22
TEKNOLOGI DALAM ISLAM

TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

TEKNOLOGI DALAM ISLAM

Page 2: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

TEKNOLOGI YANG DIHARUSKAN DALAM ISLAM

• KONSEP TEKNOLOGI Ajaran Islam tidak menegah manusia daripada melaksanakan kegiatan sains dan teknologi.Perkara ini telah dibincang, dibahas, dan disepakati oleh ulama dan saintis Muslim. Bukti-bukti daripada nas Al-Quran juga menunjukkan tiada halangan bagi manusia untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengaplikasikan ilmu-ilmu sains, bahkan ia adalah digalakkan dan hukum mengembang dan mengaplikasikan sains untuk kemaslahatan umat manusia adalah fardhukifayah. Islam tidak menolak sebarang bentuk teknologi dan apa juga bentuk kemodenan selagitidak bercanggah dengan ajarannya.

Page 3: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

• TEKNOLOGI MENURUT ISTILAH 1. Dari sudut bahasa, perkataan teknologi berasa

ldaripada bahasa Yunani ‘Techne’ bermaksud seni atau kerja tangan dan ‘Logos’ bermaksud wacana atau kata-kata sistematis. Oleh itu, teknologi merupakan satu ilmu yang lebih bersifat praktikal berbanding ilmu sains yang lebih bersifat teorikal.

2. Dari segi istilah pula, perkataanteknologi ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem, biasanya dikaitkandengan proses industri tetapi juga digunakan dengan mana-mana kegiatan dan berkait rapatdengan sains kejuruteraan

Page 4: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

• TEKNOLOGI DALAM ISLAMKelangsungan teknologi dalam Islam menjurus kepada asas-asas nilai, konsep dan prinsip-prinsip yang bersifat sejagat, tetap, dan menyeluruh yang terkandung dalam ajaran Islam. Ia merangkumi konsep tauhid, khilafah, ibadah, halal dan haram, adil dan zalim, istilah (kepentingan awam) dan dhiya’ (pembaziran). Teknologi moden yang digunakan pada hari ini perlu diolah dan dibangunkan berasaskan pematuhan kepada prinsip-prinsip tersebut bagi memastikan kebaikannya dapat dimanfaatkan oleh manusia dan seluruh alam.

Page 5: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

Kaedah Persenyawaan Teknik Bantuan Re-produktif (ART)

• Kaedah ART ialah kaedah yang dilakukan dengan memasukan sperma/embrio ke dalam wanita . Islam mengharuskan penggunaan ART bagi pasangan suami isteri yang sah yang tidak mampu dikurniakan zuriat melalui proses normal . Namun kaedah ini menjadi haram apabila sperma/embrio dimasukkan ke dalam wanita selepas kematian suami atau penceraian . Walaupun kaedah persenyawaan ART dibuat sebelum kematian atau penceraian sepasang suami isteri dan kemudian disimpan beku (Sperma dan embrio) , ia tidak boleh digunakan lagi jika tiada lagi ikatan perkahwinan .

• Apa itu ART? • ARTIFICIAL REPRODUCTIVE TECHNIQUE

Page 6: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

• Syarat-syarat yang perlu dipatuhi pasangan suami isteri dalam pelaksanaan kaedah ART bagi mendapatkan zuriat ialah :

a) Hanya embrio yang bebas daripada penyakit genetik boleh dipindahkan ke rahim isteri

b) Kajian untuk menukar sifat semula jadi seperti warna kulit , mata dan lain-lain adalah tidak dibenarkan

c) Menyimpan beku sperma dan embrio hanya boleh dilakukan di pusat ART yang bertauliah dan diiktiraf , bagi memastikan sistem dokumentasi yang tepat agar tidak berlaku percampuran benih

d) Pemilihan jantina embrio dibenarkan hanya jika jantina itu mempunyai satu penyakit genetik yang serius .

e) Kajian yang berunsur komersial dan tiada kaitan dengan kesihatan ibu atau janin tidak dibenarkan.

Page 7: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

Bayi Tabung Uji

• Defini bayi tabung uji ialah bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan hasil daripada persenyawaan ovumnya dengan sperma suaminya di luar tubuh perempuan itu dengan menggunakan teknik Persenyawaan Luar Rahim (IVF)

• Kejayaan pertama dalam sejarah dunia , Louise Brown atas usaha (Prof) Dr.Robert Edwards di samping Dr Patrick Steptoe . Kejayaan tersebut terhasil selepas 100 percubaan menemui kegagalan .

Page 8: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

• Terdapat beberapa pendapat ulama’ tentang bayi tabung uji :

a) Ada ulama’ yang membolehkan dengan beberapa syarat

b) Ada juga yang menganggap haram kerana seakan-akan mengubah takdir Allah s.w.t

c) Dalam Islam , ulama’ berpendapat , bayi tabung uji bukan mengubah takdir atau ciptaan Allah . Sebab manusia dan doktor berusaha membuat sesuatau yang baru , tetapi hanya berusaha untuk mendapatkan zuriat .

Page 9: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

PROSEDUR IVF

• Pertama sekali, ujian kesihatan perlu dijalani terlebih dahulu di pusat perubatan yang menawarkan perkhidmatan bayi tabung uji ini. Ujian kesihatan ini bertujuan bagi mengenalpasti kitaran haid, kitaran ovulasi, keadaan rahim, respon tubuh badan terhadap beberapa jenis dadah bagi membolehkan doktor menjadualkan prosedur yang sebaiknya mengikut kiraan yang dilakukan.

Page 10: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

•    StimulasiSeterusnya, persediaan bagi membolehkan doktor mengeluarkan ovum daripada rahim akan dilakukan. Doktor akan memberi beberapa jenis dadah bagi membolehkan penghasilan folikel yang banyak, supaya dapat meningkatkan kemungkinan untuk menghasilkan ovum yang banyak. Hal ini penting untuk menghasilkan ovum yang berkualiti bagi proses persenyawaan. Mengikut siri Lupron, 14 suntikan akan diberikan untuk merangsang ovulasi dan suntikan pada peringkat akhir adalah bagi menjadikan ovum matang dan siap untuk diovulasi.

Page 11: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

• Pengeluaran OvumSelepas jumlah ovum yang diperlukan berjaya diperolehi, prosedur bagi mengeluarkan ovum dari faraj akan dilakukan. Bagi menjalankan proses ini ubat pelali akan diberikan supaya kesakitan tidak dirasai. Ovum yang telah diekstrak akan disimpan di dalam bekas khas yang terdiri daripada medium cecair kultur dan disimpan di dalam inkubator pada suhu badan. Prosedur ini hanya memakan masa 15-30 minit, dan jadual untuk pemindahan embrio akan ditentukan kemudiannya.

Page 12: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

• PersenyawaanOvum dan sperma akan disenyawakan di dalam makmal. Lebih kurang 100,000 sperma akan diletakkan bersama dengan satu ovum. Persenyawaan ovum dan sperma ini akan didokumentasikan dan embrio yang terhasil akan disimpan di dalam tabung uji dan diletakkan di dalam inkubator. Peringkat awal persenyawaan ialah dengan terhasilnya dua nukleus dan ovum yang telah disenyawakan ini dinamakan zigot.

Page 13: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

• Pemindahan embrioOvum mengambil masa lebih kurang 18 jam untuk disenyawakan dan dalam tempoh 16-18 jam kemudiannya, ovum yang telah disenyawakan akan membahagi menjadi dua sel, dan seterusnya empat sel. Selepas 48 jam setelah ovum diekstrak, embrio akan terbentuk dan sedia untuk dipindahkan ke dalam rahim. Setelah pemindahan berjaya dilakukan, janin yang terbentuk akan membesar di dalam rahim seperti kehamilan normal.

Page 14: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

PEMBEDAHAN PLASTIK YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM

Page 15: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

• Islam melarang keras pembedahan plastik yang dilakukan untuk mengubah ciptaan asal bahagian tubuh manusia seperti diciptakan Allah S.W.T dengan alasan untuk kelihatan cantik selain bertujuan kosmetik

• Ada hadith hukum yang berkaitan mengubah ciptaan Allah seperti sabda Rasulullah s.a.w bermaksud

Daripada Abdullah katanya ; Allah s.w.t melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu , yang mencukur alis , menjarangkan gigi untuk kecantikkan , yang mengubah ciptaan Allah s.w.t

Page 16: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

Fenomena Pembedahan Plastik• Secara dasarnya,pembedahan plastik terbahagi kepada dua iaitu

Rekonstruktif dan Kosmetik.1) Pembedahan rekonstruktif bertujuan bagi membaikpulih anggota

badan yang tidak normal dantidak dapat berfungsi akibat daripada kecacatan sejak lahir,penyakit ataupun kemalangan teruk yang menyebabkan kerosakan pada anggota badan. Dengan melakukan pembedahanrekonstruktif, seseorang ini berpeluang menjalani kehidupan normal dan tidak dipandang rendaholeh masyrakat.

2) Manakala pembedahan kosmetik pula bertujuan bagi mengubah bentuk anggota badan mengikut keinginan dan kepuasan seseorang. Dikatakan ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa dengan mengubah bentuk anggota badan yang diingini dapat meningkat tahap keyakinan dan imej diri seseorang dalam berhadapan dengan khalayak ramai.

Page 17: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

Jenis-jenis Pembedahan Plastik

1. RekonstruksiKecacatan akibat kemalangan atau kecederaan yang

teruk seperti kulit terbakar, patah danretak tulang.Kecacatan disebabkan infeksi ataupun penyakit yang

menyebabkan pesakit mengalami penderitaan yang teruk.

Pembedahan Kraniofasial dan pembedahan maksilofasial, bagi menangani kelainan bentuk kepala dan muka (patah tulang muka akibat kecelakaan) daripada yang normal

Page 18: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

2. Pembedahan plastic kosmetik/cosmetic surgery RhinoplastyRhinoplasty adalah operasi untuk memperbaiki hidung sesuai dengan keinginan individu. Selain bertujuan untuk memperbaiki penampilan, rhinoplasty dapat membantu pernafasan yangtersumbat. Cheek ImplantOperasi ini digunakan untuk menambah tinggi tulang pipi.Operasi ini dilakukan denganmemasukkan silikon di rongga mulut. Pipi tembam atau chubby´ juga dapat dihilangkandengan menyedut lemak di bahagian pipi dan menegangkan ototnya Lip AugmentationFaktor umur banyak menyebabkan wanita kehilangan volume di bibirnya dan mulai mendapatkerutan di bibir. Lip augmentation dapat membantu mengembalikan bentuk bibir sertamenghasilkan bentuk bibir mengikut keinginan seseorang.

Page 19: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

Pembedahan yang dibenarkan dalam Islam

a) Contohnya jika seseorang yang cacat seperti mulut sumbing, ia masih dibenarkan Islam untuk dilakukan pembedahan plastik terhadapnya dan ia tidak dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah SWT.Ini disebabkan kejadian wajah manusia normal, mulutnya adalah tidak sumbing dan dengan menjalani pembedahan membetulkan sumbing itu, ia mengembalikan keadaan mulut kepada kejadian manusia normal, katanya.

Page 20: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

b) Contoh lain, jika lubang hidung seseorang itu terlalu sempit sehingga menyukarkannya untuk bernafas, maka dibolehkan untuk individu itu menjalani pembedahan bagi memperbesarkan lubang hidungnya.Tetapi jika dia ingin menjalani pembedahan sekadar untuk meninggikan lagi batang hidungnya konon supaya kelihatan cantik, maka perbuatan itu berdosa dan tidak dibenarkan,”

c) Pemindahan organ seperti jantung,hati dan sebagainya.Hal ini untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Pada zaman sekarang kita melihat adanya penderma darah, yang merupakan bahagian dari tubuh manusia, telah merata di negara-negara kaum muslim tanpa ada seorang ulama pun yang mengingkarinya, bahkan mereka menganjurkannya atau ikut serta menjadi penderma

Page 21: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx

Ajaran Islam dan Fatwa membenarkan semua jenis pemindahan organ dan tisu jikalau beberapa pra-syarat dipenuhi. Kebenaran ini adalah berdasarkan tiga prinsip perundangan Islam iaitu :i. Berusaha untuk menghindarkan mudarat yang

besar dengan melakukan mudarat kecil.ii. Darurat mengharuskan yang dilarang.iii. Menjaga maslahat iaitu kebaikan manusia

berterusan dan didalam konteks berusaha untuk mencari ubat bagi setiap penyakit.

Page 22: TEKNOLOGI DALAM ISLAM.pptx