2
TEKNOLOGI MAKLUMAT PADA MASA KINI Dalam zaman yang serba moden ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi pelbagai aspek pengkomputeran dan teknologi. Ahli-ahi profesional melakukan pelbagai tugas yang berbeza-beza dari segi pemasangan perisian penggunaan teknologi serta perekaan bentuk rangkaian komputer dan juga pangkalan data maklumat.Kini, tugas yang dilakukan oleh mereka melalui teknologi maklumat adalah seperti yang berikut. Iaitu termasuklah pengurusan data, pengurusan sistem, perangkaian komputer, perekaan bentuk perisian, perekaan bentuk sistem pangkalan data serta sistem maklumat pengurusan (MIS) . Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Perhubungan Maklumat (ICT) Antara iklan terbaru dalam blog abuaslam ialah iklan ‘MyEg Service’ oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai membaharui cukai jalan kenderaan secara ‘internet online’. Sebelum ini syarikat-syarikat insuran telah menawarkan perkhidmatan tersebut untuk membaharui insuran kenderaan secara online tetapi para pemilik kenderaan terpaksa pergi ke JPJ atau Pejabat Pos Malaysia bagi membaharui cukai jalan masing-masing. Selain itu beberapa agensi kerajaan lain juga sudah mengorak langkah memanfaatkan teknologi ICT misalnya LHDN yang menggunakan sistem E-Filing. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan kertas dalam urusan pembayaran cukai pendapatan.

Teknologi maklumat pada masa kini

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Teknologi maklumat pada masa kini

TEKNOLOGI MAKLUMAT PADA MASA KINI

Dalam zaman yang serba moden ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk

merangkumi pelbagai aspek pengkomputeran dan teknologi. Ahli-ahi profesional

melakukan pelbagai tugas yang berbeza-beza dari segi pemasangan perisian

penggunaan teknologi serta perekaan bentuk rangkaian komputer dan juga

pangkalan data maklumat.Kini, tugas yang dilakukan oleh mereka melalui teknologi

maklumat adalah seperti yang berikut. Iaitu termasuklah pengurusan data,

pengurusan sistem, perangkaian komputer, perekaan bentuk perisian, perekaan

bentuk sistem pangkalan data serta sistem maklumat pengurusan (MIS) .

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Perhubungan

Maklumat (ICT)

Antara iklan terbaru dalam blog abuaslam ialah iklan ‘MyEg Service’ oleh

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai membaharui cukai

jalan kenderaan secara ‘internet online’. Sebelum ini syarikat-syarikat insuran telah

menawarkan perkhidmatan tersebut untuk membaharui insuran kenderaan secara

online tetapi para pemilik kenderaan terpaksa pergi ke JPJ atau Pejabat Pos Malaysia

bagi membaharui cukai jalan masing-masing.

Selain itu beberapa agensi kerajaan lain juga sudah mengorak langkah

memanfaatkan teknologi ICT misalnya LHDN yang menggunakan sistem E-Filing. Ini

secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan kertas dalam urusan pembayaran

cukai pendapatan.

Page 2: Teknologi maklumat pada masa kini

Terbaru, pihak Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) juga sudah menggunakan

sistem ‘E- Ticketing’ dan menawarkan tambang murah bagi menyaingi Air Asia. Justeru

ada baiknya semua sistem pengangkutan terutama bas Ekspress turut menawarkan

sistem sedemikian kerana ia memudahkan orang ramai membuat tempahan tanpa

perlu pergi ke kaunter tiket.

Bagi industri perbankan pula Maybank Berhad mendahului bank lain dalam

menawarkan sistem online dengan jenama maybank2u. Urusan pemindahan wang dan

pembayaran bil dapat dilakukan dengan mudah dan cepat iaitu hanya di ‘hujung jari’.

Di sebalik kemudahan-kemudahan tersebut terdapat juga keburukannya

antaranya peluang pekerjaan sebagai ajen insuran kenderaan dan pekerja di kaunter

bank dan tiket pasti berkurangan. Ini akan menambahkan kadar pengangguran

dalam negara. Justeru tenaga kerja yang ada perlu disalurkan ketempat yang sesuai

bagi mengurangkan masalah tersebut. Ini kerana warganegara Malaysia tidak lagi

berminat bekerja sebagai buruh kasar dan pembantu rumah atau pelayan restoran.

Sebenarnya banyak ilmu dan manfaat yang boleh digunakan dengan

kewujudan teknologi ICT tetapi bila disalahgunakan terutama medium internet

menyebabkan semua lapisan masyarakat termasuk remaja dan kanak-kanak turut

terdedah kepada bahan lucah/porno. Ini seterusnya akan menambahkan gejala sosial

seperti seks bebas dan jenayah berkaintan seks seperti rogol dan lain-lain.

Diharap samada kerajaan ataupun pihak swasta dapat berganding bersama

bagi menghasilkan suatu rumusan dan pelan tindakan bagi membendung masalah dan

kesan negatif dari ICT terutama peningkatan jenayah siber dan laman-laman sesawang

yang berunsur lucah.