43
ISI KANDUNGAN Bil Perkara Muka Surat 1. Pengenalan 2 1.1 Konsep dan fungsi visual 2 1.2 Elemen reka bentuk visual 3 1.2.1 Simplisiti 3 1.2.2 Dominan 4 1.2.3 Pola 4 1.2.4 Seimbang 6 1.2.5 Variasi 9 1.2.6 Harmoni 10 2. Kemahiran berfikir 11 2.1 Pengenalan 11 2.2 Konsep dan definikasi pemikiran 12 2.3 Konsep kemahiran berfikir 12 2.3.1 Kemahiran berfikir kritis 12 2.3.2 Kemahiran berfikir kreatif 13 2.3.3 Kemahiran membuat keputusan 13 2.3.2 Kemahiran menyelesaikan masalah 14 2.4 Jenis-jenis kemahiran berfikir 14 2.4.1 Kemahiran berfikir kritis 14 1

teknologi pengajaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fggfgrrg

Citation preview

Page 1: teknologi pengajaran

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1. Pengenalan 2 1.1 Konsep dan fungsi visual 2 1.2 Elemen reka bentuk visual 3 1.2.1 Simplisiti 3 1.2.2 Dominan 4 1.2.3 Pola 4 1.2.4 Seimbang 6 1.2.5 Variasi 9 1.2.6 Harmoni 10

2. Kemahiran berfikir 11 2.1 Pengenalan 11 2.2 Konsep dan definikasi pemikiran 12 2.3 Konsep kemahiran berfikir 12 2.3.1 Kemahiran berfikir kritis 12 2.3.2 Kemahiran berfikir kreatif 13 2.3.3 Kemahiran membuat keputusan 13 2.3.2 Kemahiran menyelesaikan masalah 14 2.4 Jenis-jenis kemahiran berfikir 14 2.4.1 Kemahiran berfikir kritis 14 2.5 Ciri-ciri kemahiran kritis 15 2.5.1 Kemahiran membanding dan membeza 16 2.5.2 Kemahiran mengklasifikasi 17 2.5.3 Meneliti perhubungan bahagian-keseluruhan 17 2.5.4 Menerangkan sebab 17 2.6 Langkah penyelesaian masalah 18 2.6.1 Mengenal pasti masalah 18 2.6.2 Mendefinikasi masalah 18 2.6.3 Mencari kemungkinan penyelesaian 18 2.6.4 Bertindak/pelaksanaan dan menilai Kejayaan tindakan 18 2.6.5 Definikasi membuat keputusan 193. Latihan 274. Rumusan 295. Rujukan 30

1

Page 2: teknologi pengajaran

1. Pengenalan

Visual adalah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan maujud yang

lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama

visual adalah untuk meningkatkan komunikasi sesorang guru dalam pengajaran.

Peranan visual dalam pembelajaran adalah amat penting dalam zaman sekarang.

Namun, sebahagian besar daripada kejayaan kerana bahan visual, adalah berdasarkan

kualiti yang ada pada visual tersebut. Ini hasil daripada perancangan yang rapi dan

kesesuaian teknik yang digunakan. Terdapat perbincangan tentang objektif

penggunaan visual dalam pengajaran, elemen dan prinsip reka bentuk visual.

1.1 Konsep Dan Fungsi Visual

Visual boleh didapati dalam tiga bentuk, iaitu fotografik, elektronik dan

grafik. Fotografik dan video ( sebagai satu contoh bahan elektronik), menyediakan

ilustrasi melalui gambar, sejenis visual yang mewakili kenyataan dalam keadaan yang

paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu objek atau situasi yang sebenar.

Bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara realistik atau simbolik dan ia

terdiri daripada dua kategori visual iaitu Visual Analogik dan Visual Organisasi.

Visual Analogik juga menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu

simbol yang dianggap dapat mewakili konsep tersebut. Visual Organisasi

merangkumi carta aliran graf, peta, carta kategori dan sebagainya. Ketiga-tiga bentuk

visual iaitu fotografik, elektronik dan grafik boleh berdiri sendirian atau secara

kombinasi.

Visual mempunyai fungsi yang amat penting dalam komunikasi. Namun,

fungsi ini hanya berperanan jika visual itu mempunyai ciri-ciri iaitu mudah, jelas

dibaca dan difahami; mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah. Jika terlalu

senang , pelajar mungkin tidak meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga mudah

berasa jemu. Jika terlalu sukar, pelajar akan rasa kecewa dan bosan; mendorong

interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual; dan

membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual. Reka

bentuk visual boleh disamakan dengan alam ini sendiri.

2

Page 3: teknologi pengajaran

1.2 Elemen Reka Bentuk Visual

Prinsip Reka Bentuk Visual

Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-

elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak

harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat

memandu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Prinsip visual

dibancang dalam pelbagai cara, khususnya dari sudut istilah yang digunakan.

1.2.1 Simplisiti

Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman

yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah mempersembahkan satu hasil pada satu

masa. Sesuatu hasil mestilah Nampak mudah dibaca atau difahami tetapi masih boleh

menarik perhatian.

http://www.google.com.my/imgres?q=bunga

Gambar bunga matahari ini mempunyai simplisiti kerana ia merupakan prinsip

seni reka yang bersifat sederhana dan tidak terlalu berat komposisinya. Prinsip

kesederhanaan ini dapat menarik perhatian murid dan mendorong murid untuk terus

menghayati sesuatu karya seni.

3

Page 4: teknologi pengajaran

Dominan

Dominan boleh disama ertikan dengan pusat penumpuan atau minat. Dalam

sesuatu reka visual, terdapat beberapa objek atau item utama perlulah ditonjolkan agar

dapat dilihat dan dibaca maksudnya oleh penonton/ pembaca dengan mudah. Kedua

adalah warna dan bentuk yang kontras. Ketiga adalah saiz yang lebih besar. Keempat

adalah menggunakan anak panah yang menunjukkan ke arah item utama. Kelima

adalah mengguankan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama. Keenam adalah

mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas

dan ketujuh adalah menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

http://www.google.com.my/imgres?q=rule+of+third

Gambar (Rule of Third) di atas mempunyai dominan kerana ia merupakan

pusat penumpuan. Dalam rekaan visual, objek atau item utama yang ditonjolkan

mudah dibaca. Selain itu, anak panah juga menunjukkan ke arah item utama dan juga

mewujudkan gerakan.

1.2.3 Pola

Pola atau corak berkaitan dengan soal sususnan item-item dalam sesuatu

rekaan visual. Aspek susunan ini amat penting dan dititikberatkan kerana ia dapat

menarik penglihatan mata ke arah yang betul; dan mengekalkan penglihatan mata dan

seterusnya mengikut aliran persembahan sehingga sampai kepada titik akhir. Pola

4

Page 5: teknologi pengajaran

bermakna penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik dan mengekalkan

perhatian penonton/pembaca serta memandu penonton/pembaca melihat maksud dan

mengetahui apa yang terkandung dalam visual.

http://www.flickriver.com/photos/ahmk/tags/pokok/

Gambar di atas mempunyai pola kerana ia menunjukkan penyusunan elemen-

elemen visual yang menarik dan mengekalkan perhatian penonton/ pembaca. Selain

itu, ia juga menarik penglihatan ke arah bayang pokok. Mengerakkan penglihatan mata kepada

keseluruhan visual dalam arah yang betul. Mengekalkan penglihatan mata dan mengikut aliran

persembahan.

(a) Pola mengikut bentuk geometri seperti : bulat, segi tiga

http://www.google.com.my/search?q=BULAT

5

Page 6: teknologi pengajaran

http://www.google.com.my/imgres?q=piramid+makanan

(b) Pola mengikut huruf, seperti: C

http://www.google.com.my/imgres?q=binatang

1.2.4 Seimbang

Setiap benda dalam dunia ini perlu seimbang. Sesuatu yang tidak seimbang

akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual; ia juga perlu seimbang, jika

tidak ia juga akan turut tumbang, iaitu rekaanya nampak janggal dan tidak menarik.

Justeru, elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka

6

Page 7: teknologi pengajaran

bentuk, tidak kira sama ada antara bahagian kiri dengan kanan ataupun atas dengan

bawah. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang.

Terdapat dua jenis seimbang:

(a) Seimbang formal

Bermakna pembahagian yang sama bahagi (bisymmetrical) antara dua

bahagian visual; sama ada bahagian kiri dengan kanan atau bahagian atas

dengan bawah. Jika digambarkan, ia bagaikan satu jongkang-jongkit yang

mempunyai bebanan yang sama jenis dan beratnya di kedua-dua belah papan

jongkang- jongkit. Seimbang formal mudah dicapai, kesannya masih menarik

walaupun agak kurang dinamik jika dibandingkan dengan seimbang tidak

fokmal.

(b) Seimbang tidak formal.

Bermakna pembahagian yang tidak sama rata (asymmetriacal) antara item kiri

dengan kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan visual. Jika

digambarkan,

ia bagaikan satu jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi bebanan yang

ada di kiri kanan papan jongkang-jongkit, bukan daripada jenis atau bahan

yang sama, cuba beratnya sahaja. Dengan rekaan visual, kita tidak boleh

menyukat berat menggunakan timbangan. Dalam hal ini, penggunaan

pengihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan. Sebagai

panduan, elak meletakkan objek yang gelap di atas yang cerah atau objek yang

besar di atas objek yang kecil. Objek yang gelap lebih berat daripada objek

yang cerah. Begitu juga objek yang lebih besar lebih berat daripada objek

yang kecil.

7

Page 8: teknologi pengajaran

(a) Seimbang formal

http://www.flickr.com/photos/firdausmahadi/5119629438/

Gambar di atas mempunyai seimbang kerana ia menunjukkan

pembahagian yang sama bahagi antara dua bahagian visual; sama ada bahagian kiri dengan

kanan atau bahagian atas dengan bawah .

(b) Seimbang Tidak Formal

http://www.google.com.my/imgres?q=geometrishap

8

Page 9: teknologi pengajaran

Gambar di atas merupakan seimbang tidak formal. Disebabkan gambar di

atas menunjukkan objek yang cerah atau objek yang besar di atas objek yang

kecil. Objek yang gelap lebih berat daripada objek yang cerah. Begitu juga objek

yang lebih besar lebih berat daripada objek yang kecil.

1.2.5 Variasi

Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya

menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak. Tentulah

membosankan jika sesuatu elemen itu digunakan berulang kali. Kita perlu

pelbagaikan jenis elemen-elemen yang digunakan supaya ia dapat memberi

kesegaran dan menimbulkan minat kepada semua murid. Tegasnya, variasi

menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.

http://www.google.com.my/imgres?q=visual

Gambar di atas mempunyai variasi kerana ia menggunakan variasi

(pelbagai elemengrafik) dalam penghasilan visual agar kelihatan hidup,

meningkatkan tarikan dan minat terhadap persembahan supaya ia dapat memberi

kesegaran dan menimbulkan minat. Variasi menyokong pola untuk

meningkatkan tarikan terhadap visual.

9

Page 10: teknologi pengajaran

1.2.6 Harmoni

Suasana harmoni memang mententeramkan hati dan pasangan. Jika

ketika berada di pantai pada waktu senja. Warna langit yang jingga begitu

harmonis dengan deruan ombak dan lambaian lembut daun kelapa. Kesemuanya

itu bersatu menyambut senja yang dating.

Begitulah halnya dengan rekaan grafik. Kesemua elemen perlu

menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan

fikirkan penonton/ pembaca mengikut perkembangan keseluruhan visual.

Justeru harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton

0p;/pembaca apabila mereka dapat melihat gabungan antara elemen-elemen, arah

aliran persembahan, perspektif dan kesatuan penyampaian mesej.

http://www.google.com.my/imgres?q=GEOMETRI

Gambar di atas mempunyai harmoni kerana ia menunjukkan penggunaan

elemen grafik yang berkesinambungan antara satu dengan lain. Selain itu, penonton

membolehkan mata dan fikiran penonton mengikuti perkembangan keseluruhan

visual. Ada hubungan antara elemen-elemen, arah aliran persembahan, perspektif

dan kesatuan mesej.

10

Page 11: teknologi pengajaran

2. Kemahiran Berfikir

2.1 Pengenalan

Kemahiran berfikir, pada umumnya, adalah suatu kemahiran memproses

minda bagi mencapai sesuatu tujuan. Pelbagai takrifan berkenaan kemahiran

berfikir sudah diterbitkan. Setiap tafsiran memberi penekanan yang berbeza.

Dewey (1993) contohnya, mengaikan berfikir dengan adalah suatu aktiviti

mengawal, menguasai dan menyesuaikan diri pada persekitaran yang sukar.

Mayer(1983) menyifatkan kemahiran berfikir sebagai kemahiran

pengolahan operasi mental yang merangkumi pengetahuan, pengamatan dan

penghasilan sesuatu. Ia adalah suatu aktiviti yang terarah kepada penyelesaian

sesuatu masalah. Bagi Ainon dan Abdullah (1994), kemahiran berfikir ialah

kemahiran menggunakan maklumat bagi pelbagai kegiatan aktif. Pakar psikologi

dari Amerika pula menyamakan berfikir dengan penyelesaian masalah.

Berfikir adalah kebolehan semula jadi, dan tidak dinafikan semua orang

boleh berfikir, tetapi kemahiran berfikir bukan kemahiran semula jadi.

Sebaliknya ia adalah suatu ‘disiplin ilmu yang boleh dipelajari dan dapat

diamalkan sehingga membentuk kebiasaan atau pengalaman kemahiran.’ (Ishak

Ramly, 2000) Latihan berfikir menjadikan individu kurang melakukan kesilapan,

kecelaruan atau kesilapan berfikir. Ia mengelakkannya daripada berfikir secara

terburu-buru, emosional, kabur dan sempit.

Aspek-aspek berkaitan konsep dan definisi dalam kemahiran berfikir,

seperti halangan dan penggalak kepada kemahiran berfikir juga dijelaskan dan

kepentingan belajar kemahiran berfikir juga diberi fokus.Selain itu kita akan

meninjau tentang perkara yang berkiatan pemikiran kritis dan kreatif.

Berfikir membantu kita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Dua kemahiran penting dalam berfikir iaitu kemahiran menyelesaikan masalah

dan kemahiran membuat keputusan. Kedua-dua kemahiran ini ialah kemahiran

dalam proses berfikir. Aspek-aspek yang akan dicakup termasuklah definisi

tentang kemahiran tersebut, fungsi dan tujuannya dan langkah perlaksanaannya.

11

Page 12: teknologi pengajaran

2.2 Konsep Dan Definisi Pemikiran

Manusia dikurniakan akal atau “mind” dan hati (Qalbu) yang

menjadikannya lebih istimewa. Kehadiran akal dan hati ini membezakan manusia

daripada haiwan. Akal merupakan sumber ilmu intelek yang boleh menghasilkan

pengetahuan dan juga menjadi tempat membentuk sifat kearifan dan

kebijaksanaan.

Dengan wujudnya akal dan hati ini, manusia dapat membuat penaakulan,

memahami sesuatu dan membentuk konsep. Hati juga menjadi sumber ilmu

untuk membantu murid menghasilkan pengetahuan. Hati mempunyai daya

keupayaan membuat penaakulan dan daya faham. Hati juga boleh mengesan

baik-buruk, benar-palsu, atau betul-salah sesuatu perkara. Pemikiran di sini

mengambil kira dua perkara utama, iaitu akal dan hati.

Melalui aktiviti berfikir, seseorang murid boleh membentuk konsep,

pendapat, pandangan, buah fikiran, idea, atau ilmu mengenai sesuatu yang tidak

diketahui sebelumnya. Penemuan ini dikenali sebagai fikrah yang dikatannya

berkait rapat dengan ilmu. Justeru itu beliau menambah, manusia yang berfikir

akan berkesudahan dengan penguasaan ilmu dan tahun apa yang difikirkan.

2.3 Konsep Kemahiran Berfikir

2.3.1 Kemahiran Berfikir Kritis

Kemahiran kritis merujuk kepada keupayaan menggunakan minda bagi

membuat pertimbangan atau penilaian dengan cermat. Seperti pemikiran kreatif,

pemikiran kritis juga adalah sejenis kemahiran mikro yang digunakan ke arah

penyelesaian masalah ataupun membuat keputusan. Walau bagaimanapun, ia

berbeza daripada pemikiran kreatif kerana secara kasar pemikiran kreatif

digunakan bagi menghasilkan idea sementara pemikiran kritis berkait dengan

pemikiran rasional iaitu menimbang sesuatu perkara berdasarkan alasan dan bukti

tanpa dipengaruhi oleh perasaan sebelum mengambil sebarang keputusan atau

menyelesaiankan sesuatu masalah.

12

Page 13: teknologi pengajaran

Sesuatu masalah juga tidak akan berjaya diselesaikan jika kita hanya

bergantung kepada pemikiran kritis. Sikap kritis yang keterlaluan dapat

membunuh kreativiti dan akibatnya cadangan-cadangan baru yang bernas dan

berpotensi bagi menyelesaikan masalah dengan berkesankan hilang begitu sahaja.

2.3.2 Kemahiran Berfikir Kreatif

Kemahiran berfikir kreatif pula ialah kecekapan menggunakan minda

untuk menerokai pelbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru

dan asli, sama ada bersifat maujud, abstrak, atau idea. Kemahiran mikro dalam

kemahiran berfikir kreatif ialah: menjana dan menghasilkan idea; mencipta

analogi; dan mencipta metafora.

2.3.3 Kemahiran Membuat keputusan

Kemahiran membuat keputusan terbahagi kepada dua jenis iaitu:

pendekatan positif dan pendekatan negetif.

Pendekatan positif ialah orang yang terlibat atau diberi amanah perlu

berusaha menyelesaikan masalah melalui usaha-usaha memperbaiki suasana yang

dihadapi oleh seseorang ataupun organisasi itu.

Pendekatan kedua ialah berbentuk negatif iaitu dengan ‘lari’ dari masalah

itu ( tidak tahu terlibat) ataupun ‘ menutup kes’

Di hadapan kita sering kita lihat dua perkataan di atas. Ada orang yang

‘tidak sanggup’ berdepan dengan masalah lantas meletakkan jawatan daripada

pertubuhan atau organisasi yang disertai apabila ada masalah. Ada setengah

orang pula mengambil pendekatan berani dan berdepan dengan masalah

walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko dan kesan jangka pendek.

Ada juga orang yang sehingga sanggup membunuh diri sendiri apabila

berdepan dengan masalah dan menganggap ianya adalah cara bagi menyelesaikan

usaha, kesabaran dan azam serta terus mengharungi masalah dengan penuh tabah,

yakin dan berani.

13

Page 14: teknologi pengajaran

2.3.4 Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Secara amnya penyelesaian masalah meliputi usaha-usaha mencari jalan

atau strategi yang dapat menghasilkan matlamat yang belum ditemui. (Plotnik,

1993)Namun, mengantung kepada beberapa faktor yang mempengaruhi cara dan

daya seseorang menghadapi masalah. Ada perbezaan cara orang yang berilmu

dengan yang kurang ilmunya dalam menghadapi masalah, orang yang muda dan

yang dewasa, seorang yang beremosi cepat dengan yang berupaya mengawal

perasaannya, orang yang berpengalaman menghadapi masalah dengan yang

jarang menghadapi masalah, orang yang menpunyai kemahiran berfikir dengan

yang tiada kemahiran berfikir.

Abdullah & Ainon merujuk Dacey, 1989, yang mengetengahkan beberapa

panduan dalam menyelesaikan masalah:

1. Jangan terus menggunakan penyelesaian pertama kerana ia belum tentu suatu

penyelesaian yang terbaik.

2. Cuba fikirkan, apakah cara yang mungkin digunakan oleh orang lain

seandainya masalah menimp orang lain.

3. Jangan bersifat defensif kepada masalah, sebaliknya cuba bersikap proaktif

dan ‘kuasai’ masalah itu.

4. Minta pendapat orang lain.

5. Biasakan tabiat ‘mengeram’ idea.

6. Yakin pada diri sendiri dan yakin kebolehan diri dalam memecahkan

persoalan.

7. Gunakan peta minda.

8. Biasakan diri dengan masalah di sekeliling supaya diri dapat segera peka

sebelum masalah muncul dan kita bersedia meghadapi.

2.4 Jenis-jenis Kemahiran Berfikir

2.4.1 Kemahiran Berfikir Kritis

14

Page 15: teknologi pengajaran

Pemikiran kreatif amat penting dalam era globalisasi yang menyebabkan

dunia tiada sempadan dan mewujudkan persaingan secara terbuka. Pemikiran

kreatif yang mengutamakan sifat progresif, dinamis dan proaktif dapat

memastikan masyarakat Malaysia tidak ketinggalan. Ia dapat membolehkan kita

mencapai perubahan dan kemajuan dan jahilan dan kebekuan. Pemikiran yang

kreatif dan inovatif akan membolehkan kita bersaing dengan masyarakat lain

pada peringkat global dan seterusnya menyumbangkan kepada kemajuan negara.

Pemikiran kreatif melibatkan penggunaan hemisfera otak kanan yang

berfungsi bagi melihat sesuatu secara holistik, imaginatif dan inovatif. Walau

bagaimanapun dalam sistem sekolah, penggunaan hemisfera otak kanan kurang

diberi keutamaan. Ramai ahli akademik seperti Abdullah Hassan dan Ainon

Mohammad (2001) dan John Arul Phillips (1997) mengatakan dalam sistem

persekolahan kebanyakan aktiviti yang dilakukan sudah pun ditentukan dan oleh

itu, pelajar tidak dikehendaki menghasilkan sesuatu yang baru ataupun luar biasa.

Cara pemikiran begini mungkin secara tidak langsung menyekat kecenderungan

kebanyakan pelajar supaya berfikir secara kreatif.

2.5 Ciri-ciri Pemikiran Kritis

Seseorang yang berfikir secara kritis mempunyai ciri-ciri seperti berikut,

contohnya: reaktif. Seseorang yang berfikiran kritis akan sentiasa peka kepada

perkembangan yang berlaku di sekitarnya. Ini diikuti dengna gerak balas yang

positif dan bersifat segera. Buah fikiran selalunya datang setelah melihat sesuatu

peristiwa berlaku. Selalunya sifat reaktif ini ditunjukkan dengan perlakuan seperti

suka membuat ulasan, komen dan kritikan terhadap sesuatu peristiwa yang

berlaku.

Menilai ialah berfikir secara kritis supaya kita sentiasa membuat penilaian

terhadap sesuatu perkara. Penilaian dibuat dari sudut kebaikan dan keburukan

yang bakal diterima dari setiap tindakan yang dibuat. Biasanya penilaian adalah

berdasarkan nilai yang mereka jadikan panduan hidup, seperti nilai agama bagi

mereka yang beragama, manakala yang tidak beragama menggunakan nilai moral

sebagai landasan.

15

Page 16: teknologi pengajaran

Meneliti idea dengan fakta yang telah diketahui ialah setiap idea yang

dicetuskan lazimnya mempunyai asas, fakta dan landasan yang munasabah.

Fakta, alasan dan asas tersebut bergantung kepada pengetahuan sedia ada dan

pengalaman seseorang. Setiap idea akan diteliti dengan fakta-fakta yang telah

diketahuinya sebelum dizahirkan dan seterusnya dilaksanakan.

Kemahiran Mikro Pemikiran Kritis ialah perbincangan dan antara

pendekatan yang diketengahkan ialah perbincangan Socrates. Socrates

berpendapat bahawa melalui perbincangan, pemikiran pelajar dapat dicabar dan

diperkembangkan.

Untuk membentuk pemikiran kritis , jenis-jenis pemikiran yang mikro

perlu dikenal pasti supaya dapat dioperasi. Kemahiran ini dipanggil kemahiran

mikro. Antaranya ialah: membanding/ membeza; membuat kategori/

mengklasifikasi; meneliti bahagian kecil dan keseluruhan; menyusun mengikut

urutan; membuat ramalan; menerangkan sebab; membuat inferens; mengusul

periksa andaian; mempertahankan idea; meringkas; menghubung kait kronologi

sebab-kesan; dan membuat generalisasi.

2.5.1 Kemahiran Membanding dan Membeza

Membanding dan membeza melibatkan keupayaan mengesan pelbagai

bentuk persamaan dan perbezaan di antara dua atau lebih objek, perkara,

organisma, institusi atau idea. Kemahiran ini penting bagi mencapai tujuan yang

spesifik.Membanding dan membeza menyebabkan kita sentiasa terlibat dalam

menganalisis ciri-ciri yang sepadan dengan ciri-ciri yang tidak sepadan,

menbandingkan antara ciri-ciri yang ada persamaan dan perbezaan dengan

sesuatu item atau objek, dan cuba merangka implikasi dari analisis tersebut.

Semasa kita membuat keputusan yang kritis, kita sebenarnya akan lebih

memahami hal yang kita perbandingkan itu. Dikatakan demikian kerana setiap

aspek yang dianalisis telah diberi pertimbangan dan wajaran yang setimpal. Kita

juga dapat menjelaskan sebarang kekusutan yang mungkin kita sedang alami.

Selian daripada itu, dalam proses membanding dan membeza, kita sebenarnya

terlibat dalam tugasan pemikiran yang lebih kompleks seperti memberi

definikasi, pengelasan , membuat analogi dan memberi sebab musabab.

16

Page 17: teknologi pengajaran

2.5.2 Kemahiran Mengklasifikasi

Kemahiran Mengklasifikasi ialah mengklasifikasi atau mengkategori

merupakan kemahiran berfikir dalam mengelompokkan sebilangan perkara dalam

kategori tertentu mengikut ciri-ciri tertentu yang boleh diperhatikan. Tujuan

mengklasifikasi ialah membantu kita supaya mengenal sesuatu perkara dengan

lebih mendalam. Dalam zaman ledakan maklumat ini, keupayaan kita untuk

mengumpul, mencari, menyenaraikan dan mengkategori maklumat supaya dapat

membantu kita menyusun dan mengatur maklumat dengan lebih sistematik,

teracang dan teratur.

2.5.3 Meneliti Perhubungan Bahagian-Keseluruhan

Kemahiran ini ialah keupayaan melihat dan memahami perkaitan,

kepentingan dan pertalian antara bahagian-bahagian kecil dengan keseluruhan.

Tujuan kemahiran ini membolehkan kita meneliti bahagian-bahagian sesuatu

objek, menentukan fungsinya dan mengaitkan fungsi bahagian kecil dengan

keseluruhan. Tahap pemerhatian dan penelitian yang tinggi diperlukan untuk

mengaitkan perkara-perkara tersebut. Pengurusan lisan yang digunakan ialah

boring. Meneliti Perhubungan Bahagian Keseluruhan.

2.5.4 Menerangkan Sebab

Kemahiran Menerangkan Sebab ialah keupayaan untuk mengkaji dan

menjelaskan sebab berlakunya sesuatu kejadian berdasarkan alasan-alasan dan

bukti yang munasabah. Tujuan kemahiran ialah membantu kita mencari pelbagai

sebab sesuatu perkara berlaku, mengapa berlaku dan mencari bukti sebenar dalam

membuat kesimpulan tentang apa yang sebenarnya berlaku. Langkah

perlaksanaan melibatkan penggunaan pengurusan lisan dan grafik.

17

Page 18: teknologi pengajaran

2.6 Langkah Penyelesaian Masalah

Terdapat pelbagai proses penyelesaian masalah ialah: langkah memahami

masalah; membuat perancangan; melaksanakan rancangan; dan menilai

keputusan.

2.6.1 Mengenal Pasti Masalah

Langkah pertama ini amat terpenting dalam proses penyelesaian masalah.

Kegagalan mengenal pasti masalah dengan tepat akan menyukarkan proses

mencari penyelesaian.

2.6.2 Mendefinisi Masalah

Setelah mengenal pasti masalah, kita perlu menyatakan masalah tersebut

untuk lebih memahaminya. Pada peringkat ini, individu perlu menghuraikan

masalah kepada komponen-komponen kecil supaya lebih senang difahami. Kita

juga boleh mengubah bentuk persembahan masalah kepada bentuk imagenari

atau grafik untuk memudahkan kefahaman.

2.6.3 Mencari Kemungkinan Penyelesaian

Beberapa strategi yang boleh menyelesaikan masalah. Branford dan Stein

(1984), mencadangkan agar masalah tersebut dicerakinkan kepada komponen

kecil. Dengan ini, strategi penyelesaian akan lebih ketara dan khusus lagi kepada

komponen tersebut.

2.6.4 Bertindak/Perlaksanaan dan Menilai Kejayaan Tindakan

Terdapat 10 heuristik dalam penyelesaian masalah. Antaranya ialah:

18

Page 19: teknologi pengajaran

dapatkan gambaran menyeluruh dan jangan sesat atau lemas dalam maklumat,

menangguhkan pertimbangan, permudahkan gambaran masalah, gunakan

komponen kecil, gambar rajah, atau simbol. Selain itu, ubah cara persembahan

masalah, menyatakan pelbagai bentuk soalan berhubung masalah secara lisan,

fleksibel, bermula dari belakang, menggunakan analogi dan metaphor, bercakap

tentang masalah tersebut, inggalkan masalah tersebut buat beberapa ketika

apabila sampai tahap kebuntuan.

2.6.5 Definisi Membuat keputusan

Kemahiran membuat keputusan sama seperti kemahiran menyelesaikan

masalah, ada yang mudah dan ada yang kompleks. Proses membuat keputusan

memerlukan kita memilih sesuatu yang kita rasa kita puas hati, suka atau setuju.

Membuat keputusan ialah membuat pilihan antara dua atau lebih alternatif yang

saling bertentangan yang mana menyukarkan si pembuat keputusan. Di samping

itu, kita mesti memilih keputusan terbaik berasaskan kriteria tertentu.

Kemahiran berfikir kreatif dan kritis amat diperlukan dalam membuat

keputusan. Individu perlu mempunyai kemahiran dalam membanding membeza,

membuat ramalan, menjana idea dan mengesahkan sumber maklumat. Sesuatu

keputusan yang dibuat oleh seseorang itu berjaya membuat pertimbangan

berhubung beberapa kriteria akan menjadi keputusan terbaik. Tujuan belajar

kemahiran membuat keputusan adalah untuk melatih individu membuat

keputusan yang terbaik, mengelakkan individu daripada membuat keputusan

terburu-buru, lebih rasional dan sabar dan berupaya memanfaatkan sumber

maklumat semasa membuat keputusan.

19

Page 20: teknologi pengajaran

Makanan yang sihat dan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia

membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertubuhan, membekalkan tenaga

bagi mereka menjalankan aktiviti fizikal dan membantu menguatkan sistem

ketahanan badan yang dapat menghalang mereka daripada mendapat jangkitan

penyakit.

Pupuk amalan makan secara sihat sejak anak kecil lagi.

20

Page 21: teknologi pengajaran

Piramid Makanan Malaysia

Kumpulan Satu: Nasi, mi, roti, bijirin/ produk bujirin, ubi-ubian. Kumpulan ini

adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada

mereka. Ia juga mengadungi vitamin, mineral dan serat. Nasi, mi, roti, pasta,

bubur capati, dan biskut adalah makanan dari kumpulan ini.

21

Page 22: teknologi pengajaran

Kumpulan Dua: Buah-buahan dan sayur-sayuran. Kumpulan ini membekalkan

vitamin, mineral dan serat yang dapat membantu mencegah jangkitan penyakit

dan mengelakkan sembelit.

Kumpulan Tiga : ikan, ayam, daging, telur dan kekacang. Makanan dalam

kumpulan ini membekalkan protein, vitamin B dan mineral. Ia diperlukan untuk

perrtubuhan kanak-kanak.

22

Page 23: teknologi pengajaran

Kumpulan Empat: susu dan produk telasu. Makanan daripada kumpulan ini

kaya dengan kalsium dan protein. Ia diperlukan untuk membina tulang dan gigi.

Pastikan kanak-kanak minum susu setiap hari.

Kumpulan Lima: lemak, minyak, gula dan garam. Pastikan kanak-kanak

mengurangkan pengambilan makanan dari kumpulan ini.

23

Page 24: teknologi pengajaran

Latih anak anda makan pada waktu yang tetap setiap hari.

24

Page 25: teknologi pengajaran

Topik pemilihan saya untuk tugasan ini ialah Sains, tajuknya ialah

Piramid makanan. Gambar Laman Web yang saya pilih ini mempunyai pola

mengikut bentuk geometri, seperti: tiga segi.

Dalam kemahiran topik ini , Kemahiran Berfikir Kritis dan kreaktif

ditandai oleh ciri –ciri yang berbeza dan menekankan aspek-aspek yang berbeza

contohnya murid dapat membezakan setiap jenis makanan. Murid dapat

membezakan makanan yang baik dan makanan yang tidak baik untuk kesihatan

kita. Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat.

Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan

makanan di bahagian paling bawah Piramid, dan paling sedikit daripada

kumpulan makanan di bahagian paling atas. Piramid Makanan mengandungi

makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan

zat dan fungsinya. Murid perlu mengambil makanan yang baik dan kurang

mengambil makanan yang tidak baik.

Selain itu, murid –murid juga perlu membuat kategori setiap jenis

makanan mengikut kumpulannya. Contonnya: kumpulan satu ialah nasi, mi, roti,

bijirin/ produk bujirin, ubi-ubian. Kumpulan ini adalah sumber paling baik untuk

karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada mereka. Ia juga mengadungi

vitamin, mineral dan serat. Nasi, mi, roti, pasta, bubur capati, dan biskut adalah

makanan dari kumpulan ini. Kumpulan Dua ialah buah-buahan dan sayur-

sayuran. Kumpulan ini membekalkan vitamin, mineral dan serat yang dapat

25

Page 26: teknologi pengajaran

membantu mencegah jangkitan penyakit dan mengelakkan sembelit. Kumpulan

tiga ialah ikan, ayam, daging, telur dan kekacang. Makanan dalam kumpulan ini

membekalkan protein, vitamin B dan mineral. Ia diperlukan untuk perrtubuhan

kanak-kanak. Kumpulan Empat ialah susu dan produk telasu. Makanan daripada

kumpulan ini kaya dengan kalsium dan protein. Ia diperlukan untuk membina

tulang dan gigi. Pastikan kanak-kanak minum susu setiap hari. Kumpulan lima

ialah lemak, minyak, gula dan garam. Pastikan kanak-kanak mengurangkan

pengambilan makanan dari kumpulan ini.

Susun ikut urutan amat penting, guru menerangkan kepada pelajar

tentang bahagian bawah hingga bahagian atas setiap jenis makanan mengikut

piramid makanan. Makanan yang paling bawah perlu makan paling banyak,

Diikuti keduanya ialah pelajar juga perlu makan banyak tentang makanan ini

mengikut piramid makanan. Tingkat ketiganya ialah pelajar perlu mengambil

makanan ini sederhana sahaja. Makanan yang paling atas sekali mengikut

piramid makanan ialah pelajar perlu mengambil makanan ini paling sedikit

kerana ia tidak baik untuk kesihatan.

Kemahiran mikro dalam kemahiran berfikir kreatif ialah menjana dan

menghasilkan idea. Menjana dan menghasilkan idea ini amat penting jika guru

menyediakan piramid makanan melalui Laman Web yang cantik boleh menarik

hati seseorang murid dan murid dapat memberi respon yang amat baik semasa

guru menanya soalan. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran guru juga mudah

tercapai jika Laman Web yang disediakan oleh guru itu mempunyai warna yang

menarik.

Kemahiran menyelasai makanan amat penting mengikut piramid makanan

kerana murid boleh mengenal pasti masalah, kegagalan memilih makanan yang

baik akan menyebabkan seseorang murid kekurangan vitamin, protein,

karbohidrat dan sebagainya.

Kemahiran membuat keputusan amat penting bagi setiap pelajar kerana

melatih pelajar membuat keputusan contohnya: mengambil makanan yang baik

lebih banyak boleh meningkatkan pertubuhan badan dengan baik. Mengambil

makanan yang tidak baik secara berlebihan boleh menjejaskan kesihatan kita.

(3759 patah perkataan)

26

Page 27: teknologi pengajaran

Latihan

A. Lukis dan warnakan setiap jenis makanan mengikuti piramid

makanan.

27

Page 28: teknologi pengajaran

B. Senaraikan 5 makanan yang baik untuk kesihatan.

1.______________

2.______________

3.______________

4.______________

5.______________

Makanan yang baik boleh ________________________________

______________________________________________________

C. Senaraikan 3 makanan yang tidak baik.

1.______________

2.______________

3.______________

Makanan yang tidak baik boleh ____________________________

______________________________________________________

28

Page 29: teknologi pengajaran

Rumusan

Visual yang berkualiti dapat memberi kesan yang baik untuk seseorang

murid. Visual yang berkualiti dapat menyemai nilai estetika di kalangan murid

dan akan menimbulkan disiplin yang baik.

Kemahiran kreatif, kemahiran kritis, menyelesaikan masalah dan membuat

keputusan amat penting dalam kehidupan harian kita semasa mengambil setiap

jenis makanan. Jika seseornag mengambil makanan yang sesuai badanya akan

sihat dan tidak mudah menjangkiti penyakit.

29

Page 30: teknologi pengajaran

Rujukan

Dr. Azlena Zainal & Dr. Munir Shuib(2004). Meningkatkan Potensi Minda.

(1sted).Pahang, Malaysia: Pts Publication & Distributors Sdn.Bhd

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Modul Fakulti Pendidikan dan Bahasa HBEF3103 Psikologi Teknologi

Pengajaran.

http://www.flickriver.com/photos/ahmk/tags/pokok/ [2012, March 22]

http://www.flickr.com/photos/firdausmahadi/5119629438// [2012, March 22]

http://www.google.com.my/imgres?q=binatang [2012, March 22]

http://www.google.com.my/imgres?q=bunga [2012, March 22]

http://www.google.com.my/imgres?q=GEOMETRI [2012, March 22]

http://www.google.com.my/imgres?q=geometrishapes [2012, March 22]

http://www.google.com.my/imgres?q=piramid+makanan [2012, March 22]

http://www.google.com.my/imgres?q=rule+of+third [2012, March 22]

] http://www.google.com.my/imgres?q=visual [2012, March 22]

http://www.youtube.com/watch?v=UD1VwNYFcKY/ [2012, March 22]

30