Fan Page dan Ebook

Teknik Mudah Affiliate (ianya ikhlas, bukan sekadar untuk promosi

sahaja). Ini akan menimbulkan minat rakan-rakan facebook yang

membaca ‘status’ di atas untuk mengetahui Kuasa fan Page dan Teknik

Mudah Affiliate tersebut. Point di sini ialah, timbulkan perasaan

ingin tahu pembaca ‘status’ anda..!

Page 11: Teknik rahsia facebook

2) Pautan affiliate turut saya sertakan. Ini WAJIB☺. Namun, saya tidak

sekadar menulis pautan affiliate semata-mata, kerana biasanya

dengan hanya pautan affiliate, ia tidak akan meninggalkan kesan

curiousity (ingin tahu) kepada pembaca.

3) Paparkan imej produk tersebut. Sekiranya pautan tersebut sudah

pun mengandungi imej produk, ia akan terpapar secara automatik pada

status profile anda. Tetapi jika pautan tersebut tidak mengandungi imej

produk, anda boleh uploadkan dahulu imej tersebut pada status anda.

4) Itu sahaja..

Sekiranya anda melakukan teknik-teknik seumpama ini, tidak mustahil akan

membuatkan pembaca memberi komen terhadap status anda, dan sudah

pastinya mereka akan klik pada pautan affiliate tersebut. Silap hari bulan,

pembaca tersebut akan terus membeli produk yang anda promosikan tersebut☺

TIPS TAMBAHAN

TEKNIK Soft-Selling sebegini saya lihat hanya sesuai dan berkesan JIKA produk

yang kita promosikan adalah milik orang yang mempunyai kreadibiliti yang

tinggi ataupun telah dikenali ramai. Jika anda perasan, kedua-dua produk di atas

adalah milik orang yang sememangnya femes (baca: popular) di Facebook, iaitu

Tuan Azrul dan Tuan Zulfadli (SmartZul)

Namun, anda pun boleh mencuba teknik ini untuk mempromosikan produk-

produk lain, yang anda fikirkan sesuai. Tak salah untuk mencuba kan? Kot-kot

ada rezeki..☺

Ok selesai...!

Page 12: Teknik rahsia facebook

Eh! Belum selesai lagi la...☺ Ada lagi ni nak dikongsikan

buat pembaca semua..

Kali ini saya akan tunjukkan beberapa lagi Teknik Promosi Rahsia saya

melalui Facebook... Dan ia terbukti benar-benar berkesan dalam menghasilkan

jualan.

Teknik ini saya laksanakan semasa mempromosikan Ebook FB Mania –

Ammar Zahar sehingga Berjaya menjana lebih RM3k dalam tempoh 3 minggu

promosi. Saya harap anda JANGAN sia-siakan ILMU yang bakal saya kongsikan

ini, kerana inilah antara Teknik Pemasaran Facebook yang saya sering lakukan,

namun TIDAK pernah saya bongkarkan sebelum ini..

Sila perhatikan strategi yang saya lakukan betul-betul ya..

Promosi Semasa Tempoh Pre-Launch

 

Page 13: Teknik rahsia facebook

 

Semasa tempoh Pre-Launch, saya telah pun memaklumkan bahawa saya akan

menyediakan bonus istimewa kepada pelanggan yang membeli melalui link

affiliate saya.

Biasanya teknik ini dilakukan oleh Pakar-pakar Affiliate dengan memaklumkan

melalui emel, tetapi saya melakukan sedikit pengubahsuaian, iaitu dengan

menggunakan medium facebook sahaja untuk memaklumkan perkara tersebut.

PENTING untuk anda ambil perhatian ialah dengan menyuruh rakan FB anda

untuk reply ‘comment’ atau tick tanda ‘Like’ pada status Facebook tersebut agar

setiap kali anda melakukan update (reply) pada status tersebut, maka rakan FB

anda yang reply ‘comment’ atau tick pada ‘Like’ akan menerima notifikasi

berkenaan dengan perkembangan status anda itu.

Lihat contoh ini:

 

Saya harap anda jelas untuk bahagian ini. Mudah jer kan?

Page 14: Teknik rahsia facebook

Promosi Semasa Tempoh Pelancaran

 

   

Page 15: Teknik rahsia facebook

   

Semasa pelancaran FB Mania, saya masih lagi melakukan promosi melalui

Facebook.

Cuba anda perhatikan pada status di atas, ada tak saya mengajak

pembaca untuk membeli?

Jika anda perasan, memang TIADA ayat yang mengajak agar pelawat FB saya

untuk membeli. Saya telah gunakan teknik Soft-Selling kali ini... Dan

Alhamdulillah, ia telah Berjaya menarik minat beberapa orang rakan FB untuk

membuat pembelian melalui saya..

Page 16: Teknik rahsia facebook

Ini pula status yang berikutnya:  

 Di samping saya promosikan Ebook FB Mania dengan teknik Soft-Selling, saya

juga melakukan teknik yang sama untuk BONUS sahaja pula..

Saya suka gunakan elemen ‘curiousity’ dalam setiap status di Facebook saya.

Anda lihat sahaja status saya di atas, saya letakkan beberapa ruang kosong,

menyebabkan pembaca ingin mengetahui apa sebenarnya yang terkandung di

dalam BONUS tersebut!

Mahu tidak mahu, mereka akhirnya TERBELI ebook FB Mania melalui link

affiliate saya.☺Menarik bukan? Bagi saya, ia sungguh mudah mempengaruhi

psikologi rakan FB kita, dengan syarat, kita lakukan secara berpada-pada..

Page 17: Teknik rahsia facebook

Promosi Sebelum Tempoh Pelancaran Tamat

 

 Ini pula status saya sebelum tempoh pelancaran FB Mania ditamatkan oleh

Ammar Zahar. Ia seakan-akan memaksa pembaca untuk membeli, tetapi saya

cuba cover dengan memasukkan “tiada sebarang paksaan”. Ini juga salah satu

teknik Soft-Selling versi Rahman Basri☺Alhamdulillah, status ini juga Berjaya

menghasilkan jualan..!

Page 18: Teknik rahsia facebook

*Teknik Soft-Selling Selesai Di Sini..!

Alhamdulillah, kita dah pun selesai untuk Teknik Soft-Selling di Facebook. Saya

mengharapkan agar penerangan ini sedikit sebanyak membantu anda dalam

melakukan pemasaran produk-produk affiliate melalui Facebook dengan

PERCUMA.

Apa yang paling penting ialah anda perlu lakukan sendiri teknik ini di Facebook

anda berulang-ulang kali. Dan nasihat saya agar anda tidak berputus asa jika

percubaan pertama anda tidak membuahkan hasil, teruskan berusaha Insyaallah

pasti berjaya! Akhir sekali, selamat maju jaya untuk anda.

Ikhlas,

 

 FOUNDER  SPLIT  AFFILIATE  FORMULA  

 

Penafian Pendapatan: Segala hasil yang ditunjukkan bukanlah bermakna

pembaca panduan ini akan mendapat hasil yang sama. Bukti pendapatan di dalam

ebook ini hanyalah sebagai BUKTI bahawa teknik yang digunakan telah memberikan

hasil. Pendapatan yang bakal diperolehi bergantung kepada kadar usaha yang

dilakukan dan faktor-faktor yang terlibat termasuklah tahap

pemahaman pembaca sendiri.